Pages

Friday, November 30, 2007

Jokes

At school, a boy is told by a classmate that most adults are hiding at least one dark secret, and that this makes it very easy to blackmail them by saying, "I know the whole truth" -- even when you don't know anything.

The boy decides to go home and try it out. As he is greeted by his mother at the front door he says, "I know the whole truth." His mother quickly hands him $20 and says, "Just don't tell your father."

Quite pleased, the boy waits for his father to get home from work, and greets him with, "I know the whole truth." The father promptly hands him $40 and says, "Please don't say a word to your mother."

Very pleased, the boy is on his way to school the next day, when he sees the mailman at his front door. The boy greets him by saying, "I know the whole truth." The mailman drops the mail, opens his arms and says, "Then come give your FATHER a big hug."
-------------------------------------------------------
A little old lady sits at the luncheonette counter and orders a hamburger. The huge guy behind the counter bellows, "One burger!"

Whereupon the chef grabs a huge hunk of chopped meat, stuffs it in his bare armpit, pumps his arm a few times to squeeze it flat, and then tosses it on the grill.

"That's the most disgusting thing I've ever seen," the old lady says.

"Yeah?" says the counterman. "You should be here in the morning when he makes the doughnuts."

-------------------------------------------------------
A man is sitting at a bar one night, wearing a fancy new watch, covered with buttons and lights and dials. The woman next to him says, "Wow, that's a really fancy watch."

Thanks, says the guy, "It's the cutting edge of technology. I can telepathically ask this watch anything I want to know, and it'll answer me, telepathically."

"Rubbish," says the girl.

"No, it's true," says that guy. "Look, tell you what, I'll prove it. I'll ask it if you've got any panties on."

The guy scrunches up his eyes for a moment, as if concentrating hard to talk to his watch, then opens them and says, "Nope, it says you haven't got any panties on."

"Well, it's wrong," says the girl, "I do have panties on."

"Damn," says the guy, slapping his watch, "it's an hour fast!"
-------------------------------------------------------
One night , after the couple had retired for the night, the woman became aware that her husband was touching her in a most unusual manner. He started by running his hand across her shoulders and the small of her back. He ran his hand over her breasts, touching them very lightly.
Then,he proceeded to run his hand gently down her side, sliding his hand over her stomach, and then down the other side to a point below her waist. He continued on, gently feeling her hips, first one side and the the other. His hand ran further down the outside of her thighs. His gentle probing then started up the inside of her left thigh, stopped and the returned to do the same to her right thigh.
By this time the women was becoming aroused and she squirmed a little to better position herself. The man stopped abruptly and rolled over to his side of the bed.
" Why are you stopping darling?" she whispered.
He whispered back, " I found the remote"!

Sunday, November 25, 2007

Band Of Brothers Musicvideo.







Ucapan Tahniah kepada Angkasawan Pertama Negara!

"Negara sudah mencipta sejarah dalam teknologi angkasa lepas apabila nama Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang merupakan angkasawan pertama Malaysia berlepas kira-kira jam 9.21 pm waktu Malaysia ke stesen angkasa antarabangsa (ISS) dengan kapal angkasa Russia Soyuz 15-S.Beliau berada di luar angkasa selama 11 hari.hat

Beliau selamat tiba di bumi dengan kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 atau lebih dikenali Space Drop Zone, mendarat berdekatan bandar Arkylk, Kazakhstan (yang terletak 500 kilometer dari bandar Baikonur), petang 21 Oktober, 2007. Pendaratan berlaku tepat jam 6.37 petang waktu di Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 3.15 petang waktu di Malaysia untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi."

Saya bangga dan berharap ia akan menjadi satu inspirasi kepada remaja Islam untuk terus meminati sains dan teknologi terutama untuk menghasilkan penemuan baru.

Remaja Melayu pun sebenarnya ketandusan idola dalam bidang sains dan teknologi apatah lagi bidang angkasa lepas. Asyik-asyik hanya artis macam Mawi dan Siti Norliza yg menjadi idola remaja Melayu.

Seterusnya kita berharap dengan minat sains dan teknologi yang disemai dan disuburkan itu akan melahirkan lebih banyak saintis tempatan yg mampu mencipta penemuan baru yg membawa manfaat kepada manusia. Tak la lagi umat Islam boleh diperlekehkan saja.

Setelah berjaya melahirkan dan membudayakan penerokaan sains dan penciptaan teknologi baru maka kita tidak perlu bergantung kepada barat seperti sekarang.

Sekarang ini jika barat mencabut semua ciptaan mereka yg digunakan oleh umat Islam, pasti umat Islam masih menggunakan senjata pedang serta panah dan tentera bergajah ketika berperang. Macam mana nak menang bila berperang dgn israel kalau macam tu.

Sekarang, dengan pergantungan hidup kepada ciptaan barat nampak macam seolah-olah kita wajar berterima kasih dengan barat dan bukan memusuhi mereka terutama USA.





Garis Panduan Pelaksanaan IBadah di International Space Station (ISS).



----------------------------------------------------------------------------------------------------

* Putera Arab Saudi, Putera Sultan Salman Abdel Aziz Al-Saud merupakan angkasawan pertama negara Islam ke angkasa lepas pada 1985. Beliau bertindak sebagai pakar muatan dalam kapal angkasa Amerika , Discovery STS-51-G pada 17 hingga 24 Jun 1985 .

* Angkasawan Islam dari Syria ialah Mohammed Faris dari Syria pergi ke Stesen Mir dengan roket Soyuz TM-3 pada 22 Julai 1987 hingga 30 Julai 1987. Beliau pergi bersama Alexander Viktorenko dan Aleksandr Pavlovich Aleksandrov.

* Juruterbang tentera Afghanistan, Abdul Ahad Mohamad ke Stesen Mir dengan roket Soyuz TM6 pada 29 Ogos 1988 dengan ditemani 2 angkasawan Russia , Vladimir Lyakhov dan Valery Polyakov dan tiba di bumi pada 6 September 1988.

Keselamatan Pekerja Tanggung Jawab Bersama.

1.1 PENGENALAN

Tekanan akibat daripada kesedaran di peringkat antarabangsa (misalnya WTO) dan dari dalam negeri (misalnya melalui NGO-NGO seperti MTUC), serta keinsafan semua pihak (kerajaan dan swasta) yang makin meningkat (dan menonjol) dalam hal keselamatan pekerja, termasuk di tapak bina telah membawa kepada tindakan susulan pengimplementasian langkah keselamatan diambil. Salah satunya ialah melalui cabang undang-undang.

Dalam perbincangan di sini, "keselamatan pekerja" merujuk kepada keselamatan pekerja itu daripada bencana kecederaan, kematian atau kerosakan tubuh badannya. Aspek kesedaran, perspektif undang-undang, pula merangkumi kesedaran oleh pihak berkuasa sendiri, majikan (kontraktor, subkontraktor, tuanpunya projek dan konsultan projek), dan kesedaran pekerja itu sendiri. Skop "kesedaran" dan "menyedarkan" ini nampaknya merangkumi ketiga-tiga pihak itu, termasuk mengimplementasikan kesedaran itu sendiri.

2.1 UNDANG-UNDANG BERKAITAN KESELAMATAN PEKERJA DI TAPAK BINA – PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT

2.1.1 Pihak Berkuasa dan Klien Projek

Di pihak berkuasa, sekurang-kurangnya ada dua undang-undang bertulis yang relevan di sini iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (disebut AKKP 1994) dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (disebut AKJ 1967). Di dalam AKKP 1994, ditekankan mengenai tugas-tugas am majikan dan pekerja dalam hal keselamatan. Seksyen 15 AKKP 1994 menekankan bahawa adalah menjadi tugas setiap majikan mempastikan seberapa yang boleh, keselamatan pekerja-pekerjanya, di mana ini termasuklah soal-soal sistem dan prosedur kerja yang selamat, peralatan yang selamat (diguna atau atas kewujudannya di situ) dan tempat serta suasana kerja yang selamat. Secara khususnya, menurut Seksyen 15(1) AKKP 1994, tugas menjaga keselamatan pekerja (termasuk di tapak bina) merangkumi:

(a) penyediaan dan penyenggaraan mesin jentera dan alatan, dan sistem kerja yang selamat, dan tidak memberi risiko kesihatan;

(b) diwujudkan dan dipastikan pengoperasian dan penggunaan jentera dan alatan itu adalah selamat;

(c) memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang sesuai kepada pekerja berkaitan keselamatan mereka semasa bekerja;

(d) penyenggaraan tempat kerja dan keadaan kerja supaya sentiasa selamat; dan

(e) suasana kerja itu juga selamat pada keseluruhannya kepada pekerja.

Perkara-perkara di atas perlu diterjemahkan kepada pernyataan bertulis polisi keselamatan oleh majikan (Seksyen 16 AKKP 1994).

2.1.2 Pihak Pekerja dan Kontraktor Projek

Di pihak pekerja sendiri, menurut Seksyen 24 AKKP 1994, mereka dikehendaki:

(a) mengambil langkah yang munasabah dalam menjadi keselamatan mereka (yakni berhati-hati semasa bekerja);

(b) memberi kerjasama kepada majikan dalam pengimplementasian Seksyen 15(1) yang dinyatakan sebelum ini;

(c) sentiasa memakai atau mengguna peralatan perlindungan atau pakaran keselamatan yang disediakan majikan semasa bekerja; dan

(d) mematuhi sebarang arahan atau langkah-langkah keselamatan yang diberi oleh majikan.

Perkara-perkara di atas juga amat diharapkan diimplemen oleh kontraktor utama (Maule, K. 1998). Malah penwujudan Kod Praktis Industri (Seksyen 37 & 38), Pegawai dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Bahagian VII) AKKP, 1994, menggambarkan betapa undang-undang perihatin dalam keselamatan pekerja.

3.1 LANGKAH-LANGKAH DAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIPERLUKAN

3.1.1 Di bawah Statut

Jika kita jengok kepada Akta Kilang dan Jentera 1967 (AKJ 1967), terutama Bahagian II Akta, ia menekankan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti keselamatan pekerja yang perlu diambil oleh semua pihak di dalam industri (terutama oleh majikan). Ini temasuklah:

(a) menentukan kekukuhan binaan, lantai, atas, laluan, tangga, tempat bekerja yang selamat untuk pekerja;

(b) borang dan bahan yang disimpan selamat kepada pekerja;

(c) kaedah kerja (seperti cara mengangkat beban) yang tidak menyebabkan/memungkinkan mencederakan pekerja;

(d) keselamatan daripada kebakaran; dan

(e) mesin, jentera dan alatan kerja yang dipasang, dibaiki dan diselenggara perlulah mengambilkira keselamatan pekerja (yang menggunakannya atau mungkin menerima kesan daripadanya).

Secara lebih terperinci lagi, berkaitan penggunaan atau pemakaian alatan kerja, Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1970 menyenaraikan peralatan-peralatan berkaitan yang termasuklah:

(a) alat pelindung muka (goggles) yang sesuai bagi kerja-kerja yang memerlukan ia dipakai (seperti kerja pemeterian);

(b) penutup telinga; dan

(c) pakaran keselamatan – seperti baju, seluar, topi dan sarung tangan.

Alat-alat ini perlu disedia majikan (bagi kerja-kerja di mana alatan itu perlu disedia) dan ia mesti dipakai oleh pekerja berkenaan.

Perkara-perkara mengenai tanggungjawab majikan (menyedia peralatan keselamatan) dan tanggungjawab pekerja (memakai atau mengguna peralatan berkenaan) pernah menjadi isu perbincangan utama dalam kes Wong Soon San lwn. Malayan United Industrial Co. Ltd. ([1967] 1 MLJ 1). Dalam kes ini sekeping zink telah melantun dan mengenai mata kanan plaintif (pekerja)(dan mata itu buta) semasa dia sedang bekerja dengan defendan (majikan) membaikrapi kepingan zink dengan menggunakan sebuah mesyin. Walaupun mesyin itu dilengkapi alat penghadang (deflector) sebarang lantunan kepingan zink namun ianya kadangkala dipindahsuai oleh operator mesyin dan ini memerlukan ianya diperiksa oleh penyelia kilang. Plaintif pula tidak disediakan alat pelindung muka seperti yang dikehendaki oleh peraturan 16(3) Peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1956. Mahkamah menyatakan bahawa majikan itu telah melanggar tanggungjawab statutori berkenaan (dan juga dibawah "common law"). Namun dalam kes ini pekerja itu juga turut cuaisumbang (yang mahkamah kira pada tahap 30%) kerana tindakannya memindahsuai alat penghadang mesyin tanpa pengetahuan penyelia. Namun begitu, yang menarik perhatian adalah apa yang dikatakan oleh hakim Raja Azlan Shah, iaitu, "Saya mesti juga ingat bahawa Peraturan-peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) adalah ditujukan bukan sahaja kepada pekerja-pekerja yang cermat, bijaksana dan patuh tetapi juga kepada mereka yang bodoh, tidak berwaspada dan tidak patuh".

Sebagai satu polisi bersama, menurut Tatacara Bagi Keharmonian Industri, perkara mengenai memberi latihan yang mencukupi kepada pekerja dan keadaan fizikal kerja yang baik adalah ditekankan. Hal yang sama dinyatakan di dalam Seksyen 26 AKJ 1967.

Jika kita lihat Borang-Borang Seragam Kontrak Pembinaan seperti JKR 203/203A, PAM 1998 dan CIDB 2000, seperti sudah menjadi amalan bahawa tuan punya projek (klien) menafikan (disclaimed) tanggungjawab menjaga keselamatan pekerja di tapak bina, dan ia diserah (dipindah) kepada kontraktor dan subkontraktor (lihat fasal 18.0 PAM 1998, fasal 32 JKR 203/203A dan fasal 35.1 CIDB 2000). Seni "mengelak tanggungan" yang diamalkan oleh klien projek ini, walaupun dari segi kontrak boleh dipakainya dengan jayanya, namun dari segi tanggungjawab moral dan daripada perspektif keharmonian industri, ianya tidak wajar.

3.1.2 Di bawah "Common Law"

Walau apapun, seperti yang dinyatakan di dalam kes Smith lwn Baker (Charles) & Sons ([1981] A.C. 325), "kontrak di antara majikan dengan orang yang diambil bekerja melibatkan di pihak majikan itu kewajipan untuk mengambil langkah berhati-hati yang munasabah… yang mana pada menjalankan operasinya tidaklah menjadikan pekerja-pekerjanya itu terdedah kepada risiko yang tidak perlu. Ini termasuk menyedia perkakas yang sesuai dan tidak mendatangkan risiko kepada pekerja". Jika majikan gagal mengambil langkah berjaga-jaga (berhati-hati) yang munasabah dalam menjaga keselamatan pekerjanya, maka majikan itu (misalnya kontraktor) boleh didakwa cuai (Abdul Aziz Hussin, 2000, m.s. 20-25). Misalnya, seperti yang dikatakan oleh hakim Lord Wright dalam kes Nichols lwn. Austin (Leyton) Ltd.([1946] 2 All E.R.97), bahawa, "kewajipan 'common law' …tidaklah boleh dipersoalkan lagi. Namun ianya terhad kepada [kewajipan] berhati-hati dan kemahiran yang munasabah dalam melindungi daripada bahaya, dimana sebagai seorang manusia yang munasabah, majikan sepatutnya telah dapat menjangkakannya[ bahaya itu]". Dalam kes Paris lwn Stepney Borough Council ([1951] 1 All E.R. 42] pula, hakim Lord Oaksley menyebut bahawa, "tugas seseorang majikan terhadap pekerjanya ialah untuk mengambil langkah berhati-hati yang munasabah mengenai keselamatan pekerjanya dalam semua keadaan bagi sesuatu hal itu".

Contohnya seperti yang dinyatakan di dalam kes Ng Kim Cheng Pte. lwn. Naigai Nitto Singapore Ltd. ([1991] 2 MLJ 296), majikan telah didapati cuai kerana gagal mengambil langkah-langkah keselamatan atas keselamatan plaintif (pekerja) dan menyedia sistem kerja dan gagal untuk menjaga atau membaiki brek keselematan jenangkat-susun itu dengan baik. Mahkamah juga memutuskan bahawa majikan berkewajipan untuk berjaga-jaga yang munasabah untuk menyediakan logi dan perkakasan yang selamat untuk kegunaan pekerja-pekerjanya, dan menyenggaranya supaya senantiasa dalam keadaan baik. Dan obligasi ini adalah secara berterusan – Wilson & Clyde Co. lwn. English ([1938] A.C.57). Sistem kerja yang selamat dan yang tidak mendedahkan risiko kecederaan/kematian kepada pekerja ditekankan juga di dalam kes Mohd. Sainudin b. Ahmad lwn. Consolidated Hotels Ltd. & seorang lagi ([191] 1 MLJ. 27).



Kegagalan menyediakan peralatan keselamatan (misalnya tali pinggang keselamatan) kepada pekerja dalam jenis-jenis kerja yang memerlukan penggunaannya boleh mengakibatkan majikan didakwa cuai, contohnya di dalam kes Chong Fah Lin lwn. United Engineers (M) Sdn. Bhd. ([1978] 2 MLJ 359).



Di pihak pekerja itu sendiri juga perlulah insaf untuk menjaga keselamatannya sendiri dari risiko kecederaan/kematian, misalnya berhak semasa kerja (Wilson lwn. Tyneside Window Cleaning [1958] 2 Q.B.110) termasuk menggunakan peralatan keselamatan yang disediakan, misalnya talipinggang keselamatan (McWilliam lwn. Sir Willim Arrol & Co. Ltd. [1962] 1 W.L.R. 295) atau menggunakan tangga mudahaleh dengan betul dan cermat (Eng Lye Hup Co. Ltd. lwn. Chua Sai Choo & seorang lagi [1968] 1 MLJ 231).

Kegagalan majikan mematuhi perkara-perkara perkaitan keselamatan pekerja juga suatu kesalahan di bawah AKJ 1967 (Seksyen 50) dan AKKP 1994 (Seksyen 51).<

4.1 PENUTUP

Walau apapun, daripada semua perspektif (pekerja, kontraktor, klien, konsultan, dan hatta kerajaan sendiri), sebarang ketidakpatuhan atau kegagalan dalam hal keselamatan pekerja tentunya merugikan semua pihak dan mewujudkan kos-kos tak perlu (unneccessary costs)(seperti kos penalti, halangan penerusan kerja kerana cedera atau oleh pihak berkuasa, tuntutan gantirugi, jam kerja (man-hour) dan lain-lain lagi), dan ini perlu diinsafi semua.

Adalah jelas bahawa di pihak kerajaan aspek-aspek undang-undang dan polisi (yang berbentuk fasilitatif, pengawasan dan penguatkuasaan) yang melibatkan aspek instrumen undang-undang itu sendiri (Akta dan Peraturan), orang (pihak penguatkuasa) dan kewangan (belanjawan yang mencukupi) adalah perlu.

Di pihak majikan pula (termasuk konsultan-konsultan projek), aspek-aspek penerapan dan pematuhan undang-undang dan polisi, keperihatinan, dasar kerja yang proaktif dan fasilitatif dalam hal keselamatan, dan pengetahuan yang cukup amatlah diperlukan. Di pihak pekerja sendiri, kesedaran dan kesediaan mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan juga turut memberi sumbangan besar dalam menjamin keselamatan mereka sendiri. Dalam hal ini tentunya kita mengalu-alukan langkah proaktif kerajaan yang bercadang menghapuskan cukai import bagi alatan-alatan keselamatan kerja yang akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2002 ini (Laporan Media 27 Ogos 2001).

Walau apa pun, perkara terpenting yang perlu ada pada setiap pihak berkaitan ialah keinsafan, rasa tanggunjawab, amanah dan sikap positif dalam hal-hal berkaitan kepentingan keselamatan pekerja. Undang-undang hanyalah salah satu instrumen dalam menjayakan perkara-perkara berkenaan.

Rujukan:

Akta Kilang dan Jentera ,1967.
Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan & Kebajikan), 1970.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, 1994.

Abdul Aziz Hussin, 2000, Aspek Undang-Undang Tort Dalam Projek Pembinaan.
Penerbit: Universiti Sains Malaysia.

Penjajahan Jepun & Kemerdekaan - Satu Penilaian

Jepun jahat! Komunis kurang ajar! Jepun tak berperikemanusiaan! Bintang Tiga zalim! Nippon pembunuh! PKM musuh nombor satu! Pokoknya… semua yang buruk dilambakkan kepada tentera Jepun dan komunis. Sepanjang sambutan ulangtahun kemerdekan negara dalam tempoh sebulan setiap tahun, kita disogokkan dengan label-label ini. Orang-orang yang ada serba sedikit ilmu sejarah tertanya-tanya… "Ke mana Portugis, Belanda dan Inggeris?"

hatBetul Jepun mengganas. Benar PKM mengamok. Jepun mengganas tidak sampai empat tahun. PKM mengamok hanya dua minggu. Tapi… Feringgi menjajah 130 tahun! Wolanda menjajah 180 tahun! Orang Putih menjajah 130 tahun!

Siapa yang lebih lama menghambakan kita? Siapa yang lebih banyak memakan darah dan keringat kita? Siapa yang lebih lama mencuri khazanah alam kita? Siapa yang lebih banyak menyebabkan kematian orang-orang Melayu? Siapa yang lebih puas menodai kita? Siapa yang meruntuhkan masjid-masjid dan membongkar tulang-temulang dalam kuburan umat Islam Melayu?

Keluarlah filem Bukit Kepong. Keluarlah filem Leftenan Adnan. Keluarlah filem Paloh, Embun dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tapi… berbelas tahun menanti tayangan Pasir Salak, bila hendak disiapkan? Cerita pahlawan Mat Salleh pernah disiapkan, mengapa tiada filem Tok Janggut? Mengapa tiada filem Dato' Bahaman? Mana filem Patinggi Ali, Dol Said, Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain?

Mengapa saban tahun ketika merayakan ulang tahun kemerdekaan negara, kejahatan tentera Jepun dan PKM yang dicanang-canangkan? Padahal dosa mereka tidak sebesar dosa bangsa-bangsa penjajah dari Barat!

Barat mendahului penulisan sejarah, dilabelnya para pejuang tanah air sebagai penderhaka. Dilabelnya kaum asli Amerika sebagai penumpah darah. Dilabelnya Jepun dan Jerman dengan pelbagai label. Apa pentingnya label? Label sangat penting dalam perang saraf. Melalui label sokongan ramai mudah diperolehi.

Saidinia Ali dan para pendokongnya dilabel 'Pelindung Pembunuh Saidina Uthman', maka pihak-pihak yang berkepentingan berjaya menambah sokongan untuk merampas kekhalifahan. Para ulama dan keturunan Nabi Muhammad di Makkah dilabel 'Penyubur Bidaah dan Kesyirikan' agar pihak yang berkepentingan mendapat sokongan bagi menghalalkan serangan, pertumpahan darah dan penaklukan ke atasnya. Parti Islam Se-Malaysia dilabel 'Pro-Syiah" agar pihak yang berkepentingan mendapat sokongan yang akan menaikkan saham mereka. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar dilabel 'Berhala Quraisy' untuk pihak berkepentingan meneguhkan kedudukan mereka. Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin al-Helmy dilabel 'Berhaluan Kiri' dan 'Pro-Komunis' agar pihak-pihak berkepentingan menjayakan agenda mereka. Begitulah antara contoh-contoh tindakan melabel yang berkesan.

Yang menghairankan kita, label-label buruk ini dilambakkan atas kepala tentera Jepun dan PKM sahaja. Mengapa tidak berani dikenakan kepada pihak yang lebih layak mendapatnya iaitu British, Belanda dan Portugis? Digambarkan seolah-olah musuh kemerdekaan kita hanyalah Jepun dan komunis. Keluarlah lambakan cerita bagaimana perit dan deritanya penduduk pada zaman pemerintahan tentera Jepun yang sekadar tiga tahun lapan bulan itu. Juga lambakan cerita betapa sukar dan sengsaranya penduduk pada zaman darurat. Cuba kita koreksi balik, sebusuk-busuk zaman darurat, tapi pada zaman itulah kita mencapai kemerdekaan. Seindah-indah zaman 'tuan" dan "good morning", kita berada dalam penjajahan!

Kita sudah merdeka. Mengapa masih takut dengan para penjajah yang sudah balik negeri itu? Mengapa sebahagian hasil kekayaan bumi bertuah ini masih mengalir ke sana hingga ke hari ini? Mengapa untuk menyiapkan filem-filem yang menunjukkan keganasan penjajah Barat tidak berani kita keluarkan? Mengapa sempena 31 Ogos media tidak berani mneyebarkan kisah-kisah penderitaan rakyat di bawah penjajahan Barat? Balik-balik Jepun dan komunis.

Penjajahan Jepun memang memeritkan. Kita tidak menafikannya. Namun nisbah kutukan dan kekecewaan kita terhadap mereka biarlah adil. Yang mencabul kita '3 tahun 8 bulan' dan '2 minggu' itu dikutuk 10 kali tetapi yang mencabul kita 'lebih 400 tahun' dikutuk sekali dua sahaja?

Apabila disebut 'merdeka' maksudnya ada pihak yang kita lawan untuk mendapatkannya. Kita dapat kemedekaan daripada siapa? Jepun? Komunis? Bukankah sepatutnya pada setiap kali perayaan Merdeka kita sebarkan kepada rakyat perjuangan kita menentang mereka yang 'memberi merdeka' kepada kita itu? Adakah kerana kita mendapat kemerdekaan melalui 'runding-runding' dan bukannya 'runcing-runcing' sebagaimana Indonesia maka penjajah disanjung tinggi?

Ibrahim Yaakob pejuang kemerdekaan, dan dia berjaya mendapatkannya dalam erti kata sebenar. Malangnya kemerdekaan itu dinafikan oleh British dan juak-juak mereka di sini. Kita lihat senarionya.

Portugis mengalahkan Melaka lalu memerintah. Ketika itu merekalah penjajah. Kalau hendak merdeka kita mestilah mengalahkan mereka ataupun mendapatkan kemerdekaan daripada mereka. Gabungan tentera Belanda, Johor dan naungannya berjaya mengalahkan Portugis. Maksudnya kita telah merdeka. Malangnya kemerdekaan itu diragut pula oleh Belanda yang mengkhianati kita. Sempatlah kita merdeka beberapa hari. Ketika itu Belandalah penjajah. Kalau hendak merdeka kita mestilah mengalahkan mereka ataupun mendapatkan kemerdekaan daripada mereka.

Kemudian melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, pihak penjajah bertukar suka sama suka. Dari Singapura ke utara menjadi jajahan Inggeris (jika mereka mampu) manakala dari Riau-Lingga ke selatan menjadi jajahan Belanda (jika mereka mampu). Melaka dan naungannya yang asal jatuh ke tangan penjajah baru iaitu Inggeris. Kalau kita hendak merdeka, kita mestilah mengalahkan mereka ataupun mendapatkan kemerdekaan daripada mereka.

Datanglah tentera Jepun. Disebut tentera Jepun saja walaupun sebenarnya begitu banyak anggota bawahannya yang bukan bangsa Jepun. Tentera Jepun berjaya mengalahkan tentera British. Maksudnya yang menjajah ketika itu adalah tentera Jepun. Kalau kita hendak merdeka, kita mestilah mengalahkan mereka ataupun mendapatkan kemerdekaan daripada mereka. British bukan lagi penjajah kita, mereka sudah kalah.

Pengeboman zalim oleh orang-orang bukan Islam iaitu para teroris sebenar dari Barat di Hiroshima dan Nagasaki mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia yang tidak bersalah. Orang tua, kanak-kanak, kaum wanita, orang-orang kurang upaya, para ahli ibadat di kuil-kuil semuanya dihancurkan serentak tanpa ada pilih-pilih lagi. Tentera Jepun di seluruh dunia diarahkan meletak senjata dan pulang dengan tangan kosong. Tentera Jepun di Tanah Melayu pun berbuat demikian juga walaupun mereka tidak kalah dengan mana-mana pasukan pejuang di sini sama ada kepada Force 136, Bintang Tiga, Bintang Lima, pasukan-pasukan anak watan dan lain-lain.
Kepada siapa mereka meletakkan senjata? Kepada tentera British? Hakikatnya tidak. Hal ini kerana British sudah kalah dan bukan pemilik negara ini lagi! Tentera Jepun sebenarnya menyerahkan kembali pemerintahan kepada rakyat. Kita sudah merdeka! Tapi… British dan para pendokongnya meracuni pemikiran rakyat dengan menggambarkan kononnya Jepun menyerahkan pemerintahan kembali kepada mereka. Cukup licik! Padahal tidak ada orang Inggeris yang memerintah di sini. Kelam-kabut orang-orang Inggeris dibawa masuk dan tiba dua minggu kemudiannya. Masa dua minggu untuk mentadbir semula jelas menunjukkan mereak bukan pemerintah, bukan pemilik dan bukan penjajah Tanah Melayu lagi. Dicanangnya keganasan komunis selama dua minggu itu lebih daripada keganasan Barat menjajah 400 tahun. Propagandanya cukup kuat hinggakan banyak orang-orang Melayu berkata, "Kalau British tak datang (menjajah kita) balik, habislah Tanah Melayu ni!"

Setelah lebih 400 tahun dinafikan kedaulatan oleh para penjajah Barat, tiba-tiba terbit satu sinar baru yang mungkin dapat menyuluh jalan ke arah mendapatkan kedaulatan kembali. Sinar harapan itu ialah tentera Jepun. Zaman itu orang-orang kampung malah orang-orang pekan kebanyakannya tidak tahu-menahu senario politik dunia. Media tidak semudah dan secanggih hari ini. Yang memahami situasi dunia di negara ini hanyalah beberapa kerat saja. Antaranya ialah Ibrahim Yaakob (tak ada gelaran Tan Sri ke?)

Dalam kemajuan media hari ini pun masih banyak umat Islam tanah air tidak ambil tahu permasalahan dunia Islam, apatah lagi pada zaman Perang Dunia ke-2 itu. Banyak yang terkejut apabila mendapati para pejuang Moro di selatan Filipina berpakaian seragam tentera. Selama ini disangkanya pakai pakaian para petani seperti di Vietnam. Banyak yang tidak tahu di mana wilayah Caucasus dan terpinga-pinga apabila diberitahu banyak umat Islam di sana sedang menderita dibelasah kaum kafir musyrik. Banyak yang tidak tahu wujudnya sebuah negara Islam bernama Turkistan Timur (Xin Jiang) di timur negara China tetapi dirampas daripada umat Islam, sementara umat Islam di tempat-tempat lain buat tidak tahu sahaja. Yang mereka tahu dan ambil sikit peduli hanyalah Palestin, Afghanistan, Iraq dan selatan Thai. Itu pun sebab selalu masuk media.
(* Sila kunjungi laman info nasib umat Islam sedunia di http://satuumat.greatnuke.com/ )

Jadi beberapa orang yang ada ilmu seperti Ibrahim Yaakob dan kawan-kawannya membikin rencana baru ke arah kemerdekaan. Mereka menyatakan sokongan kepada tentera Jepun untuk menghalau Inggeris daripada Tanah Melayu. Percaturan mereka ada asasnya, bukan main hentam atas dasar semangat sahaja. Antaranya:

1. Barat menjajah lebih 400 tahun, tidak ada tanda-tanda Tanah Melayu bakal merdeka. Jepun? Belum pernah menjajah Tanah Melayu dan menjanjikan pengusiran penjajah dari Barat. Orang terdesak seperti kita akan pilih yang mana?

2. Barat sudah terbukti memusuhi Islam sejak era Perang Salib. Jepun? Belum pernah menzalimi penganut agama Islam. Bahkan kepulauan Ryukyu pernah mempunyai hubungan erat dengan kerajaan Melaka.

3. Jepun punyai rekod cemerlang sebagai kuasa Asia yang pertama menewaskan kuasa Barat iaitu Rusia. Dikatakan 2 juta tentera Rusia digerakkan ke Manchuria untuk bertempur dengan Jepun tetapi jumlah sebesar itu tersungkur di kaki tentera Jepun. Karikatur sebelum perang bermula menggambarkan Rusia sebagai seekor beruang kutub yang besar sedang berhadapan dengan seorang samurai berpedang yang katik. Rupa-rupanya sang beruang kutub menjadi lapahan si samurai.

4. British adalah kuasa penjajah yang paling kuat membuli Tanah Melayu. Sungguhpun Portugis meruntuhkan kesultanan Melaka, tetapi jajahannya yang sebenar hanyalah Melaka. Cuma Portugis giat melancarkan serangan ke negeri-negeri lain. Belanda pula banyak berkurung dalam kota. Inggeris? Seluruh Tanah Melayu di bawah ketiaknya. Orang-orang Melayu yang ada kesedaran memandang British penjajah paling jahat.

5. Perang antara Jepun dengan British tidak mustahil akan berakhir dengan 'yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu'. Ketika inilah Tanah Melayu akan membebaskan diri.

Sebab itulah para pemikir ini sanggup bekerjasama dengan ejen-ejen perisik Jepun yang datang lebih awal ke Tanah Melayu yang kebanyakannya menjadi peniaga. Propaganda Jepun disebarkan secara sulit-sulit kepada para penduduk. Ketika tentera Jepun mula mendarat dan menyerang, penduduk yang terpengaruh melahirkan rasa suka.

Pernah menonton filem Leftenan Adnan? Pihak British membentuk pasukan askar Melayu. Ketika tentera Jepun menyerang, pasukan ini turut sama bertempur mempertahankan. Mempertahankan apa? Mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu? Tentu tidak kerana kita sedang dijajah British! Apa yang dipertahankan?

Sebab itu kita tidak hairan dengan watak Faizal Hussein yang asyik mempertikaikan perjuangan mereka dalam filem itu. Antara katanya, "Kita tak patut terlibat dengan perang ni!" Watak ini sebenarnya menggambarkan pendirian banyak juga orang Melayu pada masa itu. Ini kerana mereka faham, pasukan itu sebenarnya sedang mempertahankan penjajahan British!

Jepun menang dan memerintah Tanah Melayu. Orang-orang bangsa Tiong Hua dikerasi kerana disyaki menyokong negara China dalam perang China-Jepun. Dengan penduduk bangsa Melayu, Jepun tidak ada masalah pada awalnya. Agenda Jepun juga asalnya tidak banyak beza dengan agenda penjajah Barat iaitu:
1. memerintah
2. membawa kemajuan terutamanya teknologi
3. memanipulasikan kekayaan Tanah Melayu untuk kepentingan negara Jepun
Pada asanya sama saja dengan pentadbiran British, cuma bertukar pemerintah. Keuntungan dan kerugian orang Melayu sama saja seperti di bawah penjajahan Inggeris dulu. Ibrahim Yaakob dan para pendokongnya tetap berasa puas hati walaupun keinginan melihat British dan Jepun sama-sama 'angkat bungkus' tidak kesampaian. Sekurang-kurangnya rundingan baru dengan penjajah baru boleh diusahakan ke arah kemerdekaan mutlak. Penjajah 400 tahun yang sudah pasti zalim berjaya diusir sedangkan penjajah baru belum ada rekod lagi. Sinar merdeka mula menampakkan cahayanya.

Malang sekali. Pentadbiran Jepun dikepung oleh Barat dari segenap penjuru. Ekonomi tidak boleh dijana. Sekatan demi sekatan di peringkat global dikenakan. Hasil bumi Tanah Melayu tidak dapat dipasarkan. Bagaimana Jepun hendak memerintah? Dari mana sumber kewangan mereka? Bagaimana mereka hendak menjaga kebajikan penduduk?

Pada zaman British sebelumnya, penjajah tidak mengalami sekatan ekonomi. Bolehlah digula-gulakannya rakyat dengan pembinaan kilang, jalan raya, sekolah, jabatan-jabatan, hospital dan lain-lain. Itu pun kebanyakan rakyat tidak sedar yang kilang dibuat untuk mudahkan British memproses bahan mentah negara ini, jalan raya dibuat untuk mudahkan barang-barang itu diangkut ke bandar dan pelabuhan, pelabuhan dimajukan supaya mudah kapal-kapal British mengangkut kekayaan negara ini ke negara mereka. 'Budak-budak' British yang berbangsa Melayu dan beragama Islam mendakwa , "Kalau tuan Inggeris tak datang memerintah, tak majulah negeri kita ni. Nak buat jarum pun tak boleh, nak buat benda-benda besar yang macam Inggeris buat?"

Kemiskinan tentera Jepun yang memerintah ketika itu membuatkan mereka terpaksa memeras penduduk. Maklumlah, mata wang 'pokok pisang' Jepun boleh dibuat tilam tetapi tiada nilai. Harta penduduk dirampas. Kerahan tenaga (tanpa upah) terpaksa dilakukan. Kisah pembinaan 'Landasan Kereta Api Maut' memang menyayat hati. Timbullah kezaliman. Mereka 'terpaksa' zalim.

Timbullah kisah tentera Jepun masuk kampung dan melakukan huru-hara. Tapi ramai yang masih tidak tahu bahawa tentera bawahan Jepun sebenarnya banyak yang bukan bangsa Jepun. Askar Jepun prinsipnya mahu memenangi hati rakyat, bukan memusuhi rakyat. Askar bawahan Jepun dari Manchuria, Korea dan Chinalah sebenarnya yang rajin buat porak peranda. Ditambah pula dengan orang tempatan yang menjadi polis Jepun dan para kempetai. Kadang-kadang jenis ini lebih besar kepala, macam dalam filem Sarjan Hassan.

Pemikir-pemikir yang dulunya menyokong kehadiran tentera Jepun mula menentang balik. Ramai yang dipenjarakan. Ramai juga yang masuk hutan menyusun gerakan bersenjata. Dulu Jepun menganggap mereka kawan, tetapi kini sebagai musuh ketat. Namun Jepun lebih baik daripada Belanda. Jepun berkhianat hanya setelah ditekan oleh Barat. Belanda pula sebaik sahaja berjaya menewaskan Portugis dengan kerjasama tentera Johor, terus saja berkhianat dengan menduduki A Famosa dan menghalau tentera Melayu.

Apa yang cuba disampaikan di sini ialah para pemikir ini tidaklah boleh kita label sebagai pengkhianat bangsa apabila mereka bersubahat dengan tentera Jepun pada awalnya. Bahkan mereka turut berjasa menentang pula pemerintahan tentera Jepun kemudiannya.


Tentera Jepun meletak senjata dan pulang kerana kalah di Jepun. Di Tanah Melayu? Jepun tidak pernah kalah dengan siapa-siapa. Sebaik-baik sahaja mereka melepaskan pemerintahan, sebenarnya Tanah Melayu sudahpun merdeka.

British datang semula dengan propaganda yang jauh lebih hebat daripada propaganda Jepun. Kemerdekaan kita dinafikan.

Panjanglah lagi kisahnya sampailah tahun 1957.

Satu perkara menarik yang tidak dicatat dalam buku sejarah tetapi ada pada orang-orang lama ialah cerita tentang Dato' Onn Jaafar. Bukankah sepatutnya beliaulah orang yang melaungkan 'Merdeka' dan bukannya Tunku Abdul Rahman? Kononnya kemerdekaan tidak dilepaskan ke tangannya kerana beliau mahukan kemerdekaan mutlak 'yang diberi', bukannya kemerdekaan 'yang diminta'. Wallahualam. Semoga para pejuang mengkaji semula riwayat 'penyingkiran' Dato' Onn itu.
(copyright)

Transcript of Malaysia's Information Minister's interview with Al Jazeera News on the Bersih Protest.

hat

Minister: I commend yo-yo-your journalists trying to project... to exaggerate more than what actually happened. That-that-that-that's it. We are not the-the and I-I congratulate your journalists behaving like an actor, that-that's it...


Reporter: As you say that, sir, we're watching scenes of protesters being sprayed by chemical-filled water!

Minister: YA! I am watching! I'm here! You've been trying... trying to do it this - to do this everywhere but in Malaysia people are allowed to, you know? We know our police head our colleague... Police have whatever allowed the procession to go to the Istana Negara, you know? Do police, first police, like, they handle them, they attack them, they... the police don't, don't, don't fire anybody?


Reporter: Our correspondent came back to the office, sir, with chemicals in his eyes!






Minister: You-you-you-you are here with the idea, you are trying to project, what is your mind! You think that we Pakistan, we are Burma, we are Myanmar. Everything you-you are thinking! WE ARE DIFFERENT! We are totally different!


Reporter: Well unfortunately when you refuse to let people protest, it does appear so.

Minister: Ya ya we are not like you! You-you have earlier perception, you come here, you want to project us like undemocratic country. This a democratic country!


Reporter: So why can't people protest then, if it's a democratic country?

Minister: YES, PEOPLE PROTEST! People do-do... of course they protest. We are allowing them protest, and they have demonstrated. But we just trying to disperse them, and then later they-they-they don't wanna disperse, but later our police compromise. They have compromised and allowed them to proceed to Istana Negara! Police, our police have succeeded in handling them gently, right? Why do you report that? You take the opposition, someone from opposition party you ask him to speak. You don't take from the government, right?


Reporter: Why did you not break up these protests...

Minister: Pardon? Pardon? Pardon?


Reporter: Why did you not break up these protests more peacefully?

Minister: I can't hear you! I can't hear you!


Reporter: Why did you not break up these protests more peacefully?

Minister: No we-we are! We... this protest is illegal! We don't want..this... the... NORMALLY...


Reporter: OK, so let me return to my former question. Why is this protest illegal?

Minister: YA! It's a illegal protest because we have the erection in Malaysia. It's no-no point on having a protest! We are allowing to every erection... every five years never fail! We are not our like, like Myanmar, not like other country. And, and you are helping this. You Al-Jazeera also is helping this, this forces. The, you know, these forces who are not in passion, who don't believe in democracy!


Reporter: Alright, many thanks for joining us.

Minister: I don't, ya, you, Al-Jazeera, this is, is Al-Jazeera attitude. Right?



Cuba lihat macam mana Menteri Penerangan kita menangani wartawan Al Jazera. Malunya ... tak steady langsung. Dahlah tu rupanya dia gagap dan tak tahu cakap orang putih. Baik hantar dia ke kelas Sains dan Matematiks di sekolah. Kalau dapat hantar ke sekolah dan menguasai bahasa Inggeris pun, macam mana nak betulkan gagapnya.

DIALOG ROH ALAM BARZAH

(HakCipta Terpelihara oleh Zakaria Bidin dan telah di deklamasikan pertama kalinya Pada 17hb November 2007 di Malam Mentera Puisi anjuran Warga Prihatin Prima di Lorong Dato Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.)


Allahyarham P.Ramlee jumpa arwah Tun Razak.
Beliau bertanya macam mana negara kita.
Arwah Tun Razak jawab, Malaysia tengah nazak.
P.Ramlee termenung dan geleng kepala.

Arwah Tun Razak jumpa mendiang Lim Goh Tong.
Dia bertanya macam mana Genting Highland.
Lim jawab: "ada la sikit-sikit untung."
Tun Razak tersenyum dan mereka ber'shake hand-shake hand.'

Mendiang Lim kemudian jumpa Almarhum Tunku Abd Rahman.
Tunku bertanya, sapa PM Malaysia sekarang.
Lim beritahu: "itu orang ha, tak-tak siuman.
Dia kasi susah sama semua olang."

Tunku tanya lagi, sapa tu? Mahathir ka?
Lim menangis sekuat-kuat hati
Tunku kehairanan dan ulang bertanya: Mahathir ka?
Lim kata: gua tak sure, Abdullah Badawi atau menantu dia bernama Khairy.
Gua kelilu, gua malu mau kasi tau sama lu.
Sikit hali lagi ha, lu boleh tanya Lee Kuan Yew.
"Lee sudah mati ka!" kata Tunku.
Lim kata, kita tunggu, dia mesti mali ma....
Dia macam-macam tahu.

Dengar Lim menangis, P.Ramlee dan Tun Razak pun datang.
Turut sama, mendiang Altantuya Sharibu.
Tunku tanya Tun Razak, Altantuya tu anak ke menantu?
Tun Razak kata: "entah, aku pun tak tahu."
Tubuh dia meletup aje, roh dia terus terpelanting kat aku"
Tengah-tengah sembang, malaikat lalu.
Lim Goh Tong tanya: "sapa tu?"
Tun Razak jawab: "Name Tag dia tulis Jibril tu."
Tunku kata: "Tapi nama kat topi dia, Ali.
Jenama jam dia Jamaludin dan kat kepala tali pinggang tulis Abu Bakar"
P.Ramlee menyampuk: Jibril Ali Jamaluddin Abu Bakar la tu... atau ringasnya
JIBLIJAMBUKA
Mereka semua faham di alam berzah macam-macam boleh berlaku.

Kasino Genting : Kisah di Belakang Tabir..

Diterjemahkan dari petikan buku My Dream.

hatSetelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar ( datuk kepada Najib Razak, Hishamudin Hussien Onn), saya dapat menemui Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep saya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian. Ia adalah satu pertemuan yang mesra.

Setelah mendengar cadangan saya itu, Tunku menyatakan kepada saya sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan, sementelah lagi kerana keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan.

Tunku menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalamai konfrontasi dengan Indonesia. Jika Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.Pada pendapat Tunku, tawaran saya tiba tepat pada waktunya. Beliau meminta saya untuk menyediakan satu kertas cadangan supaya beliau dapat mengkajinya.

hatDalamasa seminggu saja saya dapat menyiapkan kertas cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Tunku. Beliau nampaknya gembira setelah membacanya dan memberi saya lampu hijau untuk meneruskan projek berkenaan.Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah (foto) membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kpada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.STATUS PEGANGAN BEBASDengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang dengan serta merta meluluskan permohonan kami. Tetapi kami menghadapi sedikit masalah dengan Kerajaan Selangor.Datuk Harun Idris, yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor, hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99-tahun. Ini mengecewakan perancangan kami. Saya kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah saya.Di pertemuan itu, saya menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pendalaman dan memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalanraya, hotel, kuaters pekerja dan menyediakan prasarana air, eletrik dan lain-lain kemudahan di situ. Jika Kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun, kami terpaksa menyerahkan kepada Kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai..Saya menekankan jika Selangor tidak mengindahkan permohonan kami untuk pegangan bebas, saya tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya, yang akan menyebabkan Pahang akan mempunyai satu lagi pusat peranginan. Saya jelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan panta-pantai yang menghadapi Laut Cina Selatan.Selangor, sebaliknya, akan hanya bebangga dengan pantai Morib yang berlumpur. Sebaik sahaja Genting Highland ditambah di dalam senarai pusat percutian negeri Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang tarikan pelancongDatuk Harun akhinya bersetuju dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang kami pohon.Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands.

hatPada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).Pada hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara. Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino. Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.Sementara itu, saya menyatakan pada diri saya oleh kerana Tunku telah mengistiharkan Kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada saya lesen kasino, saya perlu melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan kasino di sana. Kami akan membelek buku-buku dan belajar dari mereka. Saya juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa taukeh-taukeh kasino untuk berusaha-sama dengan kasino Genting.Saya bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada April 20, 1969 dalam perjalanan ke Macau untuk betemu Stanley Ho yang memiliki kasino tunggal di Macau. Saya menyampaikan hasrat lawatan saya kepadanya. Beliau menyambutnya dengan sekadar senman tanpa komitmen apa-apa. Saya mengerti maksud beliau. Kerana saya belum memperolehi lesen kasino, bagaimana kita hendak bebicara tentang kerjasama? Justeru itu, saya bercadang sebaik saja sekembalinya saya ke Malaysia, saya akan memohon lesen kasino.Pada April 28, 1969, d ihari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku.

hatNasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet berlansung pada sebelah petang dan permohonan saya telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan, Kabinet telah meluluskan permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan. Saya diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasno yang pertama dan yang tunggal di negara ini.Sebaik saja kelulusan itu diperolehi saya telegraf berita baik itu dan menghantar dokumen berkaitan kepada Stanley Ho. Dua minggu berikutnya saya terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha-sama menjalankan kasino. Stanley Ho menyatakan kekagumannya melihat saya mendapat kelulusan Kerajaan untuk lesen kasino dalam waktu yang singkat. Beliau menyatakan saya adalah manusia terpantas di dalam dunia ini mendapatkan lesen kasino. Namun disebabkan beberapa masalah kami gagal mencapai kata sepakat untuk usaha-sama.Selepas itu, saya berurusan dengan Mr Chong Tat Wong, tauke kasino tunggal di Seoul. Kami menandatangaini perjanjian usahasama untuk tiga tahun pada 1971, mengiznkannya membantu menguruskan kasino Genting. Setelah sembilan bulan bekrjasama kami bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan. Dari sejak itu Gentng menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan melalui cuba-jaya kami berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan sebuah kasino.