Friday, March 7, 2014
SODOMI II; ANWAR BERSALAH!...DAMNNN!!!
“HUKUMAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM :
SATU LAGI EPISOD HITAM DALAM NEGARA KITA”
Parti Islam SeMalaysia (PAS) sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi II pada hari ini.
PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas. Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa. Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini.
PAS berkongsi kekecewaan ini dengan anggota keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
5 Jamadil Awal 1435 H bersamaan 7 Mac 2014
Sunday, May 12, 2013
Thursday, May 9, 2013
Selangor Kubu PKR
Gua tahu pemimpin-pemimpin Umno mahupun Barisan Nasional apatah lagi Najib&Rosmah tidak akan mampu mengumpulkan penyokongnya sebegini ramai.
Najib, anda kalah di Selangor!
Tuesday, January 10, 2012
Saturday, June 25, 2011
Kawalan minda konspirator
Mengapa Anwar menjadi sasaran FITNAH tahap antarabangsa semenjak dia dipecat keahlian dari puak BN? Pada pandangan konspirasi aku, Anwar adalah subjek yang sesuai untuk menjalankan misi Ordo Ab Chaos.
Anwar mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak mudah mengalah. Kebolehan berpidato nya menarik puluhan ribu pendengar adalah satu kelebihan kepada puak konspirator. Rakyat akan terus mengikuti konspirasi ini. Tanpa disedari pemikiran kita telah dikawal oleh puak konspirator.
"Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit" Puak konspirator amat bersabar dalam menjayakan rancangan mereka kerana keuntungan yang bakal dikecapi amat-amat lumayan.
Apakah kelebihan kepada puak konspirator dengan tindak-tanduk Anwar menghadapi fitnah-fitnah yang sengaja dilemparkan oleh puak-puak BN atas perancangan Mahathir? Puak-puak konspirator berpeluang menyebar satu lagi "kawalan minda" kepada rakyat, golongan-golongan belia dan pejuang-pejuang PAS. Mereka akan semakin tertanya-tanya setiap berita fitnah Anwar dikemaskini di media. Fikiran mereka kini semakin sarat memikirkan babak-babak kehidupan seharian mereka sehingga mereka tidak dapat melihat kebenaran.
Anwar akan membantu puak konspirator menyebarkan satu set pemikiran yang telah dirancang kedalam kotak ingatan golongan-golongan sasaran terutama golongan belia. Diantara tujuannya ialah agar belia-belia Islam ini dan pejuang-pejuang PAS akan terus terpesong tanpa disedari dari asas perjuangan dan kehidupan iaitu menegakkan yang dituntut didalam Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W dan mereka akan terus "cool"dari jihad menentang musuh-musuh Allah kerana terlalu cintakan dunia.
Motif dan arah perjuangan mereka kini adalah menegakkan sebuah negara yang adil, selamat dan kekayaan negara akan dikongsi bersama. Ini berlaku kerana Pakatan Rakyat seharusnya memberi respon kepada setiap rancangan keselamatan, ekonomi dan kewangan negara yang dicanangkan dengan hebat oleh puak-puak BN. Ketaksuban pejuang-pejuang PAS membantu Anwar menangkis serangan fitnah adalah satu keuntungan kepada puak konspirator.
Kini pentas penceramah PAS semakin kurang MENGINGATKAN manusia melaksanakan sistem kehidupan seperti yang dituntut didalam Al-Quran dan Sunnah. Mereka terlupa tanpa menyedari bahawa agenda Allah S.W.T adalah lebih besar dari sebuah negara Malaysia...lebih internasional.. KEADILAN UNTUK SEMUA UMAT MANUSIA dan SEJAHTERA DUNIA AKHIRAT. Ceramah-ceramah PAS kini hanya berkisar beberapa isu politik semasa seperti ANWAR DIFITNAH, KEPINCANGAN PUAK-PUAK BN, KONSPIRASI ALTANTUYA, RASUAH, bla..bla...
Adakah Anwar menyedari nya? Ya, Anwar sedar dia dipergunakan oleh puak konspirator untuk satu tujuan politik. Anwar menghadapinya dengan gerak politik tanpa merosakkan hubungan persefahaman Pakatan Rakyat. Umpama menarik rambut didalam tepung...
Adakah PAS akan terpesong dari asas perjuangannya? Tidak, kerana Allah S.W.T menjaga ugamaNya. Kita terus berusaha sebaik-baiknya kerana ganjaran bukan diatas kemenangan tetapi usaha kita yg membawa ke syurga. Insyallah.
Kalau Allah S.W.T nak menang, dah lama dahhh..
Sunday, May 15, 2011
Motif konspirasi Mahathir
berdua telah bersekongkol bersama Ketua Pendakwaraya, KPN,hakim-hakim tertentu
,ketua -ketua media tempatan,pelacur-pelacur dan kuncu-kuncu UMNO untuk
menyingkir Anwar?
Jawapannya YA
Sebelum ini saya telah membuktikan bahawa terdapat bukti-bukti wujudnya satu
konspirasi politik apabila Mahathir menyingkir Tun Salleh Abas agar beliau
terus memegang tampuk UMNO dan Kerajaan. Maka ini jelas menunjuk bahawa
Mahathir memang berkebolehan mengatur satu pakatan sedemikian rupa. Setelah
membuktikan bahawa Mahathir memang berupaya mangatur konspirasi itu (sebab
beliau pernah melakukannya dahulu) timbul soalan mengapakah dia berbuat
demikian?
Jawapannya mudah iaitu Anwar Ibrahim tidak lagi boleh dipercayai oleh Mahathir
dan Daim untuk menyimpan rahsia mereka dan Anwar dijangka akan mendedahkannya
jika beliau menang kerusi presiden 1999. Mahathir dan UMNO mempunyai banyak
pekong di dada dan pekongnya yang terbesar adalah Renong .Dan Anwar nampak
gayanya sudah tidak sanggup bersekongkol dan membiar dua orang
Kedah ini mencuri kekayaan rakyat!
Sebelum saya berhujjah dengan lebih dalam, eloklah saya jelaskan bahawa tujuan
Anwar di dalam UMNO memang lah murni. Beliau cuba membawa perubahan yang baik.
Tetapi sesiapa yang masak dengan mekanisma UMNO tahu bahawa UMNO berjalan di
atas sistem feudalistik dimana ketua tidak boleh ditentang langsung dan
sebarang pendapat yang berbeda tidak diterima. Maka Anwar terpaksalah mengikut
'rentak' UMNO dan membawa perubahan secara kecil-kecilan: perumahan kos murah,
kebajikan penduduk luar-bandar, dan cuba mengetatkan sedikit kawalan
Anti-Rasuah semasa beliau bertindak sebagai pemangku PM . Itupun beliau telah
menyebabkan beberapa orang 'kenamaan' yang berkepentingan menjadi gusar dan
mula melenting. Cuba bayangkan apa akan terjadi jika beliau bertindak lebih
berani dan lebih 'vokal'? Setentunya beliau akan dipecat dengan lebih cepat!
Dan sekarang kita telah kehilangan seorang tokoh yang telah mencuba
membersihkan UMNO. Beliau telah mengatur langkah yang bijak semasa di dalam
UMNO, bekerja dari dalam: secara Evolusi dan bukan Revolusi.
Malangnya , apabila krisis ekonomi melanda, Mahathir mengambil keputusan
drastik lagi tamak bagi mengekalkan kuasa beliau dan ini tidak dapat diterima
Anwar lagi. Mahathir sudah melampau….dan anak-didiknya mesti
dikorbankan…
iri-hati keatas kedudukan Anwar. Mereka merasakan mereka lah yang lebih layak
menjadi PM .Lagipun, mereka lebih lama di dalam UMNO dan kononnya lebih
'layak' (mereka memandang rendah terhadap Anwar kerana beliau hanya
berkelulusan dalam bidang pengajian melayu) dan mereka sememangnya irihati
terhadap popularitinya,karismanya dan ketampanannya (mereka terpaksa mengakui
hakikatnya bahawa ketampanan Anwar jauh teserlah sekalipun digabungkan
ketampanan mereka bersama) dan untuk menutup segala kekurangan mereka itu
terpaksalah mereka menggunakan wang dan kuasa untuk mendapatkan gadis-gadis
agar memuaskan ego masing-masing (Daim, Sabaruddin Chik, Mohamad Rahmat, Megat
Junid, dan Najib termasuklah di dalam senarai mereka yang bersekongkol).
Mereka ini dengan rela hati menjuarai skema Mahathir.
Kembali kepada tajuk asal. Untuk memahami kenapa Anwar disingkir, kita mesti
menyelami asas kuasa Mahathir. Seperti pemerintah-pemerintah lain yang gila
kuasa, ianya adalah :WANG. Mahathir telah membentuk UMNO menjadi sebuah
syarikat multi-billion supaya dapat menampung segala kempen politiknya dan
menggunanya untuk memerangkap sesiapa jua yang beliau fikir perlu seperti para
hakim, polis, atau ketua Unit Perancang Ekonomi. Ingat: pertembungan pendapat
tidak dibenarkan. Mahathir merasakan beliau tidak pernah menyalah gunakan wang
rakyat kerana beliau menggunanya untuk mengekalkan kedudukan beliau dan
olehkerana beliau rasa ianya adalah baik bagi rakyat maka penggunaan wang
tersebut adalah adil.
Terdapat beberapa contoh di mana Mahathir rasa yang beliau telah menggunakan
kuasa yang ada secara 'adil'. Contoh jelas : beliau telah mengarahkan Perwaja
dalam tahun 1991/92 untuk membina kilang cawangan di Gurun , Kedah, negeri
asal beliau. Pada pandangan Mahathir, beliau telah mendatangkan pekerjaan
kepada penduduk di situ. Maka bagus untuk penyokongnya. Tetapi….dengan
membina cawangan Perwaja jauh dari kilang 'ibu'nya iaitu Kemaman, ianya
bermakna mereka terpaksa mengangkut bertan-tan bahan besi dari Kemaman ke KL
dan naik ke Kedah melalui lebuhraya. Pangangkutan sia-sia ini (lebihkurang RM
100 satu tan) akhirnya menyebabkan kerugian bagi Perwaja. Pada keseluruhannya
rakyat menanggung beban kerana 'pelaburan' mereka (melalui Kementerian
Kewangan dan kemudian Khazanah Nasional) tidak mendatangkan keuntungan.
Alangkah baiknya jika Mahathir mengarahkan sahaja supaya sebahagian dari
keuntungan Perwaja Kemaman diberi terus kepada penduduk Gurun.
Sekurang-kurangnya tidaklah rakyat kerugian langsung.
Perkara yang sama berlaku pada kilang Baja Kimia di Kedah (sekali lagi!). Plan
pemprosesan gas asli terletak di Terengganu (Petronas), tetapi gas itu
terpaksa di salurkan ke Johor dan kemudian naik semula ke Kedah- menyebabkan
pembaziran didalam harga pengangkutan gas yang sepatutnya tidak perlu.
Sekarang, jentera utama untuk aset UMNO bagi menggerakkan rancangan Mahathir
adalah Renong Berhad. Sedikit latar belakang Renong: Pada tahun 1987, Renong
dipunyai 2 keluarga cina. Harganya pada masa itu adalah RM 7 million dan
ketika itu ianya beroperasi dalam keadaan kerugian sebanyak RM 4 million.
Kemudian pada tahun 1989, selepas episodTeam A/Team B/UMNO 11/Salleh Abas,
Renong telah bertukar tangan kepada Dr Chan Chin Cheung, seorang ahli
perniagaan yang mempunyai pertalian rapat dengan Mahathir. Hakim Harun Hashim
telah mengumumkan bahawa UMNO tidak sah pada Febuari 1988. Ini adalah kerana
Mahathir telah menggunakan 30 cawangan tidak berdaftar untuk memastikan
kekalahan bagi pihak Tg Razaleigh pada tahun 1987.dan ini telah menjadikan
UMNO satu pertubuhan haram. Kesemua aset UMNO terpaksa disalurkan ke dalam
kerajaan. Syarikat asal UMNO, Fleet Group merupakan sebahagian besar dari aset
itu.
Dalam masa Mahathir sibuk membentuk UMNO BARU, beliau telah mengarahkan supaya
memperkuatkan aset UMNO untuk menentang Tg Razaleigh dalam pilihanraya 1991.
Daim telah berjaya mengatur satu tindakan tipu-daya sehingga part pembangkang
gagal membuktikan bahawa terdapat penyelewengan dalam pemilikan semula aset
UMNO melalui Renong.(memanglah sukar kerana mahkamah dihakimi oleh orang-orang
Mahathir)
"Cara UMNO menukar struktur asetnya dari Fleet Group kepada Renong memang
ajaib. Dengan berbagai penama yang memegang perniagaan UMNO, memang susah
untuk kita dedahkan di mana mula dan akhirnya perlibatan UMNO sendiri" kata
seorang pakar analisa (2 May, 1990-Reuters)
Dalam sekelip mata , Renong telah menjadi satu syarikat pelaburan untuk sebuah
bank utama, tiga firma kejuruteraan dan pembinaan, syarikat pengeluar simen
yang terbesar, sebuah stesen TV nasional dan syarikat akhbar paling besar.
Daim pada masa itu merupakan Menteri Kewangan yang berkuasa dan setiausaha
kewangan UMNO, sekarang penasihat karib Mahathir, telah menjalankan segala
urusan perniagaan dan meletakkan anak-didik dan kawan perniagaan beliau, Halim
Saad sebagai pengerusi eksekutif. Bersama isterinya ,sebagai pengarah Renong,
Halim pada mulanya memegang 17 % ekuiti dalam syarikat gergasi ini.
Pembangunan prasarana yang diperlukan untuk mencapai wawasan 2020 dan
perhubungan rapat Renong dengan UMNO membenarkan semua anak syarikatnya
memperolehi berbagai kontrak bernilai billion ringgit terutama sekali dalam
kejuruteraan dan pembinaan dan juga sektor Pembangunan hartanah.
1992: Stesen penjana letrik pertama Malaysia. Di anggar bernilai RM 1.4
bilion.
1992: Linkage kedua Singapura. Anggaran bernilai RM 1.1 bilion
1992: Bandar seluas 27,000 ekar berdekatan Linkedua (Nusajaya). Anggaran nilai
RM 8 b.
1994: Sistem subway fasa 2 di dalam dan keliling KL. Anggaran nilai RM 7.2 b.
1996: Renong mengepalai satu konsortium (share 51%) dalam penswastaan KTM.
Anggaran nilai 2 b.
1997: Renong mengetuai satu konsortium untuk memajukan fasa satu MSC.(55%)
Anggaran nilai RM 3.5 b.
1997: Pembinaan jambatan terpanjang antara Semenanjung Malaysia dan Sumatra.
Dilantik kerajaan untuk mengetuai projek bersama sebuah firma Indonesia.
Anggaran nilai RM 6 b.( telah di tangguh)
Kemudahan mendapat modal besar membenarkan Renong untuk menanggung bebanan
projek dan bebanan hutang yang besar yang mustahil ditanggung jika tiada
kemudahan tersebut. Olehkerana Renong tiada masalah memperolehi projek-projek
besar nasional dan kemudahan mendapat modal pembiayaannya , ini telah
menyebabkan ia menjadi 'highly-leveraged' (iaini membuat pinjaman yang besar
dengan membuat spekulasi keuntungan berlipat-ganda) sehingga berhutang
sehingga ekuiti bernilai
123%. Ianya juga membuat pelaburan signifikan di dalam projek-projek
pembangunan yang besar. Ini telah menyebabkan perbedaan jurang yang luas di
antara permohonan dana dan pengaliran wang semasa. Pada tahun 1996, jurang ini
di anggar sebanyak RM 4.2 billion! Olehkerana jangkamasa pembayaran hutang
untuk projek-projek bermodal tinggi nya panjang, jurang ini dijangka
berterusan sehingga 1999 dan seterusnya.
Keadaan ketidakstabilan matawang Asia Tenggara baru-baru ini, telah
menyebabkan RM dan KLSE kerugian 25% dan 40% (dari nilai masing-masiing)dalam
masa kurang dari 8 minggu. Untuk mewujudkan modal melalui pasaran ekuiti
adalah sukar. Lagipun tabiat Renong yang suka mencagarkan saham -saham
anak-syarikatnya untuk mendapat pinjaman untuk projek projek besarnya boleh
membawa padah semasa keruduman ekonomi dan sektor pembinaan.
Masuk tahun 1998, hampir kesemua anak-syarikat Renong secara teknikal sudah
'insolvent'(pengaliran wang nya tidak berupaya menampung pembayaran hutang
yang menimbun) Hanya PLUS sahaja yang masih berupaya mengaut keuntungan;
itupun hanya kerana ia telah dimonopoli dan juga amat bergantung kepada
kenaikan kadar toll. Pinjaman Renong daripada BBMB, BOC dan berberapa bank
lagi, semuanya merupakan 'non-performing loans' iaitu pinjaman tidak berbayar.
Masalah Renong telah mencapai ke tahap kritikal. Mesin penjana wang UMNO sudah
kekeringan dan Mahathir serta Daim sedar yang satu pilihanraya besar terpaksa
dilalui (selewat-lewatnya tahun2000). Dalam kedaan ekonomi yang tenat ini,
mereka memerlukan lebih wang dari biasa untuk membeli undi rakyat.
Mahathir menjadi murka apabila Gabenor Bank Negara Ahmad Don dan Menteri
kewangan Anwar Ibrahim cuba menaikkan kadar faedah dan juga merubahkan
struktur sektor perbankan. Kaedah ini memang boleh menstabilkan Ringgit.
Cumanya ianya akan membunuh syarikat yang sudah nazak seperti Renong. Perkara
penting yang perlu difaham tentang isu Kadar faedah lawan Pengawalan matawang
ialah , tidak kira mana satu mekanisme polisi yang dipilih, kejayaan
bergantung kepada susunan semula struktur ekonomi itu sendiri. Ini bermakna
menyingkirkan semua perniagaan yang nazak , menyusun semula segala
'balance-sheets' dan menggunakan wang negara hanya untuk industri tertentu
sahaja. Sebab utama kenapa polisi Bank Negara itu tidak berjaya pada peringkat
awal ialah pelabur-pelabur asing tahu bahawa terdapat penyelewengan dalam
pengendalian urusan ekonomi negara dan kerajaan Mahathir sebenarnya tidak
berminat untuk membaikpulih ekonomi negara tetapi hanya untuk melindungi
kepentingan diri sendiri.
Sehingga Julai 1998, dengan kedaan Renong yang hampir pupus, Mahathir terpaksa
melakukan satu pembedahan drastik. Beliau terpaksa menyingkir Ahmad Don dan
segala polisi beliau terpaksa diketepikan. Beliau memerlukan RM 20 billion
untuk menyelamatkan Renong dan Anwar sudah tidak boleh menerimanya lagi. Anwar
terpaksa mendedahkan Renong. Mahathir yang sudah terdesak dan teramat
memerlukan wang itu untuk selamat (survive) terpaksa 'membunuh ' Anwar.
Semasa rakyat sibuk mempertikai tentang moral Anwar, Mahathir telah berjaya
membuat 'bail-out' ketiga dari BBMB tanpa rakyat sedari. Sungguh mencurigakan
apabila keputusan kewangan untuk tahun 1998 yang berakhir 31 March tidak
diumumkan sehingga September. Ini adalah kerana BBMB sebenarnya sudah
'insolvent' secara teknikal.
BBMB kerugian lebih dari satu billion. Kebanyakan dari pinjaman tidak berbayar
adalah kepunyaan Renong. Di samping itu, Khazanah Nasional terpaksa menyuntik
lebih dari satu bilion. Danaharta (National Asset Management Co.) diarahkan
supaya membayar hutang hutang Renong itu.
Untuk menjayakan pembunuhan karekter Anwar, Mahathir terpaksa menyingkirkan
ketua media pro Anwar. Cerita seterusnya umum sudah tahu. Kesimpulannya,
jenayah yang Anwar lakukan adalah umtuk mendedahkan segala penyelewengan kuasa
itu. Dan ini telah membunuh kareer politiknya.
Dalam kita 'asyik' dalam saga 'seks' ini, lebihkurang RM 20-RM 40 billion akan
di 'sedut' keluar dari dana rakyat untuk menyelamatkan Renong (yang sebenarnya
UMNO) dan untuk memastikan UMNO mempunyai cukup wang untuk pilihanraya yang
akan datang.
Sesungguhnya rakyat Malaysia telah tertipu!
Waterfowl,
Kuala Lumpur
Wednesday, May 4, 2011
Eskay; Anak Siam mai buat kacau.
Aku berminat dengan artikel siapa Eskay yang baru ku baca didalam satu blog penyokong umPORNo.
Penulis berharap satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyelesaikan masaalah berhubung video. Malang nya impian penulis tidak pernah akan menjadi nyata.
Aku percaya bahagian akhir artikel ini ditulis melalui perasaan yang benci kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.
Lantaklah dia dengan pegangan dia dan aku dengan peganganku.
Dipetik dari: http://peopleagainstopposition.blogspot.com
P/s- Artikel siapa Eskay di blog Milosuam.
Tuesday, May 3, 2011
Buletin Lucah di Malaysia
Dengan sokongan media prima group dan utusan meloya, isu video telah menjadi bahan bualan di mana-mana sahaja.
Dan tujuan mereka berjaya mencapai objektif bila aku lihat beberapa orang teman pejabat sedang meng"google" blog-blog yang dipaparkan didalam berita tv 3 suku.
Ramai yang mempercayai bahawa pelakun itu adalah Anwar. Ada beberapa shot yang menunjukkan ada sedikit persamaan dengan yang tertuduh.
Aku menimbulkan berbagai persoalan kepada teman-teman sepejabat berhubung video tersebut. Dari jalan cerita hingga filem tidak berwarna, habis semua aku persoalkan kepada mereka.
Akhirnya aku berjaya menimbulkan ketidak percayaan teman-teman sepejabat kepada konspirasi umPORNo. Dari isu video, aku membakar perasaan mereka dengan harga barang-barang yang semakin hari semakin naik dan ketidak adilan yang telah dilakukan oleh Mahathir dan balaci-balaci umPORNo.
Ya, betul. Di zaman Mahathir negara kita mula dikenali didunia dan ekonomi kita semakin rancak. Hasil dari telaga minyak kita telah berjaya membangunkan negara dengan bangunan-bangunan tinggi dan warga-warga asing yang sungguh asing pada rakyat Malaysia.
Tetapi lihat disekeliling kita kesan dari perbuatan Mahathir?..
Mahathir telah menyebabkan orang-orang Melayu berpecah belah dan rakyat Malaysia meminati maksiat.
Saturday, April 30, 2011
Penyokong Umno wajib sertai PAS
Aku melihat Anwar Ibrahim telah berjaya menggoyahkan kedudukan Dr. Mahathir.
Najib? Dia ni bukan standard Anwar Ibrahim untuk bersaing politik sebab dia sekadar Ahli Kehormat Freemason jerr..
Ahli-ahli Order or Chaos sahaja yang mampu menimbulkan keraguan, kekacauan dan menumbangkan atau menukar sesebuah kerajaan. Ini bukan standard Najib.
Bekas-bekas Mufti pun bersuara; Anwar Ibrahim pun digalakkan bersumpah demi menyelesaikan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini.
Hanya setakat ini kemampuan bekas-bekas mufti setelah suara-suara mereka tidak diambil endah oleh KERAjaan umPORNo. Mereka beralih kepada Anwar pula.
Kalau tak ada apa-apa komen yang perlu, lebih baik diam...eeeeiiii.
Dipetik dari: Malaysian Insider
HADI JAWAB NAJIB : LEBIH BAIK TINGGAL UMNO SERTAI PAS
Membalas kenyataan Najib Razak, Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum.“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” kata beliau dalam satu kenyataan.
Dalam laporan dibawa Harakah Daily hari ini, Presiden PAS itu menegaskan, seruan Najib semalam adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.
Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN
Monday, March 28, 2011
JOM BOIKOT FITNAH!!!..warisan dari mamak kutty
Abang Mat Zain ni pun tahu apa akan berlaku kepada surat terbuka nya.
KPN pun sendiri pun berada dibawah telunjuk ahli politik Pakembar.
Siapa yang melantik Ketua Penyamun Negara?..ahli-ahli Pakembar.
Kita dah tiada masa melayan semua kerenah-kerenah politik yang membodohkan.
Dan berhati-hatilah kita dengan serangan demi serangan mental dari mamak kutty. Segalanya tidak terhenti disini.
Ayuh anak-anak muda..buka minda untuk menerima pencerahan..JOM BOIKOT FITNAH!
Dari: keadilandaily
Mat Zain bin Ibrahim,
SAC II G/5776(Retired),
Email:matzainibrahim@gmail.com
Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.
Email:iho@rmp.gov.com
28hb.March 2010
YDH Tan Sri,
PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-
MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.
Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.
2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.
2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.
2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.
LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.
3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.
3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.
3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.
4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.
4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.
5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.
5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.
5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.
5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis.
5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.
5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.
6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.
6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.
6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.
6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya.Mungkin ini semua adalah “the long arm of coincidences” sahaja.
7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes “prima facie” terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.
7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara “indemnify” segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.Ini adalah apa yang terdapat didalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.
7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.
7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.Apa yang jelas dalam kes Rahim ini,,Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya.
8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan.Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman,pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau.
8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini.
9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat.Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.
Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.
Yang ikhlas,
Mat Zain Ibrahim
28 March 2011
Tuesday, March 8, 2011
Mahathir dan buku-bukunya
Apa tajuk?..Doktor inda house.memori Dr. Mahathir..
Kalau baca tajuk buku ni dalam Bahasa Melayu, takda la hebat sangat isinya..
Cerita lama yang sama saja tapi ditukar skit tajuknya...Rasanya da banyak kita baca buku pasal doktor ni..tapi buku yang terbaru ni ada lain sikit..
Apa yang lain skit ialah Anwar dan 4 wanita dan waktu pelancarannya..rasa-rasa macam dah dekat sangat pilihanraya ni..Kes liwat II ni dah tak berapa lancar di mahkamah...serangan dari Karpal sungguh dashyat..tak tertahan saksi, pendakwaraya dan hakim..
Doktor datang bawa cerita baru pulak..4 wanita..2 nak dan 2 lagi tak nak..lepas ni korang tungguuu..mesti ada balaci yang buat repot kat Umno cawangan PDRM..Siaplah ko Anwar Ibrahim..
Pada pengamatan aku, Najib tak mampu nak mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen sekiranya tak ada bantuan doktor ni. Doktor pun tampil dengan ubat yang paling mujarab untuk menundukkan pengaruh PR terutama pada golongan muda..Anwar WAJIB dibusukkan sebusuk-busuknya..
Aku tak kisah pun apa rancangan doktor ni dan puak-puak yang sewaktu dengannya..lantaklah korang.
Islam akan terus berjuang dengan perancangan manusia...menang atau kalah..Allah S.W.T sahaja yang menentukannya..dan aku akan terus berjuang menjunjung kalimahnya.
Dr M: Saya terpaksa menulis apa yang benar
Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia juga harus bersedia untuk melawan dengan bersebab, untuk diri sendiri dan keluarga mereka serta tidak harus dikalahkan dengan mudah.
Dr Mahathir berkata berdasarkan pengalamannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau menghadapi banyak cabaran, bukan sahaja dari dalam tetapi juga di luar Malaysia.
Terdapat ahli politik yang menentangnya, pemimpin antarabangsa dan tindakan antarabangsa terhadap negara, katanya dan menambah: "Kita mungkin telah jatuh dan menanggung kesengsaraan tetapi kita bertekad apa sahaja yang berlaku kita mesti lawan, menang dan harus bangkit semula."
Mengulas mengenai buku memoir beliau setebal 800 muka surat, yang dikarangnya sejak 8 tahun yang lalu selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri keempat, Dr Mahathir berkata ia adalah mengenai kisah hidupnya selama 80 tahun.
"Ada yang boleh dijadikan panduan, (dan) ada yang perlu dielakkan oleh semua orang.
"Saya mengambil masa lapan tahun untuk menulis buku ini, saya mahu orang ramai membaca buku ini dan berharap orang ramai akan membacanya."
"Saya berpendapat akan ada orang rasa tidak senang hati dengan penulisan saya dalam buku ini....Jadi saya terimalah...nak saman, samanlah," katanya.
Katanya beliau tidak dapat melakukan apa-apa sekiranya ada pihak menjadi musuhnya hasil daripada tulisannya itu kerana bagi sesetengah orang buku ini akan menjadi pengajaran, mungkin ada yang berpendapat buku ini tidak berguna, terpulanglah kepada orang ramai untuk menilainya.
Buku biografi itu turut memuatkan kisah ibu bapa dan masa kecilnya, pengajian beliau di universiti, percintaan beliau dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, juga meliputi topik yang luas termasuk Ops Lalang, badan kehakiman dan hubungan beliau dengan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Bernama
Thursday, January 20, 2011
Konspirator; Siapa dia?
Anak saudara kepada arwah Sulaiman Palestin dan sepupu kepada DS Anwar Ibrahim. Tak dapat Umi Hafilda dapat Umi Aida. Kini mendapat gelaran Dato sejak beberapa tahun dahulu. Semasa zaman Pak Lah melakukan penerbangan dengan nama Kembara Kailan.Bermula dari kosong dan melilau kini menjadi jutawan.
Jika tak tersilap, beberapa tahun dahulu selepas atau semasa kes Anwar hangat di mahkamah dan media, Khairuddin Abu Hassan juga dituduh di mahkamah kerana membunuh ketua wanita Umno Taman Keramat di Hotel Wenworth. Wanita tersebut telah dijerut dengan tali beg tangannya. Tetapi akhirnya beliau dilepaskan dan dibebaskan kerana tidak dapat dibuktikan di mahkamah sehingga kekecohan berlaku akibat anak lelaki mangsa tidak berpuashati dengan keputusan yang diumumkan oleh hakim.
Entah perniagaan apa yang di lakukan beliau sehingga menjadi kaya raya dan mendapat gelaran Dato .Kini menggunakan kereta jenama Maserrati,Ferrari , Kawan baik Ali Rostam dan pernah menjadi Pengarah kilang motor Comel di Melaka .Beliau juga menjadi pengarah pertubuhan Malaysia Kombodia mengenai perdagangan antara Malaysia dan Kombodia.
Khabarnya menghadiahkan rumah dan juga kereta mewah mencecah jutaan ringgit untuk mendapatkan Umi Aida....yang coolnya majlis pertunangan nie dilangsungkan kat kondo yang dihadiahkan oleh Datuk Khairuddin ni kepada Umie Aida.
Cincin tunang bertatahkan berlian daripada koleksi jenama mewah, Chopard mengikat pelakon jelita, Umie Aida atau Umie Kalsom Rahmad dengan putera idamannya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, malam tadi.

Anwar Ibrahim menziarahi salah seorang keluarganya, arwah Sulaiman Palestin, veteran UMNO.

Khalid Jafri dan Khairuddin di belakang Umi dan Azwan
Kad ucapan Xmas dari saksi pihak pendakwa kepada Hakim Augustine Paul

Ahli Umno Cawangan Taman Murai
Pengarah Pertubuhan Malaysia Kombodia mengenai perdagangan antara Malaysia dan Kombodia.
Pengarah Urusan Prime Utilities Berhad
Ahli Lembaga Pengarah LBCN Development Sdn Bhd
Pengerusi Eksekutif World Islamic Network Television Sdn Bhd (WINTV)
Pengerusi Eksekutif Fountain View Development Berhad
Pengerusi Eksekutif Spektrum Majujaya Sdn Bhd
Pengarah Arris Venture Sdn Bhd

“Beri saya sedikit masa untuk berkenal mesra dengan abang. Umpamanya kami bagaikan orang dulu-dulu yang menyemai benih cinta selepas mendirikan rumah tangga,” katan Umi Aida sambil tersenyum.
Oleh :Pena Usang
Friday, August 21, 2009
Anwar sodomy case: No clear evidence, says defense

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim's lawyers will rely heavily on a government forensic report that found no conclusive evidence of sodomy to defend him in a sex trial that critics say is politically motivated to stem his growing popularity.
Anwar, a former deputy prime minister, says the trial is part of a government conspiracy to undermine his three-party opposition alliance, which made massive electoral gains last year. Government officials have denied any plot, but Anwar's supporters see it as a vendetta. Sodomy is a crime in this Muslim-majority country, punishable by up to 20 years in prison.
The trial will not start for a few months until technical objections by both sides are cleared.
The forensic report, prepared by three doctors at the government-run Kuala Lumpur Hospital, was handed to the defense team recently by the prosecutors following a court order, Anwar's lawyer R. Sivarasa told The Associated Press on Thursday.
The report, stamped "confidential," has not been made public but a copy was obtained by the AP. In the proctoscopy examination column, the report found that there was "no conclusive clinical findings suggestive of penetration ... on the body of the patient."
Prosecutors declined to comment on the case. But two forensic experts told the AP that lack of evidence suggesting penetration doesn't rule out sodomy. They declined to be named, citing the sensitivity of the case.
The report noted that a subsequent laboratory examination of swabs _ taken two days after the alleged sodomy _ found foreign DNA, which prosecutors are expected to say belongs to Anwar.
But the defense will contend that it was fabricated and planted, noting the samples were taken two days after the alleged act and spent a weekend in police care before being transferred to a forensic laboratory.
"We will show that they made a case out of nothing. To prove sodomy you have to show penetration. You must prove beyond reasonable doubt that sodomy was committed," said Sivarasa, a senior member of Anwar's People's Justice Party.
Anwar, 61, was charged last August with sodomizing a 24-year-old male former aide, Saiful Bukhari Azlan, on June 24, 2008. It is the second time that he has been accused of sodomy.
He spent six years in prison between 1998 and 2004 after being convicted of corruption and sodomizing his former family driver. The charges were brought amid a power struggle with then Prime Minister Mahathir Mohamad. Anwar, who was badly beaten in police custody, insisted he was framed. Malaysia's top court eventually overturned the conviction.
Sivarasa said that the events surrounding the accusation are suspicious _ Saiful met Prime Minister Najib Razak, who was then the deputy prime minister, a few days before going to hospital to complain he had been sodomized; he also allegedly met a senior police officer in a hotel room the day before going to the hospital. Sivarasa said he will provide evidence in court to prove the meeting.
Sunday, May 17, 2009
Terbukti Anifah Bacul Dan Penakut
Apabila kenyataan fitnah yang beliau keluarkan itu disiarkan melalui media-media asing dan tempatan, beliau tentunya berpuas hati seolah-olah tugas beliau selaku Menteri Luar berjaya dengan cemerlang hanya dengan memburuk-burukkan DS Anwar. Inilah sikap Umno/Bn yang tidak pernah berubah apabila terus memberikan jawatan penting kepada seorang yang korup idea dan tiada wawasan sama sekali untuk negara. Menteri seperti Anifah ini terlalu murah nilainya dan orang seperti beliau melambak di warung-warung kopi di kampong-kampong. Menteri yang tahu omong kosong, memburukkan orang lain tetapi penikus, bacul untuk mempertahankan diri dengan hujah.
Apabila kembali ke tanahair dan ditanya oleh wartawan tentang saman yang bakal dikemukakan oleh DS Anwar atas tuduhan beliau itu, Anifah dengan selamba menjawab itu soal remeh. Beliau yang memulakan isu tersebut, apabila diminta penjelasan lanjut ia dianggap remeh? Beliau juga mengaku menerima satu panggilan dari DS Anwar dan dengan satu panggilan sahaja sudah cukup untuk DS Anwar menawarkannya jawatan penting sebagai TPM ? Tiada isu atau modal lainkah untuk Anifah ini bercakap di luar negara? Terlalu banyak perkara yang tidak remeh yang wajar Anifah terangkan di luar negara bagi membantu menaikkan imej negara ini yang semakin teruk pada pandangan luar. Isu Altantuya contohnya yang telah mengaibkan pemimpin negara kita sewajarnya Anifah terangkan atau kementeriannya perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap pihak luar yang mendakwa pemimpin negara kita terlibat dalam kes jenayah tersebut. Itu lah sebenarnya tugas penting Anifah untuk membersihkan imej negara bukannya dengan memburukkan nama DS Anwar untuk mengampu PM. Apakah beliau anggap masyarakat dunia luar seperti masyarakat di negeri Sabah kelahiran beliau yang masih ramai tertutup minda mereka darihal perkembangan politik semasa? Di Sabah, mungkin beliau boleh menjual minyak semurah itu.
Najib telah tersilap di dalam melantik Anifah selaku Menteri Luar. Negara kita akan terus ditertawakan oleh dunia luar jika orang seperti Anifah ini dilantik sebagai Menteri Luar. Bermula dengan Hamid Albar, negara kita terus gagal memperolehi Menteri Luar yang mempunyai kelas tertinggi dan kita hanya mampu mempunyai Menteri Luar yang setaraf dengan Ketua Umno Cawangan.
WFAUZDIN NS
Monday, September 1, 2008
16 September 2008 - Para Penganalisis Politik Mula Melihat Petanda
Dalam senario politik Malaysia sekarang, pergerakan perubahan yang menarik ialah usaha Anwar Ibrahim untuk membawa kita kepada pembentukan kerajaan baru bermula 16 September 2008. Seterusnya kita kecapi kemerdekaan sebenarnya, yakni merdeka daripada kelapokan kerajaan Barisan Nasional, dan sinar harapan bawaan potensi kerajaan baru Pakatan Rakyat.
Kini para pemerhati dan penganalisis politik kelihatan sudah mula menyaksikan petanda, supaya dapat difahami jangkaan sehubungan corak yang mencorakkan apa yang bakal berlaku pada 16 September 2008.
Tarikh itu, gempa!
Teringin nak dengar perkataan apa yang bakal digunakan oleh Lim Kit Siang untuk kejadian di tarikh itu, seperti mana "Tsunami" disebutkan untuk PRU 12, dan pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh.
Sementara itu, gegaran kecil sudah mula boleh dirasakan kini.
Gegaran tersebut ialah, kita diajak untuk meneliti dua perkara:
Pertama: kesenyapan yang senyap. Ibarat di kubu PutraJaya, satu pihak sedang menunggu, namun kebarangkalian bukan sekadar menunggu, tetapi, ada udang di sebalik batu.
Kedua: cetusan asap hasil balingan ke beberapa tempat, untuk mengalih pandangan ramai, supaya aktiviti sebenar tidak dapat dikesani.
Berminat? Mari kita tinjau dengan lebih mendalam...
Anwar Ibrahim
Bayangkan, jika sekiranya, selepas menjejakkan kaki di Parlimen, Anwar Ibrahim, menangguhkan tarikh 16 September 2008, dan menundanya ke satu tarikh lain.
Atau, Anwar Ibrahim, mengumumkan, tidak dapat dengan pasti jumlah Ahli Parlimen yang bakal menyertai misi pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat ini.
Tetapi, isyarat Anwar Ibrahim, ialah sebaliknya. Bahawa, 16 September 2008, tetap diteruskan, dan Ahli Parlimen Barisan Nasional, mula menghantar isyarat melalui SMS, atau seumpamanya.
Isyarat inilah yang Anwar Ibrahim nyatakan. Sebabnya, Anwar Ibrahim, setelah menyebut kemenangan kita, sebaik sahaja memenangi pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh, dan kini sudahpun beraksi di Parlimen, kini memikul tanggungjawab Agenda kita.
Agenda Rakyat Malaysia, yakni tidak mahukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia, lagi. Tidak mahukan pemimpin ganti dari UMNO, tidak mahu UMNO, dan tidak mahu Barisan Nasional.
Jumlah Rakyat Malaysia yang tidak mahu semua itu, semakin bertambah dan meningkat, setelah Abdullah Ahmad Badawi didapati gagal, terutama bajet 2009 nya hambar, dan ucapannya bersempena Hari Merdeka berlawanan dengan isu perkauman yang mula panas kini. Atau dipanaskan pihak tertentu.
Kemungkinan isu inilah membolehkan Ahli Parlimen Barisan Nasional keluar untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Lebih-lebih lagi, Anwar Ibrahim terus mengumumkan berlakunya perbincangan mencari pemaufakatan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional, pada masa sekarang ini.
Kita sama-sama tunggu, isyarat seterusnya daripada Anwar Ibrahim.
Mahathir Mohamad
Jika ada yang tidak sudi, tidak endah, tidaklah mengapa. Namun, para pemerhati dan penganalisis politik, tidak akan melepaskan untuk melihat petanda dari Mahathir Mohamad.
Mahathir Mohamad masih aktif dalam menentukan siapa Perdana Menteri Malaysia, ketika mana pengaruhnya masih mantap.
Keluar UMNO adalah jelas sebabnya, dan masuk kembali ke dalam UMNO juga jelas. Mahathir Mohamad memberi syarat, Abdullah Ahmad Badawi mesti meletak jawatan, semua jawatan berkenaan, termasuk Presiden UMNO.
Nama berikut telah disebut, Mohd Najib Abdul Razak, Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Rais Yatim.
Itu petanda terdahulu, namun petanda terbaru yang molek dilihat ialah setelah kemenangan Anwar Ibrahim, di Permatang Pauh, kemunculan di Parlimen, dan penujuan ke PutraJaya.
Anwar Ibrahim semakin matang, dan pengalaman lalunya, telah mendewasakan politiknya, bila berhadapan dengan Mahathir Mohamad. Setakat ini, Anwar Ibrahim bertindak bijak.
Bacaan luas dan menyeluruh Mahathir Mohamad, kemudian menghasilkan petanda ini:
Pada 29 Ogos, 2008, sewaktu berucap di UiTM, Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya membantu untuk pulihkan keyakinan Rakyat kepada UMNO.
Petanda itu memberi kelebihan kepada Mahathir Mohamad dari tiga sudut:
Pertama: Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan dan tidak lagi menjadi Presiden UMNO.
Kedua: Calon pengganti akan dicadangkan, dan kemudian bolehlah dipersetujui oleh pemimpin dan ahli UMNO.
Ketiga: Memperlahankan rentak Anwar Ibrahim ke PutraJaya.
Segera, sejurus kemudian, Cawangan UMNO di Langkawi mengemukakan resolusi kembalikan Mahathir Mohamad dan lain-lain, ke dalam UMNO, dan disokong Cawangan UMNO di Melaka.
Dirasakan, tidak ada pemimpin tertinggi UMNO yang dapat memilih sebagai pekak, buta, dan tuli, kepada petanda ini. Terkecuali mereka memilih untuk berbuat demikian, demi sayangnya mereka hanya kepada Abdullah Ahmad Badawi, melebihi parti, orang Melayu, dan lain-lain, sama ada yang berkenaan atau tidak berkenaan.
Pemimpin Misteri
Apa yang menarik dalam politik Malaysia ialah senda gurau taraf tertinggi, yang dimainkan oleh seorang lagi pemimpin politik, namun jauh di belakang tabir.
Permainannya ialah dengan mengusik Mahathir Mohamad. Umpamanya, jika putih pilihan Mahathir Mohamad, pemimpin misteri memilih hitam. Jika Mahathir Mohamad menolak Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin misteri akan menyokong Abdullah Ahmad Badawi.
Seringkali agak sukar nak baca tindak tanduk pemimpin misteri ini. Namun, para pemerhati dan penganalisis politik akan melihat Khairy Jamaluddin. Seperti selalu, Khairy Jamaluddin akan menjadi pembesar suara. Cuma, perlu dibezakan, suara mana darinya, dan suara mana pula bukan darinya.
Sukar, tetapi boleh, untuk dilihat petandanya.
Abdullah Ahmad Badawi
Tidak berapa penting untuk dilihat apapun petanda dari Abdullah Ahmad Badawi, kecuali bila dia tersasul.
Contohnya: Anwar Ibrahim mestilah bekerjasama memberi sampel DNA yang baru, yang dulu dah lama dah.
"Bang! Caught you there!"
Mohd Najib Abdul Razak
Para pemerhati dan penganalisis politik, boleh dapat petanda yang jelas, namun bukan secara langsung, tetapi secara tidak langsung dari Mohd Najib Abdul Razak.
Contohnya: soalan cepumas, adakah berlangsung perjumpaan di antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Mohd Najib Abdul Razak, sebelum Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis.
Kitapun sudah tahu, ada atau tidak pertemuan tersebut.
Jadi, bila Mohd Najib Abdul Razak berkata, kita tunggulah sama ada Anwar Ibrahim berjaya atau sebaliknya pada 16 September 2008.
Percayakah kita, dia akan tunggu sahaja tanpa ada sebarang usaha berkaitan 16 September 2008 ini. Satu peristiwa yang berkaitan dirinya sebagai Perdana Menteri kelak, dan nasib serta perubahan ramai dalam kerajaan Barisan Nasional?
Taraf
Sudah adakah dalam Pakatan Rakyat, individu atau pasukan, selain Anwar Ibrahim, yang dapat membaca ini semua, dan melakukan langkah proaktif, semacam mana semangat gerak kerja di P 44 Permatang Pauh.
Terutama, individu dan mereka yang amat dipercayai Anwar Ibrahim. Tentunya bukan dari kalangan yang mempunyai ciri seperti Ezam Mohd Noor, dan K S Nallakaruppan.
Jika ada, boleh juga dilihat petanda dari individu atau pasukan ini.
Ternyata, di pihak satu lagi, yang memihak kepada Abdullah Ahmad Badawi, memihak kepada para pemimpin UMNO, dan memihak kepada Barisan Nasional, dan dari kalangan kerajaan, yang akan turut memberikan petanda, bila mereka menyertai usaha masing-masing, atau bersepadu, lalu mengekang kemaraan Anwar Ibrahim ke PutraJaya.
Pelabur Asing
Walaupun kebanyakannya berdasarkan spekulasi dan gossip. Namun pelabur asing adalah juga petanda menarik untuk diperhatikan.
Contohnya: mereka masuk, tunggu, atau keluar dari pelaburan, bergantung kepada kestabilan politik atau politik tidak menentu di Malaysia kini.
Internet
Kali ini, diyakini blog, portal forum, seperti TranungKite OnLine, dan Internet, serta teknologi terkini, akan menjadi ruang besar, atau lebuhraya maklumat, sama ada menggagalkan atau menjayakan 16 September 2008.
Renung-renungkan kenapa blog portal Malaysia Today, milik Raja Petra Kamaruddin, tidak dapat diakses sewaktu keputusan diumumkan 26 Ogos 2008 lalu, pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh.
Apa pula kaitannya dengan 16 September 2008.
Menarik?
Sama-sama kita saksikan petanda berikutnya.
Sumber : Tranungkite
Saturday, August 30, 2008
Experts Say Budget 2008 to Deflect Anwar's Popularity
After watching Obama's fiery acceptance speech, we need another brand new leader with fresh hope for the nation.
Forty-five years ago Thursday, Martin Luther King spoke these words: "This is no time to engage in the luxury of cooling off or to take the tranquilizing drug of gradualism. Now is the time to make real the promises of democracy."
Now is the time to rise from the dark and desolate valley of segregation to the sunlit path of racial justice.
"Now is the time to lift our nation from the quicksands of racial injustice to the solid rock of brotherhood. Now is the time to make justice a reality for all of God's children."
"I have a dream!"
It's a speech that gave hope to a nation and strengthened a movement of change.
"My for little children, one day live in a nation where they will not be judged by the color of their skin, but by the content of their character. I have a dream!"
His speech predicted a world that we are now much closer to entering than we were in 1963. Barack Obama, the son of a black man and white woman, gave a speech that many say has the potential to achieve the same level of gravity, ascendant courage and timeless charisma contained in King's speech.
We, Malaysians, have the same dream.
Yes, I have a dream!
Budget 2009: What the experts sayAug 29, 08 8:25pm
Several experts share their views with Malaysiakini regarding the Budget 2009 unveiled by Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.
David Cohen, director of Action Economics, Singapore:
It is a populist budget to deflect the growing popularity of Anwar (Ibrahim). (Prime Minister) Abdullah (Ahmad Badawi) is obviously under pressure as witnessed by the rollback in fuel prices last week.
Lee Heng Guie, chief economist at CIMB Bank:
I think most people already expected a budget that won’t have many negative points. So this is one factor that helped the market to rise and also because overseas markets were good last night. But the overall mood is still cautious because there is still uncertainty.
Given the tough macro situation, they may have little choice but to spend more now. Whether it’s the right choice depends on how they fine-tune the deficit going forward.
Khoo Kay Peng, political and economics analyst:
Anwar can, if he wishes, make any amendments he thinks are necessary. We don’t know what alterations he will make, but for example he has mentioned before the RM10 billion extra allocation for the growth corridor projects - which Abdullah asked for in the mid-term review.
And Anwar has said that we do not need any new mega-projects at this point in time.
Whatever it is, there is uncertainty and this will keep the markets quiet. Even when Anwar comes into power as he says, investors will want to see how he performs, what sort of plan he’ll raise then.
For Abdullah, he needs to have a yardstick, a performance yardstick instead of just voicing hot air bubbles. He needs to stimulate local consumer demand, find concrete measures to increase wage-earners’ pockets, and look at transportation as he has promised. There must be more buses and other forms of public transportation put on the roads.
Also, on whether the government has enough money, nobody really knows because there is a lack of transparency.
Abdullah must find concrete ways to cut down public administration, reduce bureaucracy, for example shift us more to e-government. We have one of the biggest bureaucracy in the region, we are too labour-centric and this is why we have the image of being not efficient. Yes, in the past the public administration is used as a political tool, a vote bank. But we must take politics out of the equation. Anyway, it hasn’t help them (Abdullah and his Umno party) in the elections anymore.
Dr Ramon Navaratnam, prominent economist and president of Transparency International :
On thee one percent reduction of income tax for the highest bracket, the rich can take care of themselves very well - therefore the tax cut was unnecessary.
The middle and lower income groups are the mainstay of Malaysia and the groups which will agitate for change. It would have been better to address their needs. The poor should always be the priority.
There seems to be a shift in budget strategy whereby it attempts to address basic needs and not on unnecessary mega projects.
However attempts to share wealth when inflation is not controlled, will still see the erosion of income for the low and middle income groups.
Tricia Yeoh, director Centre of Public Policy Research:
Such a record expansionary budget with huge funds is theoretically a good thing, given the urgent need to generate growth in the face of economic slowdown. However, it can only be considered a thoroughly good thing if we can be assured that the money will be channelled in the right direction, without any unnecessary leakages.
Unfortunately, the past track record of government has been poor in this respect. With a rampant culture of corruption and weak institutional structures, this may lead to continued wastage and abuse. I would therefore emphasise strengthening the institutions of governance, so that the funds are actually optimised and maximised.
Source : http://1426.blogspot.com
Thursday, August 28, 2008
Anwar Selamat Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh
Sebaik selesai upacara mengangkat sumpah dan menanda tangani watikah perlantikan, Speaker memahsyurkan perlantikan Anwar sebagai ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Pematang Pauh, Pulau Pinang.Pendekar Amin juga kemudian turut memahsyurkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang baru di Dewan Rakyat. Perlantikan itu adalah sebagai mengganti isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang menyandang jawatan itu sebelum ini sehingga beliau mengosongkan kerusi berkenaan pada 31 Julai lalu bagi membolehkan Anwar bertanding dalam pilhan raya kecil di Permatang Pauh dan seterusnya memasuki Parlimen.
Ketika upacara itu hanya dua orang menteri sahaja yang berada di dalam dewan iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohammad Nazri Aziz dan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Mustapa Mohamad. Nazri berada di dewan untuk menjawab beberapa solan berhubung dengan kementeriannya. Beberapa ahli Parlimen lain terutama dari Sabah dan Sarawak juga berada dalam Dewan.
Beberapa menteri lain, termasuk Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dalam Negeri, Shahrir Abdul Samad berada di luar kafeteria ahli Parlimen di luar Dewan dengan beberapa ahli Parlimen.
Ketika Anwar angkat sumpah wakil Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman masuk ke dalam dewan sambil berjalan dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan memerhati ke arah Anwar yang berdiri berhadapan spekar.
Kelihatan juga wakil seremban Khairy Jamaluddin berada ditempatnya mengikut upacara itu penuh tenang.
Hampir semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas, Lim Kit Siang turut berada dalam Dewan.
Beberap orang anggota Dewan yang bangkit mengambil bahagian dalam soal jawab mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Anwar, termasuk Nazri Aziz yang kelihatan berkata sesuatu kepada Anwar sambil mengucap tahniah. Anwar kelihatan tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala tanda menerima ucapan tahniah dari Nazri.
Setiap kali ucapan tahniah dewan bergema dengan paluan meja dari kalangan ahli Parlimen termasuk juga beberapa orang ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak.
Selepas berada dalalam dewan kira-kira setengah jam Anwar keluar untuk mengadakan sidang akhbar sulungnya sebagai wakil rakyat. Puluhan wartawan dan jurugambar tidak melepas peluang mengikuti sidang akhbar berkenaan. Menjelang tengah ahri Ahli Parlimen Permatang Pauh itu beredar ke pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen dan mengadakan mesyuarat ringkas dengan pimpinan Pakatan Rakyat.
Anwar yang mengenakan baju kebangsaan berwarna hitam dan berselindang labuh semasa berjalan ke pejabat Ketua Pembangkang diikuti oleh isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah. Para wartawan dan orang ramai juga turut mengurumuni beliau sambil bersalaman dan mengucapkan tahniah atas kejayaan dalam pilihan raya Selasa lepas.
Saya yang turut berdiri di situ turut disapa olehnya dan beliau kelihatan ceria sambil mengenyit-nyitkan kening berberapa kali sambil berkata "Ok... ok!"
Esok buat pertama kali Anwar akan bertentangan mata dengan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak dan semua menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen apabila esok Abdullah dijangka akan membentangkan Bajet 2009 esok.
Tuesday, August 26, 2008
Kenapa Anwar Enggan Bersumpah (Liwat)
Walaupun didesak pelbagai pihak beliau tetap berpendirian tidak perlu kerana nasihat para ulama terulung terhdapa beliau.Pandangan saya tetap konsisten terhadap saudara Anwar BERSETUJU agar beliau tidak bersumpah demi seorang pemimpin masyarakat dan dunia yang berperinsip dan berkarisma.Antara sebab-sebab beliau tidak perlu bersumpah pada pandangan saya dan mungkin juga pada pandangan belaiu ialah :
1. Pemimpin yang berperinsip.
Beliau merupakan seorang pemimpin yang berperinsip teguh sesuai dengan ke tokohan beliau yang menjadi mentor kepada pengikut-pengikut beliau.Jika beliau sering bercakap tidak berperinsip akan membuat ketokohan kepimpinnan beliau di pertikaikan.
Jika kita kata tidak perlu sebab pandangan ulama tersohor demi menjaga Agama Islam maka jika telah menetapkan begitu kenapa perlu bersumpah .Buat apa bersumpah jika kita tidak buat atau lakukan kerana bersumpah hanya sekali,jika banyak kali jadilah gembala yang menipu ada seri gala, orang tak akan percaya jika sering bersumpah atau menipu.
Bagaimana jika selepas ini ada satu perkara lebih besar yang akan menyebabkan beliau bersumpah, maka sumpah yang kedua yang amat di perlukan ketika itu orang tak akan percaya lagi kerana berapa kali nak bersumpah.fikirlah,sumpah dengan nama allah jika benar kita perlu dan buat apa bersumpah kalau kita tak lakukkan sebab sumpah kita bukan 2 kali atau 3 kali. Apa pandangan saudara bila kata tahun depan baru ada Pilihanraya, tup-tup esok pilihanraya, kata 1 sept minyak akan turun harga, tup-tup semalam minyak turun harga, di sini kita akan lihat cakap bagai tidak berperinsip, maka itulah yang saudara Anwar tidak ingin berlaku pada diri beliau..
2. Sumpah di manupulasi
Belaiu adalah tokoh pemimpin yang mempunyai ramai penyokong dan ramai pula musuh dan bukan penyokong.Jika bersumpah kemungkinan besar sumpah beliau di manupulasi seperti Sumpah Saiful, Sumpah tak sah, sumpah tak perlu pegang Al-Quran, Sumpah tak perlu di Masjid, itu baru Saudara Saiful, Bagaimankah jika tokoh besar bersumpah maka manupulasi dia berbagai cara dan bermacam2 jenis yang datang dari musuh beliau sebab musuh tetap musuh 10 kali bersumpah pun takkan mereka terima,Kita kena faham realiti itu jadi untuk siapa Saudara Anwar bersumpah, jika untuk diri sendiri itu bukan sifat pemimpin, beliau akan bersumpah jika ia menjadi contoh atau pandua Masyarakat itu barulah Pemimpin.
3. Beliau bukan Ulama tapi Ahli Politik atau Tokoh Politik.
Jika beliau bersumpah hanya dapat menenangkan peyokong beliau tapi bagi musuh beliau 10 kali sumpah pun tak akan di terima maka sumpah beliau tak akan bermakna untuk menarik atau menambah sokongan jika di pandang dari segi Ahli Politik, Sebab Beliau Ahli Politik dan masaalah kes liwat ini pun dah di politikkan.Sebagai ahli Politik beliau tidak boleh membuat sesuatu untuk kepentingan diri, setiap perlakuan adalah untuk masyarakat sejagat bukan untuk masyarakat tempatan.Beliau tokoh yang di hormati oleh negara-negara Arab, ASIA dan serantau setiap perbuatan akan menjadi contoh.
Jika beliau bersumpah maka jika ada masaalah berat maka semua akan guna sumpah sebagai benten mentahankan diri maka sumpah sudah jadi mainan agama islam.Kalau setiap pekara orang bersumpah kemanakah Kewibawaan mahkamah syraiah.
4. Menaikan Taraf Mahkamah Syariah
Dengan tidak bersumpah sewenang-wenangnya sebenarnya saudara Anwar telah menaikan taraf Mahkamah Syariah itu sendiri.Beliau pecaya kepada sistem perundangan Syariah di NEGARA KITA dan membawa kes ini ke mahkamah Syariah,Ini amat di sanjung tinggi kerana dengan bukti dan fakta di Mahkamah barulah kita bersumpah maka disini dapat di lihat mengangkat darjat Mahkamah Syariah itu sendiri.
Bersumpa tapi meneruskan kes ke Mahkamah Sivil adalah tidak selari dengan Sumpah KERANA ALLAH,jika kerana Allah kenapa kes di bawa ke Mahkamah Sivil yang kini telah kurang di percayai kerana di ganggu gugat oleh Ahli Politik.
Pandangan saya pasti berbeza dengan anda? Walluhualam.."
Sumber : Tranungkite.net






