Pages

Tuesday, May 20, 2008

Pertembungan MU-Chelsea sukar diramal

Malam ni...nak tengok ke tak? Besok pagi nak keja lak...tak tgk live rugi lak rasa nyerr...solution..kol 9 tido..kol 12 bangun balik...solat tahajjud?..huhuhuu
---------------------------------------------------------------------------------

MOSCOW: Perlawanan akhir pertama antara dua kelab Inggeris dalam Liga Juara-Juara Eropah akan menjadi satu pertarungan dramatik.

Tetapi memang sukar untuk meramalkan pertembungan yang kaya dengan pelbagai cerita menarik di sebaliknya seperti pertemuan awal pagi esok antara Manchester United dan Chelsea di Stadium Luzhniki, Moscow.

Bagi Chelsea, ia adalah ketidaktentuan mengenai masa depan pengurusnya, Avram Grant, dan beberapa pemain utamanya yang menjadikan persediaan menghadapi final ini, lain daripada yang lain.

Pada peringkat individu, ada lebih banyak persoalan akan terjawab sebelum tengah malam di ibu negara Russia, paling utama antaranya ialah sama ada Cristiano Ronaldo berkebolehan untuk memikul peranan utama di atas salah satu pentas terbesar permainan ini.

Sir Bobby Charlton, yang terselamat dalam nahas udara Munich, bertemu skuad Ferguson minggu lalu dan rayuannya bagi kenangan istimewa kepada mereka yang maut dalam bencana itu, jelas sekali mempunyai kesan ke atas pemain yang mendengarnya.

Secara tidak langsung, wujud risiko bahawa bebanan untuk memenuhi harapan akan menjadi terlalu berat buat mereka, tetapi Wayne Rooney, percaya bahawa kesedaran dan penghormatan kepada keperluan lalu kelab itu tidak akan menggugat generasi United sekarang ini. - AFP

0 comments:

Post a Comment