Pages

Thursday, August 14, 2008

Taiwan menuntut hak keatas Pulau Spratly


“Pulau Layang-Layang belongs to the Republic of China (Taiwan’s formal title), either from the point of view of history, or geography or international law. We hope claimants of Spatlys islands put aside sovereignty disputes and jointly develop resources (near the islands),” the Taiwanese Foreign Ministry said in a statement." - Susan Loone Blog

Kelemahan pentadbiran Dollah Badawi telah menyebabkan ramai pihak telah mengambil kesempatan untuk merampas hak kedaulatan negara kita. Bermula dengan kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Apakah mereka akan berhenti setakat itu atau Pulau Pisang juga menjadi idaman mereka selepas ini?

Dan yang terbaru, Pulau Spratly menjadi sasaran. Mampukah kerajaan BN mempertahankannya dari jatuh ketangan Taiwan? Jika diambil dari senario politik semasa, penulis tidak yakin KERAjaan Dollah Badawi mampu mempertahankannya jika masih bergantung kepada Rais Yatim dan Ghani Patail untuk berhujah di ICJ.

Berita ini masih belum dilaporkan dimana-mana akhbar utama atau pun di Malaysiakini. Perkara ini tidak boleh disorok oleh KERAjaan dari pengetahuan rakyat kerana ia melibatkan kedaulatan negara. Mereka perlu menjelaskan kepada rakyat langkah-langkah diplomasi yang telah atau bakal diambil untuk menanganinya.

Datuk Seri Najib Tun Razak pula cuba mengugut Taiwan dengan menghebahkan aset-aset strategik yang dimiliki oleh KERAjaan seperti kapal perang, jet pejuang dan markas Tentera Laut Diraja Malaysia untuk melindungi pulau itu. Kenyataan ini dibuat ketika menghadiri pertandingan menembak di pulau tersebut baru-baru ini bersama IGP Musa Hasan dan PAT Dato Aziz.

Bersediakah kita untuk berperang dengan Taiwan atau itukah pilihan terbaik KERAjaan untuk mempertahankan Pulau Spratly?

Pendapat penulis, pilihan terbaik rakyat Malaysia untuk mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini hanya dengan menukar pemimpin yang lebih diyakini rakyat dan dihormati di peringkat antarabangsa.

0 comments:

Post a Comment