Pages

Thursday, July 17, 2008

Dewan Ulama Tidak Faham Erti Dakwah...sekadar teguran.


Saya membaca kenyataan Dewan Ulama PAS berkaitan temuramah Tuan Guru Presiden dgn Harakahdaily. Kami Ahli Pas sememangnya sudah lama menunggu suara dari Dewan Ulama PAS yang selama ini cukup senyap dan sunyi.

Antara kandungan kenyataan tersebut adalah sokongan kepada usaha Presiden PAS untuk berjumpa dengan UMNO bagi menyampaikan dakwah Islam. Saya bukan hendak kata apa, cumanya apakah lagi dakwah yang perlu kita sampaikan kepada UMNO?

Tidakkah UMNO mempunyai barisan2 “ulama” lulusan universiti Islam seluruh dunia? Mungkinkah UMNO tidak mengerti kewajiban melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh?

Saya rasa amatlah dangkal alas an yang mengatakan perjumpaan PAS dengan UMNO adalah atas tujuan dakwah. Alasan ini jelas alasan dangkal dan tidak dapat diterima oleh akal yang matang. PAS sudahpun berdakwah kepada UMNO sejak sebelum merdeka lagi. Sekiranya mereka mahu menerima dakwah PAS, nescaya sudah diterima oleh mereka lama dahulu.

PAS bukan sahaja pernah berdakwah dengan UMNO, PAS juga pernah bersama UMNO dalam satu barisan dan mentarbiyyah UMNO. Apa balasan UMNO kepada PAS? Lepas manis madu hilang, habis sepah dibuang. Segala usaha dakwah PAS dibalas dengan kurang ajar dan kebiadapan yang amat tinggi.

Adakah Dewan Ulama PAS begitu tidak peka sehingga tidak sedar bahawa seluruh ulama dalam UMNO tidak dapat menghalang Pak Lah dari mengangguhkan perlaksanaan Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2005 hanya kerana akta tersebut tidak disukai oleh anak Pak Lah, Nori dan Sisters in Islam?

Maklumat yang saya dapati, Zainah Anwar amat takut akan kenaikan Anwar Ibrahim kerana beliau yakin Anwar Ibrahim akan mengizinkan perlaksanaan syariat Islam berbanding Pak Lah.

Juga, adakah Dewan Ulama PAS begitu tidak sedar bahawa kalaupun Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, mahukah beliau melaksanakan syariat Islam memandangkan beliau sendiri tidak bebas dari tuduhan skandal?

Inilah sindrom “katak bawah tempurung” yang melanda PAS sehingga tidak sedar bahawa tindakan mereka akan menguntungkan UMNO dan musuh Islam. Sikap Dewan Ulama PAS Pusat ini amat disukai oleh UMNO dan musuh-musuh Islam di Malaysia kerana ianya menguntungkan mereka.

Dan kita harus bertanya, kenapa pula tiba2 UMNO berminat untuk berjumpa dengan kita? Setelah mereka kalah terduduk dlm PRU ke 11 baru2 ini, barulah mereka terhegeh2 untuk berjumpa dengan PAS.

Selama ini, sewaktu mereka gagah perkasa dan sewaktu UMNO dijulang ke langit, mengapa tidak mahu berjumpa dengan PAS? Mengapa PAS dinista, difitnah, dicaci, dimaki, dizalimi dsbnya.

Saya kagum dengan kematangan Ustaz Ahmad Awang apabila wakil UMNO dating menawarkan kerajaan campuran kepada beliau. Beliau lantas menjawab, antara orang zalim dengan orang bukan Islam, lebih aula orang bukan Islam.

Tapi Dewan Ulama PAS buta akan fakta ini. Mereka lupa bahawa UMNO bukan sahaja menolak Islam, tetapi UMNO adalah parti yang zalim dan lagi menzalimi. Bagaimana mungkin PAS bekerja sama dengan UMNO dan pada waktu yang sama harus berhadapan dengan doa beribu2 orang yang telah dizalimi UMNO?

Saya nampak Dewan Ulama PAS tidak Nampak target dakwah yang sebenar, yakni orang bukan Islam. Saya ingin bertanya kepada Dewan Ulama PAS Pusat, di mana dia modul untuk berdakwan kepada orang Bukan Islam?

Dewan Ulama PAS Pusat senyap sunyi tentang bagaimana hendak menarik sokongan orang bukan Islam, sekurang2nya menghilangkan ketakutan mereka kepada Islam.

Tiba2 boleh keluar dengan bangga menyokong usaha “dakwah” kepada UMNO? Wahai Dewan Ulama,. Siapakah mad’u dakwah yang lebih aula skrg ini? Orang bukan Islam yang semakin ramai mendekati PAS atau UMNO yang sejak dahulu menentang dan menzalimi pejuang2 Islam.

Lupakah Dewan Ulama ada lebih kurang 60 org tahanan ISA yang tidak bersalah merengkok dalam Kamunting hanya kerana mereka pernah berjihad di Afghanistan atau pernah menolong mangsa kezaliman Barat terhadap Islam?

Lupakah Dewan Ulama, UMNO yang telah menghapuskan sekolah agama rakyat, sedangkan orang bukan Islam di Malaysia tidak pernah menyentuh sekolah2 Agama ini?

Sekiranya dapat kita hilangkan ketakutan orang bukan Islam kepada syariat Islam, jalan kea rah perlaksanaan syariat Islam di peringkat negeri2 terbuka luas seluas-luasnya. Tidak ada lagi batu penghalang kepada perlaksanaan syariat Islam.

Suka saya ingatkan kepada Dewan Ulama PAS Pusat, tidak ada gunaya kita berdakwah kepada orang-orang yang sudah sememangnya jauh dari kita dan tidak pernah mahu berdamping dengan kita.

Mereka hanya mahu menggunakan PAS sebagai batu loncatan supaya mereka dapat berkuasa kembali. Apabila tercapai sahaja objektif mereka, kita akan disepak dan diterjang keluar dengan secepat mungkin.

Dan perkara ini pernah berlaku kepada PAS satu masa dahulu. Tidakkah Dewan Ulama PAS mengetahui akan hadis Nabi SAW yang menghalan umatnya dipatuk pada satu lubang dua kali?

Saya sedih sangat di atas sikap tidak matang dan tidak pandang kehadapan yang ditunjukkan oleh Dewan Ulama PAS Pusat.

Pada hemat saya, Islam tidak mengajar umatnya ditipu dan dipermainkan musuh Islam hanya di atas nama berdakwah. Kerana itulah, Nabi SAW, walaupun Baginda adalah pendakwah tersohor, namun Baginda tidak pernah dapat ditipu oleh musuh2 Islam. Tidakkah ini satu Sunnah nabi yang sepatutnya menjadi ikutan kita?

Semoga Allah SWT memberikan Dewan Ulama PAS Pusat Taufik dan Hidayat Nya bagi membolehkan mereka melihat ke jalan yang benar. Amin

Tulang Besi
www.malaysiawaves.com

0 comments:

Post a Comment