Pages

Wednesday, August 13, 2008

Patrick Lim, Wan Hisham Dalam T-Best – Bukan Anak Syarikat Kerajaan?

Menteri Besar Dato’ Ahmad Said hari ini mengesahkan T-Best Event Sdn Bhd (T-Best), syarikat yang diberikan hak penganjuran Piala Monsun adalah bukan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.

“T-Best, dulu Dato’ Patrick dan Wan Hisham salah seorang,” kata Ahmad apabila ditanya wartawan siapakah pengarah kepada syarikat tersebut.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak berhak menukar individu yang menjadi Lembaga Pengarah syarikat itu kerana ia bukanlah anak syarikat kerajaan.


Ahmad berkata demikian dalam sidang media yang diadakan selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kali Ke 2 Penggal Ke 12, di Wisma Darul Iman semalam.

Buletin Online difahamkan, beberapa hari lalu, Dato’ Wan Hisham dilaporkan telah mengumumkan bahawa T-Best Sdn Bhd mengalami kerugian sebanyak RM 11 juta setiap tahun dalam menganjurkan sukan bertaraf ‘antarabangsa’ tersebut.


Justeru, Wan Hisham dikatakan meminta kerajaan negeri menambah peruntukan belasan juta ringgit lagi bagi membolehkan Piala Monsun Edisi Ketiga tahun ini diadakan.


Pada 10 Ogos lalu, Ahmad berkata kejohanan yang sebelum ini dianggap ‘berprestij’ itu mungkin tidak diadakan pada tahun ini.

Mengulas lanjut, Ahmad mengatakan beliau tidak tahu menahu berkaitan pengurusan syarikat tersebut.

”Saya tak tahu, ‘no comment’ mengenai apa kerugiannya apa sebagainya saya tak tahu, tidak dimaklumkan secara rasmi kepada kita (kerajaan negeri),


“so, saya tak boleh kata apa-apalah, sebab dia yang menganjur bukan kita yang menganjur,”kata Ahmad menafikan bahawa kerajaan negeri akan mengambil alih pengurusan Piala Monsun tetapi hanya akan menganjurkan acara-acara tambahan sekiranya T-Best menganjurkannya pada tahun ini.


Beliau juga menolak untuk bersama-sama dengan T-Best menganjurkan acara-acara yang dicadangkan kerajaan negeri, tetapi akan menganjurkan secara bersendirian.


“Kalau dia (T-Best) uruskan kita nak masuk ‘in-between’ tu, acara-acara yang kita nak buatkan supaya penglibatan orang tempatan,

“No, no, dia yang menguruskan (piala Monsun) bukan kita, so kita kata kita nak ambil acara bersama semasa ‘Monsoon Cup’ itu kita ada aktiviti-aktiviti tambahan yang kita nak buat,

“bukan dengan T-Best (acara tambahan) kita sendirilah,”ujar Ahmad.


Ahmad menegaskan sehingga kini T-Best belum mengadakan sebarang perundingan dengan kerajaan negeri dalam menentukan samada kejohanan tersebut akan diadakan atau pun sebaliknya.


Beliau menolak ura-ura yang mengatakan bahawa T-Best telah diambil alih oleh kerajaan negeri dan dengan keras menafikan anggapan orang ramai selama ini bahawa T-Best adalah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.

”Dianggap, itu tak bolehlah, dianggap…. dia (T-Best) bukan anak syarikat kerajaan negeri..bukan,” tegas Ahmad.

Sumber : Buletin Online

0 comments:

Post a Comment