Pages

Tuesday, December 28, 2010

Pengarah JAIS...mmmmm

Biar betul diorang ni..layak ker diorang ni menyandang jawatan ni?..
Lepas ni jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam ni disandang DO Sabak Bernam jerr..

Mohd. Khusrin ni pun berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan jerr ruper nyerr..da boleh jadi pengarah JAIS..mati-mati laa aku ingat nak jadi Pengarah Jais mesti dari kelulusan Universiti Al-Azhar..rupa nyerr tak gitu..

Yang ganti dia besok?...tak tau la apa plak...
------------------------------------

Oleh FMT Staff

SHAH ALAM: Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi belum muktamad.

Dalam kenyataan akhbar sekretariat hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan tidak pernah memaklumkan perlantikan itu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar telah menghantar surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut, kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice notes).

Panel tersebut, kata kenyataan itu, telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Menteri Besar, kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada Sultan untuk mendapat perkenan.

Beliau akan menghadap Sultan Selangor pada Rabu ini.

Sidek dalam kenyataan hari ini mengumumkan perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember.

Menurut Sidek, Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomidalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua MajlisDaerah Kuala Langat.

Ramli, yang sebelum ini menjadi Datuk Bandar Shah Alam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun.

Tempat Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Pelantikan Khusrin dan Marzuki menurut kenyataan itu telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Sidek.

0 comments:

Post a Comment