Pages

Wednesday, April 10, 2013

Apa Yang di Rahsia di dalam Rahsia

Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di Blok B4 dekat dengan MAMPU dan Bahagian Pengurusan Harta. Memang hak milik kerajaan. Jika nak tengok yang mana pejabat B4 dari luar JPM,  tengok kat bumbung mana yang paling banyak antena dan piring satelite..disitu la dia.

Apa dia blok B4?

Nama yang ingin dikenali untuk orang-orang awam ialah Bahagian Penyelidikan. Tapi disebalik nama penyelidikan tu sebenarnya unit perisikan dari segi politik dan lain2 yang gua masih recce lagi.


Semenjak tidak mendapat majoriti 2/3 pada PRU12 lepas, ada satu unit ditubuhkn iaitu unit khas pilihan raya atau unit strategi pilihanraya.

Ia dibuat untuk mengekalkan penyamun2 dan lanun2 supaya kekal memerintah agar semua rahsia rompakan selamat dilindungi dari terbongkar ketahuan oleh rakyat amnya.

Unit ni ada kat tingkat 2 blok B4 ni dan staf yang tak terlibat dilarang masuk, Selain tu..ada lagi satu unit ditubuhkan dengan tujuan propaganda iaitu mencetak risalah, harakah palsu, bunting2 palsu untuk kelirukan orang ramai.

Di masa perhimpunan Bersih dulu..ramai jugak orang2 aras 2 ni turun untuk buat kacau. Geng2 inilah yang buat latihan memanjat bumbung kereta polis dan media propaganda tv3 diarah mengulang ulang adegan ini.Semua ni adalah rancangan dari B4.


Lokasi cetak terletak di dalam satu bilik di unit B4. Separuh bilik tu berada di bawah tanah. Disitu jugak ada tempat memusnahkn dokumen..Bilik bakar dokumen. Itu bukti BN memang kerjanya MENYAMUN. Bila bukti dokumen tak ada, sukar bagi PR menyiasat skandal2 mereka nanti.

Bahagian ni adalah terlalu sulit untuk semua staf2 yang ada kat sini. Orang luar dilarang sama sekali untuk masuk. Selain itu,unit B4 ini juga mempunyai beberapa rumah operasi di Kuala Lumpur terutama di jalan Bellamy. Dan menarik sekali Hassan Ali pernah berjumpa dengan beberapa org2 aras 2 ni. Sebab itulah dia buat U turned beb.nanti sambungan part 3 jika gua rajin mengisahkan skandal2 Hasan Ali ni pulak.

Sekarng ni bahagian B4 tengah sibuk sebab hampir pilihanraya. Bahagian yang buat banner, risalah memang tengah sibuk buat keje. Ape je bentuk provokasi terhadap PR datang dari sini.


Kalo korang perasan bunting diaorang memang cantik2 jer..tu memang kerja B4 yang cetak dan tempat cetak tu dah macam kilang dah dan mesin yang diaorang guna hanya ada kat 3 tempat iaitu ..NSTP, Bank Negara, dan kat sinilah.

Cuba korang try cari web penyelidikan ni memang tak akan jumpa der....maklumat pasal bahagian ni memang terhad. Orang2 blok lain pun tak taw pasal blok ni punye kerje. Staf kat sini semua Islam sebab bahagian ni anti dengan agama lain. Bahagian ni hanya untuk kegunaan PM dan TPM je.

DS Anwar mesti tahu fungsi jabatan ni. Sebab dia pernah jadi TPM dulu. MILF pernah datang kat rumah operasi jalan Bellamy KL pada tahun lepas dan pasal Sulu tu pun ramai kawan2 syak propaganda B4 ni tapi takde bukti je.


Dekat sini ada SB bukit aman..sorang supt, sorang Asp dan beberapa anggota pangkat rendah. Ada tentera berpangkat kolonal, pegawai2 dan anggota pangkat rendah. Selain tu ada satu aras menempatkan sejumlah senjata api yang mampu melumpuhkan Putrajaya. Sebabtulah Tun M sering sebut,negara akan huru hara.

Rupanya ada asasnya.Mereka merancang sesuatu yang jahat untuk mengelakkan kerajaan bertukar tangan dengan cara PLAN B.

Berkenaan peruntukan wang plak opis ni memang banyak duit yang dikenali sebagai tabung khidmat rahsia .Tempat ni memang betul2 safety. Akses keluar masuk, cctv...XXX yang tak boleh gua ceritakan detail sangat. sekarang ni diaorang dah start shif 24jam keje.

Lagi satu unit ni ada unit komunikasi dikenali sebagai Radio Saifer. Mampu ceroboh hp orang lain, tengok mesej, dengar perbualan dan baca email orang senang senang aja. Selain tu hantar terima maklumat dari perisik2 Malaysia yang ada kat dalam or luar negara. Kalo kat luar negara diorang selindung sebalik nama Wisma Putra.

Dari bulan 11 tahun lepas sampai bulan 2. baru baru ni ada satu bilik operasi untuk pantau pilihan raya dah disiapkan.Jaga jaga, dari sinilah arahan menipu undi akan diputuskan bagaimana. Bilik ni terletak di tingkat -3 dikawal oleh unit teknikal.

Pengakuan seorang forumer di militarynet.

Perasan tak orang buat demo contoh pertahan kalimah Allah dan ape2 demo anjuran perkasa,umno atau ape2 pun itu memang B4 yang buat. Design kebanyakan memang sama. Kalo korang perasan orang demo kat masjid tanpa orang umno or perkasa ,banner diorg bercetak cantik.Tu la baner yang dicetak kat B4 nih.

Perhatikn bila umno or perkasa buat demo sekali dengan banner..same tak? Kalo semua negeri buat demo gua rasa dari Perlis sampai Johor pun banner diorg sama.

Kebanyakkan banner atau risalah ni diorang bungkus dalam kotak dan baru diedarkan kat kawasan2 tertentu. Dia orang tak guna kenderaan jabatan. Kereta2, lori2  di  pejabat B4 ni semuanya didaftarkan atas nama orang lain walaupun kereta kerajaan. Kereta, lori2 ni tak berlogo langsung..

Di dalam unit B4 ini juga terdapat bahagian yang menggunakan kem tentera. Kem Risik Changkat di Batu Gajah, Perak. Kem ni kem gerakan operasi perisikan atau GOP. Kenderaan yang digunakan di kem tersebut bukan kenderaan celoreng tentera tapi kenderaan 4x4 awam dan didaftarkan atas nama orang awam.


Terdapat sebuah busut didalam kem ini yang dipercayai digunakan secara rahsia untuk menyimpan sejumlah senjata. Kebiasaannya, jika senjata-senjata ini hendak dikeluarkan dari kem, mereka akan menggunakan kenderaan awam utnuk mengelak dari pengetahuan awam.

Apa tujuan busut senjata kat kem tu? Tujuannya, jika delagasi luar negara datang, kebiasaannya mereka beri senjata atau wang tunai sebagai hadiah. Kadang-kadang bahagian ini yang sediakan wang tunai atau senjata untuk tujuan operasi. Yang menjaga senjata-senjata ini adalah seorang askar pencen pangkat Pegawai Waran 1..

Terdapat juga sebuah kem tentera di Johor yang menempatkan pegawai bergred M41 iaitu pegawai PTD..jika ada 500 orang staff, pegawai hampir 400 orang. Tidak semua anggota-anggota SB atau askar yang tahu fungsi sebenar jabatan ini.


Pengarah CIA pernah muncul di rumah operasi di Jalan Bellamy. Kebanyakan  ops berpusat di situ. Banyak rumah-rumah operasi yang wujud seperti Rumah Mukhlis, Rumah Hamid. Itu ialah nama orang yang menjaga rumah tersebut.


Sekolah latihan a.k.a rumah Operasi  terletak di Jalan Bellamy.  Kemungkinan diorang akan memantau PRU13 dan menerima arahan-arahan jahat dari Jalan Bellamy.

Sumber: kingofgoblok

0 comments:

Post a Comment