Pages

Friday, May 25, 2012

Dari Merdeka ke Hidup Melayu

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu.
Mokhtaruddin Lasso

PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh. Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah. PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya. 

Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM. MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan.

Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya pada 14 Mac 1948, telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama. Sebagai sebuah parti lslam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman lslam serta mewujudkan sebuah negara lslam atau Darul lslam.

Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato' Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari menyokong parti Hizbul Muslimin. 

UMNO dengan slogan "Hidup Melayu" juga telah menghilangkan sejarah perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang begitu lantang menentang British dengan slogan "MERDEKA"

Teori konspirasi mengatakan bahawa cubaan British menubuhkan Malayan Union hanyalah sebagai helah  untuk melepaskan Tanah Melayu setelah habis sejarah dan hasil bumi Tanah Melayu dijarah. Begitu juga perang Jepun di Tanah Melayu hanya sekadar helah untuk melupakan perjuangan para pahlawan Melayu seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman menentang British.

Untuk generasi hari ini, hanya beberapa peristiwa terpilih yg didedahkan sebagai sejarah.. Perang Jepun 1945, Merdeka 1957 dan  Tragedi 13 Mei 1969.

Bagaimana dengan Februari 1988? Adakah orang Melayu hanya memakai cawat pada tahun 1300?

0 comments:

Post a Comment