Pages

Wednesday, August 13, 2008

Amaran kepada semua ahli Pas

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui.

Baca amaran ini dahulu. Sila tukar kepimpinan tertinggi anda selewat-lewatnya setahun sebelum PRU13. Jangan memaki dahulu, sila baca sepenuhnya. Mengapa?

Apa yang berlaku kini, kucar-kacir yang melanda PAS membuktikan bahawa :

1. Aliran pemikiran PAS Terengganu perlu dikurantin. Setelah memusnahkan peluang Islam bergerak bebas dengan perpecahan Barisan Alternatif gerakan Ustaz Fadhil dahulu, kini, Barisan Rakyat pula menjadi mangsa pemikiran Terengganu.

2. Bukti bahawa PAS tidak mempunyai perancangan bagaimana memanfaatkan kemenangan besar dan beberapa pelan sokongan.

Sekiranya ahli PAS gagal menyediakan pucuk pimpinan yang segar.

Sekiranya PAS masih mengekalkan aliran pimpinan ini, di mana sekiranya, Barisan Rakyat berjaya membentuk pemerintahan pusat, maka :

1. Kestabilan Malaysia akan bergolak. Kelancaran Barisan Rakyat mengambil alih akan berkocak akibat ada tangan-tangan tertinggi PAS yang berpolitik gelap, gopoh dan berminda dam aji dalam arena percaturan.

2. PAS berpecah dan berterabur sebaik sahaja Barisan Rakyat disahkan boleh mengambil-alih pusat. JK Pusat akan bertembung dengan Presiden dan kumpulan Terengganunya. Syura tersepit di tengah. Ahli terpecah dua. Non muslim hilang kepercayaan. Pengundi bukan ahli akan mengamuk.

3. Situasi di mana PAS tidak lagi ditakuti oleh non muslim kembali hancur. Hasil puluhan tahun perjuangan ahli terdahulu. PAS kembali merangkak bagi memberi penerangan kepada massa non muslim. Dan puluhan tahun lagi diperlukan untuk itu.

4. Peluang PAS memanfaatkan media perdana, penggunakan prasarana kerajaan dalam menyampaikan dakwah, berjuang Islamic State di fasa baru akan hancur lebur akibat kekucaran Barisan Rakyat mengambil alih pusat. Ini semua kerana kegagalan PAS menyediakan kepimpinan yang strategik.

Penyelesaian yang dicadangkan.

1. Tukar Presiden bagi mengelakkan kumpulan Terengganu mempengaruhi Presiden PAS, di mana Hadi Awang adalah jasadnya. Dengan kesegaran yang dilakukan, kumpulan Terengganu tidak dapat lagi mempengaruhi Presiden PAS, sekaligus mengkucar-kacirkan keadaan, kerana jasad Presiden PAS bukan lagi Hadi Awang.

2. Bersabar dan bentuk dahulu kerajaan Barisan Rakyat di peringkat pusat. Dan tunggu keadaan stabil sebelum menilai keadaan. Ingat bahawa keselesaan rakyat perlu diutamakan dalam memperjuangkan idealogi. Anda (PAS) berjuang melalui demokrasi secara total.

3. Biarkan UMNO bergolak (akibat kekalahan) dan pembersihan berlaku secara normal.

4. Dalam menanti proses pembersihan UMNO, PAS perlu fight menyeimbangkan kepentingan Islam di dalam Barisan Rakyat. Gunakan media perdana yang terbuka luas. Gunakan pergerakan yang luas di negeri-negeri. Anjurkan banyak perbahasan / forum-forum / debat di seluruh negara.

5. Setelah itu, nilai semula sama ada mahu bertahaluf dengan UMNO atau tidak. Mana yang lebih baik? Sama ada kekal dalam Barisan Rakyat atau bertahaluf dengan UMNO. UMNO yang tidak dapat membentuk kerajaan pusat tanpa PAS akan membawa ke satu situasi dimana UMNO bakal menyertai PAS, bukan PAS menyertai UMNO.

6. Untuk bertahaluf dengan UMNO, jangan guna kaedah ulama Terengganu, yakni, secara gelap, dan memperbodohkan intelek pengundi. Intelek pengundi bukan ahli PAS, tidak serendah ahli PAS yang didoktrin, atau serendah Hadi Awang sendiri.

Penutup.

PAS perlu open perbahasan secara matang, terbuka dan ilmiah untuk idea bertahaluf dengan UMNO (setelah UMNO mengalami fasa pembersihan secara automatik akibat kekalahan). Lakukan pungutan suara dan sebagainya.

Sekali lagi, jangan fikir intelek pengundi sama level dengan Hadi Awang atau PAS Terengganu. Bergerak secara matang, profesional, telus dan terang.

Jangan nasi menjadi bubur. PAS perlu merangkak kembali puluhan tahun setelah boleh berjalan. Jangan serahkan anak yang baru bertatih kepada seorang badut untuk dijaga.

Hamba hanya menyokong PAS secara taktikal dalam Islamic State Mission.

Wallahualam.

Sumber :
http://adukataruna.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment