Pages

Wednesday, October 29, 2014

BHG. 1- PENDUDUKAN JEPUN

Pengenalan

1. 15 Februari 1942 sehingga 12 Ogos 1945, Jepun memerintah Tanah Melayu.

2. Pendudukan Jepun telah menyemarakkan semangat kebangsaan rakyat.

3. Jepun memerintah Tanah Melayu secara ketenteraan.

Kedatangan Jepun

1. 1868 hingga 1912 : Maharaja Mikado Meiji memerintah Jepun.

2.Meiji melancarkan program pemodenan dan perindustrian dengan Barat sebagai model untuk memajukan Jepun.

3. 1895: Jepun memenangi Perang China – Jepun I : China banyak bahan mentah dan berpotensi sebagai kawasan pasaran barangan Jepun.

4. 1905 : Jepun mengalahkan Rusia dan Jepun mula dianggap sebagai kuasa besar.

5. Masalah ekonomi menjadi antara faktor Jepun meluaskan pengaruhnya:-

5.1. Pertambahan penduduk Jepun menyebabkan penggunaan tanah untuk pertanian dan perindustrian kurang.

5.2.Jepun memerlukan petroleum, bijih timah, getah dan lain- Lain bahan mentah

5.3.Kawasan pasaran baru untuk barangan keluaran industri Jepun.

6. 1940: Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun kerana enggan keluar dari China setelah Jepun menawan sebahagian besar China dalam Perang China Jepun Kedua.

7. 1941: Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun, beliau menyerang Asia Tenggara bagi mengatasi sekatan ekonomi oleh Amerika.

8. Sebelum menyerang Asia Tenggara, Jepun melancarkan propaganda untuk mempengaruhi pemikiran rakyat tempatan agar bangkit menentang penjajahan Barat dengan slogan-slogan seperti “ ASIA UNTUK ORANG ASIA”, “SEMANGAT ASIA” dsbnya.

9. Rancangan “Kawasan Kesemakmuran bersama Asia Timur Raya” dilancarkan untuk menaikkan imej Jepun sebagai pembela negara Timur yang dijajah oleh Barat dan Jepun bukan penjajah baru.

10. 8 Disember 1941: Tentera Jepun mendarat di Singgora, Patani dan Pantai Sabak (Kota Bharu) dan mara ke selatan Tanah Melayu Melalui Pantai Timur dan Pantai Barat (setiap arah dengan dua laluan Iaitu jalan pesisir pantai dan jalan darat iaitu bandar ).

11. Di Sarawak, Jepun mendarat di Miri pada 16 Disember 1941 dan Mara ke Kucing dan Sibu.

12. Dari Miri, tentera Jepun mara ke Labuan dan Sandakan pada 19 Januari 1942.

13. Semasa berundur, tentera British menggunakan taktik “BUMI HANGUS” : memusnahkan segala infrastuktur seperti jalan raya, Landasan kereta api, jambatan, ladang getah, lombong dan Membakar telaga minyak di Miri.
1942- Tentera Jepun melintasi Bangunan abdul Samad yang kini dikenali Dataran Merdeka

14. 15 Februari 1942 : seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun apabila Lef. Jeneral A.E. Percival menyerah diri kepada Lef. Jeneral Yamashita Tomoyuki ( Harimau Malaya ) di Singapura.

15. Kunci kejayaan tentera Jepun ialah strategi peperangan yang baik, Semangat perjuangan yang tinggi, kelemahan tentera British dll.

Dasar Pemerintahan Jepun

1. Pemerintahan secara tentera.

2. Tanah Melayu disebut sebagai Malai Baru ( Melayu Baru ).

3. Singapura disebut sebagai Syonan ( Cahaya Selatan ).

4. Pentadbiran Tanah Melayu dibahagi kepada Pentadbiran Pusat Dan Pentadbiran Wilayah.

5.Pentadbiran Pusat diketuai oleh seorang Pengarah Agung yang berpusat Di Singapura.

6. Negeri-negeri diletakkan di bawah Pentadbiran Wilayah yang diketuai Oleh Gabenor Wilayah.

7. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Thailand Sebagai membalas jasa di atas kerjasama Thailand semasa kemasukan Tentera Jepun.

8. Sabah, Sarawak dan Brunei digabung dan digelar Pentadbiran Borneo Utara yang diketuai oleh Gabenor Jeneral yang berpusat di Kucing.

9. Sarawak dibahagi kepada tiga wilayah, Sabah kepada dua wilayah dan Pentadbirannya sama seperti di Tanah Melayu.

Reaksi Penduduk

1. Ada dalam kalangan orang Melayu mengalu-alukan kedatangan Jepun Dengan hasrat Tanah Melayu diberikan kemerdekaan kerana mereka Terpengaruh dengan slogan propaganda Jepun.

2. KMM pimpinan Ibrahim Yaakob telah bekerjasama dengan Jepun.

3. 1942 : Jepun membubarkan KMM.

4. Jepun melayan orang Cina dengan zalim .

5. Manakala orang India dilayan lebih baik kerana Jepun mengharapkan Kerjasama mereka untuk menghalau British dari India.

6. Kekejaman Jepun telah menyebabkan munculnya kumpulan-kumpulan Penentang tentera Jepun (rujuk / tulis : ms 25 )

7. 6 Ogos 1945, bom atom digugurkan di Hiroshima dan 9 Ogos 1945 digugurkan pula di Nagasaki, dengan itu pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu.

Kesan Pemerintahan Jepun

Kesan Politik

1. Kejayaaan Jepun mengalahkan Rusia telah meningkatkan keyakinan orang Asia Untuk membebaskan negara mereka daripada penjajahan Barat.

2. Slogan “Asia Untuk Orang Asia” berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Bahawa Baat boleh dikalahkan.

3. Koa Kunrenjo ( Sekolah Latihan Kepimpinan ) ditubuhkan oleh Jepun dengan Tujuan untuk melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran:-

- Abang Haji Openg : Pegawai Daerah Kucing;
- Kapt. M.Salleh Hj. Sulaiman : Pegawai Daerah Hulu Perak;
- Ibrahim Hj. Yaakob : Dilantik sebagai Left. Kol. PETA ( pasukan separa tentera yang dilatih oleh tentera Jepun )
- Dr. Burhanuddin Al-Helmy : Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu;
- Dato Onn Jaafar : Pengawal Makanan / Ahli Majlis Mesyuarat Johor.
4. Jepun tidak melaksanakan dasar membela negara-negara Asia seperti slogan Yang telah mereka jaja dalam propaganda mereka.

5. Akhbar dan pertubuhan-pertubuhan yang mencurigakan mereka diharamkan : 1942: KMM yang pro-Jepun diharamkan.

6. Tanah Melayu dijanjikan merdeka bersama-sama dengan Indonesia : KRIS Ditubuhkan bagi mengukuhkan konsep Melayu Raya yang diperjuangkan Oleh KMM.

7. Semangat kebangsaan mengikut kaum dan berpaksi kepada negara asal : Orang India untuk memerdekakan India.

8. PKM menubuhkan MPAJA ( Bintang Tiga ) semakin berpengaruh kerana Mendapat bantuan daripada FORCE 136.

Kesan Ekonomi

1. Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot.

2. Gaji kaki tangan kerajaan dikurangtkan.

3. Pengangguran meningkat.

4. Sekatan Ekonomi yang dikenakan oleh Negara Bersekutu menyebabkan Perdagangan antarabangsa terhenti : bijih timah dan getah tidak dapat di- Ekspot manakala beras tidak dapat diimpot.

5. Duit Jepun dicetak tanpa kawalan menyebabkan inflasi tinggi : banyak duit Dalam pasaran tetapi kekurangan barang menyebabkan harga tinggi dan Nilai duit menjadi semakin rendah.

6. Jepun mengenakan catuan bekalan makanan : ubi kayu dan keledek menjadi Makanan utama, industri berasaskan bahan tempatan seperti kasut getah, Kain daripada benang nenas, minyak kelapa, gula kelapa, rokok daun dsbnya.

Kesan Sosial

1. Peperangan membawa kesengsaraan dan kebuluran.

2. Penduduk saling mencurigai : ada ejen Jepun ( kempeitei ) dalam Kalangan penduduk tempatan menjadi tali barut atau perisik untuk Tentera Jepun.

3. Tentera Jepun kejam : hukuman mati dijalankan dikhalayak ramai.

4. Ada penduduk dipaksa menjadi buruh paksa bagi membina “Landasan Kereta api maut” di sempadan Thailand – Burma.

5. Kemudahan kesihatan terjejas teruk – tiada ubatan dalam pasaran Menyebabkan penyakit seperti beri-beri merebak.