Pages

Showing posts with label KACAU. Show all posts
Showing posts with label KACAU. Show all posts

Friday, January 3, 2014

PENDERHAKA KEPADA PEMERINTAH YANG ADIL

Kemarin Mufti Perak sambil memuji penjajah British, beliau mengeluarkan pendapat (fatwa?) bahawa puak-puak yang berdemonstrasi di Dataran Merdeka ketika menjelang tarikh 1.1.2014 adalah penderhaka@pemberontak.


Gua percaya Mufti mengeluarkan pendapat begitu bersandarkan Al-Quran, hadis-hadis sahih  dan ijtihad.

Masaalahnya, gua TURUN bukan nak memberontak, hanya sekadar menunjukkan bantahan sebab ada hadis sahih yang membenarkan gua buat begitu.

Perangi Pemimpin Maksiat
Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat".
Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat".


Maklumat lanjut apa itu bughah,.klik sini.

Monday, July 1, 2013

TIDAK PEDULI

MANUSIA DI AKHIR ZAMAN..
SUNGGUH BERCELARU


TIDAK PEDULI DENGAN KEMAKSIATAN BERLAKU DIDALAM MASYARAKAT ASALKAN HIDUPNYA AMAN DALAM MENUNAIKAN 5 RUKUN ISLAM SAHAJA

NAHI MA'ARUF
AMAL MUNGKAR
ULAMA DI COP TERRORIST
PERASUAH DAN PENGKHIANAT DIANGKAT PAHLAWAN

BELUM PERGI BERJIHAD
NAK BERBICARA PASAL JIHAD PUN AMAT DITAKUTI OLEH UMAT ISLAM..

APABILA HILANGNYA NILAI-NILAI KEMANUSIAN, BERAPA LAMA LAGI BUMI INI MAMPU BERTAHAN?



Amar makruf dan nahi mungkar (Bahasa Arab: الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر‎) berasal daripada peristilahan ayat al-Quran yang bermaksud "mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran". 


Firman Allah: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)

Wednesday, June 5, 2013

Sunday, March 31, 2013

Pejuang berjiwa zionis

Kewujudan syaitan-syaitan ini di arena politik negara banyak mendatangkan kerosakan. Watak-watak yang dilakonkan mereka amat memenuhi selera tuan penjajah mereka.

Inilah  Barisan Pengkhianat Melayu!

Brahim Ali
Zainudin Mamak
Rahim Noor
Zul Nordin
Eskay 
dan pencacai-pencacai najis umno.. 





Monday, March 25, 2013

Agama dan Politik; Umno semakin gila

Penyataan tidak melibatkan agama didalam perjuangan diakui oleh para pemimpin Umno dan dipersetujui oleh para penyokongnya.

Kata Shafie Afdal, Naib Presiden Umno. Umno tidak akan menggunakan pendekatan agama untuk memperjuangkan nasib Umno di arena politik.

Dalam bahasa yang mudah, Umno tidak akan melakukan solat Hajat atau berdoa kepada Allah Taala kerana ini melanggar semangat perjuangan Umno.

Sumber: Mstar

Pengasingan agama dari politik ini diulas oleh Teuku Adnan Mansur Setiausaha Agung Umno pula, didalam perjuangan memartabatkan bangsa Melayu, Umno tidak akan menggunakan walau sepotong ayat dari Al-Quran penunjuk Jalan Kebenaran.

Sumber: SinarHarian

Tapi kata macai Umno buat aku konpius. Samaada macai ni tak memahami maksud yang dituliskan atau pun kejahilan pemimpin.



Berdoa kepada Allah Taala tu buat apa?
Umno tidak perlu kepada Allah Taala dalam perjuangan politiknya.

Thursday, March 7, 2013

Thursday, February 28, 2013

Tentera Sultan sulu mati ditembak

Pagi tadi pukul 10.00 am telah berlaku tembak menembak diantara ATM dan Tentera sultan Sulu.

Lapuran tak rasmi pertempuran di Lahad Datu..

TSS 14 mati dan beberapa orang ditawan...

ATM dan PDRM..3 Komando cedera diterbangkan ke Kota Kinabalu..


Kedua-dua pihak mempunyai pengalaman peperangan yang seimbang tetapi berbeza plan tindakan dan alatan yang digunakan.

Jika dulu ATM yang membekalkan segala perkhidmatan kepada TTS dan kini TTS menentang mereka.

Seperti yang berlaku diantara Al-Qaeda dan CIA.

Jalan ceritanya hampir sama tetapi dilakonkan oleh pelakon dan pentas yang berbeza.

Teori konspirasi tidak dilupakan kerana umno juga terlibat dalam tragedi ini. Sumber: Sabahkini.



Friday, February 3, 2012

SIAPA DI JALAN KEBUN

INGATAN KEMBALI MENYOROT KE PERISTIWA "SAMSENG JALAN KEBUN"..

INI KETUA DIA..



INI ANAK-ANAK BUAH DIA..


AAIKKKK..HASSAN ALI DAH NAIK AYAH PUTIH KOTT..

WARIS MALAYA ADALAH PERTUBUHAN YANG MERANGKA, MERENCANA, MENJANA, MEMBIAYAI DAN MELAKSANAKAN AKTIVITI "MENG"HURU-HARA"KAN PROGRAM CERAMAH PAKATAN RAKYAT.

"PERTUBUHAN WARISAN DAN KEBAJIKAN ANAK MALAYSIA SELANGOR. 
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Merangka, merencana, menjana, membiayai dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti.
Mempromosikan perkara-perkara berkaitan sejarah dan warisan Negara..

supaya rakyat lebih memahami konsep 
dan sejarah asas pembentukan Negara Malaysia."

Thursday, February 2, 2012

Bakar, Bakar..

Lately ni, ada "puak tu" yang suka buat provokasi.

Melayu tak lupa kisah "BOM JANGKA 901" yang rupa nyaa...
MERCUN???....PDRM nak selebret CNY ke?.

Lepas tu di Rawang plakk, kepala babi diletakkan dibawah tangga masjid...begini ceritanyaa.
Apa tujuannya selain cuba provok orang-orang Islam...sebab ingat babi ingat cina..
May be, tujuan provokasi adalah melaga-lagakan bangsa Melayu dan Tionghua.
Peristiwa seperti ini pernah berlaku...berkali-kali.
Cuma.. Melayu Jangan Lupa!

Disebabkan Melayu tidak lupa, standard provokasi semakin meningkat.
"Puak tu" mula bakar rumah orang...orang politik parti PAS!

Rumah Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor..Dr. Dzulkifly Ahmad.
Ada orang nak cuba bunuh dia ke?
Mungkin cubaan membunuh satu keluarga....ngeri..
Tak mustahil!..disini berita nya.

Atau punn.. "puak tu" cuba mencabar maruah pemuda-pemuda PAS???

Tapi gua rasa laa kan...pejuang-pejuang UMNO yang berakal tahap lembu jantan dan lembu betina akan kata....
DR. DZUL BAKAR RUMAH DIA SENDIRI.....

Pejuang-pejuang UMNO ni kan bangang tahap dewa-dewa...hahahaaaaaaa

Monday, January 9, 2012

PROGRAM QIAMULAIL ANJURAN PERKASA DAN PEKIDA


PROGRAM QIAMULAIL???
AYAHANDA KENA BERANI BERKATA BENAR
KALAU NAK BERDEMO..
CAKAP TERANG2 NAK BERDEMO MENENTANG ANWAR PENGKHIANAT NEGARA, BANGSA DAN AGAMA....

MELENCONG KE PROGRAM QIAMULAIL PLAK..
NAK MENIPU PUN..AGAK2 LAA...

PARA DEMONSTRAN PENYOKONG SAIFUL TU KE YG TERLIBAT DLM PROGRAM QIAMULAIL MALAM TADI???.



LARI NYOROK DALAM MASJID.. SEBAB UNDUR DARI PERJUANGAN...DOSA TUU.
NIPU LAGI BERDOSA!



Sumpah Saiful Pun Berjalan, Hanya 50 Turun Sokongnya

Hanya sekitar 50 orang penyokong Saiful Bukhari Azlan – pengadu dalam kes Liwat II – hadir dalam perhimpunan di kawasan Masjid Wilayah Persekutuan ketika mahkamah menyampaikan keputusan perbicaraan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun sudah cukup untuk mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka mula berarak ke kawasan mahkamah.

Setiausaha agung Permas, Zulkifly Shariff yang mengetuai perhimpunan hari ini, sebelum dilaporkan bahawa pertubuhan itu akan menggerakkan sehingga 5,000 orang untuk menyertai perhimpunan itu.

Ratusan para penyokong Anwar kemudiannya mula mendekati kumpulan tersebut apabila pasukan berbaju kuning dengan slogan "anti sex bebas 901" itu mula keluar daripada kawasan masjid tersebut dan menuju ke mahkamah.

Perang mulut kemudiannya tercetus apabila kumpulan penyokong Anwar mula membantah tindakan kumpulan penyokong Saiful yang membawa kain rentang antaranya dengan slogan "tolak Anwar", "pertahankan sistem dan institusi kehakiman" serta "liwat tetap liwat."

Polis antara lain menetapkan syarat supaya peserta perhimpunan hari ini tidak membawa apa-apa kain rentang.

Tolak menolak dan pergelutan kecil kemudiannya berlaku di antara beberapa orang kumpulan penyokong berkenaan apabila beberapa orang penyokong Anwar berusaha untuk merampas kain rentang berkenaan.

Keadaan kelam kabut itu juga menyebabkan beberapa orang terjatuh.

Pergelutan di kawasan jalan berhampiran pusat penjaja medan selera itu berlaku sejurus sebelum mahkamah memutuskan untuk melepaskan dan membebasakan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Kumpulan penyokong Anwar ketika yang berang itu turut menghalau penyokong anti-Anwar itu supaya "balik."

Kumpulan pro-Saiful kemudiannya terpaksa berundur dan memasuki kawasan masjid semula apabila terus diasak oleh kumpulan pro Anwar.

Sekumpulan anggota polis yang tiba beberapa minit selepas itu kemudiannya bertindak menutup pintu pagar masjid dan menghalang kumpulan pro Anwar yang melaungkan slogan reformasi, bertakbir dan berselawat. -mk

Thursday, January 5, 2012

RM900 Gaji Minima..macam mana nak hidup..

Sivaranjani Manickam | Jan 05, 2012 07:08:18 pm

Setelah lama menunggu akhirnya Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) mengumumkan penetapan RM900 sebagai gaji minimum di Malaysia (rujuk kenyataan di Berita Harian pada 4 Januari 2012).

JERIT secara prinsipnya menerima baik penetapan gaji minima di Malaysia selepas sekian lama isu ini diperjuangkan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan jumlah gaji yang ditetapkan adalah RM900 dan ia juga akan meliputi pekerja asing di pelbagai sektor termasuk sektor perladangan dan pembinaan.

Adakah RM900 mencukupi?

Namun, JERIT masih kecewa RM900 ditetapkan sebagai gaji minimum. RM900 adalah satu angka yang jauh ketinggalan zaman. Ini adalah kerana, pada 1 Mei 1996, JERIT telah menuntut agar RM750 dilaksanakan sebagai gaji minima untuk pekerja ladang. Pada tahun 2002, JERIT melancarkan kempen serta menuntut kerajaan menggubal Akta Gaji Minima RM900. Manakala, pada tahun 2008, JERIT menuntut pengimplementasian Akta Gaji Minima RM1500. Jumlah-jumlah ini ditetapkan berpandukan kepada kajian JERIT serta mengambil kira faktor kadar inflasi semasa dan kos hidup yang semakin meningkat.

Malah, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad (gambar kiri) juga bersetuju gaji minima RM1200 diberikan kepada isi rumah ketika Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada tahun 1998. Malah, pihak MTUC juga telah menggesa kerajaan melaksanakan gaji minima RM900 dan COLA RM300 untuk para pekerja.

Walaupun pelbagai kajian serta saranan diberikan kepada pihak Kerajaan oleh JERIT dan kesatuan sekerja, penetapan RM900 sebagai gaji minimum pastinya satu angka tidak memadai untuk masa kini. Lebih-lebih lagi, pengumunan kerajaan untuk meneruskan pengimplementasian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penarikan balik subsidi serta kenaikan harga telah menambahkan lagi tekanan hidup.

Adakah sebarang syarat akan dikenakan?

JERIT juga amat bimbang serta was-was terhadap perlaksanaan gaji minimum RM900; sama ada sebarang syarat akan dikenakan terhadap para pekerja untuk mendapat gaji bulan RM900. Ini adalah kerana, pada tahun 2001, apabila gaji minimum RM325 dilaksanakan untuk pekerja ladang, pelbagai syarat telah dikenakan di mana, para pekerja perlu hadir kerja setiap hari, tidak boleh ambil cuti dan sebagainya. Adakah jumlah ini juga akan berbeza mengikut sektor dan kawasan di mana gaji lebih dari RM900 akan ditetapkan?

Jadi, JERIT berharap gaji minimum RM900 tidak akan dimanipulasi seperti yang berlaku kepada pekerja ladang.

Jangan lengahkan perlaksanaan

Adalah dimaklumkan bahawa gaji minimum RM900 dijangka akan dilaksanakan enam bulan selepas persetujuan kabinet. Walaupun JERIT faham satu jangkamasa diperlukan untuk membuat persediaan, tetapi jangkamasa enam bulan adalah terlalu lama. JERIT bimbang pengumuman ini dibuat untuk memancing undi semasa pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi. Selepas itu, pelaksanaan gaji minimum ini akan akan dilengahkan. Ini telah berlaku kepada pengawal keselamatan, di mana, gaji pengawal keselamatan yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Januari 2011 ditangguhkan dan selepas pelaksanaan, masih terdapat majikan yang enggan mempraktiskannya.

Kesimpulannya, walaupun penetapan gaji minimum RM900 satu langkah yang positif namun, JERIT berpendirian bahawa pihak kerajaan harus menggubal Akta Gaji Minima RM1500 di Malaysia bagi memastikan hak dan kebajikan para pekerja terjamin. Gaji yang baik akan menjamin kualiti yang baik kepada warga pekerja di Negara ini.


Hidup Pekerja dan Salam Perjuangan!

*Kenyataan media oleh Sivaranjani Manickam selaku Penyelaras Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK), JERIT

Sumber: http://www.merdekareview.com/bm/