Pages

Showing posts with label YAKJUJ MAKJUJ. Show all posts
Showing posts with label YAKJUJ MAKJUJ. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Permainan Minda

Puak-puak pemuja dajjal tidak pernah berhenti mempengaruhi minda umat Islam dengan niat memesongkannya dari jalan kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Banyak hadis-hadis sahih yang memperkatakan tentang kemunculan dajjal dan menyatakan bahawa Mekah dan Madinah tanah yang diharamkan untuk Dajjal.

Pauk-puak memuja dajal di Hoollywood kerap menghidangkan santapan minda manusia dengan kehadiran dajal yang akan muncul di khalayak ramai. Filem-filem seperti  Lord of the rings. Matrix dan Monster inc. adalah antara propaganda puak-puak dajal untuk memukau minda generasi akan datang. Filem Monster Inc. amat bersesuaian sekali dengan kisah Tamim Ad-Dari yang telah bertemu dajal disebuah pulau yang sejuk.

Dajal dan Al-Jasassah

“Sesungguhnya cerita Tamim ad-Dari ini bersesuaian dengan dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua terutamanya tentang keistimewaan Mekah dan Madinah. Ketahuilah! Dajjal itu berada di Laut Syam atau Laut Yaman. Sesungguhnya ia berada di arah Timur”, terang Baginda sambil menunjukkan tangannya ke arah Timur.

Sebagai permulaan dalam kisah ini, marilah kita merenung sebuah hadith sahih yang panjang dan mahsyur yang diriwayatkan oleh ramai sahabat-sahabat Nabi SAW. Kisah ini diceritakan oleh seorang yang baru memeluk Islam ketika itu, dan beliau menceritakan pengalamannya sesat di sebuah pulau misteri dan berjumpa dengan sesuatu yang agak pelik.

Hadith ini diriwayatkan oleh Amir Ibnu Sharahil Shabi Shab Hamdan dan disampaikan dari Fatimah binti Qais dan Fatimah mendengar hadith ini terus dari baginda Rasulullah SAW. Hadith ini sangat panjang dan izinkan saya untuk meringkaskan hadith ini dalam bentuk cerita:

Pada suatu hari Rasulullah SAW naik ke atas mimbar dan berkata kepada semua para sahabat baginda yang berada di dalam masjid itu. Baginda SAW menceritakan tentang pengalaman seorang Nasrani bernama Tamim ad-Dari yang baru memeluk Islam dan berbaiah kepada baginda. Cerita yang disampaikan oleh Tamim ad-Dari sangat bertepatan dengan apa yang dikisahkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat sebelum ini.

Pada suatu ketika, Tamim ad-Dari bersama 30 orang lelaki dari kaum Lakhm dan Juzdam mengharungi lautan dan dilambung badai dan gelora. Setelah dilambung badai selama 1 bulan, mereka akhirnya bertemu dengan sebuah pulau misteri yang berada di tengah-tengah lautan dan mereka berlabuh di pulau itu dengan menaiki perahu kecil.

Pulau Svalbard kini adalah tanah jajahan Norway. 
Ia mula dibuka pada tahun 1790 oleh Britain, Denmark, Belanda, Perancis dan Rusia.
Selain stesyen NASA USA,  Jerman dan Sweden juga memiliki stesen cuaca disitu..
tetapi mengapa ada populasi orang-orang Thai di Svalbard???

Setibanya mereka sampai di pulau tersebut, mereka sangat terkejut apabila didatangi oleh seekor binatang yang tebal bulunya. Sehingga mereka tidak dapat membezakan yang mana satu bahagian belakang dan depan binatang itu.

Pakaian berbulu orang Innuit yang menduduki kawasan Artik.

“Apakah kamu ini?” tanya mereka kepada binatang itu.
“Akulah pengintip rahsia (Jassasah)”, jawab binatang berbulu lebat itu.
“Pengintip apa?” mereka bertanya lagi.
“Tak usahlah kamu bertanya lagi. Pergilah kamu temui seorang lelaki yang berada di dalam biara (tempat pertapaan) kerana ia sangat merindukan berita dari kamu”, jawab binatang itu lagi.

 
Pintu masuk ke Global Seed Vault di Pulau Svalbard.
Adakah disini tempat dajal menyihir biji benih tanaman yang  menjadi makanan manusia  hari ini??

Mereka pun pergilah ke biara itu. Apabila mereka sampai di dalamnya, mereka menjumpai sebesar-besar manusia yang dirantai dengan kuat. Kedua tangannya dibelenggu di lehernya. Kaki dan lututnya diikat dengan besi hingga buku lalinya.

“Makhluk apakah kamu ini?” tanya mereka kepada makhluk itu.
“Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku. Kamu pula siapa?” tanya makhluk itu kembali.
“Kami adalah bangsa Arab. Kami belayar di laut yang bergelora lalu kapal kami dipukul ombak selama sebulan dan akhirnya kami terdampar di pulaumu ini”, jawab mereka.

Setelah mendengar penjelasan mereka, makhluk berantai itupun bertanya, “Cuba ceritakan kepadaku tentang kurma di Beisan (Beit She'an, Israel). Adakah ia masih berbuah?”, tanya makhluk itu.
“Ya! Ia masih berbuah.” jawab mereka.


   
Poko kurma di Beit She'an, Israel.

Makna soalan: Adakah bangsa Arab Palestin masih memiliki tanah untuk bertani?
Kalau dulu ya, tapi kini hanya tinggal sedikit jumlah tanah untuk petani Palestin.



“Sesungguhnya hampir ia tidak berbuah lagi. Bagaimana pula tentang Tasik Thabariayah (Tiberias, Israel)? Apakah ia masih ada air?” tanya makhluk itu lagi.
“Airnya masih banyak.” jawab mereka.
Lalu dia berkata “Sesungguhnya tidak lama lagi ia akan kering”.

Makna soalan: Adakah zionis telah memiliki Israel dan mengisinya dengan penganut-penganut agama yahudi? 
Hari ini semakin ramai penganut-penganut agama yahudi kembali berpindah ke Israel, air tasik Thabariyah@ Tasik Galilee yang menjadi sumber utama kegunaan rakyat Israel juga semakin berkurangan.

Mata air di Zohar di  lembah Safed, Israel.

Kemudian dia bertanya lagi, “Bagaimana pula dengan mata air Zaughar (Zohar, Israel)? Apakah masih ada airnya dan apakah penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka?” tanya makhluk itu lagi kepada mereka.
“Ya! Airnya masih banyak dan penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka”, jawab mereka.

Makna soalan: ???
Zohar adalah nama satu mata air yang mengalir dari dalam taman memberi manafaat tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Orang yang dekat dengan itu menikmati semua keseronokan.

“Bagaimanakah dengan nabi orang-orang ummiyin? Apakah yang dikerjakannya? Dan apakah orang-orang Arab memeranginya?”
“Dia dilahirkan di Mekah dan telah berhijrah ke Yathrib (Madinah). Ya, mereka memeranginya” jawab mereka.

“Seterusnya bagaimana perlakuannya terhadap mereka?” tanya makhluk itu berkenaan Rasulullah.
“Dia telah banyak memperolehi kemenangan terhadap mereka, bahkan hampir semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah mengikutinya” mereka menjawab.
“Sungguhkah itu yang terjadi?”, tanya makhluk itu untuk mendapatkan kepastian.
“Ya! Sesungguhnya itulah yang terjadi”, jawab mereka dengan yakin.


Lalu makhluk itu berkata:

“Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang terbaik. Maka sekarang ini aku ingin memberi tahu kepadamu siapakah sebenarnya aku. Akulah Al-Masih Ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir diizinkan aku untuk keluar. Bila aku keluar nanti aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehinggakan tiada sebuah kampung pun yang terkecuali. Aku akan berada selama 40 hari kecuali Makkah dan Tahibah. Kedua kota ini diharamkan ke atasku. Aku dihalang oleh Malaikat dengan pedang yang terhunus. Mereka mengawal kedua-dua kota itu daripadaku dan sesungguhnya pada setiap Malaikat yang menjaganya”, terang makhluk yang bernama AD-DAJJAL AL-MASIH itu.

Rasulullah SAW menghentak tongkatnya seraya berkata “Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah yakni Madinah. Bukankah aku telah sampaikan berita ini kepada kamu semua?”

“Benar, wahai Rasulullah!”, para sahabat menjawab.

Tiga pertanyaan dajal kepada Tamim ad-Dari adalah berkaitan dengan paras air di Laut Mati yang menjadi sumber utama  kepada pertanian dan penduduk disepanjang sungai Jordan.


Saturday, April 27, 2013

Gog Magog; Hadis-Hadis Rasulullah SAW


Di dalam Riwayat Sahih Muslim:
Rasulullah SAW terjaga dari tidurnya sambil bersabda : “ Lailaaha illallah. Celakalah bangsa Arab kerana kejahatan telah dekat. Hari ini sebagian dinding Ya’juj dan Ma’juj terbuka sekian ini.” Dan sufyan(perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh. Aku (Zainab bt Jahsy) berkata : “ Wahai Rasulullah, akan binasakah kami, sedangkan di tengah-tengah kami ada orang-orang yang soleh?” Beliau bersabda: “Ya, jika banyak kemaksiatan”. ( HR Imam Muslim - Sahih Muslim)

Menurut Imam Ahmad daripada Abi Said al-khudri berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,”dibukakan tembok Ya’juj dan Ma’juj, kemudian mereka keluar sebagaimana Allah berfirman, “mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” lalu orang-orang lari ketakutan dan menghindari mereka ke kota-kota dan benteng-benteng. Salah seorang dari mereka mulai berkata, “ mereka adalah penduduk bumi, kita telah menyelesaikan mereka, tinggal langit. Selanjutnya salah seorang dari mereka menggerakkan tombak pendeknya lalu melemparkannya ke langit, maka tombak tersebut kembali kepada mereka dengan celupan darah fitnah dan cubaan. (Ibnu Kathir)


“…Sungguh telah ada pada tempat ini air, lalu mereka berjalan sehingga sampai pada bukit khamar dan dia adalah bukit Baitul Maqdis. Lalu mereka berkata , “kami telah membunuh siapa sahaja yang ada dibumi , maka marilah kita membunuh siapa yang berada di langit, kemudian mereka melemparkan anak panah(senjata) mereka ke langit, lalu Allah membalikkan anak-anak panah tersebut kepada mereka yang telah tercelup dengan darah .” Dan pada riwayat Ibn hajar, “ maka sesungguhnya aku telah mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak ada kekuatan pada seseorangpun untuk memerangi mereka.”

Dan diriwayatkan oleh An- Nasai dan Ibnu Majah ;
” Rasulullah SAW bersabda ; manusia akan dibakar disisi Ya’juj dan Ma’juj, panah dan perisai(senjata) mereka sejauh tujuh tahun perjalanan(kecepatan). ( Ibnu Kathir)

Menurut pendapat ulama; Sayyid Quthub, beliau berpendapat, secara tarjih, bukan yakin, bahawa janji Allah SWT untuk melubangi dinding telah terjadi serta yakjuj dan makjud telah keluar. Mereka adalah bangsa Tartar yg muncul pada abad ke 7 hijrah. Mereka telah menghancurkan kerajaan-kerajaan Islam dan menebar kerosakan di muka bumi. (Asyrathu As Sa’ah : Yusuf al Wabil halaman 378) Tentera Tartar yg muncul pada abad ke 7 hijrah, menurut Imam Nawawi, beliau menyatakan “ sesungguhnya telah terjadi peperangan dengan bangsa Turki itu (Monggol) sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW ; iaitu mereka bermata sepek , wajah kemerahan, berhidung pesek , mukanya lebar seperti perisai dan mereka mengenakan sepatu dari bulu.

Mereka dengan segala pengenalannya itu telah dijumpai pada zaman kita sekarang ini dan mereka diperangi oleh kaum muslimin berkali-kali sehingga kini (Syarah Nawawi terhadap Soheh Muslim18: 37-38). Menurut Imam Al-Qurtubi, beliau menyatakan berikut: " Dan telah keluar sebahagian daripada mereka bangsa Turk pada zaman ini, kaum-kaum yang tidak dapat dihitung kecuali Allah, dan tidak ada yang dapat mengusir mereka daripada kaum muslimin kecuali Allah, sehingga mereka seperti Ya'juj dan Ma'juj atau sebagai pembuka bagi kedatangan mereka. Munculnya bangsa Tartar terjadi pada masa Al-Qurtubi dan beliau mengira bahawa mereka adalah Ya'juj dan Ma'juj atau pembuka bagi keluarnya Ya'juj dan Ma'juj.
(Yusuf b Abdillah b Yusuf al-Wabil)

Kemudiannya bangsa Turki ini ramai yg memeluk Islam dan ditangan mereka ini diperolehi kebaikan yang banyak bagi Islam dan kaum muslimin.

Menurut saintis muslim Harun Yahya, Yakjuj dan Ma’juj berkemungkinan merujuk kepada peperangan Dunia pertama dan kedua. Ini berdasarkan Hadis manusia di bakar disisi Ya’juj dan Ma’juj serta panah dan perisai(senjata) mereka sejauh tujuh tahun perjalanan(kecepatan). Serta sifat mereka, turunnya mereka dari tempat-tempat yang tinggi.

Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud : "Akan didatangi Baitullah untuk mengerjakan haji dan umrah setelah keluarnya Yakjuj dan Makjuj". (HR Bukhari)

dan sabda Nabi SAW bermaksud, "Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga tidak didatangi Baitullah untuk mengerjakan haji'.(HR Bukhari)

Apabila dihimpun kedua hadis tersebut menurut kata Imam Bukhari, bahawa setelah keluarnya Yakjuj dan Makjuj, tidak mesti meninggalkan mengerjakan haji di Baitullah pada sesuatu waktu ketika hampirnya hari kiamat ,

Daripada hadis-hadis Rasulullah SAW, jelas bahawa Yakjuj dan Makjuj ini akan muncul pada akhir zaman di Baitulmaqdis dan membuat kerosakan dimuka bumi.

Wallahu’alam

Rujukan: 1. Prof.Dr H. Mahmud Yunus: Tafsir Quran Karim; Klang Book Centre, 1992
2. Imam Muslim: Tarjamah Shahih Muslim Jilid IV; CV Asy Syifa Semarang, 1993
3. Ibnu Kathir : Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Kiamat; Darul Fajr, cetakanke 2 ; 2004
4. Usamah Yusuf Rahmat : Kiamat Sudah Dekat; Berlian Publication Sdn Bhd, 2010
5. Ustaz Jaafar Salleh : 3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia; Pustaka Azhar, 2009
6.Yusuf b Abdillah b Yusuf al-Wabil : Hari Kiamat Sudah Dekat; PT Pustaka Ibnu Katsir, cetakan ke 3 Julai 2009
7. http://www.gph.gov.sa/index.cfm?do=cms.quranexplorer
8. http://www.mahdi-antichrist-freemasonry.com/

Sumber: Halaqah.net

Dajal; Yakjuj Makjuj dan Umno

Mari kita kaji sedikit ttg Yakjuj & Makjuj di dalam Al-Quran. Jadi karakter utama yg kita jumpa ada lah Iskandar Zulkarnain. Siapakah sebenarnya Iskandar Zulkarnain ini? Ia adalah seorang raja yg beriman dgn Allah dan mempunyai kerajaan yg kuat. Sekali pandang, ramai yg mengandaikan Iskandar Zulkarnain ini adalah Alexander the Great, raja Macedonia yg tidak beriman itu.

Jawapan sebenarnya adalah Darius the Great, raja Parsi yg hidup pada zaman nabi Ibrahim, dan telah pun berjumpa dgn Nabi Ibrahim dan membuat tawaf di Makkah bersama2. Oleh itu Parsi adalah Iran pada zaman moden ini. Oleh itu jika dikaji kedudukan geografi yang berkemungkinan besar didiami oleh Yakjuj dan Makjuj adalah wilayah Khazar yg berada di Utara Georgia dan Chechnya, ataupun Selatan Rusia pada zaman moden ini. Jika kita membuka peta negeri tersebut, sememangnya terdapat satu banjaran gunung yg memisahkan mereka dgn Khazaria.

Saya yakin ramai belum pernah mendengar ttg kerajaan Khazar ini. Sebenarnya maklumat ini sengaja di sembunyikan dari pengetahuan ramai oleh sebab2 yg akan kita ketahui kelak.

Saya berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah Bani Adam ataupun manusia biasa. Akan tetapi mereka memang suka membuat kerosakan di muka bumi oleh kerana peradaban mereka yg agak barbaric.

Akan tetapi kewujudan kerajaan Khazaria ini telah mengubah / mencipta sejarah dunia. Bayangkan sebuah Kerajaan Khazaria yg setelah sekian lama mengamal Paganism, apabila mendapati mereka terhimpit di antara 2 kuasa besar iaitu Khalifah Abbasiyah dan Kerajaan Kristian Byzantium tiba2 memilih untuk memeluk agama Yahudi pada kurun ke 8 Masehi. Satu siri peperangan yg amat dahsyat telah berlaku selama hampir 100 tahun degan kerajaan Bani Abbasiyah. Khazaria juga telah berjaya menyusup kedalam monarki Byzantium melalui perkahwinan dan pakatan ketenteraan juga dimeterai dengan kerajaan Kristian tersebut. (Pakatan pseudo Yahudi dan Kristian menentang Islam). Maka berlarutlah peperangan sehingga Konstantinople di tawan kerajaan Islam Uthmaniyyah dan kerajaan Khazar di kalahkan oleh kuasa Rusia.

Sejarah dunia mungkin akan berlainan pada masa kini andainya kerajaan Khazar ini tidak wujud. Mereka telah berjaya mengekang kemaraan tertera Islam daripada memasuki Eropah Timur dalam gerakan Pincer gergasi, satu dari arah Sepanyol kerajaan Granada dan satu dari arah Eropah Timur oleh Bani Abbasiyah. Jika gerakan ini berjaya seluruh Eropah mungkin jatuh ke tangan Muslim.

Jadi persoalan kita di mana orang2 Khazar ini pada masa kini?

Jawapannya, kita harus kaji geneologi Yahudi2 Zionis yg kini berada di Israel. Majoriti mereka adalah terdiri daripada Yahudi Ashkenzi yg berasal dari Eropah Timur. This is a fact! Satu lagi geneologi yg harus dikaji adalah seluruh monarki Eropah, memang and darah Ashkhenzi Yahudi. Tahukah anda perkataan British (Brit ish) asalnya daripda Yiddish yang bermaksud Yahudi. Yiddish adalah bahasa Hebrew yg disesuaikan utk bangsa Khazar.

tahukah anda George Bush Senior seorang Freemason 44th Degree gelaran yg dipakai di dalam aktiviti occult nya adalah Magog (Makjuj).

Oleh itu persoalan kita harus ajukan, kenapa bangsa Khazar yg memeluk agama Yahudi dan tiada sebarang pertalian darah dengan 12 puak Yahudi yg asal melalui gerakan Zionis mereka boleh menuntut Tanah Suci di sekitar Baitul Maqdis seolah2 ia adalah hak keturunan mereka?

Perumpamaan kita boleh di sini, bayangkan orang Muslim di Tanah besar China yg agak ramai juga bilangan mereka menuntut hak ke atas Tanah Suci Makkah dan Madinah sebagai hak warisan mereka? tentunya mustahil, akan tetapi itulah hakitatnya di Baitul Maqdis, fikirkanlah bersama. Tajuk ini terlalu panjang dan lebar utk dikupas.

Pendek kata Yakjuj dan Makjuj sudah pun keluar daripada benteng nya, memeluk agama Yahudi, bersekongkol dengan Kristian menentang Islam, menyusup ke dalam monarki Eropah, lahirnya gerakan Knights Templars, menukar nama kepada Freemason dan kini menguasai dan menggagahi seluruh aspek kehidupan melalui New World Order mereka, dan sudah pun bertapak di Baitul Maqdis dan sedang berkumpul dan berhijrah ramai ke Israel. Air Tasik Thabariyyah (Sea of Galilee) semakin berkurangan untuk menampung penduduk yang sentiasa meningkat. (Sukatan air laut ini adalah petanda utama bagi kehadiran Yakjuj Makjuj melalui Hadith2 Nabi).

kaji balik siapa Illuminati...dari mana asal usul mereka...

The Iron Gates dah lama kena roboh....siapa kata? Rasulullah sendiri...Baginda yang terjaga dari tidur dalam keadaan ketakutan dan berkata bahawa terdapat lubang pada Iron Gates dzulqarnain, dan memberi amaran kepada bangsa Arab akan bahaya yang mendatang....

Nak lagi bukti nyata? Di dalam Al-Quran sendiri dah disebut dalam surah al-anbiya' ayat 95-96

وَحَرٰمٌ عَلىٰ قَريَةٍ أَهلَكنٰها أَنَّهُم لا يَرجِعونَ ﴿<٩٥﴾

(95) Dan diharamkan kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali

حَتّىٰ إِذا فُتِحَت يَأجوجُ وَمَأجوجُ وَهُم مِن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلونَ ﴿٩٦﴾

(96) Sehingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

Di sini apa pra-syarat bagi penduduk yg diharamkan kembali kepada sebuah negeri yg pernah dibinasakan (Orang Yahudi dan Jerusalem) Jawapannya: ayat 96 sehingga dibukakan Yakjuj dan Makjuj

Maafkan saya, bukankah sekarang ini yang berada di Jerusalem orang Zionis Yahudi???

Yakjuj Makjuj is the NEW WORLD ORDER...saksikan video terbaru Wake Up Project: Phase 3 yg akan merungkaikan satu persatu akan hakikat ini;


"Dan mustahil bagi kaum sesebuah negeri yang telah Kami binasakan (kaum dahulu), bahawa mereka tidak akan berulang.

Apabila dimunculkan Yakjuj dan Makjuj, maka mereka dilahirkan dari tiap-tiap benjolan."

Bagi sesiapa yg pernah belajar bahasa Arab, pemahaman untuk ayat2 di atas is very simple and crystal clear, tidak perlu kepada penakwilan yang mungkin memberi makna yang kurang tepat....Bahasa Arab adalah satu bahasa yang amat halus.

"Waharamun" - dilarang, diharam. ditegah "Ala Qaryatin" - sebuah bandar/kampung/penempatan (disebut tanpa makrifah alif dan lam "al" - iaitu nakirah) maka ia adalah sebuah bandar yang SPESIFIK "La yarji'un" - kata asal "raja'a", membawa maksud kembali/pulang "Hatta" - makna lebih tepat adalah SEHINGGA satu perkataan yang bersyarat kepada sesuatu "Futihat" - perkataan asal "fataha" maksud BUKA...

Dengan pemahaman yang lebih jelas seperti demikian, maka harus kita tanya siapa yang ditegah/dilarang untuk kembali kepada sebuah bandar yang spesifik (cannot be any bandar) yang pernah dimusnahkan???

Jawapannya juga didalam Al-Quran yang banyak mengisahkan tentang Bani Israil....yang mana selepas zaman Nabi Sulaiman alaihi salam, mereka melakukan kerosakan, maka Allah mengirim makhluknya yang bernama Nebucahdnezzar II, Raja Babylon yang menghancurkan kota Jerusalem, dan semua Bani Israil ditangkap dan dijadikan hamba dan dibawa ke Babylon....

Pulang/kembali yg dimaksudkan di ayat ini adalah bermaksud Bani Israil akan pulang membentuk kerajaan buat kali kedua....nah, siapakah gerangan nya yang kini berada di Baitul Maqdis dan menguasai Jerusalem? Siapa lagi kalau bukan Yahudi?

Jadi ayat seterusnya harus membuka minda kita tentang pra-syarat atas kepulangan mereka itu:

Mereka tidak akan dapat pulang sehingga terbukanya tembok Ya'juj Ma'juj! Itu pra syarat nya....Bila disabitkan DIBUKA dengan Ya'juj Ma'juj, tidak lain dan tidak bukan adalah robohnya benteng Dzulqarnain.

Jadi tugas kita adalah untuk mengenal siapa sebenar Ya'juj Ma'juj ini.....Mereka adalah manusia biasa (bani Adam) daripada keturunan Yafeth bin Nuh alaihi salam....setelah berlakunya banjir besar, anak2 Nabi Nuh berpecah kepada Yafeth, Hem dan Shem. Kebetulan Yafeth menuju ke arah utara di negeri sejuk dan banyak pergunungan....Jadi nak dipendekkan cerita, suku2 Yafeth bin Nuh ni adalah predecessors kepada seluruh penduduk Eropah....Anglo Saxons, Goths, Visigoths, Ostrogoths, Huns, Khazars etc. Sebelum puak2 ini muncul, asal mereka adalah daripada puak Scythia yang ada direct relation (berasal) dengan Yafeth bin Nuh.

Topik amat besar untuk dibincangkan dalam satu posting; tapi saya nak tinggal dengan satu persoalan......Sea of Galilee/Tasik Tabariyyah yang banyak disebut sebagai tanda dekatnya Al-Masikh Dajjal dan kewujudan Ya'juj Ma'juj....Ini adalah fakta terkini, air tasik itu sudah berada di bawah paras kritikal dan tidak mungkin akan pulih kembali! Kerana apa? Israel mengepam air tasik sebagai sumber air minuman utama bagi negara haram itu....saya bagi hint: Air minum; bukan didalam hadith ada menyebut tentang Ya'juj Ma'juj minum air tasik Tabariyyah sampai kering??? Siapa sebenar Yahudi di Israel kini?

JAWAPAN: 80-90% Yahudi Zionis di Israel adalah keturunan Ashkenazi daripada Eropah timur yang berasal daripada puak Khazar yang pernah menduduki kawasan di Selatan Rusia , di utara Pergunungan Caucasus (Utara Georgia)....Khazars adalah salah satu daripada keturunan Ya'juj Ma'juj! Hanya baki 10% adalah Bani Israel yang sebenar yang rata berkulit gelap spt puak Sephardic....Khazar/Ashkhenazi adalah Yahudi celup, yang berasal daripada puak tidak berperadaban (barbaric) dan menganut paganism dan shamanism, pada kurun 7 masehi, dengan semena2nya raja Khazars ini menganut agama Yahudi.....

Tradisi pemikiran yang mengatakan benteng Dzulqarnain masih berdiri harus dikaji semula dan didebat berdasarkan fakta2 yang baru kita mula nak kenal. Bahaya nya kita tidak akan mampu mengenal PENIPUAN demi PENIPUAN di dalam zaman fitnah ini....kerana itulah kerja Dajjal - MENIPU...

Wallahu A'lam....

Sumber: Halaqah.net