Pages

Showing posts with label KETUANAN MELAYU. Show all posts
Showing posts with label KETUANAN MELAYU. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Keturah; Rahsia satu Bangsa

Profesor Khoo Khay Kim pernah berkata "Tanah Melayu ini bukan sebarangan tanah".


Ibn Athir berpendapat bahawa Bani Jawi yang kaya dengan sopan santun itu berasal dari anak cucu Nabi Ibrahim AS dengan isterinya yang bernama Qatura atau Keturah.

"Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.". Surah Hud Ayat 75.

Wujudkah manusia Keturah atau Qatura ini?

Qatura atau Keturah dan anak-anaknya kemudiannya telah berpindah ke arah timur setelah diperintahkan oleh Nabi Ibrahim AS dan dipercayai berkembang merupakan nenek moyang kepada agama Hindu, Buddha dan Shinto.



Di dalam kitab Injil versi King James tertera didalamnya nama Keturah.

Abraham again took a wife, and her name [was] KETURAH.
(Genesis 25:1)

And the sons of Midian [were] Ephah, Epher, Hanoch, Abidah, and Eldaah. All these [were] the children of KETURAH.
(Genesis 25:4)

Now the sons born to KETURAH, Abraham's concubine, [were] Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, and Shuah.
(1 Chronicles 1:32)

Adakah hal ini bermaksud kita percaya kepada kitab Injil hari ini?  Sama sekali tidak.

Pada gua, kitab Injil hari ini tak ubah sebagai sebuah buku sejarah yang di dalamnya terkandung secara bercampur-baur antara wahyu kepada para nabi, hadith para nabi terdahulu, kalam para ulama, nukilan para sejarahwan dan kesalahan sama ada yang disengaja atau tidak disengajakan. Namun kita perlu ingat bahawa segala maklumat yang dinyatakan di dalam Kitab Perjanjian Lama itu ada yang boleh diterima dan ada yang tidak.

Dalam menyingkap pendapat ahli-ahli kitab, termasuk semua yang termuat dalam Injil dan Taurat kita hendaklah bersikap inshaf. Di antara pendapat itu, ada yang sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, ada yang menyimpang dan ada pula yang ditengah-tengah (tidak sesuai namun tidak pula bertentangan).

Bagi pendapat yang ditengah-tengah Rasulullah SAW memerintahkan untuk diabaikan, tidak dibenarkan, tetapi jangan pula didustakan. Seorang Muslim tetap dituntut untuk berhati-hati kerana sifat ahli-ahli kitab banyak dicela Allah SWT.

Seperti Imam Mahadi AS, kisahnya atau namamnya tidak disebut didalam Al-Quran tetapi disebut oleh Nabi SAW. Allah SWT mempunyai rahsianya yang tersendiri kita yang kita tidak mampu selongkar.

Mengenai Dzulkarnain pula, ada disebut didalam Al-Quran tetapi hingga kini masih ramai tertanya-tanya siapakah Dzulkarnain yang sebenarnya yang memenjarakan Yakjuj & Makjuj.

“Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Surah Al ‘Ankabut, Ayat 26 

Nabi Ibrahim AS dan Nabi Lut AS diperintahkan ke sebuah negeri, cuma pentafsir mengandaikan negeri tersebut adalah Syam dalam Palestin, kerana negeri tersebut dikatakan tempat para nabi2 tetapi masalahnya Allah SWT tidak memberitahu pun nama negeri tersebut dan sekarang ini kita lihat apa yang terjadi dengan Palestin.



Zionist membunuh rakyat Palestin semata-mata kerana percaya tanah Palestin itu adalah "The Promising Land" mereka ataupun tanah yang dijanjikan. Lihat betapa hebatnya perancangan Allah SWT.


Pada pendapat gua, mengapa Keturah tidak disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran dan Nabi SAW pun tak sebut dalam mana-mana hadisnya kerana jika Al-Quran ada menyebut Keturah itu seorang melayu, ini akan menjelaskan secara terang kepada zionis, bahawa bangsa Melayu berhubung-kait dengan bangsa yahudi. Maka nasib Melayu akan sama seperti bangsa Afghanistan sekarang dimana nama "Khurasan" terkait dgn PANJI HITAM DARI TIMUR dan DAJJAL...

Orang Melayu merupakan antara bangsa tertua di dunia yang masih bertahan dalam lipatan sejarah. Daripada zaman nenek moyang mereka, Lemuria sehinggalah zaman banjir besar, beratus-ratus kerajaan tumbang, beratus-ratus bangsa telah pupus di dunia tetapi orang Melayu masih kekal bertahan.

Kesimpulannya, semuanya rahsia ini berkaitan dengan golongan umat Islam akhir zaman selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mengenai Imam Mahdi al-muntazar a.s. dan peperangan yang bakal berlaku tidak lama lagi sengaja Allah sembunyikan buat masa ini.ALLAH SWT ada perancangaNya sendiri.

Wallahualam.

Tuesday, April 30, 2013

Dato Onn, Sultan dan British.

Dato’ Onn Jaafar: Mulut Saya Dijahit

Berikut adalah petikan ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada 26 Ogos 1951 yang menimbulkan kemusykilan :

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…"

Rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

Satu ungkapan yang menarik daripada Dato’ Onn setelah berjaya menumbangkan Malayan Union pada tahun 1948 ialah ‘Mulut Saya Dijahit”. Berbagai interpretasi pengkaji sejarah politik cuba menghurai ungkapan ini dan mengapa diungkapkan oleh Dato’ Onn, seorang tokoh yang amat berjasa yang telah menubuhkan UMNO dengan rasminya di Johor Baru pada 11 Mei 1946. Terdapat banyak sebab mengapa ungkapan ini sering disebutkan oleh Dato’ Onn pada tahun 1948. Ada diantara pengkaji sejarah dan penulis politik menjelaskan ungkapan ini adalah ketika Dato’ Onn berhasrat meninggalkan UMNO kerana merajuk dengan karenah orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan menuduh Dato’ Onn tidak mencita-citakannya kerana telah terpengaruh dengan pemerintahan British dan dituduh sebagai anak didikan dan anak emas British. Malah Dato’ Onn juga pernah dituduh oleh orang UMNO sendiri sebagai pengkhianat bangsa.

Ada pelbagai tokmahan dan juga fitnah daripada pihak yang tidak menyukai Dato’ Onn, daripada kalangan pemimpin Melayu menguar-uarkan bahawa Dato’ Onn sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk dijadikan wakil atau ketua orang Melayu atau UMNO itu sendiri kerana Dato’ Onn sudah termakan budi Inggeris, diberi kesenangan, pangkat dan dengan sebab itu beliau terpaksa mengikut telunjuk Inggeris. Terdapat juga beberapa tulisan daripada wartawan akhbar Melayu yang mengatakan bahawa Dato’ Onn tidak banyak memperjelaskan isu tuntutan kemerdekaan kerana dilarang dan diugut oleh Sultan Ibrahim dan kerajaan Inggeris. Sultan Ibrahim Johor tidak bersetuju orang Melayu menuntut kemerdekaan kerana baginda menganggap orang Melayu masih belum sedia dari segi pelajaran dan teknologi kerana bidang itu jauh ketinggalan sehingga ungkapan Sultan Ibrahim Johor menyindir orang Melayu “Untuk membuat sebatang jarum pun masih tidak tahu, sudah ingin merdeka pula”.

Terdapat beberapa catatan kewartawanan dalam akhbar-akhbar Melayu semasa itu mengatakan bahawa ungkapan itu memang ada hubungan kaitnya dengan teguran Sultan Johor dan juga ugutan kerajaan British. Beliau pernah diugut untuk didakwa kerana sering mewujudkan keadaan yang tidak tenteram melalui penulisan beliau di dada akhbar pada tahun-tahun 1930-an yang banyak mengkritik suasana istana Johor dan gaya hidup anak-anak raja yang mengenepikan adat resam Melayu dan juga sifat hipokrit pegawai-pegawai Inggeris. Beliau juga dianggap pencetus huru-hara oleh Inggeris kerana berjaya menyatukan orang Melayu menentang gagasan Inggeris ketika menubuhkan Malayan Unioun. Dato’ Onn sejak zaman kanak-kanak hingga dewasa dianggap telah menyusahkan Inggeris.

Beliau juga telah dituduh menghasut rakyat menuntut kemerdekaan. Ada juga yang mengatakan Dato’ Onn sering menjawab seolan-soalan wartawan dengan ungkapan itu kerana tidak mahu persoalan mengenai perhubungannya dengan kerajaan British dan Sultan Johor diperbesar-besarkan. Ramai pemimpin Melayu dari pertubuhan Melayu yang bergabung dengan UMNO telah termakan dengan propaganda British terhadap Dato’ Onn tanpa mengetahui pada hakikatnya Dato’ Onn bukanlah anak emas British mahupun Sultan Ibrahim Johor tetapi sejak dari kecil beliau sebenarnya membenci Inggeris yang dianggapnya kaki pengampu raja-raja dan memerintah secara menipu. Inggeris memang mengakui bahawa Dato’ Onn adalah seorang tokoh yang merbahaya dan akan menghalang perancangan dan kepentingan British di Tanah Melayu.

Dari maklumat sejarah lisan yang disampaikan oleh Encik Yon bin Mian (1913-1996) bekas pemain tenis Melayu terkenal dan salah seorang ahli jawatankuasa dan penyokong kuat Parti Negara yang aktif di Batu Pahat pada awal penubuhan parti itu, pernah menjelaskan apa yang diketahuinya daripada Dato’ Onn sendiri berkenaan ungkapan: ‘ Mulut saya dijahit’. Dato’ Onn memberitahu beliau dan semua ahli jawatankuasa Parti Negara Batu Pahat dalam pertemuan membincangkan strateji pilihanraya di mana beliau akan menjadi calon di Batu Pahat bahawa ungkapan itu adalah berikutan dilemma beliau yang berasa tertekan dan serba salah pada tahun 1946 hingga 1948 apabila ramai orang Melayu mempertikaikan matlamat perjuangannya setelah Malayan Union berjaya ditumbangkan.

Dato’ Onn seolah-olah terpaksa bungkam kerana amaran dan ugutan dari pelbagai pihak termasuk Inggeris dan Sultan Johor. Tetapi beliau dengan bijaksana telah berjaya menekan Inggeris dan juga raja-raja Melayu agar menerima cadangannya terhadap kepentingan orang Melayu dengan merealisasikan idea beliau secara bertulis dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk masa depan bangsa Melayu, tanahair Persekutuan Tanah Melayu dan agama Islam.

Setelah Malayan Union dibubarkan pada 31 Januari 1948 tiba-tiba beliau didesak menuntut kemerdekaan. Untuk merdeka memang ada difikirannya dan menjadi tujuan utama beliau tetapi beliau mengunjurkan supaya merdeka pada tahun 1958. Beliau mengirakan selama 10 tahun diperlukan untuk memajukan system pelajaran dan perekonomian Melayu dengan bebas, kuat dan mantap sesuai dengan persediaan merdeka atau berkerajaan sendiri Beliau berpendapat adalah baik dan selamat jika strateji mengemaskini bidang ekonomi dan pendidikan diutamakan dulu dan menggunakan hubungan baik dengan Inggeris untuk memajukan bidang tersebut dengan mudah. Tetapi ini tidak dapat diterima oleh majoriti ahli UMNO kerana luapan semangat kebangsaan dan kebencian kepada Inggeris.

Dato’ Onn yakin jika merdeka secara tergesa-gesa tanpa sebarang persediaan, beliau percaya kemerdekaan itu sendiri tiada ertinya jika negara lemah dari segi ekonomi dan rakyat kurang berpendidikan. Negara yang lemah akan mudah dijajah oleh kuasa asing yang kuat dan besar. Lebih-lebih lagi pada ketika itu perekonomian dan perusahaan utama seperti perlombongan dan perladangan dimiliki secara persendirian oleh orang barat. Merdeka tanpa menguasai perekonomian negara akan merugikan orang Melayu sendiri.

Ketika berhujah untuk mengutakmakan pelajaran, beliau telah disindir dan diperkecilkan serta dianggap tidak layak lagi memimpin UMNO kerana beliau tidak berpendidikan tinggi. Dato’ Onn mengakui bahawa beliau pernah menggenang airmata apabila bangsanya sendiri memperlekeh beliau kerana tidak berpelajaran tinggi atau memiliki sebarang ijazah dan beliau sangat kecewa apabila dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana tidak bersetuju untuk menuntut kemerdekaan segera secara paksa, rundingan mahupun pertumpahan darah atau pengorbanan nyawa.

Dato’ Onn juga berasa kesal apabila dituduh sebagai pembelot dan sebagai anak emas British. Sebenarnya beliau juga sedia maklum usaha kerajaan British untuk menyingkirkan dirinya kerana dianggap terlalu bahaya dan merupakan seorang pemimpin Melayu yang berjaya membuka mata orang Melayu dan menyusahkan Inggeris. Inggeris juga sentiasa berusaha secara halus supaya Dato’ Onn dibenci oleh orang Melayu sendiri. Inggeris pernah meminta Dato’ Onn berundur dan digantikan dengan orang yang dianggap diterima baik oleh Inggeris dan raja-raja Melayu iaitu YM Tunku Abdul Rahman. Dato’ Onn segera menulis surat peribadi kepada YM Tunku Abdul Rahman secara sulit dangan kata-kata permintaan yang agak keras iaitu ‘..soal orang Melayu, saya memohon Tunku janganlah menyibuk..” Surat ini amat memberi kesan yang mendalam kepada YM Tunku yang telah bersetuju untuk mengambilalih kepimpinan Dato’ Onn setelah dipujuk oleh British. Berikutan itu YM Tunku terus membuat keputusan untuk ke London menyambung pelajarannya.

Beliau hanya mengambilalih kepimpinan Dato’ Onn dalam UMNO pada tahun 1951 apabila Dato’ Onn keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Dato’ Onn menganggap sentiment emosi dan kemaruk semangat kebangsaan yang membara telah membuat orang Melayu tidak dapat berfikir jauh dengan wajar. Dato’ Onn dapat membaca tipu helah Inggeris yang tidak dapat difahami oleh orang Melayu. Ini adalah kerana beliau membesar dalam lingkungan dan persekitaran yang sama seperti mereka sama ada di Johor mahupun di Britain sejak kecil hinggalah dewasa.

Oleh sebab itulah beliau telah menerima tawaran Sultan Johor untuk menjadi Menteri Besar Johor agar dapat mempergunakan kedudukan itu bagi menyusun rancangan kearah kemerdekaan. Ketika menjadi menteri besar, beliau telah ditegur beberapa kali oleh sultan yang dipercayai termakan hasutan Inggeris supaya memecat Dato’ Onn kerana enggan mendengar nasihat dan enggan mengikut telunjuk mereka yang mendakwa rapat dengan sultan Johor. Dato’ Onn dituduh telah salah menggunakan kuasa dan kedudukan sebagai menteri besar kerana banyak menumpukan perjuangan Melayu daripada memajukan Johor. Apabila Sultan Ibrahim mencabar beliau agar meletak jawatan dan menumpukan politik, Dato’ Onn telah menyahut cabaran itu dan meletak jawatan Menteri Besar. Beliau telah memberitahu orang ramai betapa jahatnya perancangan British untuk menjajah Tanah Melayu semula melalui kedudukan sultan Johor tetapi ramai tidak mempercayainya.

Diwaktu yang sama, beliau terus menuntut kerajaan Inggeris melaksanakan butiran perlembagaan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah diterima oleh Ingggeris bagi menggantikan Malayan Union. Desakan Dato’ Onn ini tidak menyenangkan British dan mereka telah menuduh Dato’ Onn mempunyai rancangan pribadi dan berkepentingan diri sendiri. Inggeris memaksa orang Melayu mesti menerima semua pendatang asing sebagai warganegara dan mempunyai keistimewaan sama seperti orang Melayu. Inggeris juga mencadangkan supaya Dato’ Onn membuka keahlian UMNO kepada bangsa lain jika benar-benar ingin merdeka. Hal ini telah menjadi kemarahan orang Melayu dan mereka telah menuduh Dato’ Onn sebagai pengkhianat sehingga Dato’ Onn terasa begitu tertekan dan tidak berpeluang memperjelaskan keadaan sebenar.

Paksaan dan ugutan Inggeris agar UMNO menerima pendatang asing sangat memeritkan dan menyakitkan hati Dato’ Onn. Inggeris yakin strateji mereka untuk menyingkirkan Dato’ Onn akan berjaya. Mereka khuatir jika mereka membiarkan Dato’ Onn terus menerajui UMNO dan merdeka, besar kemungkinan Dato’ Onn akan membelakangkan nasihat dan tiada hubungan baik antara Tanah Melayu dan British. Manakala pada waktu yang sama British mempunyai dasar penjajahan langsung kepada Tanah Melayu bagi memastikan bahan mentah dan segala keperluaan dagangan yang menguntungkan British selama ini berterusan.

Dalam suasana getir dan tegang berhadapan dengan orang Melayu, Sultan Johor dan raja-raja Melayu serta Inggeris inilah, Dato’ Onn berada dalam dilemma dan mengeluarkan ungkapan ‘ mulut saya sudah dijahit….”. Ini adalah kerana beliau tahu bahawa orang Melayu tidak akan menerima cadangannya yang sebenarnya disyaratkan oleh Inggeris jika orang Melayu hendak merdeka. Beliau juga tahu bahawa beliau akan dibenci dan ditolak oleh orang Melayu sendiri kerana jarum halus yang dicucuk Inggeris mengatakan Dato’ Onn ingin memimpin seluruh Tanah Melayu dan berkepentingan peribadi. Beliau juga yakin bahawa beliau akan disingkirkan jika tidak bersetuju memperjuang kemerdekaan segera. Beliau juga tahu bahawa ini adalah salah satu strateji Inggeris untuk menyingkirkan dirinya dari pesada politik Tanah Melayu.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Kelab Sultan Sulaiman KL 1.3.2012

Sumber: http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2012/03/dato-onn-jaafar-mulut-saya-dijahit.html

Tuesday, April 23, 2013

Ketuanan Melayu untuk menghancurkan Melayu

ANGGAPAN pemikiran Timbalan Presiden MCA, Dato Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa ketuanan Melayu tidak relevan memang ada benarnya. Malah sokongan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun terhadap kenyataan ketuanya itu pun ada maknanya.

Percaya atau tidak, marah atau tidak, nampaknya ketuanan Melayu memang tidak relevan lagi. Tidak perlulah ditukar konsep ketuanan Melayu kepada konsep keabsahan Melayu atau kepimpinan Melayu, kekuasaan Melayu atau apa sahaja, pokoknya memang makna ketuanan Melayu sudah tidak relevan pun. Cumanya tak relevan ketuanan Melayu pada pemikiran penulis tidaklah sama dengan pemikiran dua tokoh pimpinan MCA itu.


Tidak relevannya ketuanan Melayu pada penulis ialah walaupun orang Melayu adalah 'tuan' di tanah airnya sendiri tetapi bak kata orang tua-tua 'menang sorak kampung tergadai'. Makna ketuanan Melayu sudah hilang relevan bila orang Melayu sendiri termasuk para pemimpinnya mula berperangai seperti Pak Kaduk.

Orang Melayu diakui dalam sejarah negara sebagai penduduk asal tanah air ini. Pada 2010 dijangka orang Melayu akan terus merupakan majoriti di negara ini dengan kadar 67 peratus, berbanding etnik Cina 24.3 peratus dan etnik India 7.4 peratus. Manakala lain-lain etnik akan berada pada tahap 1.3 peratus.

Bagaimanapun data ini belum boleh memberikan makna tentang menjadikan ketuanan Melayu sebagai sesuatu yang relevan di kalangan masyarakat Melayu negara ini.

Ideologi

Dari segi politik, pemecahan orang Melayu memang sudah jelas. Atas nama ideologi yang berbeza orang Melayu berpecah kepada tiga kumpulan utama iaitu UMNO, Pas dan PKR. Berdasarkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri-negeri, jelas taburan kuasa politik menunjukkan bahawa negara ini adalah sebuah negara yang mengamalkan perkongsian kuasa yang kadang kala mencabar ketuanan Melayu. Jelasnya, secara politik orang Melayu bukanlah lagi tuan punya secara mutlak di tanah airnya sendiri. Dari segi sosial, orang Melayu merupakan penyumbang terbesar kepada masalah sosial negara.

Tidak benar jika dikatakan oleh kerana orang Melayu adalah penduduk paling ramai maka tentulah pelaku masalah sosial ialah kebanyakannya orang Melayu. Statistik PDRM 2006, menunjukkan orang Melayu masih merupakan kumpulan etnik yang paling ramai menagih dadah di Pulau Pinang walaupun orang Melayu bukanlah kumpulan majoriti di negeri tersebut.

Selain dadah, kes penderaan dalam keluarga, sumbang mahram, keciciran pendidikan serta pelbagai perlakuan delikuensi masih dikuasai oleh generasi muda Melayu. Jika tidak dibanteras segera maka ketuanan Melayu tentunya tidak relevan lagi, bukan sahaja menyediakan pemimpin negara malah sebagai tenaga kerja profesional negara pada masa depan.

Tetapi apa yang paling menarik untuk membicarakan makna ketuanan Melayu adalah dengan melihat daripada perspektif ekonomi. Menjadi 'tuan' bermakna seseorang menguasai sepenuh hartanya. Misalnya, tidak mungkin seseorang menjadi tuan rumah jika rumahnya adalah milik orang lain. Berdasarkan statistik tahun 2004 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi menunjukkan pendapatan orang Melayu 37.5 peratus lebih rendah daripada orang Cina. Manakala pendapatan orang Melayu adalah 22.4 peratus lebih rendah berbanding orang India.

Ringkasnya, selepas 50 tahun merdeka orang Melayu masih merupakan kumpulan etnik yang berpendapatan paling rendah di kalangan etnik utama negara ini. Pelik bunyinya bila tuan di tanah air sendiri lebih miskin berbanding orang lain. Apakah maknanya ketuanan Melayu jika kuasa ekonomi orang Melayu jauh lebih rendah daripada kaum lain.

Berdasarkan data purata pendapatan bulanan mengikut kumpulan etnik utama pada tahun 2004 oleh Unit Perancang Ekonomi, purata pendapatan bulanan orang Melayu ialah RM2,711, orang Cina RM4,437 dan orang India RM3,456. Jelas sekali orang Melayu secara keseluruhannya masih merupakan kumpulan etnik yang berpendapatan paling rendah di kalangan etnik utama di negara ini. Malah lebih menarik, orang Melayu yang digambarkan sebagai tuan di negara ini merupakan satu-satu etnik yang berada di bawah paras purata pendapatan rakyat Malaysia iaitu RM3,246.

Malah bagi menunjukkan betapa tidak relevannya makna ketuanan Melayu itu, lihatlah data berkaitan pemilikan unit bangunan dan premis komersial berdasarkan kumpulan etnik Melayu dan Cina sebagai perbandingan asas.

Ketinggalan

Tentunya data-data ini menunjukkan kesimpulan bahawa orang Melayu sangat jauh ketinggalan di dalam semua bidang di negara sendiri. Bagaimana kaum lain berjaya menguasai kekayaan negara haruslah dihormati dan diakui. Mereka telah secara bersungguh-sungguh menguasai ilmu dan juga menunjukkan kekentalan mental dan disiplin kerja yang tinggi untuk mencapai kekayaan itu.

Malah terbaru, lihatlah bagaimana beberapa hari lalu Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 yang bernilai 490 juta unit habis dilanggan oleh bukan bumiputera dalam masa 6 jam 10 minit sahaja. Pada 18 Julai 2007 lalu, sejumlah 500 juta unit Amanah Saham Malaysia (ASM) telah dilanggan oleh bukan bumiputera dalam masa hanya 39 minit sahaja. Bayangkan nanti pada 1 Disember 2008 apabila satu bilion unit tambahan ASM akan ditawarkan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB). Bagi orang Melayu, tidak perlulah menunggu sehingga minggu depan kerana unit ASM yang telah ditawarkan sejak sekian lama pun belum lagi habis dilanggan.

Nampaknya perancangan orang Melayu tidak begitu menjadi jika dibandingkan dengan jumlah tenaga manusia, kuasa politik serta segala macam kemudahan dan modal yang disediakan untuk memajukan mereka. Sebenarnya, sangat jarang berlaku di dalam mana-mana negara di dunia, sebuah negara yang dikuasai oleh etnik majoriti serta menguasai kuasa politik, kumpulan etnik tersebut berada jauh ketinggalan berbanding etnik minoriti seperti mana yang berlaku di Malaysia.

Sesuatu secara besar-besaran untuk membangunkan 'makna ketuanan Melayu' tanpa menyinggung kumpulan etnik lain mestilah dilakukan dengan kadar segera. DEB yang murni wadahnya dan disokong oleh segenap lapisan masyarakat pun masih tidak dapat mencapai sasaran untuk meningkatkan ekonomi Melayu pada paras 30 peratus.

Lebih menyedihkan bila data Unit Perancang Ekonomi pada tahun 2004 menunjukkan kemiskinan orang Melayu adalah 8.3 peratus jauh lebih tinggi daripada orang Cina (0.6 peratus) dan orang India (2.9 peratus). Pimpinan Melayu mesti berani untuk mengakui kelemahan DEB dan bersedia untuk belajar daripada pengalaman DEB dan perbetulkan kelemahan tersebut.

Oleh itu sesuatu yang jauh lebih besar perencanaan berbanding DEB mestilah dibangunkan oleh pimpinan Melayu di negara ini. Lebih daripada itu, orang Melayu khususnya pimpinannya harus meningkatkan integriti dan kredibiliti kemelayuannya. Pimpinan Melayu mestilah boleh menonjol dan menguasai ruang politik pelbagai etnik secara meritokrasi bukan kroni, terbukti cemerlang dan pada masa yang sama mempunyai sikap benci kepada rasuah, politik wang dan budaya mengambil kesempatan atas wang rakyat.

Mereka jua mestilah boleh membuktikan keberkesanan pengurusan yang cekap dan adil. Hasilnya mereka akan berupaya untuk mengubah secara langsung makna ketuanan Melayu untuk diterima oleh bukan sahaja orang Melayu tetapi yang lebih penting oleh kumpulan etnik yang lain. Jika pimpinan Melayu sekarang tidak bertindak meningkatkan integriti dan kredibiliti kemelayuan mereka, pastinya ketuanan Melayu akan tidak relevan lagi.

Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/361-bahan-maklumat/2037-apa-makna-ketuanan.html

Thursday, January 17, 2013

Tentera Upahan

Johor Military Force bukan tentera upahan seperti Blackwater.
Ia adalah tentera persendirian yang mengawal kesultanan Johor semenjak 1886...1886??
Pengawal Raja macam zaman dulu-dulu....lebih kurang macam tu laa..



Dikatakan dek wiki begini..

JMF Elite Forces are mandated to provide close protection duties for the following people:-
1. Sultan of Johor, former and current
2. Sultanah of Johor, former and current
3. Prince of Johor and Princess of Johor
4. Other Royal families of Johor
5. Minister of Johor
6. Foreign VIPs such as heads of states, ambassadors, etc.


..selain memakaikan kasut, melipatkan lengan baju.



Seronoknya hidup jadi anak raja Johor.
Watever pun..
Rezeki masing-masing aku redha dan terus berusaha kerana Allah Taala.
Bukan setakat ada tentera persendirian malah ada polis persendirian lagi.