Pages

Friday, May 30, 2008

Ezam: Si munafik

Ko tak da rasa malu kerr zam...

**************************************************
http://kisahezam.blogspot.com/

Tak mungkin saya diterima UMNO : Ezam

Seremban- "TIDAK mungkin saya diterima masuk dalam Umno kerana saya sudah buat tiga kali laporan polis dan BPR terhadap Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi dan anaknya Kamaludin," tegas Pengerusi Gerakan Demokrasi dan anti korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor.

Ezam berkata demikian ketika melancarkan kempen 'Rasuah Musuh Nombor Satu Negara' peringkat Negeri Sembilan malam tadi di Taman Setia Jaya, Seremban.
Di hadapan ribuan hadirin, Ezam yang juga bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, khabar angin beliau akan masuk Umno itu diada-adakan untuk mengelirukan orang ramai.
"Mana mungkin saya diterima Umno, sejak Abdullah jadi Perdana Menteri, saya sudah buat tiga laporan polis dan BPR terhadap beliau dan anak kesayangannya Kamaluddin.
"Saudara fikir, saya akan diterima masuk Umno selepas habis-habisan belasah Abdullah? Tidak mungkin Umno boleh beri ruang kepada saya selepas ini?" soal beliau kepada hadirin.
Ezam sebelum ini mengumumkan beliau keluar PKR untuk menumpukan perhatian kepada NGO yang diasaskannya GERAK.
Beliau kini dalam rangka jelajah ke seluruh Malaysia untuk melancarkan kempen terbaru GERAK, 'Rasuah Musuh Nombor Satu Negara'.
Sementara itu, menyentuh perkembangan terkini kes bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Zulkifli Mohd Noor yang siasatan rasuah ke atasnya diarah tutup oleh Perdana Menteri, Ezam berkata tindakan tersebut bakal menjejaskan ekonomi negara.
"Imej negara buruk dengan cara kes ini ditutup, pelabur asing was-was untuk melabur," katanya yang juga merupakan Sarjana Ekonomi lulusan UIAM.
Menurut Ezam, Jawatankuasa Khas mengenai Integriti Parlimen mesti memanggil bekas Pengarah BPR Sabah Ramli Manan individu yang bertanggungjawab membuat pendedahan rasuah Zulkifli Mohd Noor.
"Saya sendiri sanggup beri keterangan jika dipanggil oleh mereka," kata Ezam.
GERAK sebelum ini membuat pendedahan besar-besaran mengenai laporan rasuah Ramli Manan terhadap Ketua Pengarah BPR selepas laporan Ramli tidak diambil tindakan yang sewajarnya.
Berikutan pendedahan GERAK itu kertas siasatan dibuka dan Zulkifli tidak lagi disambung kontrak sebagai boss BPR.
Tetapi baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail memberitahu siasatan mendapati tuduhan rasuah tersebut tidak benar dan kertas siasatan ditutup.

0 comments:

Post a Comment