Pages

Saturday, May 24, 2008

Adun BN boros gila!

Cilako Betol pentadbir2 negeri Selangor ku ini...Besok mati..kono koncing la kubur ekau sok....Aku doakan anak cucu korang takkan senang di dunia dan akhirat...g mampus korang
**************************************************************************


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan 90.6 peratus daripada peruntukan bagi kawasan masing-masing dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini

Khalid menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), beliau berkata, jumlah keseluruhan peruntukan tersebut ialah RM26,634,844.33 dan baki yang tinggal ialah RM2,907,155.76.

Khalid kemudiannnya memberitahu pecahan peruntukan bagi setiap kawasan pilihanraya dan baki yang tinggal.

Katanya, sebahagian besar Adun BN masing-masing membelanjakan RM492,800 dan Khalid berkata, beliau akan menyiasat perkara tersebut.

Malah, katanya, Speaker Dewan Undangan Negeri yang lalu, yang bukannya seorang Adun, turut membelanjakan RM600,000.

Sehubungan itu, Khalid mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa khas mengenai kecekapan, akauntabiliti dan keteluasan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut.

Ekoran perbelanjaan besar dalam tempoh dua bulan pertama ini, kini tidak ada lagi peruntukan yang tinggal bagi 36 kerusi dewan undangan negeri yang kini dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat - PKR-DAP-PAS - untuk dibelanjakan sepanjang tahun ini.

Dalam titah perasmian sidang DUN Selangor Rabu lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa baginda memandang serius perbelanjaan peruntukan Adun bagi tahun 2008 yang habis dibelanjakan dalam dua bulan pertama tahun ini.

Sumber : Malaysiakini.

1 comments:

Anonymous said...

Ni duit kita le ni.

Post a Comment