Pages

Tuesday, June 28, 2011

BERSIH 2.0..suara siapa

Suhakam kata berhimpun dengan aman. Ulama-ulama PAS dan kerajaan kata tidak haram berhimpun di BERSIH 2.0. Undang-undang penjajah kata ok, undang-undang Islam pun kata dibenarkan..tapi kenapa tak boleh dilaksanakan?..undang-undang mana pulak Gani Patail pakai?

Puak-puak BN kata perhimpunan ini dicemari anasir-anasir agen negara asing. Mereka dah tahu siapa dalang-dalang yang menganjurkan perhimpunan BERSIH 2.0.

Suratkabar(?) Utusan dah buat pendedahan bahawa Dato' Ambiga dapat tajaan kewangan dari George Soros untuk melaksanakan BERSIH 2.0. Tapi Ambiga kata tajaan kewangan itu hanya untuk pemerhati pilihanraya dan tiada kena mengena dengan perhimpunan ini.

Diikuti lagi pendedahan ahli Parti PSM terlibat dengan Romeo Castillo agen komunis dari Filipina. Satu bas kena bawa ke balai polis kerana cuba mengedarkan T-shirt gambar Che Guevara....

T-shirt gambar Che Guevara?..hahahaaa..T-shirt jual kat uptown Danau Kota, Cheras, Shah Alam melambak gambar komunis gilerr dan hantu-hantuan..syirikkkk..

Pakatan Rakyat merestui perhimpunan ini kerana tiada ruang lagi bagi mereka mendapatkan pihanraya yang bersih dari permainan kotor BN yang dijalankan oleh JPN dan SPR. Kemahuan mereka bukan lah mahu menjatuhkan BN melalui demonstrasi jalanraya. Tidak sama sekali.

PAS terutamanya mahukan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil kerana ini sahaja jalan yang ada bagi mereka untuk menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah di negara ini. Diatas sebab adab, sopan dan maruah orang melayu, PAS sama sekali tidak akan merestui penyokong-peyokongnya melakukan sebarang tindakkan ganas ketika perhimpunan. Cukup sekadar berhimpun, bersuara mengumpul semangat kekuatan diri untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.


Perhimpunan ini bakal mencatit satu lagi sejarah politik negara kita jika diteruskan. Kemungkinan puak-puak BN akan menanti dengan keganasan terancang yg direncanakan oleh agensi-agensi keselamatan dalam negara. KDN pasti menghantar tentera-tentera FRU, SB dan segala unit PRDM dgn lilitan dilengan, trak-trak merah dan biru, gas pemedih mata, kayu cota, water cannon, penumbuk, penyepak, pelempang.,anda dapat pakej..hahahaa..

Dari persepsi majoriti rakyat, keganasan pasti meledak dan kekacauan, huru-hara akan menggugat keselesaan mereka. Mereka sama sekali tidak akan merestui perbuatan kedua-dua belah pihak.

Hakikatnya, seluruh rakyat Malaysia bersetuju sebuah sistem pilihanraya yang bersih, adil dan telus dapat dijalankan didalam negara ini.

Kenapa hal ini tidak dibawa meja perundingan? Seolah-olah tiada ruang lagi bagi kedua-dua pihak untuk berunding. Jika diberi pilihan, aku lebih suka melihat satu rundingan meja semua pihak terlibat membincangkan isu-isu yang ingin disuarakan oleh Ambiga dan puak-puak nya sambil disaksikan YDP Agong.

Gani dan Najib jangan bengkeng sangat!!!

0 comments:

Post a Comment