Pages

Showing posts with label Pointofview. Show all posts
Showing posts with label Pointofview. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Malaysia tanpa ISA

Najib baru mengumumkan pemansuhan undang-undang ISA. Memang sangat bagus dimansuhkan penahanan tanpa bicara. Sungguh enak mendengar berita pemansuhan ini.

Tetapi setiap langkah pasti ada muslihatnya. Pada pandangan aku, Najib akan mengeluarkan undang-undang baru yang lebih universal. Satu jenis undang-undang yang menyamai AKTA PENGGANAS dan AKTA PATRIOT seperti di Amerika.

Secara amnya, AKTA PENGGANAS ialah dimana kamu akan ditahan tanpa perlu didedahkan kepada pihak awam. Hanya pihak yang menahan dan mahkamah sahaja yang tahu tentang penahanan kamu. Segala maklumat tentang diri kamu akan dirahsiakan dari umum.

AKTA PATRIOT ialah dimana kamu tidak lagi mempunyai privasi atau ruang peribadi. Diantaranya, telefon kamu boleh di wiretap oleh pihak SB apabila kamu disyaki. Segala ruang peribadi kamu akan dimiliki oleh kerajaan melalui agensi-agensinya. Kamu tidak boleh menyorok lagi sekiranya kamu adalah susupek.

Jika dua akta ini sebagai pengganti,...takda harapan laaa...

Sekadar gambar hiasan.

Saturday, August 13, 2011

Teori warna dunia

Aku pernah belajar ilmu filosofi melalui satu pertubuhan rahsia. Mereka mengajar rahsia-rahsia donia. Tujuan nya adalah satu...mengajak semua manusia mempercayai tuhan yang satu..bunyi macam tak salah tapi..semakin diikutkan semakin jauh sesatnya..



Tak dapat aku nak menerangkan sepenuhnya kerana mulut aku tertutup rapat..



Rosicrucianism is a philosophical secret society



Sambungan dari teori colour coding aku. Lima pertubuhan yang berkuasa mengawal donia.

Tadi aku terbaca satu blog mahasiswa yang menulis tentang paranoid terhadap pertubuhan-pertubuhan rahsia.



Secara am nya, aku andaikan apa yang ada dalam kepala otak mamat mahasiswa tu sama dengan otak-otak mahasiswa lain. Ini adalah akibat dipengaruhi ilmu-ilmu yang diajarkan jesuit dan ringgit-ringgit yang ditaburkan Rothschild dan juga parti-parti sosial anjuran Freemasonic.



Mahasiswa kini tidak dapat mencapai maklumat tertinggi didalam pakatan yang lima ni akibat keilmuan. Mereka disesatkan oleh ilmu..boleh ker macam ni??..disesatkan oleh ilmu???...hahahaaaa..



Yaa...segala kebenaran yang dilihat adalah kepalsuan dan penipuan akhir zaman. Mahasiswa-mahasiswa tidak akan faham semua ni kerana penipuan ini perlu dicari.



Ia tiada di pusat-pusat pengajian tinggi am mahupun swasta.



KNIGHT TEMPLAR





JESUIT







BOHEMIAN GROOVE







FREEMASONIC







ROTHSCHILD





Yang ini siapa tuannya???..cer teka..cer teka..





Friday, August 12, 2011

Mencipta teori hampir waktu berbuka..

12 Ramadhan 1432H. Aku mencuba satu teori yang timbul dalam kepala aku.







Colour coding...



..lalu aku mengkaji setiap jata (coat of arms) dan bendera negara-negara yang ada di dalam dunia dan peristiwa yang berlaku didalam negara-negara tersebut berlaku peperangan, revolusi, masaalah sosial dan keagamaan..



..mengapa perlu ada semua ini??? Apa hubungkait nyerrr???







Jepun begitu mudah datang ke Tanah Melayu seperti diberi laluan oleh negara-negara French Indochina dan Thailand. Tiada tentangan yang mengakibatkan kematian besar-besaran.



Mengapa Jepun beria-ia datang ke South East Asia..hanya kerana hasil bumi nyerr..kerana getah dan bijih timah?..mengapa ia tidak menjajah East Asia sedangkan ia mampu mengalahkan Manchuria.



Adakah benar Jepun ingin menakluk negara-negara miskin di South Asia???



Atau sekadar New Asia Strategies..aku cuba kaitkan empat objektif dari Suruhanjaya ini dengan 4 kuasa dunia mengukuhkan kedudukan mereka di Asia.



1) Knight Templar-->Kekayaan

2) Bohemian Groove-->Keselamatan

3) Jesuit-->Bantuan Kemanusian

4) Rothschilds-->Kebebasan Bersuara



Seolah-olah segala-gala peristiwa yang berlaku ketika tahun 1940an adalah brainwashing untuk setiap negara menerima satu TAMADUN baru kehidupan manusia. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU.



"In the 1940s, British writer and futurist H. G. Wells would go further than progressives by appropriating and redefining the term "new world order" as a synonym for the establishment of a technocratic world state and planned economy."...Wells, H. G. (2006). The New World Order. Hesperides Press. ISBN 1406722626.



Satu sejarah baru dimana hampir seluruh negara menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas ia ditubuhkan oleh Rockfellar dan hampir seluruh negara didunia menerima bai'ah baru bahawa akan tunduk kepada "satu kuasa yang lima"..DAN RAMAI UMAT ISLAM TELAH MURTAD AKIBAT PERBUATAN INI..



Malaysia kini dikawal oleh puak-puak Illuminati melalui Pertubuhan Freemason dan Rothschild.



Aku memikirkan mengapa warna-warna di dalam setiap bendera hampir serupa sahaja..dimana kreativit manusia ketika mencipta bendera..mengapa hanya terhad kepada warna asas?..seperti ada pihak berkuasa yang telah menentu atau mengklasifikasikan warna yang boleh digunakan oleh setiap negara....berjuta-juta manusia hanya ini sahaja yang dapat dihasilkan??..pelikkk..

Mungkin pertanyaan itu agak gila tapi kena berfikir diluar kotak fikiran bila meneliti perjalanan dan kejadian yang berlaku di dalam dunia ni..maklumat yang dipaparkan dimedia bukan 100%..boleh jadi -100% tipu..



Kalau nak tahu kena cari maklumat dan cari kaitan yang logik diantara satu peristiwa, lambang..dan warna???..lagi pun ini sekadar teori jerr sambil menanti waktu berbuka..giler ke teori ni??



Tapi walaupun apa rancangan mereka..Allah S.W.T lebih berkuasa diatas segala perancangan nya..





Muslims' Victories Before the Dajjal's Appearance

Jabir bin Samurah narrated, "Nafi' bin 'Utbah said, 'We were accompanying the Messenger of Allah (p.b.u.h.) to a battle.' Then, he (Nafi') said, 'Then, some people from the west (of Madinah) came to the Prophet wearing clothes made of wool and they met him next to a mound. They were standing while the Messenger of Allah was sitting.' He (Nafi') then said, 'So I told myself, "Let me come closer to them and stand between them and him so that they will not assassinate him." He (Nafi') then said, '(Then, I said to myself) "They may be having a conversation with him." However, I came close by and stood between them and him.' He (Nafi') then said, 'And then I memorized four sentences from him, and I can count them with my hand. He said,



"You will invade the Arabian Peninsula and Allah will grant it (to you). Then (you will conquer) Persia and Allah will grant it (to you). Then, you will invade Ar-Rum and Allah will grant it (to you). Then, you will invade The Dajjal and Allah will grant him (to you)." Nafi' said to Jabir, "O Jabir! We do not believe that the Dajjal will appear until Ar-Rum is conquered." (Ibid., no. 2028)



The land of Ar-Rum is Europe and Rome is its heart. The Messenger of Allah gave us the good tidings that we will conquer Rome, the capital of Christendom today, after the Muslims conquered the first capital of Christendom, Constantinople.



Imam Ahmad narrated that Abdullah Bin Amr Bin Al-Aas said, "While we were around the Messenger of Allah) writing (the Hadith) the Messenger of Allah (p.b.u.h.) was asked/ 'Which of these two cities will be conquered first, Constantinople or Romiyah (Rome)?' He said, 'The city of Heracles will first be conquered.' He meant Constantinople.'' (Al-Hakim, Al-Mustadrak, vol. 4, p. 508. Also, see As-Silsilah as-Sahihah, vol. 1)

Tuesday, August 9, 2011

Waktu kemunculan Dajjal semakin hampir

Teori konspirasi antarabangsa menyatakan bahawa Putera William adalah bakal Raja yang memerintah dunia. Seorang raja Anti-Christ yang menyembah iblis. Beliau tidak menyembah Jesus seperti pengikut-pengikut agama Vatican yang lain yang diterajui oleh Pope Benedict XVI.



Fakta ini telah dinyatakan secara meluas didalam laman-laman teori konspirasi.



Teori pengaruh illuminati keatas dua manusia ini yang boleh ku fikirkan ketika ini ialah perkaitan "Coat of Arms" Putera William dan Pope Benedict XVI.



Satu persamaan yang amat ketara ialah kerang (Scallop@Shell).









Sebutir kerang merah berada di tengah perisai dan leher singa dan unicorn.







Perhatikan sebutir kerang berada ditengah-tengah Coat of Arms milik Pope Benedict XVI.



Kemungkinan mereka-mereka ini sedang menanti kedatangan dajjal pada tahun 2013.



Cuba perhatikan Coat of Arms kepunyaan Putera William (PW) dan Pope...seperti menceritakan sesuatu..



1. Al-Jassasah



PW-----> Singa

Pope---->Beruang pembawa berita



2. Lautan



PW-----> Pulau dan Kerang

Pope---->Kerang





3. Dajjal



PW-----> RajaUnicorn dirantai

Pope---->Raja Nuawbian (Black Israelite)



Lebih menarik lagi kalau di google pasal kaum Nuawbian..konon nya dari keturunan Firaun...hahahaa



Friday, May 6, 2011

Konspirator tahap world

Apa pendapat korang?

Ada persamaan logo MIM dan lambang Illuminati..kan?

MIM dan KAF adalah pembiaya kumpulan think-thank Anwar.

Nak kesana pun susah, nak kesini pun tidak meyakinkan..

Keputusan terakhir orang Melayu Islam di Malaysia kembali kepada perjuangan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.



The TRYLA programme is specifically designed to develop young Malaysian men and women between the ages of 21 and 35, who have leadership potential and to prepare them for the opportunities and challenges that lie ahead of the nation as it aspires to attain Vision 2020. The TRYLA programme develops qualities of leadership skills and managerial talent among the youths of the nation. The programme is named after the late Tun Abdul Razak, the former Prime Minister of Malaysia because of his profound interest in the youths of Malaysia.

For more information regarding this programme, kindly contact :

Malaysian Institute of Management (MIM)
Management House
227 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel - 03 2165 4611
Fax - 03 2144 9319
inquiries@mim.org.my
www.mim.org.my





"You must conceal all the crimes of your brother Masons... and should you be summoned as a witness against a brother Mason be always sure to shield him.. It may be perjury to do this, it is true, but your keeping your obligations."
[ Ronayne, "Handbook of Masonry" p. 183 ]

This means, for example, that if a criminal, who happens to be a Freemason, goes to court, and the judge is a Freemason as well, the judge's duty is to protect the criminal instead of obeying the law. Now, expand on this even further and you will draw a pretty horrifying picture.

The list.

Monday, April 4, 2011

Tetap kekal didalam jemaah.

Aku tak mahu komen panjang-panjang pasal video prono ni.

Aku hanya yakin dan percaya bahawa semua ini perancangan hero fitnah mamak kutty dari kerala.

Diantara jutaan rakyat Malaysia yang takut bila PR memegang tampuk pemerintahan ialah keturunan mamak kutty dari kerala, India.

Orang lain akan menghabiskan hari-hari tua mereka membuat amal ibadat di Masjidil Haram tetapi mamak kutty akan menghabiskan hari-hari tua nya di dalam penjara..tunggguuuu..

Si pemfitnah tegar takkan pernah berjaya di dunia ini kerana ia milik Allah. Dan Allah melaknat si pembawa berita dusta.

Aku berjuang kerana kewajipan bukan kerana sosok tubuh DSAI, TGNA atau TGHH. Dan bukan kemenangan yg kuharapkan tetapi keredhaan Allah S.W.T.

Apa pun terjadi, aku akan kekal di dalam jemaah ini menentang kezaliman terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia.

Ini janji ku kepada aruah ayah...Al-Fatihah..

Wednesday, March 16, 2011

Wanita Malaysia

Kali ni nak sembang pasal wanita obes@debab@gemuk yang bilangannya semakin meningkat.

Masa aku kat Jepun, jarang-jarang sangat aku nampak orang perempuan gemuk. Sedangkan sarapan pagi diorang makan nasi. Tapi masih kurang kaum wanita nya yang debab-debab.

Tapi di Malaysia, dah jadi biasa sangat nampak perempuan melayu yang debab. Terutama yang dah berkahwin.

Nampak jelas lemak-lemak kat kiri kanan perut. Dah la macam tu pakai pula baju ketat. Akhirnya tetek dia saja yang nampak menonjol-nonjol. Nak padang salah tak pandang rasa rugi pulak.

Susah nya nak jadi lelaki yang bertakwa di Malaysia ni...bukannya tak boleh.. tapi cabarannya cukup hebat.


TUMPAT 11 Mac - Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan 30 peratus atau 8.1 juta rakyat negara ini akan mengalami masalah obesiti pada tahun ini akibat gaya hidup mereka yang tidak sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif LPKM, Dr. Yahya Baba berkata, angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini, dan jika tahap kesedaran mengenainya tidak dilakukan secara serius, peratusannya mungkin lebih daripada itu.

"Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.

"Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Pantai, Sihat Tanpa Obesiti anjuran Persatuan Rekreasi Negeri Kelantan di Pantai Sri Tujuh di sini hari ini.

Yahya berkata daripada jumlah itu, 16 peratus membabitkan pelajar sekolah.

Tuesday, March 1, 2011

Tentera Salib

Mereka ini memusuhi Islam dan sentiasa bersedia untuk menghancurkan negara-negara yang condong kearah negara Islam. Mereka berkeliaran diatas bumi ini.

Dari dahulu, kini dan selama-lamanya mereka ujud sedang kan kita telah terlupa akan panji-panji perang kita. Mungkinkah suatu hari mereka ini akan bertapak di Tanah Melayu?

Meneruskan pencarian Imam Mahadi di Timur Tengah yang sekarang ini dikenali sebagai Asia Tenggara.



4 April 1949



Di zaman dahulu, penentang-penentang Islam bergabung dibawah arahan dari Vatican.

c. 1119–1314

Friday, February 4, 2011

Berbaik sangka



Aku ni bukan nya nak berburuk sangka dengan koperasi berlandaskan Islam seperti Pajak Gadai Ar-Rahnu di bawah Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad.

Kadang-kadang ku fikirkan, adakah ini satu kebetulan atau perancangan?

Kalau dilihat dari motto dan perjalanan syarikat, perniagaan dijalankan menggunakan sistem Islamik.

Hanya logo kedai pajak gadai tu jer yang memusykilkan aku. Bunyi memang indah; tapi adakah sesuatu disebalik sesuatu?

Sistem kewangan kini sememangnya dipakari oleh puak-puak yahudi selagi nilai matawang perniagaan dinilaikan mengikut dolar Amerika.

Islam juga tidak kalah dengan sistem kewangannya yang bersandarkan kepada nilai emas. Sistem yang bersih dan menyucikan.

Dan aku bersangka baik dengan koperasi ini.


Gambar yang dah diedit. Aku tambah sikit garisan putih bagi clear skit logo israel tu.



Syarikat ini aku nampak berada di Taman Mutiara di tepi jalan nak ke Meru. Tak pasti siapa tuan punya syarikat ni.



Kalau korang tengok duit singgit Malaysia pada yg bertanda merah tu betul-betul, korang akan nampak lambang illuminati. Nak jelas lagi, korang suluh dengan torchlight di belakang yang bertanda merah tu. Mesti gempak nya..

Saturday, January 22, 2011

Disebelah mana?

Didalam kehidupan kita diwajibkan membuat pilihan antara yang ini atau pun itu.

Begitu juga dalam pendirian berparti. Sebagai orang Melayu yang matang dan layak mengundi, aku wajib menunaikan salah satu tanggung jawab dalam hidup ini.

Undi adalah membuat calon pilihan sebagai wakil menyampaikan suara syukur, ucapan terima kasih dan juga keluhan kesusahan rakyat kepada pihak pemerintah.

Adalah wajib bagi aku menunaikan tanggung jawab ini kerana rasa cinta dan sayang ku pada ugama, negara, dan bangsa.

Aku ingin menjalani kehidupan yang mudah. Akidah Islam kekal kuat didalam hati dan kehidupan seharian dijalani seperti orang melayu. Bersopan santun dan berakhlak tinggi.

Aku menyokong pemimpin Melayu yang membawa bangsanya kembali kepada Islam. Aku tidak akan bersetuju secara mental dan fizikal kepada pemimpin Melayu yang mahu merosakkan akidah umat Islam.

Aku hanya seorang pejuang Melayu yang berjuang diatas niat mempertahankan akidah, akhlak dan tanah air agar tamadun Melayu yang telah lama hilang tidak pupus ditelan zaman.
Dan aku bukanlah hardcore PAS atau Ustaz Nik Aziz, Encik Anwar Ibrahim dan juga Encik Najib Abd Razak.

Perjuangan ku hanya ingin meletakkan ugama yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W kepada umat manusia diatas mukabumi ini berkembang didalam dimensi Melayu. Satu bangsa yang satu ketika dahulu amat mahir bertolak ansur diatas dasar cinta kepada Allah dan Rasul Nya.

Pada pandangan aku, hanya bangsa Melayu yang mampu mengamankan dunia dengan tamadunnya..Berakidah & Berakhlak..Kami tetap Satu Syahadah!















Petikan Ucapan Tuan Guru Nik Aziz.


"Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam.

Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.

Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam!

Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno?

Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,
"


44 Perbezaan Pas dan Umno

Tuesday, December 28, 2010

Pengarah JAIS...mmmmm

Biar betul diorang ni..layak ker diorang ni menyandang jawatan ni?..
Lepas ni jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam ni disandang DO Sabak Bernam jerr..

Mohd. Khusrin ni pun berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan jerr ruper nyerr..da boleh jadi pengarah JAIS..mati-mati laa aku ingat nak jadi Pengarah Jais mesti dari kelulusan Universiti Al-Azhar..rupa nyerr tak gitu..

Yang ganti dia besok?...tak tau la apa plak...
------------------------------------

Oleh FMT Staff

SHAH ALAM: Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi belum muktamad.

Dalam kenyataan akhbar sekretariat hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan tidak pernah memaklumkan perlantikan itu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar telah menghantar surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut, kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice notes).

Panel tersebut, kata kenyataan itu, telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Menteri Besar, kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada Sultan untuk mendapat perkenan.

Beliau akan menghadap Sultan Selangor pada Rabu ini.

Sidek dalam kenyataan hari ini mengumumkan perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember.

Menurut Sidek, Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomidalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua MajlisDaerah Kuala Langat.

Ramli, yang sebelum ini menjadi Datuk Bandar Shah Alam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun.

Tempat Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Pelantikan Khusrin dan Marzuki menurut kenyataan itu telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Sidek.

Thursday, July 29, 2010

Semangat Bangsa kawan lama di Facebook

Facebook telah berjaya menemukan aku dgn kawan-kawan lama di zaman kanak-kanak. Dari cerita-cerita zaman persekolahan sehingga lah meleret-leret ke isu politik.

Ramai yang menyokong PR dan hanya seorang sahaja yang memperjuang prinsip Perkasa Berahim Ali. Hidup Melayu!!! Memperjuangkan hak bangsa Melayu supaya apa yang telah berlaku kepada negara Singapura tidak akan berulang di Tanah Melayu ini.

Salah siapa?
Salah orang melayu bangsawan yang memerintah Tanah Melayu ini. Adakah mereka benar-benar memerintah atau sekadar boneka British? Umno ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar dengan slogan Merdeka. Ketika proses rundingan kemerdekaan mula bergerak, slogan Merdeka telah ditukarkan Hidup Melayu. Mengapa?Baca disini.

Semangat bangsa ini adalah jarum halus yangg ditinggalkan oleh British melalui UMNO ke dalam perasaan setiap orang Melayu di Tanah Melayu ini. Ini supaya kita tidak berupaya mampu bersatu membangunkan negara ini.

Mengapakah kita tidak mahu mengambil iktibar dari sabda Rasulullah S.A.W "Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China" ..mengapa China, tidak Rom (Byzantine) atau negara-negara lain yang maju di zaman itu. Bukan kah lebih baik jika kita mampu berfikir dan percaya berpandukan sabda Rasulullah S.A.W. itu bahawa bangsa Tionghua adalah bangsa yang berilmu dan tidak kedekut dengan ilmu nya.
Dan mereka juga boleh dipercayai dan dijadikan kawan.

Aku sungguh merasa kesal kerana perasaan perasangka kawan ku itu terhadap bangsa Tionghua. Walaupun kita telah hidup bersama dan ada sebahagian nya mati bersama, mengapa kita masih ada perasaan perasangka sebegitu? Hasil yang kita dapat dari berperasaan perangsangka sebegitu ialah orang Tionghua juga mempunya perasaan yang sama terhadap bangsa kita.

Dan selamanya orang Melayu tidak mampu bersaing walaupun mereka di anugerahkan satu bangsa yang berilmu dan boleh menjadi sahabat sehingga disebut oleh Rasulullah S.A.W. Tapi kita menjadi sombong kerana Ketuanan Melayu.

Cukuplah kesilapan yang telah kita lakukan selama ini.

Mari lah kita bangunkan bersama-sama negara kita ini untuk generasi yang akan datang..be a partner is better than be a competitor...kita boleh bergerak lebih jauh.

p/s- Negara China tidak pernah menjajah mana-mana negara.

Monday, January 18, 2010

RPK; Musa Hasan! Kau ingat kau lagi pandai dari aku kah!?




























KPN, Musa Hassan sedang memulakan satu ekspedisi memancing. Dia menyuruh semua
pegawainya untuk menimbangkan semua cara bagi menangkap saya. Masalahnya adalah ramai antara pegawainya yang menyalurkan maklumat kepada saya, dan bukan kepadanya. Jadi, saya tahu apa yang dilakukannya pada pagi ini, malah apa yang sedang dia lakukan ketika anda membaca artikel ini.

Musa Hassan menyangka bahawa para pegawainya memantau pergerakan saya. Sebenarnya, tak satu pun daripada pegawainya yang benar-benar tahu akan kedudukan saya. Sebaliknya, saya mempunyai orang dalam yang memantau pergerakannya dan membuat laporan harian kepada saya tentang segala aktiviti yang berlaku di tingkat atas ibu pejabat polis di Bukit Aman.

Pada mulanya, mereka fikir bahawa mereka dapat menggunakan anak saya bagi menjerat saya. Mereka memukul anak saya bagi memaksanya mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan jenayah. Tetapi apabila kes itu dibawa ke mahkamah, anak saya mendedahkan bahawa beliau telah dipukul dan dia menukar pengakuannya kepada tidak bersalah. Jadi, mereka tiada pilihan, selain membiarkan perbicaraan diteruskan. Nah, semasa perbicaraan itulah terungkapnya hakikat bahawa dakwaan terhadap anak saya adalah tidak benar.

Mereka kemudiannya menangguhkan perbicaraan itu dan menghantar anak saya kembali ke Penjara Sungai Buloh, di mana dia terus dibelasah. Akibatnya, anak saya naik gila, lalu terpaksa dihantar ke wad psikiatri. Dia kemudiannya diasingkan kerana dianggap sebagai terlalu berbahaya untuk dibenarkan bergaul dengan lain-lain tahanan.

Ya, mereka sangka bahawa mereka dapat menyembunyikan perkara ini daripada saya. Tetapi akhirnya, saya dapat tahu juga. Bagi saya, terpulanglah kepada pihak polis jika mereka ingin membunuh anak saya. Memanglah ini pernyataan yang saya kesali, namun anak saya adalah korban perjuangan. Sebenarnya, kita semua adalah korban perjuangan. Adakalanya, dalam perjuangan, nyawa perlu dikorbankan, sekalipun ia membabitkan nyawa anak kita sendiri.

Kita tentu pernah membaca suatu kisah semasa era Empayar Islam di Madinah, yang mana seorang ibu diberitahu bahawa anak lelaki terakhirnya telah syahid dalam peperangan. Dia menangis apabila diberitahu bahawa semua anak lelakinya sudah tiada. Tetapi dia sebenarnya menangis kerana dia tidak lagi mempunyai anak lelaki untuk dikorbankan demi perjuangan.

Inilah dasar kepercayaan kita. Perjuangan adalah lebih penting daripada segala-galanya. Adakah mereka fikir bahawa dengan membalun anak saya, maka masalah mereka akan selesai? Apa mereka fikir ia akan ‘menjinakkan’ saya? Tidak sekali-kali, malah ia akan menguatkan semangat saya kerana kini, bukan hanya perjuangan yang menjadi matlamat saya, malah ia melibatkan keadilan; darah mesti dibayar dengan darah jua.

Musa Hassan menyangka bahawa hanya kerana dia adalah pegawai tertinggi PDRM, maka itu juga bermakna bahawa dialah polis terpintar di Malaysia.

Anda nak tahu bagaimana cara polis yang pintar menjalankan siasatan? Meh saya beritahu rahsianya. Nak tahu apa yang dilakukan oleh Kevin Morais, Ketua Pendakwaraya SPRM semasa Krismas tempoh hari? Mesti anda tak tahu, bukan? Kalau anda nak tahu, dia merayakan Krismas dan Tahun Baru dengan kawan lelaki berbangsa Inggeris yang bertahun-tahun lebih tua daripadanya di Bromley, Kent, United Kingdom. Mesti anda tak tahu, bukan?

Musa Hassan, aku tahu bahawa kau mengugut para pegawai polis yang menandatangani Akuan Bersumpah yang menyabitkan hubungan kau dengan kongsi gelap Cina untuk mengubah kenyataan mereka, dan mengisytiharkan bahawa akuan berkanun mereka itu adalah pembohongan semata-mata.

Ah, dah terlambat pun. Akuan Bersumpah tu dibuat dua tahun yang lalu. Kalau nak suruh tarik balik, sepatutnya kau buat macam dengan Bala dulu… sehari selepas Akuan Bersumpah pertama keluar, Akuan Bersumpah kedua ditandatangani.

Adakah kau nak menafikan hal ni dan mengatakan bahawa RPK dan Malaysia Today berbohong? Jika ya, maka aku akan paparkan salinan semua dokumen-dokumen tu untuk membuktikan bahawa kaulah yang menipu. Bahkan kau dah digelar sebagai pembohong oleh Mahkamah Tinggi Sabah, dan dalam sedikit masa lagi, aku akan memaparkan bukti mengenai perkara ni dalam artikel yang lain.

Mereka yang berada di tampuk kekuasaan sedang berusaha meyakinkan kau untuk bersara dan seterusnya menjadi Duta Besar. Mungkin tulah yang sebaik-baiknya, memandangkan sebagai seorang anggota polis, kau memang tak boleh harap. Tapi kenapa Duta Besar? Mengapalah orang tak guna seperti si gatal yang suka meraba sering dilantik sebagai Duta Besar.

Dua negara yang sesuai untuk kau sebagai Duta Besar adalah Haiti ataupun Mongolia. Dah pasti orang Mongolia akan menyambut baik orang yang menghancurkan bukti pembunuhan Altantuya demi memastikan pembunuh sebenar terlepas dari hukuman.

Jadi, apakah rancangan kau sekarang, wahai Musa Hassan? Adakah kau akan mengemukakan 'bukti' bahawa aku memaparkan akuan-akuan berkanun palsu oleh pegawai polis, yakni supaya aku boleh didakwa di bawah Akta Multimedia? Kenapa kau tak buat begitu bagi akuan bersumpah aku sendiri? Mengapa aku disiasat atas sebab menandatangani akuan bersumpah palsu dan kemudiannya mendakwa aku melakukan Fitnah Jenayah, yang mana kebenaran akuan bersumpah tu tak material dalam dakwaan tersebut? Adakah kau takut bahawa kebenaran akan terungkap kalau kau mendakwa aku atas kesalahan menandatangani akuan bersumpah palsu?

Kau ingat aku tinggalkan Malaysia secara haram ataupun dengan menggunakan pasport palsu ataupun pasport asing. Kau tak pasti. Kau fikir aku memasuki negara lain dengan menggunakan pasport palsu ataupun pasport asing. Kau tak pasti. Malah kau tak tahu sama ada aku masih berada di negara ni ataupun tak kerana kau tak pun menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa aku berada di luar negara.

Polis jenis apa kau ni? Kau naik angin kerana kononnya aku memperbodohkan kau, walhal kau memperbodohkan diri kau sendiri. Rancangan kau adalah berasaskan andaian, tetapi kau sendiri tak pasti sama ada andaian kau tu betul ataupun tak.

Aku tahu lebih banyak tentang aktiviti kau berbanding dengan pengetahuan kau tentang aktiviti aku. Sebenarnya, lebih ramai pegawai kau yang menyalurkan maklumat kepadaku daripada kepada kau. Kau cuma tahu meneka lokasi aku dan rancanganku, sedangkan aku tahu segala gerak geri kau. Malah aku tahu bahawa ketua kuncu kau, Kevin Morais, sedang berseronok dengan seorang lelaki lain di ketika kau sangka kau dah berjaya memerangkap Dato' Ramli Yusuff dan Rosli Dahlan.

Musa, kau ingat kau lagi pandai daripada akukah? Aku tahu kau mendakwa seorang pegawai polis India atas pembunuhan Kugan sedangkan sebenarnya, terdapat tiga pegawai polis yang melanyaknya hingga mati di Balai Polis Subang Jaya. Kenapa hanya seorang pegawai polis berbangsa India yang didakwa? Kenapa tak dakwa lagi dua orang pegawai polis Melayu yang juga terbabit? Adakah ia kerana kau takut kes tu mungkin berubah menjadi isu perkauman jika semua orang tahu bahawa dua pegawai polis berbangsa Melayu juga memukul Kugan sampai mati? Jadi, adakah jika pegawai polis India membunuh seorang India yang lain, maka kerajaan kekal ‘selamat’? Kau fikir kita orang semua dah lupa bahawa pada mulanya, 11 pegawai polis 'digantung kerja' dan diberi tugas pejabat dek kerana kes Kugan?

Musa Hassan, kau bukan taraf aku, malah jadi Pegawai Penyiasat pun kau tak layak. Sejak 11 tahun yang lalu, aku dah jumpa ramai daripada Pegawai Penyiasat kau. Jadi, memang aku tahu bahawa kau tak setaraf dengan dia orang. Terima sajalah tawaran untuk bersara dan kemudian dilantik sebagai Duta Besar ke Haiti ataupun Mongolia… aman sedikit PDRM. Pada hari bersejarah tu nanti, seluruh pasukan polis akan mengadakan Mardi Gras selama 30 hari. Percayalah cakap aku. Aku tahulah… sebab pegawai kau semuanya beri maklumat kepadaku."

Saturday, September 26, 2009

Melayu + Cina + India = 1 Malaysia?

SEPT 25 — Akhbar-akhbar perdana pada 21 September melaporkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap amalan rumah terbuka dapat dijadikan satu budaya yang menyerlahkan semangat 1 Malaysia sebagai gagasan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Foto-foto yang disiarkan pula secara amat sengaja menunjukkan individu kaum Melayu, Cina dan India sama-sama menganyam ketupat atau makan.

Lalu, bagi sekian kalinya sejak April 2009, saya tertanya-tanya, apakah itu sahaja yang dimaksudkan dengan 1 Malaysia?

Saya selalu menulis mengenai konsep “Bangsa Malaysia” di blog saya kerana konsep itu memang menjadi pegangan dan impian saya.

Malah Kavyan mengangkat serta memartabatkan konsep “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia” sejak ditubuhkan pada Ogos 1999.

Sebab itulah saya tidak takjub dengan konsep baru yang diperkenalkan oleh PM pada April lalu. Apatah lagi memandangkan PM sendiri menjelaskan pada “Selayang Pandang” blog www.1malaysia.com.my:

“[Blog] 1 Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1 Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita — di sebalik segala perbezaan kita — berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.”

Nilai-nilai 1 Malaysia yang cuba diterapkan oleh Perdana Menteri — dan didedahkan sedikit demi sedikit melalui blog beliau — adalah Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Pendidikan, dan Integriti.

Apabila diundang memperkatakan mengenai 1 Malaysia, saya akan sering bertanya kepada hadirin: unsur manakah yang baru dan belum menjadi amalan?

Begitulah juga, pada 3 Mei, sewaktu membaca akhbar-akhbar harian secara dalam talian, saya mendapat gambaran jelas bahawa konsep “1 Malaysia” (atau saya menggelarnya “Bangsa Malaysia”) masih kurang jelas dalam kalangan Rakyat dan pemimpin (wakil kerajaan).

Masing-masing melakukan serkap jarang dan percakapan retorik.

Semua pihak digesa memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengilhamkan konsep 1 Malaysia kerana konsep itu dikatakan menuntut kerjasama dan penglibatan seluruh rakyat Malaysia.

Ada pula pertubuhan tertentu yang mahu menemui Perdana Menteri berhubung isu 1 Malaysia kerana bagi mereka, isu-isu berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak harus dipertikaikan.

Konsep “Satu Belia” turut diperkenalkan bagi membantu mempercepatkan pelaksanaan gagasan 1 Malaysia!

Rasional yang diberikan adalah bahawa konsep 1 Malaysia tidak akan dapat dibina dalam tempoh yang singkat sekiranya golongan belia di negara ini yang berjumlah kira-kira 12 juta daripada 27 juta penduduk negara tidak disatukan.

Pada waktu yang sama, semua stesen televisyen di Malaysia digesa menerbitkan lebih banyak drama dan program yang berwajahkan 1 Malaysia; di mana stesen televisyen dikatakan perlu memastikan masyarakat sentiasa merasakan mereka juga sebahagian daripada program yang ditayangkan.

Kerajaan — atau wakil kerajaan — juga ketara tampil mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan usaha beberapa pihak yang khabarnya cuba mengelirukan dan memutarbelitkan konsep 1 Malaysia.

Malah, khabarnya, ramai penulis blog mengemukakan pelbagai pandangan yang kadangkala berunsur negatif serta mampu menggugat kefahaman rakyat terhadap konsep 1 Malaysia.

Wakil kerajaan jugalah yang melaung-laungkan bahawa konsep 1 Malaysia diperkenalkan kepada rakyat sebagai satu strategi baru kerajaan untuk mengeratkan hubungan kaum bagi jangka masa panjang.

Konsep 1 Malaysia dilihat sebagai langkah yang terbaik dan paling relevan bagi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Perdana Menteri juga banyak kali menegaskan, gagasan 1 Malaysia adalah konsep yang mempunyai pengisian jitu dan bukannya kenyataan retorik politik semata-mata.

Beliau juga berjanji, konsep berkenaan akan diterjemahkan secara evolusi melalui proses tertentu dan tidak berlaku dalam satu malam sahaja.

Paling penting, semua pihak menerima idea Satu Bangsa (1 Malaysia; Bangsa Malaysia) yang merupakan intipati konsep berkenaan tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.

Bagi meningkatkan kefahaman terhadap istilah Satu Bangsa (1 Malaysia; Bangsa Malaysia), maka rakyat perlu mempunyai keyakinan terhadap sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima antara satu sama lain.

Pada masa yang sama, dicadangkan pula supaya semacam “bank idea rakyat” diperkenalkan bagi mengumpulkan cadangan dan pandangan rakyat dalam memastikan setiap pembangunan dilaksanakan secara berkesan dan memenuhi cita rasa akar umbi.

Cadangan itu dilihat sebagai sejajar dengan gagasan “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” yang sedang giat diterapkan di seluruh negara.

Membaca segala laporan media berhubung tindakan dan kata-kata (gesaan, saranan, cadangan) wakil kerajaan, ternyata konsep serkap jarang dan retorik berbahasa masih menjadi amalan.

Siapa yang boleh membantu menjelaskan secara tuntas mengenai 1 Malaysia?

Lebih menarik, pada 5 Mei, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar-Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom mengeluarkan kenyataan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan garis panduan mengenai konsep 1 Malaysia sebagai panduan kepimpinan negara ketika berucap pada satu-satu majlis, bagi mengelak salah tafsiran dan tanggapan negatif masyarakat mengenai konsep itu.

Daripada kata-kata beliau, ternyata kepimpinan negara memerlukan garis panduan khusus mengenai konsep 1 Malaysia supaya apa yang diucapkan dapat difahami rakyat.

Khabarnya, sehingga kini, rakyat belum dapat memahami konsep tersebut secara mendalam kerana matlamat dan gagasan 1 Malaysia sering diputar belit pihak tertentu untuk kepentingan sendiri.

Bernama memetik beliau sebagai berkata: “Sebelum konsep ini dipolemikkan dengan lebih parah oleh pihak-pihak berkepentingan, kita perlu menyediakan panduan supaya gagasan ini dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci agar ia berupaya membangunkan agama, bangsa dan negara.”

Berikut pula petikan pandangan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah yang sempat saya baca di akhbar Utusan Malaysia, 7 Mei::

“Untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap gagasan 1 Malaysia, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan satu seminar sehari pada 7 Jun.”

Entah berlangsung ataupun tidak seminar berkenaan. Tiada pula laporan yang saya baca mengenai kejayaannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar-Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom sendiri berpendapat "sehingga kini rakyat belum memahami dengan mendalam konsep 1 Malaysia itu."

Datuk A. Kadir Jasin dalam ruangan blognya, 17 April juga mengaku dan menulis: "Saya kurang yakin yang saya memahami sepenuhnya gagasan ini."

Ahli akademik terkenal, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata: "Saya tidak pasti adakah gagasan itu satu 'ideologi politik' (political ideology) atau satu 'strategi tadbir urus' (governance strategy)." Ertinya, Shamsul sendiri juga belum pasti apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan gagasan 1 Malaysia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim telah mengumumkan beberapa langkah yang sedang dan hendak dilaksanakan oleh kementeriannya untuk memasyarakatkan (dan mengoperasikan) gagasan 1 Malaysia.

Selepas saya membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Belia Negara 2009 Peringkat Negeri Sembilan pada 9 Mei di Seremban, tidak kurang yang menyatakan bahawa mereka masih tidak faham dengan konsep “1 Malaysia”.

Secara mudah, saya memberitahu salah seorang peserta bahawa jika beliau “tidak faham”, maka itu tanda positif — kerana beliau telah mendengar pembentangan saya dan juga berfikir tentang konsep 1 Malaysia.

Ada juga peserta yang bertanya — secara amat logik — apa gunanya diadakan sebuah konvensyen jika belum ada sesiapa yang benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan “1 Malaysia”.

Apatah lagi apabila para pemimpin sendiri perlu diberikan “panduan” oleh Jakim sebelum boleh bercakap mengenainya.

Dikemukakan juga cadangan: mengapa tidak kita semua sebagai rakyat yang sebenarnya sudah sedia mengamalkan semangat “1 Malaysia” tampil “mengajar” para pemimpin mengenai konsep sebenar 1 Malaysia.

Lalu saya simpulkan, itulah tujuan sebuah konvensyen: ada pembentangan kertas kerja, ada pandangan peserta dan akhirnya akan ada resolusi yang akan dicapai.

Resolusi itu nanti akan disampaikan kepada pihak berkenaan. Dan saya percaya perkara itu telah dilakukan pada atau sebelum sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei.

Konsep “Satu Belia” diperkenalkan secara rasmi pada 15 Mei sempena sambutan Hari Belia.

Konsep dan pendekatan “Satu Belia” dipercayai akan menaikkan martabat dan kedudukan belia pada tahap yang lebih tinggi.

Mungkin selepas “Satu Belia”, akan ada pula “Satu Wanita”, “Satu Pemuda”, “Satu Putera”, “Satu Kampung”, “Satu Kedai”, “Satu Kereta”, “Satu Sekolah” dan entah apa lagi sebagai sokongan padu terhadap “1 Malaysia” — walaupun kita sebenarnya masih tidak tahu dan tidak diberitahu apa sebenarnya “1 Malaysia”.

Pasti banyak lagi “Satu” yang boleh dikemukakan — berserta alasan dan rasional serta sumbangannya dalam menjayakan “1 Malaysia”.

Misalnya: “Satu Belia” mampu menaikkan martabat dan kedudukan belia pada tahap yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, peraduan Foto Satu Malaysia bertema “Perpaduan Melalui Kepelbagaian” menyaksikan pemenang bertemu Perdana Menteri di pejabat beliau di Putrajaya pada 20 Mei untuk menerima hadiah. Laporannya boleh dibaca di blog 1 Malaysia.

Foto oleh Henry Liew menampilkan beberapa kanak-kanak riang memegang Jalur Gemilang mini. Azrul merakamkan beberapa kanak-kanak riang makan di kantin sekolah. Foto oleh Diyana menampilkan tiga remaja — tentu sahaja seorang Melayu, seorang India dan seorang Cina! — memegang Jalur Gemilang.

Maka, itukah yang dimaksudkan dengan “1 Malaysia”? Hal ini memandangkan Perdana Menteri sendiri di blog 1 Malaysia menyatakan, “tiga penyertaan teratas yang memenangi peraduan ini, pada hemat saya, paling menyerlah dalam menjelaskan semangat 1 Malaysia.”

Maknanya, 1 Malaysia melihat pada kepelbagaian kaum, perpaduan dan kesetiaan pada negara.

Ternyata, konsep 1 Malaysia bukan sesuatu yang baru — walau apapun cuba dikatakan oleh para pemimpin. (Dan jangan lupa bahawa para pemimpin sediri mungkin masih menunggu draf teks/panduan daripada Jakim!)

Berbanggalah kerana kita semua sebagai rakyat memang sudah sedia mengamalkan konsep "1 Malaysia" sebelum Perdana Menteri memulakan blog 1 Malaysia.

Bagi saya, konsep “1 Malaysia” sebenarnya bukan sesuatu yang segar-baru-asli. Dan pada masa yang sama, konsep itu juga belum dapat dijelaskan secara tepat oleh mana-mana pihak.

Kita semua masih dalam “pencarian” makna 1 Malaysia — semata-mata kerana kita tidak mahu, tidak rela dan tidak bersedia menerima hakikat keunikan Bangsa Malaysia.

Kita juga masih bercakap mengenai “perpaduan” (unity) dan belum sampai ke tahap memperkatakan mengenai “integrasi” (integration).


http://www.themalaysianinsider.com

Isu SELCAT dan Kenyataan-Kenyataan yang Mengelirukan

Baru-baru ini kita terpaksa menangani ‘krisis jadian’ sekali lagi di Selangor. Krisis kali ini berhubung persoalan kaedah sesi soal siasat terbuka yang berlangsung melalui SELCAT, khususnya terhadap pegawai-pegawai kerajaan. Mereka dikatakan telah ‘dibuli’, ‘diperbudak-budakkan’ dan ‘dihina’ semasa perjalanan sesi tersebut. Di atas alasan ini maka dikeluarkan kenyataan mengkritik perjalanan sesi soal siasat tersebut di dalam media.

Seperti yang boleh dijangkakan, kritikan terbuka sebegini oleh Dato Dr. Hassan Ali, sebagai seorang Ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor memang dimanfaatkan sepenuhnya oleh media arus perdana. Kritikan-kritikannya digunakan untuk menyatakan kononnya wujud perbalahan dan berbagai masalah dalam PR Selangor.

Sebenarnya, kita semua menyedari bahawa SELCAT merupakan perkara yang baru. Sesi soal siasat terbuka seperti ini sememangnya merupakan satu amalan yang tidak biasa dilakukan di negara kita ini. Oleh itu sudah pasti akan ada reaksi yang kurang baik dan mungkin akan ada juga kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi. Saya difahamkan bahawa sudah pun dibuat teguran-teguran kepada pihak yang berwajib bagi memperbaiki beberapa kelemahan yang telah pun dikenalpasti. Teguran-teguran itu telahpun diterima dengan baik di atas semangat kebersamaan dan kerjasama.

Yang menjadi masalah ialah apabila Dato Dr Hassan membuat pendedahan dan kritikan berhubung persoalan ini kepada pihak media arus perdana. Diambil olehnya posisi sebagai pengkritik dan pembangkang, mengkritik kerajaan PR, sedangkan beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai ahli exco yang sedang bersama berusaha untuk mengasaskan budaya ketelusan, pertanggungjawaban dan keamanahan yang hampir tidak wujud semasa zaman BN dahulu. Diluah pula apa yang tidak dipersetujuinya kepada akhbar arus perdana yang dikenali semua sebagai alat pihak lawan.

Semestinya apabila diserang sebegitu, oleh orang yang dianggap rakan, ramai dari ADUN PR yang terperanjat. Lebih-lebih lagi apabila teguran-teguran yang sama telah pun dibincang bersama secara tertutup dan telah juga diambil kira. Tindakan beliau dilihat sebagai usaha untuk menonjolkan diri sebagai pembela pegawai-pegawai ini, sambil dalam masa yang sama SELCAT pula digambarkan sebagai pihak yang menzalimi mereka!

Bagi saya, yang ‘membuli’, ‘memperbudak-budakkan’ dan ‘menghina’ pegawai-pegawai kerajaan gred atasan ini ialah pentadbiran BN dahulu. Ini mereka lakukan apabila mereka mengarah pegawai-pegawai atasan ini supaya membenarkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi setiap DUN dihabiskan dalam tempoh 2 bulan sedangkan ianya peruntukan untuk setahun! Mereka dipaksa mengenepikan peraturan-peraturan tetap dan dalam pada itu diugut dengan tindakan tata-tertib sekiranya tidak akur. Ini ‘buli’ dan ini ‘memperbudakkan’. Sebaliknya, tindakan kerajaan PR ingin mendidik dan memartabatkan jawatan pegawai-pegawai kanan ini dengan menjelaskan kepada mereka amanah dan tanggungjawab yang datang bersama jawatan yang penting sebegitu.

Hasil tindakan mengkritik SELCAT secara terbuka oleh Dato Dr Hassan, dan ini bukan merupakan kali pertama tindakan sebegini dilakukannya, telah pun menjejaskan imej PR dan PAS.

PR kelihatan sebagai sebuah kerjasama dan gabungan yang rapuh, lemah dan tidak kukuh. Ia dilihat sentiasa bertelagah satu sama lain walaupun telah bersama selama lebih dari setahun. Imej lemah sebegini memang diusahakan oleh BN dan dengan tindakannya itu, beliau telah pun secara tidak langsung membantu BN dalam usaha mereka untuk memperlekehkan PR. Segala usaha PR untuk menzahirkan imej bersatu, kukuh dan padu digagalkannya dengan tindakan sebegini.

PAS pula dilihat sebagai parti yang bersifat ‘talam dua muka’atau ‘gunting dalam lipatan’. Duduk bersama Exco membincang segala pendekatan tetapi menempelak kerajaan PR pada setiap peluang yang diperolehinya. Dalam bahasa Inggeris ada istilah ‘one-up manship’ yang bermakna usaha untuk menaikkan nama sendiri dengan menjatuhkan nama ‘kawan’. Orang yang sebegini tidak ada yang ingin jadikan sebagai kawan. Dia sentiasa mengambil kesempatan untuk menjatuhkan imej kawan demi menaikkan imej sendiri. Golongan ini dijadikan kawan hanya apabila tiada pilihan lain atau terpaksa.

Sepatutnya sebagai Parti Islam, PAS adalah parti yang ingin disepakati oleh semua kerana jujurnya, amanahnya, setianya, lurusnya dan telusnya. Parti Islam tidak akan khianat kerana sentiasa boleh diharapkan dan dipercayai. Berpegang kepada janjinya dan bukan jenis cakap lain, buat lain. Malangnya buat masa ini di Selangor, PAS tidak mempunyai imej yang sebegitu. Apabila disebut sahaja ‘lompat’ di Selangor, semua melihat pada PAS. Ini adalah hasil dari tindakan-tindakan ‘one-up manship’ yang telah berlaku selama ini.

PAS dilihat mempunyai agenda tersendiri yang dirahsiakan dan tidak dikongsi bersama dengan rakan Pakatan. Ini menimbulkan syak wasangka dan boleh menggagalkan PR. Kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah yang dikeluarkan selepas ditegur hanya menimbulkan kesangsiaan. Sekejap dikatakan hakim pencen, sekejap tidak. Sekejap dikatakan ingin mengkaji semula kedudukan dengan PR, sekejap tidak! Keliru lagi mengelirukan!

Saya tidak faham, apakah sukar sangat untuk kita berpakat dan berkerjasama secara jujur dan ikhlas? Bukankah kejujuran dan keikhlasan itu dituntut oleh Islam? Adakah kerana kita merasakan kita Parti Islam dan yang lain tidak, maka kita tidak perlu berlaku jujur dalam kerjasama kita bersama mereka? Adakah kita sudah begitu sesat dengan fahaman Yahudi Zionis sehingga menganggap setia kepada janji dengan bukan Islam adalah satu kesalahan? Akan hilang atau tidak wala’ lagi pada kepimpinan Islam kerana menjadi wala’ kepada pemimpin lain? (Bagi yang tidak tahu, wala’ maksudnya kesetiaan).

Sekiranya itulah fahaman yang hendak dibawa, maka akan hancurlah PAS. Bukan kerana kekuatan lawan tetapi kesesatan diri sendiri. PAS sebagai parti Islam mestilah jujur dengan kerjasamanya dengan pihak lain dan atas kejujuran itu akan terbina satu kekuatan yang jitu. Kekuatan kejujuran dan keikhlasan perjuangan Islam inilah yang akan menyebab semua datang berteduh di bawah naungannya. Inilah kaedah yang sebenarnya, bukan melalui pengkhianatan, kelicikan dan kepura-puraan.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Benarkah Pegawai2 Kerajaan Dihina dalam Sessi Soaljawab SELCAT?Jawapan kepada Kenyataan Dato' Hasan Ali

Dato Hasan Ali dalam kenyataan terbaru beliau (yang saya rasa disediakan oleh Roslan SMS yang tak berapa bijak tu) Dato Hasan mengatakan:

“Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.”

Inilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran.
Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.
Sekiranya dakwaan Dato Hasan ini benar, mengapa YB Saari Sungip tidak menyokongnya? Mengapa YB Saari Sungip malah mencadangkan Dato Hasan dihadapkan kepada “Select Committee” bagi dibicarakan atas alasan tatatertib kerana mempersoalkan SELCAT?
Dan kesemua ahli SELCAT menafikan berlaku usaha menjatuhkan maruah serta wujud unsur tekanan dan ketegangan. Hakikatnya ialah berlakunya ketegangan itu adalah lumrah kerana ianya membahaskan isu yang sensitif seperti itu?

Soalnya sekarang apa perlunya JK SELCAT mahu menjatuhkan maruah pegawai2 kerajaan ini? Apa untungnya JK SELCAT berbuat demikian kerana akhirnya mereka juga terpaksa bekerjasama dengan pegawai2 ini apabila mereka mahu menjalankan kerja2 wakil rakyat mereka?

Saya cabar Dato Hasan dan kuncu2 nya menafikan khabar ini. Bahawa para DO2 ini di bawah platform “PROMIS” , sebuah persatuan tidak berdaftar yang dianggotai oleh pegawai2 kerajaan dari daerah dan PBT , telah datang mengadap Dato Hasan dan mengadu kepada Dato Hasan berkenaan dengan apa yang mereka telah hadapi dalam prosiding2 SELCAT.
Dalam perjumpaan tersebut, pegawai2 ini telah melonjak ego Dato Hasan dengan mengatakan bahawa hanya Dato Hasan harapan Melayu dalam pentadbiran Selangor. Dan Dato Hasan terus mempercayai puak2 ni TANPA merujuk kepada wakil PAS dalam SELCAT, yakni saudara Saari Sungip.

Seterusnya kenyataan itu berkata:

“Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.”


Apakah Dato Hasan tidak sedar bahawa tanpa kerjasama dari pegawai2 ini, tidak mungkin peruntukan yang berjumlah RM450k per DUN dapat dikeluarkan dalam masa kurang dari 2 minggu? Seharusnya pegawai2 ini harus dipersoalkan mengapa boleh peruntukan2 ini dikeluarkan dengan begitu cepat sedangkan pegawai2 ini berkuasa untuk memproses permohonan dengan kadar masa yang berpatutan?

Apakah begitu dangkal sekali pemikiran Dato Hasan sehingga tidak sedar bahawa tidak mungkin UMNO dapat menggunakan wang rakyat untuk kempen mereka sekiranya tiada kerjasama erat dari pegawai2 kerajaan yang ada sekarang ini?

Dan sekiranya pegawai2 kerajaan ini benar2 dipaksa dan disuruh untuk melakukan korupsi, apa yang perlu ditakuti oleh mereka? Mereka boleh memberitahu kepada SELCAT bahwa mereka mendapat arahan dari UMNO untuk melepaskan peruntukan yang berjumlah ratus ribu ringgit per DUN itu dan mereka terpaksa menuruti? Mengapa mereka perlu mempertahankan tindakan mereka sehingga berlaku sedikit ketegangan dalam persidangan mereka?

Lagi satu kenyataan yang menampakkan kebodohan serta kedunguan Dato Hasan serta penasihat2 beliau:

“Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.”


Saya cabar Dato Hasan dan penasihat2 beliau supaya tunjukkan apa kurangnya kelayakan ahli2 SELCAT yang ada sekarang? Adakah mereka tidak ada pengalaman? Adakah Saudara Azmin Ali tidak pernah berkhidmat di bawah bekas Menteri Kewangan Malaysia? Adakah Teng Chang Kim itu bukan berkelulusan undang2?

Sekali lagi, berhentilah buat kenyataan2 yang dangkal dan bodoh. Masaalah Dato Hasan adalah penasihat2 beliau adalah dunggu dan bengap. Jadi, Dato Hasan pun jadi dunggu juga. Itulah masaalahnya.

Tulang Besi

Sunday, June 21, 2009

ISLAM memimpin perubahan

Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut.

Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya yang MUSLIM itu.

Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan sebesar PAS di Malaysia. Dengan keahlian mencecah sejuta, sebahagiannya menyertai PAS dengan kefahaman Tarbiyah, manakala sebahagian yang lain menyertainya dengan kesedaran Siasah. Sebahagiannya naik kapal dengan rasional, sebahagian lain pula emosional. Dari profesor di menara gading, hinggalah serendah-rendah pendidikan manusia, tetapi ada sesuatu yang difikirkannya.

Kedua-duanya berkumpul di bawah satu hasrat dan cita-cita, tetapi dengan kapasiti yang amat luas kepelbagaiannya.

Justeru sesuai dengan saiz PAS yang semakin besar, jiwa dan pemikiran pendukungnya juga harus membesar sama. Pandangannya perlu besar, dan bersedia untuk berdepan dengan cabaran-cabaran yang datang akibat saiz yang sebegitu besar.

Setelah pemerintahan Islam bukan lagi di kejiranan Madinah, berubah kepada sebuah Daulah yang bersempadankan dua lautan dan benua, kaedah bai’ah bukan lagi berjabat tangan seorang demi seorang di minbar masjid. Ada perkembangan yang berlaku, dan perkembangan itu perlu.

KOMUNIKASI GENERASI EMAS

Sebagai perbandingan, nilaikanlah keberkesanan komunikasi di era Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dalam memindahkan satu berita atau maklumat daripada seorang kepada seorang yang lain, berbanding dengan komunikasi di era Umar al-Khattab r.a, Ali bin Abi Thalib r.a, membawa kepada era Bani Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah.

Tidak perlu menunggu hingga ratusan tahun selepas kewafatan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Hanya kira-kira 25 tahun selepas kewafatan Baginda, umat Islam sudah teruji dengan Perang Saudara di medan Siffin, berpunca daripada beberapa sebab, terutamanya soal KOMUNIKASI.

Muawiyah radhiyallaahu ‘anhu bukan pemberontak sebagaimana yang dikehendaki imej sebegitu oleh musuhnya. Muawiyah selaku ahli keluarga kepada Uthman radhiyallaahu ‘anhu menghendaki supaya pembunuh Uthman diheret ke muka pengadilan. Hal tersebut harus menjadi keutamaan tertinggi pada ketika itu. Ali radhiyallaahu ‘anhu pula melihat, urusan menghukum pembunuh Uthman adalah sulit sekali untuk dilakukan kerana kucar kacir umat Islam tanpa pemimpin akibat terbunuhnya khalifah Islam ketiga itu. Malah lebih memburukkan keadaan, kumpulan yang memberontak terhadap Uthman hingga membawa kepada pembunuhannya telah membai’ah Ali secara licik dan meletakkan diri mereka di tengah posisi tentera Ali.

Sungguh membingungkan.

Ali berada di Madinah.

Muawiyah berada di Syam.

Jarak ribuan batu yang memisahkan mereka tidak memungkinkan suatu bentuk komunikasi yang efektif untuk masing-masing saling mengetahui sisi pandangan masing-masing.

Persengketaan Perang Siffin menjadi lembaran sejarah yang hitam untuk dikenang oleh umat Islam zaman berzaman. Biar pun Muawiyah dan Ali, masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri, kebenaran tidak cukup untuk menyekat perpecahan. Benar sekali sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal seruan kedua-dua kumpulan tersebut adalah satu (yakni kebaikan Islam dan umatnya).” [Sahih Muslim – hadis no: 157]

Ya, perpecahan boleh berlaku di dalam kelompok yang batil. Perpecahan juga boleh melanda kelompok yang benar. Asasnya ialah pada cara pengendalian mereka, sama ada menetapi hukum Sunnatullah atau sebaliknya.

Kita sangat berlapang dada dalam memahami asas kesukaran berkomunikasi yang berlaku di antara Muawiyah dan Ali. Jarak memisahkan mereka. Teknologi masih terbatas.

Namun apakah pula alasan untuk sebuah komuniti di era siber ini mengalami pengurusan maklumat yang tunggang langgang?

KOMUNIKASI GENERASI SEMASA

PAS seharusnya sedar dirinya sudah berada di tengah arus perdana. PAS tidak boleh lagi berfikir seolah-olah mereka hanya sekumpulan individu yang boleh bertemu di sebelah pagi untuk merancang, dan bertemu kembali di sebelah petang untuk muhasabah. Dengan keahlian mencecah sejuta, PAS sedang diuji dengan keupayaannya menguruskan penyebaran maklumat. Bukan sahaja di kalangan pendukungnya, malah rakyat jelata juga mahu tahu.

“Kita sabar dulu. Tunggu penjelasan daripada Tuan Presiden”

“Jangan percaya dengan manipulasi Utusan Malaysia malah Malaysiakini. Kita mesti berbaik sangka”

“Kami ada maklumat yang kami perolehi daripada sumber tertinggi tetapi tidak boleh didedahkan secara terbuka”

“Salah satu petanda Takwin yang sempurna, adalah pada ketaatan yang mutlak kepada arahan atasan”

Kesemua kenyataan di atas, menggambarkan yang PAS masih berfikir kecil ketika tubuhnya sudah membesar bagai raksasa. Masih menganggap, penyampaian maklumat dari mulut ke mulut, menanti pimpinan turun ke akar ubi untuk membuat penjelasan untuk mencerahkan pegangan, sebagai cara untuk menjaga keharmonian jamaah dan parti.

Apakah ini petanda yang PAS masih belum memfakihkan diri dengan bentuk peperangan semasa yang dirinya sedang berada? Bahawa peperangan hari ini adalah peperangan maklumat. Kegagalannya menguasai maklumat bererti mereka berperang tanpa senjata, atau masih berkeris ketika peluru berpandu menembak jauh dari ribuan batu.

Utusan Malaysia tetap Utusan Malaysia. Sentiasa ‘istiqamah’ dalam tingkah laku buruk kewartawanan mereka.

Begitu juga dengan sekalian pihak yang sudah secara tradisinya tidak berpihak kepada mereka.

Tetapi bagaimana dengan Harakahdaily? Bagaimana dengan halaman web rasmi PAS? Bagaimana dengan blog peribadi masing-masing? Mengapa tidak digunakan kesemuanya itu untuk menjelaskan apa yang perlu diperjelaskan kepada massa yang ramai ini.

Ketika segala propaganda UMNO dan Barisan Nasional bertebaran di media semenjak Isnin, apakah di tahun 2009 ini PAS masih mengharapkan ahlinya menunggu hujung minggu untuk mendengar maklumat tersahih dari usrah atau roadshow dan ceramah perdana?

AMBILLAH IKTIBAR DARI KISAH MEREKA

Saya masih ingat, kejadian di era Reformasi 1998 dahulu, apabila Setiausaha Agung UMNO datang ke England. Slogannya ialah, rakyat Malaysia di perantauan jangan percaya dengan propaganda media asing yang memberikan liputan bias tentang perkembangan di Malaysia. Media asing diletakkan di hujung telunjuk sebagai pesalah yang memporak perandakan pandangan rakyat Malaysia tentang negaranya sendiri.

Lalu Setiausaha Agung UMNO diminta menjelaskan secara ‘live‘ apakah sebenarnya yang berlaku sehingga mantan Timbalan Perdana Menteri lebam matanya ketika berada di dalam tahanan Polis. Jawapan sambil lewa Setiausaha Agung UMNO (berserta dengan kesungguhan melarang percaya kepada media asing) memanaskan kepala setiap yang hadir sehingga ada yang hampir menumbuk beliau.

Sungguh membuang masa.

Ya, jangan percaya media asing.

Tetapi ruang yang diberikan tidak dimanfaatkan untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Sama jugalah dengan PAS. Jangan percaya Utusan Malaysia. Jangan percaya dengan Malaysiakini. Jangan percaya dengan ‘bloggers’ (bukankah ini kata-kata BN di ambang kekalahan mereka Mac 2008 yang lalu?), jangan percaya dengan TV3… habis mahu percaya dengan siapa?

Harakahdaily tiada maklumat.

Laman web rasmi PAS tiada maklumat.

Usrah masih bertatih untuk mengecap nilai efisyensi.

Dan dalam masa yang sama Mursyidul Am berkata sesuatu manakala Tuan Presiden berkata sesuatu yang lain.

Alasan manipulasi media sudah tidak laku kerana PAS serta sesiapa sahaja mempunyai 1001 ruang untuk menyatakan apa yang tidak boleh dinyatakannya di media milik UMNO atau Barisan Nasional. Mana mungkin penjelasan dilewat-lewatkan, berulang-ulang kali… tanpa menjangkakan kerugian dan kemalangan menimpa PAS akibat sikap tidak kompeten seperti ini.

Jangan nanti alasan ‘ada benda yang orang tidak boleh tahu’ diulang berkali-kali sehingga massa pun sudah malas untuk ambil tahu.

Era perang digital, jangan lagi membawa sikap analog yang membinasakan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Sunday, October 5, 2008

Antara Si NGO Melayu dan Si NGOK Melayu

Ramadan sudah pun berlalu dengan pelbagai kenangan dan pengalaman bagi setiap insan yang hidup di dunia ini. Malahan ada insan dunia ini yang mati kerana melalui pengalaman pahit dalam hidupnya.

Secara umumnya dunia sejagat sedang bergelut dengan krisis ekonomi disebabkan merudumnya pasaran saham Wall Street yang telah menjunam sehingga 700 mata dalam satu hari perniagaannya. Sekali gus banyak syarikat besar di Amerika yang jatuh bankrap dan turut meruntun jatuh beberapa banyak lagi syarikat besar bertaraf internasional di Eropah, Jepun, Taiwan, Korea, dan juga di Asia Tenggara.

Apa yang berlaku di Amerika Syarikat pada bulan September 2008 adalah ulang tayang apa yang pernah berlaku di sana pada Oktober 1929 dahulu, menyebabkan seluruh dunia menggigil dan kerana banyak syarikat besar jatuh muflis.

Dengan lain perkataan krisis ekonomi yang meledak di Amerika menyebabkan hampir semua pemimpin dunia sejagat memberikan fokus menyelamatkan ekonomi negara masing-masing. Media cetak dan ekonomi dunia barat memberikan tumpuan kepada cara negara besar melaksanakan langkah menyelamatkan ekonomi mereka yang sedang merudum. Dari situ orang awam diberikan maklumat terperinci bagaimana setiap negara mengambil langkah bagaimana mereka cuba memulihkan keadaan agar tidak bertambah tenat.

Akan tetapi, langkah yang serupa jarang sangat dapat kita ikuti di negara ini seolah-olah Malaysia terlepas daripada krisis ekonomi di Amerika dan Eropah. Kita tidak banyak dapat mengetahui apakah rencana kerajaan BN pimpinan Paklah . menyelamatkan Malaysia daripada henyakan krisis ekonomi global? Adakah kita mengetahui langkah-langkah awal bagaimana rakyat harus bersatu untuk menampan henyakan dan tempias krisis ekonomi global IT?

Propaganda Bajet Prihatin

Rakyat masih dibuai propaganda bahawa krisis ekonomi Amerika tidak akan membawa banyak tempias ke atas ekonomi Malaysia. Kerana itu setiap hari kita disogokkan dengan propaganda ‘Bajet Prihatin’ di TV BN. Sebagai contoh, kita dapat lihat iklan di mana beberapa orang warga emas dirakamkan memuji kerajaan BN yang memberikan potongan harga bayaran bekalan elektrik sebanyak RM20 sebulan. “Memanglah bagus usaha kerajaan ........Ringanlah beban saya ...sebab saya orang susah, dan isteri saya pun dah lama melepek.....” demikian antara komen warga emas yang disebut memuji kerajaan BN. Itulah contoh Bajet Prihatin kerajaan. Akan tetapi, cuba perhatikan rumah kediaman warga emas yang ditayangkan itu. Lihat betapa usangnya rumah kediaman mereka. Ada rumah yang kopak-kapik dindingnya dan berkemungkinan besar rumah itu hanya mempunyai tidak lebih daripada lima biji lampu elektrik – satu di dapur, satu di ruang tamu, satu di bilik tidur dan mungkin satu di bahagian tangga di belakang rumah dan satu lagi di bahagian luar depan rumah. Saya fikir kalau sebanyak itu bilangan lampu mentol yang ada, bil elektrik mereka mungkin tidak pun mencecah RM20 sebulan.

Yang jelas, kesemua warga emas yang mukanya ditayangkan setiap hari di kaca TV tidak tahu apakah makna krisis kewangan dunia dan apakah krisis ekonomi negara. Malahan mereka tidak pun sedar akan kesan turun-naiknya harga minyak di pasaran ataupun di pam minyak.

Kumpulan NGO Bukan-Melayu yang Tidak Berbaur Politik

Terdapat banyak NGO (Non-government Organisation ataupun Badan Bukan Kerajaan) naungan orang Melayu di negara ini. Kalau pada asasnya penubuhan NGO itu adalah bertujuan mempergiatkan aktiviti sosial, budaya dan ekonomi sesuatu negara, di Malaysia saya lihat munculnya satu trend yang tidak sihat di kalangan NGO Melayu. Aktiviti mereka itu banyak yang berbeza dengan kegiatan NGO yang dianggotai ataupun dipelopori oleh kumpulan bukan-Melayu.

Secara perbandingan kasar kebanyakan NGO tajaan kaum India memberikan tumpuan memperkasakan penggunaan bahasa Tamil di kalangan masyarakat mereka sambil menentukan masyarakat berbahasa Tamil itu terus fokus dengan pegangan agama Hindu. Satu ketika dahulu fungsi ini telah dilaksanakan dengan amat baik sekali oleh Kumpulan Bell sehingga satu waktu apabila Samy Vellu dapat memperdaya Bell Group untuk memberikan sokongan kepada MIC agar peranan yang diasaskan oleh Bell Group diambil alih oleh MIC.

Dengan malapnya Bell Group, banyak NGO India yang lain semakin sedar betapa mereka perlu bergerak aktif bebas daripada cengkaman MIC dan Samy Vellu. Pergerakan mereka itu menyemarakkan aktiviti industri kecilan di kalangan masyarakat India seperti industri kitaran bahanguna (recycling industry) yang telah melahirkan ramai jutawan India hanya melalui kegiatan jual beli kotak, kertas, botol, tin aluminium, besi buruk, beteri lama dan sebagainya. Kini industri kitaran bahanguna di Malaysia sudah menjadi milik kaum India di mana kaum Cina memainkan peranan khidmat sokongan (support service). Yang ironisnya penyumbang besar bahan-bahan kitaran itu adalah orang Melayu yang bergelar Mat Gian. Inilah kaki dadah yang sanggup menyabung nyawa curi kabel elektrik tanpa memikirkan risiko nyawa mereka.

Industri kitaran semula bahan guna itu menjadi begitu lumayan sehingga ramai syarikat India ataupun lebih dikenali sebagai “Keling Botol” menjadi besar dan mampu membawa masuk pekerja asing daripada India dan Seri Lanka sebagai tenaga tetap untuk meniagakan barangan belian mereka. Tauke-tauke ini tidak berminat mengambil anak-anak Melayu ataupun India tempatan untuk kerja-kerja itu. Kalau adapun anak India warga Malaysia yang digaji oleh mereka kebanyakannya adalah kaki botol dan kaki samsu.

Apapun, industri kitaran bahanguna menjadikan tauke-tauke India menjalankan perniagaan utama dalam kegiatan pasaran barang terpakai ataupun ‘secondhand goods’. Lihatlah aktiviti jual beli di “Memory Lane” pada setiap pagi Isnin dan kita akan dapat hampir 70 peratus peniaga besar di sana adalah peniaga India yang memakai kenderaan peribadi bernilai lebih seratus ribu setiap satu. Kalau ada pun orang Melayu yang berniaga di situ mereka menggunakan kereta buruk yang membawa barang-barang lama berupa “antik” dan yang susah mendapat pasaran kerana harganya yang amat tinggi.

Keunggulan orang India dengan industri kitaran menjadikan mereka semakin bebas daripada cengkaman pengaruh MIC dan Samy Vellu. Satu ketika dahulu Samy Vellu amat perkasa dan berbisa. Sesiapa yang berani menentangnya menghadapi risiko dirinya kehilangan nyawa. Pernah seorang wartawan terkenal akhbar India telah diculik oleh sekumpulan samseng upahan Samy Vellu dan dirinya dikelar dengan pisau cukur dalam satu majlis keramaian sambil diperhatikan pegawai polis yang tidak berani berbuat apa-apa.

Akan tetapi masyarakat India secara keseluruhannya pandai bersatu secara senyap-senyap. Daripada industri kitaran mereka mengembangkan industri kimpalan dan bengkel kereta, dan memasuki industri subcontracting di mana kontrak utama adalah orang Melayu UMNO. Di kawasan Lembah Kelang masyarakat India melalui usahasama NGO telah berjaya bergiat aktif dalam bisnes ‘tow truck’ (trak penunda kereta). Sebagai perbandingan kebanyakan operasi ‘tow truck’ yang dikelolakan orang Melayu adalah sebagai pekerja makan gaji dan komisen di mana tauke sebenar adalah orang Cina ataupun India.

Sekarang cuba pula kita lihat NGO yang dikendalikan oleh orang Cina. Memang tidak dapat dinafikan betapa kebanyakan NGO Cina amat berjaya di negara ini. Mereka bergiat dengan terang dan cemerlang sambil pandai mendapatkan sokongan kerajaan dan juga pertubuhan serta syarikat dermawan yang besar-besar. Kelmarin tersiar bagaimana sebuah NGO Cina berjaya menganjurkan satu marathon amal di Australia di mana mereka berjaya mengutip lebih Satu Juta Dollar Australian untuk menyokong dan membiayai kerja-kerja amal anti kanser di Malaysia.

Kita harus akui bahawa antara semua NGO yang ada di negara ini NGO tajaan masyarakat Cina adalah kumpulan yang amat berjaya. Saya pernah mengikuti kegiatan satu kelompok yang dikenali sekarang sebagai “NIRWANA” yang bergiat cergas membuat perniagaan menyemadikan abu orang mati di kalangan warga Hong Kong dan Taiwan di Nilai dan Semenyih. Syarikat Nirwana ini bernilai berjuta-juta ringgit sekarang ini, tetapi ia telah diasaskan oleh satu NGO yang kecil sahaja pada asasnya.

Mengikut kajian saya selama lebih sepuluh tahun terhadap kegiatan NGO tajaan masyarakat Cina di negara ini, saya dapati kegiatan mereka banyak bersangkutan dengan wang kegiatan dan agama. Cuba lihat projek perniagaan mereka dalam bidang kedai foto dan mencuci gambar. Mereka ada bisnes sampingan memberikan khidmat fotokopi dan menjual fon bimbit dan ‘prepaid’ Kebanyakan pengusaha perniagaan ini mempunyai nama Kristian dan menjadi ahli kepada gereja tertentu. Begitu juga dengan bisnes kedai gunting rambut perempuan atau lelaki, agensi penjualan tiket pelancongan, cybercafé, kedai membuat kek dan roti, mini market, pusat tuisyen, kindergarten (tadika), khidmat bas sekolah, rumah orang tua-tua dan sebagainya. Hampir semua perniagaan ini diusahakan oleh individu yang mendapat sokongan padu NGO.

Dengan lain perkataan, kebanyakan NGO Cina berfungsi bebas daripada pengaruh politik kerana dengan itu semua orang Cina dapat membantunya walaupun mereka datang daripada bidang politik yang berbeza. Walaupun pada asasnya mereka merupakan agensi yang tidak bermotifkan keuntungan, lambat laun mereka akan terpaut juga kepada sesuatu bentuk bisnes yang memberikan mereka sumber kewangan dan daripada situ mereka berkembang di dalam negara dan juga di luar negara secara ‘affiliate’ kepada agensi bukan kerajaan di negara-negara barat. Inilah sebabnya ramai tauke-tauke Cina yang kaya raya sudah menganut agama Kristian dan inilah golongan yang banyak menyumbang dana kepada agensi NGO Cina di negara ini.

NGO Melayu Yang Ngok

Setelah membincangkan secara sekilas pandang akan NGO Cina dan India di negara ini tentu kita dapat membuat perbandingan apa yang berlaku kepada puluhan NGO Melayu, yang banyak mendapat sumbangan sumber kewangan daripada kerajaan. Apakah mereka sampai ke tahap yang dicapai oleh NGO Cina dan India di negara ini? Jawapnya ialah jauh panggang dari api.

Penulis ini melihat penubuhan kebanyakan NGO Melayu di negara ini adalah bertujuan untuk syok-syok sendiri, tidak jauh bezanya dengan beberapa pertubuhan penulis dan agensi kerajaan yang diterajui oleh pegawai-pegawai Melayu Ironisnya hampir semua NGO Melayu itu diurus dan ditadbirkan oleh orang Melayu seratus peratus. Walaupun mereka seharusnya bersifat ‘apolitical’ (tidak berunsur politik) tetapi perjalanan mereka itu sesungguhnya lebih hebat daripada sesuatu parti politik. Inilah punca kenapa pemikiran orang Melayu sentiasa bercelaru. Tidak cukup dengan pengaruh parti-parti politik, wujud pula golongan NGO yang terus mengapi-apikan pemikiran Melayu untuk terus berkecamuk dengan unsur-unsur politik pula.

Eloklah kita ambil beberapa contoh:

1. UiTM dengan Naib Canselor yang Ngok

UiTM adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang pada asasnya ditubuhkan untuk menampung anak-anak Melayu seratus peratus. Mengikut peredaran masa kemasukan pelajar berubah di mana pelajar Bumiputera dibenarkan masuk sehingga lima peratus, dan di zaman Mahathir dahulu memang sudah ada perancangan untuk meluaskan kuota bukan Melayu agar menjadi lebih besar daripada lima peratus. Ini berpunca daripada permintaan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Kita menyentuh UiTM di sini kerana ramai pemimpin NGO di negara ini berkelulusan daripada UiTM yang satu ketika dahulu dikenali sebagai ITM.

Pada bulan September, semasa bermulanya kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh isu menaikkan kuota kemasukan bukan Melayu di UiTM menjadi sepuluh peratus telah diperbesarkan dengan demonstrasi pelajar UiTM serata negara sehingga mendesak agar Tan Sri Khalid Ibrahim memohon maaf kepada orang Melayu.

Angin kepanasan demonstrasi yang terancang itu telah menjadi semakin hangat dengan penglibatan Raja Lompat Ibrahim Ali yang menonjolkan diri. Saya sempat mengirim pesan kepada beberapa orang kawan yang kenal rapat dengan Ibrahim Ali dan Vice Chancellor Ibrahim Shah agar berfikir sepuluh kali dalam isu ini. Saya menyebut Ibrahim Shah kerana beliau pernah mengemukakan saman di mahkamah meminta Tan Sri Khalid memohon maaf. Saya pernah berpesan kepada teman-teman saya kalau ada dua gelaran Raja Ngok yang patut diberikan ia memang tepat layak untuk dua badut Melayu ini

Eloklah dirakamkan di sini bahawa Ibrahim Ali dan Ibrahim Shah adalah lulusan DBS pada tahun yang sama di ITM Jalan Osman. Nasib Ibrahim Shah adalah baik sikit kerana dia dapat bekerja di ITM sebagai Penolong Pendaftar sebelum diberikan biasiswa MARA untuk melanjutkan pelajaran di Amerika. Tetapi seingat saya Ibrahim Ali tidak pernah bekerja dengan mana-mana majikan, kerana dia telah meneruskan kerja berpolitik bila gagal menjadi Pengetua Kolej Politeknik Kuala Lumpur sejurus dia lulus pengajiannya.

Dengan lain perkataan, anak-anak Bumiputera yang menuntut di UiTM sekarang ini banyak dipengaruhi oleh dua pemimpin Melayu yang bernama Ibrahim Ali dan Ibrahim Shah yang tidak ada ‘standard’ dan Kelas waima bertaraf global. Kalau mereka ada kelas, tentu mereka boleh berfikir dengan waras bahawasanya apabila pelajar UiTM lulus nanti mereka akan berdepan dengan para majikan yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu dan kebanyakannya merupakan pembayar cukai yang terbesar di negara ini. Apakah persepsi bakal majikan itu nanti? Apakah perasaan mereka tidak akan tersentuh dengan gelagat anak-anak Melayu yang pernah berdemonstrasi mahu mengekalkan kuota kemasukan pelajar di universiti mereka? .

Saya ingin rakamkan dua bentuk nasihat kepada Ibrahim Ali dan Ibrahim Shah untuk catatan sejarah dan anak bangsa. Ibrahim Ali tahu dia naik di persada politik sekarang adalah dengan tiket PAS kerana dia telah dinyahkan oleh UMNO sebelum itu. Jadi, sebagai seorang beragama Islam dia tidak seharusnya lupa akan perjuangan PAS. Sepatutnya dia gunakan peluang keemasan yang diberikan oleh PAS itu untuk memperbetulkan diri dan menjadi seorang politik yang ada kelas negarawan dan bukan kampungan.

Ibrahim Ali harus sedar siapa diri dia. Memang dia anak Kelantan tetapi dia banyak menghabiskan masa kecilnya di Buluh Kasap kerana di situlah ayahnya dibuang daerah kerana bengkeng dan jadi kaki gedebe yang dimurkai sultan. Sesungguhnya Ibrahim boleh perbetul dirinya agar menjadi politikus mithali dan habiskan sisa hidupnya untuk menegakkan satu konsep berpolitik seperti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Apa perlunya Ibrahim Ali muncul di kaca TV menjadi jurucakap UMNO dan BN? Sedangkan BN dan UMNO memang sudah lama tidak mahukan Ibrahim Ali?.

Kepada Ibrahim Shah yang bergelar Tan Sri, kalau ada sisa hidup dalam perkhidmatan di UiTM, cuba belek fail kejayaan saudara sebagai seorang Naib Canselor dan congak berapa banyakkah kejayaan daripada segi akademik yang dicapai oleh anak-anak pelajar UiTM? Berapa banyakkah hasil ‘invention’ yang menjadi kebanggaan UiTM? Tumpukan usaha saudara di bidang pengajian tinggi dan pembinaan sumber insan di negara ini. Jauhkan diri daripada kegiatan berpolitik. Kalau saudara gian berpolitik, eloklah bersara dan ceburkan diri dalam politik sehingga saudara dapat naik menjadi Ketua Menteri Melaka. Cubalah lihat kejayaan Tan Sri Arshad Ayob yang pernah mendidik saudara dan mengusahakan biasiswa untuk saudara belajar di Amerika Syarikat. Cubalah tanya kawan-kawan yang pernah berkhidmat dengan Tan Sri Ani Arope untuk meneliti perjuangan dan kecemerlangannya. Tetapi saya lihat saudara menonjol diri hanya kerana menyebelahi UMNO dan BN.

Sebagai seorang Vice-chancellor saudara seharusnya dapat membaca arus pergolakan politik di negara ini. Kalau di zaman Mahathir dahulu saudara terkenal sebagai pembodek unggulan UMNO, sepatutnya saudara dapat meredakan ketagihan itu kerana Mahathir ternyata kini bertaraf kucing kurap sahaja. Satu ketika dahulu dia menganggap dirinya sebagai “the one and only” - hanya satu-satunya suara berani daripada rantau Selatan-Selatan, kini dia tidak dihiraukan oleh sesiapa. Hanya Utusan Melayu dan media UMNO yang menonjolkan suara Mahathir sekali-sekala untuk mencetuskan polemik politik dan memancing pembaca melariskan akhbar mereka.

Sepatutnya Ibrahim Shah bersifat pro-aktif dan menggalakkan beberapa pengajian di UiTM membuat penyelidikan akan impak pengajaran Sins dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan. Mungkin daripada situ nanti akan tersembul rahsia bahawa konsep pengajian itu sesungguhnya dibuat untuk mebolehkan orang-orang Mahathir dan Aziz Shamsuddin membuat harta melalui cetakan buku baru di sekolah-sekolah.

Kalau Ibrahim Shah betul-betul mahu majukan institusi pimpinannya dia sudah sepatutnya mengarahkan beberapa orang professor di universiti beliau menubuhkan badan pengajian dan penganalis di kalangan pelajar-pelajar untuk menilai impak “Tujuh Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang telah dicetuskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor. Dari situ nanti rakyat dan pelajar universiti akan dapat menilai kepintaran Khalid menjadi Menteri Besar berbanding mantan Menteri Besar Khir (Batang Penyapu) Toyo. Harus diingat peristiwa menghadiahkan batang penyapu kepada seorang Ketua Jabatan kerajaan di Shah Alam oleh Khir (batang Penyapu) Toyo dahulu merupakan titik mula kejatuhan beliau dan juga UMNO di Selangor. Saya menganggap perbuatan beliau itu melayakkan dia diberikan gelaran Raja Ngok juga.

Ibrahim Shah dan professor di UiTM harus kaji berapakah perbelanjaan Khalid semasa membuat lawatan ke daerah-daerah berbanding perbelanjaan yang dibazirkan oleh Raja Ngok Khir Toyo dahulu. Satu ketika dahulu ada mesyuarat kerajaan Selangor yang diadakan di Australia melibatkan pegawai daerah yang diberikan elaun khas untuk berbelanja sakan. Malahan semasa menjadi Menteri Besar, Khir selalu sahaja berada di luar negara setiap bulan dan pulang untuk berteori dan beretorik sahaja. Lihat bagaimana Khalid beroperasi, tanpa iringan ‘out rider’ selalu dan cukup mesra rakyat dan tidak suka membazirkan wang rakyat. Cuba tanya orang Melaka, Johor dan Pahang, kenapakah mereka amat berminat membaca akhbar kerajaan Selangor (Suara Selangor) berbanding Utusan Melayu dan Berita hairan? . . .

2. Terlalu banyak NGO Melayu yang bersuara lantang bertopengkan perpaduan Melayu. Ada yang sanggup menggunakan ugutan dengan kata-kata ‘AMOK’ untuk menakutkan kaum lain dan mengeruhkan keadaan harmoni di negara ini. Sesungguhnya perbuatan mereka membesar-besarkan sesuatu isu yang kecil merupakan unsur yang boleh mencetuskan rusuhan kaum.

Yang paling hangat dibincangkan sehingga hari ini oleh badan NGO inilah ialah kes Teresa Kok tersasul cakap mengatakan keadaan hidangan makanan di penjara semacam makanan yang layak untuk anjing. Teresa mengaku dia tersasul kerana tertekan. Kenapa tidak dihentikan sahaja isu itu di sana? Sebagai perbandingan, cuba kita ingat kembali apa kata Tun Mahathir semasa mencetuskan isu al-Maunah di Jenalik Hulu, dia berkata setelah mencuri senjata, ada satu kumpulan yang telah datang ke Kuala Lumpur untuk melancarkan serangan ‘roket launcher’ ke atas kilang arak dan sebuah kuil ternama di Kuala Lumpur. Kenyataan Mahathir itu bukan kes tersasul, tetapi satu pembohongan besar yang boleh mencetuskan huru-hara. Akan tetapi kerana rakyat sudah tahu bahawa Mahathir adalah seorang ‘pathological liar’ rakyat diam diri dan lihat keadaan sebenar yang mungkin berlaku.. .

Satu lagi kes muncul kira-kira dua bulan yang lalu di mana Mahathir ada buat pengakuan bahawa kes liwat Satu yang menuduh Anwar Ibrahim meliwat pada 1998 dahulu adalah satu konspirasi. Itulah juga kes yang dipertahankan oleh Almarhum Rizal Fernando bersama pasukan peguambelanya. Kesannya, Anwar telah disumbat juga dalam penjara kerana badan kehakiman sudah berada dalam sistem ‘korek, korek, korek”.

Kenapakah sehingga hari ini tidak ada satu pun NGO Melayu yang berdemonstrasi mengutuk Mahathir sedangkan secara terang-terangan apa yang disebutkannya sebagai konspirasi itu adalah satu penghinaan kepada keseluruhan orang Melayu dan agama Islam?

Kemudian baru-baru ini muncul satu gabungan NGO Melayu yang memberi amaran agar tidak ada sesiapa yang berani menyanggah rencana Pak Lah untuk berundur pada 2010. Yang melucukan, selepas gabungan NGO ini mengeluarkan amaran Pak Lah telah muncul menyatakan kesediaannya untuk membuat pengumuman pada Oktober ini apakah dia akan mempertahankan jawatannya ataupun tidak.

Soalnya sekarang, banyak NGO Melayu tidak ada standard dan kelas. Mereka suka berfungsi sebagai satu ‘extension’ ataupun sayap UMNO dan bercakap mengenai politik. Sepatutnya kalau mereka mahu berpolitik tukarkan NGO itu menjadi satu parti politik dan bertarunglah di pentas politik.

Inilah yang saya sebutkan satu ketika dahulu bahawa ada dua jenis Melayu sekarang ini – Melayu UMNO dan Melayu bukan UMNO. Sekarang ini sama ada kita suka ataupun tidak kita terpaksa menghadapi karenah Melayu UMNO, baik yang bergiat cergas dalam UMNO ataupun mereka yang berselindung di sebalik NGO. Kebanyakan mereka ini adalah anak-anak bekas wakil rakyat dan senator UMNO satu ketika dahulu. Mereka sudah mendarah daging dengan wang UMNO sehinggakan mereka fikir kalau tak dapat lagi jadi jaguh UMNO jadi kaki gedebe dan jurucakap tidak rasmi UMNO pun jadilah. Dengan lain perkataan kebanyakan NGO Melayu sekarang ini sesungguhnya adalah menyerupai parti politik sahaja, dan hidup serta nafas mereka adalah bergantung kepada wang ihsan orang politik juga. Peranan mereka tidak jauh bezanya dengan ‘Just World’ yang mengikut Hishamuddin Rais “merupakan satu NGO anak-beranak (ayah, ibu dan anak perempuannya) tetapi berlagak seolah-olah pengubah pemikiran dunia. Inilah pertubuhan NGO yang dipimpin oleh Chandra Muzaffar yang menganggap dirinya sebagai “Mr. Knows All”.

Apa yang perlu kita rakamkan di sini untuk catatan sejarah selain daripada anak-anak UMNO yang berjuang dalam NGO Melayu ini ramai juga yang dipelopori oleh mereka yang tidak mempunyai setitik pun darah Melayu. Ini adalah impak kepimpinan UMNO di bawah Mahathir yang harus dinilai dan dikaji sedalam-dalamnya oleh penggiat sejarah di negara ini.

Adalah satu ironis dan perkara yang amat malang, NGO Melayu tidak mahu memusatkan pemikiran untuk memasyarakatkan ekonomi Melayu seperti yang dibuat boleh Khalid Ibrahim di Selangor. Sepatutnya mereka kaji impak kenaikan harga minyak yang dibuat oleh Pak Lah dan kesan penurunan harga itu baru-baru ini.

Cuba persoal propaganda kerajaan apabila harga minyak turun. Apakah harga sepinggan nasi di Lembah Kelang yang kini berharga RM1.50 sen telah diturunkan? Cuba buat kajian makanan yang berasaskan susu China yang masih terjual di supermarket di bandar kecil? Masih terdapat makanan serupa itu di Upwell Supermarket di Kuala Pilah, sedangkan kerajaan Indonesia dan Singapura telah mengharamkannya. Adakah kerajaan UMNO mengumumkan segala jenama makanan daripada China di akhbar-akhbar dan mengedarkan risalah khas di masjid dan surau? Kenapakah tidak ada satu pun NGO Melayu yang bangkit membuat penyelidikan di pekan-pekan kecil untuk membelek lebih tiga puluh jenis makanan yang sudah diharamkan di Indonesia dan Singapura tetapi masih terjual di supermarket kita?

Jawapannya mudah sahaja. Kebanyakan NGO Melayu hanya berminat untuk berpolitik. Para pemimpinnya suka menonjolkan diri dengan membuat laporan polis dan muncul di kaca TV dan media. Kita tentu terfikir mereka sengaja diupah untuk melakukan kerja itu. Selepas dapat imbuhan, mereka akan menghilangkan diri ataupun menubuhkan satu lagi NGO baru untuk tujuan tertentu juga.

Inilah budaya Melayu berpolitik sekarang ini. Tidak kira apakah jenis wadahnya. Yang penting ialah mengisi tembolok masing-masing juga. Pertubuhan NGO semakin menonjol untuk meneruskan golongan Melayu menipu bangsanya sendiri. Tidak kiralah apakah si “Melayu” itu betul-betul layak diberikan gelaran Melayu ataupun tidak.