Pages

Showing posts with label YDP Agung. Show all posts
Showing posts with label YDP Agung. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan Bersih 2.0 Berjaya!

09 Julai 2011. Aku turun berhimpun di Perhimpunan Bersih 2.0. Itu pun setelah aku puas berpusing-pusing mencari jalan masuk.

Plan nak masuk ke Dataran Merdeka tapi laluan ditutup di depan Balai Polis Jalan Travers. Lencongan masuk ke parlimen. Road block pertama dari PDRM..so far so good.

Laluan masuk ke Lake Garden dan Bukit Tunku juga ditutup, aku jalan terus hingga laluan menuju PWTC, pun ditutup.

Tak putus asa aku terus memandu hingga ke Jalan ChanSow Lin disebabkan semua jalan keluar dari Jalan Tun Razak ditutup. Aku letak kereta di Jalan 2 depan showroom Volvo. Kena recce line dulu.

Setelah melihat semua ok, aku masuk semula ke kereta untuk membuat pusingan U.. kembali semula ke Jalan Tun Razak menuju Ampang. Aku masuk balik Jalan 2 disebelah kedai 99Speedmart menuju ke flat PPR Jalan Lapangan Terbang Lama.

Dari situ aku keluar ke Jalan Loke Yew menuju Jalan Maharajalela. Aku letak kereta didepan kedai 4D dan berjalan kaki menuju ke tempat orang berhimpun berhampiran bulatan Merdeka..

Ramai nyerr orang sambil menjerit REFORMASI!!!...best, macam dulu-dulu pulak..heheheee...tengok la..

Mencari jalan masuk..Jalan Bangsar..lengang..


Trak-trak FRU diletakkan ditepi jalan Jalan Sultan Sulaiman.


Anggota-anggota FRU bersiap sedia untuk menjalankan tugas.


Anggota-anggota FRU di Jalan Sultan Sulaiman.


Mat Saleh botak ni sibuk mengambil gambar anggota-anggota UTK yang sedang berdiri disebelah kereta Honda Civic.


Selepas puas menjerit-jerit menyuruh orang ramai bersurai, anggota-anggota UTK pun berambus.


Peserta perhimpunan BERSIH 2.0 disekitar Bulatan Merdeka berhampiran rumah berhala Kuan Yin.


Si apek ni selamba jerr melaporkan dari tempat kejadian ke boss nyerr..


Human Shield oleh Polis Raja Di Malaysia mempertahankan Jalan Stadium menuju ke Stadium Merdeka.


Tiga orang didalam teksi ni dipercayai SB sedang sibuk mengambil gambar setiap orang yang berjalan pulang setelah jam hampir ke pukul 4 pm.


May Justice Prevail!



PERHIMPUNAN BERSIH 2.0




Pinjam video dari Berita Hairan..hahahaa

Tuesday, January 4, 2011

Kenapa Nik Aziz berjumpa YDP Agung?

Hahahahaaa...aku suka dengan jawapan Tuan Guru.

Bijak, bijak...penuh adab dan sopan orang Melayu.

Macam ni la baru boleh memimpin..bukan macam orang tu..

Bini dia yg pimpin dan kira komisenn...huahuahuahuaa


Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.


Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.


Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.


Terima kasih. Wassalam.


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”


TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

Tuesday, February 23, 2010

Pakar setuju bukan Melayu boleh jadi PM

Malaysiakini-Di sudut perlembagaan, seorang lagi pakar perlembagaan terkenal Prof Datuk Shad Saleem Faruqi (bawah), sependapat bahawa golongan bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri Malaysia.

Mengulas kenyataan rakan sejawatannya Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengenai perkara itu, beliau berkata:

“Tiada larangan terhadap bukan Melayu (untuk menjadi perdana menteri). Bagaimanapun kita ada konvensyen (kebiasaan).

“Saya rasa berdasarkan realiti politik di negara ini, ini negara Melayu,” kata pensyarah kanan di fakulti undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Beliau diminta mengulas kenyataan rakan akademiknya Prof Dr Abdul Aziz Bari yang berkata, perlembagaan tidak meletakkan syarat Melayu atau Islam untuk dilantik sebagai perdana menteri..

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shad Saleem bagaimanapun berpendapat, bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara, orang Melayu patut dikekalkan pada kedudukan itu.

“Mengikut perlembagaan tiada masalah. Tetapi berdasarkan politik dan sejarah lebih baik untuk negara ini mengekalkan status quo ini ini,” kata bekas penasihat undang-undang UiTM itu.

Menulis dalam kolumnya di sebuah akhbar harian semalam, Dr Abdul Aziz (kanan) dipetik berkata, menurut intipati undang-undang, orang yang paling mendapat sokongan dalam Dewan Rakyat hendaklah dilantik mengetuai kerajaan.

Tambahnya, kuasa pelantikan di bawah Yang di-Pertuan Agong hanyalah satu formaliti semata-mata.

Dr Abdul Aziz juga berkata, perdana menteri bukan Melayu mungkin boleh bertindak lebih baik daripada orang Melayu kerana beliau akan “ikut buku” (perlembagaan) dan bekerja keras bagi membuktikan kemampuannya.

Dr Abdul Aziz juga memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (kiri, berbaju gelap) yang menurutnya menampakkan pencapaian agak baik dan mempunyai harapan sebagai pemimpin nombor satu negara.

Sementara itu, Dr Abdul Aziz ketika dihubungi, menjelaskan orang Melayu tidak perlu risau terhadap kedudukan Islam dan kepentingan bangsa mereka kerana ia diletakkan di luar kerangka demokrasi.

“Sebab itu saya kata sepatutnya OK ada perdana menteri bukan Melayu,” katanya melalui e-mel kepada Malaysiakini hari ini.

Katanya, tanggapan bahawa kuasa raja terlalu kecil - yang menurutnya dijadikan alasan golongan ekstrimis untuk menakut-nakutkan rakyat - adalah silap dan tidak betul.

Sebaliknya, jelas Dr Abdul Aziz, ketakutan atau salah faham itu timbul kerana perlembagaan telah diselewengkan atau tidak dilaksanakan.

Katanya, perkara tersebut jika berlaku tidak sepatutnya mengejutkan orang Melayu kerana selepas enam perdana menteri Melayu di Malaysia, kepentingan Islam dan Melayu tidak juga terjaga.

“Malah ada (perdana menteri) yang kita boleh katakan telah menggadaikan kedudukan dan kepentingan itu,” kata pensyarah yang terkenal dengan kelantangan dan ketegasannya itu.

Tentang bagaimana idea itu boleh menjadi kenyataaan, Abdul Aziz berkata, ia “bergantung kepada kesediaan orang Melayu dan kemampuan bukan Melayu.”

“Kesediaan itu soal yang perlu dilihat; saya cuma menjelaskan (daripada aspek) undang-undang sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan. Itu sahaja.”

Ditanya sama ada beliau tidak risau menjadi sasaran kemarahan orang Melayu ekoran tindakannya mendedahkan perkara yang tidak diketahui umum tersebut, beliau berkata:

“Seperti yang disebut oleh (penulis) Subky Latif dalam kolumnya di (akhbar mingguan) Siasah, Melayu yang bodoh dan kuat sentimen perkaumannya sahaja yang akan naik minyak.

“Kelompok ini tidak perlu dilayan. Kalau soal kepentingan dan hidup mati Melayu-Islam yang dibangkitkan, bukankah ada raja? Saya fikir kalau raja-raja ini tahu dan sedar peranan mereka, tidak timbul bahaya yang dibayangkan itu,” katanya.

Wednesday, March 18, 2009

Zaid cadang Agong tidak lantik Najib sebagai PM

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meminta Yang Dipertuan Agong melantik Perdana Menteri baru di kalangan anggota Parlimen yang boleh diterima rakyat.

Bagi beliau, perlantikan bakal Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri akan memecahbelahkan rakyat negara ini.

"Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas," kata beliau yang juga bekas Ahli Parlimen sebagaimana yang dilaporkan Mstar hari ini.

Zaid berkata demikian ketika berucap pada majlis anjuran Rotary Club di sini hari ini.Kata beliau, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang rakyat boleh berharap tanpa sebarang kesangsian.

"Seseorang yang mereka boleh percaya dan boleh hormat. Seseorang yang tiada skandal untuk beralih daripadanya dan oleh itu memperoleh penghormatan daripada masyarakat antarabangsa," katanya.

"Ini merupakan antara suasana sukar dan perlu bersedia untuk berhadapan dengan suasana lebih buruk yang bakal dialami.

"Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyatukan negara bagi menghadapi suasana malang. Kita akan lemah jika berpecah," kata bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu itu.

"Budi bicara melantik seorang Perdana Menteri yang akan menggantikan Abdullah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

"Walaupun Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perlembagaan diperlukan untuk melantik seorang yang memperoleh keyakinan majoriti anggota Parlimen, ia hanya satu bentuk keputusan Yang di-Pertuan Agong," katanya yang merupakan bekas de facto Menteri Undang-undang yang meletakkan jawatan ekoran tangkapan empat orang, termasuk Teresa Kok, di bawah ISA tidak lama dulu.

"Tiada beban perlembagaan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Presiden Umno sebagai Perdana Menteri.

"Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas," kata beliau.

Thursday, October 23, 2008

Bila Hakim Berpihak?

By Ketua Perusuh

Tahniah saya ucapkan kepada Zaki Azmi kerana akhirnya berjaya juga menjadi Ketua Hakim Negara Malaysia (Chief Justice). Tahniah juga saya ucapkan kepada Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia bilamana calon yang ditunjukkan olehnya mendapat kepercayaan Majlis Raja-Raja Melayu. Tahniah juga kepada Raja-Raja Melayu kerana prihatin terhadap rakyat.

Tahniah seribu kali tahniah. Mungkin boleh saya ucapkan berjuta-juta tahniah.

Artikel kali ini boleh diklasifikasikan sebagai hasutan. Oleh yang demikian ingin saya nasihatkan anda supaya tidak terhasut dengan isi kandungan artikel ini. Jika anda mudah terhasut, sila abaikan kandungan artikel ini.

Pertama sekali, ingin saya tegaskan bahawa saya tidak akan sama sekali bersetuju untuk bersekongkol dengan pilihan dan tindakan Majlis Raja-Raja Melayu. Biarlah saya dikatakan menderhaka kepada Raja-Raja Melayu, namun jika Raja-Raja Melayu tidak berminat untuk menerima dan mendengar pandangan rakyat, maka pada saya apa perlunya lagi institusi ini dipertahankan.

Raja memerlukan rakyat. Rakyat juga memerlukan Raja. Belum pernah terdengar dimana-mana pun diseluruh dunia ada Raja yang bersemayam ditakhta namun tidak mempunyai walau seorangpun rakyat untuk diperintah. Orang Melayu akan kekal beraja. Biarpun seluruh kepulauan Melayu (Malay Archipelago) dijajah bangsa lain, namun biasanya institusi Raja dipertahankan. Pantang anak melayu tidak beraja. Pantang juga anak melayu menderhaka.

Namun kini tindakan yang diambil oleh Raja-Raja Melayu tidak sealiran dengan pandangan dan aspirasi rakyat. Adakah Raja-Raja Melayu ingin membuat tindakan sepertimana yang pernah Sultan Mahmud Syah (Raja dan Pemerintah Kesultanan Melayu Melaka) pada satu masa dahulu yang membuat keputusan tanpa memikirkan akibatnya. Kita semua tahu bahawa Sultan Mahmud Syah mangkat semasa dijulang. Bagi yang tidak tahu akan cerita ini, sila rujuk mana-mana dokumen mengenai sejarah Melaka.

Pada pandangan saya, adalah wajar Majlis Raja-Raja Melayu memperbetulkan perkara ini. Memilih seorang Ketua Hakim yang dikenalpasti bersikap seperti syaitan bertopengkan malaikat wajar ditolak. Buat kali ini wajarlah para Raja-Raja Melayu mendengar keluhan dan pandangan seluruh rakyat. Zaki Azmi memang dikenalpasti sebagai seorang hakim yang pastinya akan berpihak (tidak neutral) dan ini sekaligus menyebabkan institusi Kehakiman Malaysia akan menjadi bahan lawak.

Jika majoriti rakyat tidak mempercayai Ketua Hakim ini, maka bagaimanakah beliau akan menggalas tugasnya.

Oleh yang demikian, janganlah ada pihak (termasuk Raja-Raja Melayu) yang akan marah atas tindakan saya ini. Ini kerana jika Raja pun boleh belot kepada rakyatnya, bagaimana pula rakyat tidak belot pula kepada Rajanya.

“Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah“

Wednesday, September 3, 2008

Politik Ugut Pak Lah Untuk Sekat Kerajaan Baru

Oleh Haji Mahfuz Omar

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius kenyataan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawaan 2009 yang bertegas tidak akan melepaskan kerajaan kerana mandat telah diberikan rakyat kepada BN. PAS berpandangan kenyataan ini adalah lambang sikap tidak demokratik Abdullah Badawi yang tidak mahu mengakui bahawa beliau sudah kehilangan kepercayaan parlimen untuk terus mengetuai kerajaan.

Jadi pendekatan yang berbau ugutan cuba digunakan ke atas wakil rakyat yang berhasrat meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru.

Kenyataan Pak Lah untuk terus mempertahankan kerajaannya itu telah ditafsirkan oleh pemerhati politik bahawa beliau akan menggunakan undang-undang darurat untuk mengisytiharkan MAGERAN atau membubarkan parlimen jika BN kehilangan majoriti di Dewan Rakyat. Ini merupakan satu amalan politik yang tidak sihat dan terlalu gilakan kuasa. Apabila seseorang perdana menteri sudah tidak diyakini oleh penyokong sendiri, mereka mesti berundur, bukannya mengugut wakil rakyat supaya tidak melakukan sesuatu. Bahkan, tindakan mereka yang hendak berhijrah " melompat " parti adalah suatu yang demokratik jika ia dilakukan dengan tujuan yang baik. Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah supaya wakil mereka membela kepentingan rakyat, dan wakil-wakil rakyat BN mendapati BN bukanlah wadah untuk membela rakyat, sebaliknya untuk kroni dan keluarga Perdana Menteri. Untuk melaksanakan mandat rakyat mereka perlu berhijrah kepada Pakatan Rakyat dan meninggalkan BN.

Pak Lah cuba juga menggambarkan bahawa beliau berupaya untuk mendaruratkan negara ini atau membubarkan parlimen, sedangkan ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Pak Lah seolah-olah cuba memberi tahu rakyat bahawa Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju dengan caranya dan Baginda akan tunduk dengan kehendak beliau. PAS percaya bahawa Tuanku tidak akan mudah diperalatkan oleh BN dan PAS sangat berharap supaya Tuanku boleh memainkan peranan penting dalam menamatkan krisis politik ini. BN cuba menjadi Yang di-Pertuan Agong sebagai alat politik mereka dengan menyuruh Tuanku membubarkan parlimen. Perkara ini tidak akan berlaku kerana Baginda terkenal dengan kebijaksanaan dalam pentadbiran seperti yang berlaku dalam krisis politik di Terengganu selepas pilihan raya lalu.

Tidak menjadi satu kesalahan untuk bertukar parti kerana ia adalah hak setiap wakil rakyat. Tidak munasabah untuk seorang wakil rakyat berdegil dengan partinya walau tahu partinya sudah rosak. Bahkan, Umno/BN sendiri sudah beberapa kali melakukan perkara yang sama dalam menjatuhkan kerajaan. Pada 1961, Umno membeli wakil rakyat PAS untuk menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu. Pada 1967, Umno melakukan sekali lagi di Kelantan, tetapi gagal. Kemudian pada 1994, kerajaan PBS di Sabah dijatuhkan dengan cara yang sama. Adakah apabila giliran Umno melakukannya ia adalah demokratik, apabila parti lain yang ingin menjatuhkan BN demi untuk perubahan masa depan negara, maka ia dianggap tidak demokratik. Jika demikian mengapa Umno/BN melakukannya di Kelantan pada 2004 dan Tajol Rosli melakukan di Perak menjelang 31 Ogos baru-baru ini?

Umno bertegas bahawa perbuatan memujuk wakil rakyat BN ini suatu perkara yang tidak bermoral, tetapi mereka sendiri melakukannya. Bukankah Umno juga berusaha memujuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyokong BN dalam isu muzakarah. Bermoralkah Umno? Umno patut menilik pada diri sendiri sebelum mengatakan tindakan orang lain sebagai tidak baik. Pakatan Rakyat memujuk wakil BN berpindah kem adalah untuk kebaikan rakyat setelah BN terbukti gagal membela kepentingan rakyat. Sedang BN membeli wakil rakyat pembangkang untuk kepentingan dan survival politik sempit mereka.

PM juga sedang melakukan ugutan dengan menakutkan wakil rakyat BN. PM ini berusaha untuk melakukan ugutan yang baru iaitu melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Dua agensi kerajaan ini sudah diarah untuk menyiasat mana-mana wakil rakyat yang terlibat dengan rasuah atau melarikan diri daripada membayar cukai. Mereka akan didakwa jika cuba melompat daripada BN. Persoalannya, apakah apabila seseorang itu kekal dengan BN, dia mempunyai imuniti daripada undang-undang, sedang bila keluar sahaja, maka undang-undang akan berkuat kuasa ke atasnya. Inikah yang dikatakan keadilan untuk rakyat? BN bukan sahaja mengugut wakil rakyat mereka demi kelangsungan kuasa Pak Lah, tetapi turut memermain-mainkan undang-undang. Kerana itu, wakil rakyat BN yang ingin menyertai Pakatan Rakyat, mereka mesti melakukan dengan segera supaya kerajaan BN terus tumbang dan tidak lagi dapat memperalatkan jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka.

PAS berharap kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dapat memainkan peranan untuk melindungi wakil-wakil rakyat BN yang ingin berhijrah ke Pakatan Rakyat bagi menjayakan pembentukan kerajaan baru bagi negara Malaysia yang lebih bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara dan prihatin terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat.

YB HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, July 8, 2008

Peranan Agong Menyekat Penglibatan Tentera Bantu Polis Kawal Ketenteraman!

PENGLIBATAN tentera mengawas ketenteraman awam adalah tidak perlu dan mungkin bertentangan dengan Perlembagaan berikutan terdapatnya ura-ura pihak polis akan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal ketenteraman awam sebagaimana yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan kelmarin.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menegaskan tugas menjaga ketenteraman awam adalah tanggung jawab pasukan polis sebagaimana yang disebut di dalam Akta Polis 1967.

Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan.

Dengan itu, kata Aziz lagi, polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat.

Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis.

“Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan,” tegas Aziz.

Selain Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau, kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan.

Aziz berpendapat Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak kerana sudah tidak ada lagi sesiapa yang boleh diharapkan. Di dalam keadaan biasa mahkamah sepatutnya mentafsirkan peruntukan di dalam Akta Polis – seksyen 27 – yang menyekat perhimpunan aman dengan ketat termasuk membatalkan peruntukan itu.

Malangnya, kata Aziz, mahkamah membenarkan sekatan itu meskipun ia tidak munasabah. Polis sering menyebut kekecohan dan gangguan awam meskipun selama ini apa yang menimbulkan kekecohan ialah tindakan keras yang tidak perlu oleh pasukan polis sendiri. Dengan demikian adalah tidak wajar untuk pihak polis menyeret angkatan tentera terlibat sama dalam perkara ini.

Aziz berkata angkatan tentera perlu menyedari sumpah kesetiaan mereka kepada raja dan negara dan tidak mengikut perintah kerajaan membuta tuli sehingga menyebabkan mereka bertembung dengan rakyat yang mahu menentukan arah negara melalui demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan.

Angkatan tentera, tegas Aziz, adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam persekutuan sebagaimana pasukan polis dan pelbagai cabang perkhidmatan kerajaan yang lain. Mereka patut setia kepada raja dan negara dan tidak harus mematuhi perintah kerajaan yang berpotensi menggugat Perlembagaan dan menyalahi undang-undang.

Sumber : http://sanggahtoksago.blogspot.com

Friday, June 6, 2008

Rakyat Mesti Berjumpa Agong sebelum Dollah guna Mageran utk selamat diri

" Kita memberi harapan penuh kepada j/kuasa PROTES untuk mengendalikan tunjuk perasaan satu juta di Kl.Mereka telah berpengalaman dan berdaya maju Perlu di maklumkan bahawa senjata akhir BN UMNO ialah Mageran jika mereka berdegil tidak mahu batalkan kenaikan yang mereka istiharkan. Matlamat kita jelas, turunkan minyak ke harga asal atau kita tunjuk perasaan secara aman satu juta orang di KL. Nothing more or less.

Senjata Mageran tidak boleh di guna kalau Agong memahami keadaan sebenar rintihan rakyat dan memahami kebodohan kerajaan di bawah Dollah Bangan. Oleh itu pihak PROTES mesti mengadap Agong dengan segera dan mempersembahkan duka rakyat yang sudah tidak tahan penderitaan akibat akibat minyak naik dan kos hidup meningkat. Ini perlu disegerakan sebelum ada pihak lain mengambil kesempatan

Mageran adalah suspension of legislative power untuk mengurai satu satu pertelingkahan rakyat dan negara. Ia pernah berlaku secara tulin pada 13 mei dan di salah laku dengan sengaja oleh BN untuk menjatukhan kerajaan PAS di kelantan. Mageran tidak boleh di exploit oleh Dollah kalau machinery PROTEST melaksanana semua check list dengan baik. PROTES mesti menambah lebih ramai professional negotiator supaya rakyat tidak kalah dan kerugian dalam kes minyak ini.

Tunjuk perasaaan satu juta ini inshaallah akan memberi pengajaran kepada seluruh manusia tertindas di mesir, burma dan negara lain agar mereka bangkit menentukan nasib mereka sendiri bukan hanya di tendang terajang oleh kerajaan yang zalim.. Kita tidak mahu jadikan Malaysia menjadi negara zalim saperti burma dan mesir yang menindas segala rintihan rakyat dengan kekerasan . Rakyat akan check and balance kerajaan zalim dan PROTES lah yang rakyat diberi amanah oleh rakayt untuk membela rakyat .Jalankan kerja dengan ikhlas dan cekap supaya peristiwa pahit ini berubah menjadi manis. Saya yakin jika rakyat benar benar faham dan perasaan perit sudah menghilangkan perasaan takut, berjuta akan turun menunjuk rasa. Ini adalah perhimpunan aman dan kita berjanji tidak ada satu tong sampah pun akan terbalik melainkan tong sampah umno dan bn

Thursday, May 22, 2008

Agong: Mufti sertai sidang

Ini bagus..Mufti duduk dlm kabinet meeting sekali..tgk cam mana diorang buat keputusan...ada amik kira hukum syarak ke tak masa buat keputusan...tgk2 kan ler Dato Mufti.
-----------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan agar mufti dan timbalan mufti menyertai setiap persidangan Majlis Raja-raja serta semua mesyuarat kerajaan negeri dan Pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata perkenan baginda itu selaras dengan usaha menaik taraf dan memberi pengiktirafan kepada institusi mufti sebagai penasihat agama dan undang-undang di peringkat persekutuan dan negeri.

“Mufti adalah institusi yang sangat penting dalam masyarakat, sebab itu Tuanku menitahkan supaya institusi mufti ini dipertingkatkan dengan diberi input yang mencukupi,” katanya.

“Perkenan ini juga membuktikan institusi mufti masih mendapat perhatian dan kepercayaan,” katanya.-Bernama

Wednesday, May 14, 2008

Siapa yang menderhaka?



Jika hendak dikatakan dosa kepada raja-raja Melayu, para pimpinan Umnolah yang 'berdosa besar' kerana membiarkan para pengikut mereka menaikkan kain rentang yang menyifatkan Sultan Terengganu sebagai binatang semasa kekecohan perlantikan MB negeri itu baru-baru ini.

"Mengapa pemimpin Umno yang mendakwa membela raja dan ketuanan Melayu bertindak lebih biadap dari Karpal yang mungkin tidak tahu adat resam dan sensitiviti orang Melayu itu?" tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang dalam tulisan keduanya di blog beliau usahmadawang.blogspot.com. Ahmad Awang dipercayai mengulas kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang kini dihebohkan oleh media dan para pemimpin BN.

Ahmad dipercayai mengaitkan kain rentang yang dinaikkan oleh penyokong Datuk Seri Idris, bekas MB Terengganu dalam kekecohan perlantikan MB Terengganu baru-baru ini.
Baca lagi...