Pages

Wednesday, July 16, 2008

Apakah kemungkinan Najib berganding dengan Muhyiddin

Dalam politik Segala mungkin boleh terjadi, apakah kemungkinan Najib akan berganding dengan Muhyiddin dan Ku Li hanya wayang kulit untuk mengelirukan ahli UMNO.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beranggapan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu perlu dipertandingkan pada pemilihan Disember ini. Beliau berkata, ini kerana hak berbuat demikian termaktub dalam Perlembagaan parti.

Baginya, walaupun peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dimuktamadkan, namun ia isu yang berbeza dengan pertandingan dalam parti.“Sememangnya isu bertanding dan peralihan kuasa dua isu yang berasingan, hak bertanding bukan hak individu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pemuda di sini hari ini.

Persoalannya, mengapa sekarang baru Hishamuddin sedar bahawa perlembagaan itu termaktub dalam perlembagaan parti, bukannya seperti sebelum ini ketika beliau memeggang jawatan Ketua Pemuda UMNO? Kenapa budaya yang telah lama berlaku dalam UMNO tidak pernah terlintas dan disedari oleh Hishamuddin. Apakah sebenarnya yang tersirat dan agenda sebenar Hishamuddin. Yang pasti beliau mahukan Presiden parti dicabar. Kemungkinan bila ada cabaran, bererti akan berkurangan dua bakal calon yang akan bertanding dikerusi Naib presiden UMNO yang akan memudahkan laluan beliau untuk menjadi calon popular dikalangan calon-calon yang lain. Yang pastinya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan bertanding untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

Ada juga bisik-bisik dari orang-orang politik yang risau dengan senario perkembangan politik sekarang di mana kita lihat, mereka yang berada diatas seolah-olah tidak sabar untuk merebut jawatan dua kerusi tertinggi dalam UMNO. Ada yang merasa pelik apabila Hisham mengumumkan agar kerusi Presiden dan Timbalan Presiden perlu dipertandingkan. Kata mereka, walaupun apa yang disarankan oleh Hisham itu adalah kenyataan berlapik, bunyinya sama seperti bunyi Muhyiddin. Apa yang diperkatakan oleh Hishamuddin ini mungkin ada kaitan dan mungkin ada pakatan dan agenda tanpa kita sedari sedang berlaku. Hishamuddin tidak mungkin mahu Najib tewas dalam pertandingan pada pemilihan UMNO Disember ini. Tidak mungkin Hishamuddin mahu sepupunya terlepas dari jawatan Perdana Menteri jika tewas kepada kemungkinan Muhyiddin Yassin yang besar kemungkinan akan bertanding kerusi no. 2 itu.

Apakah sudah ada perancangan yang kemungkinan besar Najib akan menentang Pak Lah berganding dengan Muhyiddin. Ini bukanlah satu perkara yang mustahil dalam politik, apa juga boleh berlaku dan
jangan sampai terlepas pandang dan akibatnya parti UMNO akan menjadi kucar kacir. Walaupun Pak Lah telah mengumumkan tarikh peralihan kuasa , namun masih ramai yang bercita-cita tinggi tidak berpuas hati dengan tarikh yang dikatakan terlalu lama lagi dan apa juga boleh berlaku dalam jangkan masa sedemikian. Jika Hishamuddin berkata jawatan Timbalan Presiden dan Presiden perlu dipertandingkan, ini sebenarnya membuka ruang untuk Najib bertanding untuk mencabar Perdana Menteri dan beliau tidak lagi perlu menunggu selama dua tahun.

Muhyiddin tidak mungkin akan berganding dengan Ku Li kerana jika beliau berganding dengan Ku Li, ini bererti Muhyiddin telahpun mengali kubur beliau sendiri dalam kerjaya politiknya. Muhyiddin tahu kekuatan gandingan Pak Lah dan Najib amat sukar untuk ditewaskan. Gandingan Pak Lah dan Najib adalah gandingan yang mantap. Tidak mustahil jika Najib belot kepada Pak Lah dan bertindak berganding dengan Muhyiddin dan Pak Lah mungkin menghadapi kesulitan kerana bertanding tanpa gandingan. Ini hanya andaian. Sekali lagi, dalam politik, apa juga boleh berlaku.

Apakah ini satu amaran bahawa pertandingan tahun ini akan menjadi hebat dan panas. Apakah sebab Hishamuddin berani bersuara meminta kerusi bosnya dipertandingakan tanpa ‘back up’ yang kuat atau tanpa perancangan yang telah disusun? Kenapa Hishamuddin pula yang lantang menyuarakannya sewaktu mesyuarat Pemuda UMNO. Mungkin Hishamuddin mahu merasakan bagaimanakah sokongan Pemuda jika Pak Lah dicabar (test market). Hanya Hisham yang tahu. Namun ini satu andaian yang patut kita renung dan jangan memandang remeh kepada segala kemungkinan yang akan berlaku dalam politik.

Oleh Otai saiber

Sumber:http://www.kpmu.net

0 comments:

Post a Comment