ADA orang yang melalui berbagai-bagai kesusahan untuk mencari rezeki. Sudah bekerja keras membanting tulang, kadang-kadang kaki di atas kepala di bawah, bersimbah peluh bermandi keringat, namun rezeki yang dicari masih jauh dari keselesaan hidup yang diharapkan. Otak sudah mula tersumbat bila hutang-hutang mula menghambat. Kekayaan dan keselesaan yang dicari tidak ditemui. Habis sudah segala usaha. Bahkan ada yang terlalu tertekan kerana desakan hidup terlalu menghimpit, sehingga sanggup membunuh diri kerana merasa tak sanggup untuk terus hidup lagi.
Ada yang sanggup melakukan segala cara untuk mendapatkan rezeki. Akibatnya muncullah peminjam wang haram, perasuah, pencuri, penculik, perompak, penipu bahkan hingga sanggup membunuh, memutuskan silaturrahmin dan meninggalkan ibadah kepada Allah kerana leka mencari rezeki.
Sesungguhnya mereka lupa bahawa yang memberi rezeki itu adalah Tuhan Yang Maha Esa, Allah SWT, Yang Maha Kaya. Allah juga menunjukkan cara, serta sebab – sebab turunnya rezeki dengan penjelasan yang lengkap, jelas, hanya kita saja yang tidak mau mengikutinya.
Dia, Allah SWT menjanjikan keluasan rezeki kepada siapa saja yang berusaha serta menggunakan cara – cara yang sudah ditunjukkan kepada kita, Allah juga memberikan jaminan bahwa mereka yang mengikuti petunjuknya akan pasti berjaya serta mendapat rezeki yang banyak tanpa batas.
Diantara sebab-sebab atau kunci pembuka rezeki ialah :
1. Takwa Kepada Allah dgn sebenar-benar takwa.
2. Istigfar dan Taubat.
3. Tawakkal kepada Allah
4. Silaturrahmin
5. Infaq
6. Menyambung haji dengan Umrah
7. Berbuat baik kepada orang lemah
8. Serius dalam beribadah
9. Bersedekah.
10. Berkahwin..lagi?
11. Berniaga
Aku berniat nak jadi sangat-sangat..sangattt kaya raya, selesa dan bahagia hingga keakhir hayat. Marilah kita mencari kebahagiaan, baik kebahagiaan dunia apalagi kebahagiaan di akhirat. Silakan renungkan. Semoga kebahagiaan selalu bersama kita....aminn.
0 comments:
Post a Comment