Pages

Sunday, July 13, 2008

GABEM bukan untuk Melayu, Rahim Thamby Chik tidak layak Memimpin Melayu

Dengan jelas disebutkan dalam Resolusi itu bahawa, melalui laporan penyiasatan yang dilakukan oleh polis, mangsa (gadis berumur 15 tahun) mengakui melakukan hubungan kelamin dengan RTC.

Kuala Terengganu – Rakyat Terengganu diminta tidak tertipu dengan program Pelancaran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) yang diadakan di sini baru-baru ini.

Ia adalah kerana, pelancaran badan NGO tersebut bukanlah sebuah program yang ‘real’ untuk ekonomi orang Melayu, tetapi adalah hanya sebuah program kempen Tan Sri Rahim Tamby Chik (RTC) yang telah menawarkan diri bagi merebut jawatan naib presiden UMNO pada pemilihan parti itu akhir tahun ini.

Sekaligus pelancaran Gabem adalah satu platform yang akan mengukuhkan Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana Abdullah adalah merupakan Penaung kepada Gabem.

Gabem sebenarnya bukanlah satu badan yang memperjuangkan orang Melayu tetapi ia lebih merupakan ‘kenderaan’ yang akan mengkayakan ahli-ahli UMNO sahaja.

Kenyataan ini adalah satu fakta benar yang diperolehi melalui laman Rasmi badan NGO itu, yang menyatakan dengan jelas bahawa Gabem adalah satu sayap UMNO.

Justeru itu, Gabem hanya akan memberikan faedah kepada kira-kira 2 juta orang Melayu yang menjadi ahli UMNO, namun meminggirkan lebih 11 juta orang Melayu lain yang tidak menyertai UMNO.

Sehubungan dengan itu, RTC tidak layak sama sekali memimpin apa-apa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan samada UMNO ataupun orang melayu kerana RTC bukan seorang yang amanah.

Beliau adalah orang yang telah dibuktikan terlibat dengan salahlaku seks dan kes rasuah.
Kes salah laku seks RTC yang melibatkan seorang gadis bawah umur pernah menggemparkan negara sekitar tahun 1995.

Kes ini juga menjadi perhatian dunia dan disebutkan dengan jelas dalam Resolusi Kesatuan Antara Parlimen yang berpusat di Geneva.

Dalam Resolusi yang diterima tanpa pengundian oleh Majlis Kesatuan Antara Parlimen pada 16 Oktober, 1999 adalah berkaitan Bekas Ahli Parlimen Lim Guan Eng (kini Ketua Menteri Pulau Pinang) yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan kes rogol ‘statutory’ yang dilakukan oleh RTC selaku Ketua Menteri Melaka ketika kejadian berlaku.

Dengan jelas disebutkan dalam Resolusi itu bahawa, melalui laporan penyiasatan yang dilakukan oleh polis, mangsa (gadis berumur 15 tahun) mengakui melakukan hubungan kelamin dengan RTC.

Manakala dalam kes rasuah yang melibatkan RTC, mantan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis pada 20 Ogos 1999 12:20 tengah hari di Balai Polis Tun H.S Lee Kuala Lumpur berhubung tuduhan rasuah oleh Jabatan Peguam Negara yang disahkan oleh Abdul Ghani Patail mengenai pertuduhan terhadap Rahim Tamby Chik bertarikh 10 Jun 1994.

Dokumen tersebut menyatakan bahawa terdapat kes Prima Facie rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Rahim Tamby Chik mengikut seksyen 2(1) Ord.22 1970, keterangan dan pertuduhan dikemukakan seperti berikut:

Tuduhan Pertama: Selaku Pengerusi Jawatankuasa Belah Bahagi Tanah beliau telah meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk memecah sempadan Lot 902 dan tidak mengistiharkan kepentingannya.

(Gambar - Abdullah dan RTC berganding bahu menghadapi kempen pemilihan UMNO)

Tuduhan Kedua: Meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk menukar Syarat Lot 1727 Tuduhan Ketiga: Tidak mengistiharkan harta seperti yang diarah oleh BPR dan Jabatan Peguam Negara.

Tuduhan Keempat: Membuat pengakuan palsu kepada Perdana Menteri mengenai pengistiharan harta yang boleh disabitkan dengan kesalahan dibawah seksyen 199 kanun keseksaan (FMS Cap.45) dan boleh dihukum dibawah seksyen 193.

Hasil siasatan BPR; didapati Rahim mempunyai akaun dalam puluhan Bank. Syarikat dan kepentingan perniagaan beliau termasuklah dalam:

1. Hotel Ayer Keroh D'Village.

2. Stesen Pam Minyak Shell.

3. Lot 706 yang dijual kepada EON.

4. 17 anak syarikat Daya Promile

5. 53 ekar dusun durian di Bertam.

6. Rumah kedai di Mesjid Tanah

7. 5 unit rumah kedai di Taman Melaka Raya

8. Peringgit Point.

9. Taman Buaya Melaka

10. Taman Mini Malaysia dan Mini Asean

11. Taman Ikan Melaka

RTC juga memiliki beberapa buah kereta mewah yang pada dasarnya sebagai :

1. BMW 525 harga RM 180,000.00

2. Porche 928 harga RM 448,495.00

3. Mercedes Benz 300 harga RM 190,000.00

Sehingga 31 Mei 1993, harta yang beliau miliki berjumlah RM 39,782,772.69.

0 comments:

Post a Comment