Pages

Tuesday, August 5, 2008

Jawatan adalah kuasa dan kekayaan’ – Gaduh, pukul, rasuah adalah budaya dalam mesyuarat UMNO

Ditulis oleh SM Noor

Kuala Terengganu - Mesyuarat agung peringkat cawangan UMNO sejak beberapa minggu lalu telah dicemari dengan siri pergaduhan dan gejala politik wang di seluruh Negara.

Mengulas tentang perangai buruk ahli-ahli UMNO itu, Jawatankuasa PAS Pusat Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengatakan fenomena itu adalah ‘liabiliti’ yang terpaksa ditanggung oleh UMNO kerana doktrin ‘jawatan adalah pangkat, kuasa dan kekayaan’.

“Ini lumrah UMNO, budaya UMNO, mereka berebut jawatan dan pangkat, bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat,
”bagi mereka jawatan adalah tiket untuk mengaut keuntungan dan kekayaan,
”apabila mereka mendapat pangkat, mereka menyalahgunakan harta rakyat dan Negara,”kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk ketika dihubungi semalam.


Pemimpin tertinggi UMNO tidak perlu menuding jari dan menyalahkan anak-anak buahnya di peringkat akar umbi, kerana perkara yang sama juga berlaku kepada peringkat atasan.


“Bukan perkara baru, sejarah pergaduhan pemimpin atasan UMNO cukup dahsyat, sehingga sanggup ‘membunuh’ parti mereka sendiri, menyebabkan UMNO haram pada 1988,

“Jawatan setinggi Naib Presiden UMNO melakukan rasuah politik, menyogok ahli-ahlinya supaya memberikannya jawatan,”kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ariffin Deraman.


http://buletinonline.net/images/berita9/ariffin.gifMenurut Ariffin, anak-anak buah UMNO dicawangan-cawangan sekarang yang sedang ‘berperang’ adalah mengikuti jejak langkah pemimpin mereka.


Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Hj. Muhyidin Abdul Rashid menyimpulkan, pergaduhan dalam mesyuarat agung cawangan-cawangan UMNO adalah natijah dari perjuangan yang tidak berdasarkan Islam.


“Rakus mengejar maddiah (kebendaan) dan kesenangan hidup duniawi menjadikan UMNO sebuah parti yang porak peranda,”kata Muhyidin.


Respon Hj Muhyidin disokong oleh ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak yang berkata perbalahan yang berlaku dicawangan-cawangan UMNO kini adalah persengketaan diantara kelompok-kelompok yang berebut kuasa
http://buletinonline.net/images/berita9/dralias1.jpg.


“Perbalahan dalam UMNO menzahirkan adanya ‘kem-kem’ dalam UMNO, perjuangan mereka bukan atas kepentingan orang Melayu dan agama Islam, namun atas kepentingan ‘puak’ masing-masing bagi mendapatkan kebendaan,”kata Dr. Alias yang juga Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah bersetuju dengan pendapat Timbalan Ketuanya Ariffin Deraman.


http://buletinonline.net/images/berita9/sukairi.jpgKetika diminta mengulas perkara berkaitan yang juga berlaku dalam mesyuarat UMNO cawangan di Terengganu, beliau berpendapat, UMNO Terengganu sedang menuju kehancuran.


“Bapa borek, anak rintik, kalau pimpinann atas dah bergolak, yang bawah apatah lagi,”kata Wan Sukairi.


Umumnya, seluruh masyarakat sudah maklum tentang kejelekan masalah dalaman UMNO, kerana apabila

setiap kali tiba musim pemilihan, akan berlaku perebutan jawatan dalam UMNO.


Sebaliknya dalam PAS, sekiranya tiba musim pemilihan, walaupun ada pertandingan, ia bukan perebutan jawatan tetapi pertandingan yang sihat bagi ‘berlumba-lumba membuat kebaikan’.


Sebagaimana dilaporkan akhbar media perdana semalam, beberapa insiden pergaduhan dan gejala politik wang telah melibatkan beberapa bahagian UMNO.


Antaranya adalah Bahagian Kota Tinggi di Johor, Bahagian Gopeng di Ipoh dan di negeri Selangor melibatkan kawasan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.


Di Kota Tinggi, polis menerima lima laporan mengenai kejadian pergaduhan dalam mesyuarat agung beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohd Sebot yang mengesahkan tentang kejadian pergaduhan itu hari ini berkata, polis menyiasat satu daripada laporan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang juga Ketua Umno Bahagian itu dilaporkan oleh akhbar hari ini sebagai berkata, penjalanan mesyuarat cawangan kali ini adalah yang terburuk dan dibayangi dengan unsur-unsur "kemaruk kuasa."

Di Ipoh, Perak, seorang ahli jawatankuasa (AJK) UMNO Cawangan Pernas Charter Management (PCM) Bahagian Gopeng cedera di kedua-dua kaki akibat dipukul dengan kayu golf selepas seorang rakannya tidak berpuas hati berhubung pencalonan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian itu


http://buletinonline.net/images/berita6/whasan.jpgJusteru itu, ADUN Kawasan Sura, Ustaz Wan Hasan Ramli menyeru seluruh masyarakat supaya kembali kepada Islam kerana Islam adalah kaedah terbaik bagi meyelesaikan masalah ‘siasah’ masakini.


“Perebutan jawatan menggalakkan rasuah yang menjadi masalah dan ‘barah’ yang sukar diubati dalam UMNO,

“ia menjadi perbalahan, menimbulkan perpecahan dan UMNO kini menjadi parti yang sangat lemah,”kata Wan Hasan.

“Bagaimana parti yang lemah boleh memperjuangkan perpaduan bangsa Melayu sekiranya pemimpinnya sentiasa bersengketa,

“Bagaimana pula mahu meninggikan agama Islam sedangkan maruah ahli-ahlinya boleh dibeli dengan wang ringgit,”tambah beliau.


Sumber : http://buletinonline.net


0 comments:

Post a Comment