Orang Melaka ni ramai yang ada perangai yang pelik-pelik. Baru-baru ini, pemerintah negeri telah menukar taraf kediaman Gabenor Melaka kepada Istana di Bukit Beruang Melaka
Seperti mana yang kita sedia maklum, istana merupakan kediaman sultan atau raja sahaja. Asal sejarah Negeri Melaka adalah negeri berdaulat. Jangan jadi bangsa Melayu yang tidak beradab untuk mencemarkan minda generasi akan datang. Inspirasi terbinanya Istana Melaka kini mendorong ramai yang menuntut menjadi sultan.
Sudahlah menjadi satu sindiran pada anak Melaka bahawa;
Ada Bukit dan Lubok diberi pada Cina,
Ada Tanjung dan Kampung diberi pada Keling,
Ada Tempat juga diberi nama Kampung Portugis, Kampung Belanda dan Kampung Jawa,
Sedangkan Kampung Melayu dinamakan Kampung Morten.
Sekarang tambahan lagi ada Istana tak diberi kepada raja
MELAKA: “Takdir tidak memihak kamu. Selepas kejadian di surau Melaka Mall kira-kira jam 5.20 petang (Sabtu), kamu ditangkap di Mydin MITC dua jam kemudian. Saya tidak pernah berjumpa kes macam ini yang menunjukkan betapa besarnya kuasa Tuhan.”
Begitu kata Majistret Muhammad Hazri Hanafi ketika menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM7,500 terhadap seorang wanita pekerja kilang, Zalina Shidid, 38, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencuri dompet dan wang tunai RM650 milik Penolong Juruaudit Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Nor Azzren Bazid, 26, di sebuah surau di Melaka Mall, Rabu lalu.
Zalina sebelum itu mengaku bersalah mencuri dompet jenama Cardirino, kad pengenalan, lesen memandu kelas B2/D, dua kad kredit Maybank American Express dan Master Card, kad ATM Ambank, telefon bimbit Nokia E71 yang semuanya bernilai kira-kira RM1,700 kepunyaan Nor Azzren di surau tingkat satu Melaka Mall, Jalan Lebuh Ayer Keroh, dekat sini, pada 8 Jun lalu, kira-kira jam 5.20 petang.
Tertuduh juga mengaku pertuduhan kedua, iaitu mencuri wang tunai RM650 milik pengadu di mesin ATM Ambank Pasaraya Mydin, Jalan Ayer Keroh, pada hari sama, kira-kira jam 7.20 malam.
Wednesday, June 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment