Pages

Monday, March 25, 2013

7 Dosa besar; Layankan jer laa

MENJAWAB FITNAH “7 DOSA BESAR PEMBANGKANG”

1. Pas tidak mempertahankan kalimah Allah. Isu ini telah bermula sejak 2009. Apabila penerbit majalah HERALD THE KATOLIK WEEKLY mendapat permit drp KDN utk edisi Bahasa Melayu dgn menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan pertamanya. Kes ini mendapat bantahan drp umat Islam ketika itu, lalu KDN memberi amaran kpd penerbit agar tidak menggunakan kalimah Allah lagi dlm penerbitan mereka.

Penerbit mengangkat kes ini ke mahkamah. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dlam keputusannya bertarikh 31 Dis 2009, membenarkan kalimah Allah digunakan dlm penerbitan majalah Kristian. Hakim yg memutuskan kes ini Dato Lau Bee Lan. Persoalannya:

[1] kenapa kerajaan BN (KDN) tidak membantah hakim tersebut, sedangkan ketika itu mahkamah mempunyai 18 hakim Islam. Sepatutnya isu yg penting dan besar ini mestilah dihakimi oleh hakim Islam.

[2] kenapa sehingga kini KDN tidak lawan kes ini di Mahkamah Rayuan dan seterusnya di Mahkamah Persekutuan.

KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dalam kenyataan mengenai isu Injil, semalam mengesahkan terdapat dialog berterusan di antara kumpulan Kristian untuk permintaan Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan juga isu-isu agama yang lain.

Dengan pertimbangan terhadap perbezaan pendapat oleh kumpulan-kumpulan agama lain termasuk penganut Islam, kerajaan bersetuju di atas jalan penyelesaian berdasarkan 10 aspek seperti berikut:

* Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia/Indonesia boleh diimport ke Malaysia.

* Injil itu juga boleh dicetak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. [Berita Harian]

2. Perjanjian sulit antara Pas dan DAP selepas pilihan raya umum lalu apabila Pas memberikan lebih 4,000 hektar kepada dua pemimpin DAP Perak semata-mata mahu jawatan Menteri Besar Perak dijawat oleh pemimpin Pas.

Pisau.net pihak yg bert/jawab memulakan isu fitnah ini tlh mengeluarkan kenyataan RALAT pada 13 Januari itu dgn menyebut bahawa tiada berlaku penukaran tanah bagi menebus jawatan Menteri Besar Perak antara dua pemimpin DAP iaitu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seperti yang dilaporkan sebelum ini, sebaliknya DIPAJAK melalui pengmabilalihan sykt Upayapadu Sdn Bhd.

3. Hutan di Kedah dan di Gua Musang, Kelantan dibotakkan untuk diambil balaknya.

Di Pahang sendiri, banyak penerokaan hutan yang gagal diuruskan dengan baik contohnya di Hutan Simpan Kemasul (sebelah Felda Kemasul, Kg.Cemomoi Mancis) yang melibatkan 3000 hektar kawasan hutan. Projek Empangan Kelau melibatkan 1057 hektar Hutan Simpan Lakum, Mukim Hulu Lepar di Kuantan, manakala Hutan Simpan Tekai, Kg. Bantal, dan Kg. Mat Daling yang melibatkan 700 hektar kawasan hutan. Tidak ketinggalan juga kawasan pelancongan di negeri itu khususnya di Mukim Hulu Jelai Cameron Highlands dan di Tasik Chini.

Laporan indeks prestasi alam sekitar dunia itu diterbitkan Universiti Yale Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan Malaysia berkedudukan ketiga tercorot dunia berbanding 132 buah lain.

“Laporan tersebut juga menggambarkan betapa teruknya prestasi negara selama 1 dekad ini (2002-2012) dalam mengurangkan kesan kepada daya tahan ekosistem dan sumber asli negara”, kata Pengerusi LPPAS.

4. Keceluparan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menghina anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah.

Jika benar Tian Chua berkata demikian di ceramah beliau di Puchong, kenapa TV3 tdk menyiarkan rakaman ucapan berkenaan ? Sejak bila TV3 begitu pandai menyimpan ‘keburukan’ pembangkang ? Kenapa tak dakwa Lajim Ukin & Lt Gen (B) AbduL Ghafir Abdul Hamid yang ‘campurtangan’ dlm isu Lahad Datu ?

5. Tidak menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008 di negeri-negeri yang telah ditadbir pakatan pembangkang.

Mana mungkin Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberi pujian terhadap prestasi membanggakan di semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) bagi tahun 2011 jika PR tidak menunaikankan janji2 manifesto. Ini adalah kali ketiga berturut-turut negeri Pakatan mendapat pujian Ketua Audit Negara. Lebih membanggakan prestasi kali ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

6. Pas menipu rakyat dalam soal tahaluf siyasi serta kegagalan parti itu mengekalkan matlamatnya menubuhkan negara Islam.

PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.

Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.

Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.

Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.

Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.

Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal.

7. Mempermainkan matlamat kononnya negara Islam, lepas itu negara kebajikan, apabila dekat pilihan raya timbul pula hudud tetapi apabila terbit manifesto, hilang negara Islam hilang hudud.

“Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh mengikut keperluan. Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah. Malah menamakan Negara Islam dengan Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam”. – DATO’ DR HARON DIN,Tim Mursyidul Am PAS.

Najib perlu masuk sekolah PERMATA untuk membezakan manifesto & perlembagaan. Manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi [Kamus Oxford]. Sedangkan negara Islam & Hudud berkait rapat dgn perlembagaan yg sedang dikuasai oleh UMNO/BN, maka ianya memerlukan perbincangan di Parlimen, sedangkan manifesto hanya memerlukan muafakat diantara sesama parti gabungan sahaja.

0 comments:

Post a Comment