Pages

Monday, June 9, 2008

3 tiga isteri setuju, mampu broker tanah dibenar kahwin lagi

Seronok nyerr kamu...byk pilihan.
********************************************
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan seorang broker tanah untuk berkahwin poligami empat selepas mendapati beliau berkelayakan berbuat demikian dan mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga isterinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Shaikh Ahmad Ismail berpuas hati dengan pengakuan Abu Bakar Embong, 54, dari Kampung Teluk Menara, Manir bahawa beliau mampu dari segi zahir dan batin serta boleh berlaku adil terhadap kesemua isterinya.

Malah, kenyataannya itu disokong oleh isteri kedua Abu Bakar, Mazumi Ismail, 45, yang mewakili isteri pertama, Asiah Jusoh, 43 ,dan isteri ketiga Nor Azlina Arifin, 25, yang turut hadir semasa sebutan kes itu.

Baca lagi...

0 comments:

Post a Comment