Pages

Tuesday, August 27, 2013

Jeneral Muslim yang disegani

Omar Bai Chongxi atau Jeneral Bai Chongxi dilahirkan pada 18 Mac 1893. Beliau adalah seorang pegawai Tentera Revolusi Nasional Republik China (ROC) dan pemimpin tertinggi di dalam perjuangan Nasionalis Islam Cina. Beliau adalah Menteri Pertahanan Nasional Republik China 1946-1948.

Jeneral Bai Chongxi@Omar Baderludin

Jeneral Bai dilahirkan di Guilin, Guangxi dan diberi nama Jiansheng atau bermaksud Ehsan (健 生).  Beliau adalah dari etnik Hui dan beragama Islam membawa mazhad Sunnah Wal Jammaah.. Beliau merupakan anak yang kedua dari tiga beradik lelaki. Keluarga beliau dikatakan telah datang dari Sichuan.

Jeneral Bai ketika memberi ucapan kepada jemaah didalam masjid.

Sebagai seorang Muslim, beliau adalah Pengerusi Cina Islam di dalam Persekutuan Keselamatan Negara, dan kemudiannya menjadi Persatuan Cina Muslim. Beliau juga merupakan ahli lembaga Persatuan Antara-Agama seluruh China yang mewakili agama Islam.

Jeneral Bai dan Li Zongren pada tahun 1948.

Dari pertengahan tahun 1920-an hingga 1949, Jeneral Bai dan sekutunya Li Zongren telah memerintah wilayah Guangxi sebagai panglima perang serantau dengan pasukan mereka sendiri dan autonomi politik yang besar.

Jeneral Bai menjadikan wilayah Guangxi sebagai sebuah negara republik Islam. Beliau menentang sekerasnya-kerasnya segala perbuatan syirik dan tahyul  didalam wilayah Guangxi dan menaungi penerbitan Yuehua Islam di Guilin yang mencetak petikan dari Al-Quran dan Hadis sebagai maklumat untuk rakyat.

Jeneral Bai ketika perang Sino-Jepun II di Hankou, China pada tahun 1938.

Jeneral Bai menyemai semangat anti-warga asing, anti-penjajah dan menegakkan peraturan Islam didalam wilayah Guangxi. Tentera-tentera beliau  yang terdiri dari umat Islam China akan menyerang pendakwah-pendakwah Kristian yang dipercayai menjadi agen penjajah.  Setiap warga asing yang derada didalam wilayah Guangxi akan diserang termasuk warga Amerika dan Eropah. Pada amnya beliau menjadikan wilayah Guangxi menjadi tidak selamat untuk sebarang warga asing.

Pengisytiharan Jihad.

Pada tahun 1937, beliau mengisytiharkan jihad menjadi kewajipan untuk semua umat Islam China menentang Jepun semasa Perang Sino-Jepun II.


Selepas tewas kepada pihak Komunis, pada tahun 1951, Jeneral Bai membuat ucapan kepada seluruh dunia Islam memanggil umat Islam berjihad terhadap Kesatuan Soviet, dengan mendakwa bahawa "raksasa imperialis" pemimpin Joseph Stalin adalah "jurutera" kepada Perang Dunia III, dan Bai juga menyeru umat Islam untuk meminggirkan pemimpin India Jawaharlal Nehru kerana menjadi buta kepada gerakan  imperialisme Soviet yang semakin berkembang.

Beliau meninggal dunia di Taiwan pada 1 Disember 1966 pada umur 73 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Liuzhangli, Taipei.

Reputasi Jeneral Bai sebagai pakar strategi tentera amat terkenal dan dikagumi sehingga beliau dilaberkan oleh pakar-pakar peperangan sebagai salah satu daripada komander yang paling bijak dan cekap. Diantara kata-kata yang membuktikan ketokohan Jeneral Bai sebagai pemimpin perang Islam yang hebat.

All sources indicate that Bai was an impressive physical presence. “Tall, well-built, with a high intellectual forehead,” was the way a British intelligence report described him. “A thinker and planner in the realms of both politics and strategy. A strict disciplinarian. Possessed of both physical and mental energy of a high order. A sense of humour.” Bai was widely respected for his skills as a commander. 
Even the American General Joseph Stilwell – “Vinegar Joe”– was impressed. His finest hour might have come in 1938, when he was instrumental in inflicting a resounding defeat on the Japanese at the city of Taierzhuang. In addition to its military value, the battle was also of psychological significance, as it showed that the Japanese Army was not invincible.
Bai's reputation as a military strategist was well known. Evans Carlson, a United States Marine Corps colonel, noted that Bai "was considered by many to be the keenest of Chinese military men." Edgar Snow went even further, calling him "one of the most intelligent and efficient commanders boasted by any army in the world."


Pada bulan Mac 2013 Datuk Bandar Taipei Hau Lung-Pin telah mengumumkan makam Jeneral Bai akan menjadi asas bagi kawasan budaya Islam dan taman bersejarah Taiwan.

0 comments:

Post a Comment