Pages

Showing posts with label Altantuya. Show all posts
Showing posts with label Altantuya. Show all posts

Friday, July 11, 2008

Najib bersumpah nafi kenal Altantuya

Wallahi Wabilahi Watallahi’ ... Begitulah lafaz sumpah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu.

Beliau melafazkannya di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur petang Khamis.

Beberapa orang yang menghadiri taklimat itu memberitahu Agendadaily bahawa Najib melafazkannya secara spontan semasa giliran beliau berucap.Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanatnya.


Ia terus sambut dengan tepukan gemuruh pada hadirin.Dalam taklimat berkenaan Abdullah telah memberi penerangan tentang proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib.

Mereka yang ditemui selepas taklimat berkenaan berkata lafaz sumpah Najib itu menghilangkan langsung keraguan terhadap berbagai fitnah dan dakwaan yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dengan Altantuya.

Ini termasuk akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramanian semasa sidang akhbar bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu yang kemudiannya ditarik balik pada pagi Jumaat.

“Apa lagi yang perlu kita ragu…kalau tidak …tak mungkin Datuk Seri Najib berani bersumpah begitu,”kata salah seorang dari mereka.

Selasa lalu semasa ditemui Agendadaily di bangunan Parlimen Najib berkata beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Beliau kata demikian ketika ditanya desakan beberapa pihak agar beliau bersumpah bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Semasa berucap pada satu majlis di Pekan Sabtu lalu Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.

Katanya hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Oleh Agendadaily.com

Thursday, July 10, 2008

Bala berada di negara Singapura?

PETALING JAYA: Polis Bukit Aman telah berjaya mengesan Balasubramaniam dan telahpun mengambil keterangannya. Sumber terdekat memberitahu, Bala berada di negara jiran Singapura dan mengatakan perbelanjaan Bala ke negara jiran itu ditaja?

Spekulasi tentang 'misteri' kehilangan Bala bertiup kencang dengan bermacam teori. Setelah lima hari, baru jejaknya dapat dikesan. Itupun setelah mendapat bantuan polis Interpol.

Namun, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin enggan menyatakan negara mana Balasubramaniam berada pada ketika ini bagi mengelak daripada gangguan oleh mana-mana pihak.

Kata Mohd Bakri, proses mengambil keterangan daripada Balasubramaniam itu telahpun dibuat oleh beberapa pegawai polis dari Bukit Aman yang dihantar ke negara berkenaan.

"Kita telah menghantar beberapa pegawai ke negara berkenaan bagi mengambil keterangan daripada Balasubramaniam dan beliau kini masih berada di negara itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jejak mengesan Balasubramaniam berjaya hasil maklumat dari pihak berkuasa negara berkenaan.

Ketika ditanya tarikh tepat bila polis berjaya mengesan Balasubramaniam, beliau berkata :"Tidak perlu tahu bila tarikhnya, yang pasti pegawai kita telah berada di negara berkenaan dan mengambil percakapan Bala".

Balasubramaniam dalam akuan bersumpah pertama bertarikh 1 Julai membuat pelbagai dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Bagaimanapun, beliau menarik balik tuduhan itu dalam akuan bersumpah keduanya pada 3 Julai lepas.

Selepas menarik balik tuduhan dalam akuan bersumpah kedua, Bala terus hilang. Pada hari Jumaat lepas, anak saudaranya R.Kumaresan, 27 membuat laporan polis mengenai kehilangan bapa saudara dan keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields ,Kuala Lumpur pada pukul 5 petang Sabtu.

P.Balasubramaniam bersama isteri dan tiga anaknya masok kategori orang hilang. Kali terakhir Bala dilihat semasa berjalan keluar dari sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi Jumaat bersama peguamnya selepas tarik balik akaun bersumpahnya berkaitan kes pembunuhan rakyat Mongolia Altantuya Shaariibu.

Pada malam Isnin, jam 11.30 malam Kumaresan menerima satu panggilan telefon dari Bala sendiri dan terungkai misteri kehilangannya dan dia sekeluarga selamat.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta orang ramai menghormati hak privasi Balasubramaniam untuk tidak diganggu.

Sementara Datuk Seri Najib Razak pula ketika diminta mengulas desakan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) supaya Bala dibebaskan, berkata: "Kita tak bertanggungjawab jaga dia... kena tanya dialah, mana kita tahu kat mana. Lagipun anak saudara dia dah jawab dia selamat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Ibrahim Pahlawan Melayu di sini.

Kelmarin, lebih 100 penyokong Hindraf mengadakan perhimpunan di Brickfields mendesak pihak berkuasa membebaskan Balasubramaniam dan mengugut akan menganjurkan protes besar-besaran jika permintaan itu tidak dipenuhi.

Wednesday, July 9, 2008

Siapa yang mendapat BALA sebenar nya

Assalamu'alaikum...

Akhirnya setelah 5 hari kehilangan Bala dilaporkan pihak polis berjaya mengesannya & telahpun mengesahkan penemuan Bala disebuah negara jiran tetapi terpaksa merahsiakan lokasi Bala untuk keselamatannya...

Pertama kali PDRM berjaya membuktikan kecekapannya dimata rakyat Malaysia.tapi aku masih ragu-ragu lagi akan ketelusan pihak polis didalam menjalankan siasatan keatas Bala & keselamatan Bala diluar negara.

Agaknya ini cuma mainan akal huduh & busuk hati aku pada ketelusan PDRM dalam kes ni...apa yang aku ragukan ialah betul ke Bala yang melarikan diri atau polis yang sembunyikan Bala?

Kita rujuk balik kronologi sebelum & selepas kehilangan Bala :

1 - Julai 3,2008 P Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.Dakwaan-dakwaan menggemparkan ini terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman yang bertarikh 1 Julai.*rujuk [ sini ]

2 - Julai 3,2008 Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan akuan berkanun seorang penyiasat persendirian yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibu sebagai satu pembohongan yang sangat dahsyat.

"Saya minta pihak berkuasa menyiasat perkara ini. Pihak yang bertanggungjawab perlu menerima akibatnya jika ada kes terhadap perkara itu.

"Saya serah kepada pihak polis untuk ambil tindakan. Saya ada hak sebagai seorang warganegara untuk meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini," katanya.*rujuk [ sini ]

3 - Julai 4,2008 Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat kejutan lagi apabila menarik balik akuan berkanunnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.

Akuan berkanun baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

Balasubramaniam juga mempunyai peguam yang baru. Peguam Americk Sidhu, yang bersamanya semalam, juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sidang akhbar Balasubramaniam masih berjalan.*rujuk [ sini ]
4 - Julai 4,2008 Sementara itu dalam berita dibawah tajuk yang sama peguam Americk Singh Sidhu, yang menemani Balasubramaniam ketika dia membuat pendedahan menggemparkan itu dalam satu sidang berakhir bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, "tidak tahu langsung" mengenai perkembangan terbaru itu.

Americk memberitahu Malaysiakini bahawa Balasubramaniam menerima satu panggilan dari pihak polis, sejurus selepas sidang akhbar tersebut, memintanya hadir di balai polis Brickfields.

"Saya telah menasihatkannya, sebagai seorang rakyat yang patuh kepada undang-undang, dia harus melihat menemui mereka (polis),"

"Sejak itu tidak mendengar apa-apa daripadanya," katanya.
Beliau berkata, Balasubramaniam tidak dapat dihubungi sejak pendedahan semalam.

Akuan berkanun Balasubramanian itu diperakukan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat, yang mempunyai alamat firma guaman Zul Rafique & Partner- firma guaman milik Zulkifly Rafique, yang merupakan saudara lelaki Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique.

5 - Julai 4,2008 Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyiasat akuan bersumpah yang dibuat oleh Balasubramaniam pada 1 Julai lalu dan begitu juga terhadap akuan bersumpah yang bertarikh hari ini.

"Polis akan siasat kedua-duanya. Yang semalam kita siasat dan yang ditarik (balik) hari ini juga kita siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini, demikian menurut laporan Bernama.*rujuk [ sini ]

6 - Julai 4,2008 Peguam Americk Singh Sidhu menafikan bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat akuan berkanun secara paksa.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Americk berkata, akuan berkanun Balasubramaniam yang difailkan pada 1 Julai lalu, dibuat secara sukarela.* rujuk [ sini ]

7 - Julai 5,2008 Penyiasat persendirian P Subramaniam yang membuat akuan berkanun yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu - dan menariknya balik sehari selepas itu - kini tidak dapat dihubungi.

Turut hilang ialah isterinya dan tiga orang anaknya.

Ekoran itu, anak saudaranya, R Kumaresan membuat laporan polis hari berhubung kehilangan Balasubramaniam serta isteri dan anak-anaknya itu.*rujuk [ sini ]

8 - Julai 8,2008 The nephews of missing private investigator P. Balasubramaniam claimed today that their uncle had revealed to them months earlier all the details he had stated in his first statutory declaration (SD) which alleged that Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had links with murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu.*rujuk [ sini ]

9 - Julai 8,2008 Polis tidak menolak kemungkinan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang terbabit dalam kontroversi dua akuan bercanggahan berhubung pembunuhan Altantuya Shaaribu, kini berada di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Interpol, selain membuat pemantuan di pintu-pintu masuk dan keluar negara ini bagi mengesan Balasubramaniam.

"Pihak polis masih mencari dan juga ingin mengambil percakapan beliau terutamanya dengan akuan bersumpah yang telah dibuat baru-baru ini.*rujuk [ sini ]

10 - Julai 8,2008 Peguam Americk Singh Sidhu hari ini membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan untuk mengetahui orang dan/atau orang-orang yang menyebabkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyatakan yang akuan berkanun yang pertama dibuat secara paksa.

Dalam akuan berkanun 1 Julai, Balasubramaniam mengaitkan timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariiibuu.

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, penyiasat persendirian itu telah menarik balik akuan berkanun pertamanya dan membuat akuan berkanun baru tanpa bahagian yang merujuk kepada Najib.

Americk membuat laporan itu di balai polis Brickfields kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Dalam aduannya itu, Americk berkata beliau turut hadir ketika pengesahan akuan bersumpah pertama dibuat.*rujuk [ sini ]
11 - Julai 9,2008 Teka-teki mengenai keadaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, berikutan kehilangannya sejak Jumaat lalu, akhirnya terjawab apabila beliau menghubungi anak saudaranya, malam kelmarin.

Balasubramaniam menghubungi anak saudaranya, R Kumaresan, pada jam 11.30 malam dan mengesahkan beliau serta isterinya selamat.

Kumaresan yang ditemui pada satu perhimpunan di Brickfields di sini, malam tadi, berkata bapa saudaranya itu bagaimanapun enggan memberitahu lokasi beliau dan keluarganya berada.

"Balasubramaniam memberitahu dia tak boleh bercakap secara bebas. Sebelum talian terputus, saya juga sempat bercakap secara ringkas dengan isterinya tetapi dia juga tidak mahu memberitahu di mana mereka berada," katanya.*rujuk [ sini ]

12 - Julai 9,2008 Polis telah mengesan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam di sebuah negara, selepas dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, dan mengambil keterangan daripadanya berhubung dua akuan bersumpahnya serta kehilangannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin berkata proses mengambil keterangan daripada Balasubramaniam itu dibuat oleh beberapa pegawai polis dari Bukit Aman yang dihantar ke negara berkenaan.

Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, beliau enggan menyatakan negara mana Balasubramaniam berada pada ketika ini, dipercayai bagi mengelak daripada gangguan oleh mana-mana pihak.*rujuk [ sini ]

Wujud beberapa persoalan disini rentetan dari kronologi-kronologi diatas yang aku perhatikan saling berhubung kait & macam ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari kita...

Pertamanya Bala pada mulanya dengan penuh keyakinan mendedahkan bukti adanya hubungan antara TPM Najib & Atlantuya & ini diperkuatkan didalam akuan bersumpahnya...sejurus selepas Bala mendedahkan dakwaan itu dalam akuan bersumpahnya pihak polis telah bertindak memanggil Bala kebalai polis Brickfields dan atas nasihat peguamnya Bala telah menghadirkan diri kebalai Brickfield & peguam Bala sendiri telah menghantarnya lebih kurang jam 4 petang hari berkenaan...

Pada sebelah petangnya juga TPM Najib telah menafikan pendedahan dalam akuan bersumpah Bala dengan mengatakan ianya adalah 1 pembohongan yang sangat dahsyat, rekaan, berniat jahat, fitnah untuk mencemarkan imejnya ( TPM Najib ).TPM Najib juga menegaskan supaya pihak berkuasa menyiasat perkara itu dan pihak yang bertanggungjawab perlu menerima akibatnya jika ada kes terhadap perkara itu.

Bunyinya seperti 1 ugutan pula padahal sepatutnya TPM Najib perlu membuat laporan polis terhadap apa yang dikatakan sebagai fitnah untuk membolehkan pihak polis membuat penyiasatan.kenyataan TPM Najib "meminta" pihak berkuasa menyiasat perkara ini boleh dianggap sebagai menyalahguna kuasa melalui kedudukan Najib sebagai TPM sebenarnya.

Keesokan harinya Bala dalam keadaan yang agak selekeh macam baru lepas disodom membuat kejutan pula apabila menarik balik akuan berkanunnya yang pertama & menggantikannya dengan akuan berkanun yang ke 2 yang mana segala butir-butir maklumat yang berkaitan dengan TPM Najib secara magic telah dihilangkan tanpa ada sedikit kesan sebaliknya digantikan dengan penafian yang kalau kita baca macam penafian yang dilakukan oleh seorang manusia yang bontotnya sedang diacukan dengan pistol magnum full automatik 9mm dengan peredam bunyi.

Apa yang depa buat pada bala dekat balai tu?depa offer "BALA" ke dekat Bala???

Tengahari tu jugak peguam asal Bala buat pengesahan bahawa akuan berkanun Bala yang pertama dibuat tanpa paksaan sesiapa oleh Bala & hujah ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan dari anak sedare Bala bahawa butir-butir akuan berkanun tu telah Bala jelaskan sebulan lebih awak padanya & salinan butir-butir akuan berkanun itu juga telah Bala berikan untuk disampaikan pada adik Bala.

Lepas buat kenyataan akhbar tarik balik akuan yang pertama, esoknya Bala hilang tanpa dapat dikesan...macam mana boleh hilang???ini yang aku heran sekali...memula happy,pas tu tarik balik dalam keadaan sugul tapi mengaku akuan pertama tu kena paksa pas tu tetiba hilang...macam ada 1 rancangan sulit dalam kehilangan Bala ni...Keluar di platform PKR dalam keadaan yang penuh keyakinan,pas tu pegi balai...balik dari balai keadaan tak terurus sangat kemudian hilang...betul2 aku musykil...

kalau betul akuan pertama tu kena paksa - kenapa body language tak menunjukkan sebarang masalah???

kalau betul akuan kedua tu tak dipaksa - kenapa body language menunjukkan sebaliknya???

Banyak betul percanggahan fakta dekat sini.yang memusykilkan lagi bila Bala menghubungi anak sedarenya Bala bagitau yang dia selamat tapi tak boleh bercakap secara bebas...apa ni?kalau betul Bala selamat kenapa dia tak boleh bercakap dengan bebas???ini kenyataan orang yang dibawah kawalan & bukan kenyataan seorang yang bebas...

Ikut pada kenyataan Bala pada anak sedarenya tu aku jadi tambah musykil...betul ke Bala ada diluar negara & betul ke Bala selamat?macam mana polis boleh cakap yang Bala selamat kat sana?aku nak tanya kat polis - rakyat Malaysia yang ada dalam negara ni pun belum tentu selamat, apa pulak jaminan dari pihak polis yang Bala "selamat" diluar negara?pihak polis jangan lupa pulak siapa yang sedang menghadapi tuduhan mengebom gadis Mongolia tu...kan ke polis dari unit UTK yang kene tuduh tu?

Aku macam tak yakin dengan keselamatan Bala selagi tak tengok muka Bala & selagi Bala tak berada dikhalayak ramai sekurang-kurangnya Bala bertemu muka dengan sedare-mare dia baru aku boleh cakap yang Bala selamat...

Setakat polis cakap je tanpa bukti...eee...susah nak percaya beb...Malaysia ni banyak sangat benda pelik berlaku...mungkin ke Bala ada dalam pengawasan polis?kalau polis bagi pengawasan untuk selamatkan Bala dari bahaya,alhamdulillah...aku takut lari dari mulut rimau,masuk dala mulut buaya...ye la kan...PDRM under sape?AMDM under sape?...susah beb...susah nak percaya...kene pulak yang ada kuasa semua jenis "Gila Babi"...PDRM kalau ikutkan ok,AMDM pun kalau diikutkan lagi la ok...yang tak ok nya yang dok atas 2-2 tu...

Otak depa dah tamat tempoh...jadi kita tak dapat nak jangka atau agak apa ada dalam kepala otak depa tu...sementelah pulak depa simpan otak dalam kepala lutut...lagi la masalah...kuat sangat gegaran...mental & tak tetap pendirian...

Harap-harapnya lepas ni kita dapat tengok Bala balik dalam keadaan yang baik & bernyawa...jangan hancur kena bom...sudahhh...

Berjuang,berjuang,berjuang & terus berjuang!!!

Sumber:http://perisikrakyat1.blogspot.com/

Police Track Missing private investigator P. Balasubramaniam

Police have tracked private investigator P. Balasubramaniam’s whereabout and recorded his statement in connection with his statutory declarations as well as his disappearance from the country.

Bukit Aman CID Chief Datuk Mohd Bakri Zinin said Balasubramaniam, who was reported missing since Friday, was currenty abroad and a team of police officers had been dispatched there to record his statement. He declined to reveal which country Balasubramaniam was currently in.

“We have sent several officers there to record his statement. He is still abroad,” he told Bernama when contacted.


Mohd Bakri said the police got hold of Balasubramaniam whereabout following information provided by the authorities there.

He also declined to say when was it that the police came to know of Balasubramaniam’s whereabout.

“There is not need to know when. The important thing is our officers are already there to record his statement,” he said.

Mohd Bakri also said the police needed some time to investigate the matter.

“Give us rooms to carry out the investigations without having to put up with unnecessary pressure,” he said, adding that the police would investigate the matter in a transparent and professional manner.

Balasubramaniam made headlines a week ago when he came up with a statutory declaration, alleging Datuk Seri Najib Tun Razak’s involvement with Mongolian Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam however issued another statutory declaration on July 3 to retract all statements he made against Najib in the earlier declaration dated July 1.

BERNAMA

Sunday, July 6, 2008

AMK Terengganu buat laporan polis terhadap Najib

Kuala Terengganu - Empat orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Terengganu telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu, disini hari ini.

Mereka di ketuai oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang juga Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa.

Fariz dalam kenyataannya berkata laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah didakwa terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu berdasarkan Akuan Bersumpah Bekas Penyiasat Persendirian Penganalisis Politik, Razak Baginda yang kini dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan tersebut.

Beliau mendesak agar Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak segera letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Ini kerana, katanya pemimpin UMNO tersebut yang juga TPM mempunyai moral yang sangat rendah serta memberi implikasi negatif kepada imej negara.

“Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia menyelar tindakan TPM, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak yang berterusan mengulangi pembohongan kepada rakyat mengenai hubung kaitnya dengan mendiang Altantuya Sharibuu,

“Pendedahan menggemparkan telah dibuat oleh penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda, P.Balasubramaniam mengenai hubungan Najib dengan Altantuya,

“Keengganan isteri Najib, Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Petra kamaruddin ke mahkamah di atas Perakuan Sumpah dibuat oleh Raja Petra mengenai penglibatan Rosmah dalam pembunuhan mendiang Altantuya juga mewujudkan spekulasi sangat serius,” jelasnya.

Laporan polis terhadap Dato’ Seri Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 2.55 petang dan keluar dari balai tersebut pada jam 4.00 petang.

Menurutnya, beberapa siri ‘penipuan’ tersebut merupakan petanda negatif bagi imej seorang Timbalan Perdana Menteri yang sering kali cuba melarikan diri dari persoalan-persoalan melibatkan integriti dan maruah negara.

Justeru itu, katanya AMK turut ‘mencabar’ Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil tindakan segera menggantung tugas Najib agar boleh disiasat dan didakwa jika terbukti bersalah.

Walaupun Akuan bersumpah yang dikemukakan oleh P Subramaniam kelmarin telah ditarik balik tanpa sebarang sebab pada hari ini, namun akuan itu adalah sempurna, tiada cacat cela, ditandatanganinya dan P Balasubramaniam telah mendapat nasihat peguam sebelum membuatnya (akuan bersumpah).

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin pagi ini menyatakan bahawa Akuan (bersumpah itu) sudah menjadi bukti.
Sehubungan dengan itu Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengatakan polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam walaupun beliau menarik balik tuduhan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Hadir sama mengiringi beliau membuat laporan berkenaan iaitu Setiausaha AMK Terengganu, Muzafeq serta dua lagi anggota AMK yang lain.

Bala Dipaksa?

Hanya dalam tempoh tak sampai 24 jam keadaan Bala sudah jauh berubah. Kenapa yer? Gua rasa lebih baik diselamatkan Bala dan keluarganya. Jika apa yang dikatakan nya dalam StaDec pertama itu adalah benar, ia adalah satu pendedahan berani dan berisiko tinggi. Tapi gua salut la lu Bala. Lu memang berani. Tapi skang lu dah hilang. Teori gua..mungkin polis sorok lu dan family supaya orang lupa lu punya StaDec. Bagi isu ni cool dulu dan pastu polis akan deal dgn lu. Watever pun gua kesian tgk lu la Bala. Gua harap lu dan family selamat.

Tapi make sure cerita lu semua betul. Kalau lu sekadar nak nyanyi jer bagi keluar paper, memang gua angin satu badan. Buat masa ini pada gua lu memang hero!


Friday, July 4, 2008

Lawyer: First SD made voluntarily

KUALA LUMPUR, July 5 (Bernama) -- Private investigator P.Balasubramaniam, who was involved in the controversy over the statutory declaration (SD) concerning the murder of Mongolian woman Altantuya Shaariibuu, has been reported missing since Friday together with his wife and three children.

Balasubramaniam's nephew, R. Kumaresan, 27, accompanied by lawyer N. Surendran, lodged a police report on the disappearance of his uncle and his family at the Brickfields District Police Headquarters, here at 5pm Saturday.

Kumaresan said he failed to contact his uncle after Balasubramaniam held the media conference at a hotel here, Friday morning.

"I tried to contact my uncle almost 10 times but failed. Finally at 6pm yesterday, I decided to go to his house and found that Bala's car was there. However, no one was at home," he told reporters after lodging the police report.

He said he had made the police report because he feared for the safety of Balasubramaniam and his family, especially the safety of his wife and children, two boys and a girl aged between five and 11.

"Previously, this thing (disappearance) had never happened as we always keep in touch because I am very close to them," he said.

When asked by reporters whether Balasubramaniam and his family were in hiding, Kumaresan said: "I'm certain they will not hide without reason except if their lives were threatened."

An English daily, New Straits Times, Saturday reported that checks carried out at Balasubramaniam's house in Rawang Friday revealed that there was no one at home and neighbours had said that the family had left in a hurry early Friday morning in their other car.

Friday, Balasubramaniam had retracted his allegation that Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had a relationship with Altantuya in his SD dated July 1 which was publicised on Thursday.

The private investigator, who is one of the witnesses in the Altantuya murder trial, said that all allegations in the earlier SD were inaccurate and untrue and it was made under duress, and he had made a new SD Friday retracting the allegations against Najib.

Perisikan tentera nafi beri maklumat pada Anwar

Perisikan tentera hari ini menafikan memberi sebarang maklumat kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai wujudnya ancaman bunuh terhadap Anwar dan anggota keluarganya.

Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jeneral Datuk Mohd Salleh Ismail turut menafikan wujudnya laporan perisikan tentera berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu seperti yang didakwa oleh pengendali blog Raja Petra Kamaruddin yang terkandung dalam Akuan Bersumpahnya yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Jun.....»»Baca lagi

Bala tarik balik akuan berkanun

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat kejutan lagi apabila menarik balik akuan berkanunnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam mendakwa Najib mempunya hubungan seksual dengan Altantuya. Najib juga didakwa memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda.

Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.....»»Baca lagi

Thursday, July 3, 2008

From the Office of Anwar Ibrahim: Press Statement

For immediate release

3 July 2008, Petaling Jaya, Malaysia

Today we witness another episode of a consistent pattern of abuse of power and manipulation of the criminal justice system.

Recently one of the witnesses in the Altantuya trial approached us with detailed information of events connected to her disappearance and murder. The information was shocking.
Mr. P. Balasubramaniam, who was engaged by Abdul Razak Baginda as a private investigator was advised to seek legal counsel and document his story independently...»»Baca lagi

DSAI: Hubungan Altantuya dan Najib Razak



Statutory Declaration by Balasubramaniam a/l Perumal

STATUTORY DECLARATION

I, Balasubramaniam a/l Perumal (NRIC NO: xxxxxx-xx-6235) a Malaysian Citizen of full age and residing at xxxxx, Selangor do solemly and sincerely declare as follows :-

1. I have been a police officer with the Royal Malaysian Police Force having jointed as a constable in 1981 attached to the Police Field Force. I was then promoted to the rank of lance Corporal and finally resigned from the Police Force in 1998 when I was with the Special Branch.

2. I have been working as a free lance Private Investigator since I left the Police Force.
»»Baca lagi...

Thursday, June 26, 2008

Kalau Betul-Betul Tak Bersalah Segeralah Saman!

Saya ingat dah berulangkali cerita mengenai kaitan antara Najib (dan isterinya)dengan pembunuhan Altantunya dibangkitkan oleh pelbagai pihak terutama Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dada akhbar dan blog. Tetapi acapkali ia timbul, pertama kita dapati begitu lambat respon daripada si empunya badan. Selang beberapa hari Najib akan terhegeh-hegeh keluar dari tempat persembunyiannya lantas menafikan segala apa yang di”fitnahkan” kepada dirinya dan isteri.
Fenomena ini berulang lagi beberapa hari yang lepas apabila RPK menyiarkan akuan berkanunnya tentang penglibatan 3 individu termasuk Rosmah isteri Najib di dalam kes pembunuhan Altantunya....»»Baca lagi

Wednesday, June 25, 2008

"Anda tidak sepatutnya meminta saya mengulas dakwaan sampah seperti itu," Najib

KL: Datuk Seri Mohd. Najib Razak hari ini menyifatkan dakwaan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin bahawa isteri beliau kononnya terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu sebagai "sampah."

Dakwaan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, hanyalah satu percubaan oleh orang yang terdesak untuk memburukkan imej politik beliau.

Baca lagi»»

Tuesday, June 24, 2008

The unanswered questions about Musa Safri

On 4 January 2007, Abdul Razak Bin Abdullah a.k.a. Abdul Razak Baginda filed an Affidavit. This Affidavit was to support his bail application. Razak had in fact earlier been granted bail, somehow, although bail is not allowed in cases that carry the death penalty. How come Razak was initially granted bail when the law does not allow him bail is probably a mystery that will go to the grave of the person or persons who granted him bail.

»»Baca lagi

Lt. Kol Aziz Buyong, Kor Jurutera, Mindef

I refer to Raja Petra Kamarudin (RPK) stunning revelation (Malaysia Today, Saturday 21st June) alleging the direct involvement of Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Dato Seri Najib Tun Razak, in the murder of the Mongolian beauty, Altantuya Sharibu, send shivers down the spine of all peace loving Malaysians.

In that write-up, RPK mention the name of several military officers. One was Lt. Kol Aziz Buyong and the other is the wife Lt. Kol Norhayati. Immediately after reading the write up, I started calling some friends who is serving in Mindef. It appears that there is such a personality by the name and rank mention.

  • »Baca lagi...
  • Friday, June 20, 2008

    Altantuya hidup kembali!













    ISU PEMBABITAN NAJIB, ROSMAH dan ALTANTUYA sudah lama dibualkan umum semenjak di awal prosiding perbicaraan.....

    KESAHIHANNYA semakin menjadi-jadi dengan keberanian RAJA PETRA!!!

    PAKLAH selamat dengan jawatannya sebagai PERDANA MENTERI disebabkan dengan banyak kes yang ada pada NAJIB terutamanya KES ALTANTUYA ini yang masih belum di putuskan oleh MAHKAMAH demi kepentingan PAKLAH dan KRONI!!!

    NAJIB TIDAK AKAN SEKALI-KALI melawan PAKLAH sebelum KES INI SELESAI.... KECUT TELUQ!!!! APA2pun.... SEMOGA MALAYSIA TIDAK DITADBIR OLEH PERDANA MENTERI YANG BERGELAR PEMBUNUH!!!

    Wednesday, June 18, 2008

    Setor UTK tiada rekod baki bahan letupan

    Gila betol la pdrm ni...kat tempat keja aku..nak klua kan earplug sepasang pun kena sain 2 3 manager..ini kan pulok c4..takut nya aku dok kat m'sia boleh ni..
    *************************************************************

    SHAH ALAM 17 Jun - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa sudah menjadi amalan biasa, baki setiap bahan letupan yang digunakan Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, tidak akan direkodkan kerana ia adalah barang lebihan.

    Keterangan tersebut diberikan oleh seorang saksi dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Johari Abdul yang pernah bertugas di bahagian Setor Persenjataan UTK pada November 2006.

    Johari, 41, dalam keterangannya menyatakan, beliau telah mengambil lima contoh bahan letupan dari setor tetapi tidak membuat sebarang catatan bagi tujuan merekodkannya.

    Baca lagi...