Pages

Thursday, August 21, 2008

Lagi pengundi hantu dikesan.

SEBERANG JAYA 21 Ogos (SK)- Angkatan Muda KeADILan hari ini mededahkan kewujudan pengundi hantu di pilihan raya kecil Permatang Pauh dan menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya segera bertindak bagi menangani isu ini.

Timbalan Ketua AMK, Faiz Musa berkata setakat ini banyak pengundi hantu telah dikesan melalui sistem aduan sms talian hotline (Info AMK Aduan) 32244 yang dilancarkan sejak semalam.

“Kejadian terbaru membabitkan seorang penduduk di Seberang Jaya yang mendapati terdapat seorang pengundi hantu telah didaftarkan dialamat kediaman beliau.

Hasil semakan pada daftar peilih bula Julai kami dapati pengundi hantu berkenaan, Tanalachumi @ Ranee a/p Muthiah telah didaftarkan denganalamat sama di kediaman yangdidukui oleh pengadu,” katanya dalam satu sidang media di bilik gerakan pilihan raya AMK di Seberang Jaya petang tadi.

Menurutnya, penduduk terbabit Eremi Shahuddin bin Mohammad Zakaria telah membuat laporan polis mengenai perkara itu paa jam 11.25 pagi tadi di balai polis Seberang Jaya.

Sehubungan, beliau berkata AMK memandang serius perkara ini dan akan memastikan setiap langkah diambil untuk menangani perkara itu.

Di samping itu, katanya, AMK juga akan menyerahkan laporan mengenai kes pengundi hantu terbabit kepada Pengarah Pilihan raya Pusat, Azmi Ali untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Eremie, ketika di temui SK, berkata, beliau mendapat salinan Handbill yang dihasilkan oleh Sistem Menang Pilihan raya (Sismep) KeADILan.

Sistem berkenaan yang dibangunkan berdasarkan daripada senarai daftar pemilih terkini SPR memberikan maklumat berkaitan mengenai daftar pilih pengundi dan kawasan mengundi.

“Saya terkejut apabila mendapati ada nama lain berbangsa India selain daripada nama isteri saya. Perkara ini tidak pernah terjadi ketika pilihan raya umum Mac lalu.

Saya kemudian telah menghubungi bilik gerakan AMK untuk mengadu perkara itu dan juga embuat laporan polis,” katanya lagi.

Dalam perkembangan yang sama, Faris berkata AMK menggesa semua penduduk khususnya pengundi di Permatang Pauh yang mendapati sebarang kewujudan pengundi hantu,kesilapan, kesalahan ataupun kehilangan nama mereka sebagai pengundi berdaftar di kawasan terbabit menghubungi talian hotline 32244 melalui sms.

“Mereka boleh memaklumkan kepada petugas AMK supaya kami dapat mengambil tindakan sewajarnya berkaitan isu berkenaan,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment