Friday, May 31, 2013
SELANGOR: HARAPAN 13
1. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Portfolio: Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu
2. Iskandar Abdul Samad, ADUN Cempaka
Portfolio: Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
3. Dr Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sijangkang
Portfolio: Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam
4. Dr Halimah Ali, ADUN Selat Klang
Portfolio: endidikan Dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan
5. Sallehin Mukhyi, ADUN Sabak
Portfolio: Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa
6. Datuk Teng Chang Khim, ADUN Sungai Pinang
Portfolio: Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan
7. Ean Yong Hian Wah, ADUN Sri Kembangan
Portfolio: Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram
8. V Ganapathi Rao, ADUN Kota Alam Shah
Portfolio: Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin
9. Dr Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga
Portfolio: Kebajikan, Hal Ehwal Wanita
10. Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan
Portfolio: Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar
11. Dr Daroyah Alwi, ADUN Sementa
Portfolio: Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi
12. Speaker : Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya
13. Timbalan Speaker : Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia
Thursday, December 13, 2012
SELANGORKU..AIR OH AIR
Aper citer psl air ni??..
Artikel I, Artikel II, Artikel III..
Apa rancangan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Baca disini.
Wednesday, November 14, 2012
Raja Muda??...Pi Mamposs
Kalau perangai raja mengalahkan kapir cemana pulakkk??
Pi mamposs dengan pangkat dan gelaran..
Pada aku bezanyer manusia hanya takwa kpd Allah Taala..that's it!
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: Bukanlah daripada golongan kami (umat Islam) siapa yang menyerupai (meniru) selain daripada (cara hidup) kami. Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian).
(Riwayat Imam Tirmizi daripada Amru bin Syuaib daripada bapanya daripada datuknya)
Bahkan sabda Rasulullah S.A.W lagi (ini yang aku paling takut), maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu.
(Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar R.A)
Berita Lanjutdisini dan sini..
Wednesday, August 10, 2011
Melayu dikhianati sahabat nasrani di DUMC.
Ramai orang Melayu telah mengadaptasikan cara dan budaya nasrani didalam kehidupan tetapi akidah Islamnya masih kukuh diatas landasan.
Orang Melayu boleh menerima budaya nasrani kerana percaya penganut nasrani tidak akan mengkhianati sahabatnya sendiri seperti penganut-penganut yahudi. Paderi Jesuit Daniel Ho ini mungkin bukan penganut agama nasrani tetapi yahudi yang suka mengkhianati sahabat dan perjanjian.Lebih merisaukan jika perbuatan ini tidak berkesudahan di DUMC sahaja. Aku percaya kuiz kefahaman Islam ini telah dilakukan secara meluas oleh pergerakan mereka.
Tetapi persoalannya, dimana SB yang dikagumi kerana kecekapan nya melumpuhkan organisasi yang mengancam negara. Atau puak-puak Daniel Ho ini dinaungi oleh orang-orang yang berkuasa mengawal undang-undang negara?
Kisah benar yang berlaku di kuil Paderi Jesuit Daniel Ho..
Dari : Free Malaysia Today.
PETALING JAYA: Di sebalik kontroversi yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya minggu lalu, kini terdapat bukti yang menjelaskan keadaan sebenar pada majlis makan malam tersebut.
FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat ‘menguji pengetahuan’ dalam bahasa Malaysia dan Inggeris – sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.
Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.
Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.
Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.
Antara soalan itu adalah ‘Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.
Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan?
Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.
Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.
“Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak,” katanya.
Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah.
“Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah.
“Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC. Tindakan Jais ini benar.
“Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran,” jelasnya.
Nyanyian “Alhamdulillah”, “Allahuakhbar ”
Sementara itu, didapati tentatif program makan malam tersebut turut diselit nyanyian berupa lagu – Alhamdulillah dan Allahuakhbar.
Melalui penelitian FMT, program bermula jam 6.30 petang, Rabu lalu dan sepatutnya berakhir jam 9.55 malam seperti yang tersedia dalam tentatif program itu.
Turut diselitkan dalam tentatif program berkenaan ialah ucapan aluan daripada Paderi Kanan DUMC Daniel Ho serta beberapa pembentangan kertas kerja projek oleh beberapa peserta.
Kemudian bermulalah nyanyian ‘Alhamdulillah dan Allahuakhbar’ dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Sejahtera Malaysia’.
“Adakah ini ada sangkut-paut dengan ‘thanksgiving’ dan ‘methodist’? Mengapa ayat-ayat yang diharamkan digunakan oleh orang bukan Islam dalam enakmen agama bukan Islam (kawalan perkembangan agama lain dikalangan orang Islam 1988).
Sesudah itu, pada pukul 9 15malam, berlaku satu upacara sembahyang ‘intercession’ iaitu gaya sembahyang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan Tuhan mereka.
“Ingat pada masa itu ada 20 penganut agama (Islam) kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak, akidah mereka? Terpesongkan?
“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Iislam, mengapa orang Kristian methodist perlu melakukan perkara ini?,” soal Dzulkhaini.
Pada Rabu lalu media melaporkan Paderi Kanan DUMC Daniel Ho menjelaskan bahawa majlis makan malam di gereja terbabit adalah dianjurkan atas semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. - FMT
12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI
2) Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah
3) Ina Reima Fitriza binti Mahadzir
5) Nea Reima Mareana binti Mahadzir
6) Rasyidah binti Abd Razak
7)Nur Umrah binti Abd Razak
9) Faridah binti Abdul Rahman
10) Nur Al Ashikin bt Shaikh Dawood
11) Faridah bt Abdul Latep
12) Sahrunida bt Assad
Friday, February 4, 2011
PDRM buat lawak lagi
Dan secara-cara tiba-tiba PDRM menjadi sangat efisien. Kes-kes berat yang tak setel-setel lagi punya la banyak.
Tiba-tiba kes yang boleh jadi tak der kes menjadi keutamaan PDRM. Nak kata bodoh plak kang kata aku menhina penjawat awam.
So, PDRM tak bangang. Yang bangang orang yang punya idea dan berkuasa mengarahkan PDRM buat kerja bangang diorang ni.
Tak habis-habis dengan idea politik bodoh diorang ni. Orang di Selangor ni nak hidup aman damai.
Korang nak berdemonstrasi kat SUK hari-hari pun tak apa..aku tak marah. .tapi biar lah isu nasional sikit.
Ini pasal tokeh pasir yg dah kaya raya tapi dah tak boleh nak bergaya macam dulu, korang pergi demo. Tak ke bodoh nya Umno Selangor ni.
Kali ni isu si Suhaimi. Menghina Sultan konon nya..isu ni lima enam orang budak-budak pemuda Umno yang tukang panaskan...sebab ada masyukk. Pendek kata, kalau ada apa-apa demo kat SUK, budak-budak lima enam orang ni la juga yang punya kerja.
Anggota PDRM tak boleh buat apa-apa dengan diorang ni..Anggota PDRM pun macam kita juga, cari makann..
Kes Adun Shuhaimi: Selangor kesal, dakwa pusat berat sebelah
Tindakan tersebut, menurut kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu, menunjukkan sikap berat sebelah pihak berkuasa — yang terletak di bawah bidang kuasa Putrajaya — dalam mengambil tindakan perundangan ke atas wakil rakyat mereka.
“Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada Barisan Nasional (BN) dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat,” kata Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian (bekas setiausaha sulit Exco Kerajaan Negeri Selangor) Teoh Beng Hock, (suspek polis mati di lokap) A. Kugan dan (remaja) Aminulrashid?” kata kenyataan itu.
Laporan semalam menyebut, Shuhaimi akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung satu entri dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor.
Beliau hadir ke balai polis semalam untuk menyerah diri dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan dalam blognya pada 30 Disember lalu yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Beliau menafikan kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut rakyat dan menghina Sultan.
Kenyataan Pejabat Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh kepada Suhaimi dalam menghadapi kes tersebut.
“Dalam kes Shuhaimi, kerajaan negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini.
“Kerajaan negeri akan membantu beliau dengan membiayai kos perundangan dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan,” katanya lagi.
Kenyataan itu juga menambah, kerajaan negeri tidak percaya beliau mempunyai sebarang niat untuk memburukkan institusi Raja-raja Melayu.
“Ini dapat dibuktikan apabila Shuhaimi dan semua Adun Pakatan Rakyat yang lain, menyokong dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 24 Januari lalu untuk mengembalikan perlembagaan negeri kepada bentuk asalnya yang memberi kuasa kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar untuk memilih tiga pegawai ex-officio kerajaan negeri,” kata kenyataan itu.
Sebaliknya, menurut kenyataan itu, kesemua Adun BN pula menolak pindaan tersebut, sekali gus menghalang pengembalian kuasa pelantikan tiga ex-officio kepada Sultan Selangor.
“Dalam hal ini, rakyat boleh menilai sendiri siapa sebenarnya penderhaka yang tidak menghormati langsung institusi Raja-raja Melayu tetapi dengan lantang melabelkan orang lain sebagai penderhaka,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu menambah, rakyat juga dapat melihat berlakunya ketidakadilan pihak berkuasa apabila kes yang tidak mengancam keselamatan negara diberi keutamaan untuk diselesaikan sedangkan banyak lagi kes jenayah yang meragut nyawa dan menjejaskan kualiti hidup rakyat gagal diselesaikan dengan kadar segera walaupun banyak aduan telah dibuat.
Dalam kenyataan itu, kerajaan negeri juga menegaskan, apa yang berlaku sekarang menguatkan lagi iltizam dan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengembalikan integriti institusi penguatkuasaan termasuk kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan polis sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum ke-13.
Dari : themalaysianinsider.comTuesday, January 18, 2011
Kes Rasuah Khir Toyo
Ketika ini Khir Toyo ditekan dari dua belah pihak. Pihak yang membangkang dan pihak dimana dia pernah menganggotainya.
Khir mungkin dijadikan scape goat untuk pilihanraya yang dijangkakan semakin hampir beberapa bulan lagi.
Harapan rakyat Selangor macam aku ni semoga Khir diadili di mahkamah yang mempunyai Hakim yang berwibawa dan berhemah.
Harap-harap lahhh..
Oleh Shannon Teoh
KUALA LUMPUR, 18 Jan – Selangor mendakwa Dr Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.
Setiausaha politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, butiran tender langsung ini didedahkan kepada umum bagi mengelakkan spekulasi dan andaian negatif terhadap kerajaan negeri semasa apabila perbicaraan Dr Khir berlangsung Jun ini.
“Kerajaan negeri percaya bahawa maklumat ini akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
Faekah menambah, pentadbiran Dr Khir juga ada menganugerahkan dua projek kepada syarikat dimiliki Shamsuddin, masing-masing bernilai RM30 dan RM14 juta, yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri tahun lalu.
Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah penting bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangannya tidak dikaitkan kan dengan perbicaraan Dr Khir kelak.
Awal bulan lalu, Dr Khir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7 Shah Alam pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.
Dr Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
Dalam kenyataan hari ini, Faekah juga berkata kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat dimiliki Shamsudin.
Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember lalu telah membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum.
“Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza,” katanya lagi.
Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.
“Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan,” jelas beliau.
Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.
“Bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan,” katanya.
Jelas beliau, langkah itu juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.
Friday, January 14, 2011
PDRM buat lawak mee segera
Orang-orang Umno ni ingat aku dan orang-orang yang tidak bersama dalam perjuangan mereka akan membiarkan perbuatan derhaka ini selama-lamanya?
Akan tiba masanya cucu-cicit Srivijaya bangun mempertahankan Ugama dan Sultannya.
Sudah cukup lama Umno menjadi tali-barut kepada golongan manusia sesat dan mungkar. Sudah cukup lama Umno mempersendakan bangsa Melayu dan Raja nya.
Sudah cukup banyak kerosakan yang dilakukan Umno kepada tamadun Melayu ini.
Darah dan semangat jihad Melayu Islam mengalir dalam tubuh kami ini semenjak beratus tahun lamanya. Adat dan sopan menjadi pegangan sehingga satu laungan jihad bergema di AL-AQSA.
Sejarah AKAN PASTI berulang. INGATLAH!
Dari : Malaysiakini
Polis menyerbu pusat khidmat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan merampas peralatan komputer milik beliau bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor melalui blognya.
Menurut akhbar Sinar Harian hari ini, serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan oleh sekumpulan anggota polis dari ibu pejabat kontinjen (IPK) Selangor.
Menurutnya, serbuan berkenaan tidak disertakan waran, tetapi beliau memberikan kerjasama penuh kerana merasakan pegawai polis yang ditugaskan juga bekerja di bawah tekanan dan arahan tertentu.
Beliau berkata beliau diberitahu petugas pejabat, polis akan datang pada 11.30 pagi mencari komputer yang dikatakan digunakan untuk memuat naik bahan seperti mana yang dibuat dalam aduan polis ke atasnya.
Profesional
"Polis tidak hubungi saya tetapi hubungi pejabat saya. Inilah tindakan yang kita katakan tidak sepatutnya berlaku. Kalau saya yang disiasat, maklumkan kepada saya kita akan memberikan kerjasama penuh. Kita minta polis juga profesional," katanya.Beliau berkata, serbuan dilakukan oleh 13 anggota polis dari unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) termasuk anggota yang berkawal di pintu pejabat serta tiga CSI.
Dalam pada itu katanya, sehingga kini tiada perkembangan lanjut berhubung kenyataan yang dikeluarkan melainkan rampasan komputer milik beliau.
Shuhaimi juga akan mempertimbangkan dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan Awang Selamat.
"Saya minta polis segera menyiasat Awang Selamat yang memfitnah dan memutarbelitkan kenyataan, mengambil separuh daripada artikel yang ada di Internet, menggunakan itu untuk menimbulkan keadaan seolah-olah saya menderhaka (kepada sultan)," katanya.
Menurut Shuhaimi, walaupun akhbar tersebut lidah rasmi Umno, Utusan seharusnya lebih beretika dalam mengeluarkan pandangan supaya apa yang disiarkan boleh menyedarkan masyarakat dan memberikan manfaat bukan memburukkan keadaan.
Monday, January 10, 2011
Manusia yang berlagak seperti syaitan
Rakyat dah pilih PR memerintah, yang hangpa dua ekoq ni busuk hati apasai? Takut tak dapat kumpul harta lagi banyak kaa?
Banyak fucking bodoh punyer olang..
---------------------------------------------------
Inilah tiga orang pelakon popular yang sedang panas dan menjadikebencian peminat politik di negara kita.Mereka akan bergabung
dalam filem dari arahan Pengarah terkenal Pak Najib yang
bertajuk "Diantara Dua Musibat"
Pelakon Abd. Rahman Hasim (kiri) telah berjaya memainkan peranannya
dalam filem pecah jamban iaitu "Rampasan Kuasa Di Perak"
Kini tibalah masa pelakon "Tua Kutuk Pencacai Najis" Datuk Khusrin (kanan) menjadi hero dalam filem
terbaru Pak Najib yang bertajuk "Rampasan Kuasa 2 DiSelangor" dan dibantu pelakon harapan iaitu Datuk Ramli (tengah).
Apakah filem ini akan berjaya memecahkan Jamban atau Umno akan disumbat ke dalam jamban maka sama-samalah kita saksikanlah kesudahannya..!!
Sunday, January 9, 2011
Mantan SUK ; Balaci terakhir
Masaalahnya, pendirian politiknya yang telah mempengaruhi kerjayanya.
Sistem pentadbiran bumi bertuah ini menjadi kalut disebabkan persetujuannya untuk menjadi balaci umno sebelum meninggalkan kerusi empuknya di SUK.
-----------------------------------------------------------------
SHAH ALAM : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud menyusup kuasa-kuasa Menteri Besar apabila menguruskan pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan itu.
Beliau berkata tugas itu adalah tanggungjawab Menteri Besar dan tidak pernah disandarkan kepada Datuk Ramli."Pihak Menteri Besar dan EXCO tidak pernah mengeluarkan arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menguruskan perlantikan jawatan itu bagi pihak mereka. Kalau dia cakap dia tak beritahu Menteri Besar atau pun dia beritahu, yang sebenarnya dia tak disuruh untuk buat kerja itu, kerana MB yang sepatutnya buat kerja tersebut," katanya.
Justeru menurut beliau, kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untuk membetulkan keadaan bagi memastikan pelantikan SUK dan jawatan penting lain dibuat secara telus dan mengikut landasan yang ditetapkan.
"Kita mesti membetulkan keadaan, jadi inilah yang saya sedang usahakan. Rakyat harus sedar bahawa apa juga yang kita lakukan, ia adalah untuk manfaat mereka.
Jika saya berpeluk tubuh, maka saya akan dilihat sebagai akur dengan situasi yang ada," tambah beliau.
Khalid berkata atas hasrat itu, kerajaan negeri mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor pada penghujung bulan ini.
Sidang itu untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
"Saya mahu mengatasi masalah ini, itu sebabnya kita berusaha untuk mengadakan sidang Dewan, sebab pada zahirnya ini adalah isu enakmen," tambah beliau lagi.- tvs
Friday, January 7, 2011
Serius nya isu orang Melayu
Kalau diikut kan nafsu marah aku ni, mau pecah kepala singh ni kena hentak dengan kerusi.
Bukan salah kecil yang dia dah buat, salah besar wooo..
Dia tak google ke pasal sejarah orang melayu dan Tanah Melayu ni...iissskhhh..ikut hati aku mau kena pelempang sekali lagi singh ni.
Tapi bila singh tu dah tinggi kan suara, mamat kat belakang yang mula-mula lagak macam abang kawasan, dah mula cuak..hehheee
Hendak tak hendak..kena la kita maafkan. Kitakan orang melayu?
Tuesday, December 28, 2010
Pengarah JAIS...mmmmm
Lepas ni jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam ni disandang DO Sabak Bernam jerr..
Mohd. Khusrin ni pun berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan jerr ruper nyerr..da boleh jadi pengarah JAIS..mati-mati laa aku ingat nak jadi Pengarah Jais mesti dari kelulusan Universiti Al-Azhar..rupa nyerr tak gitu..
Yang ganti dia besok?...tak tau la apa plak...
------------------------------------
Oleh FMT Staff
SHAH ALAM: Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi belum muktamad.
Dalam kenyataan akhbar sekretariat hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan tidak pernah memaklumkan perlantikan itu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri Besar telah menghantar surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut, kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice notes).
Panel tersebut, kata kenyataan itu, telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.
Menteri Besar, kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada Sultan untuk mendapat perkenan.
Beliau akan menghadap Sultan Selangor pada Rabu ini.
Sidek dalam kenyataan hari ini mengumumkan perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.
Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember.
Menurut Sidek, Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomidalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua MajlisDaerah Kuala Langat.
Ramli, yang sebelum ini menjadi Datuk Bandar Shah Alam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun.
Tempat Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.
Pelantikan Khusrin dan Marzuki menurut kenyataan itu telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Sidek.
Monday, July 26, 2010
Isu pasir di Berjuntai Bestari@Batang Berjuntai
Pertama sekali, Berjuntai Bestari@Batang Berjuntai tu kampung aku..dari kecil sampai habis form 5 aku tinggal di Berjuntai Tin ...dari sejak aku lahir lagi...aku da kenal sangat tempat ni...da lama pasir-pasir di situ dikorek oleh kapal-kapal korek (ada 9 buah kapal korek), segala jenis jentolak atau mesin-mesin yg sewaktu dgn nya.Rumah-rumah disitu dah lama retak-retak..bukan lah di sebab disebabkan operasi korek pasir..tapi..sebab ubahsuai rumah tak ikut piawaian. Siapa punya idea yang panggil TV3 1/4 ni? Team Mat yoep (Ketua umno Cawangan) atau team Mamud (Bekas ketua kampung)?
Tuesday, July 13, 2010
Isu pasir di Selangor

Aku rasa sungguh sakit hati masa tenngok Buletin Utama TV3 1/4 tadi. Dengan muzik background yang mendayu-dayu, menunjukkan lombong-lombong tinggal di Selangor. Aku tak rasa projek korek pasir kat lombong-lombong tu berlaku selama 2 tahun PKR memerintah..itu lombong-lombong peninggalan lanun -lanun yang da jadi pembangkang sekarang ni.
Tupasal la lanun-lanun tu dok meraung-raung kat Sidang Dewan nak kan harta curi diorang semula..apa punya gila la bapak penyamun ni...tapi diorang ngaku pulak yang KSSB buat lebih banyak untung dari masa diorang memerintah negeri kesayangan aku ni..
Cukup la khir..nak bangkang pun bior la yang menguntungkan rakyat...paling tidak pun tok orang kampung yg ngundi ko tu...jgn asyik dok pikir tembolok sendiri je!
Apa yang Tan Sri Khalid jawap...baca seterusnya..dan yang ini pun menarik jugak..baca la.
Saturday, September 26, 2009
Isu SELCAT dan Kenyataan-Kenyataan yang Mengelirukan
Baru-baru ini kita terpaksa menangani ‘krisis jadian’ sekali lagi di Selangor. Krisis kali ini berhubung persoalan kaedah sesi soal siasat terbuka yang berlangsung melalui SELCAT, khususnya terhadap pegawai-pegawai kerajaan. Mereka dikatakan telah ‘dibuli’, ‘diperbudak-budakkan’ dan ‘dihina’ semasa perjalanan sesi tersebut. Di atas alasan ini maka dikeluarkan kenyataan mengkritik perjalanan sesi soal siasat tersebut di dalam media.Seperti yang boleh dijangkakan, kritikan terbuka sebegini oleh Dato Dr. Hassan Ali, sebagai seorang Ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor memang dimanfaatkan sepenuhnya oleh media arus perdana. Kritikan-kritikannya digunakan untuk menyatakan kononnya wujud perbalahan dan berbagai masalah dalam PR Selangor.
Sebenarnya, kita semua menyedari bahawa SELCAT merupakan perkara yang baru. Sesi soal siasat terbuka seperti ini sememangnya merupakan satu amalan yang tidak biasa dilakukan di negara kita ini. Oleh itu sudah pasti akan ada reaksi yang kurang baik dan mungkin akan ada juga kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi. Saya difahamkan bahawa sudah pun dibuat teguran-teguran kepada pihak yang berwajib bagi memperbaiki beberapa kelemahan yang telah pun dikenalpasti. Teguran-teguran itu telahpun diterima dengan baik di atas semangat kebersamaan dan kerjasama.
Yang menjadi masalah ialah apabila Dato Dr Hassan membuat pendedahan dan kritikan berhubung persoalan ini kepada pihak media arus perdana. Diambil olehnya posisi sebagai pengkritik dan pembangkang, mengkritik kerajaan PR, sedangkan beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai ahli exco yang sedang bersama berusaha untuk mengasaskan budaya ketelusan, pertanggungjawaban dan keamanahan yang hampir tidak wujud semasa zaman BN dahulu. Diluah pula apa yang tidak dipersetujuinya kepada akhbar arus perdana yang dikenali semua sebagai alat pihak lawan.
Semestinya apabila diserang sebegitu, oleh orang yang dianggap rakan, ramai dari ADUN PR yang terperanjat. Lebih-lebih lagi apabila teguran-teguran yang sama telah pun dibincang bersama secara tertutup dan telah juga diambil kira. Tindakan beliau dilihat sebagai usaha untuk menonjolkan diri sebagai pembela pegawai-pegawai ini, sambil dalam masa yang sama SELCAT pula digambarkan sebagai pihak yang menzalimi mereka!
Bagi saya, yang ‘membuli’, ‘memperbudak-budakkan’ dan ‘menghina’ pegawai-pegawai kerajaan gred atasan ini ialah pentadbiran BN dahulu. Ini mereka lakukan apabila mereka mengarah pegawai-pegawai atasan ini supaya membenarkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi setiap DUN dihabiskan dalam tempoh 2 bulan sedangkan ianya peruntukan untuk setahun! Mereka dipaksa mengenepikan peraturan-peraturan tetap dan dalam pada itu diugut dengan tindakan tata-tertib sekiranya tidak akur. Ini ‘buli’ dan ini ‘memperbudakkan’. Sebaliknya, tindakan kerajaan PR ingin mendidik dan memartabatkan jawatan pegawai-pegawai kanan ini dengan menjelaskan kepada mereka amanah dan tanggungjawab yang datang bersama jawatan yang penting sebegitu.
Hasil tindakan mengkritik SELCAT secara terbuka oleh Dato Dr Hassan, dan ini bukan merupakan kali pertama tindakan sebegini dilakukannya, telah pun menjejaskan imej PR dan PAS.
PR kelihatan sebagai sebuah kerjasama dan gabungan yang rapuh, lemah dan tidak kukuh. Ia dilihat sentiasa bertelagah satu sama lain walaupun telah bersama selama lebih dari setahun. Imej lemah sebegini memang diusahakan oleh BN dan dengan tindakannya itu, beliau telah pun secara tidak langsung membantu BN dalam usaha mereka untuk memperlekehkan PR. Segala usaha PR untuk menzahirkan imej bersatu, kukuh dan padu digagalkannya dengan tindakan sebegini.
PAS pula dilihat sebagai parti yang bersifat ‘talam dua muka’atau ‘gunting dalam lipatan’. Duduk bersama Exco membincang segala pendekatan tetapi menempelak kerajaan PR pada setiap peluang yang diperolehinya. Dalam bahasa Inggeris ada istilah ‘one-up manship’ yang bermakna usaha untuk menaikkan nama sendiri dengan menjatuhkan nama ‘kawan’. Orang yang sebegini tidak ada yang ingin jadikan sebagai kawan. Dia sentiasa mengambil kesempatan untuk menjatuhkan imej kawan demi menaikkan imej sendiri. Golongan ini dijadikan kawan hanya apabila tiada pilihan lain atau terpaksa.
Sepatutnya sebagai Parti Islam, PAS adalah parti yang ingin disepakati oleh semua kerana jujurnya, amanahnya, setianya, lurusnya dan telusnya. Parti Islam tidak akan khianat kerana sentiasa boleh diharapkan dan dipercayai. Berpegang kepada janjinya dan bukan jenis cakap lain, buat lain. Malangnya buat masa ini di Selangor, PAS tidak mempunyai imej yang sebegitu. Apabila disebut sahaja ‘lompat’ di Selangor, semua melihat pada PAS. Ini adalah hasil dari tindakan-tindakan ‘one-up manship’ yang telah berlaku selama ini.
PAS dilihat mempunyai agenda tersendiri yang dirahsiakan dan tidak dikongsi bersama dengan rakan Pakatan. Ini menimbulkan syak wasangka dan boleh menggagalkan PR. Kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah yang dikeluarkan selepas ditegur hanya menimbulkan kesangsiaan. Sekejap dikatakan hakim pencen, sekejap tidak. Sekejap dikatakan ingin mengkaji semula kedudukan dengan PR, sekejap tidak! Keliru lagi mengelirukan!
Saya tidak faham, apakah sukar sangat untuk kita berpakat dan berkerjasama secara jujur dan ikhlas? Bukankah kejujuran dan keikhlasan itu dituntut oleh Islam? Adakah kerana kita merasakan kita Parti Islam dan yang lain tidak, maka kita tidak perlu berlaku jujur dalam kerjasama kita bersama mereka? Adakah kita sudah begitu sesat dengan fahaman Yahudi Zionis sehingga menganggap setia kepada janji dengan bukan Islam adalah satu kesalahan? Akan hilang atau tidak wala’ lagi pada kepimpinan Islam kerana menjadi wala’ kepada pemimpin lain? (Bagi yang tidak tahu, wala’ maksudnya kesetiaan).
Sekiranya itulah fahaman yang hendak dibawa, maka akan hancurlah PAS. Bukan kerana kekuatan lawan tetapi kesesatan diri sendiri. PAS sebagai parti Islam mestilah jujur dengan kerjasamanya dengan pihak lain dan atas kejujuran itu akan terbina satu kekuatan yang jitu. Kekuatan kejujuran dan keikhlasan perjuangan Islam inilah yang akan menyebab semua datang berteduh di bawah naungannya. Inilah kaedah yang sebenarnya, bukan melalui pengkhianatan, kelicikan dan kepura-puraan.
WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD
Benarkah Pegawai2 Kerajaan Dihina dalam Sessi Soaljawab SELCAT?Jawapan kepada Kenyataan Dato' Hasan Ali
Dato Hasan Ali dalam kenyataan terbaru beliau (yang saya rasa disediakan oleh Roslan SMS yang tak berapa bijak tu) Dato Hasan mengatakan:“Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.”
Inilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran.
Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.
Sekiranya dakwaan Dato Hasan ini benar, mengapa YB Saari Sungip tidak menyokongnya? Mengapa YB Saari Sungip malah mencadangkan Dato Hasan dihadapkan kepada “Select Committee” bagi dibicarakan atas alasan tatatertib kerana mempersoalkan SELCAT?
Dan kesemua ahli SELCAT menafikan berlaku usaha menjatuhkan maruah serta wujud unsur tekanan dan ketegangan. Hakikatnya ialah berlakunya ketegangan itu adalah lumrah kerana ianya membahaskan isu yang sensitif seperti itu?
Soalnya sekarang apa perlunya JK SELCAT mahu menjatuhkan maruah pegawai2 kerajaan ini? Apa untungnya JK SELCAT berbuat demikian kerana akhirnya mereka juga terpaksa bekerjasama dengan pegawai2 ini apabila mereka mahu menjalankan kerja2 wakil rakyat mereka?
Saya cabar Dato Hasan dan kuncu2 nya menafikan khabar ini. Bahawa para DO2 ini di bawah platform “PROMIS” , sebuah persatuan tidak berdaftar yang dianggotai oleh pegawai2 kerajaan dari daerah dan PBT , telah datang mengadap Dato Hasan dan mengadu kepada Dato Hasan berkenaan dengan apa yang mereka telah hadapi dalam prosiding2 SELCAT.
Dalam perjumpaan tersebut, pegawai2 ini telah melonjak ego Dato Hasan dengan mengatakan bahawa hanya Dato Hasan harapan Melayu dalam pentadbiran Selangor. Dan Dato Hasan terus mempercayai puak2 ni TANPA merujuk kepada wakil PAS dalam SELCAT, yakni saudara Saari Sungip.
Seterusnya kenyataan itu berkata:
“Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.”
Apakah Dato Hasan tidak sedar bahawa tanpa kerjasama dari pegawai2 ini, tidak mungkin peruntukan yang berjumlah RM450k per DUN dapat dikeluarkan dalam masa kurang dari 2 minggu? Seharusnya pegawai2 ini harus dipersoalkan mengapa boleh peruntukan2 ini dikeluarkan dengan begitu cepat sedangkan pegawai2 ini berkuasa untuk memproses permohonan dengan kadar masa yang berpatutan?
Apakah begitu dangkal sekali pemikiran Dato Hasan sehingga tidak sedar bahawa tidak mungkin UMNO dapat menggunakan wang rakyat untuk kempen mereka sekiranya tiada kerjasama erat dari pegawai2 kerajaan yang ada sekarang ini?
Dan sekiranya pegawai2 kerajaan ini benar2 dipaksa dan disuruh untuk melakukan korupsi, apa yang perlu ditakuti oleh mereka? Mereka boleh memberitahu kepada SELCAT bahwa mereka mendapat arahan dari UMNO untuk melepaskan peruntukan yang berjumlah ratus ribu ringgit per DUN itu dan mereka terpaksa menuruti? Mengapa mereka perlu mempertahankan tindakan mereka sehingga berlaku sedikit ketegangan dalam persidangan mereka?
Lagi satu kenyataan yang menampakkan kebodohan serta kedunguan Dato Hasan serta penasihat2 beliau:
“Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.”
Saya cabar Dato Hasan dan penasihat2 beliau supaya tunjukkan apa kurangnya kelayakan ahli2 SELCAT yang ada sekarang? Adakah mereka tidak ada pengalaman? Adakah Saudara Azmin Ali tidak pernah berkhidmat di bawah bekas Menteri Kewangan Malaysia? Adakah Teng Chang Kim itu bukan berkelulusan undang2?
Sekali lagi, berhentilah buat kenyataan2 yang dangkal dan bodoh. Masaalah Dato Hasan adalah penasihat2 beliau adalah dunggu dan bengap. Jadi, Dato Hasan pun jadi dunggu juga. Itulah masaalahnya.
Tulang Besi
Sunday, August 30, 2009
Kepala Lembu - Penerusan Agenda Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, Ogos 29 — Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.
Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.
Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan.
Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.
Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor.
Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.
Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah.
Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja.
Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.
Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.
Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS.
Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.
Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.
Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.
"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid.
Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.
Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.
"Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alamhttp://www.themalaysianinsider.com
Saturday, August 22, 2009
Timb Pesuruhjaya SPRM diminta tutup mulut
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat sama ada kandungan surat misteri yang dikemukakan dalam kes inkues kematian Teoh Beng Hock pada Rabu lalu adalah sama dengan kandungan surat yang tersebar di internet semalam. Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed menegaskan dakwaan dan tohmahan yang terkandung dalam surat yang tersebar di internet itu adalah tidak benar.
Penafian Abu Kassim terhadap dakwaan yang terkandung dalam surat misteri yang dikatakan mempunyai kaitan dengan beliau itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak beretika dan tidak menunjukan keikhlasan pihak suruhanjaya atau satu helah bagi melindungi dirinya sebelum sebarang siasatan dijalankan.
Kita minta Abu Kassim tutup mulut dan serahkan kepada orang lain yang menyiasat hal SPRM. Orang lain karam di laut kenapa Abu Kassim pula yang lemas didarat?
Mana mungkin seorang Timbalan Pesuruhjaya SPRM seperti Abu Kassim boleh mengatakan surat misteri itu sebagai tidak benar tuduhannya sebelum badan berkecuali menyiasat dan mahkamah membuat keputusan? Beliau harus sedar diri bahawa bidang kuasa SPRM cuma menyiasat bukan menghukum orang yang disiasat.
Sepatutnya Abu Kassim tidak menunjukan sikap menggelabah dan menafikan apa saja bahan bukti yang menjurus SPRM terlibat. Sebaliknya menyerahkan kepada Inkues membuat kerja tanpa mempengaruhinya dengan penafian. Harus diingat bahawa badan SPRM kini terlalu banyak kontroversi dengan rakyat Malaysia.
Beliau boleh menafikan segala tuduhan penglibatan SPRM dalam kematian mendiang Teoh Beng Hock di kandang bicara jika dituduh, tetapi bukan dalam TV3 dan akhbar-akhbar dengan niat untuk mempengaruhi Inkues. Penafian beliau itu sebelum disiasat boleh dianggap sebagai usaha melindungi pegawai tinggi SPRM daripada disiasat.
Rakyat kini menuntut penjelasan bukan saja mengenai kaitan Abu Kassim dalam kes mendiang Beng Hock, tetapi turut melibatkan tuduhan rasuah di mana satu badan berkecuali diperlukan untuk membuat penyiasatan ke atas semua harta pemilikan sama ada atas nama dirinya, anak isteri atau keluarga yang mempunyai kaitan dengan beliau dan sejauh mana penglibatan pihak-pihak itu dalam politik.
Sama ada surat misteri itu bertandatangan atau tidak, itu tidak penting. Yang penting ada tuduhan dan pendedahan. Ia mesti disiasat dengan terperinci dan dalam masa yang sama jawatan beliau hendaklah digantung sementara bagi melicinkan proses siasatan.
Sama ada surat misteri yang berada di tangan Inkues sama dengan surat di internet, itu tidak penting. Yang penting penyiasatan diadakan bukan dari pihak SPRM dan ia mesti dilaksanakan segera bagi meyakinkan rakyat bahawa siasatan terhadap surat misteri itu dilakukan oleh badan bukan kerajaan yang terdiri daripada badan berkecuali dan bebas.
http://www.malaysiatoday.com/Friday, August 21, 2009
Skrip drama SPRM yang diluluskan oleh Kerajaan Laki Bini
Oleh Raja PetraSemuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.
Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.
Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.
Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.
Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.
Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik
SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.
Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.
Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.
Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.
SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.
Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!
Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.
Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.
Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.
Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.
Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.
Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.
Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.
SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.
Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.
Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.
Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.
Wednesday, August 13, 2008
MB Selangor enggan mohon maaf
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga berharap isu berkenaan tidak lagi dibesar-besarkan, lapor Bernama hari ini.
"Tak ada... ini bukan ada maaf atau apa, semua ini hanya untuk menerangkan isu yang telah dipolitikkan," beliau dipetik berkata, mengulas desakan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu yang mahu beliau berbuat demikian secara terbuka.
Semalam lebih 5,000 pelajar UiTM di Shah Alam dilaporkan berarak sejauh dua kilometer ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor yang menempatkan pejabat menteri besar sebagai tanda bantahan dan menyerahkan memorandum yang menyatakan rasa kesal mereka terhadap cadangan itu.
Abdul Khalid dilaporkan menjelaskan, kenyataannya Ahad
lepas bukanlah pendirian kerajaan Pakatan Rakyat atau PKR.
Katanya, kenyataannya dibuat ketika menjawab soalan daripada
media tentang kemasukan pelajar asing dan Bumiputera ke UiTM dalam konteks untuk mempertingkatkan mutu pendidikan tinggi sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada pelajar Melayu dan Bumiputera.
"Kerajaan negeri Selangor amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman," katanya.
Abdul Khalid menegaskan, beliau tidak pernah bermaksud
mempertikaikan hak keistimewaan pelajar Bumiputera dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi mengangkat martabat pelajar Melayu serta Bumiputera di Sabah dan
Tambahnya, seperti dilaporkan agensi berita itu, beliau merancang mengadakan perbincangan dengan universiti-universiti di Selangor supaya mereka dapat berusaha untuk mencapai tahap universiti bertaraf antarabangsa.
"Salah satu ciri yang menyebabkan universiti-universiti dikenali di
peringkat antarabangsa ialah keterbukaan universiti daripada segi idea dan kemasukan pelajar dan juga daripada segi penglibatan pelajar dalam perbincangan terbuka mengenai isu-isu semasa," katanya.
_______________________________________________________________
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedia mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan beberapa syarat, termasuk ia dibuka kepada pihak media.
Semalam, Abdul Khalid berkata, beliau mahu mengadakan pertemuan dengan wakil pelajar UiTM berhubung saranannya supaya pusat pengajian tinggi itu turut dibuka kepada bukan bumiputera.
Berikutan itu, para pelajar UiTM telah berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi semalam untuk menyerah memorandum kepada Khalid sebagai membantah syor tersebut.
Yang Dipertua (MPP) UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa pihaknya mengena syarat tersebut supaya media dapat melaporkan perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut.
Katanya, ini bagi mengelak berlaku percanggahan kenyataan yang diberikan kepada pihak media selepas pertemuan itu diadakan.
Satu lagi syarat, katanya, ialah pertemuan tersebut mesti dihadiri oleh menteri besar dan exco pendirikan, Dr Halimah Ali.
"Ini kerana menteri besar yang mengutarakan saranan membuka UiTM kepada bukan bumiputera, manakala Dr Halimah sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap pendidikan di Selangor," katanya.
Di samping itu, katanya, memandang pertemuan tersebut terbuka kepada semua pihak, maka ia sesuai diadakan dalam kawasan kampus UiTM bagi mengelak berlaku sebarang provokasi.
"Dengan kehadiran orang luar, jika berlaku sebarang provokasi, ia boleh menjejaskan imej pelajar UiTM," tambahnya.
Saranan jumpa minggu ini
Luqmannulhakim berkata, kalau boleh, pihaknya mahu pertemuan itu diadakan dalam minggu ini kerana semangat pelajar sedang berkobar-kobar untuk bertemu dengan Abdul Khalid.
Semalam, menteri besar Selangor itu berkata, beliau serta para exco kerajaan negeri bersedia mengadakan pertemuan itu selepas pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hujung bulan ini.
"Sepatutnya dipercepatkan kerana kita hanya perlukan masa satu jam sahaja untuk mengadakan pertemuan tersebut," kata Luqmannulhakim lagi.
Ditanya sekiranya Abdul Khalid tidak dapat menemui mereka minggu ini, beliau berkata: "Tengoklah, selepas pilihanraya kecil itu, jika ada masa kita jumpalah."
Katanya, ia kerana sebagai pelajar, mereka juga perlu mengikut pengajian masing-masing.
Kelmarin Menteri Besar Selangor dilaporkan mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM, dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.
Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.
Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing.
Bagaimanapun, kata Abdul Khalid, cadangan yang dilontarkan ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya daripada semua aspek agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan IPT itu dalam melahirkan generasi bumiputera yang berilmu dan berdaya saing.



.jpg)











