Pages

Saturday, August 17, 2013

Punca Kemelut Di Mesir

Sebab utama pergolokan di Mesir adalah kerana kerajaan yang mentadbir Mesir, Ikhwanul Muslimin mewarisi ekonomi yang sudah berada di ambang keruntuhan selepas kejatuhan Hosni Mubarak. Masalah dengan Mesir adalah kerana ekonominya dikawal oleh beberapa golongan elit. Apabila sebahagian besar ekonomi telah diswastakan dan aset-aset negara jatuh ke tangan kawan-kawan Hosni Mubarak dan mereka masih mengekalkan kawalan ke atas ekonomi Mesir.


Kesan dari sistem itu, Morsi menghadapi kesulitan untuk mengubah pengagihan kekayaan Mesir yang hanya berlegar dikalangan beberapa elit dan ini membawa kepada keadaan di mana 40% daripada penduduk Mesir hidup di bawah garis kemiskinan. Golongan-golongan elit yang mengawal ekonomi Mesir ini telah memindahkan kekayaan mereka keluar dari negara ini apabila kejatuhan Hosni Mubarak dari tampuk pemerintahan. Peristiwa ini membawa kepada kejatuhan besar pound Mesir, secara drastik meningkatkan kos import. Kekurangan dalam pelan tindakan ekonomi yang kurang jelas menjadikan keadaan ekonomi Mesir semakin tenat.

Oleh kerana Mesir bergantung kepada import pertanian dan tenaga, ini mewujudkan satu ketidakseimbangan perdagangan yang besar dan membawa kepada keputusan Ikhwanul Muslimin untuk berpaling kepada IMF. Apabila inflasi melambung di luar kawalan dan pengangguran meningkat ramai yang telah membawa protes ke jalan-jalan.


Diantara sebab-sebab lain yang menyebabkan kejatuhan Ikwan Muslimin dari tampuk pemerintahan Mesir kerana Ikhwan Muslimin gagal menangani serangan politik pembangkang yang bertali arus dengan sokongan dana dari musuh-musuh Islam. Ikhwan Muslimin juga terlalu bersikap sederhana terhadap dasar-dasar Islam yang menjadi tunjang perjuangan Ikhwan Muslimin demi memuaskan hati Barat dan supaya diterima diperingkat antarabangsa. Malah Morsi segera menghantar Kenyatan yang mengesahkan komitmen Mesir untuk hubungan damai dengan Israel.

Ikhwan Muslimin gagal untuk megubah sistem politik Mesir yang ditubuhkan oleh Jamal Nasir dengan mengekal campurtangan tentera kedalam pentadbiran negara. Campurtangan ini  telah melemahkan kuasa Presiden Morsi. Daripada cuba untuk mencabar sistem politik di Mesir dengan mandat itu diterima dalam pilihan raya, Ikhwan Muslimin meninggalkan apa yang diperjuangkan selama ini.

Moral of the story: Mesir kena game dengan puak-puak kapitalis@Illuminati. 
Ikhwan Muslimin tidak akan mampu menentang musuh Islam yang telah menguasai sistem ekonomi dunia tanpa sokongan seluruh umat Islam diatas muka bumi ini.


innalillahiwainnailaihirojiun..

 




0 comments:

Post a Comment