Pages

Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

2012: PROGRAM MELEMAHKAN AKIDAH MELALUI HUTANG

Teks ucapan Syed Husin Ali di Dewan Negara pada 7 Disember 2011.

Waktu membentang Belanjawan atau Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011, Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri menyatatakan,”Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya. Dalam tempoh yang singkat, kita telah merobah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.”

2. Saya tidak menafikan bahawa Malaysia telah mencapai kejayaan dalam banyak bidang sejak Malaya mencapai Merdeka pada 1957. Akan tetapi jikalau dibandingkan dengan beberapa buah negara sebaya, kejayaan itu tidaklah begitu membanggakan. Dari segi ekonomi, sekitar tahun 1960, pendapatan perkapita Singapura, Korea Selatan dan Taiwan boleh dikatakan hampir sama dengan kita. Akan tetapi sekarang ini pendapatan perkapita Singapura kira-kira tiga kali ganda Malaysia, manakala pendapatan perkapita Taiwan dan Korea Selatan pula lebih dari dua kali ganda Malaysia. Kenapakah kita ketinggalan?

3. Memang benar jika dikatakan Malaysia tidak lagi berwajah pertanian, walaupun aktiviti pertanian masih luas diamalkan dan memberi pekerjaan kepada sebilangan besar rakyat. Akan tetapi tidak tepat sama sekali manakala didakwa Malaysia sudah menjadi “negara perindustrian moden”. Jika dibandingkan dengan Korea Selatan, misalnya, kita dapati pencapaian negara kita masih terkebelakang. Korea Selatan jauh lebih maju, bahkan boleh menyaingi negara-negara Barat dalam bidang perkembangan elektronik dan digital. Akan tetapi Malaysia tidak memperlihatkan tanda permulaan pun. Dalam industri bermotor, kemampuan Korea Selatan juga mengatasi Malaysia. Kereta-kereta buatan mereka boleh bersaing dengan model-model kereta terkenal dari Amerika danEropah. Akan tetapi kereta-kereta kita belum mempunyai enjin yang sepenuhnya dicipta sendiri dan lebih bergantung hidup kepada pasaran tempatan yang dilindungi.

PERANAN BELANJAWAN

4. Sekarang ini kita lihat bahawa kadar kemajuan yangdicapai oleh beberapa buah negara seperti Vietnam, Thailand dan bahkan juga Indonesia mula mencabar kedudukan Malaysia. Mengapakah ini berlaku. Tentu banyak faktoryang menyebabkannya, yang menunggu untuk dikaji secara halus serta mendalam. Akan tetapi, oleh kerana kita membahaskan Belanjawan, izinkanlah saya mengemukakan hujah-hujah bagaimana Belanjawan mungkin memainkan peranan untuk menggalak kemajuan atau mengakibatkan sebaliknya.

5. Mengikut Belanjawan 2012 ini, jumlah anggaran perbelanjaan yangdicadangkan ialah RM232.83 bilion. Sejumlah RM181.58 bilion (atau 78%) ialah untuk Perbelanjaan Mengurus dan RM51.25 (atau 22%) ialah untuk Perbelanjaan Pembangunan. Peratus untuk Perbelanjaan Pembangunan 2012 ini lebih kecil daripada peratus untuk tahun lalu, iaitu 23.9%. Saya tidak tahu sama ada ini peratus yang terkecil untuk Pembangunan sejak Belanjawan yang pertama. Yang pasti ia adalah terkecil sekali sejak tahun 2000. Sejak tahun itu anggaran perbelanjaan untuk Pembangunan menurun daripada 31.6% (tahun2000), ke 28.4% (tahun 2004) dan 27.2% (tahun 2008) hinggalah 22.0% (tahun2012). Penurunan ini tentu menjejaskan kadar pembangunan negara.

6. Ada sekurang-kurangnya dua peranan besar yang harus dimainkan oleh Belanjawan. Pertama ia harus cuba mengatasi secara progresif kelemahan struktural jangka panjang sesebuah ekonomi. Jadi Belanjawan tidak terbatas hanya menentukan pendapatan dan perbelanjaan mengikut jangka pendek bagi satu-satu tahun secara terpisah. Kedua, ia harus mengulangkaji kemajuan serta masalah bagi tahun itu dan membuat ramalan untuk tahun berikutan serta mengemuka syor-syor untuk menumbuhkan ekonomi sambil mengatasi masalah serta kesulitan yang mungkin timbul.

7. Seperti kita maklum instrumen terpenting bagi mencapai matlamat Belanjawan dari segi pendapatan ialah cukai langsung dan cukai tidak langsung. Antara cukai langsung ialah cukai pendapatan perseorangan dan korporat; manakala cukai tidak langsung pula termasuklah cukai jualan, duti import dan export dan duti eksais. GST juga merupakan cukai tidak langsung yang membebankan semua golongan masyarakat dan lebih teruk kesannya ke atas rakyat berpendapatan rendah. Dari segi perbelaanjaan pula ialah perbelanjaan pengurusan dan pembangunan, termasuk “transfer payments” dan subsidi. Instrumen ini sering disebut sebagai instrumen fiskal.

KELEMAHAN STRUKTUR EKONOMI

8.Kelemahan pertama dalam struktur ekonomi Malaysia ialah terbukanya ia kepada pengaruh ekonomi global. Ekonomi Malaysia bergantung kuat kepada perdagangan dan pada masa sama kepada pelaburan langsung asing (FDI). Permintaan dari luar adalah sebahagian penting dari keseluruhan permintaan. Pusat pasaran dunia, terutama sekali Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun sekarang ini sedang menghadapi masalah besar, dengan kadar pertumbuhan yang perlahan, kadar pengangguran yang meningkat, hutang isi rumah dan sektor awam yang tinggi dan sektor kewangan yang boleh membawa kepada kemelesetan.

9. Segala ini sudah pasti akan mempunyai kesan buruk ke atas eksport, yang boleh mengakibatkan kelembapan pertumbuhan ekonomi negara kita, terutama sekali bagi tahun akan datang. Sektor yang paling kuat bergantung kepada eksport seperti pengilangan atau pembuatan dan perkhidmatan, terutama pelancongan, mungkin mengalami keadaan merudum akibat daripada kejutan luar yang mendadak. Sebahagian besar tenaga kerja di sektor-sektor yang terjejas ini mungkin akan menghadapi ancaman bahaya terjebak ke dalam kancah masalah ekonomi seperti kehilangan atau pembuangan kerja.

10. Kelemahan kedua ialah trend bertambah besarnya jurang perbezaan dalam pengagihan pendapatan di Malaysia. Hal ini memang sering berlaku dalam semua masyarakat kapitalis. Pada ketika ini, lapisan 20% di atas rumah tangga dalam negara memiliki 52% daripada kekayaan negara, manakala 40% dari yang di bawah sekali memiliki hanya 15%. Angka begini masih tinggi lagi, iaitu di sekitar 0.462. Akibatnya, di negara Malaysia ini segelintir kecil golongan elit, terutama yang 5% di atas,mempunyai lebihan (surplus) yang banyak. Pada masa yang sama majoriti besar, yang meliputi mereka dalam lapisan pendapatan rendah dan menegah menghadapi banyak defisit (kurangan).

11. Oleh kerana itu tidak peliklah sebahagian besar dari rakyat Malaysia terbeban dengan jumlah hutang yang membimbangkan. Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia telah mencecah RM577 bilion bersamaan 77% dari KDNK. Ada di kalangan mereka yang banyak berhutang daripada bank, khidmat kad kredit, syarikat hutang beli (higher purchase), untuk membeli rumah, kereta dan juga menampung perbelanjaan pendidikan anak. Ada pula yang terpaksa hidup menanggung penggunaan yang rendah (underconsumption). Pada keseluruhan, akibatnya ialah ekonomi menanggung kekurangan permintaan yang disebabkan salah satunya oleh masyarakat yang bertambah tidak saksama.

12. Kelemahan ketiga ialah tampungan kemahiran dan pengetahuan yang kecil serta terbatas disebabkan oleh pengaliran keluar bakat atau “braindrain” dan kemasukan besar-besaran pekerja separuh mahir atau tidak mahir dan juga asas teknologi yang lemah. Pertumbuhan produktiviti terbatas. Malaysia terus terperangkap dalam “middle income trap” dan tidak dapat keluar dari perangkap ini oleh kerana kemahiran yang terbatas. Masalah ini berkaitan dengan masalah mutu pendidikan yang merosot, usaha penyelidikan yang lemah dan kekurangan sifat innovasi oleh kerana amalan kronisme dan juga kurang mengakui kecemerlangan.

13. Kelemahan keempat ialah wujudnya negara yang lemah, tidak cekap tidak telus serta tidak akauntabel, dan luasnya institusi yang korup seperti polis, kehakiman, birokrasi, Suruhanjaya Pilihanraya dan SPRM. Ini membawa kepada bertambah kurangnya keyakinan terhadap tata kelola baik (good governance) secara keseluruhannya.

14. Keempat-empat yang dijelaskan di atas merupakan kelemahan jangka panjang. Selain itu ada dua kelemahan jangka pendek. Pertama ialah ekonomi Malaysia tahun depan mungkin menghadapi suasana antarabangsa yang tidak menetap dan tinggi risikonya. Ia boleh mengakibatkan pertumbuhan lebih perlahan serta pembuangan kerja yang besar dan mendadak. Keduanya, orang ramai terutama sekali golongan pekerja di bandar terus menghadapi tekanan yang timbul dari kos hidup meningkat; ini mengakibatkan kejatuahan pendapatan sebenar, ertinya dengan pendapatan sama bertambah kurang barang-barang yang boleh dibeli.


MENILAI BLANJAWAN 2012


Melindungi Golongan Terdedah – Pekerja

15. Memandang kepada keadaan golongan pekerja bandar yang paling terdedah kepada kejutan luar, sangat perlu dikaji semula jaringan keselamatan (safety net) yang disediakan untuk mereka. Akan tetapi perkara ini tidak kelihatan dalam Belanjawan 2012 dan ini sangat mengecewakan. Kini, jikalau seseorang pekerja dibuang kerja, beliau berhak mendapatkan hanya sedikit faedah atau ganti rugi mengikut Akta Pekerjaan 1955 akibat dibuang kerja. Ada beberapa kelemahan dalam Akta ini yang sepatutnya ditangani oleh Belanjawan 2012. Akan tetapi ini tidak dilakukan.

16. Berhubung ini ada tiga perkara yang sepatutnya diberi perhatian. Pertama, hanya pekerja yang mempunyai pendapatan pada peringkat tertentu saja yang berhak menerima ganti rugi. Walaupun paras pendapatan yang ditentukan telah dinaikkan, namun patutnya ia boleh ditingkatkan lagi supaya boleh meliputi golongan pekerja yang lebih ramai lagi. Kedua, bilangan berapa bulan dalam setahun perkhidmatan yang harus dikira untuk mendapatkan ganti rugi sepatutnya ditambah juga. Ketiga ialah penguatkuasaan bagi melaksanakan syarat ganti rugi ini adalah lemah. Prestasi Jabatan Pekerjaan dalam hal ini tidak memuaskan dan harus diperbaiki.

17. Ada satu lagi masalah yang menunggu golongan pekerja yang mudah terjejas ini. Kementerian Sumber Manusia sedang meminta kelulusan untuk membuat pindaan tertentu ke atas Akta Pekerjaan 1955. Pindaan ini meminta supaya dibenarkan dari segi undang-undang proses pengambilan pekerja dilakukan oleh pihak luar atau di-”outsource”. Dengan pindaan tersebut pihak ketiga, iaitu kontraktor pekerja akan diperkenalkan kepada tempat kerja, yang pada masa kini terdiri hanya kepada dua pihak, iaitu pekerja dan majikan. Terma dan syarat pekerjaan akan lebih teruk dan menindas, dan kedudukan pekerja akan menjadi bertambah lemah sebab lebih sulit bagi mereka untuk menubuhkan kesatuan dan mengambil tindakan perusahaan ke atas majikan. Cara ini seperti memperkenalkan semula sistem “kangani” yang diamalkan di zaman penjajahan.

18. Belanjawan ini sepatutnya telah mengesyorkan langkah-langkah untuk melunakkan kesan kuat ke atas ekonomi akibat kejutan dari luar. Satu cara ialah dengan menaikkan permintaan domestik melalui penggunaan domestik yang dipertingkatkan. Belanjawan ini ada menyentuh perkara ini, akan tetapi dengan premis yang boleh dipertikaikan, iaitu kenaikan kadar pendapatan. Sebenarnya, yang diperlukan ialah memperkenalkan strategi pengagihan pendapatan yang lebih banyak kepada golongan yang berpendapatan rendah. Misalnya, perbelanjaan tidak produktif seperti perbelanjaan ketenteraan, baik pulih dan peningkatan taraf kediaman rasmi dan perbelanjaan keluar negara sepatutnya dikurangkan, bahkan jika sesuai, dibatalkan. Pada masa yang sama perbelanjaan untuk Pembangunan Masyarakat dan Desa dan perbelanjaan untuk Kebajikan Masyarakat, misalnya hendaklah dinaikkan lebih besar. Sekarang ini, perbelanjaan masing-masing bagi kedua-dua ini hanya 0.3% dan 0.2% sahaja daripada jumlah anggaran perbelanjaan.

19. Simpanan atau jimatan dari mengurangkan atau membatalkan segala perbelanjaan yang tidak produktif ini boleh disalurkan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah dalam bentuk bayaran kebajikan, bayaran pencen minimum yang boleh membantu penghidupan, bayaran pencen yang berkaitan dengan inflasi, dan perbelanjaan tambahan untuk membina rumah bagi golongan miskin, memperbaiki layanan kesihatan dan juga pengangkutan awam. Walaupun Belanjawan ini menaikkan tambahan tahunan sebanyak 2% bagi pencen bekas pekerja awam mulai 2013, namun ini adalah lebih rendah daripada kadar inflasi. Walaupun ia membantu sedikit, peruntukan ini gagal untuk melindungi nilai sebenar pencen. Sehubungan ini gaji minimum boleh memainkan peranan penting. Akan tetapi PM mengelak perkara ini dalam ucapan Belanjawannya.

Kedudukan Golongan Petani

20. Perlu diingat bahawa para petani juga boleh terjejas pendapatannya oleh perubahan suasana ekonomi yang berlaku di pusat pasaran dunia. Getah dan kelapa sawit merupakan hasil pertanian komersial yang boleh turun naik mengikut harga pasaran dunia; dan pendapatan mereka pun turut dipengaruhi. Beberapa langkah boleh membantu petani ini semasa mengalami harga rendah. Pertama ialah dengan memberikan subsidi. Kedua ialah dengan mengadakan harga stabil melalui sistem stok penimbal. Waktu harga rendah, badan stok penimbal boleh membeli keluaran petani untuk menambah permintaan dan menaikkan harga. Keluaran yang dibeli disimpan dalam stok. Waktu harga naik pula, stok boleh dikeluarkan untuk menambah bekalan dan sekaligus menurunkan harga. Sistem ini memang susah dilaksanakan, akan tetapi belum pernah dicuba.

21. Dari segi pemilikan sumber pengeluaran, pendapatan petani adalah rendah apabila mereka tidak memiliki atau kurang memiliki tanah. Oleh itu mereka menyewa tanah dan akibatnya mereka mendapat hanya sebahagian, biasanya separuh, daripada hasil yang dikeluarkan. Cara terbaik ialah untuk mengadakan rancangan bagi memberi tanah kepada petani tiada atau kurang tanah. Ini tujuan utama rancangan Felda sebagaimana yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Razak Hussein. Akan tetapi, semasa zaman anaknya PM Najib Razak, tanah milik peneroka Felda diambil alih dan dijadikan milik Felda Plantations, dijalankan atas asas kapitalis yang mengutamakan untung syarikat bukannya kebajikan para petani atau pekerja. Peneroka yang menyerahkan tanah mereka secara sukarela atau terpaksa kepada ladang ini, mendapat pendapatan bulanan yang jauh lebih kecil (adakalanya separuh atau sepertiga saja) daripada yang diperolehi peneroka yang tidak menyerahkan tanah mereka tetapi terus mengerjakannya sendiri.

Penyenaraian FELDA Global Ventres Holding Bhd

22. Dalam ucapan Belanjawan terbarunya, berbicara tentang Fokus Pertama; Meligat Pelaburan, Najib Razak mengumumkan rancangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding Bhd di bursa saham pada separuh pertama tahun 2012. Peneroka Felda dijanjikan durian runtuh. Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat telah mengeluarkan satu kenyataan media yang panjang mengkritik rancangan ini. Di sini saya memetik beberapa perkara pokok yang disebutnya. Felda Global Ventures memiliki hanya 42,000 hektar tanah di Kalimantan yang masih dalam peringkat penanaman dan semaian. Jadi, untuk tujuan penyenaraian ini, Felda berhasrat untuk memajakkan 350,000 hektar kepada Global Ventures. Memajakkan tanah Felda denga tujuan penyenaraian ini adalah bertentangan dengan semangat Akta Kemajuan Tanah yang dihasratkan oleh mantan PM Razak.

23. Struktur Pra Penyenaraian Felda Global Venures di mana Koperasi Permodalan Felda akan memiliki 60% ekuiti sementara FELDA memiliki 40% kelihatan direka untuk menipu dan mengabui mata rakyat, terutama peneroka dankakitangan Felda. Kononnya wujud konflik kuasa eksekutif apabila Pengarah Besar Felda juga memegang jawatan Pengerusi Permodalan Felda. Pengerusi Felda Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Permoalan Felda dengan melanggar Akta Koperasi melalui Agenda Khas Mesyuarat Lembaga Pengarah Feld ketika Pengarah Besar FELDA sedang menunaikan umrah. Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh Ketua Eksekutif FELDA, Sabri Ahmad.

24. Difahamkan tujuan perubahan ini ialah untuk memungkinkan Isa Samad mengambil tindakan meluluskan pelepasan pegangan ekuiti Koperasi Pemodalan Felda dalam Felda Holdings dan merombak pengurusan dan ahli lembaga pengarah, mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merobah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli koperasi. Ia juga untuk menutup mata kakitangan FELDA yang menjadi ahli Koperasi Permodalan FELDA dari mengetahui bahawa mereka bakal kehilangan majoriti 55% dalam saham Felda Holdings Bhd. Struktur selepas penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam Anak-anak Syarikat FELDA susut kepada 30% saja dan baki 70% lagi ditawarkan kepada pelabur luar.

25. Felda Global Ventures bukanlah sebuah syarikat yang diurus dengan baik. Ia telah mengalami kerugian sehingga ratusan juta ringgit dalam pelaburan luar negara seperti pelaburan dalam Twin Rivers Technologies dan pembelian apartment di Mekah. Ketua Eksekutif syarikat ini pula pernah disyaki terlibat dalam salah laku yang mengakibatkan kerugian RM120 juta di Syarikat Golden Hope Plantation Bhd. Setelah disiasat oleh KPMG Forensics, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Penasihat Intergrasi Kumpulan SimeDarby, seperti dilaporkan dalam Straits Times bertarikh 11 Jun 2008.

26. Durian runtuh yang dijanjikan Perdana Menteri akan merupakan hanya pemberian sekali (one off). Sebaliknya FELDA kehilangan pendapatan antara RM1.5-RM2 bilion setahun yang sahrusnya boleh digunakan untuk kebajikan peneroka. Jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa FELDA bakal dibayar RM1 bilion setahun selama 99 tahun bagi meneruskan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka amat disangsikan. Ini ialah kerana difahamkan tidak ada jaminan bertulis mengenai perkara tersebut dalam Perjanjian Pajakan.

Kekurangan Kemahiran dan Pengetahuan

27. Di negara kita ini, tampungan kemahiran dan pengtahuan adalah terbatas dan asas teknologinya lemah. Ini mungkin diakibatkan oleh mutu pendidikan yang semakin merosot dan kapasiti penyelidikan yang terbatas di kalangan universiti dan lain-lain institusi penyelidikan tempatan. Seterusnya tendesi mengutamakan faktor-faktor lain daripada kejayaan ilmu bagi kemasukan pelajar ke pusat-pusat pengajian tinggi; kelayakan bagi kenaikan pangkat kakitangan; sukatan pelajaran yang tidak tersusun rapi; sistem peperiksaan yangtidak begitu ketat semuanya menyumbang kepada kemerosotan mutu pendidikan dan seterusnya kelemahan asas teknologi kita.

28. Kerjasama universiti dengan industri yang lemah dalam bidang latihan dan penyelidikan membawa kepada kegagalan syarikat kecil dan sederhana (SMI) untuk meningkatkan teknologinya. Belanjawan 2012 sepatutnya memberikan insentif untuk menggalakkan kerjasama itu. Tampungan kemahiran danpengetahuan ini ditambah burukkan lagi oleh “brain drain” yang luas berlaku. Saya menyokong rancangan untuk menaikkan pendapatan guru dan penjawat awam lain, akan tetapi ini tidak mencukupi. Lebih penting, ia mesti diikuti oleh langkah-langkah di dalam dan di luar Belanjawan, untuk mengatasi masalah-masalah yang saya sebut di atas bagi meningkatkan mutu, menambah efisiensi dan menguatkan kapasiti teknologi.

29. Sehubungan izinkan saya merujuk kepada Fokus Kedua: Mengungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti dan Mencetus Innovasi dalam UcapanBelanjawan. Perdana Menteri menyatakan dua perkara di dalamnya. Pertama,katanya “institusi penyelidikan perlu menyusun semula stratagi untuk menterjemahkan hasil R&D kepada produk bernilai kommersial”. Pandangan ini diterima. Akan tetapi ia tidak mungkin berlaku dengan meluas kerana peruntukan negara ini kepada R&D sangat kecil, iaitu dalam lingkungan 3 peratus daripada KDNK saja. Pada hal pukul rata bagi seluruh dunia ialah hampir 6 peratus dan dalam rantau ini dalam lingkungan 4 peratus. Dari segi peruntukan ini kelihatan seolah-olah Malaysia tidak memberi penekanan yang berat kepada R&D.

30. Keduanya, PM menegaskan “Innovasi perlu diterap dan diamalkan oleh semua”. Untuk menggalakkan ini beliau mengumumkan Gerakan Innovasi Nasional bagi tahun 2012, dengan peruntukan RM100 juta bagi mengatur beberapa inisiatif strategik. Sesuai dengannya tujuh langkah dirancangkan. Sebenarnya, gerakan seperti ini tidak begitu mencukupi. Innovasi adalah berkaitan dengan kreativiti dan seterusnya dengan pembentukan minda yang bebas dan kritikal. Ini tidak mungkin berlaku sekiranya meluas psikologi takut di dalam masyarakat melalui undang-undang seperti ISA, dan pelbagai tindakan menekan minda dalam institusi pendidikan, terutama di peringkat Universiti, melalui AUKU dan “Aku Janji”. Perkara ini akan dibincang nanti bila tiba waktunya. Buat semenatara ini, perlu ditegaskan segala undang-undang yang menekan ini perlu dimansuhkan dan bukan cuma dipinda saja.

Membentuk Masyarakat Malaysia Lebih Saksama

Apabila pasaran saham pulih nanti, saya ingin melihat cukai keuntungan modal (capital gains tax), iaitu untuk mencukai keuntungan daripada spekulasi. Saya juga ingin melihat Kerajaan menumpu atau fokus sumber cukainya daripada cukai langsung lebih daripada cukai tidak langsung. Dari segi inilah cukai GSP harus ditolak, kerana ia berbentuk regresif dan akan lebih memberatkan beban ke atas golongan berpendapatan rendah, Seterusnya, demi menggalakkan kesaksamaan serta kesama-rataan sosial, Kerajaan perlu meningkatkan kadar cukai pendapatan yang lebih tinggi kepada golongan kaya, pada kedua-dua peringkat individu dan korporat.

32. Dengan langakah-langkah sedemikian, surplus atau lebihan daripada isi rumah dan korporat yang kaya boleh dipindahkan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah yang mempunyai “marginal propensity” Lebih tinggi untuk mengguna. Lebihan daripada mereka yang berada yang selalunya terbiar atau dilabur kepada aset kewangan yang tidak produktif atau harta, bolehlah digerakkan melalui penggunaan yang bertambah oleh golongan miskin dan bependapatan rendah. Dengan ini, jumlah permintaan boleh ditingkatkan dan pertumbuhan dapat dipercepat, walaupun pada masa suasana antarabangsa tidak begitu baik bagi ekonomi Malaysia.

33. Akan tetapi perkara ini akan berjaya dilakukan hanya dengan campur tangan pihak pemerintah. Ini tidak mungkin dilakukan sekiranya pemerintah melaksanakan dasar liberalisasi dan sistem ekonomi pasaran yang luas. PM Najib Razak nyata sekali berazam untuk menguatkan asas dasar liberalisasi dalam melaksanakan segala rancangan pembangunannya. Perlu diingat bahawa jika dasar liberalisasi diteruskan tanpa batas dengan tidak membenarkan peranan kerajaan, kerajaan akhirnya harus menamatkan DEB yang diagung-agungkannya itu. Sebabnya ialah ialah sebahagian besar dari matlamat DEB itu akan dapat tercapai hanya dengan membenarkan peranan kerajaan dan bukannya bergantung hanya kepada peranan pasaran.

33. Begitu juga dengan kemudahan sosial seperti pendidikan dan kesihatan. Dalam keadaan dasar liberalisasi seluasnya, tentulah kemudahan pendidikan dan kesihatan akan diswasta sepenuhnya. Selari dengan ini kemungkinan besarnya kebajikan rakyat akan diabaikan untuk memberikan peluang terbuka kepada modal untuk membuat untung daripadanya. Golongan yang paling teruk menanggung tekanan dari dasar ini tentu sekalilah yang miskin dan berpendapatan rendah. Lihat saja betapa mahalnya bayaran untuk memasuki universiti dan hospital swasta. Sudah tentu mereka daripada lapisan bawahan dalam masyarakat tidak termampu membayarnya.

34. Baru-baru ini ada berita besar yang menyatakan bahawa akan dilakukan penstrukturan semula perkhidmatan perubatan dengan mengubah antara lainnya “health financing” (pembayaran untuk kesihatan). Saya tidak faham mengapa hal ini perlu dilakukan, melainkan hanya untuk memberi keuntungan kepada golongan kecil tertentu yang memang sudah kaya, melalui penswastaan perkhidmatan kesihatan ini. Ini sesuai dengan tuntutan liberalisasi. Kerajaan hendaklah mengkaji dengan halus sekali sebelum melaksanakan rancangan ini. Sebabnya ia akan mengakibatkan bebanan berat terutama sekali kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Mengikut ini tiap-tiap pesakit terpaksa membayar sendiri untuk mendapat khidmat kesihatan. Ini tidak harus berlaku sama sekali. Sehubungan ini juga harga ubat-ubatan mesti direndahkan lagi. Hendaklah diadakan peraturan supaya Ubatan-ubatan “generic”, yang jauh lebih murah, mudah diperolehi oleh rakyat ramai.

35. Nampaknya, salah satu daripada tujuan meluaskan dasar liberalisasi ialah untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI). Akan tetapi kejayaan Malaysia manarik pelaburan asing, apabila dibandingkan dengan negara-negara lain tidaklah begitu berjaya. Mengikut laporan “FDI Report Outlook” yang diterbitkan oleh Financial Times, edisi terbaru keluaran Mei 2011, kedudukan lima negara yang paling banyak mendapat pelaburan luar ialah: China, India, Australia, Vietnam, dan Singapura. Malaysia tidak termasuk dalam senarai. Malah jumlah pelaburan asing yang masuk ke Vietnam adalah RM87 bilion dan Singapura sebanyak RM39 bilion. Akan tetapi Malaysia hanya memperolehi RM29 bilion. Dakwaan yang dibuat oleh YB yang bercakap sebelum saya tanpa mengemukakan bukti adalah tidak benar.

36. Saya bukan menentang usaha untuk menarik modal asing. Saya cuma hendak menegaskan dua perkara. Pertama, kita tidak boleh bergantung kepada modal asing sepenuhnya, bahkan mobilisasi modal tempatan hendaklah digalakkan juga. Keduanya, apabila kita menerima modal asing, kita hendaklah jelas untuk tujuan atau matalamat apa ia digunakan. Adakah lebih untuk menjana pekerjaan dengan gaji bepatutan di kalangan rakyat daripada memberi peluang pemodal asing mengaut keuntungan? Seterusnya, sebagai misalan, jikalau modal asing itu digunakan untuk membina rumah, adakah yang dibina itu hanya rumah-rumah mewah saja untuk untuk dijual kepada golongan atasan dan memaksimakan untung modal asing?

Laporan Audit: Kelemahan Urusan Atau Rasuah?

37. Sekarang saya ingin berpindah kepada Laporan Ketua Audit Negara. Tiap-tiap tahun kita membaca laporan tentang Kementerian dan Jabatan membeli pelbagai barang dan alat dengan bayaran berkali ganda dari harga pasaran. Akan tetapi nampaknya tidak ada tindakan tegas dan berkesan diambil. Itu sebab kita membaca cerita yang berulang tahun ini. Antaranya ialah: Laptopdan pencetak berharga RM3428 dibeli 246% lebih mahal; LCD TV dn DVD Player berharga RM2182 dibeli 638% lebih mahal; Radar X-Brand berharga RM8255 dibeli 478% lebih mahal; Bushbell Binoculars berharga RM2827 dibeli 1893% lebih mahal; Marine Binoculars berharga RM11940 dibeli 2805% lebih mahal; dan Walkietalkie berharga RM1561 dibeli 177% lebih mahal. Ini contoh-contoh daripada Jabatan Taman Laut Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar saja. Adakah ini kerana kelemahan urusan atau Rasuah. Hendaklah dipastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

38. Sekian lama kita melihat pendedahan demi pendedahan berhubung Projek Feedlot yang telah diberikan kepada suami seorang Menteri. Sebanyak RM250 juta diserahkan, walaupun bentuknya dipertikaikan, sama ada hutang atau geran. Jikalau hutang, tiada tempoh membayar balik. Sebahagian dari wang ini telah digunakan untuk bermacam-macam perkara yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu. Antaranya ialah membeli kondo, tanah, kereta Mercedes, pergi melancong dan umrah, dan sebagainya. Perincian yang jelas diberikan tentang setiap perkara yang didedahkan. Menteri kata dia tiada kaitan. TPM menafikan skandal ini, mungkin kerana projek diberikan semasa beliau Menteri Pertanian. Yang anehnya PM pun menolak tuduhan-tuduhan yang dibuat. Sepatutnya beliau harus berkata perkara ini akan disiasat.

39. Satu lagi pendedahan oleh Ketua Audit Negara ialah mengenai pembelian 257 kenderaan berperisai dari Turki oleh Kementerian Pertahanan. Kerajaan Malaysia tidak melakukan kaji selidik apabila membayar syarikat Deftech Malaysia sebanyak RM29.4 juta bagi setiap kenderaan, pada hal Deftech Malaysia membayar hanya RM6.6 juta kepada FNSS Turki. Ertinya, perbezaan atau ketirisan sebanyak RM23 juta sebuah. Sekiranya Kerajaan memberi secara langsung (Kerajaan dengan Kerajaan), harganya tidak melebihi RM4.5 juta sebuah. Bezanya bagi 257 kenderaan melebihi RM6 bilion. Siapakah yang mendapat laba daripada transaksi ini? Sekali lagi saya ingin bertanya: salah urus atau rasuah?

40. Satu hal yang tidak diketahui umum, dan bukan didedah oleh Ketua Auditor ialah tentang pembinaan Jambatan Sungai Bagus, Bandar Baru Ketereh, Daerah Kemaman. Paling aneh, jambatan ini dibina atas daratan dan tidak melintasi Sungai Bagus, sebagaimana tujuan jambatan dibina. Harga asal kontrak RM174 juta. Harga semasa sudah meningkat RM210 juta. Tambahan RM70 juta untuk membentung anak Sungai Bagus mengalir di bawah jambatan! Jambatan ini hampir siap dan tiada halangan dan larangan dari JKR yang mengawasi pembinaan. Bayaran dibuat mengikut kemajuan kerja. Usaha untuk mengalih anak Sungai Bagus ke bawah jambatan dilakukan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai. Proses tender sedang dirangka. Nama kontraktor jambatan atas darat ini ialah: TSR Construction Sdn Bhd. Khabarnya kontraktor seorang AJK UMNO Bahagian Ulu Terengganu.

41. Contoh-contoh yang diberi merupakan hanya sebahagian daripada bukti bagaimana wang rakyat dan kekayaan negara dirompak dengan begitu mudah sekali. Kita jangan lupa perompakan lebih besar telah berlaku. Dewan Rakyat pernah diberitahu oleh seorang Menteri apabila menjawab soalan, bahawa sebanyak kira-kira RM52 wang ekuiti Bumiputera telah hilang. Bagaimanakah wang sebayak ini boleh lesap? Siapakah yang secara langsung bertanggungjawab atas kelesapan ini? Jikalau RM52 bilion boleh hilang tanpa penjelasan, apalah perlunya mengambil tindakan ke atas jumlah RM210 atau RM250 juta. Keadaan sudah parah. Ia tidak boleh didiamkan lagi.

Tuesday, July 19, 2011

PR: Kerjasama PAS dan DAP di haruskan.

20 Julai 2011. Budak-budak Blogger Umno Lembu Illuminati (B.U.L.I) menyalak-nyalak kat blog pasal hukum Tahaluf Siyasi PAS dan DAP. . Ambil petikan sikit-sikit dari kertas kerja Ketua Penerangan DPP PAS, pastu buat hukum sendiri..gila nyerr orang..cuba la google skit kalau nak mencari kebenaran...eeeiii..

Ahh...aku tahu diorang sedar diorang cuba nak menipu pembaca konon nya PAS sesat dan buat hukum sendiri. Aku yang belajar tahap sedang-sedang jerr pun boleh faham dengan kertas kerja yang dibentangkan dek Ketua Penerangan DPP.

Tak kisah lah diorang nak buat fitnah apa pun dalam blog diorang sebab yang baca blog diorang pun diorang-diorang jerr..pada yang da tersesat sampai kat blog aku ni...korang baca lagi pasal hukum Tahaluf Siyasi...haaa..bacaaa..

HUKUM DAN SYARAT TAHALUF SIYASI

Diterjemah oleh ustazah Norsaleha Mohd Salleh

Ini adalah terjemahan daripada buku Usul al-Ifta’ wa al-Ijtihad al-Tatbiqi, jilid ke-4 yang merupakan buku ke-8 dari siri-siri tulisan Mohamad Ahmad Rasyid dalam Ihya’ Fiqh Dakwah. Tujuan saya menterjemahkan beberapa petikan dalam buku ini adalah untuk mendedahkan kajian penulis tentang isu yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat Malaysia hari ini, iaitu berkaitan membina kerjasama dengan non muslim terutama kerjasama politik yang lebih dikenali dalam bahasa Arab sebagai tahaluf siyasi.
Kajian ini telah dibuat oleh Muhamad Ahmad Rasyid yang lebih dikenali sebagai Abu Ammar. Beliau adalah seorang pemikir dakwah yang banyak menghasilkan tulisan-tulisan yang berkaitan dengan metodologi dakwah dan pendakwah. Antara hasil tulisan beliau ialah al-Raqa’iq, al-Awa’iq, al-Muntalaq, al-Masar dan banyak lagi tulisan beliau yang memperkatakan tentang peranan pendakwah dan metodologi dakwah yang sepatut dilaksanakan. Kebanyakan buku-buku yang dihasilkan oleh beliau adalah ketika menetap di Malaysia.
Tajuk tentang tahaluf siyasi dengan orang kafir ini adalah hasil pemerhatian, pandangan dan kajian beliau sewaktu tinggal di Malaysia. Kebanyakan contoh yang dibawa sebenarnya adalah merujuk kepada suasana yang ada di Malaysia. Mohammad Ahmad Rasyid banyak menggunakan sumber-sumber yang premier selain daripada al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah. Antara ulama yang banyak dirujuk oleh beliau ialah Ibn Hajar, al-Syaibani, al-Karabisi, al-Sarkhasi, al-Qurtubi, ulama empat mazhab dan lain-lain lagi.

gambar hiasan

MEMBANTU YANG DIZALIMI DAN MENDENGAR SUNGUTAN SERTA KELUHAN mereka
Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada al-Barra’ bin Azib bahawa Rasulullah saw memerintahkan mereka dengan beberapa perkara, antaranya ialah membantu orang yang dizalimi.
Imam al-bukhari juga meriwayatkan dari Abi Musa dari Nabi bersabda; “seorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang kukuh saling menyokong antara satu sama lain, sambil Rasulullah saw menggenggam kuat-kuat kedua-dua belah tangan Baginda.
Ibn Hajar berkata;
Membantu orang yang dizalimi adalah fardu kifayah, bantuan ini umum untuk semua orang yang dizalimi. Begitu juga orang yang membantu, melihatkan hukum fardu kifayah ini ditujukan kepada semua, inilah yang rajih atau jelas. Kadang-kadang ia ditentukan ke atas sesiapa yang mempunyai kudrat selagi keingkarannya tidak dianggap merosakkan lebih daripada kerosakan mungkar. Sekiranya dia tahu itu tidak berguna, akan jatuhlah kewajipan itu, kekallah hukum asal iaitu harus dengan syarat yang disebut. Sekiranya bertembung dua kerosakan, maka hendaklah membuat pilihan.
Syarat-syarat orang yang menolong;
1- Hendaklah orang yang menolong itu mengetahui perbuatan itu zalim.
2- Pertolongan itu diberi sewaktu kejadian zalim tersebut.
3- Kadang-kadang pertolongan itu diberi sebelum berlaku kezaliman seumpama menyelamatkan seseorang daripada seorang yang menuntut darinya harta secara zalim dan mengugutnya sekiranya dia tidak mahu menyumbangkan duit tersebut.
4- Kadang-kadang pertolongan itu datang selepas berlaku kezaliman. Ini yang banyak berlaku.
Pertolongan ini lebih umum daripada menggunakan senjata dan berperang malah gambarannya yang sebenar boleh berlaku dengan memberi perintah kepada orang zalim, mengancam, menakuntukan, menggunakan pangkat dan kedudukan, memberi syafaat, mengumpulkan sejumlah orang yang boleh membantu untuk memberi ingatan kepada orang yang melakukan kezaliman tentang yang bakal berlaku sekiranya ia sendirian atau satu kumpulan yang besar bagi menolak kezaliman satu kumpulan yang kecil.
Sekiranya menggunakan senjata, dia tertakluk kepada kaedah amar makruf nahi mungkar. Bagi kaedah tidak memberikan hukum qisas dengan kewujudan sultan, ini adalah jelas dalam hukum pelampau (bughah). Sekiranya yang zalim itu ialah hakim, maka sebaik-baik jihad ialah berkata benar kepada sultan yang zalim. Sekiranya tidak berjaya memecatnya melainkan dengan memeranginya, rujuk kembali kepada hukum taghyir dan tekanan serta menyandarkan ketaatan sebagaimana yang telah diterangkan dalam teori siasah dulu.
Apa yang ditambah di sini ialah;
Membantu orang yang dizalimi terdapat dalam hadis Nabi, wajib ke atas muslim merasa peka dan terus membantu, keluar dari sifat keakuan kepada memberi pertolongan, bertawakal dia atas kelemahan dan mencapai kebenaran yang diharapkan.


PANDANGAN UMUM TENTANG KERJASAMA DAN MEMINTA BANTUAN (TAHALUF DENGAN ORANG KAFIR)
Kerjasama itu adalah amalan yang saling bertukar ganti, sekali kita meminta tolong dia sekali lagi dia meminta tolong kita, melihat kepada keperluan kita dan keperluan orang yang bekerjasama. Saya berpendapat bentuk kerjasama ini perlu mengalami perubahan dan lebih optimis. Hal ini kerana tahaluf itu adalah berkait dengan dua belah pihak. Kita perlu memahami isu mememinta bantuan dan isu memberi bantuan. Sekiranya kita memahami kedua-dua isu ini, mudahlah kita memahami konsep tahaluf ini.
Sebelum kita berbicara tentang tahaluf, kita juga perlu memahami realiti dan alamat kehidupan berpolitik pada hari ini;
1- Kurang kesetiaan
2- Jarang bercakap benar
3- Khianat janji berleluasa
4- Pintas mememintas
Mememinta bantuan dan membantu orang Islam sudah tiada pertikaian lagi, kerana ia adalah asal hubungan antara sesama Islam sama ada dalam bentuk individu, parti atau negara berpandukan kepada “ta’awun di atas takwa”.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah seorang muslim mememinta bantuan orang kafir atau membantu orang kafir.
(Bagi membicarakan hal ini, Ahmad Rasyid telah meletakkan ENAM perbahasan yang dinamakan ENAM RUKUN)

gambar hiasan

DALIL YanG JELAS TenTanG LARANGAN MEMEMINTA BANTUAN DAN ketat nya SYARAT tersebut.
RUKUN PERTAMA;
Meminta bantuan bukan Islam seperti meminta bantuan negara non muslim, parti non muslim dan kumpulan-kumpulan bukan Islam adalah TIDAK DIHARUSKAN dengan dalil-dalil yang jelas. Namun begitu HARUS meminta bantuan individu non muslim sekiranya ada isyarat yang menunjukkan kepada amanahnya.
Hadis-hadis sahih;
1- Dalam Sahih Muslim adalah menceritakan tentang seorang musyrik mahu menyertai Rasulullah dalam peperangan ke Badar, Nabi bertanya sekiranya dia telah Islam, dia menafikan keislaman, Nabi meminta dia balik dan bersabda bahawa baginda tidak akan meminta tolong dengan seorang musyrik.
2- Dalam satu peperangan yang tidak dinyatakan nama peperangan tersebut oleh perawinya, baginda berkata bahawa tidak akan meminta bantuan orang-orang musrik untuk memerangi orang-orang musyrik yang lain.
3- Dalam Riwayat Abu Yusof al-Qadhi, bahawa Rasulullah saw meminta bantuan dengan orang Yahudi bani Qainuqa’.
Larangan dalam hadis pertama adalah jelas. Al-Syaibani mentakwilkan hadis pertama dengan mengatakan larangan itu kepada mereka yang tidak berada dalam pemerintahan Rasulullah dan mereka tidak berperang di bawah payung Rasulullah. Sekiranya begitu sifatnya, makruh meminta bantuan daripada mereka.
Al-Syaibani tidak meletakkan hukum umum dalam isu MAKRUH meminta tolong daripada orang-orang kafir, tetapi menjadikannya sebagai pandangan seorang ketua orang-orang Islam. Rasulullah saw didatangi dengan 700 orang Yahudi Bani Qainuqa’ yang sedia berperang dengan Rasulullah dalam peperangan Uhud, tetapi ditolak oleh Rasulullah dengan alasan, baginda tidak mahu meminta bantuan orang-orang musyrik. Dalam hal ini, al-Syaibani berpendapat, penolakan Rasulullah disebabkan kebimbangan bagainda dengan perasaan rendah diri dan rasa terhina tentera-tentera Islam yang lain, sebab itulah Baginda menolaknya. Sekiranya seorang ketua muslimin itu berpendapat tidak wajar meminta bantuan orang kafir dibimbangi akan berlaku fitnah, wajarlah ia menolaknya.
Dalil ini adalah jelas, kerana setinggi-tinggi hukum meminta tolong dengan non muslim ialah HARUS sahaja, tidak sampai WAJIB. Sebaik-baiknya pemimpin kena menjauhi dari meminta tolong dengan non muslim. Abu Hanifah meletakkan syarat yang sangat ketat tentang meminta bantuan dengan orang kafir, berdasarkan Kisah Rasulullah pernah meminta bantuan Yahudi Qainuqa’ bagi memerangi Bani Quraizah.
al-Syaibani pula meletakkan dua syarat untuk meminta bantuan dengan non muslim;
1- Boleh meminta bantuan dengan syarat non muslim boleh dipercayai, di mana kita merasa aman apabila berperang dengan mereka dan tidak menimbulkan fitnah bersama mereka.
2- Hukum Islam yang dominan ke atas mereka, dengan kata lain... non muslim itu golongan yang lemah, dan jemaah Islam itu lebih kuat dan dominan.
Bagi al-syaibani, meminta bantuan dengan non muslim HARUS tetapi lebih kepada JARANG-JARANG BERLAKU dan dalam keadaan pengecualian. Ini adalah pandangan tokoh-tokoh ilmuan feqh termasuk tokoh-tokoh daripada kalangan pengikut Imam Hanafi dan al-Tahawiah.
Bagi Abu Hanifah, al-Syafei, Thauri dan Awza’ie berpendapat;
Tidak ada masalah meminta bantuan dengan non muslim selagi mana Islam lebih kuat dan dominan, tetapi makruh meminta bantuan ketika non muslim lebih dominan dan kuat.
Pendapat Al-Karabisi, boleh meminta bantuan orang non muslim apabila mereka;
1- Tiada SYAUKAH
2- Berada bawah pemerintahan atau undang-undang ORANG ISLAM
3- Tidak memberi mudarat kepada orang Islam
Bezanya di sini ialah syarat untuk bercampur dengan mereka ialah apabila;
1- Mereka berada di bawah kekuasaan dan hukum kita;
2- Bilangan mereka adalah sedikit dan minoriti,
Apabila jumlah mereka adalah kecil, ini tidak mendatangkan mudarat kepada orang-orang Islam. Sekiranya wujud suasana ini, minta bantuan mereka adalah HARUS.
Tidak HARUS meminta bantuan sekiranya mereka mempunyai SYAUKAH, kerana mereka mungkin tidak akan berada di bawah kuasa dan hukum kita, mereka tidak akan keluar untuk membantu kita dan mengalahkan agama mereka, kita tidak akan merasa aman dengan meminta pertolongan mereka, jadi tidak HARUS meminta pertolongan mereka. Kita kembali kepada hadis Rasulullah yang tidak mahu meminta bantuan orang kafir tadi.
Sementara peristiwa Rasulullah meminta bantuan Yahudi Qainuqa’ untuk memerangi Yahudi Quraizah adalah kerana Yahudi Qainuqa’ berada dalam jumlah yang sedikit dan tidak mendominasi orang Islam.
Ibn Khuwaiz al-Basri al-Maliki berpendapat Kitab Allah Taala secara jelas bertentangan dengan pandangan Abu Hanifah yang mengharuskan hukum ini.
Firman Allah;
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa Yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa Yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya (ali-Imran 3:118).

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang Yang beriman (al-Maidah 5:57).
Kedua-dua ayat ini dengan jelas menunjukkan larang menyokong dan membantu orang kafir.
RUKUN KEDUA;
Berhadapan dengan ayat-ayat di atas, terdapat juga dalil-dalil yang menunjukkan Rasulullah meminta bantuan individu dari kalangan non muslim dalam hal-hal yang tidak berkaitan dengan peperangan.
Hadis rasulullah;
1- Imam Bukhari telah meriwayatkan bahawa Aisyah telah bercerita menyatakan Nabi dan Abu bakar mengupah seorang lelaki musyrik sebagai penunjuk jalan untuk membawa baginda dan Abu Bakar keluar dari gua thur selepas sembunyi selama 3 hari bagi meneruskan hijrah ke Madinah.
2- Menurut Qurtubi, al-Mahlab pernah menceritakan bahawa terdapat hukum fiqh yang mengharuskan meminta bantuan orang musyrik menyimpan rahsia dan menjaga kewangan orang Islam selagi mana dipercayai sifat amanah dan kesetiaannya pada janji sebagaimana Rasulullah saw pernah meminta bantuan orang kafir mengiringi hijrahnya ke Madinah.
3- Rasulullah saw pernah mengupah seorang musyrik menjadi perisik dari golongan bani KHAZA’AH ketika peristiwa Hudaibiayh untuk merisik hal ehwal orang kafir Quraisy.
4- Meminta bantuan dengan Safuan bin Umaiyah seorang pemuka Quraisy, pinjam darinya perisai untuk peperangan
Menurut al-Qurtubi dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Malik, bahawa Safwan pernah mengikuti Rasulullah saw dalam peperangan Hunain dan Taif, ketika itu beliau masih lagi kafir dan isterinya seorang muslimah. Menurut Malik, dia keluar dengan sukarela tanpa arahan dari Rasulullah saw.
Dari cerita ini ada dua unsur yang mengelirukan;
1- Isterinya seorang muslimah, seolah-olah keislaman isterinya mengurangkan kebenciannya kepada Islam, sehingga akhirnya dia cenderong untuk menerima Islam ketika mana dia mengalami masalah kecewa dengan orang kafir quraisy
2- Keluarnya Safuan ke medan perang bukan atas permintaan Rasulullah, tetapi kehendaknya sendiri
Kita tidak boleh menggunakan dalil peristiwa meminjam senjata atau membelinya dari orang kafir sebagai hujah keharusan meminta bantuan dengan orang kafir dalam perkara yang berkaitan dengan PEPERANGAN.
Al-Sayuti berpendapat seorang pemimpin boleh mengupah orang kafir zimmi ketika berjihad, keharusan ini mengelirukan berdasarkan hujah sebelum ini.
Inilah yang menyebabkan Ibn Taimiyah mengetatkan hukum meminta bantuan dengan non muslim bukan sahaja dalam isu peperangan tetapi juga dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu KENEGARAAN yang berkaitan dengan kewangan dan pemerintahan. KERANA Rasulullah meminta bantuan penunjuk jalan dan perisikan itu adalah bersifat sementara pada waktu itu sahaja. SEDANGKAN tugas yang berterusan dalam tempoh yang lama boleh memberi peluang kepada non muslim untuk mengatur strategi dan membina hubungan serta mengetahui kelemahan orang Islam melalui bantuan pemerintahan yang memberi gaji serta kerja kepada mereka. Ini adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian.
Pandangan Ibn Taimiyah ini berdasarkan kepada cara Salahudin al-Ayubi yang mengawal penglibatan non muslim dalam pemerintahannya.
Menurut Ibn Taimiyah, Pemerintahan Salahudin dan keluarganya tidak melantik orang Nasrani sebagai pengurus urusan orang2 Islam. Sebab itu mereka menjadi golongan penyokong dan dibantu kerana mereka dari golongan miskin dan minoriti. Tetapi syaukah Nasrani dan TATAR semakin kuat selepas kematian AL-ADIL saudara kepada Salahudin.
Ketika itu berlaku banyak fitnah dikalangan masyarakat Islam, mereka mula berpecah ketika golongan NASRANI mula memasuki pentadbiran di negara Mesir ketika pemerintahan al-MUIZ.
Sejarah menunjukkan bagaimana Allah swt membantu NURUDDIN, SALAHUDIN DAN ADIL dalam pemerintahan mereka dengan pembukaan negara2, menundukkan musuh selagi mereka menegakkan keadilan Islam, begitu juga sejarah menunjukkan bagaimana kejatuhan pemerintahan Islam apabila mereka menjadikan golongan Nasrani sebagai wali dan pemerintah dikalangan mereka.
Kisah Khali dal-Walid dengan Omar yang mahu meminta bantuan non muslim dalam urusan orang Islam tetapi ditolak sama sekali oleh Omar.
(( menggunakan khidmat orang Islam, bukan sahaja membantu mereka dari sudut kewangan dan pekerjaan, bahkan keberkatan dan maslahah sentiasa ada dalam kalangan orang Islam. BERBEZA dengan menggunakan khidmat non muslim untuk kepentingan orang Islam walaupun memberi manfaat kpd agama dan dunia mereka tetapi kurang sangat yang HALAL memberkatinya, yang banyak ialah haram yang dimurkai Allah)).

gambar hiasan

RUKUN KETIGA;
HARUS meminta nasihat orang kafir sama ada individu, parti, negara dan bekerjasama dengan mereka dalam semua bidang kecuali peperangan.
Harus bagi seorang daie itu menjadikan parti kafir atau sekumpulan orang kafir sama ada yang mempunyai ikatan nasab, kejiranan atau kemahiran tertentu sebagai penasihat mereka, yang boleh membantu mereka dalam pendirian politik, berita atau bentuk2 yang melemahkan orang kafir yang laain. Nasihat ini harus kecuali urusan peperangan.
Kebenaran ini tertakluk kepada orang kafir yang kita meminta nasihat itu bermusuh dengan orang kafir yang lain yang juga musuh kita. Mereka cenderung untuk membantu orang Islam sebab dendam kpd gol kafir yg lain serta menjadi pemangkin kepada orang Islam.
Inilah yang berlaku ketika Rasulullah saw mengadakan kerjasama dengan Bani Khaza’ah yang bermusuh dengan orang kafir quraisy. Bagaimana cara Rasulullah berurusan dengan Bani Khaza’ah menjadi dalil fiqh dalam hal ini.
1- Peristiwa Hudaibiyah yang diriwayatkan oleh sahih Bukhari menceritakan tentang Budail bin Waraqa’ al-Khuza’i datang dengan satu kumpulan dari Bani Khuza’ah berjumpa Rasulullah....
2- Menurut Ibn Hajar, Ibn Ishak menambah dalam ceritanya tentang Kisah Bani Khuza’ah yang rapat dengan Rasulullah (’aibah Rasulullah) sama ada yang musyrik atau muslim.
Di sini menunjukkan keharusan mememinta nasihat daripada non muslim yang dalam perjanjian dan kafir zimmi apabila ia menunjukkan kepada isyarat yang boleh menerima nasihat mereka seperti pengalaman yang sebelum ini menunjukkan mereka lebih mengutamakan orang Islam berbanding non muslim walaupun dari agama mereka sendiri.
Harus mememinta nasihat daripada sesetengah negara musuh selagi ia dominan kepada yang lain, keharusan ini bukan menunjukkan kita mengambil mereka sebagai pemimpin atau menunjukkan kasih sayang kepada musuh Allah, tetapi dari sudut menggunakan mereka, mengurangkan sokongan massa (syaukah) kepada mereka dan menjadikan antara mereka saling ingkar mengingkari.
Keharusan ini tidak bermakna memberi hukum harus mememinta nasihat secara mutlak kepada orang kafir.
Keharusan yang dibincangkan di atas bukan berkaitan dengan isu meminta tolong non muslim dalam bab peperangan. Inilah yang diberi peringatan oleh Ibn Hajar tentang tidak wajib meminta tolong di akhir tulisan beliau.
Menurut Ibn Hajar HARUS mememinta nasihat dengan negara musuh selagi dia masih dominan ke atas yang lain.
Pandangan ini adalah instinbat yang sangat penting. Kerana kita boleh memahami bahawa boleh kerjasama politik dengan dengan negara non muslim bagi melawan negara non muslim yang lain yang tidak berkaitan dengan peperangan. Kerjasama ini merangkumi persenjataan seperti kerjasama antara Pakistan dengan China, kerana mempercayai China dalam kerjasama ini merujuk kepada permusuhannya dengan India.
Sekiranya kita melihat isu Bani Khaza’ah, sebahagian darinya adalah muslim, kerana dalam Bani Khaza’ah ada muslim ada non muslim. Ini bermakna, menjadikan kisah ini sebagai dalil tidaklah betul sepenuhnya, namun begitu tidak boleh kita abaikan. Di mana dari sudut kekuatan dalil ia berada pada tahap sederhana. Ini bererti kita kena ambil dalil ini secara berhati-hati dan sekadarnya sahaja, tidak boleh berlebih-lebih.
Ia memerlukan kepada kepekaan feqh untuk memahaminya dan biasa dengan mantiq feqh. Tidak wajar bagi semua orang terutamanya meletakkanya sebagai dalil bagi berbagai-bagai-bagai sebab yang lain.
Syarat yang diletakkan oleh ulama dalam isu kerjasama dengan non muslim;
1- Hukum Islam mestilah dominan dan mendapat sokongan massa (ada syaukah) sebagaimana pandangan al-Syaibani, al-Sarkhasi dan al-Karabisi. Iaitu orang Islam berada pada tahap yang kuat bagi mengelakkan berlakunya khianat.
2- Imam Malik mensyaratkan mereka tidak boleh menjadi pemimpin atau ketua, sama ada dalam saf peperangan atau pun dalam kerja-kerja bantuan. Menurut Imam Malik “ Aku tidak berpandangan mememinta bantuan orang musyrik bagi mengalahkan orang musyrik yang lain, melainkan atas tujuan mereka memberi khidmat
3- Orang Islam menjadi golongan minoriti dan berhajat menggunakan non muslim bagi memenuhi keperluan mereka (pandangan al-Hazimi)
4- Non Muslim itu dari kalangan yang boleh dipercayai menurut pendapat al-Hazimi. Bagi Ibn Qudamah pula, mereka itu dipercayai memberi keamanan. Apabila kita dihalang oleh seorang muslim yang penakut, maka non muslim itu lebih utama. Inilah juga yang dimemahamii oleh al-Syaibani.
5- Syafei mensyaratkan orang kafir itu memberi manfaat kepada orng Islam secara khusus berdasarkan dalil aurat dan nasihat tadi.
Berdasarkan syarat2 dan kewaspadaan ulama di atas, realiti dakwah dan masyarakat Islam hari ini hendaklah menggugurkan isu meminta bantuan dengan orang kafir atas hujah2 berikut;
1- Hukum Islam sekarang tidak dominan. Dakwah masih lagi lemah, kerajaan lebih kuat dari suara dakwah, wujud penentangan dunia kepada Islam, media jelas menunjukkan peperangan dengan Islam, negara2 islam lemah dan tidak berdaya.
2- Sifat amanah sangat sedikit dikalangan manusia hari ini. Kita memerlukan usaha yang kuat untuk mempercayai seseorang terutama daripada parti dan jemaah.
3- Umat Islam sangat ramai jumlahnya, mememinta pertolongan dengan muslim fasik adalah harus.
Kita mengambil nafas yang panjang ketika membuat keputusan ini, sebagaimana dalam pandangan kita terhadap jihad, begitu juga pandangan kita terhadap kepartian. Ini kerana parti yang sekular itu tak sampai lagi pemikirannya kepada tahap kafir, dia juga bukan musuh kepada Islam, tetapi ada aliran politik yang terseleweng di dalamnya, dia tidak komited dengan hukum syariat, tetapi dia tidak menunjukkan permusuhan dengan hukum syariat, dia dihanyuntukan oleh pemikiran nasionalis, kebebasan dan human right.

gambat hiasan

Pandangan Ahmad Rasyid;
HARAM meminta bantuan dengan orang kafir dalam bab peperangan sama ada mereka itu parti, jemaah atau negara, tetapi boleh mememinta bantuan individu kafir (dalam bab peperangan) yang mempunyai kemahiran tertentu yang diperlukan atau membeli kepakaran tertentu daripadanya.
HARUS kerjasama politik dan media dengan mana2 parti dan negara non muslim dalam perkara yang tiada kaitan dengan peperangan selagi mereka tidak menunjukkan sifat khianat ke atas kita dan kita sendiri adalah golongan yang dominan dan kuat. Antara bentuk2 kerjasama ialah menentukan sikap bersama kepada satu2 isu, pertukaran maklumat, berita dan analisa, begitu jualan pembelian senjata oleh negara Islam daripada negara kafir terutama senjata terkini dan moden bagi digunakan untuk memerangi Yahudi.
Harus bagi dakwah untuk menerima pertolongan daripada pemerintah yang muslim pada asalnya tetapi bolak balik keadaannya antara kafir dan zalim. Ekoran berlakunya percanggahan fatwa yang lain yang mengkafirkan golongan sekular ini yang keras dengan syariat dan memfasikkan mereka. Semakin kuat kebencian setiap kali ia hampir kepada kekufuran, dan kurang kebencian apabila dia masih berada dalam ruang fasik sahaja. Bahkan kebencian semakin kuat apabila ia melampau dalam kezaliman dan pembunuhan. Berdasarkan wasiat Allah Taala, hendaklah kita tidak cenderung kepada mereka yang zalim, kecenderungan ini akan menghilangkan barakah dalam revolusi Islam sebagaimana ditunjukkan oleh Imam Taimiyah.
Di sini kita melihat hilangnya barakah dalam intifadah Syria, dan ia berlawanan dengan (mantiq muwazanah) di antara dua orang yang kafir dan dua orang yang jahat, dengan mengambil yang lebih ringan bagi mengelak mungkar yang lebih besar (dar’ul akbar),
Diandaikan dalam kepimpinan Islam ini ada pemimpin yang melihat dengan hati yang hidup, memerhati di sebalik nas dan lafaz2 feqh, melihat apa yang paling baik bagi seorang mukmin, tidak semua yang HARUS itu buruk, dan tidak semua yang makruh itu perlu diabaikan, bahkan penggunaan penyaksian DHAMIR itu lebih bijaksana, rangka feqh ini adalah untuk memberi ruang kepada golongan mujtahid, orang yang taklid itu akan terpisah.
WAJIB bagi yang memberi fatwa percaya kepada dirinya, percaya kepada dakwahnya, apakah yang lebih baik dan lebih suci. Dalam kedudukan ini, kepercayaan adalah titik tolaknya, kemudian Allah akan menurunkan kemenangan kpd siapa yang dikehendaki dan melewatkan kemenangan kepada siapa yang dikehendaki dengan hikmah yang cukup banyak dan rahsia yang tersembunyi.


Membantu orang kafir dengan harta tanpa perlu berperang bersama mereka
Perbincangan tentang isu meminta tolong dengan orang kafir sudah selesai, sekarang kita beralih pula membincangkan tentang salah satu isu dalam feqh tahaluf iaitu membantu orang kafir.
Rukun keempat
Haram seorang muslim berada dalam saf orang kafir bagi memerangi orang Islam dan haram menambahkan bilangan mereka bila berada dalam saf orang kafir walaupun dia tidak berperang atau memanah
Dalam sahih Bukhari, dari Ikrimah menjelaskan; Ibn Abbas memberitahuku tentang ada kalangan orang2 Islam yang bersama orang2 musyrikin bagi menambahkan bilangan mereka untuk menentang Rasulullah saw yang datang membawa panah dan memanahkannya sehingga salah seorang daripada mereka tercedera dan terbunuh dalam peperangan tersebut. Turunlah ayat al-quran yang membicarakan soal itu.
Kitab Fathu Bari menafsirkan ayat ini tentang celaan Allah swt kepada orang2 Islam yang membantu orang musyrikin walaupun hati mereka sebenarnya tidak merelainya.

Rukun kelima
Tidak harus seorang muslim itu berada dalam saf orang kafir bagi memerangi orang kafir yang lain melainkan terpaksa atau darurat seperti diugut bunuh, begitu juga tidak harus berada dalam saf khawarij bagi memerangi khawarij yang lain melainkan darurat, harus berada dalam saf khawarij bg memerangi orang kafir
Pandangan al-Syaibani
1- Kisah Zubair ketika bersama Najashi, musuhnya cuba menjatuhkannya. Maka pada ketika itu Zubair diuji dengan Najashi dengan ujian yang baik kerana Zubair mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Najashi.
Zahir hadis ini menunjukkan tentang keharusan bagi orang Islam berperang bersama orang musyrikin di bawah bendera mereka.
Kami takwil pandangan kepada dua wajah;
a- Najashi ketika itu sudah muslim sebagaimana yg diriwayatkan. Maka halal bagi Zubair berperang bersamanya
b- Ketika itu tiada pelarian muslim yang lain selain dari Zubair
Berdasarkan keterangan di atas, al-Syaibani menegaskan tidak patut bagi orang2 Islam memerangi orang2 musyrikin bersama orang2 musyrikin yang lain.

gambar hiasan

Huraian al-Sarkhasi ke atas pandangan Syaibani
Kerana kedua-dua itu parti syaitan, parti syaitan itu adalah yang rugi, tak patut orang2 Islam menggabungkan diri mereka bersama parti tersebut, sama ada menambahkan bilangan mereka dalam saf atau menyertai mereka dalam medan peperangan. Ini kerana ia adalah hukum syirik dan ia adalah jelas. Seorang Islam sepatutnya memerangi untuk memberi kemenangan kepada islam bukan kepada golongan syirik.
Pandangan Syaibani
Sekiranya kafir harbi mengajak tawanan perang mereka memerangi golongan musyirikin lain bagi pihak mereka, tidak sepatutnya orang islam menerima tawaran tersebut.
Huraian al-Syarkhasi
Kerana dalam peperangan ini jelas menunjukkan kepada golongan syirik. Mereka yang menyertai peperangan ini merbahayakan diri mereka, tiada rukhsah dalam hal ini melainkan demi menegakkan agama dan mempertahankan diri.
Tetapi Syaibani mengharuskannya demi darurat;
Sekiranya mereka takut diri mereka diapa-apakan, tiada kesalahan mereka bersama golongan musyrik itu kerana mereka mempertahankan kejahatan yang akan menimpa diri mereka sekiranya mereka menolak.
SEBABnya ialah;
Terlaksana darurat kerana terpaksa, kemungkinan dia jadi wajib, seperti makan mayat atau minum arab.
Melainkan darurat ini tidak mengharuskan baginya memerangi orang2 Islam;
Sekiranya mereka berkata; mari bersama kami memerangi orang2 Islam, sekiranya kamu enggan, kami akan bunuh kamu, ini tidak memberi peluang kpd mereka untuk berperang.
Menurut al-Sarkhasi;
Kerana hukumnya adalah HARAM, tidak harus seorang muslim itu melakukannya walaupun mendapat ugutan dibunuh. Melainkan dalam hal-hal yang bukan berkaitan dengan perang, itu pun dalam ruang yang sangat sempit seumpama bergabung dengan parti kerajaan yang memerintah tanpa perlu berkongsi dalam amal mereka.
Syaibani berpendapat dalam hal ini;
Sekiranya mereka berkata; berdiri bersama mereka dalam saf dan tak perlu memerangi orang Islam, saya berharap mereka dapat kelapangan dalam hal ini.
Sarkhasi pula berkata;
Kerana mereka sekarang tidak memperlakukan apa2 terhadap orang2 Islam, ini tidak termasuk dalam kategori kezaliman.
Syaibani berkata;
Isu besarnya ialah apabila orang2 Islam itu berhasrat untuk meramaikan jumlah dalam saf orang2 musyrikin, kedudukan ini sekiranya mereka dipaksa membuat jaringan tersebut, tentu orang2 Islam itu akan cenderung dengan perjanjian dengan jaringan mereka itu.
Ini adalah melanggari bab azimah. Menolak, enggan dan menuntut kesaksian bagi yang bukan mustadh’afin (orang yg lemah) adalah lebih utama. Begitu juga golongan mustadh’afin (orang2 yang lemah), sekiranya mereka tidak merasa takut terhadap orang2 musyrikin, mereka tidak perlu berada dalam saf mereka walaupun mereka dimeminta berbuat demikian, sebagaimana pendapat al-Syaibani.
Tetapi, penjara dan tempoh yang lama di dalamnya bukanlah bentuk2 darurat yang dimaksudkan. Menurut al-Syaibani, sekiranya orang2 musyrikin berkata kepada tawanan mereka dari kalangan orang2 Islam; ((bantu kami memerangi saudara seIslammu, ataupun sekadar menambahkan bilangan dalam saf kami, sekiranya kamu enggan, kami akan hapuskan kamu)) Tidak halal bagi orang2 Islam mengikut kehendak mereka.
Sarkhasi secara jelas telah menerangkan; tidak rukhsah dalam isu memerangi saudara seIslam sendiri, walaupun sekadar menakut2kan mereka dan menimbulkan kegerunan dihati mereka, selagi mana tidak mencapai tahap darurat yang boleh mengancam nyawa mereka sendiri.
Darurat yang dimaksudkan di sini ialah kebinasaan atau kena bunuh, bukan sekadar kena penjara atau menjadi tawanan.
Melainkan sekiranya daie yang dipenjarakan tadi dimeminta membantu membantu orang kafir yang memerintah atau berkuasa bagi memerangi orang kafir yang lain. Maka dia boleh membantu sama ada melalui tangan dan kudratnya atau melalui lidah dan suaranya dengan syarat selepas itu, dia dibebaskan dari penjara tersebut.
Menurut al-Syaibani;
Sekiranya orang2 kafir itu berkata kepada tawanan muslim mereka; “ ikut kami memerangi musuh kami dari kalangan orang2 kafir yang lain, kami akan bebaskan kamu selepas peperangan ini selesai”, tiada kesalahan bagi tawanan muslim untuk menyertai peperangan tersebut.
Yang jelas daripada kata2 ulama di atas ialah KEHARUSAN apabila pemerintah yang kafir mememinta daripada sekumpulan orang2 Islam yang lemah untuk melakukan amal kolektif yang tertentu bagi melawan orang2 kafir yang lain yg merupakan musuh kepada kafir yang menjadi pemerintah tadi.
Dalam hal ini, al-Syaibani menjelaskan; Sekiranya orang2 kafir harbi itu mengutuskan tawanan2 muslim bagi memerangi orang2 kafir harbi yang lain, mereka melantik pemimpin perang itu dari kalangan para tawanan tersebut, membenarkan pemimpin itu menggunakan hukum Islam dalam peperangan tersebut, memberikan kepada mereka harta rampasan perang, menghantar mereka kepada ke negara Islam, maka tiada kesalahan mereka menyertai peperangan ini sama ada dalam keadaan ketakutan atau tidak.
Sarkhasi menjelaskan;
Kerana ketika mereka berperang, hukum Islam lebih dominan, dan itu juga termasuk dalam jihad.

gambar hiasan

KERJASAMA UNTUK MENEGAKKAN KEMULIAN AKHLAK
Kerjasama antara negara Islam dan jemaah Islam adalah HARUS bahkan ia dituntut sehingga kadang-kadang menjadi WAJIB terutama ketika golongan kafir mula menguasai dan berhasrat menghapuskan orang-orang Islam seorang demi seorang.
Bukti kewajipan itu ialah
1- kerjasama atas prinsip kebajikan dan takwa,
2- membantu yang dizalimi,
3- menyatukan umat,
4- jaminan atau kawalan orang2 Islam hanya satu
5- memenuhi kaedah masalah dan darurat
Rukun keenam
Harus bagi orang2 Islam bekerjasama dengan orang2 kafir bagi menegakkan dan menyebarkan kebaikan akhlak yang asasi yang diharuskan oleh syarak seperti menegakkan keadilan, menghapuskan kezaliman, memperuntukkan kebebasan dan mengelak tumpah darah, menjaga kehormatan dan harta benda, melindungi golongan lemah, menyuburkan tanah dan tanaman, semua sayuran, memelihara binatang ternakan yg memberi produk dan kebaikan kepada manusia, saliran air dan kepentingan hidup yang lain.
Termasukkan juga bentuk kerjasama itu pada hari ini ialah;
1- perjanjian hak asasi manusia (human right)
2- mempertahankan hak-hak beragama
3- perjanjian antara bangsa seperti isu pencemaran dan lapisan ozon
4- isu keamanaan sejagat dan bumi hijau
5- hak2 antarabangsa dalam isu sungai dan air yang dikongsi antara negara
6- hak2 pekerja
7- hak asasi kanak-kanak
8- kesihatan sedunia dan wabak penyakit termasuk aids
9- memerangi isu dadah dan heroin
10- memerangi isu pelacuran dan rumah urut
Dalil syara’ bagi keharusan ini ialah kisah kerjasama al-fudhul yang berlaku pada zaman Rasulullah.
Menurut al-Qurtubi;
Ibn Ishak menceritakan; kabilah2 Quraisy telah berkumpul di rumah Abdullah bin Jad’an –disebabkan kemulian kedudukan dan keturunannya- mereka berjanji setia dan sepakat bagi memastikan Mekah bersih daripada kezaliman, tiada penduduknya atau orang yang datang memasuki Mekah yang dizalimi, sekiranya berlaku kezaliman mereka akan sama-sama memeranginya sehingga hilang keszaliman tersebut. Perjanjian ini dinamakan Kerjasama al-Fudhul.
Inilah yang diperkatakan oleh Rasulullah saw ketika menyaksikan kerjasama al-Fudhul di rumah Abdullah bin Jad’an; “ satu kerjasama yang sangat aku suka, sekiranya diajak untuk menyertainya dalam Islam, akan aku terima jemputan itu.
Inilah kerjasama yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw; “ mana-mana kerjasama dalam jahiliah, tidak akan menambahkan Islam melainkan lebih baik lagi”.
Kerana ia menepati kehendak syara’, adapun perjanjian yang merosakkan dan kerjasama yang batil bagi tujuan kezaliman dan tipu muslihat, semuanya itu ditolak dan ditentang oleh Islam.

Disalin dari:Thaqofah