Pages

Thursday, September 12, 2013

Sejarah Telekomunikasi Negara

Sejarah awal telekomunikasi di Malaysia bermula di negeri Perak apabila sistem rangkaian telegraf pertama yang digunakan untuk menghubungkan pejabat James Wheeler Woodford Birch  atau lebih dikenali JWW Birch, Residen British di Kuala Kangsar dengan Pejabat Penolong Residen di Taiping terus ke pejabat Majistret di Matang, Perak pada 16 April 1876.

Jabatan Telekom bermula di negeri Perak pada tahun 1874 oleh .

Frank Swettenham (kiri) dan JWW. Birch di Belanja, Sungai Perak  pada tahun 1874. 
JWW Birch mati dibunuh pada 2 November 1875.

Pada tahun1876, telah wujudnya talian sepanjang 27 batu menghubungi pejabat Residen di Kuala Kangsar dan pejabat Penolong Residen di Taiping. Pada tahun 1882, talian tersebut telah disambung ke Seberang Prai dan Pulau Pinang melalui kabel dasar laut.

Dalam tahun 1900 perkhidmatan telefon magneto pertama diperkenalkan di Kudat, Jesselton (Kota Kinabalu) dan Sandakan. Raja Charles Brooke turut memainkan peranan dalam mewujudkan talian yang berterusan sepanjang 600 kilometer dari Kuching ke Sungai Baram dalam awal 1990. Dalam tahun 1908 pula sistem komunikasi bertambah maju dan telah wujud satu Jabatan Perkhidmatan Pos dan Telegram.

Peristiwa Jepun menyerah kalah dalam WW II.

Pada tahun 1 April 1946, Jabatan Telekom ditubuhkan dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Inggeris.

Logo Jabatan Telekom Malaysia

Jabatan Telekom Malaysia wujud pada tahun 1968 apabila Semenanjung Malaysia telah bercantum dengan Sabah dan Sarawak. Kemudahan sambung-jauh Terus Dail (STD) telah diberikan pada tahun 1962 di antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Pada tahun 1963, gelombang mikro telah diperluaskan ke Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan dan Kota Bharu. Pada tahun 1964, pemasangan kabel dasar-laut SEACOM di antara Singapura dan Kota Kinabalu telah dilakukan pada tahun berikutnya pula, ianya dipasang di antara Kota Kinabalu dan Hong Kong.

Pemasangan Stesen Satelit Bumi yang pertama di Kuantan telah dilancarkan pada tahun 1970 dan pada tahun 1975 pemasangan Ibusawat Telek Automatik digunakan dimana ahli perniagaan dapat menghantar teleks tanpa melalui telefonis.

Pada tahun 1979, pelanggan yang disambung ke ibusawat jenis Sapura Elektronik telah diperkenalkan dengan kemudahan Antarabangsa Terus Dail (ATD).


Pada tahun 1981, Ibusawat pertama telah dipasang di Kuala Lumpur dan Ibusawat Elektronik yang pertama telah dilancarkan di Pelangi Johor.

Sejak itu tidak kurang daripada 60% ibusawat telefon terdiri daripada jenis berkomputer (SPC). Pada tahun 1981, Stesen Satelit Bumi yang kedua telah dilancarkan di Ledu dan ia beroperasi dengan Satelit Lautan Hindi. Pada tahun 1983 perkhidmatan Datel dan Telefaks pula telah dilancarkan.Perkhidmatan ATUR (Automatic Telephone Using Radio) telah diperkenalkan pada tahun1984.

Bagi memajukan dan menaikkan lagi taraf sektor telekomunikasi ini maka pada tahun 1987, Jabatan Telekom Malaysia (JTM) telah diswastakan di atas nama Telekom Malaysia Berhad (TMB). Kerajaan Malaysia merupakan pemegang saham utama sebanyak 60 peratus dan 40 peratus lagi adalah di bawah pentadbiran individu (swasta).

Pada tahun 1987 juga Customer Service System (CASS) diperkenalkan untuk memudahkan urusan kerja. Perkhidmatan business INTELSAT (IBS) diperkenalkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada tahun 1988 dan pada tahun ini juga Telekom Malaysia Berhad (TMB) juga lebih memberi tumpuan kepada perlaksanaan stesen satelit bumi 2A di Kuantan yang mempunyai reka-bentuk dan teknologi yang termoden.


Selepas itu TELEMAIL iaitu perkhidmatan pesanan elektronik berasaskan komputer dilancarkan dengan perkhidmatan pos elektronik dalam versi bahasa melayu dan inggeris. Pada tahun 1990 diperkenalkan pula perkhidmatan Toll-Free Antarabangsa dan diikuti pula dengan kad-fon tanpa bayaran.

ISDN (Intergrated Service Digital Network) sistem yang lebih pantas pada masa kini telah diperkenalkan pada tahun 1998 dimana sistem ini membolehkan pengguna berhubung dan dapat melihat terus wajah orang yang dihubunginya dan pada tahun 1998 juga diperkenalkan juga TM-CLIP iaitu pelanggan dapat melihat nombor telefon siapa yang menghubungi mereka.

Diperkenalkan pula teknologi “Video Cellullar” dan pemasangan lima ibusawat telefon bergerak dan beberapa stesen induk di Malaysia yang juga merupakan negara pertama yang menggunakan sistem tersebut di Asia.

Sistem MARS (Multi Accsess Radio System) telah diperkenalkan bagi menjaga kepentingan penduduk luar Bandar. Usaha-usaha membaik-pulih mutu perkhidmatan diteruskan dengan adanya kemajuan teknologi “Fiber Optic” iaitu rangkaian digital dan teknologi komputer.

0 comments:

Post a Comment