Pages

Monday, August 11, 2008

UMNO : Antara politik wang dan wang politik

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik mengakui Umno sememangnya dalam zon membimbangkan berikutan berleluasanya rasuah politik, termasuk yang berlaku pada mesyuarat peringkat cawangan yang berjalan sekarang.

Mereka menyifatkan masalah itu berlaku kerana Umno sendiri menyempitkan amalan demokrasi seperti sekatan untuk ahli bertanding jawatan tertentu dan mengenakan kuota untuk membolehkan bertanding bagi jawatan tertentu.

Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata peraturan dan sekatan kepada ahli tertentu untuk bertanding menjadi antara punca berlaku politik wang.

Katanya, pemimpin Umno juga perlu menjelaskan antara politik wang dan wang politik supaya tidak dikaitkan dengan rasuah politik.

Sumber : http://www.bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment