Pages

Sunday, March 29, 2009

Rasuah politik dalam UMNO tidak mungkin berakhir - Nik Aziz

Biar pun Umno kini diterajui pemimpin lain, namun gejala rasuah dan salah laku dipercayai tidak akan berakhir, malah akan terus 'membarah'.

Ramai percaya Umno akan terus berada di tahap lama biar pun beberapa pendekatan baru cuba diambil Dato' Seri Najib Razak selepas menerajui parti itu.

"Walau pun pemimpin tertinggi parti itu telah bertukar tangan, namun kerana asas perjuangan tidak pernah berubah menyebabkan kepincangan akan terus berlaku dalam parti itu.

"Masalah kemiskinan rakyat, rasuah, salahguna kuasa dipercayai tidak akan berakhir.

"Pertukaran pasukan dalam Umno hanya orang tertentu sahaja tetapi kereta masih yang lama (sekular) menuju ke destinasi dunia semata-mata," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Najib semalam secara rasminya mengambil alih teraju Umno daripada Abdullah apabila menang tanpa bertanding jawatan tersebut. Dan beberapa hari lagi bakal mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mursyidul Am PAS itu berkata, walaupun sebahagian besar muka-muka baru membarisi kepemimpinan Umno sekarang, namun asas perjuangan parti itu tetap sama.

"Ibarat kereta yang tidak ada break, maka kenderaan itu yang dinaiki pemandu dan penumpang baru tetap berada dalam bahaya," ujarnya ketika ditemui di sini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tiada apa pembaharuan yang dapat dirasai rakyat biar pun orang lain mengetuai Umno kerana haluan masih sama.

Menurutnya selagi parti itu terus membelakangkan agama, mengenepikan soal taqwa, mengasingkan politik dan agama, Umno akan terus bercelaru.

Kata beliau ia jauh berbeza berbanding perjuangan PAS yang berteraskan Islam dan ketakwaan, di mana ahli-ahlinya mempunyai asas agama lebih kukuh.

"Kekuatan akidah pemimpin PAS dapat dilihat pada penggal lalu apabila diuji dengan tawaran sehingga RM5 juta supaya melompat parti mereka tetap tidak berganjak," ujarnya.

Sedangkan beliau berkata, dalam Umno tidak timbul soal pahala dan dosa sehingga menjadikan amalan rasuah menjadi perkara biasa.

Menurutnya Lembaga Disiplin Umno sebelum ini sudah memutuskan ada pemimpin Pemuda Umno yang didapati bersalah dengan rasuah, namun masih dibiarkan bertanding sehingga menang.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga melahirkan rasa hairan memandangkan Umno hanya mengagungkan pemimpin mereka pada waktu-waktu tertentu sahaja.

"Contohnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika dilantik menjadi perdana menteri lima tahun lalu beliau diagung begitu rupa sehingga menggambarkan bekas presiden Umno itu anak seorang ulama.

"Namun selepas Umno kecundang teruk pada pilihan raya umum lalu, beliau pula didesak supaya melepaskan jawatan," katanya.

- HARAKAH DAILY

Thursday, March 26, 2009

KHIR TOYO TERLENTANG KALI KEDUA

Arakian, maka menanglah KJ dengan bergayanya merebut jawatan Ketua Pemuda Umno mengalahkan mantan MB Selangor Khir Toyo dan anak kesayangan mantan PM Tun Mahathir iaitu Mukhriz. Sekalung tahniah buat KJ, pertamanya kerana menumbangkan Khir Toyo yang namanya semakin jelek di mata rakyat. Sekarang barulah Khir Toyo sedar siapakah diri beliau untuk menjadi jaguh kononnya di Selangor sedangkan partinya sendiri menolak beliau meskipun telah di`bersih’kan oleh Lembaga Disiplin Umno. Syabas, KJ kerana walaupun nama mu tercalar sedikit oleh gara-gara Lembaga Disiplin Umno, tetapi seteruk mana pun Umno, KJ masih dianggap seorang pemuda yang berani.

Sebenarnya bukan niat saya untuk menyokong KJ menjadi Ketua Pemuda Umno, tetapi niat saya yang lebih utama adalah untuk melihat Khir Toyo jatuh terduduk untuk kali keduanya. Kali pertama Khir Toyo terlentang selepas Pilihanraya Umu ke 12 di mana sebuah negeri terkaya kini menjadi milik PR. Setelah jatuh, Khir Toyo cuba untuk bangun dengan mencipta berbagai isu bagi menjatuhkan kerajaan pimpinan Tan Seri Khalid tetapi akhirnya beliau sendiri terlondeh. Sehingga kini, kerajaan negeri Selangor sedang giat `melondehkan satu demi satu pakaian’ Khir Toyo. Khir Toyo kini sudah menjadi seperti wayang kulit yang dipertontonkan oleh kerajaan PR di Selangor untuk tatapan seluruh masyarakat dan kadang kala kita tertawa dengan persembahannya. Beliau cuba untuk naik kembali dengan menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda Umno. Sekali lagi untuk kali kedua, Khir Toyo terlentang dan terduduk bukan disebabkan oleh pembangkang, tetapi oleh majoriti perwakilan Pemuda Umno sendiri. Syabas untuk KJ.

Kekalahan Mukhriz anak kepada tokoh yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan DS Anwar dalam Umno, beliau sememangnya patut kalah walaupun tiada siapa yang menjatuhkannya secara konspirasi sepertimana ayahanda beliau pernah lakukan pada DS Anwar. Beliau kalah secara `anak jantan’ kepada KJ yang juga menang secara `lebih jantan’. Slogan `Berani Berubah’ yang dibawa oleh Mukhriz kini lebih sesuai ditukar kepada `Berani Kalah’. Sememangnya beliau berani kalah walaupun diberitakan beliau menangis ketika mendapat tahu beliau tewas. Benar atau tidak berita itu saya tidak tahu, tetapi sejarah pernah memperlihatkan betapa ayahandanya juga menangis teresak-esak di atas pentas di PWTC ketika mengumumkan untuk `bersara’ dari menjadi Presiden Umno. Jika benar Mukhriz juga menangis, maka tiada salahnya kerana `kuah akan tumpah ke nasi’ jua.

Walau sekuat mana pun jeritan penyokong-penyokong Khir Toyo dan Mukhriz mengatakan KJ menang kerana rasuah, yang nyata KJ tetap menang. Jangan salahkan KJ jika beliau dianggap merasuah untuk menang, tetapi salahkan perwakilan yang mungkin terlalu `lapar’ ketika itu. Pada saya, KJ tidak mungkin melakukan rasuah untuk menang kerana sememangnya beliau layak untuk menang jika dibandingkan dengan Khir Toyo dan Mukhriz. KJ wajar berterima kasih kepada penganjur program Wacana Politik di Kelantan baru-baru ini yang memberi peluang kepada beliau menunjukkan keberaniannya berdebat dengan YB Husam Musa. Tidak dapat dinafikan program tersebut telah menyumbangkan bonus buat KJ. Berlainan dengan Khir Toyo yang cuba mendapatkan bonus dengan mencari berbagai isu di Selangor untuk menunjukkan beliau kononnya pejuang rakyat di Selangor dan berani mendedahkan penyelewengan kerajaan PR di Selangor. Malangnya, semua isu tersebut memakan diri bahkan ahli-ahli Umno sendiri tidak percaya dan mentertawakan beliau. Ternyata isu lembu yang dibawa oleh Khir Toyo seolah-olah menjadikan beliau kini seperti makhluk berkaki empat itu juga.

Selepas ini, tugas utama KJ adalah berdepan dengan rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Ketika itu, KJ jangan tersalah langkah seperti apa yang telah beliau lakukan di Permatang Pauh. Rakyat di Perak bukannya seperti perwakilan Pemuda Umno yang seronok melihat keris ditatang, dihunus dan dicium. Apalah ertinya keris `telanjang’ tanpa sarung itu pada rakyat Perak. KJ juga kena pastikan sebelum melangkah ke bumi Bukit Gantang, tentukan beliau `mandi bunga’ terlebih dahulu untuk menghilangkan `badi’ beliau bila berdepan dengan PR di sana. Jika perlu untuk membawa Raja Sesumpah Ezam, pelawalah Ezam untuk `mandi bunga’ bersama-sama. Rakyat di Bukit Gantang bersedia menanti dan menyambut Ketua Pemuda Umno yang baru ditabalkan ini.

Kepada mereka yang tewas, Khir Toyo dan Mukhriz saya amat simpati dengan kedua-duanya. Sekarang anda berdua tentu boleh berfikir mengapa orang yang disabitkan bersalah dalam politik wang boleh menang di dalam pemilihan Umno sedangkan kamu yang dikatakan bersih boleh tewas? Jika begitu, maksudnya Umno masih belum berubah dari tabiat lamanya. Apakah tabiat Umno itu? Mungkin KJ dan Ali Rustam lebih arif untuk menjawabnya untuk kamu ketahui.

Wednesday, March 18, 2009

Zaid cadang Agong tidak lantik Najib sebagai PM

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meminta Yang Dipertuan Agong melantik Perdana Menteri baru di kalangan anggota Parlimen yang boleh diterima rakyat.

Bagi beliau, perlantikan bakal Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri akan memecahbelahkan rakyat negara ini.

"Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas," kata beliau yang juga bekas Ahli Parlimen sebagaimana yang dilaporkan Mstar hari ini.

Zaid berkata demikian ketika berucap pada majlis anjuran Rotary Club di sini hari ini.Kata beliau, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang rakyat boleh berharap tanpa sebarang kesangsian.

"Seseorang yang mereka boleh percaya dan boleh hormat. Seseorang yang tiada skandal untuk beralih daripadanya dan oleh itu memperoleh penghormatan daripada masyarakat antarabangsa," katanya.

"Ini merupakan antara suasana sukar dan perlu bersedia untuk berhadapan dengan suasana lebih buruk yang bakal dialami.

"Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyatukan negara bagi menghadapi suasana malang. Kita akan lemah jika berpecah," kata bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu itu.

"Budi bicara melantik seorang Perdana Menteri yang akan menggantikan Abdullah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

"Walaupun Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perlembagaan diperlukan untuk melantik seorang yang memperoleh keyakinan majoriti anggota Parlimen, ia hanya satu bentuk keputusan Yang di-Pertuan Agong," katanya yang merupakan bekas de facto Menteri Undang-undang yang meletakkan jawatan ekoran tangkapan empat orang, termasuk Teresa Kok, di bawah ISA tidak lama dulu.

"Tiada beban perlembagaan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Presiden Umno sebagai Perdana Menteri.

"Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas," kata beliau.

Thursday, March 5, 2009

Sivakumar boleh hukum Hakim

Analisis Isu Oleh ramziredang

" Dalam perkembangan yang semakin berkecamuk yang berlaku di Perak, aku tertarik dengan satu penjelasan dari karpal singh dari segi undang undang. Karpal kata dari segi undang undang speaker dewan boleh memanggil pesuruhjaya hakim yang mengeluarkan arahan injuksi baru baru ini.

Ini boleh dianggap menghina dewan dan hakim tersebut boleh diambil tindakan oleh sivakumar. Mak oiii..kan makin menarik cerita kerajaan pasir berdengung sekarang. Pemimpin pemimpin UMNO yang bangang tu tentu dah makin pening.

Ditambah pulak dengan status hakim tersebut yang dah tamat tempoh perkhidmatan selama dua tahun. Belum dapat disahkan samada dia dah sambung kontrak atau tidak, tapi aku rasa 'lesen terbang' akan keluar tidak lama lagi yang mengatakan dia dah disambung kontrak lamaaaa dulu. Hampeh betui.

Nampaknya ini adalah satu permulaan era baru di malaysia. Malaysia menuju ke arah negara kacau bilau di masa akan datang. Mungkin selama sedekad akan datang undang undang akan ditegakkan melalui pergaduhan atau rusuhan. Ini kerana UMNO telah menginjak injak undang undang. Segala institusi telah runtuh nilai nilai moral. Apa saja yang pakar dalam bidang masing masing dah tak boleh digunapakai.

1. Bahasa : Kalau nak menaikkan bahasa kita kena la rujuk kepada ahli bahasa atau sasterawan , A samad ke atau sapa sapa, ini tidak, A samad pun dia orang tak pakai.

2. Perlembagaan : Kena rujuk pada pakar perlembagaan : contohnya Dr Aziz bari, Dr aziz bari pun diaorang tak pakai.

3. Undang undang : Kena rujuk pada ahli undang undang, peguam atau hakim.
Pada hakim dan majlis peguam pun diorang confius.

4. Dewan undangan negeri : Kena rujuk pada speaker dewan, ini tidak, speaker dewan dia tak pakai, tapi setiausaha dewan yang di bawah speaker pulak dia dengar.

5. Pekida : Dalam nama ada 'dakwah', tapi anak dara, bini orang dia sapu, samseng pada orang melayu je.

6. Polis : Ada sesiapa yang rasa aman bila dengar nama polis??

7. Suruhanjaya rasuah. Selamat ke duit negara kalau bagi kat Ahmad said jaga?? Belum bicarapun dia dah bercakap kata MB khalid salah, ada udang disebalik VIDEO ke ahmad??

8. Mufti : Keluar hukum sekali sekala supaya orang perasan dia masih mufti. Pastu balik rumah renung anugerah MAAL HIJRAH ke apa ke sambil tersenyum. Api neraka mungkin dia fikir jauh dari dia kut sebab dia mufti.

9; UMNO : Yang ni masih tak berubah. Bapak dia penjajah. Perangai dia pun penjajah. Raja dulu dulu dia bagi duduk selesa supaya tak masuk campur urusan negeri atau pun campur sekali sebelah dia untuk urusan negeri.

10. Senarai nama orang yang dulu perosak tapi sekarang nak nampak baik ...nombor satu MAHATHIR...yang lain kau tambah sendiri laaaa