Pages

Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Freemason Melayu; Ada atau Tiada..

Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978,

Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

Freemasonry serta tunjang Zionisme telah lama bertapakdi Malaysia. Freemasonry dikatakan telah berselindung di sebalik gerakan keagamaan di Malaysia. Hakikatnya,mereka membawa masyarakat ke arah kebebasan serta kehidupan anti-Tuhan.

Kajian secara terperinci perlu dilaksanakan terhadap kewujudan Freemasonry diMalaysia.
Antara bukti kewujudan Freemasonry adalah;

1.Sistem politik demokrasi British
2.Islam Liberal
3.Fahaman Sosialisme dan Komunisme
3.Freethinkers/Atheist
4.Rotary Club
5.Gereja anti-Khatolik (tidak semua)
6.Gerakan Sisters In Islam

Fremasonry adalah gerakan rahsia Yahudisme untuk menghancurkan agama-agama dan bangsa lain di dunia untuk menjadikan bangsa Yahudi sebagai penguasa tunggal dunia.

Baik Islam,Kristian,Hindu atau sebarang agama sekalipun,Freemasonry akan cuba menyerap kedalamnya dan merosakkan nilai-nilai baik setiap agama. 'Jew is threat to human civilization' Zionisme dan Freemasonry adalah nadi yahudi hari ini dan formula mereka mewujudkan negara Israel Raya.

Israel Raya bukan hanya sekitar Gaza...tetapi seluruh dunia. 'Bangsa-bangsa lain hanyalah haiwan peliharaan kaum yahudi'. Maka tiada satu bangsa pun akan terlepas daripada mata Zionisme 'the all seen eyes'...walau sekecil mana sekalipun...termasuk bangsa Melayu.

Sejarah di Malaysia.

Sekitar tahun 1930 - 1950 Freemason pernah mendapatkan penganutnya daripada murid-murid nakal Malay College KualaKangsar, Perak yang sering melanggar peraturan.

Golongan pelajar ini telah bertemu dengan seorang British setiapkali mereka 'mencuri keluar' dari asrama. Mereka sentiasa berlindung di rumah warga British tersebut dan disanalah mereka didekati oleh Freemasonry.

Warga British berkenaan merupakan penganut veteran Freemasonry dan mereka memperkenalkan anak-anak muda tersebut kepada gerakan rahsia itu dari A hingga Z. Kebetulan,di MCKK sendiri terdapat golongan pengajar yang kebanyakannya warga Britain ketika itu merupakan pengikut Freemasonry.

Fakta atau cerita ini adalah sedikit gambaran kepada bertapaknya Freemason, Zionisme dan Yahudisme di negara kita.Umat Islam perlu sedar bahwa 'iblis berjanji merosakkan manusia' bererti setiap daripada kita tidak akan terkecuali...sumpah Freemason juga berbunyi sama dengan sumpah iblis itu.

Wallahua'lam.

Artikel asal: http://ijoks2009.blogspot.com

Thursday, July 14, 2011

Islam PASti menang di hujung perjuangan



14 Jul 2011. Korang jangan angin pulak dengan tajuk. Yang aku maksudkan ialah puak-puak yang berjuang menegakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai wadah politik mereka. Di Malaysia ni, tiada mana-mana pertubuhan Islam yang berjuang menegakkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai undang-undang dan cara hidup setiap insan diatas bumi melayu ini selain dari Parti Islam SeMalaysia iaitu PAS.

Kenyataan aku ni ikhlas dari ilmu yang aku ada. Aku bukan nak bodek Mat Sabu, Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Din atau Dewan Ulama PAS supaya aku boleh dapat jawatan CEO di GLC kerajaan PR...piiiraahhhh..tapi "kalau" diorang tawarkan, aku amik...hahahahaaa..

Di bawah ni, perbualan aku dengan sorang kawan yang boleh tahan juga jawatan nya didalam agensi kerajaan. Aku berharap dari perbualan ni aku dapat hasilkan 2 undi untuk calon PAS kawasan Bangi bagi PRU 13..jihad dowh!




Aku yakin dan percaya setiap gerak langkah PAS berpolitik berada dibawah lindungan Allah S.W.T dari fitnah-fitnah yang berpanjangan. Setiap semangat pejuang yang ada didalam hati setiap pendokong-pendokong PAS adalah ikhlas ingin melihat ugama Allah(Al-Quran dan Sunnah) ini diletakkan ditempat yang betul. Ini yang dinamakan KEADILAN insan meletakkan Al-Quran sebagai pelindung dari segala tipu daya Dajjal dan pengikut-pengikutnya supaya kita tidak kekal selama-lamanya didalam neraka.

PAS adalah satu-satu parti politik di negara ini yang mampu memimpin kita untuk berjaya didunia dan di akhirat. Oleh itu mari kita mulakan kempen atau slogan..UNDI LAH PAS!!!

Sunday, July 10, 2011

Melahirkan negara yang adil, berilmu dan amanah.

11 Julai 2011. Umno selama-lamanya tidak akan menerima dan memahami erti perjuangan Islam yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah yang didokongi oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) di negara ini. Walau pun penerimaan dan penghayatan Islam diantara dua puak ini tidak berbeza sama sekali jika dilihat pada mata namun perbezaannya amat ketara di dalam perjuangan menuntut keadilan anjuran BERSIH.

Dimanakah perbezaan ini?..Isu yang menjadikan orang melayu ini berpecah kepada dua puak ialah KEADILAN. Disini lah perbezaan yang amat ketara diantara dua puak ini. umPORNo telah merasakan keadilan telah lama wujud dan dipraktikkan mengikut perlembagaan negara. PAS dan orang melayu PKR tidak melihatnya begitu hingga wujud nya perhimpunan BERSIH 2.0 menuntut keadilan.

Adakah kita melihat KEADILAN wujud di Malaysia dan pengertian rasuah dan ketirisan ekonomi itu berbeza diantara dua puak ini?

Kebodohan apakah yang telah merasuk puak-puak yang menentang perhimpunan yang menuntut keadilan untuk semua rakyat Malaysia? Kuasa memerintah negara ini hanya berlegar-legar di kalangan bangsawan yang dipertikaikan akhlaknya dan urusan negara ini tidak lagi di uruskan oleh cendiakawan-cendiakawan yang adil, berilmu dan amanah.

Hakikatnya kita memang mengetahui bahawa puak2 umPORNo memang sengaja buat-buat bodoh dengan masaalah sosial yang hampir tidak terkawal, pentadbiran negara yang tunggang langgang dan pengurusan ekonomi yang hancurr?..atau sebenar nya penyokong-penyokong umPORNo itu memang turrrr....hahahaaa..

Fakta ahli-ahli umPORNo

20 % daripada ahli adalah pemimpin yang ada diploma, ijazah, phd, master,bla..bla..yang kerjanya makan rasuah dan kaki projek habuan untuk diri sendiri dan penyokong-penyokong tegar sahaja.

80% daripada ahli adalah kaki masyukkk yang mengharap duit dari atas turun....kebanyakkan nya belajar sampai SPM kebawah...yang sekolah sampai darjah enam pun ramai yang jadi ketua pemuda cawangan..macam di kampung aku dulu...hahahaaa

60% dari ahli adalah penghutang tegar..rumah mesti besar dan beberapa buah, kereta wajib
baru dan beberapa buah, kredit kad?...fuhhhh...malas nak citerr..puak ni yang cintakan keamanan..KEAMANAN adalah penting untuk mereka kerana mereka mesti bekerja untuk membayar hutang,hutang,hutang...

40% dari ahli adalah gangster kampung terdiri dari budak-budak felda, cerok kampung dan kaki masyukkk..yang sanggup buat kerja kotor untuk duit..

Untuk melahirkan sebuah negara yang adil, berilmu dan amanah...tubuh, darah dan nyawa pejuang menjadi taruhan...ALLAHUAKBAR!

Wednesday, May 18, 2011

Nafsu kebendaan; Sogokan NWO

Mampukah kita menggagalkan perancangan pendokong-pendokong NWO untuk mengawal kehidupan manusia? Cukupkah kekuatan iman mengawal nafsu kebendaan dalam diri?

Manusia kini hanya mempunyai satu pilihan untuk menyelamatkan diri dari kongkongan para imperialis. Kembali mengangkat Islam ketempatnya dan mempraktikkan segala ajaran dan suruhanNya.

Kita WAJIB menjauhkan diri dari segala urusan yang berkaitan dengan RIBA' didalam kehidupan. Ini keperluan utama setiap insan yang mengatakan dirinya beriman kepada Allah S.W.T bagi menyelamatkan umat Islam dari tipu-daya diakhir zaman.

Kita harus memiliki pemimpin yang bersedia membawa kita merentasi kehidupan dunia yang penuh dengan tipudaya ini. PAS telah melahirkan banyak pemimpin yang berwibawa dan diyakini mampu memimpin manusia kejalan yang diredhai ALLAH S.W.T.

PAS menyeru umat manusia kembali kejalan yang benar tetapi mengapa kita masih mahu berpaling daripada mereka yang membawa berita gembira?


Oleh Mohd Adid Ab Rahman

Zuhud bukan bermakna tinggalkan langsung hal dunia

SEBUT saja zuhud, terbayang dalam pemikiran segelintir umat Islam tuntutan meninggalkan hal bersangkutan keduniaan seperti harta serta menjalani kehidupan dengan membanyakkan amalan serta hidup bersederhana.

Malah ada yang terus meninggalkan hal dunia, sebaliknya menumpukan kepada usaha mencari kekayaan untuk akhirat nanti. Keadaan itu jauh sama sekali terpesong daripada sifat zuhud dianjurkan Islam serta menyalahi fitrah manusia. Disebabkan salah faham itu, agama dilihat buruk.

Zuhud seperti diungkapkan Iman Al-Ghazali ialah suatu keputusan untuk membanteras jiwa daripada segala rupa kesenangan sambil melangkah kepada lebih baik iaitu dengan meninggalkan yang tidak baik kepada lebih baik. Sheikh Muhammad Al-Mubarak dalam buku Sistem Islam, Akidah dan Ibadat menulis, seorang yang melebihkan akhirat dan apa yang berkaitan dengannya di atas dunia.

Zuhud bukan bermakna seseorang tidak perlu memiliki harta sama sekali. Walaupun ada harta yang banyak, jika digunakan pada jalan Allah, itu sudah termasuk kategori zuhud. Begitu juga seseorang yang meninggalkan perkara tidak baik atau haram dan selalu meningkatkan amalan kebaikan.

Imam Ahmad, ketika ada seorang datang bertanya padanya: Apakah orang kaya boleh menjadi orang yang zuhud?

Beliau menjawab: Ya, dengan syarat banyak hartanya tidak menjadikannya bangga dan ketika luput darinya dia tidak bersedih hati (kecewa).

Selanjutnya, Imam Ahmad membahagikan tingkatan zuhud kepada tiga iaitu:

•Meninggalkan yang haram (zuhud orang awam dan ini adalah fardu ain).
•Meninggalkan kelebihan daripada yang halal (zuhud orang khusus).
•Meninggalkan yang dapat menyibuk daripada mengingati Allah (zuhud orang yang mendalam pengetahuannya mengenai Allah).


Kehidupan zuhud yang tepat dan benar seperti ditunjukkan Rasulullah yang tidak pernah dibelit malas dan menganggur. Baginda tetap bekerja dengan gigih, namun hasil kerjanya tidaklah dinikmati sendiri tapi hanya diambil bahagian keperluan saja.

Seseorang bersifat zuhud tidak akan terlepas daripada pekerjaan atau kesibukan berusaha. Semua dilakukan untuk keperluan hidup serta beramal soleh sebagai jalan bertaqarub kepada Allah.

Firman Allah bermaksud: Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Surah al-Jumuah, ayat 10)

Ada tiga ciri digariskan Imam Al-Ghazali mengenai mereka yang zuhud iaitu tidak berasa gembira dengan apa yang dapat dicapai dan tidak berasa dukacita dengan apa yang hilang, sikapnya sama saja sama ada dipuji atau dicela.

Mereka yang zuhud sentiasa berdamping dengan Allah, hatinya dipenuhi kemanisan ketaatan kepada Allah kerana sifat hati sememangnya tidak boleh kosong daripada kecintaan kepada Allah.

Natijah daripada sifat zuhud ialah akan menimbulkan kecenderungan menghindari perkara ditegah, melahirkan satu hubungan murni dan tulus yang didasarkan rasa cinta dan makrifat kepada Allah.


Tuesday, January 4, 2011

Kenapa Nik Aziz berjumpa YDP Agung?

Hahahahaaa...aku suka dengan jawapan Tuan Guru.

Bijak, bijak...penuh adab dan sopan orang Melayu.

Macam ni la baru boleh memimpin..bukan macam orang tu..

Bini dia yg pimpin dan kira komisenn...huahuahuahuaa


Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.


Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.


Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.


Terima kasih. Wassalam.


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”


TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

Monday, January 11, 2010

Hebat! Dua Tok Guru lakukan check-mate.

Tok Pepijat


Kita seolah-olah sedang melihat atau menghadapi satu "game politik". Mungkin seperti satu permainan Chess (catur). Siapa sedang merancang "checkmate" ?


"Game 1 " - Kebenaran Mahkamah Tinggi penggunaan kalimah ALLAH.

" Game 2 " - Rayuan oleh KDN menangguh keputusan. Mahkamah benarkan.

" Game 3" - PM Najib benarkan demostrasi di masjid seluruh negara.

" Game 4" - IG Musa larang demostrasi.

" Game 5 " - Demostrasi oleh barua-barua UMNO seperti Pekida, GPMS, Pewaris dan Perkasa.

" Game 6" - 3 Gereja di lontar molokov coktail dan ada disimbah cat.

" Game 7" - PM Najib bagi bantuan RM500,00 untuk baikpulih gereja yang diserang.

" Game 8" - Menteri Polis Hishamudin ancam guna ISA.

" Game 9 " - PM Najib sekonyong-konyong mendakwa UMNO tidak terlibat dengan serangan ke atas gereja. Najib juga mendakwa UMNO bukanlah Parti Perkauman.

" Game 10" - Serangan ke atas Gereja masih berlaku.


Setelah isu kaum, UMNO gagal. Kini UMNO cuba "hidupkan" isu agama. UMNO menjangkakan PAS akan "menari" bersamanya dalam "game" ini.

Malangnya PAS terlebih dahulu "checkmate" melalui lawatan ke gereja yang terlibat oleh Pimpinan Tertinggi Mursyidul Am TG Nik Aziz dan Presiden TG Haji Hadi. Turut melawat Naib Presiden dan Ketua Pemuda.

Akhirnya bantuan RM500,00 oleh PM Najib umpama debu di tiup sepoi-sepoi angin. Orang bagi, kita ambil. Percaya tidak sekali-kali.

Nampaknya talian hayat yang ada pada UMNO kini hanyalah ISA.

Friday, July 3, 2009

Najib perlu buktikan Umno tidak tolak Islam

SEKALI lagi para pemimpin Barisan Nasional, khususnya Umno, menzahirkan percanggahan pandangan antara mereka berhubung sesuatu isu diperkatakan. Akibatnya, rakyat awam kebingungan mana satu yang harus diterima sebagai pendirian rasmi atau sikap parti pemerintah itu.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, pada Sabtu (27 Jun) mendesak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat meminta maaf kepada Umno kerana menyifatkan parti itu sebagai parti ajaran sesat seperti Ayah Pin dan sama dengan pengganas komunis.

Seraya menyifatkan kenyataan itu tidak wajar dan keterlaluan, Ahmad turut meminta Menteri Besar Kelantan itu bertanggungjawab dan menarik balik kenyataan yang dibuat itu.

Jadi penoreh getah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang kini bertukar menjadi penoreh getah dan pemotong rumput di Manek Urai, mengulas kecaman Nik Abdul Aziz terhadap Umno yang disifatkannya sama seperti komunis dan ajaran sesat kerana menolak Islam.

Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis di Padang Awam Laloh, dalam kawasan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, 21 Jun lalu. Umno menggesa Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada 1.3 juta ahli Umno di seluruh negara kerana menyamakan Umno dengan gelaran dan panggilan yang cukup menghiris hati orang Melayu, kata Ahmad.

Kenyataan itu bagaimana pun tidak dikongsi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri sebaliknya menegaskan Nik Abdul Aziz tidak perlu memohon maaf kepada Umno, tetapi meminta ampun kepada Tuhan atas kenyataan mengumpamakan parti itu seperti komunis dan ajaran sesat.

"Walau pun ada kawan-kawan yang minta beliau (Nik Abdul Aziz) minta maaf kepada Umno tetapi bagi saya dia tidak payah minta maaf kepada Umno, dia kena minta ampun kepada Tuhan," kata Muhyiddin, pada hari sama.

Percanggahan ketara

Tidak dapat dipastikan kenyataan mana yang dibuat lebih awal antara dua pemimpin Umno tadi. Namun percanggahan antara mereka amat ketara.

Tidak kisahlah mereka mahu bercanggah. Itu bukan perkara pokok yang mahu dibicarakan di sini. Lagi pun, bila masa para pemimpin Umno tidak bercanggah sesama mereka? Bukankah parti itu memang terkenal dengan pertelagahan dan perbalahan?

Apalah sangat kes kenyataan bercanggah antara Timbalan Presiden dengan Ketua Penerangan Umno itu. Sekadar bertentangan kenyataan sangat kecil jika nak dibandingkan dengan aksi tumbuk-menumbuk, membaling kerusi dan tembakan pistol di mesyuarat agung parti itu.

Apa yang lebih besar dari percanggahan antara mereka, dan kemudiannya lebih menarik perhatian umum, ialah gesaan Muhyiddin agar Nik Abdul Aziz memohon ampun kepada Tuhan. Beliau menyifatkan apa yang ditegaskan pemimpin PAS itu satu tuduhan yang tertakluk kepada dosa.

Nik Abdul Aziz dalam reaksinya menganggap apa yang diperkatakannya terhadap Umno itu satu kiasan.

Kiasan

"Boleh jadi kerana saya kata nasionalis dan komunis itu serupa dan serupa tu dari segi mana? Bila kata Mamat serupa dengan harimau, Mamat kena ada ekor, kuku dan berkaki empat ke? Sebenarnya itu adalah kiasan," ulas beliau.

Baginya, semua fahaman yang menolak Islam adalah ajaran sesat. Ia bukan hanya wujud zaman sekarang, malah sejak zaman Rasulullah s.a.w.

Katanya lagi, apabila Umno menolak Islam dan mengamalkan fahaman nasionalisme, ke mana arah tuju sebenar mereka?

Sebagai mencari kejernihan dan jawaban lebih telus serta terbuka terhadap persoalan itu, Nik Abdul Aziz mengumumkan kesediaannya untuk mengadakan debat terbuka antara beliau dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya nak minta beliau (Najib) berdebat dengan saya bulat-bulat secara terbuka. Tidak secara sulit kerana perkara ini (kemelut politik antara PAS dan Umno) telah terbuka kepada umum, tak habis-habis sejak tahun 1951 (penubuhan PAS)," ujarnya, dalam kenyataan disiarkan kebanyakan akhbar, Ahad (28 Jun).

Menurut Nik Abdul Aziz, pendekatan berdebat adalah salah satu cara penyelesaian dianjurkan Islam.

Tiga penyelesaian

"Dalam Islam ada tiga cara (selesaikan pertikaian). Pertama dengan bijaksana; kedua, nasihat dan ketiga adalah berdebat," katanya lagi.

Beliau turut menekankan persoalan atau kekusutan utama yang mahu dileraikannya dari debat tersebut. Ia berkisar dan berhubungkait dengan apa yang diucapkannya di Laloh tempohari.

"Saya cuma nak tahu kepana Umno tolak Islam. Kenapa Umno lawan PAS sedangkan PAS guna (jadikan) Islam (asas perjuangan)," terang Nik Abdul Aziz.

Tidak syak lagi, penjelasan dan jawaban dari pemimpin utama Umno amat penting bagi menentukan letak duduk sebenar parti itu dengan ajaran Islam.

Apakah Umno ada kekuatan hujah dan dalil untuk membuktikan ia sebuah parti yang tidak menolak Islam sebagai dasar perjuangan? Apakah parti itu fikir rakyat buta dan pekak sehingga tidak dapat menyenaraikan kejahatan dan pencabulannya terhadap agama sendiri?

Sebaliknya, jika terbukti Umno memang menolak Islam, maka apakah satu kesalahan bagi Nik Abdul Aziz menyamakannya dengan ajaran sesat dan komunis? Dalam keadaan itu, apa perlu lagi baginya memohon maaf kepada Umno atau meminta ampun kepada Tuhan? Bahkan, parti itulah yang lebih wajar meminta ampun dan bertaubat.

Kini, beban membuktikan Umno tidak menolak Islam terpikul ke bahu pemimpin parti itu, terutama Najib. Mereka perlu berani buktikan bahawa kiasan Nik Abdul Aziz itu hanyalah fitnah dan tuduhan