Pages

Thursday, October 31, 2013

BILA AKAL TENDANG AGAMA

SEJARAH ALIF MIN NUN *** = SARKIS | Ini Sindiran Atau Teguran SENIMAN AGUNG TAN SRI P RAMLEE? | Rasanya kesemua rakyat Malaysia pernah menonton filem P.Ramlee yg berjudul Pendekar Bujang Lapok.. Di dalam filem tersebut terdapat dialog yang merupakan antara dialog yang terus segar diingati kita hingga ke hari ini..


Apakah Maksud yang tersirat di sebalik dialog tersebut? Benarkah dialog tersebut diciptakan oleh P.Ramlee untuk menegur pemimpin UMN*?

Di dalam buku tulisan saudara Abdullah Hussain "Seniman Agung P.Ramlee" terbitan karangkraf, cetakan pertama 1984. Sejurus selepas Filem Pendekar Bujang Lapok diumumkan sebagai komedi terbaik Festival Filem Asia ke enam di Kuala Lumpur (1959).

Berdasarkan tulisan dalam buku tersebut, Tan Seri Ghazali Shafie yang ketika itu menteri kebudayaan dan penerangan telah berjumpa P.Ramlee di tempat duduk peserta dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan kejayaan beliau mengondol anugerah filem komedi terbaik peringkat Asia.


Seperti biasa P.Ramlee yg telah terbiasa mengunakan perkataan Lu dan Gua (ketika itu Lu dan Gua adalah bahasa pasar yg digunakan oleh penduduk Singapura)

TS Ghazalie : Macam mana u boleh menang malam ni..??

P.Ramlee : Gua buat filem utk masyarakat bukan untuk wang..

TS Ghazalie : Tahulah tapi macam mana u boleh menang dan macam mana juri dari hong kong, jepun dan dua orang juri jemputan dari Australia boleh pilih filem u sedangkan mereka tak faham bahasa kita.

P.Ramlee : Filem dan Lagu tidak memerlukan bahasa yg khusus. Seni adalah bahasa universal.. Gua hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan dari masyarakat untuk gua. ada nasihat ada sindiran dan teguran agar masyarakat boleh berfikir... Gua pun kutuk lu punya geng juga.. (Sambil ketawa).

TS Ghazalie : u kutuk apa? i tak nampak pun..

P.Ramlee : Alif Mim Nun Wau tu lu punya geng la..

TS Ghazalie : hah.. i tak faham la..

P.Ramlee : Alif itu Akal, Wau itu Ugama. Alif tendang Wau Sarkis. bermakna Akal Tendang ( Tolak ) Agama maka manusia akan menjadi seperti bintang2 Sarkis, hidup tanpa agama ini hanya layak utk 'bukan manusia' sahaja. Alif Min Nun Wau kan bunyinya UMN*.

Terkedu Tan Seri Ghazali Shafie mendengar penjelasan P. Ramlee ketika itu... sedutan dari buku tulisan Abdullah Hussain

Note : Ejaan dahulu Ugama bukannya Agama seperti sekarang ini..

Sumber: QUEACHMAD

Monday, October 28, 2013

GENERASI HIPPIES

DUNIA HARI INI KEKURANGAN LELAKI YANG BERAKHLAK  DAN IKHLAS TERHADAP WANITA.

GENERASI YANG WUJUD HARI INI ADALAH GENERASI YANG DILAHIRKAN DI DALAM ZAMAN HIPPIES DAN FENOMENA ROCK YANG MENGGILA. AKHLAK MEREKA TELAH DIGANGGU SEMENJAK DIDALAM KANDUNGAN IBUNYA.

MASIH ADAKAH LAGI LELAKI YANG BUDIMAN SEPERTI INI?

~Gambar sekadar hiasan~

ISRAELIYYAT; SATU PEMAHAMAN.

Muqaddimah :

Asas pembinaan dalam Islam ialah al-Quran dan as-Sunnah. Kedua-dua sumber terpenting ini mesti diletakkan di hadapan dan dijadikan rujukan kerana al-Quran adalah dari Allah SWT, manakala as-Sunnah Sohihah pula bersandarkan persabdaan nabi SAW yang dibimbing wahyu Allah.

Kefahaman yang betul tentang al-Quran dapat diperolehi menerusi Manhaj Tafsir yang digariskan ulamak berdasarkan ciri-ciri dan syarat-syarat yang ditentukan. Antaranya, meletakkan Tafsir Bil-Ma’tsur (Tafsir berdasarkan hadis dan riwayat) sebagai asas Tafsir, disusuli dengan Tafsir Bil ra’yi yang selari dengan kehendak syara’.

Penguasaan dalam bidang Usul Hadis dan pengajian hadis amat mustahak bagi memahami Tafsir Bil-Ma’sur. Tanpa pengetahuan mendalam dalam bidang hadis amat sukar bagi seseorang itu memahami Tafsir Bil-Ma’sur.

Israiliyyat adalah isu yang berkait rapat dengan Tafsir Bil Ma’sur kerana ia berkembang melalui periwayatan. Kewujudannya di celah-celah tafsiran al-Quran boleh menimbulkan bahaya tanpa disedari khususnya Israiliyyat yang bersifat merosakkan aqidah seseorang. Dalam banyak hal ia boleh menghalang seseorang dari memahami dan menghayati al-Quran.

Isu Israiliyyat perlu ditangani menerusi pemahaman yang betul tentang zat Israiliyyat itu sendiri, pembahagiannya serta cara atau pun kaedah bagi mengenal pasti atau mengenal Israiliyyat. Untuk tujuan itu, kertas ini dikemukakan.

Pengenalan :

Pengenalan Israiliyyat sebagaimana yang dinyatakan oleh Doktor Muhammad Husin az-Zahabi rahimahullah: “lafaz Israiliyyaat- pada zahir adalah lafaz yang jama’, lafaz mufradnya Israiliyyat. Ia adalah kisah atau peristiwa yang dinukilkan dari sumber Israiliyyi dinisbahkan kepada Israiliyyat iaitu Nabi Ya’qub bin Ishak bin Ibrahim. Kepadanyalah dinisbahkan bangsa Yahudi, lalu dikatakan “ Bani Israil”
(Az-zahabi , Doktor Muhammad Husin, al-Israiliyyaat dalam Tafsir dan Hadis, muka surat 19)

Menurut Doktor Zahabi ulamak tafsir dan hadis telah memperluaskan pengertian Israiliyyat daripada hanya berkisar tentang cerita yang bersumberkan Yahudi kepada apa jua yang dianggap tidak berasas samada ia berbentuk dongeng dahulu kala ( sebahagian ulamak melabelkannya ( الدّخيل ) yang boleh jadi asalnya adalah dari sumber Yahudi atau Nasrani atau sumber-sumber lain (Ibid., muka surat 19-20). Oleh kerana kebanyakan cerita yang diterima bersumberkan sumber Yahudi, maka lafaz Israiliyyat lebih sesuai digunakan.

Pengenalan atau definisi Israiliyyat yang dikemukakan oleh Doktor Zahabi amat penting kerana beliau dikira tokoh utama yang membincangkan persoalan berkaitan Israiliyyaat. Sehigga hari ini, saya tidak mendapati seseorang pun yang menulis atau membahaskan isu Israiliyyat melainkan ia terpaksa merujuk kepada tulisan dan pandangan Doktor Zahabi
(lihat: Doktor Ahmad Najib bin Abdullah. Tesis Ph.D muka surat 16-18.Universiti Islam Madinah)

Perkembangan Ringkas Israiliyyat :

(lihat, al-Israiliyyaat dalam Tafsir dan Hadis, muka surat 22-38)

Menurut sejarah, orang-orang Yahudi telah pun menetap bersama dengan orang-orang Arab sejak zaman sebelum Islam. Mereka memiliki ilmu pengetahuan yang diambil dari ajaran Kitab Taurat dan buku-buku ugama mereka yang lain. Orang-orang Arab sering kali bertanya orang-orang Yahudi tentang perkara-perkara yang berhubung sejarah lama berkenaan tokoh, peristiwa dan cerita tertentu. Sebahagian sahabat nabi seperti Abu Hurairah dan Abu ‘Abbas r.a ada bertanya ahli kitab Yahudi yang memeluk Islam tentang beberapa perincian cerita terdahulu (Ibid, muka surat 66. التفسير والمفسرون 1/70. Ibnu kasir, البداية والنهاية ,1/17 …) tetapi pertanyaan mereka adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu, tidak termasuk persoalan akidah. Mereka melakukan demikian kerana mereka faham keharusan yang diberikan nabi SAW dalam meriwayatkan cerita Israiliyyat.

Di zaman tabi’in, proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif disebabkan kecenderungan masyarakat mendengar cerita-cerita yang agak luar biasa.

Apabila datangnya tabi’ tabi’iin periwayatan menjadi lebih serius dengan munculnya golongan “القصّاص” (al-Qassas) iaitu penyampai cerita yang tidak bertanggungjawab.

Era pembukuan karya Islam kemudiannya menyaksikan bagaimana tafsir al-Quran termuat dicelah-celah tajuk kitab-kitab hadis sebelum ia terpisah dan dapat menentukan kedudukannya sendiri.

Pada peringkat awalnya, tafsir al-Quran dipersembahkan dengan lengkap bersanad kemudiannya sanad-sanad yang menghiasi matan-matan riwayat dibuang dengan tujuan untuk meringkaskan dan meringankan saiz kitab-kitab tafsir yang penuh sarat dengan muatan rangkaian perawi itu.

Justeru terbuangnya sanad, maka riwayat-riwayat tafsir mula menempuh keadaan yang amat sukar dan bermasaalah di mana tidak dapat dipastikan lagi riwayat yang boleh diterima dan riwayat yang tidak boleh diterima. Dari timbunan riwayat inilah terdapat Israiliyyaat yang akhirnya melengkapi sebahagian besar tafsiran ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku bukan sahaja kepada kitab-kitab Tafsir Bil Ma’tsur bahkan menular kepada kitab-kitab Tafsir Birra’yi dengan kadar yang berbeza.

Pembahagian Israiliyyat :

Apabila disebut Israiliyyat pada kebiasaanya ia merujuk kepada riwayat-riwayat Israiliyyat yang bersifat negatif atau yang sukar diterima isinya.

Merujuk kepada pembahagian ulamak antaranya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Ibnu Taimiyyah, Muqaddimah dalam Usul Tafsir, muka surat 100) Israiliyyat dapat dibahagikan kepada tiga bahagian:
  • Pertama: Israiliyyat yang selari dengan apa yang ada di dalam sumber Islam, al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah. Contohnya: riwayat yang menyebut rakan seperjalanan Nabi Musa a.s ialah Khidir.
  • Kedua: Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah. Contohnya: crita malaikat Harut dan Marut yang terlibat dengan dosa besar. Minum arak, berzina dan membunuh
  • Ketiga: Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya (maskut anhu). Contohnya, riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil. 

Hukum Meriwayatkan Israiliyyat :

Terdapat dua pandangan ulamak dalam masalah ini.

Pandangan pertama: Tidak harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis nabi S.A.W: ولا تصد قوا أهل الكتا ب و لا تكذبوهم, وقو لوا آ منا بالله وما انزل الينا Maksudnya:

“ Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami…”
(Al-Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485)

Hadis ini melarang orang –orang Islam menaruh kepercayaan kepada cerita-cerita Ahli Kitab berkenaan Kitab Taurat dan sebagainya
(Az-Zahbi, al-Israiliyyat dalam Tafsir dan hadis, muka surat 55-56).

Pandangan kedua: Harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis nabi S.A.W: بلغوا عنى ولو آية, وحدثوا عن بنى اسرائيل لا حرج, ومن كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار. Maksudnya;

“Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka”
(Bukhari, Sohih al-Bukhari, Hadis Nombar 3461)

Kedua-dua pandangan ini mempunyai dalil dan hajat masing-masing tetapi setelah dibuat penelitian, kedua-dua pandangan tersebut dapat disesuaikan mengikut pertimbangan berikut:

1. Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan cerita-cerita tentang umat terdahulu. Ia juga mengisyaratkan keharusan merujuk kepada Ahli Kitab.
2. Nabi S.A.W pula ada menceritakan tentang cerita Bani Israil seperti A-Abros, Al-‘Ama, Al-Akro’ dan cerita A-Ghor. Hadis Nabi S.A.W yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak.
3. Ia terikat kepada apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak dipastikan statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta, tetapi tiada petunjuk yang memperlihatkan dusta atau batilnya.
4. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh diterima akal yang waras, maka tidak harus disebarkan melainkan dengan disebut kebatilannya.

Kaedah Mengecam Israiliyyaat :

Bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk mengatakan sesebuah riwayat itu Israiliyyaat atau tidak. Ilmu yang amat mustahak yang tidak dapat tidak mesti dimiliki oleh mereka yang ingin menguasai bidang ini ialah Ilmu Tafsir al-Quran, khususnya yang melibatkan kisah-kisah al-Quran, Ilmu Mustholah Hadis, Ilmu Rijaal Hadis, di samping pengetahuan mendalam tentang hadis-hadis yang sohih dan tidak sohih berkenaan kisah para Nabi dan kisah-kisah lampau.

Di sini saya cuba menyenaraikan beberapa kaedah atau cara yang boleh membantu bagi mengenal atau mengecam Israiliyyaat. Kaedah ini diperolehi setelah penulis membuat kajian terperinci terhadap ciri-ciri Israiliyyaat yang terdapat di dalam Tafsir At-tobari dengan mengambil kira pandangan ulamak mu’tabar dalam membuat kritikan dalam riwayat-riwayat Israiliyyaat (lihat, Doktor Ahmad Najib Bin Abdullah. Tesis Ph.D, muka surat 40-66.Universiti Islam Madinah)

Supaya lebih teratur, saya bahagikan cara ini kepada empat sudut , pertama, pengamatan kepada sanad riwayat Israiliyyaat, kedua, pengamatan kepada matannya, ketiga, merujuk kepada pandangan ulamak yang mu’tabar dalam bidang Israiliyyaat dan keempat, merujuk kepada sumber-sumber Yahudi sendiri.

Pertama: Pengamatan Sanad

  • Rijaal / perawi terkenal dengan meriwayatkan Israiliyyat seperti Abdullah Bin ‘Amar Bin al-‘Ash, Abu Hurairah dan Abdullah Bin Salam dari kalangan sahabat. Dari kalangan tabi’in pula seperti Ka’ab Bin al-Ahbar, Wahab Bin Munabbbih, as-Saiyyidul al-Kabir, Qatadah, al-Hasan al-Basri dan Mujahid manakala dari kalangan golongan tabi’ tabi’in pula seperti Ibnu Ishaq, Ibnu Zaid dan Ibnu Juraih. 


  • Terdapat kenyataan jelas dari perawi menyebut bahawa riwayat yang disampaikan adalah bersumberkan sumber Israiliyyaat. 


  • Sanad riwayat Israiliyyaat kebiasaannya bersifat terhenti “mauquf” kepada sahabat, bukan “marfu’” kepada Nabi S.A.W.


Kedua: Pengamatan Matan

  • Persoalan yang disentuh Israiliyyaat biasanya mengenai asal usul kejadian alam serta rahsianya seperti asal usul kejadian langit dan bumi serta cerita “الجوت” Matan mengandungi kisah para Nabi dan kisah-kisah lampau.
  • Perincian kepada kesamaran (mubhamat) iaitu perkara yang tidak dijelaskan al-Quran seperti menentukan jenis pokok larangan dalam syurga yang dilarang Allah kepada Nabi Adam dan isterinya Hawa dan menentukan bahagian anggota lembu yang digunakan untuk memukul si mati dalam kisah bani Israiliyyaaat.
  • Matan memperlihatkan “keterlampauan” ketara seperti cerita salah seorang anak Nabi Adam a.s yang memikul saudaranya yang dibunuh selama seratus tahun, dibawanya ke sana ke mari sehingga Allah menghantar burung gagak untuk mengajarnya cara menyimpan jenazah saudaranya itu.
  • Matan mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah seperti matan yang menyebut bahawa isteri Nabi Nuh a.s adalah daripada mereka yang selamat dari azab banjir besar.
  • Matan mengandungi perkara-perkara yang menyalahi kesucian “`ashamah” para Nabi dan malaikat seperti dalam cerita keinginan nabi Yusuf terhadap isteri pembesar Mesir yang sampai keperingkat paling kritikal iaitu menangggalkan seluar serta kisah tentang malaikat Harut dan Marut.
  • Matan menyebut cerita-cerita khurafat dan karut seperti cerita gergasi “’Aaj bin ‘Unuq” dan puak “jabbaarin”. Matan menceritakan sesuatu yang pelik “gharib” seperti yang menyebut bahawa bilangan alam sebanyak lapan belas ribu atau empat belas ribu.
  • Adanya percanggahan fakta pada matan seperti penentuan anggota lembu bani Israil di mana ada yang mengatakan paha, lidah, ekor dan sebagainya.
  • Terdapat kenyataan di dalam matan menyebut bahawa ia diambil dari sumber Israiliyyaat samada dari Ahli Kitab atau kitab Bani Israil.
  • Disebut pada matan lafaz-lafaz “tadh’if” atau tamridh yang menjelaskan bahawa ia dianggap lemah.

Ketiga: Merujuk kepada Ulamak

Ulamak yang banyak membicarakan isu Israiliyyaat seperti: Ibnu Hazam dalam kitab al-Faslu Fil Milaali Wal Ahwa’i Wan Nihal.


  • At-Thobari dalam kitab Jami’ul Bayan Fi Ta’wili Aayil Quran dan Tarikhul Umami Wal Muluk.
  • Al-Qodhi ‘Iadh dalam Kitabus Syifaa’ Bita’rifi Huquqil Mustafa.
  • Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitab An-Nubuwwah dan Al-Jawabus Sahihu Li Man Baddala Diinul Masih.
  • Ibnul Qayyim dalam kitab Hidayatul Hiyari Fi Ajwibatil Yahudi Wan Nashora.
  • Al-Hafiz Ibnu Katsir dalan kitab tafsirnya dan juga Al-Bidayatu Wan Nihayah.
  • Rahimahullah Al-Hindi dalam Izharul Haq.
  • Jamaluddin al-Qosimi dalam Mahasinut Ta’wil.
  • Doktor Muhammad Husin az-Zahabi dalam Al-Israiliyyaat Fit Tafsir Wal Hadits dan Kitabut Tafsir Wal Mufassirun.
  • Al-‘Allamah Abu Syahbah dalam Al-Israiliyyaat Wal Maudhu’at Fi Kutubit. Tafsir.
  • Syeikh Abdul Wahab an-Najjar dalam Qishoshul Anbiya’.


Keempat: Merujuk Sumber-sumber Yahudi

Tujuan merujuk kepada sumber-sumber Yahudi tidak bermaksud kita mengiyakan atau membenarkan apa yang termaktub dalam kitab-kitab mereka tetapi sekadar untuk melakukan perbandingan dengan kitab-kitab warisannya ulamak mu’tabar kita dalam soal-soal yang berkaitan dengan Israiliyyaat. Sekiranya ia disebut dalam sumber-sumber berkenaan maka ia meyakinkan kita bahawa ia memang satu riwayat Israiliyyaat.

Sumber-sumber Yahudi seperti berikut:

1. Kitab Taurat.
2. Talmud.
3. Kitab-kitab Yahudi yang lain.

Selain daripada sumber Yahudi terdapat juga sumber Nasrani yang termuat dalam Kitab Injil tetapi Israiliyyaat di dalam sumber Nasrani amat sedikit berbanding sumber Yahudi sendiri.

Penutup :

Israiliyyaat merupakan cerita-cerita berkaitan rapat dengan warisan Yahudi. Ia tersebar melalui berbagai peringkat dan suasana sehingga mampu bertapak di dalam karya warisan Islam, tafsir dan hadis. Kehadirannya perlu ditangani dengan sebaik mungkin melalui pengkelasan yang wajar berdasarkan pembahagian ulamak terhadap Israiliyyaat.

Tiada jalan pilihan bagi kita melainkan kita menolak segala rupa bentuk Israiliyyaat yang menyalahi pegangan kita sebagai orang Islam dan boleh menjahanamkan aqidah kita terhadap Allah, malaikatnya serta para Rasulnya. Israiliyyaat yang statusnya tidak jelas “maskut ‘anhu” hendaklah diriwayati dengan bijak walaupun ia harus diriwayatkan namun kita diingatkan untuk tidak memberi perhatian kepada perkara yang tidak memberi faedah, tidak mendekatkan diri kita memahami dan menghayati al-Quran, sebaliknya ia hanya menghabiskan masa sahaja. Pengamatan pelbagai dimensi penting bagi mengenal pasti riwayat Israiliyyaat. Penganalisis Israiliyyaat perlu mempunyai daya kritik yang tinggi serta sifat berani demi memperjuangkan kebenaran.

Oleh: Doktor Ahmad Najib Bin Abdullah
(Petikan dari majalah ‘Pengasuh’ Bilangan 592)

Thursday, October 24, 2013

KESESATAN YANG TIDAK DISEMBUNYIKAN

Pada amnya seluruh ahli UMNO dan para penyokongnya tidak pernah menilai apa dan siapa UMNO dari perspektif Islam. Maka itulah sebabnya hati gelap dan tidak nampak yang UMNO sendiri berpolitik adalah mengikut acuan politik Machiavelli serta berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an.

Dengan sebab itu Allah Taala telah berikan mereka syaitan menjadi teman maka itulah sebabnya mereka sangat anti apa yang diperjuangkan oleh PAS.


Mereka tidak pernah nak ambil tahu apa yang diperjuangkan oleh PAS itu kerana membaca Perlembagaan PAS pun jika ada, mereka tidak mahu terima kerana minda mereka adalah sekular.

APA DAN SIAPAKAH UMNO DARI PERSPEKTIF ISLAM?

1. Bila kita menilai UMNO kita jangan lupa Firman Allah Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf.

Allah SWT. Berfirman:

(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦

Yang maksudnya:

”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

2. Ini adalah kerana sememangnya terbukti dalam banyak kes parti politik UMNO dan para pendokongnya berpolitik untuk mengekalkan kuasa menerajui pemerintahan negara adalah TIDAK mengendahkan pengajaran Al-Qur’an; iaitu mereka berpolitik adalah mengikut acuan politik Machiavelli yang dasarnya adalah “matlamat menghalalkan cara”.

3. Memang dasar tersembunyi parti politik mereka adalah jenis tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, maka mereka tidak akan ambil peduli walau pun diberikan nasihat dan dakwah banyak mana sekali pun. Cakaplah bab kewajipan supaya ditegakkan hudud dijadikan undang-undang; lagi banyak dicakapkan lagi banyak mereka mencari dan membuat daleh supaya hukum Allah itu tidak dimertabatkan. Hal ini adalah jelas di fb, dilakukan oleh pencacai UMNO dengan memberikan pelbagai alasan dan dalih yang disuarakan oleh teman rapat mereka yang tidak renggang drpd mereka itu, iaitu syaitan.

4. Kenapakah mereka begitu?.... Jawapannya ada dalam Firman Allah Ayat 36 Surah Al-Zukhruf itu. Mereka adalah produk iaitu hasil dari akibat tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an bila berpolitik.

5. Bukan senang untuk mereka berubah kembali kepada mengendahkan pengajaran Al-Qur’an dalam berpolitik mereka, kerana Allah SWT sudah pun jelaskan iaitu “Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."... walau pun mereka itu beragama adalah Islam.


6. Pada zaman Rasulullah s.a.w. pun sudah ada golongan seperti mereka itu yang diketuai oleh Abdullah Ubai. Walau pun Abdullah Ubai dan para pengikutnya itu beragama Islam, kenapa Rasulullah s.a.w. perintahkan masjid yang Abdullah Ubai itu bina dimusnahkan?... Ini membuktikan bahawa tidak semestinya mereka itu beragama Islam bahawa hati dan minda mereka mahu memertabatkan Islam; iaitu mahu memertabtakn SEMUA hukum Allah. Contohnya UMNO, bab hudud mereka besikap seperti sikap Abdullah Ubai. UMNO dan para pemimpinya, malah para penyokongnya juga mengaku bahawa hudud itu hukum Allah tetapi pada masa yang sama bila diminta dilaksanakan (kerana mereka di pihak yang berkuasa menerajui pemerintahah negara), jawapannya adalah seperti kenyataan yang Najib kata itulah...

7. Bukti Barisan Nasional menolak hukum Allah Taala.




8. Pada zaman Rasulullah s.a.w. apakah Baginda tidak menyeru dan tidak menyampaikan dakwah?.... Sudah pasti sebagai Rasulullah s.a.w. Baginda telah melaksanakannya terhadap kaum munafik itu. Tidak berkesan sebab Abdullah Ubai dan para pengikutnya itu mengaku bahawa mereka juga beragama Islam tetapi tidak mahu mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, yang akibatnya Allah Taala sediakan kepada mereka syaitan untuk menjadi teman yang tidak renggang daripada diri mereka.

9. Samalah juga dengan UMNO dan para penyokongnya. Di fb bila ditanya apakah mereka suka hudud dijadikan undang-undang di Malaysia, mereka tidak jawab. Kenapa mereka tidak jawab?.... Mereka tidak jawab kerana mereka tidak mahu diri mereka dianggap oleh para pembaca sebagai golongan yang tidak Islamik. Mereka diam tidak menjawab kerana dasar politik yang tersembunyi (hidden political principle) mereka memang tidak mahu hudud dijadikan undang-undang di Malaysia. Kalau mereka jawab pun mereka tanya balik kenapa PAS tidak lebih dulu laksanakan hudud?... Jawapan yang seolah-olahnya bagi mereka hudud adalah PAS yang hendak sangat, dan bagi mereka tanpa hudud pun tidak mengapa.

10. Kenapa mereka begitu?... Ini membuktikan mereka adalah golongan yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an. Jika mereka mengambil tahu dan mengambil berat pengajaran Al-Qur’an sudah tentulah mereka menemui Firman Allah SWT ini:

Firman Allah SWT.:

كُلُّ ذَ‌ٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِندَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

Yang maksudnya:

"Tiap-tiap satu Perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa' 38]

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686].

11. Jawapan mereka itu adalah jawapan dari minda yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, iaitu Ayat 38 dalam Surah Al-Israa’ itu.

12. Bagaimanakah hendak menghadapi mereka yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an itu sedangkan mereka mempunyai kuasa politik menerajui pemerintahan negara?.... Teruskanlah berdakwah?... Teruskanlah. Persoalannya ialah mahukan syaitan yang tidak renggang dari mereka itu meninggalkan diri mereka?... Terhadap Abdullah Ubai dan para pengikutnya Rasulullah s.a.w. juga berdakwah. Tidak berkesan juga hinggakan sampai Abdullah Ubai itu mati pun syaitan tidak mahu renggang daripadanya. Maka Allah s.a.w. Turunkan Firman iaitu:

Firman Allah SWT:

وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰ أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِ ۖ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ

yang maksudnya:

"Dan janganlah engkau solatkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)." [At-Taubah : 84.]

13. MENGENAI MUNAFIK




14. Mereka mencanangkan mereka juga memperjuangkan Islam, mendirikan masjid itu dan ini untuk membuktikan mereka juga adalah pejuang bagi memertabatkan agama tetapi mereka tetap juga tidak mengendahkan pengajaran Al-Quran dalam bab hudud. Samalah juga, Abdullah Ubai juga mendirikan masjid kononnya sebagai memertabatkan agama Islam.... Cuba kaji kenapa Rasulullah s.a.w. perintah masjid yang dibina oleh Abdullah Ubai itu dimusnahkan.

15. Abdullah Ubai mendirikan masjid sebagai lambang kuasa politik bagi diri dan para pengikutnya untuk menentang kuasa politik Rasulullah s.a.w. dan masjid tersebut adalah sebagai kuasa politik bagi Abdullah Ubai. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. perintah masjid tersebut dimusnahkan iaitu sebagai memusnahkan kuasa politik Abdullah Ubai dan para pengikutnya.

16. Di Malaysia?.... Jika di zaman Rasulullah s.a.w. masjid yang dibina oleh Abdullah Ubai adalah lambang kuasa politik Abdullah Ubai dan para pengikutnya, maka di Malaysia kuasa politik itu adalah dilambangkan oleh parti UMNO. UMNO = Masjid Abdullah Ubai. Binalah banyak mana pun masjid namun hukum-hukum Allah bukanlah keutamaan bagi mereka dan Najib pun sudah isytiharkan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia.

17. Di Zaman Rasulullah s.a.w. masjid Abdullah Ubai itu mudah saja dimusnahkan kerana Rasulullah s.a.w. mempunyai kuasa politik untuk memerintahkan masjid itu ditumbang dan dimusnahkan. Di Malaysia sekarang, hanya melalui pilihanraya saja yang ada dari segi yang dibenarkan oleh undang-undang negara sebagai cara untuk mengambil alih kuasa politik sekular yang dimiliki oleh UMNO itu bagi ditukarkan kepada politik Islamik.

18. PRU-13 itu sendiri nanti ia adalah kuasa YDPA yang memerintahkan rakayat boleh memilih sama ada hendak mengambil alih kuasa politik UMNO itu atau rakyat mahu memberi UMNO terus memiliki kuasa politik itu hingga ke PRU-14... Itulah tujuannya pilihanraya diadakan, iaitu rakyat boleh mengambil alih kuasa politik UMNO yang kini menerajui pemerintahan negara.

19. Sudah tahu bahawa kuasa politik UMNO adalah jenis yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, maka terimalah padahnya jika diberikan juga UMNO/BN memenangi setiap PRU nanti yang akibatnya membolehkan UMNO/BN terus memiliki kuasa politik bagi menerajui pemerintahan negara. Antara padahnya terimalah budaya rasuah yang akan menjadi semakin hebat.

20. Contohnya ialah di Sabah Musa Aman adalah ahli UMNO, Ketua Menteri Sabah... Bagaimanakah boleh sampai adanya laporan polis terhadap dirinya? Klik ===> Lapuran Polis terhadap Musa Aman

21. Sampaikan berjawatan menteri pun turut tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, sanggup melakukan perbuatan yang dilaknati oleh Allah Taala. Klik===> Malaysia Today

22. Million Dollar Bribes Disguised As ‘Donations’ – UMNO’s Ever Changing Stories! Klik ===> Sarawakreport.org

23. "The timber mafia is larger than you suspect". Klik ===> Malaysia Today

24. Kenapa mereka yang melakukan rasuah itu tidak diambil tindakan hingga ke Mahkamah.... Jawapannya ialah kerana Gani Patail adalah AG bagi Malaysia. Klik===> Malaysia Today

25. Siapakah Gani Patail? ….


Sebuah buku yang menarik dibaca:

Tajuk: TAN SRI ABDUL GANI PATAIL Pemalsu, Penipu, Penjenayah?
Pengarang: Zainal Abidin Ahmad
Harga: RM18.00

Boleh dibeli di:
GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd
11 Lorong 11/4E
46200 Petaling Jaya
Selangor
Malaysia

T:+60(0)3 7957 8342/8343
F:+60(0)3 7954 9202
E-mail: gerakbudaya@pd.jaring.my atau sird@streamyx.com

Boleh beli secara on-line bayar bank-in; CIMB A/C. No. 1440-0009373-05-8 [GB GERAKBUDAYA ENTERPRIE SD BHD]

26. Apa kata Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya? Klik ===> Gani patail pemalsu penipu penjenayah

27. MENGIKUT AJARAN ISLAM PENGAMAL / PELAKU RASUAH ADALAH DILAKNAT. Klik ===> ikim.gov.my

28. Sudah tentulah pengamal / pelaku rasuah adalah golongan yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an kerana tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, termasuklah tidak mengendahkan Firman Allah SWT. Berfirman:

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

yang maksudnya:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang KAFIR.”. [Al-Maidah: 44].

29. Akibat tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an, maka siapakah mereka itu? ...Allah SWT. Berfirman:

(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦

Yang maksudnya:

”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal. 1307-1308].


30. Sesungguhnya maha benar Firman Allah di Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf itu. Akibat UMNO berpolitik mengikut acuan politik Machiavelli dan berpolitik dengan tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an maka Allah SWT telah mengadakan dan terus mengadakan syaitan menjadi temannya yang tidak renggang daripada UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya). Maka oleh kerana tidak renggangnya syaitan itu daripada para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya, itulah sebabnya menjadi amat sukar bagi mereka mahu menerima hakikat bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang Allah SWT telah sediakan syaitan kepada UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya) itu.

31. Walau pun telah diberikan nas dan dalil iaitu mengikut Al-Qur’an dan hadis untuk dirujuk, namun amat sukar bagi UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya) itu mahu menerimanya dan amat sukar bagi para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya itu boleh melepaskan UMNO sebagai wadah politik bagi diri mereka.

32. Maka dengan sebab itulah walau pun manusia itu melakukan perbuatan syirik dan melakukan kezaliman terhadap Allah SWT namun mereka tetap menyokongnya asalkan manusia itu adalah pemimpin UMNO.

33. Penyembahan di Tugu Negara



34. FATWA. Klik ===> Fatwa kebangsaan istiadat meletakkan kalungan bunga di tugu negara

35. Layakkah manusia yang melakukan syirik dijadikan PM oleh rakyat yg beragama Islam di Malaysia?... Layakkah mereka yang mengamalkan rasuah itu terus dipilih oleh rakyat untuk menjadi pemimpin enerajui dan mentadbir pemerintahan negeri / negara? Berhati-hati Memilih Pemimpin.

36. Kaedah memilih pemimpin mengikut landasan Islam sudah tiada lagi di dalam hati dan di minda mereka kerana kaedah tersebut sudah tidak dapat diterima oleh hati dan minda mereka kerana ia sentiasa dihalang oleh syaitan yang Allah telah adakan bagi diri mereka itu sebagaimana maksud Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf itu.

37. Sejarah telah membuktikan bahawa ramai pemimpin UMNO yang diheret ke mahkamah kerana melibatkan diri dengan rasuah dan menyalahguna kuasa akibat tidak memelihara dan menjaga amanah. Apabila tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an maka itulah yang menyebabkan tidak henti-hentinya di kalangan pemimpin UMNO itu melakukan rasuh.


38. Dari perspektif Islam siapakah mereka?

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima sholat dan zakatnya.” [Hadis Riwayat Al-Bazar].

39. Betulkah atau tidak adanya bukti bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang berpolitik mengikut acuan politik Machiavelli dan berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an bagi memperolehi dan mengekalkan berkuasa untuk menerajui pemerintahan negeri / negara di Malaysia?....

40. Jika betul, awas… Ingatlah... Peguam-peguam dari UMNO tidak akan membela kamu di akhirat nanti bila kamu dibicarakan di hadapan Allah SWT. di atas dosa kamu jika kamu menjadi ahli dan penyokong parti UMNO yang merupakan sebuah parti politik yang berpolitik tidak mengikut landasan Al-Qur'an dan Sunah tetapi menggunakan acuan politik Machiavelli dan berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an.

Allah SWT. Berfirman:

(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦

Yang maksudnya:

”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

UMNO DAN PENYOKONGNYA BERSYAITAN ...Klik ===> Detik Daily

41. Itulah sebabnya asal cenderung pada UMNO, kecerdikan pun hilang. Klik ===> Detik Daily

42. Kecerdikan terhadap mahu mematuhi Perintah Allah agar memertabatkan Islam sebagai AD-DEEN tidak ada dalam minda ahli-ahli UMNO dan para penyokongnya akibat tidak mahu mengikut politik manhaj Al-Qur'an Dan Sunnah ...

Baca dan belajar apa itu BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH.
Klik ===> Berpolitik mengikut manhaj Al-Quran

43. Rakyat khasnya orang Melayu di Malaysia ini pada amnya tidak begitu tahu apa maksud kezaliman dari perspektif Islam. Itu sebabnya ramai orang Melayu sendiri tidak nampak dan tidak pun ada merasakan parti UMNO adalah sebuah partik politik yang banyak melakukan kezaliman mengikut maksud kezaliman dalam ajaran Islam. Apabila tidak tahu apa maksud kezaliman mana tidak tahulah sama ada seseorang atau sesuatu pihak itu melakukan kezaliman atau pun tidak.

44. "Asal ma’na “kezaliman” ialah aniaya dan melampaui batas yang telah ditentukan. Arti zalim menurut ahli bahasa dan kebanyakan ulama’ ialah: “Meletakkkan sesuatu bukan pada tempat yang semestinya”, baik mengurangi, menambah atau mengubah waktu, tempat atau letaknya.”. Oleh kerana itu kata kezaliman diartikan sebagai penyimpangan dari ketentuan, baik besar ataupun kecil. Dikatakan orang itu zalim apabila melakukan dosa kecil sekalipun, apatah lagi dosa besar. Sebagian Hukama’ membagi kezaliman itu menjadi tiga:

(a) Kezaliman manusia terhadap Allah s.w.t;

(b) Kezaliman manusia dengan sesamanya, iaitu berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain rugi kerana perbuatannya seperti melanggar janji, takbur, membuat keonaran dan sebagainya.

(c) Kezalimam manusia terhadap dirinya sendiri, iaitu berbuat maksiat dan kederhakaan, seperti berzina, minum minuman keras dan melanggar larangan Allah, mengurangi atau menambah ketentuan yang ditetapkan Allah s.w.t. dan sebagainya."

[K.H.M. Ali Usman, “Hadits Qudsi”, C.V. Diponogoro, Bandung, Indonesia, 1976; ms.151-152.].

45. Contoh UMNO melakukan kezaliman terhadap Allah SWT ialah keengganan UMNO menjadikan hudud hukum Allah sebagai undang-undang bagi rakyat yang beragama Islam di Malaysia. Tindakan UMNO ini adalah merupakan penyimpangan dari ketentuan oleh Perintah Allah kerana hudud adalah salah satu drpd hukum Allah. Tindakan oleh pihak UMNO inilah satu daripada contohnya bahawa berdasarkan kepada maksud Ayat 44 dalam Surah Al-Maidah meletakkan orang-orang UMNO yang merestui hudud tidak dijadikan undang-undang adalah sebagai KAFIR kerana tidak mahu berhukum dengan hukum Allah (iaitu hudud).


46. Allah SWT. Berfirman:

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

yang maksudnya:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang KAFIR.”. [Al-Maidah: 44].

Apakah para ulama UMNO dan para pemimpin UMNO yang beragama Islam tidak nampak perkataan KAFIR di akhir maksud Ayat 44 dalam Surah Al-Maidah itu?

47. Keenganan mematuhi Perintah Allah iaitu tidak mahu hudud dijadikan undang-undang dan menguatkuasakannya bagi rakyat yang beragama Islam itu menjadikan UMNO selain dari melakukan kezaliman, juga UMNO adalah telah melakukan perbuatan menyalahi perintah Allah; padahnya ialah menjadikan UMNO yang menerajui pemerintahan Negara adalah golongan yang melakukan kejahatan yang Dibenci di sisi Allah. … Firman Allah SWT.:

كُلُّ ذَ‌ٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِندَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

Yang maksudnya:

"Tiap-tiap satu Perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa' 38]

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.].

48. Persoalannya ialah wajarkan kita sebagai rakyat yang beragama Islam mempunyai pemerintah (iaitu UMNO) yang menerajui pemerintahan Negara, sedang mereka di sisi Allah adalah golongan yang melakukan kejahatan yang Dibenci oleh Allah kerana telah menyalahi satu daripada Perintah Allah iaitu hudud?... Itulah sebabnya orang-orang Melayu susah hendak maju dan berjaya dalam pelbagai lapangan termasuk ekonomi kerana pemerintahannya (iaitu UMNO yang menerajui pemerintahan Negara) adalah golongan yang melakukan kejahatan yang Dibenci di sisi Allah.

49. Satu lagi contoh kezaliman yang dilakukan oleh UMNO ialah menyekat hak Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyat negeri Kelantan dalam hal royalti petrolieum Petronas... Ini adalah tindakan UMNO menggunakan Kerajaan Pusat menzalimi Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyat negeri Kelantan. Hal ini diakui sendiri oleh orang UMNO, iaitu Tengku Razaligh Hamzah.
  









50. Mengenai kezaliman UMNO ini, dan apa juga jenis kezaliman, kita ada Perintah Allah yang wajib kita patuhi. Jika kita tidak patuhi maka padahnya adalah diri kita sendiri pula yang akan menanggung akibatnya. Rakyat kena fahami baik-baik Firman Allah ini, iaitu:

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

yang maksudnya:

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Ayat 113 Surah Hud].

Berkecenderungan pun Allah tegah, inikan pula menjadi ahli UMNO, dan menyokong untuk memenangkannya di PRU supaya UMNO terus menerajui pemerintahan Negara dan akan terus melakukan kezaliman iaitu sebagaimana maksud kezaliman dari perspektif Islam; sudah tentulah ia adalah merupakan sebagai manifestasi berani menentang Firman Allah tersebut.

51. Adalah amat perlu diberi tahu kepada rakyat apa juga kezaliman yang dilakukan oleh UMNO dalam bidang politik kerana berkecenderungan hati menyokong dan memenangkan UMNO/BN di PRU13 nanti bererti akan menerima padahnya sebagaimana yang Allah SWT telah Firmankan di Ayat 113 dalam Surah Hud itu tadi, iaitu:

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

yang maksudnya:

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Ayat 113 Surah Hud].

Jangan bersetuju dengan orang yang zalim - Ustaz Azhar Idrus.




52. KEZALIMAN UMNO KEPADA MELAYU. Klik ===> Dosa UMNO Pada Ketuanan Melayu

Oleh: AsaBakri

AGAMA PAGAN AGAMA BERHALA

Mungkin anda akan terperanjat jika mengetahui fakta jika pemeluk agama terbanyak di dunia di abad millennium ini adalah kaum pagan, sebuah agama kuno yang diperangi para Nabi dan Rasul Utusan Allah SWT sejak dari dahulu lagi.

Salah satu petunjuk yang memberikan bukti kepada kita adalah dengan hadirnya simbol-simbol paganism, dalam senibina rumah ibadah, lafaz doa, ritual, dan sebagainya.

Salib

Simbol salib ini berasal dari simbol persilangan cahaya dewa matahari yang dijadikan tuhan oleh suku-suku kuno dari Mesir (Ancient Egypt) dan Rom hingga Amerika Latin (Suku Maya dan Aztec), dari Jepun (Amaterasu) hingga India (Btara Indra).

Ancient Celtic Cross hadir sebelum salib kristian Konstantin I. Bukan itu saja, Krismas yang disambut oleh Gereja Barat setiap 25 Disember adalah sebagai kelangsungan ritual penyembahan kelahiran anak Dewa Matahari (Sun of the God). Oleh sebab itu, Sunday dijadikan hari rehat bagi penganut Kristian. ‘Sun’ bererti ‘Matahari’ dan ‘Day’ bermaksud ‘Hari’. Ritual pemujaan kaum pagan terhadap Dewa Matahari memang banyak dilakukan di hari Minggu (Sunday).

Pemujaan terhadap Dewa Matahari ini juga boleh dilihat dari senibina kota suci Vatican, iaitu pusat Gereja Katolik, di mana sebuah tiang tinggi berdiri di pusat kota ini. Obelisk merupakan simbol pagan dan menjadi pusat ritual pemujaan Dewa Matahari. Obelisk ini terdapat di merata tempat seperti Washington DC, Paris, Jakarta, dan banyak lagi.

Pendeta Herbert W. Amstrong, pemimpin Worldwide Church of God yang berpusat di AS yang juga sebagai Editor in Chief majalah Kristian Plain Truth, dengan jujur mengatakan bahawa tanda salib memang berasal dari simbol paganisma.  Paul atau dikenali sebagai Paulus (Yahudi dari Tarsus) telah mengubah dasar agama Nasrani dari hanya sebagai agama kaum Nabi Isa menjadi agama untuk disebarkan ke seluruh dunia.


Konsep Triniti dalam agama Pagan

Konsep Triniti di dalam agama Kristian adalah berasal dari konsep paganisma kuno yang diwakili oleh Semiramis dan anaknya (Pagan Babylon), Devka dan Khrisna (Pagan India), Isis dan Horus (Pagan Mesir), dan sebagainya.

Peradaban pagan kuno memang telah terkubur bersama peralihan zaman dan juga peperangan demi peperangan. Namun ketaksuban dari kepercayaan banyak tuhan tersebut tidak pernah mati, bahkan di abad millennium ini kepercayaan kuno tersebut menjadi kepercayaan yang mendominasi manusia, tanpa disedari. Simbol-simbol pagan menjadi simbol-simbol yang paling popular di dunia ini, dan mewarnai seluruh institusi dunia seperti PBB dan sebagainya.

Bermula dari Iblis

Asal usul kaum pagan moden sekarang ini adalah berasal dari satu kelompok kecil para pengikut iblis (baca Eramuslim Digest edisi “Genesis of Zionism”), di mana sepanjang sejarah awalnya diwakili oleh mereka yang selalu memusuhi dan memerangi para Nabi dan Rasul Allah SWT. Mereka adalah seperti Samiri yang memerangi Musa a.s. (Amerika pun menyebut dirinya dengan “Uncle Sam”), Namrud yang memerangi Ibrahim a.s., dan para pendeta Sanhedrin yang memerangi Isa a.s.

Snouck Hurgronje (Yahudi Belanda) yang pura-pura masuk Islam dan menggunakan ‘keIslamannya’ sebagai senjata untuk menghancurkan umat Islam Indonesia.  Strategi Hurgronje ini dikenal dengan istilah “Izharul Islam” atau “Pura-Pura Islam” dan sekarang banyak dipakai oleh kaum liberal, termasuk mereka yang mengaku sebagai kaum liberal Islam yang banyak mempromosikan pemikiran pluralisme, hak asasi manusia, anti kekerasan, kebebasan, dan sebagainya.

Jika sekarang ini terdapat orang Islam yang mula terjangkit dengan virus “Pluraliti” ini, maka mereka telah tercemar oleh keyakinan pagan, kerana seorang Muslim wajib “Fardhu’ ain” hanya berpegang pada tali Allah SWT dan Rasul-Nya. Mereka ini telah terpengaruh dengan agama Pagan:

Abdullah bin Saba’ (Yahudi dari Yaman) yang memecah umat Islam hari ini dengan mengasaskan ajaran Syiah.

Mustafa Kemal Attaturk (Yahudi dari Dumamah) yang menghancurkan kekhalifahan Turki Uthmaniyyah.

Terrence E. Lawrence (Yahudi dari Inggris) yang harum namanya di Saudi dan disebut sebagai Lawrence of Arabia.

Wednesday, October 23, 2013

TAUBAT YANG AGUNG

Diwaktu ini, mari kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan memperbanyakkan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW di samping sentiasa berusaha melaksanakan segala sunnahnya. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.


Setiap umat Islam adalah dituntut supaya sentiasa melakukan taubat kepada Allah SWT. Taubat bermaksud kembali menyerahkan diri dan mentaati perintah Allah SWT yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ia merupakan suatu natijah daripada penyesalan seorang hamba yang telah terjerumus melakukan kesalahan dan dosa terhadap Allah SWT. Tuntutan taubat ini terkandung di dalam firman Allah SWT sebagaimana disebutkan di dalam surah al-Tahrim ayat ke 8 :

"Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "taubat nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai...".

Melalui ayat ini, Allah SWT telah menyeru umat manusia agar segera bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha. Bertaubat kepada Allah SWT dapat menghilangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Bahkan, tujuan bertaubat itu sendiri adalah supaya Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan akhirnya kita akan dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Namun begitu, taubat yang dapat menghilangkan dosa-dosa kita mestilah dilakukan dengan memenuhi empat syarat yang utama iaitu ;

1. Orang yang bertaubat mestilah menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.
2. Berhenti dengan serta merta daripada melakukan semula kesalahan tersebut.
3. Berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.
4. Sekiranya kesalahan tersebut dilakukan terhadap sesama manusia, maka hendaklah dia memohon maaf kepada orang tersebut.

Bagimanakah cara bertaubat yang betul?

Taubat bukanlah sekadar perkataan sahaja tetapi sebaliknya perlu disertai dengan keinsafan dan penyesalan kerana taubat yang tidak disertai dengan keinsafan dan penyesalan di dalam hati tidak akan dianggap sebagai taubat nasuha.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nisaa' ayat ke 18 :

"Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya Aku bertaubat sekarang ini", (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya...".

Ayat di atas menyatakan bahawa terdapat tiga golongan yang mana apabila mereka bertaubat, maka Allah SWT tidak menerima taubat mereka. Tiga golongan tersebut ialah:

1. Orang yang sering mengulangi kesalahannya selepas bertaubat.
2. Orang yang bertaubat ketika sudah hampir dengan kematian dan apabila tanda-tanda besar hari Kiamat telah muncul.
3. Orang yang mati dalam kekafiran.

Golongan-golongan ini bukan sahaja tidak diterima taubat mereka, bahkan Allah SWT telah pun menyediakan azab seksaan yang amat pedih di hari akhirat kelak.

Mengapakah golongan tersebut tidak diterima taubat mereka ?

Sudah tentu kerana lafaz taubat mereka tidak lahir dari hati yang tulus ikhlas dan tidak menginsafi dan menyesali kesalahan yang telah dilakukan. Golongan seperti ini hanyalah menyatakan taubat mereka kerana penyesalan yang bersifat sementara ataupun kerana berada dalam keadaan yang terpaksa. Sebaliknya, apabila keinginan nafsu mereka memuncak semula dan mereka berada dalam keadaan yang lalai, maka mereka akan mengulangi perbuatan dosa yang pernah mereka lakukan. Kesedaran mereka hanya akan muncul apabila nyawa mereka telah sampai ke penghujungnya, tetapi malang kerana pada ketika itu taubat yang diucapkan sudah tidak membawa sebarang makna.

Hadis daripada Ibnu Umar R.A bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

"Allah SWT akan menerima taubat seorang hamba selagi mana nyawanya belum sampai ke halkum". (Riwayat al-Tarmizi)

Justeru, sebagai hambaNya yang beriman, seharusnya kita memperbanyakkan taubat kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan, penyesalan dan dengan keinsafan yang sebenar-benarnya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nisaa' ayat ke 17 :

"Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Berdasarkan ayat di atas, jelas kepada kita bahawa Allah SWT sentiasa membuka ruang seluas-luasnya kepada hambaNya yang melakukan kejahatan agar bertaubat daripada kesalahan yang dilakukannya. Allah SWT tidak pernah menutup pintu taubat selama mana kita menyedari kesalahan yang telah kita lakukan, lantas menginsafi dan segera bertaubat kepada Allah SWT. Justeru, peluang yang dikurniakan oleh Allah SWT ini tidak seharusnya kita abaikan kerana Allah SWT telah pun menunjukkan kepada kita sifat pengampun dan penyayangnya.

Untuk memastikan agar taubat kita diterima oleh Allah SWT sebagai taubat nasuha, beberapa perkara yang menjadi adab dalam bertaubat perlu diutamakan, antaranya :

1. Berpakaian bersih dan memastikan tempat yang digunakan untuk bertaubat juga berada dalam keadaan bersih.
2. Menimbulkan perasaan takut di dalam diri kita atas dosa-dosa yang telah dilakukan dan merasa risau kalau-kalau dosa kita tidak diampunkan oleh Allah SWT. Dalam masa yang sama kita juga perlu sentiasa berharap agar taubat kita diterima oleh Allah SWT.
3. Memilih waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa terutamanya pada sepertiga malam. Waktu ini adalah waktu yang amat baik untuk kita memohonkan keampunan kepada Allah SWT kerana suasana yang hening ketika ini mampu menimbulkan keinsafan dan penyesalan dalam diri kita.
4. Bersangka baik bahawa Allah menerima taubat kita.

Seterusnya, perkara yang lebih utama bagi seorang hamba yang bertaubat hendaklah berusaha dengan ikhlas mensucikan diri daripada perkara-perkara yang mazmumah seperti perasaan riak, ta'ajub dan sebagainya. Ini kerana sifat-sifat mazmumah yang wujud di dalam hati ini akan merosakkan taubat kita kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Najm ayat ke 32 :

"(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu maha luas keampunanNya. ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa".

Apa yang dapat disimpulkan ialah:

Pertama : Taubat merupakan satu tuntutan Allah SWT kepada hambanya yang mesti disegerakan.

Kedua : Taubat juga bukanlah sekadar mengucapkan dengan lisan tetapi juga mestilah disertai dengan keinsafan dan kesedaran di dalam diri kita. Taubat yang disertai dengan keinsafan inilah yang dikatakan sebagai taubat nasuha. Sememangnya juga, kita sebagai manusia biasa tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan.

Ketiga : Sebaik-baik insan yang melakukan kesalahan adalah apabila mereka bertaubat dan mengharapkan keampunan daripada Allah SWT.

"Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran".

(Al-Kahfi : 28)

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Engkau bukakanlah hati umat Islam, khususnya di Negeri Selangor untuk melaksanakan ibadah zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan di dalam Al-Quran. Berkatilah hidup orang-orang yang melaksanakan tuntutan berzakat, menyayangi fakir dan miskin, sucikanlah harta dan jiwa mereka agar mereka hidup dalam keredhaan-Mu. Kau lindungilah golongan fuqara' dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Khutbah Jumaat Bacaan 06 September 2013

Sunday, October 20, 2013

SISTEM PERTAHANAN UDARA

DIANTARA SISTEM PERTAHANAN UDARA YANG TERHEBAT IALAH S-300 KELUARAN RUSIA DAN PATRIOT KELUARAN AMERIKA SYARIKAT.

 S-300 MISSILE



PATRIOT MISSILE


TAPI MANA YANG LEBIH BAIK???...

Saturday, October 19, 2013

PERANG YANG TELAH BERLAKU

MENYELUSURI SEJARAH PEPERANGAN YANG TELAH BERLAKU



DAN SEJARAH TERTUBUHNYA 'ANAK ANGKAT' BRITISH DI TANAH MELAYU..




Thursday, October 10, 2013

TEKNOLOGI BERSATU

Pelan gerakan semakin ganas menuju ke penghujung jalan dan terkini Google Malaysia pun berjaya di hack.  Samaada google benar-benar dihack oleh pakistani atau tidak, bukan persoalan pokok.


Penipuan yang digelar sains dan teknologi amat hebat. Sehingga akal manusia sukar membezakan yang hak dan yang batil.


Bila akal manusia tidak dapat lagi menerima teknologi yang melampau, mereka akan dipanggil out-dated oleh masyarakat sekelilingnya. Oleh itu, waspada penipuan yang lebih besar pasti berlaku.

Untuk menyelamatkan umat Islam termasuk gua sekali.. wajib datang awal solat berjemaah, tundukkan nafsu terhadap dunia dengan berpuasa, berzikirullah dan banyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.





ALLAH TAALA PENYELAMAT JAWATAN MENTERI

Bila dah tersepit, mula gunakan nama Allah Taala sebagai penyelamat jawatan dan kedudukan sedangkan perintah Allah Taala suruh ko berakhlak seperti Muslim, tidak pula ko endahkan.

Nak menipu manusia pun tak pandai apatah lagi di depan Allah Taala yang Maha Berkuasa....sendiri mau ingat!


KEBODOHAN PEMIMPIN UMNO

Satu akta baru perlu digubal untuk menjaga wang pembayar cukai dari dibelanjakan sewenang-wenangnyer oleh pemimpin yang cuai lagi bodoh.

Akta Kecuaian dan Kebodohan Bertingkat-tingkat..


Tuesday, October 8, 2013

TEORI ILLUMINATI

Kad permainan Illuminati yang dikeluarkan pada tahun 1981. 

In September 1981, Steve Jackson and his regular freelance cover artist Dave Martin discussed their shared admiration of the Illuminatus! Trilogy, and the latter suggested a game. Steve Jackson decided against adapting the novel because of the expense of game rights, and the difficulty of adapting a novel with such convoluted plots. He decided "a game about the secret-conspiracy idea behind Illuminatus!" was doable. 

After doing research on the Illuminati and conspiracy theories, and "extensive and enthusiastic playtesting" it went on the market in July 1982 in the Pocket Box format (a plastic box the size of a mass-market paperback) which was at the time the usual for SJG. Over the next few years, three expansions for the Pocket Box Illuminati game were published—the first two were substantially incorporated into the deluxe edition, while the third was an earlier version of what would become Illuminati: Brainwash.


Robert Shea provided a four-paragraph introduction to the rulebook for the Illuminati Expansion Set 1 (1983), in which he wrote, "Maybe the Illuminati are behind this game. They must be—they are, by definition, behind everything." 

Despite this initial involvement, Wilson later criticized some of these products for exploiting the Illuminatus! name without paying royalties (taking advantage of what he viewed as a legal loophole). Later commentators have attributed both the game and the Illuminatus! Trilogy as using real conspiracies as "targets of ridicule." ~wiki~

Di bawah adalah senarai kuasa-kuasa yang berebut mengawal dunia dan minda penduduk dunia..diantara misi yang perlu dimainkan adalah mengurangkan populasi manusia dengan apa cara.

Gua berteori tentang siapakah disebalik kumpulan-kumpulan ini..























Dimana pilihan kita??



Cerita lanjut dari sumber: http://www.sjgames.com/illuminati/img/illuminati_rules.pdf

Saturday, October 5, 2013

JALAN KE SYURGA

ISYAK YANG PANJANG 
Riwayat Muslim

Hadith:
Dari Aisyah r.a ia berkata: Rasulullah telah mengakhirkan solat Isyak' pada suatu malam sehingga lewat larut malam, lalu baginda keluar dan melakukan solat. Baginda berkata: Sesungguhnya ini adalah waktunya seandainya tidak memberatkan umat ku.


Huraian Hadith:
Sesungguhnya solat adalah ibadat paling utama bagi umat Islam sehingga ia disebut sebagai tiang agama. Solat memberi keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Justeru jika diperhatikan, orang yang sentiasa memelihara solat, kehidupannya dipenuhi dengan kejayaan, keberkatan dan kebahagiaan.

Sesungguhnya ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah kerana Rasulullah menerimanya secara langsung daripada Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj dan perintah ibadat solat ini juga berbeza dengan ibadat lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril.

Melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada disiplin yang wajib dilaksanakan. Sementelah waktu solat Isyak adalah panjang dan lebih afdhal didirikan pada waktu tengah malam namun kita tidak digalakkan sengaja melewatkan tanpa sebarang sebab yang diharuskan lantas terlena lalu terlepas waktunya.

NIKMAT DUNIA YANG PALING BAIK
Riwayat: Muslim

Hadith:
Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik)”.


Huraian Hadith:
Segala nikmat kesenangan dan kemewahan yang ada di dunia ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Ia akan lenyap apabila mana seseorang itu meninggal dunia.

Nikmat dunia yang paling baik ialah isteri-isteri yang solehah iaitu yang mentaati suaminya dan bertakwa kepada Allah.

Isteri yang baik (solehah) adalah sebab kebahagian didunia dan akhirat, serta dapat membantunya untuk taat kepada Allah, kerana itu lelaki hendaklah mengutamakan perempuan yang kuat pegangan agamanya daripada yang lain.

Thursday, October 3, 2013

MENTERI CARI MAKAN

CARA MENTERI-MENTERI DIMALAYSIA MENCARI REZEKI AMAT MUDAH. TERKINI BEKAS MENTERI PERTAHANAN YANG BERTUKAR MENUNJUKKAN SALAH SATU CARA BELIAU MENCARI REZEKI DI BUMI ALLAH TAALA INI.



ZAHID HAMIDI KINI MENJAWAT JAWATAN MENTERI DALAM NEGERI (KDN) MENGGANTIKAN HISHAMUDDIN YANG KINI MENJAWAT MENTERI PERTAHANAN..hairan laa.....mcm takda orang lain ke yang layak jadi menteri? balik-balik muka ni, balik muka ni..muaaakkk..macai-macai umno memang jahil dalam memilih pemimpin sehingga tidak menyedari bahawa mereka sedang menyembah Dajal...kesian mereka.


ZAHID HAMIDI SEKALI LAGI BERKELAKUAN SEPERTI SEEKOR TAILONG APABILA TIDAK MEMBENARKAN WARTAWAN BERTANYA LANJUT BERHUBUNG KES KEHILANGAN ASET PDRM.

SIAPA KAH BELIAU YANG MENGATAKAN RAKYAT TIDAK PERLU TAHU???




PADA PEMIKIRAN BELIAU RAKYAT TIDAK PERLU TAHU KEMANA HILANGNYA ASET-ASET PDRM YANG DIBELI DENGAN WANG RAKYAT MELALUI BERBAGAI-BAGAI CUKAI??? APA PUNYA GILA LA MENTERI NI..harap-harap janganlah ada keturunan aku yang menjadi menteri dalam umno..ameennn

TAK TAHU NAK KATA KEBODOHAN LEVEL BERAPAKAH YANG TELAH MELANDA MENTERI-MENTERI UMNO. 

SELAIN PERANGAI TAILONG NYA, PADA TAHUN 2007 KETIKA BELIAU MENJAWAT JAWATAN MENTERI PERTAHANAN, 2 ENJIN F5E DILAPURKAN BERNILAI RM 50 JUTA HILANG DI BANGUNAN MATERIAL PROCESSING (AMTRA 1) DI PENGKALAN TUDM, SG. BESI.


BETUL KE 2 BUAH SAHAJA? SUMBER DI WIKILEAK ADA CERITA BERBEZA.

CAKAP DENGAR DILUAR SANA KATA 6 UNIT? KERANA HARGA PASARAN TERKINI UNTUK SEBUAH ENJIN LAMA YANG DIBUAT PADA TAHUN 1970an SEPERTI ITU HANYA SEKITAR RM 2 JUTA SEBUAH. ADA PULA YANG KATA HANYA SEKITAR RM 300 RIBU SAHAJA.

NILAI YANG DICURI PUN MASIH SAMAR-SAMAR. PENCURINYA PULA HANYA SEORANG SARJAN UDARA DAN SEORANG AHLI PERNIAGAAN.

DENGAN "PERANCANGAN YANG AMAT RAPI" OLEH 2 MANUSIA INI, 2 BUAH ENJIN JET BERNILAI RM 50 JUTA BERJAYA DICURI DARI KEM TENTERA SEHINGGA DIJUAL KE URUGUAY??. GENG APA 2 ORANG NI? GENG 02?

RAKYAT TIDAK PERNAH LUPA KES INI DAN BEBERAPA PERSOALAN AKAN DIDEDAHKAN OLEH MASA YANG BERJALAN. 



NEGARAKU YANG LUARBIASA


Luar biasa negara ini
Kehilangan senjata berguni-guni
Ketua Polis Negara amat meyakini
Senjata hilang dilautan dalam sukar diselami

Luar biasa negara ini
Amalan rasuah dijadikan seni
Cedok sana cedok sini
Kalau boleh sampai ke perut bumi

Luar biasa negara ini
Rakyat bawahan dianggap kuli
Pak Menteri kerjanya suka membuli
Sapu duit sampai Bertroli-troli...

Luar biasa negara ini
Anak Menteri minum todi
Pak Menteri tokey Judi
Ini semua salah Machai Bangang Abadi

Luar biasa negara ini
ada menteri takut bini
Tapi dengan K-pop sayang sekali
Kalau boleh nk jemput lagi...

Luar biasa Negara ini
Mempunyai rakyat berstatus machai abadi
Fikirannya serupa orang mabuk Todi
Elok tadah dahi bagi gerudi


Luar biasa negara ini
Amalan membazir dianggap mini
Semuanya untuk keuntungan kroni
Apatah lagi kalau bukan untuk Bini...


Luar biasa negara ini
Bila harga minyak dinaikkan lagi
Dibilang cuma kurangkan subsidi
Disuruh diam disogok BR1M dua kali


Luar biasa negara ini
Bila BR1M diberi heboh sana sini
Jumlahnya boleh dihitung dengan jari
Bila tiba PRU diminta balas Budi..