Pages

Tuesday, May 20, 2008

Keldai dipenjara cederakan dua lelaki

Tak dapat tuan keldai,,keldai pun jadi lah tuan hakim...maka dgn itu terjadilah cerita ni.
------------------------------------------------------------------------------

TUXTLA GUTIERREZ: Seekor keldai dipenjarakan di selatan Mexico selepas melakukan serangan dan mendatangkan kecederaan ke atas dua orang.

Haiwan itu dikurung dalam penjara tempatan yang biasanya dikhususkan bagi pesalah mabuk dan kekacauan lain selepas ia menggigit dan menendang dua lelaki berhampiran sebuah kandang di Chiapas, kata polis kelmarin.

Pegawai Sinar Gomez berkata, keldai itu akan dikurung sehingga pemiliknya bersetuju membayar bil perubatan lelaki terbabit.

Pemilik keldai itu, Mauro Gutierrez, memberitahu The Associated Press beliau akan cuba mencapai persetujuan untuk membayar bil mangsa yang dianggarkan berjumlah AS$420 (RM1,366). AP

0 comments:

Post a Comment