Pages

Wednesday, July 23, 2008

Permohonan yang dikemukakan oleh peguam Karpal Singh ditolak.

(Dikemas kini) SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak semua permohonan yang dikemukakan oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga Altantuya Shaariibuu (gambar) dan kerajaan Mongolia, termasuk memanggil semula penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (gambar) untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia itu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin juga menolak permohonan untuk memanggil Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan superintendan polis Musa Safri, peguam Dhiren Rene Norendra dan seorang pegawai polis yang hanya dikenal pasti sebagai timbalan superintendan polis Idris untuk memberikan keterangan.

"Seksyen 425 Kanun Acara Jenayah (CPC) terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah budi bicara, (dan) boleh dibuat menerusi permohonan. Bahagian kedua ialah amat mustahak, apabila mahkamah berpendapat ia penting kepada keadilan kes. Mengikut bahagian pertama ia perlu melalui permohonan oleh pihakpihak dalam perbicaraan," kata Mohd Zaki.
Pada 21 Julai, Karpal memfailkan notis usul untuk memanggil Najib dan tiga yang lain bagi memberikan keterangan dan memanggil semula Balasubramaniam, yang merupakan saksi pertama pendakwaan, dalam perbicaraan bunuh itu.

Terdahulu, Karpal berhujah keluarga Altantuya mempunyai hak untuk memastikan keadilan dilaksanakan dalam kes itu dan mustahak permohonan itu didengar dan diputuskan.

"Demi kepentingan keadilan, TPP (Timbalan Pendakwa Raya) patut menyokong permohonan ini," kata Karpal.

TPP Tun Abd Majid Tun Hamzah berkata, mangsa (Altantuya) tidak mempunyai locus standi dan dua akuan bersumpah itu berupa dengar cakap.

Beliau juga membantah permohonan itu.

Peguam Kamarul Hisham, yang mewakili tertuduh Kpl Sirul Azhar Umar berkata, mengikut undang-undang common law Inggeris, pendakwa raya mempunyai kuasa untuk menentukan saksi yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

"Perkara ini telah diperakui oleh mahkamah tertinggi kita. Siapa yang menentukan saksi mana yang akan dipanggil sentiasa ditentukan oleh TPP. Di sini TPP tidak menyokong permohonan ini," katanya.

Sementara itu, peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Abdul Razak Abdullah Baginda yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu, berkata permohonan itu bukan pendakwaan peribadi.

0 comments:

Post a Comment