Pages

Monday, March 25, 2013

Tragedi Double 6: Siapa untung

Apa kata Tengku Razaleigh berhubung peristiwa ini..dengar baik-baik


Pada 6 Jun 1976, pesawat kecil jenis GAF Nomad buatan Australia menjunam terpacak di Kampung Sembulan , 2km dari Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Kemalangan ini telah menyebabkan kematian Ketua Menteri Sabah dan sepuluh yang lain. Pesawat malang ini dikendalikan oleh Sabah Air. Pesawat ini sepatutnya bertolak pada pukul jam 6.00 pm  tetapi diawalkan penerbangan.


Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan Ketua Menteri Sabah yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu.

Tiada maklumat dari internet, tidak dimuatkan dalam buku sejarah, tidak dibukukan secara terperinci dan tiada pendedahan secara terbuka berkenaan nahas yang berlaku sehinggakan tugu peringatan DOUBLE 6 di Sembulan tidak disertakan dengan cerita nahas tersebut.

Berbagai teori berlegar di internet kononnya pesawat tersebut kehabisan minyak dan terpaksa menjunam ke arah paya di Sembulan selain faktor kelalaian juruterbang menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.

Dan kotak hitam tidak dijumpai??!!!


Memang, sejarah juga menunjukkan teori konspirasi tidak mudah dibuktikan segera. Ia memerlukan waktu yang lama untuk dibuktikan kerana akses kepada maklumat cukup terbatas, malah mungkin dilupuskan.


Edited.

Sumber: Kopivosian

0 comments:

Post a Comment