Pages

Tuesday, June 17, 2008

Jurutera JKR didakwa rasuah RM250,000

Ape punya bebal la pompuan ni..duit rasuah dia buat g umrah...kalo dah kelabu mata tgk duit...semua pun boleh...warisan pemikiran umno la ni..ntah2 ketua cawangan umno kot
*************************************************

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

KLANG 17 Jun Utusan malaysia. - Seorang jurutera wanita Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh tuduhan menerima rasuah berupa pakej pelancongan ke pelbagai destinasi termasuklah lawatan umrah ke Arab Saudi yang keseluruhannya bernilai RM250,000.

Ruzita Zainal, 43, dari Seksyen 32, Shah Alam dekat sini, didakwa menerima pakej-pakej tersebut tanpa balasan daripada seorang pengarah syarikat juru perunding awam, Datuk Ir. Zamzuri Abdul Ghaffar.

Tertuduh didakwa menerima pakej lawatan umrah ke Arab Saudi RM10,677, pakej-pakej pelancongan ke London dan Glasgow RM27,944 dan ke Pulau Tioman (RM30,524).

Ruzita juga didakwa menerima pakej pelancongan ke Zurich RM39,760, London RM36,578 dan sekali lagi ke Zurich serta London RM86,836.85 dan destinasi yang sama sekali lagi (London RM24,524).

Baca lagi...

0 comments:

Post a Comment