Pages

Tuesday, August 23, 2011

Tanda-tanda bala Allah untuk umat Islam Malaysia.

Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia boleh digolongkan ke dalam golongan yang hanya mahu nampak seperti orang beriman. Beriman kepada siapa, kena tanya tuan punya badan...aku tak pasti.



20 Jul 2009 Perdana Menteri Haji Mohd. Najib diiringi isteri Hajjah Rosmah Mansor melakukan tawaf di hadapan Kaabah, Mekah, lewat malam tadi. Turut kelihatan anak beliau Haji Nor Ashman Razak (belakang).



Kewajipan menunaikan haji diberatkan pada orang-orang yang telah berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan. Sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia adalah tidak menjadi kesusahan langsung untuk menunaikan haji di Mekah. Kalau tiap-tiap tahun nak buat haji pun boleh..takda siapa yang boleh melarang.



Perjalanan ke Mekah adalah di antara satu jihad. Perjalanan menunaikan rukun Islam yang terakhir. Setiap perjalanan ke Mekah dimusim haji mengharapkan haji mabrur. Menjadi muslim yang sebenar. Muslim yang mendapat keredhaan Allah S.W.T...selawat keatas Nabi S.A.W. Biar hidup sentiasa dipayungi rahmat Allah S.W.T. Menjadi muslim yang taat kerana iman..Jangan kerana kepentingan dunia semata-mata..nanti Allah murka..

2009. Rafidah mencipta bala kecil dizaman Najib.



Islam itu cuba dipesongkan oleh Hajjah Rosmah dengan perbuatannya tidak menutup aurat. Allah S.W.T telah menunjukkan kemurkaannya. Ini tanda-tanda bala yang bakal ditanggung oleh umat Islam satu Malaysia akibat perbuatan "setan-setan bisu".



6 Sept 2010. Hajjah Rosmah Mansor berjaya menunjukkan contoh yang TIDAK BAIK apabila tamat khatam Al Quran 30 juzuk sempena bulan Ramadan Al Mubarak dengan membaca ayat-ayat lazim.







23 Ogos 2011. Hajjah Rosmah Mansor menunjukkan LAGI contoh yang TIDAK BAIK apabila tamat khatam Al Quran 30 juzuk sempena bulan Ramadan Al Mubarak dengan membaca ayat-ayat lazim.





Aurat dipermainkan didepan Kitabullah..nantikan bala dari Allah S.W.T.



Allah S.W.T tak berminat pada jambul yang terkeluar tuu..tapi ini akibat sekadar membaca sahaja tanpa beriman kepada Nya..Subhanallah..



Diantara ayat-ayat Allah memerintah wanita menutup auratnya.



Terjemahan Surah Al-Ahzab : 59



"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Terjemahan Surah An-Nur : 31



"Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya".

2 comments:

otaklunyai said...

Dia ingat boleh tipu Allah macam dia tipu rakyat... bila pergi Tanah Suci Mekah pandai pulak pakai tudung... munafik!!!

Anonymous said...

Siapa kita hendak menilai seseorang itu munafik atau tidak... Adakah amalan kita lebih baik dr org lain?

Post a Comment