Pages

Tuesday, May 20, 2008

Penduduk Kampala makan tikus

Azab sungguh hidup diorang ni..aku kat Malaysia ni Alhamdulillah banyak-banyak..tapi pemimpin negara aku lak tak tahu nak bersyukur...merosakkan negara dgn rasuah dan macam-macam lagilah...Moga2 satu hari, hati diorang tu terbuka untuk menerima parti PAS untuk kongsi kabinet...aku nak diorang kongsi kuasa jerr..Sure berjaya ...aku yakin.
--------------------------------------------------------------------------------
KAMPALA: Kenaikan harga barang keperluan dan banjir yang melanda tahun lalu menyebabkan bekalan makanan terlalu kurang di timur laut Uganda dan dianggap punca kematian 28 penduduk hingga ada yang sanggup makan tikus, kata pegawai, semalam.

Kematian itu berlaku di kawasan Karamoja, sebuah tempat tandus dekat sempadan Kenya dan Sudan.

“Daripada data yang kami kumpul, 28 maut kerana kebuluran selain sikap kerajaan yang tidak peduli langsung,” kata Peter Lakodo, ahli Parlimen dari Karamoja.

Mangsa kelaparan maut sejak enam minggu lalu. Kerajaan mengakui angka korban itu.

“Ada laporan mengatakan penduduk dilihat makan satay tikus. Ini menunjukkan masalah kebuluran semakin teruk,” kata menteri daerah Karamoja, Aston Kajara. - Agensi

0 comments:

Post a Comment