Pages

Sunday, July 6, 2008

Ekonomi semakin parah.

http://ketuaperusuh.wordpress.com

Satu demi satu syarikat asing yang telah lama bertapak dan beroperasi di Malaysia (memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan) nampaknya terpaksa menarik diri (tutup operasi) dari Malaysia. Semenjak 2004 banyak syarikat besar terutamanya yang berkaitan dengan industri elektrik dan elektronik serta teknologi menutup operasi mereka (tanpa sebab atau berpindah ke negara lain). Semuanya ini berpunca dari sikap kerajaan Malaysia yang tidak berjaya menunjukkan satu sokongan yang kukuh untuk memacu segmen perindustrian.

Sikap Abdullah Ahmad Badawi yang tidak mahu bertindak dengan agresif untuk memacu ekonomi negara menjadi satu daripada punca utama yang menyebabkan banyak syarikat ini menarik diri dari Malaysia. Malah beberapa insentif yang selama ini diperolehi oleh syarikat ini khabarnya telah dikurangkan ataupun ditarik balik.

Usaha-usaha untuk menggiatkan perindustrian tidak mendapat tempat utama dalam agenda pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi malah Abdullah Ahmad Badawi juga tiada pelan khusus dan teratur demi untuk memacu usaha ini. Penasihat-penasihat Abdullah Ahmad Badawi terutamanya di Tingkat Empat, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya nampaknya telah ketandusan idea.

Golongan industri memandang sikap acuh tidak acuh Abdullah Ahmad Badawi & Co sebagai satu sikap yang paling “bangang” seorang Perdana Menteri sebuah negara lakukan. Malah tindak-tanduk tidak professional Abdullah Ahmad Badawi (termasuklah sikap suka tidur) telah menjadi satu bahan lelucon diperingkat komuniti perniagaan antarabangsa.

Hari ini sebuah syarikat elektronik yang telah beroperasi lebih 19 tahun di Malaysia telah menutup operasinya di Seberang Prai, Pulau Pinang dan dijangkakan lebih dari 1000 orang pekerja akan menganggur. Syarikat Nikko Eletronik Berhad (anak syarikat Nikko Group International) khabarnya tidak lagi mampu bersaing dan beroperasi di Malaysia kerana insentif industri yang tidak kompetitif serta harga bahan bakar dan elektrik yang terlalu tinggi.

Jika Abdullah Ahmad Badawi masih berterusan lena dalam tidur disiang hari, maka tidak mustahil lebih banyak lagi syarikat (industri) yang terpaksa gulung tikar atau pun berpindah ke negara lain. Saya tidak nafikan bahawa cabang pertanian boleh memacu ekonomi, namun kita masih lagi perlu mengekalkan daya saing dan nilai kompetitif segmen industri demi untuk ekonomi dan iklim pelaburan negara yang mantap dan stabil.

Mulai 1 Julai 2008, tariff harga elektrik telah dinaikkan kepada 18 % dan ini secara tidak langsung akan mengakibatkan satu lagi gelombang kenaikan harga barangan akan berlaku di Malaysia. Para pekilang terpaksa memasukkan nilai ini kedalam kos operasi mereka termasuklah kos bahan bakar diesel dan gas. Secara otomatiknya maka harga produk akhir pastinya akan melambung lebih dari 120 % daripada harga asal jika pihak pekilang ingin mendapatkan untung.

Ini secara tidak langsung akan menekan banyak industri pembuatan dan elektronik yang mana secara langsung akan mengakibatkan industri ini menjadi semakin parah, di mana akhirnya terpaksa ditutup ataupun dipindahkan lokasi ke negara lain seperti China, Vietnam dan Kemboja.

Inilah satu kesan hasil daripada melantik seorang yang bertahap “bangang yang tidak boleh diajar” dalam bidang ekonomi seperti Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

0 comments:

Post a Comment