Pages

Tuesday, August 5, 2008

MALAIKAT CALON UMNO DI PERMATANG PAUH

Oleh : muramatsu,United Kingdom.

Mungkin tajuk tulisan muramatsu kali ini melampau sedikit, tetapi payah untuk mencari tajuk yang sesuai apabila berdepan dengan situasi payahnya UMNO memilih calon mereka di Permatang Pauh.

Dua berita yang dilapor iaitu pertama; Mufti Perlis menolak pelawaan menjadi calon UMNO di Permatang Pauh. Kedua; PakLah pula menyebut orang kampung mufti itu yang mempelawa mufti perlis untuk menjadi calon di situ sebaliknya bukan dia yang mempelawa mufti itu.

Walau apa pun keadaan, sama ada orang kampung atau PakLah yang mencadangkannya, tetapi cadangan atau pelawaan itu mesti datang dari tali perut UMNO. Samada ia tali perut besar atau tali perut kecil, ia tidak penting kerana mereka tetap dari tali perut UMNO.

Tidak keterlaluan disebutkan di sini bahawa UMNO seolah-olah teraba-raba mencari-cari calon mereka di Permatang Pauh nanti. Nampaknya UMNO sudah kurang yakin bahawa Imam Masjid Negara yang hafiz itu menjadi calon di Permatang Pauh. Seolah-olah moral imam besar itu pun tidak cukup pada UMNO demi mempertahankan mereka. Lebih-lebih lagi Ezam sendiri mengatakan pilihanraya di Permatang Pauh adalah perlawanan moral dengan DSAI.

Adakah Ezam dan semua orang melayu islam lupa bahawa Imam Masjid Negara sudah dua kali kalah di Permatang Pauh. Adakah asas moral tidak ada di situ sebelum ini?

Pencalonan Imam Masjid Negara itu juga bolehlah dikira untuk melawan moral DSAI melalui isterinya DSWA.

Sebenarnya kita jangan lupa, UMNOlah sebenarnya mengheret pegawai-pegawai tertinggi kerajaan dalam kancah rosak moral demi mempertahankan kedurjanaam mereka berpolitik (sebenarnya pegawai itu pun kaki UMNO totok).

Yang lebih terkesan kepada kita cuma Ketua Polis UMNO Negara (Musa Hassan) dan Peguam Negara (Gani Patail) saja, tetapi sebenarnya Imam Masjid Negara juga secara langsung turut diguna UMNO demi mempertahankan kedurjanaan politik mereka.

Tiga pegawai tertinggi kerajaan dalam sektor masing-masing telah diguna oleh UMNO untuk mempertahankan kedurjanaan mereka itu.

Cara dan kaedah UMNO memilih calon mereka di Permatang Pauh sekarang sudah ada tanda-tanda menunjukan mereka akan menggunakan pegawai tertinggi kerajaan sekali lagi untuk dijadikan bagi tujuan disembelihkan di Permatang Pauh.

Ini benar kerana Mufti Perlis sendiri menolak pelawaan UMNO sebagai calon di situ.

Kenapa mufti? Jawapannya adalah mudah kerana UMNO cuba menunjukkan kepada mata umum bahawa calon mereka bermoral.

Ingatkan moral Ezam dan Sayfool sudah cukup untuk membantu UMNO di Permatang Pauh, tetapi nampaknya UMNO sendiri tidak yakin moral mereka berdua itu mampu untuk dijadikan galang-ganti dalam pertempuran (pinjam kata-kata Ezam) di Permatang Pauh, maka nak mangsakan Mufti pula.

Sekarang apa pilihan yang ada pada UMNO? Siapakah lagi yang bermoral tinggal dalam UMNO yang boleh mereka korbankan sebagai calon di Permatang Pauh nanti? Inilah agaknya yang memeningkan Nordin Kardi dan manusia yang seumpama dengannya di Biro Tatanegara, SB-SB dan pemikir-pemikir UMNO termasukkan yang ada di Institut Pemikiran Mahathir itu.

Tidak keterlaluan disebutkan kalau boleh malaikat dijadikan calon dalam pilihanya, nescaya UMNO akan calonkan malaikat di Permatang Pauh. Bukan niat muramatsu untuk membandingkan malaikat dengan manusia, cuma untuk mengambarkan betapa kritikalnya “moral” kepada UMNO sekarang demi mempertahankan kedurjanaan demi kedurjanaan yang dilakukan tanpa batasa agama tuhan dan akal manusia yang waras.

Sumber : http://www.marhaen.org

0 comments:

Post a Comment