Pages

Sunday, October 31, 2010

RM2.3 bilion wang judi dalam akaun Kerajaan Pusat?

PULAU PINANG, 31 Okt: Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini.

Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno.

"Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya.

"Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun," katanya.

Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 153 waris warga emas yang telah meninggal dunia dalam daerah Seberang Perai Utara di Sungei Dua pagi tadi.

Dalam majlis tersebut sumbangan sebanyak RM153,000 telah diberikan kepada waris sebagai membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang telah digunakan oleh mereka selepas kematian keluarga mereka.

Walaupun terdapat ugutan dan usaha bagi menakutkan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai fitnah dan dakyah, kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak.

"Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpedaya dengan tohmahan parti pembangkang di Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) yang cuba mempengaruhi warga emas dengan menuduh ianya dari sumber yang haram," katanya.


Tambahnya lagi selagi Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) maka usaha murni yang dilaksanakan seperti penghargaan kepada warga emas dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang serta sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia akan tetap diteruskan.

"Yang jelas di sini pembangkang seperti Umno dan BN di Pulau Pinang telah mulai merasa gerun dengan kebangkitan rakyat di Pulau Pinang apabila melihat kejayaan yang berjaya dicapai dalam sasaran kita memberi pembelaan kepada mereka yang memerlukan.

"Ekoran itulah Umno-BN akan terus membuat pelbagai fintah dan tohmahan bagi mengaitkan Kerajaan Negeri supaya dipandang serong oleh masyarakat khususnya orang Islam dan sekaligus memberi kredit dan sokongan kepada mereka, " ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

Sunday, October 24, 2010

Illuminati: Artis suruhan

Bermain muzik dibenarkan dalam Islam. Menghiburkan hati tidak pernah diharamkan oleh Nabi S.A.W atau Allah S.W.T Tetapi jika hiburan dijadikan tempat menyebarkan perbuatan yang menyesatkan, ia patut ditentang habis-habisan..jauhkan lah pemikiran mereka ini dari hati-hati kami ya, Allah!..amin..



Kumpulan Search








Dewa 19. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan muzik terkenal dari seberang ini. Lagu-lagu mereka seperti Laskar Cinta, Pupus, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan dan lain-lain sudah sebati dengan jiwa anak muda zaman sekarang. Persoalannya sekarang adakah mereka tergolong dalam golongan artis pilihan Si Pendusta Besar (Dajal) yang ditugaskan untuk mengawal minda (mind control) kita khususnya di kawasan Nusantara ini?Dewa 19. Kumpulan Musik ini telah ditubuhkan pada 1986 dan dianggotai 5 sahabat terdiri dari Ahmad Dhani, Andra, Tyo, Once dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1992 berjudul Dewa 19 dan selepas itu mereka telah mengeluarkan banyak lagi album-album yang lain dan menempa nama di seluruh pelusuk Nusantara. Antara album mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta. Tokoh Budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi telah membuat aduan kepada kerajaan Indonesia untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki Agen Penyebar Propaganda Zionis pada 2005.

Sekilas pandang kumpulan ini tiada perbezaan dengan kumpulan musik yang lain. Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut ada 'something' dengan band terkenal ini. Elok kiranya jika kita berkenalan lebih lanjut dengan vokalis utama kumpulan ini, Ahmad Dhani. Ahmad Dhani berketurunan Yahudi dari ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam.



Kulit-kulit albumnya juga menimbulkan keraguan kerana terdapat banyak unsur-unsur Freemason/Illuminati. Album pertama mereka, Dewa 19 menunjukkan 'Unfinished Pyramid' sama seperti di Satu Dolar US. Ini adalah lambang yang digunakan oleh Illuminatist untuk melambangkan pelan agung mereka yang belum siap sepenuhnya.

Dewa 19 1992


All Seeing Eye pada kulit album Dewa 19 (Cintailah Cinta 2002)


Lambang Sayap pada kulit album Atas Nama Cinta yang turut digunakan oleh Theosophy (Pertubuhan Keagamaan Yahudi)


Bintang Lima (2000)


Emblem Theosophy



Berikut saya sertakan video klip Satu dari Dewa 19. Banyak 'subliminal message' di dalam video klip ini jika kita mengkaji dan meneliti video ini.


*Anda boleh klik pada gambar di bawah untuk memperbesarkannya.


Intro video ini, tompok hitam mengalir dari atas ke bawah umpama mata Horus.



Perhatikan 'One Eye' di atas manusia.Manusia seolah-olah 'terpenjara' di dalam dunia Dajal. (NWO)


'Unfinished' Piramid


Minda manusia seolah-olah diprogram untuk menurut kehendak mereka.


One Eye










One World Religion! NWO-One World Goverment-One World Religion


Pillar Of Freemason


Formation tangan yang sama dengan Baptomet


Gambar pertama, seorang manusia memegang piramid dengan mata satu. Gambar kedua, lelaki menyerupai perempuan (tanda kiamat?). Gambar ketiga, piramid dan sebelah mata di'contrast'.


Serpent Coil atau dikenali Lagash Vase (Zaman Firaun)




Adakah semua ini hanya kebetulan atau semuanya sudah dirancang? Buka minda anda, jawapannya ada di situ.


p/s - Lagi suka nasyid dan baccan Al-Quran. Itulah halwa telinga paling baik.

Dari blog : http://nuffsaid-shaf.blogspot.com

Taib’s Mahmud Secret Bomoh

Sarawak Report can reveal that the aging Chief Minister of Sarawak, Abdul Taib Mahmud, relies on a personal witchdoctor, or so-called Bomoh, to make all key personal and government decisions!


The extraordinary state of affairs, which has remained a carefully guarded secret among his entourage for many years, has now been explained in detail by insiders.

“He will always consult the Bomoh before he makes an important decision, like which minister to hire or fire, or which investments to make”, one senior politician has confided.

Black magic!



Another member of the inner circle, linked closely to the family, also described how one particular Bomoh (see right) had a ‘Rasputin-like’ hold over the superstitious Chief Minister for many years. This Bomoh died two years ago, shortly after the death of Taib’s wife Laila, and the 73 year old leader is said to be frantically searching for a new supernatural advisor, who he can trust to take him through the up-coming election period.


“He hired an interim Bomoh” one source explained, “but he clearly was not satisfied, as he has been going around Indonesia looking for a more powerful magician and he has just engaged a new one!”.

Bomoh’s are practitioners of ‘black magic’ and are widely condemned for exploiting simple people, who do not have access to modern science and education. Taib Mahmud’s dependence on such guidance can only be judged as unhealthy and malign.

Taib consults ‘demons’ to fight his enemies

Not so effective? Taib's new Bomohs were publicly at work praying loudly in favour of Tufail Mahmud during a court case this year.

The devotion to such a primitive cult also seriously undermines the Chief Minister’s claims to be a progressive force in Sarawak. Perhaps even more damaging is the impact on his carefully cultivated reputation as a devout Muslim. The Muslim faith strictly bans any consultation of these pre-Islamic practitioners of magic and dark arts, who are considered to be bad and dangerous. The majority Christian population of Sarawak will be equally dismayed for similar reasons.

The tradition of Bomohs derives from ancient witchdoctor cults based in the Indian sub-continent and these individuals claim to gain their ‘supernatural powers’ through doing business with ‘fallen angels’ or ‘djins’ (demons). The Islamic faith recognises the existence of such evil spirits, however it forbids attempting to make contact with them.

Indeed, Muslim teachers warn that to seek favours from Djins is to bargain with evil forces and that eventually these forces will extract a terrible price. Moreover, people who do consult such spirits are considered to be engaging them to do unacceptable harm to others and to be attempting to effectively ‘cheat in life’. Taib is believed to have sought to mobilise these forces against his political enemies and the insiders believe he is now using them in his current battle against the Malaysian PM, Najib Razak (who would dearly like the tarnished kleptocrat to step down before the next election).

Dependent on soothsaying

'Ustaz' - real identity Abdul Rahman Hazrat from Pakistan

The dismayed insiders have told Sarawak Report that they would be inclined to laugh at an old man’s obsession if the implications were not so alarming, given his position. The Bomoh who held Taib enthralled for over 30 years was always known in inner circles as ’Ustaz’ (meaning teacher). He would frequently accompany the Chief Minister, who, to conceal his real role, would refer to him publicly as ‘My Uncle’ .

Ustaz liked to boast that his black magic ‘talent’ was given from God. He claimed to be able to foresee the future, heal the sick and, crucially, make the right political and economic decisions.

“An advisor or family member might query some decision” said one of our sources, “but if Taib replied that the Bomoh had ruled on it, then they knew there could be no further argument”.

The death of Ustaz and the loss of this advice over political and economic decisions is said to have put immense pressure on the Chief Minister as he enters his 30th year in power still determined to fight another election.

Rise of a part-time shop-keeper

Ustaz, whose real name was Abdul Rahman Hazrat, never spoke fluent Malay. He arrived from Pakistan in the 1960s and according to our sources was selling rings, spectacles and Islamic items in the town of Sibu at the time that Datuk Stephen Kalong Ningkan was the first Chief Minister. Hazrat claimed to be the disciple of a 130 year old teacher, who is allegedly still residing in his home country, Pakistan.

Taib, then 28 and State Minister for Natural Resources in Nignkan’s cabinet, was apparently introduced to to the stall-holder by the late Datuk Awang Hipni, a Melanau State Minister from Matu-Daro. It was after the ambitious young minister was sacked after failing to get along with Nignkan, that he is said to have first turned to the bomoh for advice.

Key advice

Bottles of Djinn - in this black magic 'exorcism' Bomoh's were reported to have captured evil spirits and imprisoned them in jars. The Chief Minister would appear to be a believer.

Ustaz later confided that he told Taib not to confront Ningkan directly but to lobby for a ministerial post at Federal level and from there to plot the downfall of Ningkan. This he did and soon Taib was appointed by Tunku Abdul Rahman as a Deputy Minister in the Federal Cabinet.

People in the know describe how it was with the advice of Ustaz that Taib used this position to topple Ningkan and eventually to succeed him. The strategy was to first place Penghulu Tawi Sli as a puppet CM, who then passed the position to Taib’s uncle. According to Ustaz, Tun Rahman, a Melanau by race (just 4% of the population) could not succeed Ningkan directly for fear of a revolt from the Dayak community (about 50%).

The plan succeeded, according to people who have talked with Ustaz. Tun Rahman was appointed Chief Minister in 1968 and passed the post to his nephew Taib in 1981, 29 years ago. From then onwards Taib relied heavily on the Bomoh and kept him as his personal advisor.

Member of the Taib household

Grace and Favour Residence - The Bomoh's home in Sibu

Proud of being ‘personal advisor’ to the Chief Minister, Ustaz whispered to his friends in Sibu that Taib made arrangements for him to enjoy a comfortable life. To hide the relationship he continued to base the soothsayer in Sibu, where the Chief Minister’s younger brother Tufail was tasked with taking care of his needs.

The guru was bought a bungalow on Bandong Road and enjoyed an allowance of over RM 10,000 a month, courtesy of a timber company, whose main shareholder is Tufail. He was also supplied with a car and a driver, free services and a shop house at Cross Road where he was able to sell Islamic religious items.

Insiders say that if anything further was needed it was Tufail’s job to sort it out. Tufail, unlike some of Taib’s other brothers, apparently shares the Chief Minister’s interest in Black Magic.

However, whenever Taib had to decide anything of importance he would summon Ustaz to Kuching. The guru would usually make use of the Government-funded private jet, which Taib keeps for his own use and even had a special bedroom put aside for him in the ground floor of Taib’s home in Demak Jaya, right next to the Chief Minister’s office.

The Bomoh was transported in the Government Cessna jet reserved for the Chief Minister - described by his nephew Yakub (son of brother Tufail) as the fastest business jet currently flying.

The Bomoh would often stay at Demak Jaya for nights at a time, say those in the know, and when he was being consulted he would always rise early in the morning (often 3am) and start a laborious ceremony of prayer and meditation as he sought the guidance of the Djins (evil, dead spirits). Unnervingly, Ustaz was frequently considered by those around the Chief Minister to be able to provide very astute guidance.

“He was able to provide an intelligent and objective perspective of events and situations”, explains the political insider, “but I don’t call it supernatural, I call it much-needed common sense!”

Meanwhile, the Bomoh also offered the support of his magical powers around others of Taib’s inner circle. He would intercede in cases of illness to ‘discover from the spirits’ whether the sick person’s ‘time had come’. If this was the case he would under-take to ‘buy a little more time’ from the devils, so they could enjoy some more life. Unsurprisingly, family members were always grateful for this intercession at a time of need.

“He was always kind” says one beneficiary, “I don’t think it was a negative, evil influence. He just used his magic to help people”.

Bomoh used magic to help BN!

Azimat - On Taib's instructions these 'magic charms' have to be carried by all BN candidates to make voters 'warm' to them!

However, the Bomoh, with the encouragement of Taib, was not above using his magic in elections as well. All BN candidates in Sarawak were handed special amulets or ‘azimats’, designed to be carried in their pockets on the election stomp. The azimats were supposed to have the magical effect of making people who met the BN politicians warm to them and support them. However, it can be noted that Taib has never failed to take the insurance of also offering large amounts of cash to prospective voters as well.

Similar azimats were also handed to family and insiders for other occasions, such as to help pass examinations and achieve wealth and success. For those who believe in such old superstitions, such favours could be construed as attempting to gain an unfair advantage to Taib and his supporters, which was clearly Taib’s own intention.

Falling out

However, this relationship which was so close for many years did not end happily. Sarawak Report has received further fascinating inside information detailing how Taib fell out with his advisor in recent years, culminating in the old man’s return to Pakistan shortly before his death as a broken man.

The fact that insiders have been breaking ranks to inform Sarawak Report of such negative issues is being regarded by many as a sign that the Chief Minister’s grip on his party is failing. Others of a more superstitious bent may consider that he has lost his magic touch!

Mount Ophir: Rahsia Gunung Ledang

Pada tahun 1998,seorang sarjana kelahiran British telah menerbitkan kajiannya yang berjudul Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia,telah mengungkapkan konsep Sundaland,berdasarkan bukti-bukti geografi dan antropologi mengatakan bahawa penduduk Nusantara berasal dari satu peradaban purba yang maju disebut Sundaland ini.Kemudian akibat dari sebab-sebab perubahan cuaca dan geografi seperti bencana alam,bangsa Sundaland ini telah berpindah ke lain-lain kawasan di dunia dan menimbulkan kaum-kaum baru.Teorinya telah menimbulkan kegemparan dan kontroversi di kalangan cendekiawan arkeologi dan antropologi sejak ramai sarjana mula berminat dengan teori tamadun manusia sebenarnya bermula di kawasan Asia Tenggara bukannya di Timur Tengah,atau sekurang-kurangnya wujud pada selang masa yang tidak begitu jauh.



Dua pentas benua, Pentas Sunda dan Pentas Sahul sememangnya menimbulkan misteri kepada pakar-pakar geografi sejak sekian lama.Jika Pentas Sunda diangkat,seluruh Kepulauan Melayu sebenarnya menjadi satu benua baru yang besar.

Inilah asas kepada Teori Lemuria-Atlantis seperti yang diutarakan oleh Profesor Arysio Santos.

Terdapat perbezaan ketara di antara pandangan orientalis-imperialis Barat, dengan para sarjana dan cendekiawan mereka tentang dunia Melayu dan bangsanya.

Sebahagiannya mengetahui satu rahsia,tetapi mendiamkan diri dan cuba menutup-nutupnya,sesetengahnya yang lain mula mencari-cari rahsia itu dan cuba berfikir tentangnya.

Beribu tahun dahulu,satu rombongan dari Kerajaan Israel Raya kelihatan berlayar ke Timur.Ketua mereka sedang mencari arah perjalanan satu wilayah yang pernah dikunjungi kerajaan Mesir Kuno dahulu.Mereka sedang mencari sesuatu yang amat berharga.Sesuatu yang membuatkan tempat itu dinamakan sempena dengannya.









"THE KING SOLOMON'S MINES"













"It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious onyx, or the sapphire"

(Book of Job 28:16 -King James Version)










Untuk
membuka peti-peti rahsia di 'Gua Rahsia' kita perlu tahu katakuncinya (password) terlebih dahulu.Tetapi ada peraturannya.Peraturannya ialah MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Sebagaimana perubahan Bahasa Melayu dari zaman ke zaman,begitu juga bangsanya.Kita tidak boleh membayangkan seorang pedagang Melayu yang sedang berniaga rempah dan kayu-kayu cendana di lorong-lorong bazar di Kota Uruk,Sumeria serupa dengan Abang Mat yang berniaga ikan di pasar malam di Teluk Intan pada hari ini misalnya.Kita tidak boleh membayangkan seorang gadis Melayu yang berkahwin dengan seorang raja Chaldea misalnya sebagai tanda persefahaman ekonomi dan politik lebih 1500 tahun dahulu adalah berbaju kebaya atau berbaju kurung dan berselendang merah jenama 'Samarinda'.Antara kesilapan ketara peti-peti ini tidak boleh dibuka walaupun diberi katakunci ialah SUDUT PANDANGAN YANG SALAH diberikan sewaktu menafsir rahsia di dalam peti.Bukan sahaja pakaian malah namanya juga pun boleh berbeza.Kita tidak boleh mengatakan nama seorang raja,Fan Shih-Man adalah seorang Cina hanya kerana namanya bukan Kasim Selamat Bin Pak Man (Fan Shih-Man adalah gelaran yang diberikan oleh orang China Purba kepada seorang raja Melayu Funan).Atau Cambhuwarman mahupun Parameswara adalah seorang India yang serupa dengan Encik Gopal,jiran sebelah rumah kita misalnya,yang menjadi raja memerintah negarakota-negarakota bangsa Mala (tidak kira yang keMelayuan atau KeJawaan) hanya kerana namanya bukan Ali Bin Abu atau Wak Kandar Bin Wak Seman.

Jika anda mempunyai asas yang kuat dalam kronologi sejarah bangsa anda,anda tidak akan terperangkap dengan teori Hang Tuah berasal dari Cina hanya kerana terdapat peristiwa rombongan Hang Li Po di Melaka.Hanya orang yang tidak pernah membaca biografi Hang Tuah sahaja yang mula goyang tidak semena-mena apabila ditunjal oleh teori-teori yang pelik sebegini.Mengapa tidak mengambilkira teori yang lebih awal seperti Hang Tuah yang berasal dari Pulau Duyung,atau dari Orang Laut atau dari sukukaum Bugis-Makasar.Ini lebih meyakinkan dari mereka-reka nama Melayu seperti Tuah kepada Too Ah atau Jebat kepada Jee Fat.Jika Hang Tuah hidup di zaman ini sekalipun dan tiba-tiba melihat anak-anak Melayu berpogo di gig-gig punk,beliau tidak akan mengenal bangsanya sendiri,dan mungkin menyangka mereka adalah askar Rom yang tengah berpesta kemenangan akibat gaya rambut trojan mereka.INGAT!MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Terutama sekali bangsa Melayu yang terkenal sebagai bangsa pelaut dan pedagang pada masa dahulu,tinggal di Nusantara yang strategik sebagai laluan perdagangan antarabangsa,mudah menyerap tamadun asing dan gemar berinteraksi dengan bangsa asing yang lain.

Kita lihat kembali katakunci yang baru terkumpul:


Gunung

Laut

Pantai

Pulau

Bunga

Wangi-wangian

Nusantara

Pelbagai bangsa

Nabi Ibrahim

Budaya Vedic

Anak-anak Keturah

Madyan

Madai/Madayu

Malai/Malayu

Iskandar Zulkarnain

Parsi

Nabi Nuh

The Land of The Gods

Sundaland

Mesir Kuno

Rempah dan kemenyan

Judah

Nabi Sulaiman

Ophir

Gunung Ledang

Suvarnabhumi

Golden Chersonese

EMAS




Kita akan lihat beberapa katakunci baru ini dan apa yang akan dapat kita buka jika menggunakan katakunci ini.Ingat,hanya orang Melayu yang berdarah Melayu sahaja yang boleh menimbulkan 'instinct' menjejak asal-usulnya.Sesetengahnya akan terbuka 'vision' dengan sendirinya apabila melihat katakunci sahaja.Sesetengahnya perlukan masa,mengkaji dan mengkaji.Sesetengahnya berputus asa,dan menganggap dirinya berasal dari orang Cina,dari Yunnan atau pendatang asing juga,entah dari mana,dari Planet Zargus agaknya.'Madyan' adalah satu bangsa yang disatukan dengan suku-suku Parsi yang lain oleh Cyrus The Great yang dikatakan orang yang sama dengan Iskandar Zulkarnain dalam AlQuran.Jadi cuba semak kembali Sejarah Melayu,kenapa kitab ini mendakwa raja-raja Melayu berasal dari Iskandar Zulkarnain.Abaikan kata 'Makaduniah' kerana perkataan ' Zulkarnain' itu didapati dari teks AlQuran dan kata 'Makaduniah' tidak pula muncul dalam AlQuran.Ingat,di permulaan kitab itu,Tun Seri Lanang ada menyebutkan kata 'Goa'.Kekeliruan terjadi disini apabila ilmuwan mencari-cari siapakah Iskandar Zulkarnain itu,dan sarjana India mencadangkan Iskandar Makaduniah (Macedon) sebagai maksud 'Iskandar Zulkarnain' itu.Alexander The Great memang terkenal dalam sejarah India sebab beliau pernah menyerang benua itu satu masa dahulu.Jika Sejarah Melayu menyebutkan kata 'Iskandar Agung' ini boleh diterima kerana bertepatan dengan gelaran yang diberi oleh sarjana Macedonia,Athens dan Rom kepada raja itu.


*Cyrus The Great


Tetapi dari mana datangnya 'Zulkarnain' ini?'Zulkarnain' bermaksud pemilik dua tanduk,dan tidak pula raja Yunani itu bergelar Alexander 'The Two Horns Keeper'.Tetapi pada ukiran Cyrus The Great di Persepolis,gambar raja Parsi itu menunjukkan mahkotanya terdapat dua cabang besar di atasnya.Dan kebiasaan raja purba dahulu terutama di kawasan Timur Tengah,para pengikut raja menghormati raja mereka dengan tidak memanggil nama raja itu tetapi gelarannya.Mereka tidak memanggil,"Wahai Tuanku Iskandar" tetapi dengan gelaran "Wahai Pemilik Dua Tanduk" menunjukkan kemegahan dan penghormatan kepada raja besar itu.Sama seperti Nabi Muhammad s.a.w.Baginda kerapkali dipanggil oleh para sahabat sebagai "Ya Rasulullah..." bukannya "Ya Muhammad...."


Dari kata 'Rempah dan Kemenyan' kita boleh tahu pada masa dahulu perdagangan rempah,kayu-kayan dan herba adalah ekonomi utama bangsa Malayo-Polynesian pada zaman purba.Pada zaman dahulu (juga hingga kini) laluan Kepulauan Melayu adalah laluan kapal-kapal perdagangan antara China,India dan Barat (Timur Tengah).Satu teori yang munasabah ialah,rempah-rempah ini sampai dahulu ke tangan para pedagang India,kemudian oleh bangsa Aryan (Parsi) yang membawanya ke Tanah Arab dan Sumeria dan kemudian diketahui oleh para Firaun dan ahli sihir dirajanya.Para pedagang India dan Melayu telah sekian lama berurusan sejak beribu tahun dahulu dan tidak hairanlah kerajaan-kerajaan Melayu dahulu telah 'diindiakan' sebagai pertukaran budaya kerana sebab-sebab keagamaan.Fikirkan,jika kita katakan bahawa Tamadun China itu adalah agung,hebat dan sememangnya menjadi 'kuasa besar' di sebelah Timur,bagaimana empayar-empayar seperti Babylon,Chaldea,Sumeria,Median dan Parsi berhubungan dengan mereka?Pada masa dahulu jalan darat ke China adalah satu mitos sebab itu apabila Marco Polo berjaya mencari jalan darat ke China,masyarakat Barat berasa amat pelik dengan barangan yang dibawa oleh Marco Polo dari China.Marco Polo juga diketahui cuba untuk menutup panduan jalan darat ke China kerana dengan itu hanya dialah yang mampu memonopoli jualan barangan dari China.PADA MASA DAHULU MEREKA BERHUBUNGAN MELALUI JALAN LAUT dan mahu tidak mahu terpaksa melalui Kepulauan Melayu.Daripada mereka menyeberangi dataran-dataran tinggi China,gurun dan padang-padang steppe berbahaya dan berhadapan dengan kaum-kaum barbarian,nomad juga Monggol,lebih baik mereka berlayar dengan kapal-kapal.Ini lebih mudah dan sudah tentu raja-raja Judah misalnya akan bertemu dengan pelaut-pelaut Melayu yang peramah dan terlebih mesra dengan bangsa asing ini,bukan kaum nomad yang ganas dan hauskan kepala manusia.



Pada masa dahulu emas dianggap simbol kekayaan dan keagungan.Orang yang memiliki emas adalah dianggap orang kaya yang terhormat.Emas dijadikan perhiasan,mahkota dan pinggan mangkuk.Emas juga dijadikan matawang dan disadur ke dinding istana dan kuil-kuil.Warna emas yang kuning kemilau menjadi rebutan pelbagai bangsa dan empayar-empayar.Sesiapa yang dapat menguasai tempat emas dihasilkan;dia akan menjadi raja dan menguasai kekayaan.Emas melambangkan tuah,dan tempat yang dinisbatkan dengan nama emas ini adalah bumi bertuah dan menggamit kekayaan tiada hentinya.Ramai yang mati akibat perebutan logam berharga ini.Ramai pula yang mengaut keuntungan darinya.Bangsa yang tinggal di tempat emas dihasilkan bukanlah bangsa picisan yang masih duduk di atas pokok dan bermain dengan tupai,tetapi bangsa yang mengenal apa itu emas merah,emas tulen dan kekayaan.Bangsa yang dikaitkan dengan logam ini mustahil tidak dikunjungi oleh pelbagai bangsa lain;sama ada sebagai kunjungan perdagangan mahupun asakan peperangan,merebut lombong-lombong kekayaan bangsa tersebut.BANGSA YANG MENGENAL CAMPURAN 7 JENIS BESI DAN KEMAHIRAN MENEMPA LOGAM UNTUK SENJATA mustahil tidak mengenal nilai kekayaan emas.Apakah itu besi Kursani?

Manuskrip-manuskrip purba telah mengenal satu kawasan di dunia yang dipanggil 'BUMI EMAS' walaupun lombong-lombong emas juga diusahakan di Afrika dan oleh orang Nubia,namun tempat mereka tidak pula terkenal sebagai 'semenanjung emas','pulau emas' mahupun 'bumi emas'.Namun sejak berabad lamanya nama Suvarnabhumi meniti dikalangan bibir para Brahmin yang membaca kitab Purana dan Ramayana merujuk satu wilayah yang kaya dengan emas.


The Golden Chersonese




Nusantara adalah satu gelaran yang mula-mula dikesan dipakai oleh Patih Gajah Mada sekitar tahun 1360 Masehi,namun tahukah anda apakah gelaran antarabangsa 2000 tahun dahulu kepada Nusantara ini?Gelaran politik antarabangsa kini kepada dunia Nusantara adalah Southeast Asia atau Asia Tenggara.Tetapi pada zaman dahulu para Kaisar Rom,Kisra Parsi dan raja-raja Yunani mengenal wilayah ini sebagai 'wilayah emas'.Dari manakah gelaran ini berasal?



Gelaran ini berasal dari kitab-kitab purba Hindu seperti Puranas, Ramayana, Arthasastra, Raghuvamsa yang ada menyebutkan nama Nusantara ini.Dan ia sebenarnya berasal dari Tamadun Aryan yang bersambung pula dengan empayar-empayar Tamadun Sumeria seperti Babylon,Ur,Kish dan Uruk.Jika sudah terdengar oleh raja Chaldea,Assyria dan Babilon,sudah pasti raja-raja Israel dan Judah mendengarnya juga.Mengikut kitab-kitab Hindu ini,Nusantara pada zaman kuno terbahagi kepada dua bahagian:

*Suvarnabhumi (Bumi Emas-Semenanjung Tanah Melayu)
*Suvarnadvipa (Pulau Emas-merujuk kepada Pulau Sumatera terutamanya serta Pulau Jawa)

Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.Dalam Ramayana,ada disebutkan Suvarnadvipa,tempat dimana Rama mencari Sita yang diculik Ravana.LIHAT, KISAH-KISAH KUNO HINDU ADA MENYEBUTKAN NUSANTARA INI.Jika kita melihat hikayat Ramayana ini,Rama dan Sita adalah setaraf dewa-dewi Hindu dan dewa-dewi Hindu pun menamakan pulau-pulau Melayu sebagai 'Pulau Emas'.Di dalam Kathasagaras,satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini 'the fabulous Land of Gold'-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.Apakah maksud 'menakjubkan' itu?Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini mengatakan "Wow!Menakjubkan!"?

Jika banyak terdapat emas sekalipun di sini bagaimana Tamadun India Kuno mengetahuinya jika tidak mereka melihat kesan-kesan fizikal darinya.JIka para raja-raja atau dewa-dewi Hindu ini sampai ke pulau-pulau Melayu yang dipenuhi hutan rimba sahaja adakah ini layak digelar 'the fabulous Land of Gold'??

SEBENARNYA MEREKA TELAH MENEMUI SATU TAMADUN YANG MENGGUNAKAN EMAS SECARA BERLELUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.Mungkin mereka menemui istana emas,raja-raja yang memakai mahkota emas,permaisurinya memakai gelang dan dokoh emas.Ada kemungkinan para dewa-dewi ini berurusan dengan pedagang Mala menggunakan matawang emas.Mungkin ketika itu terselit keris emas dipinggang seorang laksamana Melayu.


Seorang pendeta dan pengembara China; I-Tsing (634-713), yang bertahun-tahun menetap di Sriwijaya (Palembang) pada abad ke-7, menyebut pulau Sumatera dengan nama Chin-chou yang bererti 'Negeri Emas'.Ini tidak menghairankan kerana ketika itu Emperor-emperor Melayu Sriwijaya telah mampu mengeluarkan matawang emas.

Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata 'Suwarandib' ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama 'Suvarnadwipa' dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib;Pulau Emas yang menakjubkan itu.

Pada zaman dahulu sekiranya pedagang India tidak memperolehi emas dari pedagang Parsi dan Yunani,mereka akan berlayar ke Nusantara untuk mendapatkan bekalan emas,bagi perhiasan istana dan kuil-kuil mereka.Sejak Emperor Vespasian dari empayar Rom menghentikan bekalan syiling emas kepada para pedagang India;disebabkan ketidakseimbangan ekonomi akibat pembelian emas besar-besaran oleh pedagang India ini,mereka terus tertumpu ke Suvarnabhumi;Nusantara untuk mendapatkan bekalan emas.



Di kalangan bangsa Yunani purba, Pulau Sumatera sudah dikenali dengan nama Taprobana. Nama Taprobana Insula telah dipakai oleh Claudios Ptolemy, ahli geografi Yunani abad kedua Masehi, tepatnya tahun 165, ketika beliau menghuraikan daerah Asia Tenggara dalam karyanya Geographike Hyphegesis. Ptolemy menulis bahwa di Pulau Taprobana terdapat negeri Barousai.Mungkin sekali negeri yang dimaksudkan adalah Barus di pantai barat Sumatera, yang terkenal sejak zaman purba sebagai penghasil kapur barus;juga tumpuan para pedagang Mesir Kuno untuk mendapatkan rempah-rempah bagi mengawet mumia misalnya.
Naskah Yunani tahun 70 Masehi, Periplous tes Erythras Thalasses, mengungkapkan bahwa Taprobana juga dijuluki Chryse Nesos, yang ertinya Pulau Emas.



OLEH ITU,TIDAK HAIRANLAH PTOLEMY MENAMAKAN SEMENANJUNG TANAH MELAYU SEBAGAI 'GOLDEN CHERSONESE' nama antarabangsa baginya ketika zaman kuno dahulu,nama yang diberikan oleh para Firaun dan Emperor Babilon,juga raja-raja India malah dewa-dewi mereka juga membisik-bisikkan nama 'Pulau Emas Yang Menakjubkan' sesama mereka di dalam hikayat Ramayana dan Purana.

Jika Ptolemy menamakan semenanjung ini sebagai 'Monkey Chersonese' sudah tentu dirinya akan dihina dan diperlecehkan oleh para sarjana Yunani dan Parsi,mungkin petanya tidak dipedulikan atau dibakar kerana mengelirukan para pengembara dan pedagang lain.

Telah diterangkan di dalam siri ATBM sebelumnya bahawa pada zaman purba Nusantara terkenal dengan pengeluaran rempah ratus,kemenyan dan wangi-wangian.Para pedagang,raja-raja dari daerah sekitar Laut Tengah sudah mendatangi Nusantara,terutamanya Pulau Sumatera.Di samping mencari emas,mereka turut mencari kemenyan (styrax sumatrana) dan kapur barus (dryobalanops aromatica) yang saat itu hanya ada di Sumatera. Sebaliknya, para pedagang Nusantara pun sudah memperdagangkan komoditi mereka sampai ke Asia Barat dan Afrika Timur,sebagaimana tercantum pada naskah Historia Naturalis karya Plini pada abad pertama Masehi.

Jadi bayangkan para Firaun sedang menerima delegasi-delegasi pedagang yang mempersembahkan rempah ratus dari Timur Jauh.BAYANGKAN SEORANG PENIAGA MELAYU SEDANG MENJAJA KEMENYAN,REMPAH DAN KAYU CENDANA DI BAZAR-BAZAR KOTA UR,URUK DAN KISH.




Katakan kayu-kayu perhiasan di dalam Solomon's Temple adalah dari kayu-kayu cendana Sumatera,perhiasan Cherubim,meja altar yang menempatkan perunggu lilin adalah emas dari Suvarnabhumi dan lilin-lilin adalah diperbuat dari kemenyan wangi styrax sumatrana;Lubban Jawi yang terbaik.Dinding dan lantai adalah dari emas Suvarnadvipa.


"And the navy also of Hiram, that brought gold from Ophir, brought in from Ophir great plenty of almug trees, and precious stones"

(1 Kings 10:11 -King James Version)

Nabi Sulaiman yang juga seorang raja Kerajaan Israel Raya,memerintahkan pembinaan tempat ibadat yang agung dan dipenuhi perhiasan-perhiasan keemasan.




"Even three thousand talents of gold, of the gold of Ophir, and seven thousand talents of refined silver, to overlay the walls of the houses withal"

(1 Chronicles 29:4 -King James Version)

Sememangnya di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Kitab Al-Quran, Surat Al-Anbiya‘ ayat 81, menerangkan bahwa kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. berlayar ke “tanah yang Kami berkati atasnya” (Al-Ardha l-lati Barak-Na fiha).


"Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu"

(Al-Anbiya' ayat 81)



Yang menjadi persoalan sekarang,DIMANAKAH TERLETAKNYA NEGERI OPHIR ITU??Pelbagai hipotesis telah diajukan oleh pelbagai sarjana termasuklah lokasi-lokasi di Afrika,Arab dan Israel.Namun penemuan manuskrip pengembara Eropah ada mencatatkan lokasi Ophir ini di Filipina;iaitu salah satu Kepulauan Melayu.Sebuah catatan pengembara Sepanyol yang dikompilasikan bertajuk Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas ada menyebutkan panduan laluan laut ke Ophir,

"Ophir can be found by travelling from the Cape of Good Hope in Africa, to India, to Burma, to Sumatra, to Moluccas, to Borneo, to Sulu, to China, then finally Ophir. Ophir was said to be .... in front of China towards the sea, of many islands where the Moluccans, Chinese, and Lequios met to trade..."

Para sarjana menolak Kepulauan Jepun kerana Moluccans tidak berada berdekatan dengannya,bukan juga Taiwan kerana petunjuk menyebut 'banyak pulau'.Mereka bersepakat mengatakan ia adalah Kepulauan Fiipina.


"And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon"

(2 Chronicles 8:18 -King James Version)


Namun satu pendapat dari sarjana lain mengatakan ia terletak di sekitar Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu.Ini adalah kerana,kota Tirus (Hiram yang disebut dalam sumber Yahudi itu adalah Raja negeri Tirus yang kini terletak di Lebanon) merupakan pusat pemasaran barang-barang dari Timur Jauh. Ptolemy pun menulis Geographike Hyphegesis berdasarkan maklumat dari seorang pedagang Tirus yang bernama Marinus.Sudah tentu Marinus telah membawa emas,rempah,kemenyan dan kayu-kayu cendana dari Nusantara ketika itu dan memperdagangkannya di Tirus dan kota-kota Hellenistik yang lain.


"Lombong Emas Raja Sulaiman"


Sejak zaman berzaman umat manusia terpukau dengan kecantikan dan sifat-sifat bitara logam emas, menyebabkan permintaan terhadap logam ini sentiasa mengatasi bekalan. Keunggulan sifat-sifat fizikal logam ini, seperti kebolehtempaan dan kebolehaliran, dan sifat-sifat kimianya seperti kelengaian membuat logam ini tiada tandingan. Kelimpahan logam ini dalam kerak bumi amat lanka menyebabkan proses perlombongannya sukar dan mahal, membuatkan harganya tinggi. Bekalan emas dunia kebanyakannya datang dari Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain dan rizab terbesar terdapat dalam batuan konglomerat Prakambrian di Afrika Selatan, manakala emas epiterma yang terdapat di negara-negara keliling lautan Pasifik terletak di tangga kedua daripada segi jumlah pengeluaran.

Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. Maka itu Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas,Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu. Walaupun kelihatan rawak, taburan ini sebenarnya dikawal oleh proses geologi iaitu lengkung volkano pada zaman Perm-Trias di Semenanjung Malaysia. Jenis pemineralan emas Semenanjung Malaysia ditemui adalah sebagai telerang kuartza, dalam sulfida masif,dalam skarn, dan berkaitan rejahan igneus. Ciri-ciri longgokan emas boleh dilihat daripada kajian di Lubuk Mandi dan Penjom. Emas terdapat dalam telerang kuartza berkemiringan curam berarah Utara-Selatan. Perubahan batuan dinding yang terbentuk adalah jenis suhu-tekanan sederhana iaitu pensilisifikasian, pengargilitan dan pengkloritan-pempropilitan. Minerologi kebanyakan bijih adalah mudah iaitu mineral utama terdiri daripada pirit dan arsenopirit bersama sedikit sfalerit dan kalkopirit kecuali di lombong Ajmal di mana terdapat banyak galena, tetrahedrit dan mineral-mineral telurida. Kehadiran grafit adalah minor kecuali di Penjom di mana jumlahnya cukup banyak hingga menyebabkan gangguan dalam proses pemisahan emas. Kajian bendalir terkepung menunjukkan suhu pembentukan yang rendah. Daripada bukti-bukti yang ada, longgokan emas di Semenanjung Tanah Melayu boleh dikelaskan sebagai emas longgokan mesoterma, terhasil secara orogeni. Potensi adanya lagi longgokan emas primer seperti di Penjom cukup tinggi memandangkan kerja-kerja menjelajah longgokan primer ini masih rendah.

Mengapakah Gunung Ledang digelar 'Mount Ophir'?

Ledang, menurut Kamus Dewan ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego.Adalah dipercayai, nama Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung Ledang itu ialah gunung yang tinggi.Maklumat daripada Sejarah China pula, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas.Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.

Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Sebab itu tanah semenanjung ini dan kepulauannya menjadi rebutan pelbagai bangsa.Kita boleh membayangkan kekayaan emas yang melimpah ruah itu jika kita melawat binaan teragung orang Mon yang masih ada iaitu Pagoda Shwe Dagon yang diperbuat dari emas.Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini,Orang Mon adalah etnik selatan China yang pertama sekali berinteraksi dengan etnik-etnik Malayo-Polynesian.Renungkan puncak pagoda ini,kemilauan emasnya dan kekayaan di waktu itu,di Bumi Emas dan Semenanjung Emas yang menakjubkan ini.




Pada tahun 1854,seorang ahli sejarah British telah mendaki Gunung Ledang.Ketika itu suasana berkabus dan sejuk sekali.Lelaki British itu berjalan perlahan-lahan ke hadapan walaupun kabus masih tebal dalam cuaca sejuk.Tiba-tiba kabus semakin berkurangan,dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dirinya berada di sebuah taman yang penuh dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi.

Apakah yang ditemui oleh Alfred Wakauce,ahli sejarah British itu di Taman Bunga-bungaan Gunung Ledang??





-------------------------


Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII






-XXXXXXX
-XXXXXXX

-Kesultanan dan Empayar
-XXXXXXX

-Gangga Negara,Srivijaya dan Funan

-Peperangan dengan bangsa Yahudi
-Peperangan dengan barbarian

-Serangan ke atas etnik-etnik India

-XXXXXXX

-Laluan rahsia ke lombong emas

-Kunci rahsia Lombong Emas Raja Sulaiman

-XXXXXX

-XXXXXXX

-ITEMS LOCKED




Kunci rahsia telah hilang!Teruskan bersama kami untuk mencarinya di MistisFiles!!

satu percubaan

aku mencuba meringkaskan posting

masih dalam percubaan



semua nya nampak berjalan lancar..

tp aku masih mencuba



Monday, October 18, 2010

Kenali Ahmad bin Indera

Benarkah dari seorang guru agama menjadi ahli parti komunis malaya? Apakah sebab atau tujuan sebenar serangan keatas balai polis kepong?

Adakah ini taktik yang digunakan oleh para penjajah untuk membunuh para pejuang yang berjihad semata-mata kerana islam?

Dengan memberikan mereka bantuan dan alatan untuk berperang, dan nantikan kedatangan mereka untuk dibunuh di medan perang.

Taktik ini masih digunapakai di Afghanistan dan Iraq..





Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz Al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Alam persekolahan hingga ke peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Hj. Mohammad, dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh Inggeris oleh golongan pemuda fanatik.

Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda, dan bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Satu-satunya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai Bintang 3. Nak taknak Mat Indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu Mat Indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.

Mat Indera telah menjadi ketua komunis melayu bagi daerah Muar,Batu Pahat dan Melaka. Dia dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis Bukit Kepong.

Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia (konspirasi komunis dan British?) dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan Mat Indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk utk menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama Beladang dan Misban.

Mereka bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 Okt. 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan.


Tangannya diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis Seri Medan. Dipercayai akibat kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal. (tahyul konspirator)

Mat Indera dipamerkan dihadapan masyarakat disitu. Ada yang suka, ada yang sedih. Beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara dia didera dengan teruk. Akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara Taiping.

Keesokan hari, dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.


Di antara cerita-cerita lain tentang Mat Indera:

* Menghalang komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis.

*Chin Peng mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.

* Adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan balai polis Bukit Kepong.

* Kali pertama kena tangkap, dia cakap nak sembahyang tetapi ghaib semasa mengambil wuduk.

* Kali kedua, dia meminta kebenaran menyentuh tanah sebelum digantung, sebaik tangan nya menyentuh rumput, dia terus ghaib.

Generasi baru perlu tahu siapa Mat Indera yang sebenarnya, seorang yang lemah lembut, baik orangnya dan sentiasa melindungi. Di mata masyarakat pada masa itu, dia seorang pahlawan.

Dan pada pendapat peribadi saya, Mat Indera adalah pejuang agama dan bangsa sama seperti Tok Janggut, Mat Salleh, Dol Said, dan Datuk Maharajalela yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmani dan rohani, intelek dan emosi. Tiada kepentingan peribadi yang diperjuangkan hanya semata-mata kerana agama, bangsa dan negara.