Pages

Sunday, June 1, 2008

Walimatulurus: Mat Ezam & Ummi Mariammah Nagore Omar

Lawak citer ni...hehehe..

*************************************************

Dari blog : http://matsamankati.blogspot.com/

Pada hari Rabu lalu, sorang saudara lama aku, Mat Ezam melangsungkan perkahwinannya dengan bekas isteri lamanya, Ummi Mariammah Nagore Omar. Panjang sangat namanya! Baik aku panggil UMNO saja lah. Cis! Lagi tak sedap!. Ok lah. Aku panggil nama timang-timangan dia, Chom Bee.

Aku tak pernah tengok janda Mat Ezam ni, sebab aku kenal Mat Ezam selepas dia bercerai dengan isterinya. Masa tu, dia kahwin dengan anak saudara aku, tahun 99. Abang aku kawin dengan sorang perempuan Cindian, mak Cina bapa India. Bila abang aku dapat anak, tak tau nak bubuh nama apa. Nak sedapkan hati semua pihak, dia bubuh nama, Pauline Khairunissa Raj. Fair and square. Sapa pun tak kecil hati.

Tapi perkahwinan tu tak lama. “Susah ,Yob! Pagi nasi lemak, tengahari tosai, malam Char Kuey Teow, perut selalu meragam!” rungut Mat Ezam.

Bapak Chom Bee ni ‘money changer ‘ kat lebuh Chulia. Depan Restoran Kapitan. Dah puluh tahun depa duduk kat situ. Sebelah kedai depa ada satu masjid, Masjid Nagore Shariff, sempena nama Tok dia. Bila Mat Ezam dapat tahu bapak Chom Bee dah balik keChennai, Mat Ezam rasa dia ada chance nak rujuk balik. Apatahlagi, semua bisnis orang tua tu dah pass kepada Combi. Meleleh la air liur Mat Ezam.

Aku dapat tahu, Chom Bee ni, anak penakan K.M Oli Mohamed. Bila aku Tanya K.M tu apa dia? Mat Ezam bagi tau, Kutty Mohamed. Aku kata, macam biasa dengaq saja! Mat Ezam jawab, “ Awat tak biasa, khalu dia orang kuat kat Kedah dulu!”

Whoa! Mat Ezam ni jawa pekat! Tiba-tiba dah cakap Penang. “ Dulu 7 tahun aku duduk kat Tanjung tapi Pak Mentua aku peghalau. Bukan aku tak sayang kat bini aku, tapi dah orang tua tu tak suka, aku nak buat macam mana?”

Majlis perkahwinan sepatutnya diadakan diMasjid India diLebuh Pitt, tapi pasai adik beradik Chom Bee tak berkenan dengan Mat Ezam, sebab dulu Chom Bee ditinggalkan semasa mengandung enam bulan, semua pakat boikot. Maka terpaksalah majlis perkahwinan dibuat dirumah bapa saudara Mat Ezam di Kuala Lumpur. Mat Ezam pun seronok la, tak payah pakai kurta, tak payah suap halua.

Tapi kesian kat Chom Bee, semua sedara dia tak mai. Nana-Nani, Khala-Khalu, Bu-Bai, Mamu-Mami, semua tak mai. Nasib baik ada sedara sekapal yang mai. N.M Reezal, Azeez, Kadeer Naina Mohamed, ada la sejuk hati sikit. Belah Mat Ezam pulak, aku tengok ada jugak beberapa orang tua buat tangkal. Opah Pidah pun ada. Wah! Mak Andam Hishamuddin pun ada!

Oleh kerana Mat Ezam kawin janda lamanya, majlis tak lah meriah sangat. Pulak tu mak bapak Chom Bee pun tak suka, jadi tak dak wali nak penikahkan depa. Terpaksalah cari wali hakim. Nasib baik Tok Imam Badawi setuju. Kalau tidak, naya saja.

Aku tukang bawak hantaran. Ada enam dulang, tapi semua serupa. Aku pun tak tau apa isinya. Mat Ezam jalan berlenggang bawak borang kahwin.

Tok Imam Badawi tanya kat Mat Ezam, “ Rukun kawin ada berapa?”

“Lima!” jawab Mat Ezam.

“Tu rukun nikah! Aku tanya rukun kahwin.” Balas Tok Imam Badawi.

“Dua” jawab Mat Ezam sekali lagi.

“Apa dia?” Tanya Imam Badawi.

“Beras dan keras” jawab Mat Ezam selamba.

“Whoa! Hapai no! Maklum la, dah tiga kali lompat, dah biasa la.” perli Imam Badawi.

“Kita mula no? Tanya Imam Badawi kat saksi-saksi. Terkejut tengok saksi-saksi yang nak kawinkan Mat Ezam ni. Raja Petra, Hishamuddin Rais dan Hamdan Taha! Macam Royal Inquiry kes Lingam pulak. Isham Rais tu ada ayaq sembahyang ka tak dak?

Imam Badawi pun memulakan majlis akad kahwin. “Aku kahwinkan dikau, Mat Ezam bin Sugiarto dengan Ummi Mariammah Nagore Omar dengan maskahwin sebanyak lima ringgit suku, tunaaiiiii!”

“Aku setuju dikahwinkan dengan Ummi Mariammah Nagore Omar dengan maskahwin sebanyak lima ringgit suku, tunaaaiiiii”

“Sah?” Tanya Imam Badawi kat saksi-saksi. Semua angguk.

“Belanja hangus tak dak ka?” Tanya Raja Petra. “Ada, dua juta!” jawab Mat Ezam.

“Mana hang dapat duit banyak tu?” Raja Petra terkejut beruk.

“Ikut adat sebelah sana, depa yang bagi. Bukan aku yang keluaq” jawab Mat Ezam .

“Habih hang bawak apa?” Tanya Isham Rais.

“Hantaran, enam kotak” balas Mat Ezam. Senyap soh satu dewan.

“Bukak tengok!” kata Tok Imam Badawi.

Mat Ezam pun bukak kotak pertama. Tengok-tengok kasut tumit tinggi yang dah patah. Terkejut lah masing-masing, riuh rendah sampai Opah Pidah melatah.

“Opocot kasut aku mak kau pakai,Ishhh. Tok kau Opah aku!!” Opah Pidah melatah tak tentu keruan .

Kemudian dibuka satu lagi kotak. "Aaauwww!!!!" Jerit Mak Andam Hishamuddin. “Sampai hati, you. Nanti la. I cubit you sampai lebam, tauu!”

Aku tak tau binatang apa yang menyebabkan Mak Andam Hishamuddin marah. Mungkin Mat Ezam curi lipstick ataupun bedak sejuk Mak Andam. Aku pun tak mau tengok apa ada dalam empat kotak lagi.

Hangpa nak tau, pi tanya kat Raja Petra, Isham Rais dan Hamdan Taha.

Bila dah selesai, tibalah masa untuk menyarungkan cincin kejari Chom Bee. Yang ni aku teringin nak tengok, sebab aku tak pernah tengok muka Chom Bee.

Masyaallah!!! Bila aku tengok muka Chom Bee, ketaq lutut aku. "Macam ni yang Mat Ezam berkenan sangat? Rambut dah gugoq, kulit dah kendoq, gigi dah berteraboq, Astaghfirullahilazim!!!

Aku tanya kat Mat Ezam, dia jawab sempoi saja."Anak mami, got money"

"Hang kata kat aku, janda hang baru 20 tahun. Ni aku tengok kurang-kurang pun mesti lebih 60 tahun." Aku tanya kat Mat Ezam.

"Dia lahir tahun 46, tapi dalam IC tahun 88" jawab Mat Ezam.

"Macam mana boleh jadi lagu tu?

"Dia masuk ikut Sabah!!"

0 comments:

Post a Comment