Pages

Tuesday, April 5, 2011

Soalan bengap; Dulu boleh sekarang kenapa tak boleh?

Huusshhh..nak cerita perangai artis Melayu@Islam yang dah tak tahu hukum-hakam? Tak mau la weehh..

Maaf sekadar nak bertanya, korang rasa la, pernah ker artis ni Sharifah Sofia Syed Hussien cukup solatnya lima waktu sehari semalam? Mungkin dia tak tahu sembahyang ni diwajibkan sejak zaman Rasululullah S.A.W lagi? Mungkin jugak dia ingat sembahyang lima waktu sehari semalam hanya bermula pada zaman kesultanan Melaka. Mungkin jerr..

Ikutkan rasa hati macam nak jawab "TAK PERNAH" tapi sebagai orang Islam@Melayu yang sayangkan saudara-saudaranya maka kita pun jawab dengan bersangka baik "PERNAH LA KOT".

Pemimpin-pemimpin umPORNo memang suka dan mahu setiap rakyat Malaysia berperasaan sentiasa bersangka baik dan tidak mengkritik mereka dan pengikut ajaran mereka.

Kita melihat perubahan sikap sebegini perlu diubah. Bukan kah ini yang diimpikan oleh setiap manusia diatas muka bumi ini? Manusia sentiasa mahukan perubahan dan halatuju kehidupan yang lebih baik.

Kita mempunyai arah yang jelas untuk melakukan perubahan. Tiada lain yang mampu menjamin tiga faktor utama keinginan manusia iaitu Rezeki, Keadilan dan Ketenangan Jiwa dalam hidup selain Penciptanya.

Mengapa kita tidak mahu kembali apa yang telah ditinggalkan oleh Rasul Nya Nabi Muhammad S.A.W kepada umat manusia akhir zaman? Keras sangat kah hati mereka untuk menerima kebenaran dan keadilan? Kita sudah tahu jawabnya.

Kisah sekoq artis ni yang tak kenal halal haram .. haramjadah tul



Lama tak dengar cerita tentang pelakon wanita kacukan Melayu Ingeris ini. Dengar khabar, pemilik nama sebenar Sharifah Sofia Syed Hussien ini sedang menunggu saat-saat kelahiran permata sulung beliau bersama suami tercinta, Syed Ismail Syed Al-Ali. Mesti excitedkan?

Mengimbas kembali gosip panas yang pernah terpalit kepada wanita kelahiran Liverpool ini, (selain gambar berparti dan bersosial) insiden bergambar ‘mesra’ Sofia dengan beberapa ekor anjing yang tersebar luas di internet sedikit masa dahulu telah mendapat reaksi negatif daripada peminat. Rata-rata berpendapat bahawa Sofia langsung tidak mengambil kira sensitiviti rata-rata umat Islam di negara ini.

Walaupun tindakannya itu dikritik hebat oleh majoriti masyarakat Islam, namun pelakon drama rantaian Nur Kasih ini telah memberikan komen balas bahawa sebagai seorang yang beragama Islam, beliau juga tahu akan halal dan haram sesuatu perkara itu.

Terbaru, Sharifah Sofia dilihat cuba mempertikaikan tentang isu pengharaman sambutan Valentines Day atau hari Kekasih di laman Twitternya. Antara persoalan yang dibangkitkan beliau ialah, “Jika benar ianya haram, mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan”?

Namun penulis ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada peminat-peminat Sofia yang sudi menjelaskan kepada beliau bahawa sambutan Valentines Day sememangnya haram sejak dahulu lagi, cuma kita-kita ni saja yang kurang peka atau sambil lewa dengan pengharaman tersebut. Harap maklum!





STONE : sapa yang kata bunuh dan rogol tu OK? Sapa yg kata V-Day tu baru tahun ini saja yang haram? Memang ini lah pegangan sebahagian besar dari artis Msia, tambahan yang ada darah campuran ni. Orang-orang yg macam ni yg patut Pemuda PAS/Nasrudin Tantawi dekati. Hanya nama saja Islam ... hidupan seharian mereka sebenarnya tidak menunjukan mereka itu Islam ...


Dari: http://mimpi-senja.blogspot.com

1 comments:

Anonymous said...

Umat Islam telah celik sikit sikit tentang ugama. Pabila sedaq dia ubah la. Takkan nak macam dulu kot.

Post a Comment