Pages

Showing posts with label Hishamudin Rais. Show all posts
Showing posts with label Hishamudin Rais. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Karya Abang Hisham

Aku memang layan dengan karya-karya Abang Hisham.

Filem yang dihasilkan nya pada tahun 1998 pun aku layan tengok 2 3 kali.

Rasa nyer jalan cerita nyerr biasa jerr tetapi aku dapatkan rasa kejujurannya dalam berkarya.

Abang Hisham kerap melontarkan suara-suara hati anak-anak muda.

Dia menyuarakan apa yang diinginkan oleh anak-anak muda yang sedang menghadapi kehidupan dikota.

Cabaran yang dilalui oleh anak-anak muda ini untuk terus kekal bersaing bersama bangsa-bangsa lain.

Mungkin kata-katanya dan tulisan nya agak lucah tetapi itu lah cara anak muda yang berani bersuara demi menegakkan fakta. Bukan nya tong kosong.

Melontarkan idea dalam cara mereka. Aku sokong!





Adegan paling tak ranjang

Oleh: Hishamuddin Rais


Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.

Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menelefon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak, tak sabar-sabar nak menonton Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar.


Baca lagi...

Sunday, February 21, 2010

Rakyat digantung kes Anwar-Saiful

Oleh: Hishamuddin Rais




Akhirnya perbicaraan Anwar Ibrahim bermula. Perbicaraan ini satu kes ulang buat. Dalam dunia filem, ulang buat bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan. Banyak filem yang diulang buat. Pengulangan ini kerana pembuatan pertama dianggap berjaya daripada hasil jualan tiket.

King Kong pertama kali dibuat pada tahun 1933. Filem ini diulang buat pada 1976 dengan minah cun Jassica Lange sebagai kekasih King Kong. Apabila teknologi komputer berkembang, sekali lagi King Kong diulang buat pada 2005.

Psycho, klasik seram, daripada kerja seni Alfred Hitchcock dibuat hitam putih pada tahun 1960. Kemudian pengarah Belanda, Gus Van Sant mengulang buat pada 1998. Ulang buat daripada kerja mamat Belanda ini cukup rapi. Dia meniru bingkai demi bingkai kerja seni mamat gemok Alfred Hitchcok. Dari filem hitam putih, Psycho baru telah menjadi berwarna-warni.

Lawak bodoh

Sayangnya kebanyakan filem yang diulang buat ini menjadi kantoi dan gagal. Psycho yang diulang buat dilihat sebagai lawak bodoh.

Nasib baik pengarah Belanda itu tidak membunuh diri kerana malu. Jassica Lange menyesal tetapi ketika itu dia belum ada pilihan. King Kong 2005 juga menjadi lawak yang dipenuhi dengan kerja komputer dan bukan kerja membuat filem.

Malah, apabila ada sahaja desas-desus sesebuah filem ingin diulang buat, maka akan muncul lawak-lawak mengatakan betapa kurangnya idea dan cerita baru dari Hollywood. Ada pengarah yang akan menyorokkan muka ke bawah bantal kerana malu tidak ingin terbabit dalam kes ulang buat ini.

Warga Malaysia kembali berlabon, bersembang dan berbincang apabila mendengar tuduhan terhadap Anwar. Akhirnya satu Malaysia ketawa dan tersenyum. Perbicaraan ini juga satu kes kerja ulang buat.

Tema sandiwara ulang buat ini cukup senang untuk difahami: Anwar wajib dimasukkan kembali ke dalam penjara kerana dia telah berjaya membawa satu politik baru untuk Malaysia. Politik baru ini telah mengikat satu setiakawan di antara PKR, DAP dan PAS.

Gabungan setiakawan tiga parti ini dipanggil Pakatan Rakyat - satu ikatan politik baru yang akan menggantikan United Malays National Organisations dan BN untuk mentabir Malaysia.

BN menahan marah

Pilihanraya 8 Mac 2008 telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia berani dan sanggup menerima satu perubahan budaya politik baru. Daripada nisbah kiraan undi, terbukti majoriti rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Perkembangan ini menjadikan para gerombolan dalam BN terpaksa menahan marah.

Justeru, Pakatan Rakyat wajib ditumpaskan. Satu konspirasi wajib diwujudkan sekali lagi. Konspirasi ini bertujuan menumpaskan Pakatan Rakyat. Jalan pintas untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah dengan memenjarakan Anwar. Khalas. Finito.

Jika Pakatan Rakyat tidak ditumpaskan, maka segala pelesit yang selama berpuluh-puluh tahun ini menghisap darah rakyat akan menghadapi masa depan yang amat gelap. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran Malaysia, maka segala kerja jahat mereka - harta-harta rasuah mereka, kes samun dan kes bunuh mereka – semuanya akan diadili oleh rakyat.

Justeru kerana takutkan balasan ini, tidak dapat tidak Anwar wajib dipenjarakan sekali lagi. Apa sahaja yang wajib dilakukan akan dilakukan untuk memastikan Anwar masuk ke dalam sel sekali lagi. Inilah sebenarnya tema ulang buat sandiwara yang sedang kita lihat sekarang.

Kes ulang buat ini sama seperti kes pada 1998 dahulu. Seorang protoganis baru telah ditemui. Lokasi baru telah dikenali. Tetapi ulang buat ini masih menggunakan skrip lama. Apa yang telah diubah hanya dialog atau kata bual. Dialog kali ini dilihat agak gempar.

Dialog seorang supir

Banyak dialog telah diubah suai dan diperbaiki daripada kelam-kabut pengucapan kata bual seorang supir yang daya fikirnya sama seperti Zulkifli Noordin. Yang baru datang hanya si pereka set, si tukang lampu dan para pak pacak.

Manakala yang di belakang kamera pun masih orang-orang jahat yang lama. Ramai orang-orang jahat ini hampir pencen tetapi mendapat talian hayat untuk membuat 'the last bottom show'.

Jika kerja jahat ini gagal, mereka juga akan turut mati oleh serangan bom angin berjuta-berjuta rakyat Malaysia yang pada hari ini sedang menyimpan gas setelah lama memakan petai jeruk dan pengat labu.

Awas! warga Malaysia wajib sedar. Di belakang semua ini Mahafiraun. Mahafiraun amat sedar jika Anwar tidak dipenjara, maka yang akan masuk ke dalam penjara ialah Mahafiraun sendiri. Kes jahat Mahafiraun ini sudah berkepok-kepok. Kalau hendak dihitung tidak cukup pasir dan batu di Telok Kemang. Kalau hendak ditulis, dakwat seluas Laut China Selatan akan kering.

Kalau Anwar tidak dipenjara, Mahafiraun sedar dia sendiri akan tenggelam lemas dalam air ludah rakyat Malaysia. Justeru hari ini Mahafiraun akan melakukan apa sahaja termasuk mencari rambut palsu baru untuk isterinya. Semua kerja jahat Mahafiraun ini bertujuan untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak akan dapat mentabir Malaysia.

Apabila Psycho keluar untuk pertama kali pada 1960, dunia filem gempar. Berpusu-pusu dan berbaris-baris kaki wayang datang untuk mengintai dada Janet Leigh yang basah dan mungil dalam babak mandi sebelum dibunuh oleh Mister Bates, lakonan Anthony Perkins.

Lawak seram

Apabila Psycho diulang buat, tidak ada sesiapa yang percaya lagi tentang keupayaan pengarah barunya. Ia dilihat sebagai lawak seram yang tidak menyeramkan.

Perkara yang sama sedang berlaku pada kes Anwar. Apabila kes Anwar diulang sekali lagi di mahkamah, kelihatan tidak ada satu babak pun yang akan memeranjatkan warga Malaysia lagi.

Sebenarnya warga Malaysia berasa hiba dan pilu, bukan untuk Anwar tetapi untuk pakar konspirasi yang dilihat amat bodoh. Warga Malaysia terpaksa bersimpati sedih atas kebodohan pihak yang merancang konspirasi ini.

Bayangkan betapa sedihnya tanah air kita hari ini. Sebuah negara yang penduduknya berjumlah hampir 30 juta orang sedang terumbang-ambing. Masa depan negara dengan 30 juta warga sedang bergantung kepada satu lubang.

Sedih lagi pilu. Ratap lagi meraung. Ia menjadi talian hayat Najib Razak. Kes ini menjadi garis ekonomi negara kita - naik turunnya Bursa Saham Kuala Lumpur sama seirama dengan tekanan perbicaraan ini. Sistem pertahanan negara kita ini juga bergantung kuat dengan berapa lamanya ia bertahan.

Dalam sejarah tamadun dunia, perkara ini tidak pernah berlaku. Tiongkok dipertahankan daripada serangan Mongol bukan melalui kes seks tetapi melalui Tembok Besar China. Alhambra dipertahankan dan berkembang sebagai tamadun bukan melalui kes seumpama ini tetapi melalui ilmu dan falsafah.

Lucah dan meloyakan

Inilah hakikat yang sedang berlaku ke atas negara kita hari ini. Tidak ada tangisan yang akan dapat mengalihkan hakikat ini. Memang betul, bunyinya lucah dan meloyakan. Malu lagi memualkan.

Lucah dan meloyakan terjadi kerana pada ketika ini United Malays National Organisation sedang cuba menarik nafas untuk mendapat talian hayat dengan menghidu rapat kepada kekuatan kes ini. Kemenangan kes ini diharapkan akan menyambung kembali nyawa United Malays National Organisation.

Kita tunggu dan lihat apabila keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan ini terbarai setelah ia tidak membuang hampas busuk selama 52 tahun. Tiga puluh juta warga Malaysia wajib bersedia. Hampas busuk ini akan bertaburan. Ketawa salah, hendak menangis pun kita tidak berair mata lagi.

Thursday, August 13, 2009

H1N1: Hishamuddin Vs. Haron Din

Terkejut apabila membaca artikel Hishamuddin Rais berkenaan penyakit H1N1 dalam kolum berita Malaysiakini semalam, 12 Ogos 2009. Analogi yang diberikan amat mudah difahami tetapi dalam ruang lingkup yang besar. Di sini beliau telah melakukan penyelidikan walaupun tidak menyeluruh namun telah memberi jawapan secara empirikal dan sangat berkaitan dengan fenomena sebenar dunia pada hari ini. Huraian penyakit H1N1 dari konteks agama telah dijelaskan oleh Tuan Guru Dr. Haron Din dan termuat dalam akhbar Harakah terbitan sebelum ini.

Terdapat perbezaan yang sangat jelas penerangan yang diberikan oleh kedua-dua tokoh ini. Hishamuddin Rais dikenali seorang ahli sains sosial yang mementingkan hujah-hujah empirikal (bukti) dalam sesuatu fenomena yang berlaku. Sementara Dr. Harun Din merupakan seorang cendikiawan Islam yang terbukti mempunyai ilmu agama yang tinggi dan pandangan Islam yang jauh.,

Jika dilihat keadaan sebenar dunia pada masa kini, fahaman kapitalis merebak di mana-mana. Semua perkara berhubung dengan kehidupan manusia semata-mata bepaksikan keuntungan. Niat, perbuatan dan hubungan sesama manusia adalah sejauh mana keuntungan boleh dibuat. Keuntungan kecil bermakna hubungan yang sedikit, keuntungan besar membolehkan hubungan lebih rapat sesama manusia. Tiada lagi hubungan kerana ALLAH SWT. Semuanya adalah fulus.

Perubahan fenomena ini sangat ketara selepas dunia mengalami pemodenan hasil daripada Revolusi Perancis dan Revolusi Perindustrian. Sementara fahaman agama Kristian berpecah menjadi katolik dan protestan. Unsur mazhab protestan inilah yang mencipta manusia-manusia menjadi tamak kepada keuntungan terutama di barat. Sehinggalah barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan untuk dipunggah kekayaan mereka di samping menyebarkan agama kristian. Sedihnya kebanyakan perpecahan umat Islam pada hari ini sangat berkaitan dengan faktor mendapat keuntungan lebih dari yang lain.

Pandangan agama yang diulas oleh Dr. Haron Din menampakkan kebenarannya. Manusia semakin jauh dari petunjuk yang diturunkan ALLAH SWT iaitu Al-Quran dan Hadis nabi. Sumber rujukan tertinggi dalam menyelesaikan semua permasalahan manusia dalam apa jua bidang meliputi Muslim atau Non-Muslim. Dr. Haron Din menghuraikan secara panjang lebar apabila manusia bukan sahaja jauh malah berani menentang Pencipta.

Sangat menarik dua pandangan berbeza di sini. Seorang ahli sains sosial dapat menghuraikan suatu fenomena dengan bukti empiri tanpa langsung menyerah kepada takdir. Maksudnya setiap apa yang berlaku mempunyai hujah-hujah ilmu berdasarkan fenomena alam dan tindakan manusia. Seorang ahli agama pula memberikan hujah bersandarkan nas serta dalil aqli dan naqli serta maqamnya yang tinggi di sisi ALLAH SWT.

Saya tidak berniat hendak melagakan kedua-dua tokoh tersebut. Namun amat menarik jika kita ambil pengajaran yang sangat berguna daripada kedua pandangan ini. Kebanyakan umat Islam (Malaysia) sangat menyerah kepada takdir apabila berlaku sesuatu mala petaka dan tidak berusaha menyelidikinya. Akibatnya mala petaka itu berulang datang. Ini kerana apabila tiada penyelidikan walaupun bukan khusus menyebabkan kita tidak dapat meramal dan mengelak daripada terjadi.

Ilmu sangat penting dalam membina syahsiah dan ummah. Saidina Ali pernah berpesan "perancangan kaum kuffar akan mengalahkan orang Islam yang semata-mata berserah".

Wednesday, October 15, 2008

ARAH EKONOMI KAPITALIS

Oleh : Hishamuddin Rais

Hari ini ekonomi kapitalis sedang menghadapi satu krisis yang amat besar. Kemungkinan dunia kita hari ini di bawa kembali ke zaman meleset sama seperti tahun 1929 dahulu cukup cerah.

Ahli-ahli Dewan Congress Amerika telah meluluskan dana negara sebanyak 700 bilion dolar untuk membantu lembaga-lembaga bank yang berkemungkinan jatuh muflis. Di Britain Gordon Brown telah juga meluluskan 500 bilion sterling pound untuk tujuan yang sama. Sebuah lembaga penyimpan/peminjam dana – Northern Rocks – telah di hak miliknegarakan oleh kerajaan Parti Buruh Gordon Brown.

Dari mana asal usul krisis yang menghimpit ekonomi kapitalis ini ?



Zeitgeist - The Movie: Federal Reserve (Part 1 of 5)



Part 2
Part 3
Part 4
Part 5


Semua ini berpunca dari asas ekonomi kapitalis yang mengajukan dasar neoliberalisma. Ertinya ekonomi kapitalis yang mengenepikan peranan daulah/state dan membuka pasaran bebas. Amerika Syarikat negara kapitalis terunggul di dunia telah mengenepikan sistem wang yang bersandarkan emas. Ini berlaku pada tahun 1971 apabila Presiden Nixon memansuhkan Bretton Woods Agreements.

Perjanjian ini dimansuhkan ketika kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial terhadap Vietnam, Laos dan Kamboja. Perang Indo-China ini telah membocorkan dan mengkoyak rabakkan ekonomi Amerika. Berbilion dolar telah digunakan dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan gerakan nasionalis di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Perang memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi – nyawa dan harta benda.

Yang menjadi ganti Bretton Woods Agreements ialah Dolar Amerika. Negara-negara kapitalis terutamanya negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika telah di paksa menerima pakai 'fiat money' yang hanya bersandarkan kepada kekuatan ekonomi Amerika. Justeru semua jual beli diantara negara-negara kapitalis terutama jual beli bahan bakar petrolium wajib menggunakan dolar Amerika.

Hasil awal dari tindakan dasar ekonomi ini telah menyelamat ekonomi Amerika yang mula merundum pada tahun-tahun 70'an. Ekonomi kapitalis Amerika dapat bernafas semula dan berkembang.

Rupa-rupa langkah Presiden Nixon itu hanya untuk membeli masa. Tiga puluh tahun kemudian semuanya berulang kembali. Amerika kini sedang melancarkan perang kolonial terhadap Iraq dan Afgahnistan. Kalau pada tahun 1971 Perang Vietnam melimpah ke Laos dan Kamboja, kini tahun 2008 Perang Iraq/Afghanistan telah melimpah ke Iran dan Pakistan.

Sebelum serangan ke atas Iraq bermula, Rumah Putih secara 'romantik ' telah memberi anggaran 50 bilion dolar sebagai belanja perang. Hari ini angka resminya telah mencecah hampir 600 bilion dolar. Perang di Iraq memerlukan 300 juta dolar sehari. Ada yang menganggarkan diantara 1 hingga 2 bilion dolar seminggu akan digunakan di Iraq.

Seorang pakar ekonomi Linda Bilmes dari Kennedy School of Government di Harvard, dan Joseph Stiglitz pemenang hadiah Nobel laureate Ekonomi yang juga bekas penasihat ekonomi Bill Clinton telah meletakkrer44+++aaaan harga 2 trilion dolar sebagai belanja perang di Iraq hingga ke hari ini.

Justeru peperangan di Iraq dan Afghanistan ini sedang mengancam ekonomi Amerika dan ekonomi dunia kapitalis – sama seperti ancaman di zaman Perang Vietnam dahulu.

Dalam masa yang sama dasar neoliberal juga telah memberi ancaman yang sama. Banyak peraturan jual beli, peraturan urus niaga yang menjaga kepentingan negara-negara kecil telah di lupuskan atas paksaan perjanjian World Trade Organisation ((WTO ) atau atas nasihat Bank Dunia.

WTO dan Bank Dunia adalah dua lembaga yang di wujudkan oleh kuasa imperial Amerika untuk memastikan kepentingan ekonomi Amerika berjalan lancar tanpa ganguan. Dua lembaga ini mengajukan dasar-dasar neoliberal dan memastikan pasaran dibuka seluas mungkin untuk kaum pemodal.

Peraturan dan perjanjian yang dilihat tidak menguntungkan kaum pemodal akan dihapuskan. Negara-negara Dunia Ketiga tidak dapat bertahan dari serangan dasar PENSWASTAAN yang dipaksakan ke atas mereka oleh WTO dan Bank Dunia.

Selain dari belanja perang dan dasar neoliberal ini - ekonomi kapitalis juga sedang berhadapan dengan masaalah struktur sistem kapitalis ini sendiri. Di zaman meleset tahun 1929 dahulu, Amerika tidak berperang tetapi berhadapan dengan masaalah keyakinan terhadap lembaga-lembaga bank.

Kali ini keyakinan terhadap lembaga bank datang kembali bersama bencana perang – dua-dua datang sekali harung. Memang betul jika diperhatikan ekonomi kapitalis ini ada putaran jatuh/bangun setiap sepuluh tahun – 1974 – 1988, 1997, 2008 - tetapi kali ini bebeza. Ini bukan pusingan krisis sepuluh tahun sekali lagi. Ianya lebih dari itu.

Dunia kapitalis bukan sahaja berhadapan dengan pengeluaran yang berlebihan (surplus production) malah strukturnya telah hampir hancur. Rakyat dunia tidak lagi mahu menerima dolar sebagai wang tukaran. Apabila dolar tidak lagi di yakini, maka nilai dolar jatuh.

Dalam suasana nilai dolar jatuh, Federal Reserve – badan swasta yang berhak mengeluarkan dolar – mengambil jalan pintas. Federal Reserve terus mencetak dolar untuk dijadikan bahan export utama Amerika. Hasilnya ada lambakan dolar di pasaran dunia. Bila dolar melambak maka nilainya semakin merosot. Ini samalah seperti apa yang pernah terjadi kepada ibu dan ayah kita dengan Duit Batang Pisang di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu pada tahun 1941-1945 dahulu.

Untuk memastikan dolar terus di terima pakai, kuasa imperial telah menggunakan ancaman kekuatan tentera untuk memastikan jual beli terutama bahan bakar petrol akan terus dinilai dengan dolar. Harus dingati salah satu sebab kenapa Saddam Hussein dijatuhkan ialah kerana Saddam telah meninggalkan dolar dalam hal jual beli minyak. Iran, yang kini dianggap musuh, telah juga meninggalkan dolar dan beralih kepada Euro dalam hal jual beli minyak petrol. Langkah yang sama juga sedang diambil oleh Russia. Langkah meninggalkan dolar negara-negara ini terus membantu penurunan nilai dolar.

Satu lagi musibah yang sedang menyerang sistem ekonomi kapitalis ialah munculnya – perniagaan bentuk baru. Perniagaan ini bukan membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu barangan. Kalau kita memotong getah, hasilnya ialah getah. Kalau kita memburuh menanam padi hasilnya ialah beras.

Perniagaan bentuk baru- tidak membuat apa-apa barangan - ianya hanya membuat spekulasi tentang tentang harga barangan masa depan dan nilai mata wang dari sebuah negara ke sebuah negara. George Soros, nama yang dikenali di Malaysia hanya salah seorang dari beratus-ratus peniaga bentuk ini.

Perniagaan ini lebih tepat kalau kita kenali sebagai – berjudi/betting. Berniaga mata wang ini tidak produktif. Ianya tidak menghasilkan apa-apa barangan/products. Jenis perniagaan ini muncul hasil dari dasar neoliberalisma. Perniaga jenis ini akan berbondong ke hulu ke hilir dalam dunia global mencari pasaran untuk berjudi.

Kita tidak nampak mereka kerana mereka semuanya bersarang di Wall Street New York dan di City of London. Mereka bebondong-bondong tetapi tidak bergerak. Mereka hanya mengalihkan angka dana mereka melalui internet. Tidak ada wang ringgit yang masuk, tetapi jika mereka menang 'judi' maka harta dan titik peluh kita ke kantung mereka. Inilah yang berlaku pada tahun 1997 dahulu.

Dalam masa kurang lebih 6 bulan krisis ekonomi kapitalis ini akan sampai kepada kita. Di Amerika dan Eropah pada masa ini sedang berhadapan dengan zaman meleset. Rakan niaga kita di Amerika Utara dan di Eropah akan mengurangkan permintaan. Apabila ini berlaku maka banyak pabrik dan kilang akan ditutup. Banyak yang akan hilang pekerjaan.

Inilah hakikat krisis ekonomi global kapitalisma.

Sekarang para pemimpin kita wajib membuat satu dasar ekonomi baru yang bersandarkan kepada ekonomi pertanian. Bumi Hijau seharusnya dijadikan dasar oleh Pakatan Rakyat. Bumi Hijau bermakna kita mengajukan penanaman bahan-bahan makanan dan bukan pembuatan barangan. Apabila zaman meleset sampai kita memiliki beras yang cukup. Kita memiliki sayuran, ikan, daging, bijirin dan buah-buahan yang cukup.

Kita pasti tidak dapat makan Proton. Kita tidak dapat makan komputer chips kerana ianya bukan potato chips. Dengan asas ekonomi pertanian yang kukuh pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu orang ramai dari dilanggar zaman meleset yang akan sampai tidak lama lagi.

Wednesday, August 13, 2008

Poyoo betul mamat Cheruk Tok Kun

''SELAMA 10 tahun saya berjuang untuk manusia bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sepanjang tempoh itu juga saya keluar masuk lokap demi mempertahankan perjuangan beliau.''Namun setelah beliau dibebaskan, tidak sekalipun beliau menghubungi saya dan bertanya sama ada saya makan atau tidak, bagaimana keadaan keluarga saya dan bagaimana nasib saya akibat bisness yang telah lingkup," demikian luahan kecewa Abdul Ghani Haroon, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Di Petik dari Utusan Malaysia 3.Ogos 2008-08-06


Mamat dari Cheruk Tok Kon ini memang cukup poyo. Ini bukan bukan fitnah dari Saiful atau dari Uncle Pet. Ini telah terbukti saheh. Ini dari mulut Abdul Ghani Haroon. Siapa yang tak faham makna poyo sila tanya Mat Rempit. Kalau masih ada yang tidak tahu apakah bendanya Mat Rempit ini maka saya cadangkan mereka berhijrah ke Dacca atau ke Nepal dan jangan pulang ke Malaysia sehingga faham makna poyo.

Bila saya terbaca berita tentang Abdul Ghani Haroon ini, hati saya berasa pedih lagi pilu. Jiwa saya mendayu-dayu. Air mata saya berderai-derai keluar macam biji-biji mutiara di leher Datin Rosmah. Nasib baik saya tidak pernah memakai seluar dalam kalau tidak ehem saya pun akan menangis sama.

Bayangkan si Poyo Cheruk Tok Kun ini langsung tidak ambil pot terhadap kawan baik saya si Ghani Haroon ini. Nah! Ada sesiapa yang tidak faham apa dia pot? Jangan tanya Dewan Bahasa, buang masa sahaja; kalau tanya Minah Kelisa atau Minah Kancil mereka pasti arif. Pot ialah satu perkataan kool yang tidak berani di pakai olih Nik Safiah atau Segerawan Negara. (Segerawan Negara ialah mereka yang mengaku diri sebagai sasterawan dan menulis ayat-ayat kontot yang mereka namakan sajak).

Sebenarnya saya kenal baik dengan si Ghani ini. Setiap kali saya jumpa dia, baju dan seluarnya selalu berseterika. Saya tidak pernah nampak dia memakai jean atau jauh sekali pakai jean koyak macam Madonna. Mamat ini kalau di University Malaya di zaman saya dulu dia ini akan di anggap Mat Belia atau Apiah. Hari ini tahun 2008 kalau di universiti Mamat macam si Ghani Haroon ini termasuk dalam gulungan Mat Skema atau Mat Rakan Muda. Kalau dia di dalam gerombolan United Malays National Organistaion dia akan di panggil Mat Baju Batik a.k.a Mat Kontrektor Kelas F a.k.a Kontrek Jungkies.

Memang betul si Ghani ini di tahan di bawah ISA. Saya juga sama sedih tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa. Sel tempat Ghani di tahan ini sebenarnya tidak jauh dari sel saya. Sel-sel kami ini di tempat rashia – bukan café – jadi kita tidak boleh bersembang – kami di kurung 24 jam. Kesian dan sedih kita pada si Ghani ini.

Tetapi bukan ISA yang memilukan dan merobek hati. Hati saya berderai-derai kerana bisness kawan saya ini telah lingkup. Bayangkan betapa besarnya pengorbanan kawan saya ini terhadap Poyo Cheruk Tok Kun ini. Poyo betul si Poyo ini. Sesudah dibebaskan si Poyo ini TIDAK pula angkat talipon dan menalipon si Ghani ini. Bertanya khabar pun tidak. Bukan mahal sangat satu panggilan. Kedekut rupanya Poyo ini.

Cerita ini bertambah sedih lagi menyedihkan apabila si Poyo Ceruk Tok Kun ini TIDAK pula bertanya sama ada kawan saya si Ghani ini makan atau tidak. Ciss… betul-betul tidak bolih pakai si Poyo ini. Entah-entah si Ghani hampir mati kebulur tidak dapat makan. Dijauhkan Bidadari 44 - janganlah satu hari nanti saya terbaca berita kawan saya ini mati kebulurun.

Saya juga merasa kesal lagi bersalah kerana saya juga tidak pernah bertanya kepada si Ghani ini sama ada dia ada soru atau tidak. Ini kerana saya selalu nampak dia ‘steady’ macam Pegawai Level Four. Lain kali kalau saya jumpa si Ghani ini saya akan tanya – Woit! Ghani…hang udah makan atau belum?

Memang sahih hujah si Ghani ini. Bagaimana agaknya si Poyo Ceruk Tok Kun ini hendak membantu nelayan dan petani kalau Ghani seorang pun dia tidak boleh ulur-ulur. Sekarang ini si Ghani ini telah merajuk dan membebel ke hulu ke hilir bersama Mat Ezam mengatakan yang dia tidak dipedulikan olih Poyo Cheruk Kun. Padan muka.

Apa yang terjadi pada si Ghani ini memang sedih lagi pilu. Berderai-derai air mata apabila kita semua membaca berita ini dari akhbar Zainuddin Maidin dan Johan Jaafar. Saya mendengar cerita pada hari berita si Ghani disiarkan, akhbar ini telah tiga kali di ulang cetak. Hebat.

Tetapi kita perlu bersabar. Kesah si Ghani ini belum cukup sedih lagi hingga membawa kita ketawa terbahak-bahak. Kerana itu saya cadangkan kita semua wajib berbilion-bilon bersedih dan berpilu terhadap apa yang telah berlaku kepada Mat Ezam. Air mata kita semua tidak lagi menitis berbantal-bantal tetapi mencurah-curah keluar macam air kencing lembu jantan.

Ini bukan tentang rashia Enam Kotak Mat Ezam. Ini bukan Sumpah Keramat Mat Ezam. Ini bukan saya Mencabar Mat Ezam. Kita semua tahu Mat Ezam ini amat suka bersumpah dan amat suka mencabar. Yang hendak saya tulis ini ialah cerita sedih lagi menyayat hati. Ini cerita sedih lagi pilu, lebih sedih dari cerita seorang Kontrektor Kelas F yang perniagaannya lingkup.

Saya terbaca bagaimana Mat Ezam berkata bahawa si Poyo Cheruk Tok Kun ini bukan sahaja tidak menalipon dia tetapi jeling mata pun tidak mahu. Aduh! Sedihnya hati saya. Bayangkan muka Mat Ezam yang tidak ada jerawat itu tidak hendak di pandang lagi olih si Poyo ini. Apa sudah jadi?

Mengikut Mat Ezam si Poyo Cheruk Tok Kun semenjak bebas dari penjara selalu duduk jauh darinya. Mat Ezam komplain kerana tidak di ajak datang minum-minum kopi. Ajak soru jauh sekali. Kenapa si Poyo Cheruk Tok Kun ini berbuat demikian? Apa susahnya kenyit-kenyit mata kepada Mat Ezam. Tidak bolihkah jeling-jeling dan pandang muka Mat Ezam?

Akhinya bubur menjadi kerak. Mat Ezam pun merajuk patah hati berulam tulang. Dia selalu ke hulu ke hilir mundar mandir membebel ke seluruh kampung Felda bercerita bagaimana dia kurang mendapat pandangan mata dari si Poyo Cheruk Tok Kun.

Saya yakin Mat Ezam telah dihinggapi oleh satu penyakit. Lalu saya meminta nasihat pakar perubatan. Dari seorang Doktor di Pusrawi (bukan doktor yang itu) saya difahamkan nama penyakit Ezam ini ialah KKS. Penyakit in tidak bervirus dan amat mudah berjangkit. KKS ini senang berjangkit terutama kepada orang yang bisnesnya lingkup. KKS lagi senang menjangkiti para Kontrek Jungkies. Penyakit ini juga akan menghinggapi sesiapa sahaja yang gian nak memakai baju putih lengan pendek dan berseluar gelap.

Mengikut kajian Doktor Pusrawi ini penyakit KKS ini sering menghinggapi orang-orang muda yang selalu di lamun olih angan-angan. Lebih tinggi angan-angan maka akan lebih cepat KKS ini menular.

KKS ialah penyakit Kurang Kasih Sayang. Penyakit ini lah yang telah menimpa kawan saya si Ghani Haroon dan Mat Ezam. Mereka kurang mendapat kasih sayang. Sepuluh tahun mereka membuang masa, kalau mereka tanam durian pasti pokok durian telah berbuah. Kalau mereka tanam sawit sudah berbuah tujuh kali. Kalau mereka berjalan kaki mereka telah ngeliling dunia dua kali. Kalau mereka memelihara katak pasti mereka telah wajib dinobatkan sebagai Raja Katak Katak untuk menggantikan Ibrahim Ali.

Ada juga berita baik. Mengikut nasihat Doktor Pusrawi ini KKS cukup senang diubati. Tidak perlu menongeng untuk di periksa bontot. Tidak perlu suntikan atau makan pil. Pertama – si Pesakit hendak lah kurang bersumpah dan kurang mencabar. Kedua – si Pesakit wajib mula belajar berkata benar dan jujur. Ketiga – kalau ada saka atau janji-janji yang telah di lafaz dahulu ianya wajib ditunaikan. Janji seperti kotak-kotak yang tersuruk. Laporan-laporan rasuah 620 muka surat yang di janji kepada orang ramai wajib diumumkan.

Ada satu lagi nasihat Doktor Puswari ini - kalau hendak cepat sembuh si Pesakit perlu mula melihat cermin muka setiap pagi terutama sebelum bercakap bergantang-gantang. Bila melihat muka di cermin sila kurangkan angan-angan terutama jika ada angan-angan hendak menjadi Menteri atau hendak menjadi Kontrektor Kelas A.

Sedih, pilu dan hati mendayu-dayu hingga kita semua ketawa terbahak-bahak. KKS oh KKS. Kesian bila kita membaca kesah-kesah Mamat-Mamat ini. Inilah pengajaran untuk kita semua. Bila kita bangun pagi mari lah kita cermin muka kita sebelum kita bercakap bergantang-gantang. Mana berat mata memadang berat lagi tangan saya yang meraba-raba.


Sumber : Malaysia-today

Wednesday, August 6, 2008

Al-kesah bik Mama

Oleh : Hishamuddin Rais

(Mengikut al-kesahnya, Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari dari kampong hingga ke Pekan. Demikianlah kesah cerita turun temurun yang disampaikan olih nenek kepada cucu dan cucu kepada cicit.)

Rupa-rupanya mengikut yang empunya cerita al-kesah Kerbau Jantan ini terus bersambung.

Anak Tok Penghulu Lama bersama Dua Budak Suruhan termengah-mengah cuba melarikan dari orang kampung yang memburu mereka. Lintang pukang mereka lari - banir terlanggar belukar diredah – dengan harapan mereka akan terselamat. Lari punya lari akhirnya mereka pun sampailah ke hadapan sebuah rumah yang besar terletak jauh dari Pekan.

Rumah besar ini kelihatan tidak bertunggu. Jantan Bertiga ini memberanikan diri lalu masuk terus ke bilik tidur. Tetapi mereka masih merasa tidak selamat lalu melocat ke atas katil dan menyorok dalam kelambu. Tujuh hari tujuh malam mereka duduk dalam kelambu. Tidak ada seorang pun yang berani keluar.

Di hari ketujuh tiba-tiba mereka terdengar bunyi tapak kaki masuk ke rumah. Mereka berpandangan sesama sendiri. Dari dalam kelambu mereka ternampak wajah seorang Betina mengheret badannya menuju ke arah katil. Jantan Bertiga dalam kelambu mula mengigil takut.

Dari celah kain kelambu mereka ternampak seorang Betina yang kilo badanya tidak ada dacing dalam alam semesta yang berani mengukur. Rambutnya ini tidak panjang dan tidak pendek. Matanya tidak sepet dan tidak bula. Di lehernya bergemelapan rantai mutiara yang hampir menjerut hingga ke dagu. Telinganya panjang kerana gayutan subang permata intan berlian. Gelang di tangan kiri dan kanan dipasang hingga ke siku. Jari sepuluh penuh dengan cicin permata.

Hendak dikatakan Betina ini seorang Nenek Kebayan paras rupa bukan Nenek Kebayan. Nak dikatakan Anak Dara sudah macam Mak Janda. Nak dikatakan Hantu ada bentuk macam Manusia. Nak katakan Manusia ada pula rupa macam Hantu. Inilah yang menakutkan Jantan Bertiga dalam kelambu.

Dengan serta merta Betina ini menyelak kelambu maka kelihatan Tiga Jantan ini sedang berpeluk sesama sendiri kerana takut. Betina ini kemudian bersuara keras.

‘Aku Bik Mama… kamu bertiga akan menjadi hamba aku’.

Apabila Bik Mama diberitahu tentang kesah Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru yang menghalau mereka maka Bik Mama naik berang. Bik Mama ini bukan calang-calang orangnya. Betina ini cukup hebat. Pernah satu ketika dahulu Bik Mama menjadi gundek seorang Panglima Kerajaan Melayu Melaka, tetapi Panglima ini ditangkap kerana si Panglima amat kepingin dengan Kanak Kanak. Kemudian Bik Mama dikesahkan telah menjadi gundek seorang Menteri Melayu dari Negara Islam Darul Papa. Tetapi Menteri ini hilang menterinya apabila orang kampung marah kerana dia menyimpan terlalu banyak gundek.

Apabila Bik Mama mengetahui diantara Tiga Jantan ini ada seorang anak bekas Tok Penghulu maka Big Mama pun naik minyak. Badannya semakin mengembang. Mengikut yang empunya cerita Anak Tok Penghulu Lama telah terperangkap di atas katil Bik Mama. Anak Tok Penghulu Lama tidak ada pilihan lalu bernikah dengan Bik Mama.

Selesai sahaja perkahwinan Bik Mama pun mula merancang untuk menobatkan Anak Tok Penghulu Lama untuk menjadi Tok Penghulu Baru. Bik Mama marah dan ketawa kerana rancangan kerbau dahulu gagal. Bik Mama anggap Dua Budak Suruhan ini bodoh macam telor. Tak ada otak macam batang keladi.

Mereka membuat rancangan baru. Dua Budak Suruhan di suruh mencari saekor Itek Angsa. Maka ke hulu ke hilirlah Dua Budak Suruhan itu. Mereka mencari sekeliling Pekan. Dari reban ke reban mereka mengeledah. Di takdirkan maka Dua Budak Suruhan ini bertemulah dengan saekor Itek Angsa berbulu hijau lebat.

Bila Itek Angsa ini dibawa ke hadapan Bik Mama maka sukalah hati Bik Mama. Tetapi mereka memiliki satu masaalah besar - bagaimana hendak membawa Itek Angsa ini masuk ke kampung kerana Orang Kampung semua sudah kenal muka mereka.

Dengan bangganya Budak Suruhan yang paling bebal mencadangkan agar mereka memakai topeng. Bik Mama mengherdik mereka kerana cadangan ini cukup bodoh. Kalau mereka memakai Topeng masuk kampung pastilah Orang Kampung sedar dan tahu. Orang Kampung memang tahu yang bertopeng itu pastilah Orang Jahat. Hanya Orang Jahat sahaja yang memakai Topeng.

Akhirnya Bik Mama mendapat satu jalan. Hendaklah dicari seorang yang cergas dan berlari pantas. Jika boleh orang yang dicari ini pemecut yang bertauliah. Dua Budak Suruhan ini mencari di sekeliling Pekan tetapi tidak juga bertemu. Bila pencarian mereka gagal, Dua Budak Suruhan ini dengan takut pulang untuk menghadap Bik Mama.

Dalam ketakutan, Dua Budak Suruhan ini duduk di atas tangga menunggu Bik Mama. Tiba-tiba muncul saekor Makhluk dari dalam rumah. Makhluk ini agak pelik - hendak di katakan betina dia gagah macam lelaki. Hendak dikatakan Melayu kulitnya pula hitam lagi legam. Hendak dikatakan sida dia bersusu. Entah jantan entah betina Makhluk ini.

Dalam kehairanan ini Bik Mama muncul di tepi pintu. Bik Mama menerangkan Makhluk ini ialah bekas pemecut terhandal. Makhluk ini pelari terpantas di sekeliling Pekan. Lalu Bik Mama menerangkan bagaimana rancangan ini wajib di uruskan.

Mula-mula Makhluk ini akan berlari deras sambil membawa Itek Angsa masuk ke dalam kampung. Itek ini hendaklah ditinggalkan dalam bilik tidur Anak Muda . Kemudian Makhluk ini akan lari pulang ke Pekan. Dengan bangga Bik Mama menepuk dada kerana rancangan ini lebih masuk akal dari rancangan bodoh mereka dahulu.

Ketika semua ini sedang di rancang Anak Tok Penghulu Lama hanya sanggup mengangguk-angguk kepala. Mengikut tuan yang empunya cerita semenjak bernikah dengan Bik Mama ini Anak Tok Penghulu Lama ini telah menikus takut terutama terutama apabila Bik Mama bersuara.

Akhirnya, satu petang yang cerah telah dipilih sebagai hari yang terbaik untuk rancangan mereka. Satelah semuanya dirancang dengan rapi maka si Makhluk pun mengepit Itek Angsa dan berlari dari Pekan masuk ke kampung. Rumah yang di tuju ialah rumah Anak Muda yang pada ketika itu sedang bekerja di bendang.

Sesampai di rumah Anak Muda dengan pantas si Makhluk masuk ke rumah. Itek Angsa ini di tinggalkan di atas katil Anak Muda. Selesai sahaja kerja ini si Mahkluk pun berlari menuju ke Pekan kerana Bik Mama, Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan sedang sedia menunggu untuk meneruskan rancangan seterusnya. Mereka telah merancang untuk mencanangkan bahawa di Pekan ada orang telah kehilangan Itek Angsa.

Itek Angsa yang terletak di atas katil Anak Muda itu menjadi hairan kerana dia di tinggalkan sunyi kesaorangan. Maka Itek Angsa ini pun mula bersuara dengan harapan akan ada lagi kawan-kawan itek atau ayam berhampiran.

Itek Angkas ini pun bersuara – pet.. pet.. pet.. pet. Itek Angsa terus bersuara dan tergedik-gedik turun dari katil dan keluar ke kawasan halaman rumah. Mengikut tuan yang empunya cerita pada ketika itu ada satu kumpulan Kanak Kanak sedang bermain konda kondi.

Apabila Itek Angsa ini bersuara pet.. pet… pet… maka Kanak Kanak ini pun tertawa besar apabila mendengar bunyi suara Itek Angsa ini. Kanak Kanak ini mengejar Itek Angsa ini sambil turut sama bernyanyi pet..pet..pet.

Mengikut kata sahibul hikayat rancangan Bik Mama gagal lagi. Itek Angsa yang mereka rancang akhirnya menjadi teman mainan Kanak Kanak di kampung. Untuk menyedapkan al-kesah, Itek Angsa ini telah di beri nama Uncle Pet oleh Kanak Kanak di kampung.

Hingga ke hari ini Uncle Pet ini telah menjadi daya tarikan bahan lawak ketawa bukan sahaja untuk kanak kanak tetapi seantero alam. Malah telah di beritakan Uncle Pet ini telah diwawancara suaranya di laman MalaysiaKini untuk tontonan seluruh alam. Pet…pet..pet.

Demikianlah adanya al-kesah yang diturun temurunkan dari mulut ke mulut dari anak hingga ke cucu dari cucu hingga ke cicit.

Sunday, July 27, 2008

Al-Kesah Kerbau Jantan

Kesah ini telah kita dengar dari zaman berzaman. Datuk kita telah tahu cerita ini. Nenek kita juga telah mendengar cerita ini. Kemudian nenek bercerita kesah yang sama kepada emak kita. Emak kita pula bercerita kepada kita. Kemudian apabila kita masuk sekolah kita dapat pula membaca cerita yang sama.


CERITANYA : Ada seorang Anak Muda yang telah di pilih olih orang kampung untuk menjadi Tok Penghulu Baru. Belum pun sempat dia menjadi Tok Penghulu dia telah menghadapi satu masalah besar. Seekor kerbau jantan di kampungnya telah hilang.

Seluruh kampung menjadi heboh. Kerbau jantan yang hilang ini di miliki seorang Ibu Tunggal beranak tiga yang tinggal di hujung kampung. Kerbau jantan ini sajalah harta yang telah ditinggalkan olih arwah suami perempuan ini.

Bila berita ini tersebar luas, Anak Tok Penghulu Lama bergegas datang ke rumah Ibu Tunggal ini. Dia memberikan beras, gula, garam, kelapa, labu, ikan salai dan sayur bayam sebagai tanda belas kasihan kepada Ibu Tunggal. Dia juga bersumpah akan mencari kerbau jantan yang hilang itu.

Anak Tok Penghulu Lama yang tidak terpilih untuk menjadi Tok Penghulu Baru ini telah menunjukkan rasa kecewa kepada Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru kerana gagal menjaga keselamatan kampung. Dia juga merasa kecewa dan marah kepada orang kampung kerana mereka tidak memilih dia sebagai bakal Tok Penghulu Baru.

Anak Tok Penghulu Lama merasakan orang kampung telah salah pilih. Dia berkata dialah yang paling bijak dalam kampung ini untuk menjadi Tok Penghulu Baru kerana dahulu arwah ayahnya juga seorang Tok Penghulu. Dia juga merasa layak kerana dia memiliki tanah sawah yang luas, banyak ayam, itik, lembu dan kambing. Dia juga ramai pengikut yang setia.

Kemudian di hadapan orang-orang kampung Anak Tok Penghulu Lama ini dengan bangganya telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk mencari kerbau yang hilang itu. Dia mengarahkan Dua Budak Suruhan ini agar mencari kerbau jantan itu sampai dapat.

Sebenarnya orang kampung tidak memilih Anak Tok Penghulu Lama menjadi Tok Penguhulu Baru kerana orang kampung tidak suka dengan perangainya. Anak Tok Penghulu Lama ini memang betul banyak harta. Memang betul dia banyak ayam, itik, lembu dan kambing. Memang betul dia ramai pengikut yang setia. Tetapi tingkah lakunya tidak disukai.

Anak Tok Penghulu Lama ini tidak boleh melihat anak dara atau isteri orang yang berdahi licin - semua habis dikebasnya. Orang kampung juga tahu dia ada menyimpan seorang gundek. Gundek ini di simpan di sebuah pulau. Dia selalu berulang alik ke pulau itu.

Satu masa dahulu Anak Tok Penghulu Lama ini telah menceraikan isteri pertamanya. Dia telah menuduh bahawa isteri pertamanya sasau. Tetapi orang kampung tahu isteri pertamanya seorang perempuan yang baik dan tidak sasau. Orang kampung juga tahu semasa dia menceraikan isterinya, dia sedang gilakan isteri orang.

Mengikut yang empunya ceritanya Anak Tok Penghulu Lama ini telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk menghalau suami perempuan itu pindah ke kampung yang lain. Bila si suami telah berpindah maka dia pun berkahwin dengan Mak Janda itu. Cerita Anak Tok Penghulu Lama kahwin Mak Janda ini telah cuba disorokkan tetapi semua orang kampung tahu.

Orang kampung sedar tentang perangai buruk Anak Tok Penghulu Lama ini. Hanya penyokong dan pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama ini sahaja yang pura-pura buat tidak tahu. Ini kerana mereka ingin mencari makan atau bekerja di sawah milik Anak Tok Penghulu Lama. Kerana itu para pengikut setianya buat-buat pekak badak.

Al-kesah punya kesah – orang kampung pun sibuklah mencari kerbau jantan yang hilang. Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru pun turut sama mencari kerbau jantan yang hilang ini.

Dua Budak Suruhan Anak Tok Penghulu Lama berpura-pura berjalan ke serata pelusuk kampung untuk mencari kerbau yang hilang. Sebenarnya mereka tahu di mana kerbau jantan itu di simpan. Ini kerana Dua Budak Suruhan telah mencuri kerbau jantan itu tiga hari dahulu dan menyorokkan kerbau jantan ini dalam gua batu di tepi hutan.

Cerita kerbau jantan yang hilang ini adalah perancangan Anak Tok Penghulu Lama. Dia sedang merancang untuk memalukan Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Jika Anak Muda ini dapat dimalukan maka pastilah dia tidak akan di angkat untuk menjadi Tok Penghulu Baru.

Ketika orang kampung sibuk ke hulu ke hilir, Dua Budak Suruhan ini secara senyap-senyap telah mengambil kerbau jantan dari gua batu dan membawanya ke rumah Anak Muda bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Kemudian Dua Budak Suruhan ini berlari-lari keliling kampung sambil menjerit-jerit yang kerbau jantan telah dijumpai.

Apabila orang kampung mendengar jeritan ini mereka kembali berkumpul. Dengan termengah-mengah Dua Budak Suruhan ini telah menerangkan yang kerbau jantan itu telah ditemui. Untuk membuktikan siapakah yang telah mencuri kerbau jantan ini, Dua Budak Suruhan mahu orang kampung datang sama melihat di mana kerbau jantan ini disorokkan.

Ketika semua ini berlaku Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru masih lagi mencari kerbau jantan bersama beberapa orang kampung. Apabila mereka mendapat tahu yang kerbau ini telah ditemui kembali maka mereka merasa senang hati dan berundur pulang.

Apabila Anak Muda sampai ke kawasan rumahnya dia terperanjat kerana orang ramai sedang berkumpul mengelilingi Anak Tok Penghulu Lama. Anak Muda tidak tahu menahu kenapa orang ramai berkumpul di halaman rumahnya. Dia terperanjat besar apabila terlihat kerbau jantan itu sedang terikat di tangga rumahnya.

Semua orang kampung menjadi hairan dan tertanya-tanya bagaimana kerbau jantan ini terikat di tangga rumah Anak Muda ini kerana ketika mereka lalu lalang di hadapan rumah ini mereka tidak melihat kerbau jantan itu.

Dengan pantas Dua Budak Suruhan ini menjawab bahawa kerbau jantan ini telah di temui tersorok di atas katil Anak Muda. Kerbau jantan ini ditemui sedang tidur di atas katil. Kerbau jantan ini telah diselimutkan dengan kain cadar kerana itu orang kampung tidak dapat melihatnya.

Dua Budak Suruhan ini terus menuduh Anak Muda sebagai pencuri kerbau jantan kerana kerbau jantan ini telah ditemui tidur di atas katilnya. Dengan serta merta Anak Tok Penghulu Lama bangun bersuara dan meminta agar Anak Muda ini tidak di lantik menjadi Tok Penghulu Baru. Dia mahu Anak Muda ini di tangkap dan di pasong untuk di sula.

Pengikut-pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama dengan serta merta menangkap dan mengheret Anak Muda untuk di sula. Suasana menjadi tegang. Orang kampung terpinga-pinga apabila mendengar dan melihat semua ini sedang berlaku di hadapan mata mereka.

Tiba-tiba muncul seorang Budak Lelaki bertanya dengan nyaring : "Bagaimana kerbau jantan ini dapat naik tangga dan tidur di atas katil itu?"

Bila soalan ini terkeluar dari mulut Budak Lelaki ini, orang kampung pun berpandangan sesama sendiri sambil menggangguk kepala. Orang kampung mula sedar bahawa cerita dari mulut Dua Budak Suruhan ini tidak masuk akal. Macam mana kerbau boleh naik tangga. Ini betul-betul cerita yang tidak masuk akal.

Orang kampung menjadi marah kerana mereka cuba dibodohkan. Mereka melepaskan Anak Muda yang sedang terikat. Kemudian mereka bangun beramai-ramai dan menghambat Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan. Orang kampung menghambat mereka dengan cangkul dan parang. Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari lintang pukang meninggalkan kampung.

Mengikut al-kesahnya, Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari dari kampong hingga ke Pekan. Demikianlah kesah cerita turun temurun yang disampaikan olih nenek kepada cucu dan cucu kepada cicit.

Walah hu alam bisawab.


Drama itu tadi dilakonkan oleh;

Najib Tun Razak sebagai anak tuk penghulu lama
Rosmah sebagai mak janda
Altantuya sebagai gundek
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai anak muda penghulu baru
Saiful Bukhari Azlan sebagai KERBAU (siannya..berlakon sebagai kerbau jer..)
Musa Hassan budak suruhan 1
Gani Patail Budak suruhan 2
orang kampung..kite sume

Sunday, July 6, 2008

700 anggota Unit Amal PAS tarik diri

Kesemua 700 anggota Unit Amal PAS yang ditugaskan mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya telah menarik diri kerana tidak puashati dengan persembahan sebuah kumpulan muzik petang tadi.

Kumpulan seramai empat anggota itu dikenali sebagai kumpulan muzik 'Lawan Tetap Lawan' yang dijemput membuat persembahan di majlis tersebut.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut hanya sempat menyampaikan tiga lagu sahaja apabila mereka diminta menghentikan persembahan mereka.

Lagu-lagu tersebut yang berirama Punk, bertajuk Hapuskan penindasan, Demokrasi tanpa ISA dan Nyanyi budaya pembebasan.

Mereka sepatutnya menyampaikan tujuh lagi di majlis tersebut. Mereka memulakan persembahan pada jam 2.30 petang tadi.

Menurut seorang anggota kumpulan tersebut, Ahmad Nizamuddin Abdullah, juruacara majlis tersebut menegur persembahan mereka selepas lagu pertama.

Bagaimanapun, mereka meneruskan juga dan lepas lagu ketiga, Hishammudin Rais meminta mereka menghenti persembahan.

Beliau berkata, pihaknya diberitahu yang lagu-lagu yang mereka persembahkan, tidak sesuai dengan majlis tersebut.

Sementara itu, Ketua Amal PAS Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Mohd Yatim mengesahkan yang pihaknya menarik dari daripada majlis tersebut.

Mereka adalah antara 2,500 anggota Pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya hari ini.

Yang lainnya terdiri daripada anggota Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK). -- Malaysiakini

Monday, June 30, 2008

DARI JELEBU

Alamak gua dengar filem Sodo Me karya Brad Pittail akan di buat lagi. Sodo Mee Part 2 ini akan dibuat dengan lebih gempaq. Gua dengar dengan sahih si pengarah Brad Pittail sudah mulakan penggambaran. Iklan-iklan telah bocor di akhbar-akhbar. Pelakon utama telah ditemui....»»Baca lagi

Monday, May 5, 2008

Anti-Melayu

Aku amat meminati tulisan Hishamuddin Rais. Pada ku, isu melayu yang dikupas membuat aku sentiasa berfikir...Apa istemewa nya menjadi orang melayu?..Melayu itu kan pemalas orang nyer...
-----------------------------------------------------------------
Adakah saya ini anti-Melayu? Jawabnya tidak. Saya bukan anti-Melayu. Saya hanya anti-perkara yang karut marut.

DARI JELEBU
oleh: Hishamuddin Rais.

Slogan Melayu Bersatulah semakin bising dan bingar kedengaran. Apa sebenarnya makna dan tanda slogan ini? Pada hakikatnya slogan Melayu Bersatulah ini tidak memiliki apa-apa makna. Ini adalah slogan dan laungan yang kosong, sifar, zero dan zilch. Slogan Melayu Bersatu ini samalah tarafnya dengan agenda Melayu dan agenda Ketuanan Melayu.
Baca lagi...

Sunday, December 9, 2007

Alah......beeb buatlah fitnah oori

Oleh : Hishamudin Rais


Kebelakangan ini keadaan dalam negara kita cukup gawat. Di rumah, kucing saya hari-hari naik angin – berlari ke hulu ke hilir. Entah kerana apa kucing membuat perangai sedemikian. Hujan pula turun tidak henti-henti. Berapa daerah di Selatan Semenanjung telah mula banjir. Di Kota Tinggi ramai penduduk telah mula pindah. Apakah ini tandanya hari-hari akhir zaman.

Dalam masa kelam kabut macam hendak kiamat ini saya terdengar terlalu banyak fitnah dan tohmah. Ini juga mungkin satu lagi tanda akhir zaman. Ini tohmah dan fitnah saheh, kalau dalam bahasa Tok Arab ini fitnah jenis afdal lagi kudus – bukan Afdal Sabah atau Kudus kaki rasuah. Semua ini bukan fitnah dari Laman Mahazalim. Ini fitnah dan tohmah laporan tercetak dari ‘media main stream’. Media main stream ini mengikut istilah Dewan ialah – media yang sedang hanyut di tengah-tengah sungai.

Saya juga ada mendengar tohmah dan fitnah dari kawan-kawan saya yang telah menonton tv Malaysia. Ini kerana saya tidak memiliki tv maka wajiblah mendengar laporan tangan kedua. Kawan-kawan saya menjadi To Perawi mula mengembangkan fitnah dan tohmah yang mereka lihat dan di dengar dari tv. Hebat. Sungguh hebat.

Fitnah dan tohmah bukan pekara baru. Ianya pernah terjadi pada 4 haribulan Disember 1974 dahulu. Pada hari itu terpampang di media yang juga sedang hanyut ditengah-tengah sungai satu laporan muka hadapan tentang tunjuk perasaaan pelajar dan mahasiswa di Selangor Padang ( ini nama asal Dataran Merdeka). Mahasiswa menunjuk perasaan bersoladariti menyokong penduduk Baling yang satu minggu sebelum itu telah turun berdemo menentang kerajaan. Berpuluh ribu penduduk Baling telah turun dan mengepung pekan Baling. Mereka marah kerana di klentong kerajaan. Mereka hidup melarat hinggakan ada yang mati kelaparan kerana makan ubi gadung.

Menurut laporan media hanya 500 pelajar sahaja turun berdemo. Etinya tidak ramai, demo meleset dan tidak mendapat sambutan. Tetapi di muka hadapan akhbar yang sama ada satu lagi berita tentang 1500 orang mahasiswa telah di tangkap. Ha ha ha. Pelik tetapi benar. 500 yang berdemo dan 1500 yang ditahan. Nasib baik David Copperfeild belum glamour macam hari ini kalau tidak Razak Hussein terpaksa lari masuk ke kelambu Sarimah.

Saya hairan dari semenjak tahun 1974 lagi akhbar dan media kita ini bangang mengira. Rasa saya ini satu kelemahan yang amat sangat. Tetapi bangang ini pun bangang yang bersebab. Adalah fakta saheh lagi afdal bahawa ramai pemberita dan wartawan kita ini hanya bersekolah kampung, tinggi-tinggi pun mereka belajar media dari Uitm atau dari Universiti Sintok. Mereka memang agak lemah dalam hal kira mengira. Lagi pun ketika mereka bersekolah mata pelajaran maths dan sains belum diajar dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan betapa peritnya Dasar Ekonomi Baru hendak mengakaswankan wartawan Melayu.

Pernahkah anda terdengar satu lagi tohmah dan fitnah baru yang keluar dari mulut Polis Besar? Ini sebenarnya fitnah ulang tayang pakai skrip lama sandiwara Al-maunah dan KMM. Ini skrip yang telah di arahkan olih Mahafiraun pada tahun 2000/2001 dahulu. Lecehlah negara kita ini para pegawai tinggi kita tidak bagitu kreatif. Mungkin saya terpaksa melobi British Council atau Kedutaan Amerika agar pegawai ini diberi biasiswa untuk belajar Creative Writing di Lancaster Universitya atau di East West Center.

Bila saya mendengar perkataan ‘ pengganas’ – senjata asli saya yang selalu keras ini menjadi lentuk. Ini betul-betul potong stim. Apa punya leceh punya cerita. Dam apa Kepala Polis ini sudah sedut. Ini bukan dam Aceh. Kalau berdengung kreatiflah sikit beeb! Buatlah fitnah yang masuk akal. Janganlah pakai skrip lama. Takkan lah nak pakai KMM – Keling Militan Malaysia – lagi. Macam mana KMM ini ada tersangkut dengan Kumpulan Tamil Tiger di Sri Langka. Tamil Tigers penganut Anarco Marxis mana mungkin hendak bercampur dengan KMM di Malaysia yang hanya menjadi penganut Anee Maxis. Kepala Polis ngok ini buat lawak Badul.

Adik kakak jangan terlupa, pada bulan April 2001 dahulu ada seorang malaon Kepala Polis telah membuat tohmah yang tidak masuk akal terhadap 10 orang aktivis Reformasi. Malaon ini bercerita tentang rocket launcher, molotov cocktail dan entah apa jenis lagi bom dan senjata yang disediakan ‘kunun’ untuk ‘membunuh’ Mahafiraun. Tuduhan malaon Kepala Polis ini telah dibuktikan olih Mahkamah Perseketuan sebagai bodoh lagi membodohkan lebih bodoh dari cerita Ayah Pin naik ke langit. (Hairan kenapa mereka ini tidak kreatif. Semasa bayi dulu munkin malaon ini hanya isap punting kosong agaknya. Tidak berpelung isap punting ibu kerana berebut dengan ayah).

Saya rasa ramai para gedebe kerajaan kita ini kurang faham tentang apa yang sedang berlaku hari ini. Mereka agak kurang arif tentang dunia internet. Teknik Goebelles sudah tidak bolih dipakai lagi hari ini. Ketika Goebelles membuat tohmah dan fitnah dahulu internet belum wujud. Goebelles jadi balachi Hitler pada tahun 1941. Joseph Goebelles ada Leni Riefenstahl yang bergetah lagi cun. Mamak Maidin ada apa – setakat me no speaking English itu isteri Datuk K pun bolih cakap.

Hari ini tahun 2007. Sorrylaaaa beeb kami dah ada stesen tv baru. Nak tahu nama stesen tv kami? Stesen yang betul tidak bertohmah. Nama stesen tv rakyat Malaysia ialah YouTube. (Polis kata tidak bolih. Kami beruk. Polis kata tidak boleh. Kami beruk….hahah – siapa tidak tahu joke ini sila google stesen YouTube untuk ketawa sampai kentut).

Tetapi ada satu lagi berita. Ini berita saheh. Ini betul-betul kes fitnah dan tohmah. Yang kena fitnah ialah kumpulan Ayahanda, Abang Long, Abang Ngah. Kasihan abang-bang kita ini. Mereka di fitnah kerana merancang hendak membuat perhimpunan tidak bersembelih di Kuala Lumpur. Saya tahu ini betul-betul tohmah dan fitnah terutama apabila cerita yang sama dikaitkan pula dengan Jantan Lidah Pendek dan Sang Hanuman.

Wahai tukang fitnah sedarlah kamu Jantan Lidah Pendek dan Sang Hanuman bukan dalam satu chai. Tidak mungkin mereka bekerjasama. Jantan Lidah Pendek ini kalau di suruh mengumpul beer can bolihlah. Kalau di suruh mengumpul rakyat untuk turun berdemo sampai kiamat pun tidak mungkin. Apakah anda-anda semua lupa pada tahun 1998 si Jantan Lidah Pendek ini hendak membuat satu perhimpuanan besar di Bukit Jalil. Hasilnya? Satu habuk taraak jadi kerana tidak ada sponsor.

Sebelum saya mengundur dari saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar jangan mendengar fitnah dan tohmah dari media yang sedang hanyut ditengah arus sungai. Jangan percaya tentang fitnah yang mengatakan Zainuddin Maidin pergi ke London untuk belajar Bahasa Inggeris. Itu fitnah. Jangan percaya kepada fitnah MB Pahang kahwin lagi. MB ini tidak mungkin kahwin kerana bukan saja dia bebal malah berperangai bodoh dan bermuka hodoh. Ketika dia lahir dahulu perempuan yang membidani ibunya mati terkejut kerana mukanya cukup memeranjatkan.

Sekali lagi sebelum saya mengundur diri saya ingin megingatkan ibu bapa sekelian untuk berjaga-jaga. Keadaan dalam negara kita sedang kelam kabut. Suasana tidak menentu. Saya sangat-sangat berharap terutama kepada ibu bapa yang anak-anak yang masih bersekolah. Ini bukan kerana muncul kembali cerita Bengali Potong Kepala atau Hantu Stokin tetapi ada satu berita saheh lagi afdal yang baru saya baca dari laman web.

Berita ini bukan berpunca dari media hanyut di tengah sungai. Ianya bukan fitnah dan tohmah. Berita ini dilaporkan dari satu-satu laman Malaysia yang terkini, satu laman web yang bertaraf antarabangsa. Laman laporan tepat bukan laman kaki bodek.

Ini berita tentang seorang Tambi ( bukan tambi Hindraf) yang telah mula membuka zip untuk mengeluarkan parang kontot. Ini betul-betul bahaya. Ibu bapa terutama nenek-neek yang memilihara cucu hendaklah berjaga-jaga siang dan malam. Saya tidak tahu besar mana parang kontot Tambi ini. Saya juga tidak tahu apakah parang kontot Tambi ini ada sarong atau tidak. Atau apakah parang kontot Tambi ini masih boleh dipakai. Tetapi saya masih ingat lagi beberapa tahun dahulu parang kontot Tambi ini telah menikam budak sekolah. Ini kes pelik lagi bahaya. Hinggakan orang Melaka membuat seloka untuk ingatan kita semua:

Tambi si parang kontot
Cucu bunting budak sekolah
Lain di tikam lain di tangkap
Nenek lari cucu pun hilang

Berwaspada kita semua kerana fitnah dan tohmah sedang disebarkan olih media yang sedang hanyut dalam sungai. Berhati-hati bila mendengar berita. Jangan cepat kelam kabut. Untuk mendapat kepastian tepat hanya satu cara sahaja. Baca berita dari internet seperti berita yang saya tulis ini. Wassalam.