Pages

Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Friday, January 3, 2014

PENDERHAKA KEPADA PEMERINTAH YANG ADIL

Kemarin Mufti Perak sambil memuji penjajah British, beliau mengeluarkan pendapat (fatwa?) bahawa puak-puak yang berdemonstrasi di Dataran Merdeka ketika menjelang tarikh 1.1.2014 adalah penderhaka@pemberontak.


Gua percaya Mufti mengeluarkan pendapat begitu bersandarkan Al-Quran, hadis-hadis sahih  dan ijtihad.

Masaalahnya, gua TURUN bukan nak memberontak, hanya sekadar menunjukkan bantahan sebab ada hadis sahih yang membenarkan gua buat begitu.

Perangi Pemimpin Maksiat
Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat".
Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat".


Maklumat lanjut apa itu bughah,.klik sini.

ANDAINYA AKU PERGI DULU

Ya, Allah..sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana..

Demi kebenaran agamaMu yg dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, hamba Mu berserah diri kepada Mu Ya, Allah..dan mengharapkan keredhaan dari Mu semata-mata..

Ya Allah....Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..
Ampunkah dosa-dosa hamba Mu ini dan terimalah taubatku..
Kau ampunkan dosa-dosa kedua ibubapaku dan seluruh umat Islam yang hidup atau yang telah mati ..

Ya, Allah Tuhan yang Maha Penyayang..
matikanlah aku sekiranya itu yg baik bg ku..
panjangkanlah usiaku sekiranya itu baik bagi ku..

 Ameennn


Tuesday, November 5, 2013

Kebodohan Melayu Umno

Didalam FB gua terbaca satu posting yang dishare paling mengarut dari macai umno apabila beliau mendoakan agar ulama-ulama PAS menghembus nafas terakhir dalam keadaan murtad. Nauzubillahiminzalikkk..kegilaan apakah ini??



Gua pun dengan rajinnya menggeledah wall FB si macai untuk melihat posting-postingnya yang terdahulu. Pada hari ini 5/11/2013, si macai umno ni telah membuat satu posting 13 jam yang lalu. Linknya disini dan terserlah kebangangannya.


Setelah selesai membaca posting terbodoh dan komen-komen bangang dari macai..gua tersenyum simpul mengenangkan kejahilan macai-macai nii..bilakah berakhirnya proses pembodohan Bani Jawi ni?? Kemanakah pergi ilmu pengetahuan yang dikutip sepanjang kehidupannya??..

Sebenarnya, PAS telah menyuarakan keraguannya keatas penubuhan The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) semenjak tahun 2012. Link disini. Dimanakah macai-macai umno ketika itu? 

Macai-macai umno sememangnya jenis yang kurang membaca sehingga maklumat yang mudah pun tidak mampu dicapai. Ada kemungkinan macai-macai umno ini dengan sengaja menyembunyi dan memutar belit berita untuk menimbulkan keraguan(psy-war)...watever! Sememangnya tuntutan COMANGO ini adalah melampaui batas dan wajib ditentang oleh Bani Jawi. Kenyataan dibawah gua petik dari Utusan Online. 

Ketua Delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) ke Geneva, Switzerland, Azril Mohd. Amin berkata, tindakan Comango itu sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

Menurut beliau, perbuatan itu bertujuan meletakkan apa sahaja dasar dan undang-undang yang digubal kerajaan atau majlis-majlis agama Islam negeri di bawah seliaan serta pemerhatian Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

"Kerajaan perlu menjelaskan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB bahawa sekalipun rakyat di negara ini terdiri daripada penganut pelbagai agama dengan 60 peratus daripadanya umat Islam, Malaysia berkewajipan untuk memelihara agama Islam setiap masa.

"Kealpaan perwakilan negara untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara agama Islam dalam perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang (estopped) pada masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam,'' katanya dalam memorandum MuslimUPro yang disiarkan menerusi blog http://azrilmohdamin.com hari ini.

Kesimpulannya hanya pihak kerajaan yang memerintah mampu menghalang penubuhan dan tuntutan kumpulan ini 

Tapi mampukah Najib dan kerajaannya menentang peperangan ini? Takda harapan!


Friday, August 16, 2013

Kristian bersembahyang dalam Masjid.

Koongsi tempat ibadat??..

Taking a refuge from the rain in southern Turkey, Muslims pray towards Mecca at the entrance of a neighboring church. 


Ini bukan budaya dan adat orang melayu. Dah habis satu Malaysia dikongsikan, takkan tempat ibadat pun nak dikongsikan??
Takkan dah tak ada perasaan hormat menghormati antara sesama agama lagi?

Bangsa Melayu memiliki budaya yang unik. Hanya satu bangsa didalam dunia ini apabila lahir ke dunia, Islam adalah agama mu. Itulah hebatnya bangsa Melayu di Tanah Melayu.

Pada gua bangsa Melayu di Tanh Melayu ni adalah contoh terbaik umat Islam hari ini. Bangsa yang tinggi akhlaknya, bertolak-ansur dan beradab.

JADI TOLONG HORMATI KAMI!!!..

Gua takkan mengharamkan apa yang telah dihalalkan... cuma penganut agama lain harus menghormati budaya orang Melayu walaupun ia dibenarkan dalam Islam.

Ada disebut dalam buku-buku hadis sahih tentang peristiwa lawatan kristian Najran ini. Peristiwa delegasi Kristian dari Najran (di Yaman) datang ke Madinah untuk membincangkan beberapa perkara dengan Rasulullah S.A.W dan bertanya kepadanya tentang Nabi Isa A.S yang disebut dalam hadis-hadis berikut yang sahih:

"Hudhaifa melaporkan bahawa penduduk Najran datang kepada Rasulullah S.A.W (kepadanya) dan berkata: Wahai Rasulullah, hantarkan kepada kami seorang yang boleh dipercayai; lalu Rasulullah S.A.W bersabda: Aku akan utuskan kepada kamu seorang lelaki yang boleh dipercayai, seorang manusia yang amanah dalam erti kata sebenar istilah ini. Lalu para sahabat memandang sabar dan beliau menghantar Abu Ubaida b. Jarrah " (Abu Daud: 31: 5949; Muslim: 31: 5949).

"Diriwayatkan Hudhaifa: Al-'Aqib dan Saiyid, pembesar-pembesar dari Najran, datang kepada Rasulullah S.A.W dengan niat untuk melakukan Lian (mencari kebenaran) salah seorang daripada mereka berkata kepada yang lain," Jangan kita lakukan (Lian ini), demi Allah, jika dia sebenar-benarnya seorang Rasul dan kita lakukan Lian ini, kita mahupun anak-anak selepas kita juga tidak akan berjaya. " Kemudian kedua-dua mereka berkata (kepada Nabi S.A.W), "Kami akan memberikan apa yang anda harus bertanya tetapi anda perlu menghantar seorang lelaki yang boleh dipercayai kepada kami, dan jangan hantar kepada kami mana-mana orang melainkan seorang yang boleh dipercayai." Rasulullah S.A.W bersabda, "Aku akan menghantar seorang lelaki yang jujur .​​Adalah benar-benar boleh dipercayai." Maka setiap daripada para sahabat berharap agar mereka dipilih. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Bangunlah, wahai Abu 'Ubaida bin Al-Jarrah." Apabila beliau bangun, Rasulullah S.A.W bersabda, "Ini adalah orang yang boleh dipercayai dalam negara(Islam) ini." (Bukhari: 59: 663)

Walau bagaimanapun, sekiranya Rasulullah S.A.W membenarkan mereka beribadat di masjid semasa lawatan ini tidak disebut dalam hadis, namun ia telah disebut di dalam pelbagai buku-buku tafsirnya seperti al Jamiu li Ahkam Al-Quran (Imam Qurtubi), Tafsir Ibn Kathir , Tafsir Al-Munir (Wahba Al- Zuhayli); dalam seksyen penjelasan daripada Kutub Al-Sittah dan banyak buku-buku Islam sebagai petikan dari buku yang terkenal "Al-Sirah Al-Nabawiyyah" oleh Muhammad bin Ishaq sebagai riwayat dari Muhammad bin Jafar bin Az Zubair.

(Muhammad bin Ishaq atau Ibn Ishaq adalah tokoh sejarawan yang terkenal dan terkemuka dalam dunia pensejarahan awal Islam. Beliau telah mengorak langkah merintis kaedah pensejarahan yang lebih bersistematik dan seterusnya membawa penulisan Sirah dan Maghazi ke tahap kemuncaknya yang menjadi sumber rujukan utama kepada para sejarawan terkemudian. Keupayaan Ibn Ishaq lebih terserlah jika dibandingkan dengan sejarawan-sejarawan terdahulu dari perspektif pengetahuannya yang lebih universal, kemampuannya menghimpunkan maklumat-maklumat daripada pelbagai sumber dan kebolehannya menyusun dengan baik data-data yang telah dikumpulkan. Penulisan beliau yang bertajuk Kitab al-Mubtada’ wa al-Mabcath wa al-Maghazi memperlihatkan hasil pemahamannya yang lebih luas mengenai Sirah dan Maghazi berbanding dengan karya-karya yang lebih awal dan sezaman. Ini kerana ia merangkumi sejarah para nabi sebagai pendahuluan dan perihal para sahabat yang disusun berdasarkan metodologi penulisan yang lebih terancang dan menarik. Meskipun Ibn Ishaq menerima kecaman hebat daripada sebilangan ulama hadis tetapi sumbangan dan peranan beliau dalam perkembangan bidang pensejarahan Islam adalah sesuatu yang tidak dinafikan apabila mendapat pengiktirafan Muhammad bin Muslim al-Zuhri dan Muhammad bin Idris al-Shafice. Dakwaan dan tohmahan yang mempertikaikan kewibawaan Ibn Ishaq juga memerlukan kepada penilaian semula kerana sebahagian besar tokoh ulama hadis yang lain telah mengambil sikap memihak dan mempertahankan beliau).

Lawatan dari Najran yang dipetik dalam tafsiran 1-61 ayat-ayat Surah Al-Imran dalam buku tafsirnya. Memetik tafsiran ayat 61 dari Surah Al-Imran dalam Tafsir Ibn Kathir: "Alasan untuk panggilan kepada Mubahalah dan wahyu ayat dari awal surah ini (Surah al-I Imran) sehingga di sini (ayat 61), adalah bahawa delegasi dari Kristian Najran (di Yaman) datang kepada Al -Madinah untuk berhujah mengenai 'Isa, mendakwa bahawa dia adalah tuhan dan anak Allah. Allah menurunkan permulaan Surah ini sehingga di sini, untuk menafikan dakwaan mereka, seperti Imam Muhammad bin Ishaq bin Yasar dan ulama lain yang dinyatakan.

Muhammad bin Ishaq bin Yasar berkata dalam Sirah yang terkenal, "delegasi Kristian dari Najran datang kepada Rasulullah S.A.W. Delegasi itu terdiri daripada enam puluh orang berkuda, termasuk empat belas ketua-ketua mereka yang membuat keputusan. Orang-orang ini adalah Al-'Aqib, juga dikenali sebagai `Abdul-Masih, As-Sayyid, juga dikenali sebagai Al-Ayham, Abu Harithah bin` Alqamah, dari keluarga Bakr bin Wa `il dan Uways bin Al-Harith. Mereka juga termasuk, Zaid, Qays, Yazid, Nabih, Khuwaylid, `Amr, Khalid,` Abdullah dan Yuhannas. Tiga orang-orang ini adalah ketua-ketua delegasi ini, Al-'Aqib, pemimpin mereka dan kepada siapa mereka dirujuk untuk mendapatkan nasihat dan keputusan;. As-Sayyid, sarjana dan pemimpin dalam perjalanan dan perhimpunan sosial;. dan Abu Harithah bin `Alqamah, pemimpin ulung dan ketua agama mereka. Abu Harithah adalah seorang lelaki Arab dari keluarga Bakr bin Wa` il, tetapi apabila dia memeluk agama Kristian, orang-orang Rom dan raja-raja mereka memberi penghormatan kepadanya dan gereja dibina untuknya (tanda penghormatan). Mereka juga menyokong beliau dengan kewangan dan memberikannya hamba, kerana mereka tahu bagaimana kukuhnya iman beliau dalam agama mereka.' ' Abu Harithah tahu perihal Rasulullah S.A.W dari apa yang dia baca dalam kitab suci sebelumnya. Walau bagaimanapun, kejahilan membawanya kekal menjadi seorang penganut Kristian, kerana dia telah diberi penghormatan dan mempunyai kedudukan yang tinggi dikalangan penganut agama Kristian.

Ibn Ishaq berkata, "Muhammad bin Ja'far bin Az-Zubair berkata, delegasi (Najran) datang kepada Rasulullah S.A.W di dalam Al-Madinah, memasuki Masjid beliau memakai jubah dan pakaian, selepas Rasulullah S.A.W selesai menunaikan solat Asar. Mereka disertai kabilah unta yang diketuai oleh Bani Al-Harith bin Ka `b. Sahabat Rasulullah S.A.W yang melihat mereka mengatakan bahawa mereka tidak pernah melihat satu delegasi seperti mereka selepas itu. Apabila waktu ibadah mereka tiba, mereka berdiri untuk melaksanakan ibadah mereka di dalam Masjid Nabi. Rasulullah S.A.W bersabda: "Biarkan mereka (beribadah)" dan mereka bersolat ke arah timur.

Kemudian Abu Harithah bin `Alqamah dan Al-'Aqib` Abdul-Masih atau As-Sayyid Al-Ayham berkata kepada Rasullah SAW, dan mereka adalah orang Kristian seperti raja (Raja Roman).

Walau bagaimanapun, mereka tidak bersetuju mengenai `Isa, sebahagian daripada mereka berkata, 'Dia adalah Allah,' sedangkan ada yang berkata, 'Dia adalah anak Allah,' dan yang lain berkata, 'Beliau adalah salah satu daripada triniti. Allah adalah jauh daripada apa yang mereka sifatkan.'' ....

... Sahabat Rasulullah S.A.W yang melihat mereka mengatakan bahawa mereka tidak pernah melihat satu delegasi seperti mereka selepas itu. Apabila tiba waktu solat, mereka berdiri dan menyembah ke arah timur. Rasulullah S.A.W bersabda: "Jangan sentuh mereka." ....(Al Jamiu li Ahkam al-Quran, Imam Qurtubi)

... Sementara itu, kerana ia adalah masa untuk ibadah, mereka berdiri untuk bersolat di Masjid Al-Saadah. Rasulullah S.A.W bersabda: "biarkan mereka solat." Mereka bersolat kearah timur ...

(Haq Dini Quran Dili, Elmalili Hamdi Yazir)

Thursday, May 16, 2013

GANJA BOY


Tidak terdapat hukum atau larangan khusus daripada Al-Quran atau Hadis Rasulullah (S.A.W.). Tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri. Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kerhidupan yang sejahtera, maka larangan-larangan keras telah dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak di dalam kebinasaan.


Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang menjadi dalil haramnya benda-benda yang memabukkan hanya dikhususkan kepada arak sahaja. Oleh kerana itu, di dalam penetapan hukum selain daripada Al-Quran dan Hadis, Jumhur Ulamak telah berpendapat bahawa Ijmak Ulamak dan Qias juga merupakan sumber yang ketiga dan keempaty bagi menentukan sesuatu hukum.

Oleh kerana itu, hukum dadah tidak dapat ditentukan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis, tetapi akan ditentukan daripada sumber yang keempat iaitu Al-Qias.

Imam-imam yang empat (Syafei, Hanafi, Maliki dan Hambali) tidak memberi sebarang fatwa mengenai dadah kerana pada masa itu dadah belum lagi wujud. Dadah hanya lahir di akhir tahun 106 dan 107 Hijrah di masa permulaan Kerajaan Tartar.

Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, "Fatwa Al-Syari’iyah" (mukasurat 184), bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Hambali.

Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah membuat fatwanya berdasarkan kepada beberapa aspek antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakat seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis:-

Ertinya : "Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram" (Hadis Bukhari dan Muslim)

Dan tiap-tiap benda yang memabukkan walau dari apa jenis sekalipun ianya dinamakan juga "khamar". Ini jelas dalam sebuah Hadis:-

Ertinya : "Tiap-tiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan tiap- tiap khamar itu hukumnya adalah haram"

Pengertian arak adalah luas termasuklah apa saja benda yang digunakan boleh mengganggu fikiran dan mengeluarkan akal daripada tabiatnya yang sebenar.

Dalam hubungan ini, dadah mempunyai pengaruh yang amat keras terhadap perasaan dan akal fikiran penggunanya, Mereka yang menghisap dadah akan lupa kepada dirinya, agamanya, keluarganya, dan dunianya serta tenggelam dalam dunia khayalan.

Lebih daripada itu, dadah juga akan mengganggu kemurniaan jiwa dan menghancurkan moral, keharmonian keluarga, meruntuhkan ibadah dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah (S.W.T.), diri, keluarga dan masyarakat.

Ibn Al Baitar berpendapat bahawa penggunaan dadah sekalipun sekadar satu dirham telah menjadi mabuk, maka apatah lagi penggunaan yang lebih daripada itu yang membawa seseorang itu kepada peringkat hilang pertimbangan akalnya, bahkan boleh membawa seseorang itu kepada jenayah pembunuhan.

Ibn Hajar Al Haitami Al Makki berpendapat bahawa penggunaan dadah boleh membawa berbagai-bagai bahaya dan kerosakan dario segi keagamaan dan kemasyarakatan. Al Qurafi dari Ulamak Maliki dan Ibn Taimiyah dari Mazhab Hambali telah mengeluarkan kata sepakat bahawa Ijmak Ulamak tentang hukum haramnya dadah.

Al Imam Ibn Taimiyah di dalam kitabnya Al-Siasatus-Syariah berkata:-

"Sesungguhnya adalah hasyisy (GANJA) itu haram dan dihukum dengan had ke atas orang yang menggunakannya sama seperti dengan had ke atas peminum-peminum arak (sebat 40 kali rotan), dari segi lain ia adalah merosakkan akal dan tabiat badan manusia dan ia adalah penghalang daripada ingatan kepada Allah (S.W.T.) dan ingatan sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan sesuatu yang diharamkan oleh Allah (S.W.T.) dan Rasulnya (S.A.W.) daripada arak pada lafaz dan maknanya."

Pengharaman dadah bukan sahaja kepada sesiapa yang memakannya malahan juga kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya. Sebagai perbidalan, sabda Rasulullah (S.A.W.) ertinya:-

"Sesungguhnya Allah (S.W.T.) telah mengharamkan arak dan harganya."

Dan sabdanya lagi:-

"Allah (S.W.T.) telah laknatkan arak sepuluh perkara, orang yang memerahnya, tempat pemerahan, orang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang ditawarkan kepadanya, orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang yang memakan harganya, orang yang membelinya dan orang yang dibelikan kepadanya".

Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencananya yang disiarkan oleh Majalah Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:-

1. Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa kepada mabuk tetapi jugak membawa kepada hilang akal, dari itu ia adalah haram;

2. Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana ianya membawa pengangguran pada permulaannya, dan juga perbelanjaannya lebih besar daripada arak, maka dari itu ia adalah haram; dan

3. Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana ianya menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah haram.

Menggunakan dadah dapat diibaratkan sebagai perbuatan membinasakan dan membunuh diri. Sedangkan Allah (S.W.T.) di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:-

"Janganlah kamu membunuh diri kamu kerana sesungguhnya Allah (S.W.T.) maha belas kasihan kepada kamu".

FirmanNya lagi di dalam Surah Al-Baqarah (ayat 195) bermaksud:-

"Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan".

Menghisap dadah amat merbahaya dan membawa kepada kedurjanaan dan membawa kepada kemurkaan Allah (S.W.T.). Sabda Nabi (S.A.W) daripada riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud:-

"Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya".

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat yang ke 126 yang diadakan pada 24 Februari 1983, setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:-

"Sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya disisi syarak adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak".

Daripada dalil-dalil di atas, jelas kepada kita bahawa dadah lebih bahaya daripada arak. Hukum menggunakan dadah di dalam Islam ialah haram malahan lebih haram daripada arak. Perbuatan menggunakan dadah membawa kepada kebinasaan diri. Perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah (S.W.T.) dan dosanya amatlah besar.

Sumber: http://smktt.tripod.com/islam.htm

Monday, March 25, 2013

Dunia Eksekutif Pemasaran

Tajuk post sengaja nak bikin gempak..

Didalam sirah Rasulullah SAW ada menceritakan bahawa Rasulullah SAW adalah wakil penjual (salesman) kepada seorang janda kaya Siti Khadijah di kota Mekah.

Prof. Aflazul Rahman dalam bukunya “Muhammad: A Trader” menukilkan bahawa Rasulullah SAW adalah seorang pegawai pemasaran yang jujur dan adil dalam membuat perjanjian di dalam urusniaga. Beliau menjaga janjinya dan menyerahkan barang-barang yang dijanjikan tepat pada waktuya. Rasulullah  SAW senantiasa menunjukkan rasa tanggung jawab dan integriti yang tinggi ketika berurusniaga. 

(Rasulullah SAW minat@suka pd pekerjaanya itu......pendapat aku)

Akibat dari kehebatan Rasulullah SAW yang digelar Al-Amin itu beliau telah dipinang oleh majikannya Siti Khadijah untuk dijadikan suami.

Good Salesman, Good Politician.


Aku memandang serius dengan setiap nama-nama manusia terutama mereka-mereka yang memegang tampuk kuasa samaada negara dan organisasi . Dalam pemerhatianku,  nama yang dianugerahkan Allah Taala kepada hambanya membawa ciri atau sikap sipenama itu pada sebutan namanya..Allah Taala Maha Mengetahui keatas hambanya.


Nama yang cukup asing bagi masyarakat Arab pada ketika itu, Muhammad (SAW)...ringan dan turun naik yang sama sebutannya.


Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali...Sebutan yang ringan tetapi tegas orangnya

Bilal, Zaid, Saad, Zubair, Uwais..Sebutan yang ringan dan sikap yang lembut

Khalid, Hamzah, Abu Sufyan...Keras sebutannya..tegas dan pembengis yang lembut hati..

Abu Lahab, Abu Jahal.....Nama yang keras sebutannya,  pembengis yang keras hati

Ini hanya pendapat aku bukan fatwa bhaiii..

Nama yang tercatat dalam kad pengenalan jika diterjemahkan kedalam bahasa arab bermaksud..

BULAN PURNAMA YANG TERANG..

Perjuanganku sebagai khalifah yang diamanahkan  Allah Taala meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai pemerintah diatas muka bumi ini dengan melalui platform politik Parti Islam Se Malaysia (PAS)...
PAS For All.

Amat bersesuaian dengan karier yang telah ku ceburi selama 25 tahun, melakukan yang terbaik dalam menjual "barang dagangan" ku..


Politik umpama Menjual.. 
Parti adalah majikan, janji adalah produknya.

Thursday, March 7, 2013

Monday, December 3, 2012

Sesatnya Umno!

Pada amnya seluruh ahli UMNO dan para penyokongnya tidak pernah menilai apa dan siapa UMNO dari perspektif Islam. Maka itulah sebabnya hati gelap dan tidak nampak yang UMNO sendiri berpolitik adalah mengikut acuan politik Machiavelli serta berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an. Dengan sebab Allah telah berikan mereka syaitan menjadi teman maka itulah sebabnya mereka sangat anti apa yang diperjuangkan oleh PAS.

Mereka tidak pernah nak ambil tahu apa yang diperjuangkan oleh PAS itu kerana membaca Perlembagaan PAS pun jika ada, mereka tidak mahu terima kerana minda mereka adalah sekular.

APA DAN SIAPAKAH UMNO DARI PERSPEKTIF ISLAM?
1. Bila kita menilai UMNO kita jangan lupa Firman Allah Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf.

Allah SWT. Berfirman:

(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦

Yang maksudnya:

”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]


2. Ini adalah kerana sememangnya terbukti dalam banyak kes parti politik UMNO dan para pendokongnya berpolitik untuk mengekalkan kuasa menerajui pemerintahan negara adalah TIDAK mengendahkan pengajaran Al-Qur’an; iaitu mereka berpolitik adalah mengikut acuan politik Machiavelli yang dasarnya adalah “matlamat menghalalkan cara”.


3. Memang dasar tersembunyi parti politik mereka adalah jenis tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, maka mereka tidak akan ambil peduli walau pun diberikan nasihat dan dakwah banyak mana sekali pun. Cakaplah bab kewajipan supaya ditegakkan hudud dijadikan undang-undang; lagi banyak dicakapkan lagi banyak mereka mencari dan membuat daleh supaya hukum Allah itu tidak dimertabatkan. Hal ini adalah jelas di fb, dilakukan oleh pencacai UMNO dengan memberikan pelbagai alasan dan dalih yang disuarakan oleh teman rapat mereka yang tidak renggang drpd mereka itu, iaitu syaitan.


4. Kenapakah mereka begitu?.... Jawapannya ada dalam Firman Allah Ayat 36 Surah Al-Zukhruf itu. Mereka adalah produk iaitu hasil dari akibat tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an bila berpolitik.


5. Bukan senang untuk mereka berubah kembali kepada mengendahkan pengajaran Al-Qur’an dalam berpolitik mereka, kerana Allah SWT sudah pun jelaskan iaitu “Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."... walau pun mereka itu beragama adalah Islam.   6. Pada zaman Rasulullah s.a.w. pun sudah ada golongan seperti mereka itu yang diketuai oleh Abdullah Ubai. Walau pun Abdullah Ubai dan para pengikutnya itu beragama Islam, kenapa Rasulullah s.a.w. perintahkan masjid yang Abdullah Ubai itu bina dimusnahkan?... Ini membuktikan bahawa tidak semestinya mereka itu beragama Islam bahawa hati dan minda mereka mahu memertabatkan Islam; iaitu mahu memertabtakn SEMUA hukum Allah. Contohnya UMNO, bab hudud mereka besikap seperti sikap Abdullah Ubai. UMNO dan para pemimpinya, malah para penyokongnya juga mengaku bahawa hudud itu hukum Allah tetapi pada masa yang sama bila diminta dilaksanakan (kerana mereka di pihak yang berkuasa menerajui pemerintahah negara), jawapannya adalah seperti kenyataan yang Najib kata itulah...


7.



8. Pada zaman Rasulullah s.a.w. apakah Baginda tidak menyeru dan tidak menyampaikan dakwah Baginda?.... Sudah pasti sebagai Rasulullah s.a.w. Baginda telah melaksanakannya terhadap kaum munafik itu. Tidak berkesan sebab Abdullah Ubai dan para pengikutnya itu mengaku bahawa mereka juga beragama Islam tetapi tidak mahu mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, yang akibatnya Allah Sediakan kepada mereka syaitan untuk menjadi teman yang tidak renggang daripada diri mereka.


9. Samalah juga dengan UMNO dan para penyokongnya. Di fb bila ditanya apakah mereka suka hudud dijadikan undang-undang di Malaysia, mereka tidak jawab. Kenapa mereka tidak jawab?.... Mereka tidak jawab kerana mereka tidak mahu diri mereka dianggap oleh para pembaca sebagai golongan yang tidak Islamik. Mereka diam tidak menjawab kerana dasar politik yang tersembunyi (hidden political principle) mereka memang tidak mahu hudud dijadikan undang-undang di Malaysia. Kalau mereka jawab pun mereka tanya balik kenapa PAS tidak lebih dulu laksanakan hudud?... Jawapan yang seolah-olahnya bagi mereka hudud adalah PAS yang hendak sangat, dan bagi mereka tanpa hudud pun tidak mengapa.

10. Kenapa mereka begitu?... Ini membuktikan mereka adalah golongan yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an. Jika mereka mengendhkan pengajaran Al-Qur’an sudah tentulah mereka menemui Firman Allah SWT ini:

Firman Allah SWT.:

كُلُّ ذَ‌ٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِندَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

Yang maksudnya:

"Tiap-tiap satu Perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa' 38]

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686].


11. Jawapan mereka itu adalah jawapan dari minda yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, iaitu Ayat 38 dalam Surah Al-Israa’ itu.


12. Bagaimanakah hendak menghadapi mereka yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an itu sedangkan mereka mempunyai kuasa politik menerajui pemerintahan negara?.... Teruskanlah berdakwah?... Teruskanlah. Persoalannya ialah mahukan syaitan yang tidak renggang dari mereka itu meninggalkan diri mereka?... Terhadap Abdullah Ubai dan para pengikutnya Rasulullah s.a.w. juga berdakwah. Tidak berkesan juga hinggakan sampai Abdullah Ubai itu mati pun syaitan tidak mahu renggang daripadanya. Maka Allah s.a.w. Turunkan Firman iaitu:

Firman Allah SWT:

وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰ أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِ ۖ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ

yang maksudnya:

"Dan janganlah engkau solatkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)." [At-Taubah : 84.]


13. MENGENAI MUNAFIK



14. Mereka mencanangkan mereka juga memperjuangkan Islam, mendirikan masjid itu dan ini untuk membuktikan mereka juga adalah pejuang bagi memertabatkan agama tetapi mereka tetap juga tidak mengendahkan pengajaran Al-Quran dalam bab hudud. Samalah juga, Abdullah Ubai juga mendirikan masjid kononnya sebagai memertabatkan agama Islam.... Cuba kaji kenapa Rasulullah s.a.w. perintah masjid yang dibina oleh Abdullah Ubai itu dimusnahkan.


15. Abdullah Ubai mendirikan masjid sebagai lambang kuasa politik bagi diri dan para pengikutnya untuk menentang kuasa politik Rasulullah s.a.w. dan masjid tersebut adalah sebagai kuasa politik bagi Abdullah Ubai. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. perintah masjid tersebut dimusnahkan iaitu sebagai memusnahkan kuasa politik Abdullah Ubai dan para pengikutnya.


16. Di Malaysia?.... Jika di zaman Rasulullah s.a.w. masjid yang dibina oleh Abdullah Ubai adalah lambang kuasa politik Abdullah Ubai dan para pengikutnya, maka di Malaysia kuasa politik itu adalah dilambangkan oleh parti UMNO. UMNO = Masjid Abdullah Ubai. Binalah banyak mana pun masjid namun hukum-hukum Allah bukanlah keutamaan bagi mereka dan Najib pun sudah isytiharkan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia.


17. Di Zaman Rasulullah s.a.w. masjid Abdullah Ubai itu mudah saja dimusnahkan kerana Rasulullah s.a.w. mempunyai kuasa politik untuk memerintahkan masjid itu ditumbang dan dimusnahkan. Di Malaysia sekarang, hanya melalui pilihanraya saja yang ada dari segi yang dibenarkan oleh undang-undang negara sebagai cara untuk mengambil alih kuasa politik sekular yang dimiliki oleh UMNO itu bagi ditukarkan kepada politik Islamik.


18. PRU-13 itu sendiri nanti ia adalah kuasa YDPA yang memerintahkan rakayat boleh memilih sama ada hendak mengambil alih kuasa politik UMNO itu atau rakyat mahu memberi UMNO terus memiliki kuasa politik itu hingga ke PRU-14... Itulah tujuannya pilihanraya diadakan, iaitu rakyat boleh mengambil alih kuasa politik UMNO yang kini menerajui pemerintahan negara.


19. Sudah tahu bahawa kuasa politik UMNO adalah jenis yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, maka terimalah padahnya jika diberikan juga UMNO/BN yang akan memenangi PRU-13 nanti yang akibatnya membolehkan UMNO/BN terus memiliki kuasa politik bagi menerajui pemerintahan negara. Antara padahnya terimalah budaya rasuah yang akan menjadi semakin hebat.   20. Contohnya ialah di Sabah Musa Aman adalah ahli UMNO, Ketua Menteri Sabah... Bagaimanakah boleh sampai adanya laporan polis terhadap dirinya? Klik ===> http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t65165.html


21. Sampaikan berjawatan menteri pun turut tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, sanggup melakukan perbuatan yang dilaknati oleh Allah… Klik===> http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/48561-aman-brothers-involved-in-sabah-timber-graft

22. Million Dollar Bribes Disguised As ‘Donations’ – UMNO’s Ever Changing Stories!...

Klik dan baca…===> http://www.sarawakreport.org/2012/10/time-umno-stopped-changing-stories-and-just-published-the-evidence/?utm_source=Sarawak+Report&utm_medium=email&utm_campaign=a1d63dbda8-RSS_EMAIL_CAMPAIGN

23. "The timber mafia is larger than you suspect" Klik ===> http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/52396-the-timber-mafia-is-larger-than-you-suspect   24. Kenapa mereka yang melakukan rasuah itu tidak diambil tindakan hingga ke Mahkamah.... Jawapannya ialah kerana Gani Patail adalah AG bagi Malaysia. ... Klik===> http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/special-reports/48583-mafia-trio-gani-musa-anifah-cornered-macc-files

25. Siapakah Gani Patail? …. Sebuah buku yang menarik dibaca:

Tajuk: TAN SRI ABDUL GANI PATAIL Pemalsu, Penipu, Penjenayah?

Pengarang: Zainal Abidin Ahmad

Harga: RM18.00

Boleh dibeli di:

GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd

11 Lorong 11/4E

46200 Petaling Jaya

Selangor

Malaysia

T:+60(0)3 7957 8342/8343

F:+60(0)3 7954 9202

E-mail: gerakbudaya@pd.jaring.my atau sird@streamyx.com

Boleh beli secara on-line bayar bank-in; CIMB A/C. No. 1440-0009373-05-8 [GB GERAKBUDAYA ENTERPRIE SD BHD]

Lokasi: ===> http://www.malaysia.com/directory/export-and-import/maize/selangor/Gb_Gerakbudaya_Enterprise_Sdn._Bhd._169749.html

Website: http://gbgerakbudaya.com/bookshop/index.php?main_page=product_book_info&cPath=2_8&products_id=1584


26. Apa kata Mat Zain Ibrahim dalam suratterbukanya?

Klik dan bacalah ===> http://blog.limkitsiang.com/2012/08/08/mat-zains-letter-to-igp-buku-berkaitan-ag-gani-patail-pemalsu-penipu-penjenayah/   27. MENGIKUT AJARAN ISLAM PENGAMAL / PELAKU RASUAH ADALAH DILAKNAT

Klik dan bacalah ===> http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec&key=126&cmd=resetall


28. Sudah tentulah pengamal / pelaku rasuah adalah golongan yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an kerana tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, termasuklah tidak mengendahkan Firman Allah SWT. Berfirman:

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

yang maksudnya:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang KAFIR.”. [Al-Maidah: 44].


29. Akibat tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an, maka siapakah mereka itu? ...Allah SWT. Berfirman:

(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦

Yang maksudnya:

”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal. 1307-1308].   30. Sesungguhnya maha benar Firman Allah di Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf itu. Akibat UMNO berpolitik mengikut acuan politik Machiavelli dan berpolitik dengan tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an maka Allah SWT telah mengadakan dan terus mengadakan syaitan menjadi temannya yang tidak renggang daripada UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya). Maka oleh kerana tidak renggangnya syaitan itu daripada para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya, itulah sebabnya menjadi amat sukar bagi mereka mahu menerima hakikat bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang Allah SWT telah sediakan syaitan kepada UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya) itu.


31. Walau pun telah diberikan nas dan dalil iaitu mengikut Al-Qur’an dan hadis untuk dirujuk, namun amat sukar bagi UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya) itu mahu menerimanya dan amat sukar bagi para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya itu boleh melepaskan UMNO sebagai wadah politik bagi diri mereka.


32. Maka dengan sebab itulah walau pun manusia itu melakukan perbuatan syirik dan melakukan kezaliman terhadap Allah SWT namun mereka tetap menyokongnya asalkan manusia itu adalah pemimpin UMNO.


33. Najib di Tugu Negara


34. FATWA Klik ===> http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/istiadat-meletakkan-kalungan-bunga-di-tugu-negara-sempena


35. Layakkah manusia yang melakukan syirik dijadikan PM oleh rakyat yg beragama Islam di Malaysia?... Layakkah mereka yang mengamalkan rasuah itu terus dipilih oleh rakyat untuk menjadi pemimpin enerajui dan mentadbir pemerintahan negeri / negara? Berhati-hati Memilih Pemimpin.   36. Kaedah memilih pemimpin mengikut landasan Islam sudah tiada lagi di dalam hati dan di minda mereka kerana kaedah tersebut sudah tidak dapat diterima oleh hati dan minda mereka kerana ia sentiasa dihalang oleh syaitan yang Allah telah adakan bagi diri mereka itu sebagaimana maksud Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf itu.


37. Sejarah telah membuktikan bahawa ramai pemimpin UMNO yang diheret ke mahkamah kerana melibatkan diri dengan rasuah dan menyalahguna kuasa akibat tidak memelihara dan menjaga amanah. Apabila tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an maka itulah yang menyebabkan tidak henti-hentinya di kalangan pemimpin UMNO itu melakukan rasuh.


38. Dari perspektif Islam siapakah mereka?

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima sholat dan zakatnya.” [Hadis Riwayat Al-Bazar].

39. Betulkah atau tidak adanya bukti bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang berpolitik mengikut acuan politik Machiavelli dan berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an bagi memperolehi dan mengekalkan berkuasa untuk menerajui pemerintahan negeri / negara di Malaysia?....   40. Jika betul, awas… Ingatlah... Peguam-peguam dari UMNO tidak akan membela kamu di akhirat nanti bila kamu dibicarakan di hadapan Allah SWT. di atas dosa kamu jika kamu menjadi ahli dan penyokong parti UMNO yang merupakan sebuah parti politik yang berpolitik tidak mengikut landasan Al-Qur'an dan Sunah tetapi menggunakan acuan politik Machiavelli dan berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an.


Allah SWT. Berfirman:

(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦

Yang maksudnya:

”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].


UMNO DAN PENYOKONGNYA BERSYAITAN ...Klik ===> http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=5841&start=0


41. Itulah sebabnya asal cenderung pada UMNO, kecerdikan pun hilang.

KLik ===> http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=23027&mode&order=0&thold=0


42. Kecerdikan terhadap mahu mematuhi Perintah Allah agar memertabatkan Islam sebagai AD-DEEN tidak ada dalam minda ahli-ahli UMNO dan para penyokongnya akibat tidak mahu mengikut politik manhaj Al-Qur'an Dan Sunnah ...


Klik, baca dan belajar apa itu BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH ===> http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/07/berpolitik-mengikut-manhaj-al-quran-dan.html   43. Rakyat khasnya orang Melayu di Malaysia ini pada amnya tidak begitu tahu apa maksud kezaliman dari perspektif Islam. Itu sebabnya ramai orang Melayu sendiri tidak nampak dan tidak pun ada merasakan parti UMNO adalah sebuah partik politik yang banyak melakukan kezaliman mengikut maksud kezaliman dalam ajaran Islam. Apabila tidak tahu apa maksud kezaliman mana tidak tahulah sama ada seseorang atau sesuatu pihak itu melakukan kezaliman atau pun tidak.


44. "Asal ma’na “kezaliman” ialah aniaya dan melampaui batas yang telah ditentukan. Arti zalim menurut ahli bahasa dan kebanyakan ulama’ ialah: “Meletakkkan sesuatu bukan pada tempat yang semestinya”, baik mengurangi, menambah atau mengubah waktu, tempat atau letaknya.”. Oleh kerana itu kata kezaliman diartikan sebagai penyimpangan dari ketentuan, baik besar ataupun kecil. Dikatakan orang itu zalim apabila melakukan dosa kecil sekalipun, apatah lagi dosa besar. Sebagian Hukama’ membagi kezaliman itu menjadi tiga:


(a) Kezaliman manusia terhadap Allah s.w.t;

(b) Kezaliman manusia dengan sesamanya, iaitu berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain rugi kerana perbuatannya seperti melanggar janji, takbur, membuat keonaran dan sebagainya.

(c) Kezalimam manusia terhadap dirinya sendiri, iaitu berbuat maksiat dan kederhakaan, seperti berzina, minum minuman keras dan melanggar larangan Allah, mengurangi atau menambah ketentuan yang ditetapkan Allah s.w.t. dan sebagainya."

[K.H.M. Ali Usman, “Hadits Qudsi”, C.V. Diponogoro, Bandung, Indonesia, 1976; ms.151-152.].   45. Contoh UMNO melakukan kezaliman terhadap Allah SWT ialah keengganan UMNO menjadikan hudud hukum Allah sebagai undang-undang bagi rakyat yang beragama Islam di Malaysia. Tindakan UMNO ini adalah merupakan penyimpangan dari ketentuan oleh Perintah Allah kerana hudud adalah salah satu drpd hukum Allah. Tindakan oleh pihak UMNO inilah satu daripada contohnya bahawa berdasarkan kepada maksud Ayat 44 dalam Surah Al-Maidah meletakkan orang-orang UMNO yang merestui hudud tidak dijadikan undang-undang adalah sebagai KAFIR kerana tidak mahu berhukum dengan hokum Allah (iaitu hudud).


46. Allah SWT. Berfirman:

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

yang maksudnya:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang KAFIR.”. [Al-Maidah: 44].


Apakah para ulama UMNO dan para pemimpin UMNO yang beragama Islam tidak nampak perkataan KAFIR di akhir maksud Ayat 44 dalam Surah Al-Maidah itu?   47. Keenganan mematuhi Perintah Allah iaitu tidak mahu hudud dijadikan undang-undang dan menguatkuasakannya bagi rakyat yang beragama Islam itu menjadikan UMNO selain dari melakukan kezaliman, juga UMNO adalah telah melakukan perbuatan menyalahi perintah Allah; padahnya ialah menjadikan UMNO yang menerajui pemerintahan Negara adalah golongan yang melakukan kejahatan yang Dibenci di sisi Allah. … Firman Allah SWT.:

كُلُّ ذَ‌ٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِندَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

Yang maksudnya:

"Tiap-tiap satu Perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa' 38]

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.].


48. Persoalannya ialah wajarkan kita sebagai rakyat yang beragama Islam mempunyai pemerintah (iaitu UMNO) yang menerajui pemerintahan Negara, sedang mereka di sisi Allah adalah golongan yang melakukan kejahatan yang Dibenci oleh Allah kerana telah menyalahi satu daripada Perintah Allah iaitu hudud?... Itulah sebabnya orang-orang Melayu susah hendak maju dan berjaya dalam pelbagai lapangan termasuk ekonomi kerana pemerintahannya (iaitu UMNO yang menerajui pemerintahan Negara) adalah golongan yang melakukan kejahatan yang Dibenci di sisi Allah.   49. Satu lagi contoh kezaliman yang dilakukan oleh UMNO ialah menyekat hak Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyat negeri Kelantan dalam hal royalti petrolieum Petronas... Ini adalah tindakan UMNO menggunakan Kerajaan Pusat menzalimi Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyat negeri Kelantan. Hal ini diakui sendiri oleh orang UMNO, iaitu Tengku Razaligh Hamzah. Klik dan dengar ...  








50. Mengenai kezaliman UMNO ini, dan apa juga jenis kezaliman, kita ada Perintah Allah yang wajib kita patuhi. Jika kita tidak patuhi maka padahnya adalah diri kita sendiri pula yang akan menanggung akibatnya. Rakyat kena fahami baik-baik Firman Allah ini, iaitu:


وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

yang maksudnya:

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Ayat 113 Surah Hud].


Berkecenderungan pun Allah tegah, inikan pula menjadi ahli UMNO, dan menyokong untuk memenangkannya di PRU supaya UMNO terus menerajui pemerintahan Negara dan akan terus melakukan kezaliman iaitu sebagaimana maksud kezaliman dari perspektif Islam; sudah tentulah ia adalah merupakan sebagai manifestasi berani menentang Firman Allah tersebut.

51. Adalah amat perlu diberi tahu kepada rakyat apa juga kezaliman yang dilakukan oleh UMNO dalam bidang politik kerana berkecenderungan hati menyokong dan memenangkan UMNO/BN di PRU13 nanti bererti akan menerima padahnya sebagaimana yang Allah SWT telah Firmankan di Ayat 113 dalam Surah Hud itu tadi, iaitu:

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

yang maksudnya:

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Ayat 113 Surah Hud].

52. KEZALIMAN UMNO KEPADA MELAYU

Klk dan baca ===> http://www.scribd.com/doc/12139015/Dosa-UMNO-Pada-Ketuanan-Melayu

Jangan bersetuju dengan orang yang zalim - Ustaz Azhar Idrus.



Oleh: AsaBakri

Tuesday, August 21, 2012

Rahsia Kerajaan Melayu...PENTING!

Permata Yang Hilang (Bahagian 1) Alam sebelah sini (Timur Jauh) dahulunya dikenali sebagai Nusantara. Bumi bertuah yang kita pijak pada hari ini pula dahulunya dikenali sebagai Aurea Chersonesus atau Semenanjung Emas. Itu adalah sebuah nama kuno yang semakin dilupai pada zaman Internet kini. Ianya telah diberikan oleh orang-orang Greek (masihkah ingat pada Socrates, Plato dll?) yang berdagang sehingga ke bahagian timur jauh.

Dalam bahasa Greek, “chersonesus” bermakna semenanjung; manakala “aurea” pula emas. Semenanjung Emas bukanlah nama sebuah kerajaan yang berdaulat. Ia hanyalah istilah atau nama rujukan tempat (sama seperti istilah Semenanjung Tanah Melayu, Benua Amerika, Tanah Arab, atau Tanah Jawa). Peta dibawah adalah antara peta terakhir yang masih menggunakan nama kuno tersebut untuk merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu. Peta itu dikeluarkan pada 1765.


Bumi ini telah melalui pelbagai zaman keagungan dan kegelapan. Yang pasti, anak watan terus menabur bakti mentadbir dan mengurusnya dengan begitu baik sehingga kemakmurannya menggamit pedagang dari serata ceruk dan rantau dunia. Maka, gah dan tersohorlah beberapa kerajaan dibumi ini terutamanya Kerajaan Melayu Melaka.

Keagungan pasti mengundang kecelakaan andainya kita tidak sentiasa beringat bahawa itu tidak lain hanyalah ujian Allah SWT terhadap hambaNya. Kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali dalam hal ini. Ujian yang amat besar diturunkan oleh Allah terhadap hambaNya dalam bentuk kegawatan politik dalaman dan serangan anasir luaran sehingga runtuhnya Kota Melaka.

Keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka yang gemilang adalah bertitik tolak dari beberapa asbab dalaman dan juga luaran. Kelemahan pentadbiran (antara lainnya, ahli politik bercakaran sesama sendiri, fitnah-menfitnah dah berhasad-dengki menjadi perkara biasa) dan pengurusan (mengambil askar upahan untuk mempertahankan Melaka) serta kekejaman Sultan yang memerintah dikatakan asbab dalaman yang paling utama kepada kejatuhan empayar.

Asbab luaran yang utama pula ialah serangan hebat penjajah Portugis pada tahun 1511. Akibatnya, Sultan terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Pahang, seterusnya ke Kepulauan Bintan dan menubuhkan Kerajaan Johor Lama (disebut juga Johor-Riau dan Johor-Riau-Lingga). Kerajaan baru yang ditubuhkan di selatan Tanah Melayu itu juga tidak terkecuali dari kempen penjajahan oleh Portugis, sehingga memaksa Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Sumatera dan meninggal dunia disana pada tahun 1528.

Al-sultan yang mangkat telah meninggalkan dua orang waris untuk meneruskan perjuangannya. Sultan Alauddin Riayat Shah, iaitu anakanda Sultan Mahmud Shah yang pertama telah mewarisi daulat Kerajaan Melayu Melaka dan menubuhkan Kesultanan Melayu Johor. Pun begitu, keadaan dan kesukaran yang dihadapi oleh ayandanya tidak berakhir begitu sahaja. Sultan Alauddin juga mengalami keadaan yang sama. Serangan bertalu-talu oleh musuh luar iaitu Portugis dan diikuti oleh Belanda menyebabkan waris kerajaan Melayu yang seterusnya tidak dapat bertahan.

Manakala anakanda Sultan Mahmud Shah yang kedua, iaitu Muzaffar Shah telah meneruskan daulat Kerajaan Melayu Melaka dengan berkerajaan di sebuah negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu iaitu Perak. Kesultanan Melayu Perak juga tidak terkecuali dari campur tangan penjajah luar dari semasa ke semasa terutamanya oleh Belanda dan Inggeris.

Kuasa penjajah Belanda dan Inggeris juga sering bertempur sesama mereka untuk menguasai Semenanjung Emas yang melimpah ruah dengan pelbagai hasil ini. Akhirnya, pada bulan Januari 1874, Perjanjian Pangkor telah dimeterai diantara beberapa pihak yang berkuasa untuk membahagikan alam Nusantara kepada dua. Satu bahagian yang mengandungi Semenanjung Emas dan jajahan takluknya dikuasai Inggeris; manakala sebahagian yang lain (Indonesia sekarang) dikuasai oleh Belanda . Perjanjian Pangkor 1874 menandakan bermulanya proses campurtangan pihak Inggeris dalam hal-ehwal Tanah Melayu.

Penjajahan Inggeris telah berakhir pada tahun 1957, iaitu setelah lebih 83 tahun menjarah hasil bumi ini semahunya. Jika diambil kira dari tarikh kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada 1511, bumi ini telah dijajah dan dirompak dengan rakus selama 446 tahun!

Pengkisahan di atas adalah kefahaman umum terhadap sejarah bumi bertuah ini. Rujuklah mana-mana buku sejarah (yang semestinya menjadi alat propaganda dan indoktrinasi paling berkesan) baik diperingkat sekolah rendah, menengah atau universiti. Kisahnya tidak lari dari kefahaman sejarah yang tercatat di atas.

Tapi, AWAS tuan-tuan. Sejarah ditulis oleh orang yang berkuasa. Inggeris telah melakarkan dan menentukan apa yang kita perlu tahu mengenai sejarah kita. Kefahaman sejarah diberikan sekadar cukup untuk menjadikan kita mengetahui serba sedikit latar belakang bangsa kita dan tidak bangun berjuang menentang penguasaan mereka terhadap bumi bertuah ini. Bukan semua mahu didedahkan oleh bangsa penjajah keparat ini.

Persoalannya, jika benar Kerajaan Melayu Melaka tumbang pada 1511, dimana waris kedaulatannya hanya mampu menubuhkan kerajaan Melayu yang kecil seperti Kesultanan Johor-Riau dan Kesultanan Perak, mengapa peta dibawah ini, yang bertarikh 1747, masih lagi mencatatkan nama K. of Malacca diatas seluruh Semenanjung Tanah Melayu?


Huruf “K” pada nama tersebut bermaksud Kingdom of Malacca atau dalam terjemahan mudah Negara Beraja Melaka! Adakah ini satu kesilapan yang tidak disengajakan? Adakah pelukis peta tersebut tidak maklum bahawa Kerajaan Melayu Melaka telah tumbang pada 1511 seperti yang dikisahkan kembali oleh Inggeris kepada kita? Adakah setelah 236 tahun tumbangnya Kerajaan Melayu Melaka (1747-1511=236 tahun), pelukis peta tersebut masih lagi tidak tahu bahawa Kingdom of Malacca telah lenyap dari atas muka bumi? Memang buta sejarahlah kalau begitu halnya. Pelukis peta tersebut hanya pedulikan Ilmu Alam sahaja. Makan dan minum geografi, tidur dan jaga pun geografi jugak.

Tuan-tuan, peta diatas telah diterbitkan pada tahun 1747 di London, iaitu 127 tahun sebelum termeterainya Perjanjian Pangkor. Pada penjuru kiri bahagian bawah peta tersebut terdapat tajuk berikut:

A new & accurate map of Asia. Drawn from actual surveys, and otherwise collected from journals; assisted by the most approved modern maps & charts. The whole being regulated by astronl. observations. By Eman. Bowen.

Sumber asal peta ini boleh diperolehi di sini. Peta ini adalah terhad dan dilukis pada tahun 1747 sebagai rujukan utama kepada William Innys dan lain-lain (entah siapa William Innys – perlu kajian mendalam mengenai pemilik asal peta ini). Menariknya, tajuk peta tersebut mengatakan ia adalah yang terkini (pada tahun 1747) dan paling tepat, dilukis dari data “survey” sebenar.

Hakikatnya tuan-tuan, kita telah ditipu terang-terangan oleh penjajah Inggeris! Kerajaan Melaka masih wujud dalam tahun 1747 seperti mana dibuktikan melalui nama K. of Malacca dalam peta tersebut. Hal ini cuba disembunyikan oleh mereka.

Jika Kerajaan Melaka masih wujud pada 1747 siapa pula rajanya pada ketika itu? Apa gelarannya? Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong jugakah? Dimanakah pula pusat pemerintahannya? Apakah bertempat disatu daerah yang sekarang ini dikenali sebagai negeri Melaka? Hal letak duduk Kerajaan Melaka ini ditutup dengan rapat sehingga umat Melayu tenggelam punca sejarah bangsanya sendiri.

Apa pula hubungan Kerajaan Melaka ini dengan Empayar Othmaniyah yang berkerajaan selama 623 tahun di Turki iaitu dari 1299 sehingga 1922? Pasti ada pertalian tertentu kerana umum mengetahui Empayar Othmaniyah adalah payung kepada semua kerajaan Islam di seluruh dunia. Hal ini juga cuba ditutup sepenuhnya oleh Inggeris. Ini adalah rahsia besar – TOP SECRET! Umat Melayu tidak boleh mengetahuinya sama sekali sampai bila-bila!



Tahun 1747- "Malacca Kingdom"

Tahun 1799-"Malacca"..State

Tahun 1806-"Malaya"

Screen-shot dari Luna Image Collection

Sumber: Think-Tank

Friday, May 25, 2012

Apakah benar tuhan itu ada, wahai Tuan Doktor?

Ahmad Boastamam ada bercerita, bahawa satu malam, iaitu selepas dari kongres PKMM, beliau bersama-sama dengan Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Mokhtaruddin Lasso. Ketika itu, mereka sedang berada di pejabat harian ”suara rakyat”, lidah rasmi PKMM di Jalan Brewster.

Sedang bersembang, tiba-tiba Mokhtaruddin Losso yang terkenal dengan pemikiran komunis bertanya kepada Dr Burhanuddin Al-Helmi.

”Apakah benar tuhan itu ada, wahai Tuan Doktor?”

Ahmad Boastamam bercerita, ketika Mokhtaruddin Lasso bertanyakan soalan tersebut, kelihatan wajahnya dalam keadaan tersenyum.

Ahmad Boastamam tidak menyangka bahawa Mokhtaruddin akan bertanyakan soalan sebegitu kepada Dr Burhanuddin. Detik hati Ahmad Boastamam bahawa mungkin Mokhtaruddin ingin menguji keteguhan Dr Burhanuddin dalam beragama.

”Sudah pasti ada” jawab Dr Burhanuddin Al-Helmi ringkas.

”benarkan tuhan itu berkuasa?”

”Benar”

”kalau benar tuhan itu berkuasa, suruhlah tuhan membuat sepasang terompah kayu sekarang. Jika tuhan mampu membuatnya, saya akan percaya bahawa tuhan itu ada dan berkuasa” Mokhtaruddin memprovoke.
Provoke mokhtaruddin itu dijawab tenang oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi.

”Masakan patut tuhan diminta membuat pekerjaan yang remeh seperti membuat terompah kayu itu.

”ini tidak bermakna tuhan tidak boleh membuat terompah kayu” sambung Dr Burhanuddin Al-Helmi lagi.

”Tuhan boleh. Kalau alam ini dapat dicipta-Nya, kenapa pula perkara mudah dan kecil seperti membuat terompah kayu itu tidak boleh?

”kalau seseorang yang pakar dalam ilmu, pasti misalnya boleh menjawab masalah-masalah yang tinggi dalam ilmu itu dengan mudahnya, mustahillah dua kali lima dia tidak tahu. Itu logik, bukan?” soal Dr Burhanuddin yang memberikan jawapan secara tidak langsung kepada Mokhtaruddin.

”demikianlah ibaratnya tuhan dengan membuat terompah kayu itu” sambung Dr Burhanuddin lagi.

”Kalau banyak orang, banyak manusia yang menjadi makhluk Tuhan, sudah boleh membuat terompah kayu belaka, kenapakah harus diperlukan juga tenaga tuhan untuk perkara yang remeh ini? Tidakkah itu sama saja seperti menyuruh seorang ayah mengesat hingus atau menghisap puting sedang bayi kecil pun sudah tahu belaka membuatnya”

Jawapan Dr Burhanuddin al-Helmi itu ternyata menyebabkan Mokhtaruddin Lasso terpegun.

Tokoh-tokoh PKMM & API
Duduk dari kiri: Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhammad, Mahmud Abdul Samad,  Ayus Nurdin
Berdiri dari kiri: Abdullah Ayub, Khalid Wazir, Rahman Rahim, Baharuddin Latif, Dom Madzi Ibrahim

Dari Merdeka ke Hidup Melayu

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu.
Mokhtaruddin Lasso

PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh. Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah. PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya. 

Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM. MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan.

Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya pada 14 Mac 1948, telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama. Sebagai sebuah parti lslam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman lslam serta mewujudkan sebuah negara lslam atau Darul lslam.

Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato' Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari menyokong parti Hizbul Muslimin. 

UMNO dengan slogan "Hidup Melayu" juga telah menghilangkan sejarah perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang begitu lantang menentang British dengan slogan "MERDEKA"

Teori konspirasi mengatakan bahawa cubaan British menubuhkan Malayan Union hanyalah sebagai helah  untuk melepaskan Tanah Melayu setelah habis sejarah dan hasil bumi Tanah Melayu dijarah. Begitu juga perang Jepun di Tanah Melayu hanya sekadar helah untuk melupakan perjuangan para pahlawan Melayu seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman menentang British.

Untuk generasi hari ini, hanya beberapa peristiwa terpilih yg didedahkan sebagai sejarah.. Perang Jepun 1945, Merdeka 1957 dan  Tragedi 13 Mei 1969.

Bagaimana dengan Februari 1988? Adakah orang Melayu hanya memakai cawat pada tahun 1300?

Saturday, April 7, 2012

Strategi Menangani Konspirasi Kristianisasi Dalam Perspektif Gerakan Tajdid

Oleh: Muhamad Zaid Ismail

Pendahuluan

Kita sering dimomokkan dengan pepatah “jangan jaga tepi kain orang” sehingga kita merealisasikannya dalam semua aspek kehidupan, yang tanpa kita sedari ia telah melemahkan satu aspek dalam agama iaitu urusan dakwah yang sepatutnya bergerak setiap masa tidak mengira siapa jua, demi memastikan Islam itu sentiasa didaulatkan.

Akhir-akhir ini, persoalan agama ini sudah dianggap sebagai soal peribadi, diibaratkan seperti hak seseorang individu untuk memilih menu tengaharinya, yang pastinya orang lain tidak mempunyai hak untuk memaksanya memilih makanan tertentu supaya dapat dimakannya. Lantaran itu, kita lihat segelintir manusia sanggup melakukan apa sahaja menurut hawa nafsu dan kejahilannya sehingga mereka sering terjatuh ke lubang kehinaan bahkan dosa besar iaitu murtad.

Ketidakcanaan terhadap agama juga boleh membawa kepada masalah yang lebih besar jikalau tidak dibendung, ditambah lagi pada waktu yang sama, musuh Islam memainkan peranan yang berterusan dalam menyusun strategi bagi memastikan umat Islam rosak serta hancur sehingglah mereka bertukar agama dan mengubah cara kehidupannya sama seperti sistem kuffar. Allah Azza wa Jalla berfirman dalam Surah Al-Baqarah:

Maksudnya: orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Usaha jahat mereka ini dilakukan secara halus dan bersistematik, malah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai pihak sama ada dari bahagian musuh atau tidak, maka hal ini telah menyukarkan institusi agama dalam menyelesaikan perkara ini. Jikalau kita menyoroti sejarah kes-kes murtad yang berlaku di Malaysia seperti kes Aisyah Bukhori, Azlina Jailani (Lina Joy), Hasnah dan Hartina Kamaruddin sudah cukup memberi pengajaran kepada kita bahawa mereka tidak mampu diselamatkan dengan undang-undang yang ada.

Mungkin ini adalah sebilangan kecil kes yang dilaporkan, bahkan kita semua yakin dan percaya bahawa terdapat ramai lagi umat Islam yang telah murtad tetapi tidak dilaporkan oleh media massa. Lebih memburukkan lagi keadaan mereka ini tidak dapat diselamatkan dan tidak kurang juga yang tidak mahu diselamatkan kerana didalangi oleh pihak-pihak tertentu.

Di dalam kertas kerja ini, kita akan memfokuskan perbincangan mengenai modus operandi yang digunakan oleh mubaligh kristian untuk menjayakan agenda liciknya, serta beberapa strategi menangani konspirasi itu. Kertas kerja ini juga akan lebih memfokuskan fenomena kristianisasi di Malaysia khususnya.

Sejarah Ringkas Kritianisasi di Malaysia

Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 Masihi lagi. Sekiranya kita melihat gereja-gereja yang dicat warna merah dan di situlah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah di dalam A Famosa. Walau bagaimanapun proses kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 Masihi.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan kristianisasi tersebut, akan tetapi sentiment orang Islam tergugat dengan murtadnya Natrah. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa ini menjadi catatan sejarah penting dan ia amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam yang mantap, sehinggakan budaya barat menjadi ikutan sesetengah golongan muda.

Modus Operandi Gerakan Kristianisasi

Aktiviti dakyah kristian bergerak secara halus tanpa kita sedari dan sebenarnya kita sudah berada dalam “kepungan” mereka, tinggal lagi, hanyalah untuk “menangkap” kita. Berikut dinyatakan beberapa modus operandi yang digunakan oleh mereka ini untuk menyebarkan dakyahnya.

1) Hiburan

Jikalau ditanya kepada sesiapa sahaja, nescaya dia akan menyatakan bahawa lagu dan hiburan adalah sesuatu yang menyeronokkan, meriangkan, menenangkan fikiran berdasarkan jenis lagu yang diminati. Apabila orang menyukainya, maka ini adalah peluang yang diambil pihak kristian untuk menyelitkan unsur-unsur ketuhanan mereka tanpa kita sedari. Berapa ramai anak-anak muda kita hari ini menghafal lagu-lagu berbahasa Inggeris tanpa mengetahui maknanya, menyebabkan mereka secara tidak langsung telah mengagungkan agama kristian. Tidak kurang juga seperti yang dilaporkan, ada segelintir guru yang mengajar Bahasa Inggeris menjadikan lagu-lagu yang memuji jesus sebagai lagu yang perlu dihafal oleh pelajar dengan alasan untuk menguasai bahasa Inggeris (Utusan Malaysia, 18/08/2011).

Usaha untuk mencabut aqidah umat islam hari ini diperhebatkan lagi dengan peranan media massa yang mengagungkan hiburan semata-mata tanpa menghiraukan persediaan untuk hari akhirat (bersifat agama).

2) Seks

Keinginan nafsu yang terlarang di kalangan remaja mahupun golongan tua tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia sudah diketahui oleh semua pihak. Oleh itu, kita dapati media massa yang menyelitkan adegan berbaur seks, pasti akan mendapat sambutan yang hangat daripada masayarakat.

Hari ini terbuktilah cerita yang ditayang di media dipenuhi dengan tayangan filem barat yang menganjurkan seks bebas, keganasan dan tahyul yang melampau. Sehinggalah penonton Islam itu lali melihat adengan yang berulang kali seperti babak memegang tangan hinggalah adengan peluk cium yang haram. Bagi penonton yang lemah imannya akan menganggap ia perkara biasa dan ingin mencubanya juga.

Lebih memburukkan lagi keadaan, pihak mubaligh kristian menggunakan seks sebagai senjata dalam menyebarkan dakyahnya dengan mengatakan berzina tidak berdosa dalam agama kristian.

3) Kasih sayang

Setiap manusia mempunyai perasaan ingin menyayangi dan disayangi. Maka peluang ini diambil oleh pihak mubaligh kristian untuk mencari insan-insan yang memerlukan kasih sayang dengan menawarkan segala bentuk bantuan, sama ada dari segi spiritual dan material.

Mubaligh kristian juga menggunakan cinta sebagai senjata dengan memperdayakan anak gadis Islam dengan ketulusan cinta yang tidak berbelah bagi sehingga menyebabkan ramai anak dara Islam sanggup menukarkan agama demi menuruti hasrat kekasihnya.

4) Wang

Ramai juga yang terpedaya dengan dakyah kristian ini disebabkan sejumlah wang dengan hanya menyimpan salib atau melukisnya pada tubuh badan, malah jumlah wang tersebut akan berganda dengan mendapatkan ahli baru.

Dalam konteks hari ini, pengaruh kebendaan telah dikenal pasti sebagai punca murtad berlaku, di mana antara modus operandi yang digunakan ialah dengan mengumpan belia dan remaja muslim dengan kemewahan harta benda, peralatan berharga seperti pemberian hand-phone berjenama secara percuma, menyediakan kelengkapan spare-part untuk ubahsuai motorsikal bagi golongan remaja & mat rempit, mendampingi pelajar-pelajar yang bermasalah kewangan, memberikan bantuan makanan-makanan asas dan pelbagai muslihat-muslihat halus yang tidak disedari, namun hakikat sebenarnya ia merupakan satu tipu muslihat dalam usaha memurtadkan mereka daripada Islam.

Strategi menangani konspirasi kristianisasi

1. Gerakan media massa

zaman teknologi maklumat pada hari ini perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh orang Islam dengan menyebarkan segala bentuk maklumat yang berguna, serta maklumat ancaman yang boleh menggugat akidah umat Islam. Hari ini kita dapati maklumat yang berbentuk audio-visual lebih efektif kerana maklumat yang disampaikan lebih menarik serta mudah difahami oleh penonton.

Sebarkan kesedaran kepada umum dengan menggunakan segala kemahiran yang ada di alam maya untuk mendedahkan dakyah golongan ini yang tidak akan berhenti memesongkan akidah umat Islam.

Masyarakat tidak boleh dibiarkan hanyut dengan budaya memuja kebendaan dan hiburan melampau, akan tetapi mereka perlu diperkukuhkan dengan budaya yang mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. Filem-filem yang ditayangkan di pawagam atau di kaca televisyan mestilah mempunyai tujuan positif; baik untuk mendidik, mahupun untuk menghibur atau menambah ilmu. Memperbanyakkan tayangan filem-filem yang mempunyai mesej pendidikan, kemanusiaan, perjuangan dan sebagainya lebih baik dari filem-filem yang membibitkan keghairahan dan meniru gaya hidup Barat yang serba boleh menidakkan batasan tradisi dan moraliti (fitrah insani).

2. Mengamalkan budaya hidup Islam

Dasar membudayakan hidup secara Islam mampu untuk menjauhkan umat Islam dari terpengaruh dengan dakyah kristian. Ini dapat dilihat dengan membudayakan sikap tolong-menolong antara satu sama lain, serta budaya nasihat-menasihati sesama Islam boleh melahirkan masyarakat Islam yang harmoni serta jauh dari segala maksiat.

Muslim yang soleh memiliki akidah, keyakinan dan hubungan yang kuat dengan Allah, akan mampu membebaskan dirinya daripada budaya-budaya yang menyesatkan. Seorang muslim yang kuat akidahnya akan memelihara perasaan takutnya kepada Allah dan merasa selalu diawasi oleh Allah sepertimana dalam firmanNya:

Maksudnya: Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.( Qaf :16 )

3. Menutup segala pintu kemungkaran

Kemungkaran atau kemaksiatan yang tidak dibendung boleh mendedahkan umat Islam kepada bahaya kristianisasi, kerana musuh senantiasa mencari ruang dan peluang ketika umat Islam leka dengan perkara-perkara lalai serta maksiat.

Jati diri umat Islam perlu kuat untuk berjihad mencegah segala kemungkaran seperti mengharamkan pesta-pesta yang melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

4. Mempergiatkan ceramah berkaitan dengan akidah Islam

Kita dapati hari ini, sesetengah umat Islam bertelingkah mengenai aliran pengajian akidah menyebabkan golongan yang masih buta dengan akidah Islam hilang tempat bergantung. Mereka tidak berpegang kuat pada akidahnya kerana Islam hanya diwarisi dari keturunan sahaja, tanpa dilandasi dengan ilmu dan yakin.

Maka di sini amat memerlukan penerangan dan ceramah-ceramah berkaitan dengan akidah umat Islam supaya dapat disebarkan melalui pelbagai cara dan inisiatif. Peranan teknologi di alam siber ini amat diperlukan. Cara penyebarannya boleh dilakukan dengan penulisan blog ataupun dengan penghasilan video.

5. Berani membongkar segala bentuk kristianisasi

Kita sebagai umat Islam perlu berani untuk membongkar segala kegiatan gerakan kristianisasi demi menjaga kehormatan agama suci kita, tambahan pula penyebaran agama kristian kepada orang Islam adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(4) dan Enegmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan orang Islam) 1988.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membongkar rancangan dakyah mereka ini.Umat islam perlu kretif dan inovatif untuk lebih berani membongkar rancangan jahat mereka ini.Umat Islam perlu membongkar konspirasi golongan oreantalis ini yang berselindung di bawah ‘Islamic Research Centre’ yang juga memperalatkan golongan cendikiawan Islam samada secara sedar atau sebaliknya. Pusat-pusat penyelidikan ini mempunyai pembiayaan kewangan yang banyak dari sumber-sumber yang memusuhi Islam dan mereka menggunakan cendikiawan Islam sebagai ‘Fellow’ atau rakan penyelidik mereka untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam.

6. Peranan Ibu-bapa dalam pengawasan anak-anak

Mengikut rekod kes-kes yang lalu, tektik terbaru yang digunakan oleh mubaligh kristian adalah; mangsa hanya perlu menyimpan satu salib sebagai simpanan peribadi, akan tetapi dalam masa yang sama tidak perlu mengubah kehidupan sehariannya sebagai muslim seperti sembahyang, puasa, menutup aurat, membaca al-quran. Justeru, ibu-bapa perlu lebih proaktif dalam membuat pemeriksaan terhadap anak-anak mereka seperti telefon bimbit, email, diari, facebook, blog peribadi dan sebagainya.

Anak-anak perlu diberi pendidikan yang berlandaskan hukum-hukum Islam sejak dari kecil lagi. Jati diri mereka perlu kukuh untuk menghadapi hidup yang semakin mencabar ini.

7. Menubuhkan pusat pemulihan akidah di setiap negeri

Setakat yang diketahui, Negara Malaysia hanya mempunyai satu sahaja pusat pemulihan akidah yang berpusat di Ulu Yam, Selangor. Pusat yang eksklusif seperti ini amat diperlukan kerana pelatih pusat pemulihan akidah perlu mendapat penjagaan rapi, kerana sebarang kemungkinan seperti diculik, atau melarikan mangsa boleh berlaku. Ketenangan jiwa bagi pelatih ini amatlah diperlukan kerena mereka telah melalui satu pengalaman yang amat menakutkan, dan mungkin juga mereka terpaksa menerima hakikat bahawa keistimewaan yang diterima sebelum ini semasa menganut agama kristian sudah ditarik balik, dan dia pasti bahawa Agama Islam tidak mampu memberikan kemudahan seperti hiburan, wang, seks semula mahupun seumpamanya sebagai ganti.

Gerakan Besar-besaran di Peringkat Nasional

Salah satu usaha murni yang patut diberi sokongan yang padu iaitu Program Himpunan Sejuta Umat dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, penglibatan warga korporat dan warga kerja masing-masing. Himpunan ini mengumpul tenaga kerja dari segenap lapisan masyarakat yang mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, AJK Masjid dan Surau, tenaga guru dan lain-lain badan serta pertubuhan yang akan disenaraikan kemudian. Diharapkan anjakan paradigma ini akan berterusan sehinggalah akidah umat Islam diselamatkan dan terus terpelihara.

Pada 7 Januari 2012, satu Program HIMPUN telah diadakan di Negeri Sembilan, di mana sebanyak 10 deklarasi telah disepakati bersama. Deklarasi tersebut ialah:

10 Deklarasi Himpunan Sejuta Rakyat (HIMPUN) bagi membenteras aktiviti kristianisasi di Malaysia (http://himpun.org).

1- Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

2- Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

3- Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

4- Menuntut supaya KERAJAAN mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

5- Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak KEMENTERIAN PELAJARAN DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

6- Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

7- Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian Islam.

8- Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutamanya IBU-BAPA mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman Islam yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.

9- Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

10- Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Penutup

Aktiviti penyebaran agama kristian kepada umat Islam perlu dibendung kerana kesannya adalah murtad, yang mana ia merupakan satu jenayah besar di dalam agama Islam yang boleh dikenakan hukuman hudud kepada si pelakunya sebagaimana yang ditegaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).” (al-Baqaroh:217)

Juga tegasan daripada Nabi SAW dengan sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menukar agamanya (keluar selepas masuk islam), maka ia akan dibunuh.” (Riwayat Bukhari)

Apa yang penting dan perlu ditegaskan di sini bahawa setiap Muslim tanpa mengira warna kulit perlu bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi mungkar ini. Firman Allah Taala:

Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (ali-Imran:110)

BERITA DAJAL.